fort margherita merupakan kubu lama yang dibina pada tahun 1879 oleh charles brooke

18
Fort Margherita merupakan kubu lama yang dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Rajah Sarawak yang terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kubu adalah satu mercu tanda penting dan tugu dalam sejarah Sarawak yang kembali kepada Dinasti Brooke. Kubu yang dibina dalam gaya istana Bahasa Inggeris, bertujuan untuk melindungi Kuching dari serangan oleh lanun. Pada tahun 1880,Kubu margherita dibina. [Sarawak makmur dalam Malaysia] Fort Margherita adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak terletak di Kuching,Sarawak, Malaysia. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini, dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong di Kuching.

Upload: scott-sheppard

Post on 15-Feb-2016

511 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

smwsk

TRANSCRIPT

Fort Margherita merupakan kubu lama yang dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Rajah Sarawak yang terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kubu adalah satu mercu tanda penting dan tugu dalam sejarah Sarawak yang kembali kepada Dinasti Brooke. Kubu yang dibina dalam gaya istana Bahasa Inggeris, bertujuan untuk melindungi Kuching dari serangan oleh lanun.

Pada tahun 1880,Kubu margherita dibina. [Sarawak makmur dalam Malaysia]

Fort Margherita adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak terletak di Kuching,Sarawak, Malaysia. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini, dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong di Kuching.

Fort Margherita - menara utama. Perlu diperbaikikan.

Fort Margherita dinamakan sempena isteri kesayangan Brooke, Margaret Alice Lili de Windt, yang dikahwininya di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869; dia dilantik kepada pangkat Maharani Sarawak dengan gelaran Tuanku Permaisuri ketika perkahwinan mereka.[1]

Kubu ini dibina di atas sebuah bukit mengadap Sungai Sarawak dan terletak di tebing utara berhadapan dengan pusat bandar Kuching yang pesat berkembang. Kubu ini dilengkapi dengan baik untuk melindungi ibu negeri ini dari pencerobohan melalui sungai.

Dinding bermenara tiga blok menara tingkat termasuk titik pemerhati di atas, halaman yang dikelilingi oleh dinding yang tinggi dengan bertatah serpihan kaca tajam untuk perlindungan dan dibenamkan ke dalam dinding itu sendiri adalah tingkap kayu melalui mana meriam telah dibedil melepaskan tembakan. Hukuman bunuh telah dilaksanakan di halaman ini, sehingga pendudukan Jepun semasaPerang Dunia II.

Fort Margherita terletak di seberang Sungai Sarawak berhampiran Astana, kediaman rasmi Yang DiPertua Negeri Sarawak. Fort Margherita boleh dikunjungi melalui jalan raya. Ia memakan masa 15-minit memandu sepanjang Petra Jaya, atau pelayaran sungai yang singkat dari Pangkalan Batu, di hadapan Main Bazaar Kuching Waterfront. Ia kini terletak di sebelah Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru. [1]

*https://ms.wikipedia.org/wiki/Fort_Margherita

Kubu MargheritaKali terakhir dikemaskini Isn, 25 Apr 2011 06:00

Kubu Margherita di bina pada 1878 dan siap pada tahun 1879 dengan jumlah kos 8,100 Dolar Spanish. Terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Tempat ini dikelilingi oleh Kampung Melayu. Kubu ini dinamakan 'Fort Margherita' bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret.. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.

Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Pada asalnya iaitu sebelum tahun 1934 hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941. memandangkan bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993).

Kubu ini berbentuk bangunan segi empat dibina dari batu-bata berplaster. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu tingkat bawah berlantai tanah untuk kawalan dan bilik tahanan. Tingkat 1 dan 2 berlantai kayu belian untuk ruang kediaman tentera. Manakala bahagian bumbung merupakan tempat kawalan. Tangga putar (spiral staircase) daripada kayu belian dan bertiang besi terletak disatu penjuru menghubungkan setiap aras sehingga ke bumbung. Menara tangga ini lebih tinggi dari bumbung untuk pengawal meninjau jarak yang lebih jauh.

Akibat serangan yang lebih hebat dari penduduk pribumi, kubu ini telah diperbesar pada tahun 1934 dengan membina tembok tinggi yang bersambung dengan bangunan asal. Bangunan ini mempunyai halaman salam yang luas untuk perbarisan tentera. Ia dilengkapi dengan dua menara tinjau dan laluan untuk tentera berkawal pada sepanjang tembok. Lubang-lubang meriam dibina pada tembok menghala Sungai Sarawak dan perkampungan Melayu di bawah bukit.

Kubu ini dijadikan pengkalan Renjer Sarawak ada tahun 1932, Pejabat Kampetai Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2 dan terakhir sebagai Muzium Polis. Jabatan Warisan Negara telah membuat kerja pembaikan pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, ia mengalami kerosakan setelah dikosongkan oleh Polis sewaktu projek pembinaan bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sawarak bersebelahan kubu ini. Konservasi kubu ini merupakan salah satu projek utama Jabatan Warisan Negara pada tahun 2011-2012 di bawah Program Rancangan Malaysia ke-10

*http://www.heritage.gov.my/index.php/konservasi/konservasi-bangunan/bangunan-pertahanan/kubu-margherita

Kubu Margherita Kubu Margherita di bina pada 1878 dan siap pada tahun 1879 dengan jumlah kos 8,100 Dolar Spanish. Terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Tempat ini dikelilingi oleh Kampung Melayu. Kubu ini dinamakan 'Fort Margherita' bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret.. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi. Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Pada asalnya iaitu sebelum tahun 1934 hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941. memandangkan bangunan ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993). Kubu ini berbentuk bangunan segi empat dibina dari batu-bata berplaster. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu tingkat bawah berlantai tanah untuk kawalan dan bilik tahanan. Tingkat 1 dan 2 berlantai kayu belian untuk ruang kediaman tentera. Manakala bahagian bumbung merupakan tempat kawalan. Tangga putar (spiral staircase) daripada kayu belian dan bertiang besi terletak disatu penjuru menghubungkan setiap aras sehingga ke bumbung. Menara tangga ini lebih tinggi dari bumbung untuk pengawal meninjau jarak yang lebih jauh. Akibat serangan yang lebih hebat dari penduduk pribumi, kubu ini telah diperbesar pada tahun 1934 dengan membina tembok tinggi yang bersambung dengan bangunan asal. Bangunan ini mempunyai halaman salam yang luas untuk perbarisan tentera. Ia dilengkapi dengan dua menara tinjau dan laluan untuk tentera berkawal pada sepanjang tembok. Lubang-lubang meriam dibina pada tembok menghala Sungai Sarawak dan perkampungan Melayu di bawah bukit. Kubu ini dijadikan pengkalan Renjer Sarawak ada tahun 1932, Pejabat Kampetai Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2 dan terakhir sebagai Muzium Polis. Jabatan Warisan Negara telah membuat kerja pembaikan pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, ia mengalami kerosakan setelah dikosongkan oleh Polis sewaktu projek pembinaan bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sawarak bersebelahan kubu ini. Konservasi kubu ini merupakan salah satu projek utama Jabatan Warisan Negara pada tahun 2011-2012 di bawah Program Rancangan Malaysia ke-10.

FORT MARGHERITA Lokasi: Kuching Fort Mergherita dibina pada tahun 1879 untuk melindungi Sarawak dari ancaman lanun. Suatu ketika dahulu, sebuah meriam akan dibunyikan setiap hari menandakan tamat waktu bekerja bagi pekerja kerajaan. Dinamakan sempena isteri Rajah Brooke, Ranee Margaret, ianya sebuah mercu tanda yang takkan terlepas dari pandangan di sepanjang sungai Sarawak. Oleh kerana ianya terletak di dalam kawasan berek latihan polis, pelawat akan diminta untuk memberi pengenalan diri (ID).

Sumber : https://www.heritage.gov.my Tarikh Akses : 16 Julai 2013

~Pintu masuk kubu Margherita, jelas menunjukan tarikh pembinaannya i

aitu pada tahun 1880~

~DUM SPIRO SPERO...maksudnya...menurut kata orang muzium laa kan lebih kurang...Agi Idup Agi Gelaban laa...~

~Pemandangan dari atas kubu, nampak tak meriam-meriam tu...rasa-rasalahkan berapa ramai agaknya orang Sarawak ketika itu yang telah terkorban kena bedilan meriam ini...jika dilihat dari atas bangunan kubu ini...kedudukan kubunya memang strategik~

~Pemandangan ke arah hulu sungai~

~Pemandangan ke arah hilir sungai~

~TH dibahagian atas kubu~

~Menara peninjau kubu~

~Pemandangan dari atas kubu~

~2 buah Lokap/penjara~

~kedudukan meriam daripada dekat~

~Memorial persemadian Isteri J. Brooke Brooke...berada di bersebelahan kubu~

*************

Ini Kisah Kubu Margherita....

Kubu ini dibina oleh Rajah Charles Brooke. Kubu berkedudukan stategik ini diberi nama Margherita sempena nama isteri beliau iaitu Ranee Margaret. Kubu ini siap dibina pada tahun 1879.

Ia dibina berdasarkan dari kubu-kubu Inggeris di Zaman Perbaharuan. Ia dibina dengan dua fungsi iaitu sebagai kubu dan sebagai penghias bandar dengan rekabentuk binaan yang menarik.Dibina dikedudukan yang strategik sebagai lokasi peninjau dan pertahanan kemaraan mengejut dari pihak musuh.

Pada tahun 1879, setelah keadaan aman, kubu ini tidak lagi berfungsi sebagai sebuah kubu pertahanan tetapi telah berfungsi sebagai sebuah penjara sehinggalah pembinaan penjara baru dibina bagi mengantikan kubu ini.

Semasa perang dunia ke 2, kubu ini berfungsi sebagai bangunan peninjau untuk sampaikan mesej kepada pengawal istana, pengawal jam besar kerajaan di seberang sungai dan akhirnya ke Pejabat Perbendaharaan melalui laungan para pengawal kubu.

Kubu ini telah mengibarkan 4 jenis bendera iaitu bendera kerajaan Brooke, bendera Jepun, bendera Union Jack dan Bendera Sarawak/Malaysia

Kini kubu ini telah diubah suai dan dijadikan sebuah Muzium Polis.Posted by Tengkolok Hitam at 4:26 PM   Labels: Arkib Jejak Bangunan Warisan Penjajah...

Kuching, Bandar Kebudayaan Penuh UnikBy Samurai Biru November 16, 2015 : 5:00 pm

15  

0Share 

0   

15 

Siapa yang tidak mengenali Bandaraya Kuching, Sarawak. Ibu negeri Sarawak ini sebenarnya adalah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan Empayar Brunei. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepada James Brooke bagi membantu kerajaan Brunei dalam menamatkan pemberontakan.

Bandar ini terus mendapat perhatian dan pembangunan selama pemerintahan Charles Brooke seperti pembangunan sistem sanitasi,

hospital, penjara, Fort Margherita, dan bazar. Pada tahun 1941, pemerintahan Brooke merayakan Perayaan Centenary di Kuching.

Pada Perang Dunia II, Kuching diduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 sehingga 1945. Jepun mendirikan kem Batu Lintang berdekatan Kuching untuk menahan dan menyeksa tawanan perang. Setelah perang tamat, bandar ini tetap masih bertahan teguh. Namun, Rajah terakhir Sarawak, Sir Charles Vyner Brooke memutuskan untuk menyerahkan Sarawak sebagai bahagian dari Mahkota British pada tahun 1946.

Kuching tetap menjadi ibu negeri selama tempoh pemerintahan Mahkota British. Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Kuching juga tetap dikekalkan menjadi ibu negeri dan mendapat status bandaraya pada tahun 1988. Sejak itu, bandar Kuching dibahagi menjadi dua wilayah pemerintahan yang dikawal selia oleh dua pemerintah bandar yang berbeza. Pusat pemerintahan Sarawak terletak di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Ini adalah serba sedikit tentang sejarah awal Kuching yang mana kini Kuching dikenali sebagai pintu masuk bagi kebanyakan tempat menarik dan ilmu negeri Sarawak. Dengan melalui Kuching, anda dapat pergi ketempat-tempat menarik di Sarawak seperti Taman Negara Bako, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF), Dewan Undangan

Negeri Sarawak, Astana, Fort Margherita, Muzium Kucing, dan Muzium Sarawak.

Paling utama, bandar ini telah menjadi salah satu pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Tarikan utama didalam bandar Kuching itu sendiri adalah Waterfront yang pertama di bina di Malaysia iaitu pada tahun 1985. Malah di seberang Waterfront, terdapat perindustrian kek lapis, antara makanan paling terkenal di Sarawak, diusahakan secara IKS.

Selain itu, bandar Kuching merupakan antara lokasi membeli belah yang paling diminati oleh pelancong mahupun penduduk tempatan. Tidak hairanlah pembangunan pusat membeli belah tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Bagi mereka yang mencari kelainan dalam membeli belah, anda mungkin boleh singgah ke Pasar Satok yang terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar. Di buka setiap Sabtu dan Ahad, semua produk hasil kraf, makanan mahupun penjualan barangan eksotik boleh didapati disini. Menariknya, kebanyakan peniaga adalah dari kalangan penduduk tempatan.

Paling mencuri tumpuan, selain Kota Kinabalu, Kuching juga menghimpunkan pelbagai kaum yang ada di Sarawak dalam menjalankan urusan seharian. Dengan kepelbagaian komplek pentadbiran kerajaan, lokasi seperti Petra Jaya nyata menjadi tempat untuk golongan muda berlibur terutamanya hujung minggu kerana kecantikan dan penjagaan kawasan berkenaan.

Antara tarikan lain di Kuching adalah terdapat satu lorong khas yang masing-masing menghimpunkan peniaga Cina dan India (Mamak) menjalankan perniagaan dikawasan berkenaan. Malah Regata Sarawak juga dilangsungkan setiap tahun pada sekitar bulan Jun di Sungai Sarawak.

Bagi yang meminati sejarah, Muzium negeri juga dibuka berhampiran dengan pusat bandar dimana ianya dibuka setiap hari kepada semua pengunjung. Bagi penggemar makanan, anda patut mencuba Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Jawa, Kek Lapis, Umai dan beberapa menu lain yang tidak akan dapat ditemui di mana-mana selain daripada negeri Sarawak.

Sebenarnya, terlalu banyak tempat yang menarik di Kuching untuk ditulis. Apa yang dicatatkan didalam penulisan ini hanyalah sebahagian kecil daripada keunikan Bandaraya Kuching yang mungkin ada dikalangan kita masih belum berkesempatan untuk mengunjunginya.

MENGIMBAU SEJARAH : MENJELANG HARI POLISSejarah Pasukan Polis Sarawak

Sekitar tahun 1842, James Brook diberi kuasa memerintah Sarawak (sebagai Raja Sarawak) dimana beliau telah menubuhkan sebuah pasukan bersenjata yang mempunyai dua fungsi, iaitu polis dan tentera yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan Sarawak. Dia juga mendirikan kota-kota kecil di tempat-tempat strategik di negeri itu yang dikawal oleh pasukan garrison. Dari pengawal-pengawal garrison inilah pasukan polis Sarawak ditubuhkan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1932 kedua-dua pasukan ini dicantumkan dan diberi nama baru, iaitu Sarawak Constabulary.

Konsep Sarawak Constabulary sama seperti North Borneo Armed Constabulary yang ditubuhkan di Sabah. Pasukan ini berperanan menjaga kepentingan Raja Brooke daripada tercabar terutamanya oleh kebangkitan anak-anak pribumi Sarawak yang amat tidak senang hati dengan kekuasaan seorang Inggeris di tanah air mereka.

Pada tahun 1862, satu pasukan renjer seramai 120 orang anggota ditubuhkan di Kuching di bawah perintah Major W.H. Rodway. Anggota-anggotanya diambil dari kalangan bumiputra Sarawak di samping kaum India dan juga kaum Jawa. Pasukan Renjer ini mempunyai sebuah pusat latihan di Kuching. Jasa pasukan renjer terhadap Kerajaan Brooke dalam mententeramkan Sarawak adalah besar. Ini termasuklah dalam perang-perang menentang Rentap (1857-1861), Julau Dayak (1856), Kayan Besar (1863), Katibas (1868-1871) dan Ulu Ai (1875).

Komandan Renjer Sarawak yang pertama ialah A. Rodway (1868-1870) dan kemudiannya F. Walter (1870-1871), G.H. Becehus (1871-1875), W.H. Rodway (1877-1883), H.M. Peck (1884-1886), F.K.I. (1886-1894), G.L.B. Killick (1899-1900), G. Wilson (1902-1903), Sir Percy Cunnyghame (1903-1904) dan J . Whaeler Aldright (1903-1905) . Komandan Renjer yang terakhir ialah R. E. Lesueur (1923-1932).

Melihat keberkesanan dan teraturnya pasukan-pasukan polis yang telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, akhirnya pada tahun 1932 sebuah pasukan polis yang lebih teratur dan terkhusus dibentuk diberi nama "Sarawak Constabulary". Keanggotaannya pada masa itu hanya berjumlah 859 orang sahaja.

Sementara itu, Sarawak Armed Constabulary diperbesarkan keanggotaannya sehingga meningkat ke angka 1000 anggota. Tugas mata-mata kampung juga telah diambil alih oleh anggota Sarawak Constabulary. Apa yang jelas ialah Sarawak Constabulary masih memainkan peranan polis dan tentera terutamanya sebagai bersiap sedia untuk mengekang sebarang pemberontakan oleh peribumi Sarawak.

Menjelang tahun 1940, Sarawak Constabulary dipecahkan menjadi dua unit. Unit A yang terdiri dari 900 orang anggota pelbagai pangkat bertanggungjawab memikul tugas-tugas am polis, memberi kawalan dan pengiring bersenjata di stesen-stesen utama di negeri itu. Unit B pula mengandungi tiga platun Dayak, terdiri dari 100 anggota yang diberi tugas separa tentera, iaitu seperti Pasukan Polis Hutan masa ini.

Apabila Perang Dunia Kedua meletus (1940), Sarawak Constabulary turut sama berjuang mempertahankan Sarawak dari serangan Jepun tapi kekuatan dan kelengkapan tentera Jepun ternyata mengatasi pertahanan Sarawak. Dalam masa beberapa hari sahaja Sarawak jatuh ke tangan Jepun dan dengan itu juga Sarawak Constabulary turut bubar. Pemerintah Jepun

membentuk pasukan polisnya sendiri. Banyak anggota Sarawak Constabulary meneruskan khidmat mereka di bawah Polis Jepun.

Pada tahun 1946 kerajaan Inggeris dengan rasminya mengambil alih pemerintahan Sarawak dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan. Keanggotaan pasukan polis Sarawak waktu itu berjumlah 1079 orang. Dengan pertukaran pentadbiran itu, Sarawak mengalami beberapa perubahan. Pasukan Sarawak Constabulary dimodenkan dari pelbagai segi termasuklah sistem latihan, kelengkapan dan peralatan pasukan. Apa yang menarik ialah pada tahun 1955 Constabulary Ordinance (1955) dikeluarkan di Sarawak.

Apabila Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada tahun 1963, Sarawak Armed Constabulary turut diserapkan dalam PDRM.

Rejimen Renjer DiRaja (singkatan RRD) adalah salah satu pasukan tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Pasukan ini terkenal dengan cogan kata "Agi Hidup Agi Ngelaban" yang berasal daripada Bahasa Iban yang bermaksud "Selagi Ada Hayat, Selagi Itulah Berjuang". Cogan kata ini berasal daripada motto keluarga Brooke iaitu "Whilst there is life, there is fight" dan digunakan oleh Sarawak Rangers. Cogan kata "Agi Hidup Agi Ngelaban" adalah dianggap sebagai keramat bagi bekas-bekas pegawai dan anggota Renjer kerana ia telah banyak menyemarakkan semangat mereka apabila bertempur dengan musuh.

Sepertimana Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Kor Armor DiRaja, Rejimen Renjer Malaysia merupakan elemen tempur Tentera Darat Malaysia . Walaupun usia sebagai Rejimen dalam Tentera Darat Malaysia adalah lebih muda daripada Rejimen Askar Melayu DiRaja, namun keberanian dan semangat kepahlawanan anggota Rejimen Renjer sebagai pasukan barisan hadapan pertahanan negara adalah amat digeruni oleh pihak musuh.

RRD adalah rejimen yang kedua terbesar dalam Tentera Darat. Rejimen ini merupakan satu rejimen yang amat unik di mana dianggotai oleh pelbagai kaum dan agama. Pada awalnya, rejimen ini secara majoritinya dianggotai oleh kaum pribumi Sabah dan Sarawak dan beberapa orang pegawai British. Semenjak daripada itu, keanggotaan rejimen telah dibuka kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kehadiran kaum pribumi memberi identiti tersendiri bagi Rejimen Renjer DiRaja dan menjadikan ia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang tidak terdapat dalam rejimen-rejimen lain.