brosur

2
Pengambilan diet seimbang adalah kunci utama untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta tubuh yang cergas terutamanya apabila usia kita semakin bertambah. Apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap semua aspek tubuh mood, tahap tenaga, fungsi otak, tabiat tidur dan kesihatan secara keseluruhan. Diet seimbang akan memberikan anda tenaga untuk menjalani hari sebaiknya. Untuk itu, pastikan anda mengambil makanan-makanan ini di dalam hidangan seharian anda:

Upload: masnur-bedu

Post on 27-Jun-2015

298 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Brosur

Pengambilan diet seimbang adalah kunci utama

untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta

tubuh yang cergas terutamanya apabila usia kita

semakin bertambah. Apa yang kita makan akan

memberikan kesan terhadap semua aspek tubuh

– mood, tahap tenaga, fungsi otak, tabiat tidur

dan kesihatan secara keseluruhan. Diet

seimbang akan memberikan anda tenaga untuk

menjalani hari sebaiknya. Untuk itu, pastikan

anda mengambil makanan-makanan ini di dalam

hidangan seharian anda:

Page 2: Brosur

Sayur dan Buah-buahan

Sayur seperti brokoli dan yang berdaun

hijau seperti sawi dan kailan merupakan

sumber yang bagus untuk Vitamin A dan C.

Ia juga kaya dengan serat pemakanan dan

mineral lain seperti kalsium. Selain itu,

sayur dan buah- buahan segar yang terdiri

daripada pelbagai warna juga kaya dengan

antioksidan dan boleh membantu

menghalang kerosakan sel serta

mengurangkan risiko penyakit degeneratif.

Bijian Penuh

Menikmati satu jenis bijian penuh sahaja

tidak mencukupi jika anda inginkan diet

yang benar- benar sihat. Untuk

mendapatkan lebih kebaikan serat, vitamin

dan mineral, campurkan dua atau lebih

bijian penuh seperti beras perang, oat dan

kernel gandum.

Legum

Legum ataupun kekacang dan makanan

yang terhasil daripadanya seperti kacang

soya, kacang dal, kacang pis, tempe dan

tauhu amat kaya dengan zat besi dan serat.

Serat membantu mengatasi masalah

sembelit dan juga masalah penghadaman

lain. Ia juga rendah lemak dan kaya dengan

protein.

Kekacang

Kekacang kaya dengan Vitamin E dan juga

membantu anda mendapatkan kulit yang

sihat. The Food and Drug Administration

(FDA) mengesyorkan mengambil kekacang

seperti walnut dan badam, kerana ia

membantu mengurangkan risiko penyakit

jantung. Selain itu ia juga kaya dengan Asid

Lemak Omega-3.

Daging Pejal

Daging pejal merupakan sumber yang bagus

untuk protein. Namun begitu, harus diingat

bahagian pejal hanyalah pada dagingnya

dan lemak tertumpu pada bahagian kulit dan

harus dibuang sebelum dimasak. Ikan

berminyak seperti makerel dan sardin kaya

dengan minyak Omega-3 yang membantu

meningkatkan fungsi otak dan

mengurangkan risiko sakit jantung. .