brooke

4
3.4 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN BANDAR-BANDAR BARU Sesetengah bandar baru muncul sebagai pusat kegiatan penting pengumpulan dan pengaliran hasil. Misalnya, Taiping yang dibuka pada 1840 telah menjadi ibu negeri Perak selepas pembunuhan J.W.W. Birch. 1 Kemudianya menjadi lebih pesat di Lembah Kinta. Seiringan itu, muncul bandar Ipoh pada 1870-an dan pada 1927 Ipoh menggantikan Taiping sebagai ibu negeri Perak. 2 Kuala Lumpur pula mula menjadi penempatan penting selepas kejayaan lombong bijih timah di Ampang. Tahun 1850, Kuala Lumpur hanya tempat berlabuh perahu-perahu untuk berurusan dengan lombong bijih timah dan terdapat sebuah kampong Melayu dan sebuah kedai Cina. Perkembangan Bandar ini bermula pada tahun 1860 tetapi musnah akibat perang saudara. Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina ialah orang penting di Kuala Lumpur semasa hayatnya dan dianggap orang yang berkuasa di bandar tersebut. 3 Menjelang tahun 1880, menjadi pusat perdagangan tetapi juga pusat pentadbiran. 3.6 POLARISASI MASYARAKAT/MASYRAKAT PELBAGAI 1 Khoo Kay Kim. (1981). Taiping Ibu Kota Perak. Kuala Lumpur :Persatuan Muzium Negara. Hlm 8. 2 HewKowLim . (1978). The Evolution of the Urban System in Malaya. Hlm. 64. 3 J.M Gullick. (1988). Kuala Lumpur 1880-1895 A City in TheMaking.Kuala Lumpur: Selangor Pelanduk Publication. Hlm. 67.

Upload: wa

Post on 17-Jan-2016

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

brooke

TRANSCRIPT

Page 1: Brooke

3.4 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN BANDAR-BANDAR BARU

Sesetengah bandar baru muncul sebagai pusat kegiatan penting pengumpulan dan pengaliran

hasil. Misalnya, Taiping yang dibuka pada 1840 telah menjadi ibu negeri Perak selepas

pembunuhan J.W.W. Birch.1 Kemudianya menjadi lebih pesat di Lembah Kinta. Seiringan itu,

muncul bandar Ipoh pada 1870-an dan pada 1927 Ipoh menggantikan Taiping sebagai ibu negeri

Perak.2 Kuala Lumpur pula mula menjadi penempatan penting selepas kejayaan lombong bijih

timah di Ampang. Tahun 1850, Kuala Lumpur hanya tempat berlabuh perahu-perahu untuk

berurusan dengan lombong bijih timah dan terdapat sebuah kampong Melayu dan sebuah kedai

Cina. Perkembangan Bandar ini bermula pada tahun 1860 tetapi musnah akibat perang saudara.

Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina ialah orang penting di Kuala Lumpur semasa hayatnya dan

dianggap orang yang berkuasa di bandar tersebut.3 Menjelang tahun 1880, menjadi pusat

perdagangan tetapi juga pusat pentadbiran.

3.6 POLARISASI MASYARAKAT/MASYRAKAT PELBAGAI

Pelaksanaan ekonomi bercorak kapitalis menyebabkan polarisasi kaum. Jika kita singkap,

perlaksanaan ekonomi bercorak kapitalis memperlihatkan penglibatan tiga etnik utama iaitu

Melayu, India dan Cina. Bila British membawa masuk kaum Cina dan India ke Tanah Melayu

untuk menjalankan aktiviti ekonomi mereka yang bercorak kapitalis, mereka telah melaksanakan

pendekatan “pecah dan perintah”. Ia memudahkan usaha mengeksploitasi sistem ekonomi Tanah

Melayu. Pihak British dengan sengaja menetapkan status dan peranan yang berlainan bagi setiap

kaum.4 Maka tidak wujud interaksi antara ketiga-tiga kaum utama ini serta jurang pendapatan

1Khoo Kay Kim. (1981). Taiping Ibu Kota Perak. Kuala Lumpur :Persatuan Muzium Negara. Hlm 8.2 HewKowLim . (1978). The Evolution of the Urban System in Malaya. Hlm. 64.3 J.M Gullick. (1988). Kuala Lumpur 1880-1895 A City in TheMaking.Kuala Lumpur: Selangor Pelanduk Publication. Hlm. 67.4Zaini Othman.(2005). Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: FajarBaktiSdn Bhd.Hlm. 59.

Page 2: Brooke

yang tidak seimbang yang menyaksikan kaum Melayu jauh ketinggalan. Kedatangan orang India

ke Tanah Melayu mulanya tidak digalakkan oleh kerajaan India. Namun, berubah selepas

Perjanjian London pada 1824. Belanda menyerahkan semua tanah jajahannya di India kepada

British dan tanah jajahan British di Sumatera pula diserahkan kepada Belanda. Oleh itu, banduan

India yang dibuang ke Sumatera dibawa masuk ke Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina,

kerana bencana alam, kebuluran, keperluan tenaga, kekayaan dan pertambahan permintaan bijih

timah di Eropah, British mewujudkan kestabilan politik serta menawarkan jaminan keselamatan

seperti yang telah termaktub dalam Perjanjian Pangkor.

3.7 PENDIDIKAN

Perubahan dalam sistem pendidikan, sistem pendidikan yang diperkenalkan British berlainan

sekali dengan sistem pendidikan pondok. Sistem pendidikan Inggeris yang pertama dengan

tertubuhnya Penang Free School pada 1816. Ia bermula dengan niat murni iaitu untuk

meningkatkan pengetahuan di kalangan anak-anak tempatan, tetapi kebolehan untuk mencapai

matlamat tersebut sebenarnya hanyalah minimum hanya dihadkan pada peringkat sekolah rendah

sahaja dan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, sekolah Melayu masih tidak

didirikan. Wujud juga sekolah vernakular untuk orang Cina dan orang India. British

sememangnya tidak pernah berniat untuk memajukan ekonomi, awalnya sekolah dibina oleh

mubaligh Kristian.

3.8 PENGHAPUSAN SISTEM PERHAMBAAN

Sistem hamba telah lama diamalkan di Tanah Melayu, kedatangan pihak British telah

dihapuskan kerana pihak British mementingkan nilai kemanusiaan dan menganggap sistem

perhambaan ini tidak berperikemanusiaan. J.P. Rodger di Pahang telah memperkenalkan

Page 3: Brooke

beberapa undang-undang baru pada tahun 1889 dan ia dipersetujui atau diluluskan oleh Majlis

Mesyuarat Negeri. Ianya merangkumi juga sistem perhambaan. Manakala J.W.W. Birch di

Perak turut menghapuskan sistem perhambaan ini telah menimbulkan kemarahan kepada pihak

pembesar di Perak. Kerana telah menggugat kepentingan ekonomi mereka. Malahan sangat

membenci tindakan J.W.W. Birch membebaskan hamba wanita dan memberi mereka

perlindungan.