bronchiolastma1
TRANSCRIPT
1.0) PENDAHULUAN
Apabila seseorang itu bernafas, udara disedut masuk melalui nasal,
trakea dan bronkus untuk sampai ke paru-paru (rujuk lampiran 1: anatomi
sistem pernafasan manusia). Asma merupakan masalah sistem pernafasan
yang kerap dan biasa berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.
Asma berlaku disebabkan oleh inflamasi pada saluran pernafasan yang
mengganggu aliran keluar masuk udara dari paru-paru. Apabila serangan asma
berlaku, penghasilan mukus akan meningkat dan otot-otot pada bronkus akan
membengkak dan mengetat menyebabkan seseorang itu sukar untuk bernafas.
Asma yang kerap berlaku pada sistem pernafasan manusia lebih dikenali
sebagai bronchial asma. Perkataan bronchial digunakan bagi membezakan
dengan kardiak asma. Ini adalah kerana, kedua-dua jenis asma ini mempunyai
simptom-simptom yang sama tetapi penyebabnya adalah berbeza.
1
2.0) BRONCHIOL ASMA
Bronchiol asma adalah sejenis penyakit yang berkait dengan paru-paru di
mana berlakunya masalah kesekatan ventilasi pada saluran pernafasan yang
menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Ia merupakan sejenis penyakit yang
disebabkan peningkatan respons pada trakeobronkial terhadap pelbagai stimuli.
Keadaan ini menyebabkan saluran pada bronchiol akan menyempit yang
seterusnya mengganggu aliran keluar masuk udara mengakibatkan kurangnya
pertukaran gas berlaku (Rujuk Lampiran 2: perbandingan antara normal
bronchiol dengan bronchiol asma).
2.1) Patofisiologi Asma
Patofisologi asma adalah kompleks dan melibatkan komponen-komponen
berikut;
Inflamasi salur pernafasan
Sekatan pada saluran pernafasan yang tersumbat yang berlaku secara
bersela
Respon yang berlebihan pada bronchial
Kesekatan pada salur pernafasan dan respon bronchial yang berlebihan
berlaku disebabkan terdapatnya edema pada saluran pernafasan dan
terdapatnya pengumpulan mukus. Masalah ini mungkin berlaku samada akut,
sub-akut atau kronik.
2
Respon bronchial yang berlebihan pula disebabkan oleh respon terhadap
pelbagai stimuli eksogenus dan endogenus. Mekanisma ini berlaku samada
secara terus atau secara tidak langsung pada otot-otot dalam saluran
pernafasan. Tahap respon yang berlaku pada bronchiol menentukan keseriusan
serangan asma.
2.2) Sejarah Klinikal Pesakit Asma
Asesmen sejarah klinikal pesakit asma perlulah meliputi simptom-simptom
asma, sejarah keluarga, tahap keterukan serangan asma dan identifikasi faktor
pencetus asma.
2.2.1) Simptom-simptom Asma Merangkumi;
Batuk, bertambah teruk pada waktu malam
Wheezing
SOB (shortness of breath)
Ketat dada
Penghasilan kahak bertambah
Tahap toleransi pada senaman menurun
2.2.2) Paten berlakunya simptom-simptom asma adalah pelbagai
Bermusim atau tidak menentu
Berterusan atau berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja
3
Tempoh kekerapan dan tahap keterukan
2.2.3) Mempunyai sejarah penyakit asma, alergi, sinusitis, rhinitis atau
ekzema dalam keluarga.
2.2.4) Sejarah sosial;
persekitaran rumah
merokok
persekitaran sekolah atau tempat kerja
jenis pekerjaan.
2.2.5) Persepsi pesakit terhadap elemen-elemen berikut;
Pengetahuan tentang asma dan rawatan
Penggunaan ubat-ubatan
Sumber kewangan
2.3) Keadaan Fizikal Pesakit Asma
2.3.1) Keadaan am fizikal pesakit asma biasanya; distres respiratori
( kadar pernafasan dan nadi meningkat, menggunakan otot-otot
aksesori untuk bernafas).
2.3.2) Pulsus paradoxus iaitu penurunan tekanan darah sistolik semasa
inspirasi yang mungkin berlaku semasa serangan akut.
4
2.3.3) Pemeriksaan paru-paru menunjukkan fasa ekspirasi yang panjang,
wheezing dan terdapat pengembangan dada yang kuat.
2.3.4) Pemeriksaan kulit; memastikan sekiranya terdapat dermatitis atau
ekzema atau tanda-tanda yang menunjukkan terdapatnya alergi.
2.4) Penyebab-penyebab Asma
Faktor-faktor yang menyebabkan asma atau berlakunya aktiviti berlebihan
pada saluran pernafasan termasuklah;
2.4.1) alergen yang terdapat di persekitaran seperti habuk rumah,
alergen dari haiwan berbulu dan alergen dari lipas.
2.4.2) Infeksi viral pada salur pernafasan
2.4.3) Senaman; hiperventilasi
2.4.4) Sinusitis atau rhinitis kronik
2.4.5) Pencemaran udara atau asap rokok
2.4.6) Stres
2.5) Rawatan
2.5.1) Terdapat garis panduan yang ditetapkan oleh US National Heart,
Lung and Blood Institute Publication, “Global Strategy for Astma Management
and Prevention” bagi memastikan pengurusan perawatan pesakit asma
tercapai. Antara garis panduan tersebut adalah;
5
Meningkatkan dan mengekalkan kaedah-kaedah bagi mengawal simptom-
simptom asma
Mengekalkan aktiviti pada tahap normal termasuklah bersenam
Mengekalkan fungsi paru-paru ke tahap yang normal seboleh mungkin
Elak asthma exacerbation
Mengelakkan dari mendapat kesan sampingan ubat-ubatan asma
Mengelakkan mortality
2.5.2) Pengurusan jangka pangjang bagi pesakit luar pula, terdapat empat
komponen rawatan yang dikeluarkan oleh GINA ( Global Institute of Asthma).
Empat komponen tersebut adalah;
Objektif pengukuran fungsi paru-paru
Kaedah pengawalan persekitaran dan mengelakkan factor risiko
Terapi faemakologi yang komprehensif
Pendidikan kesihatan kepada pesakit
6
3.0) TINDAKAN PERAWATAN SEMASA SERANGAN AKUT
Serangan akut adalah keadaan apabila wheezing bertambah teruk dan
tiada respon pada terapi yang biasanya efektif. Serangan akut yang tidak
berkesan pada perawatan standard iaitu bronchodilator dan steroid juga dikenali
sebagai status asthmaticus. Apabila serangan akut berlaku, pesakit
memerlukan rawatan segera di hospital.
Serangan akut dicirikan dengan berlakunya inflamasi dan penyempitan
saluran pernafasan, pengembangan dada yang semakin kuat (hyperinflation),
kegagalan fungsi pulmonari, gangguan pada ventilasi alveolar dan hipoksemia.
Sebagai seorang jururawat, tindakan perawatan yang perlu dilakukan
adalah;
3.1) Asesmen
Apabila terdapat pesakit yang diserang asma akut, asesmen adalah
tindakan perawatan yang paling penting yang perlu dilakukan dengan segera.
Melalui asesmen yang betul, perawatan yang sesuai dengan keadaan pesakit
dapat ditentukan.
Asesmen terutamanya asesmen fizikal pesakit dapat menentukan
simptom-simptom yang dialami pesakit dan paten simptom yang ditunjukkan
seperti wheezing, SOB, batuk, tahap pengembangan dada dan sebagainya.
Melalui simptom-simptom inilah dapat menentukan tahap keterukan serangan
7
asma yang dialami. Simptom-simptom yang dikenalpasti perlulah disenaraikan
dengan betul beserta kekerapan pesakit mengalaminya.
Tanda-tanda vital juga merupakan parameter penting yang perlu
direkodkan. Kadar pernafasan dan nadi pesakit akan meningkat apabila
serangan asma berlaku. Sekiranya kadar pernafasan pesakit lebih dari 40/min,
ini menunjukkan pesakit mengalami distres respiratori. Bagi pesakit yang
mendapat serangan asma yang teruk, kadar ogsigen dalam darah akan
menurun menyebabkan berlakunya hipoksemia. Hipoksemia yang teruk
memerlukan pesakit diberi bantuan ventilasi mekanikal melalui intubasi tiub
endotrakea.
Peak Flowmeter juga merupakan antara kaedah asesmen yang sesuai
untuk mengukur tahap keterukan serangan asma. Peak Flowmeter digunakan
bagi mengukur peak expiratory flow (PEF) iaitu kadar maksimum yang dapat
dicapai oleh pesakit dengan menghembuskan udara ke luar menggunakan
tahap keupayaan maksimum yang boleh diberikan oleh pesakit. Bacaan PEF
dapat menentukan tahap kesekatan salur pernafasan yang dialami pesakit
(rujuk lampiran 3: carta alir pengurusan perawatan pesakit dengan bronchial
asma).
Jadual 3.1 di bawah menunjukkan empat tahap keterukan serangan
asma. Melalui empat tahap ini memudahkan menentukan rawatan yang sesuai
yang perlu diberikan.
8
Kekerapan Simptom
(Siang)
Kekerapan Simptom
(Malam)
PEF (%)
Intermittent -Tidak lebih dari
sekali/minggu
-Kurang dari 2/Bulan 80% @
lebih
Mild
Persistent
- Lebih 1/minggu
-Tidak berlaku setiap hari
- Lebih 2/bulan 80% @
lebih
Moderately
Persistent
- Dialami setiap hari
-Terganggu dengan aktiviti
yang dilakukan
-Lebih 1 dalam
seminggu
60% -
80%
Severe
Persistent
- Dialami beterusan
- Aktiviti terhad
- Kerap < 60%
Jadual 3.1: Tahap-tahap Keterukan Serangan Asma
3.2) Perancangan
Setelah data-data diperolehi, perancangan perawatan yang sesuai
dengan status serangan asma pesakit perlu ditentukan mengikut prioriti.
Tindakan segera perlu dilakukan sekiranya berlaku keadaan kecemasan
terutamanya yang melibatkan pesakit dengan serangan asma yang teruk.
9
3.3) Implementasi
Tanda-tanda vital, (tekanan darah, kadar nadi dan pernafasan dan
saturasi oksigen) perlu dimonitor dan direkodkan secara berterusan
terutamanya bagi pesakit yang mengalami serangan asma teruk. Terdapat
sesetengah pesakit yang mengalami serangan asma yang tidak teruk akan
mendapat serangan teruk secara mendadak dan perubahan ini akan turut dapat
diperhatikan pada perubahan tanda-tanda vital.
Simptom-simptom yang dikenalpasti perlulah segera diberitahu kepada
doktor supaya tindakan segera dapat diberikan terutamanya pesakit dengan
serangan asma teruk. Pemeriksaan lanjut mungkin perlu dilakukan seperti CXR
dan pengambilan ABG (arterial blood gases) untuk menilai tahap fungsi paru-
paru. Kadar oksigen dan karbon dioksida dalam darah dapat dinilai melalui
sampel ABG. Dalam serangan asma teruk, kadar oksigen darah akan menurun
dan kadar karbon dioksida darah akan meningkat.
Pemberian rescue medication (quick relief medication) dapat membantu
merawat simptom-simptom akut. Ubatan yang memberi tindakan cepat ini
adalah merupakan rawatan awal untuk merawat serangan asma akut.
SABA (short acting beta agonist) seperti salbutamol diberi melalui
nebulizer atau MDI (metered dose inhaler). SABA dapat memberi
kesan yang cepat iaitu dalam beberapa minit untuk membuka
saluran pernafasan dan kesannya dapat bertahan selama empat
10
jam. Ubatan ini juga dikategorikan sebagai bronchodilator kerana
iainya dapat merangsang reseptor beta-2 agonist untuk membuka
saluran pernafasan dan kurang kesan sampingan berbanding
epinephrine.
Pemberian anticholinergenic seperti ipratropium bromide (atrovent)
dapat memberi kesan yang lebih baik apabila digunakan bersama
SABA terutamanya bagi pesakit yang mengalami simptom-simptom
asma yang sederhana atau teruk.
Sekiranya pemberian ubatan tidak berkesan, pemberian oksigen perlu
bagi mengurangkan hipoksia sekiranya saturasi oksigen kurang dari 92%.
Pemberian magnesium sulfat secara infusi yang bertindak sebagai
bronchodilating mungkin perlu bagi merawat serangan asma teruk (sekiranya
dipreskripsi).
3.4) Penilaian
Asesmen secara berterusan masih perlu dilakukan bagi menilai
keberkesanan ubatan yang diberikan dengan menilai perubahan pada simptom-
simptom asma yang ditunjukkan dan tanda-tanda vital. Penilaian ini penting bagi
menentukan samada pesakit memerlukan rawatan intensif atau tidak. Ubatan
mungkin diberi secara berterusan atau berulang bergantung pada tahap
keterukan serangan asma. Rawatan intensif biasanya 3 rawatan diberikan pada
11
setiap 20-30 minit. Dan sekiranya tiada respon terhadap ubatan, persediaan
untuk rawatan kecemasan adalah perlu.
4.0) NASIHAT KESIHATAN UNTUK MENGELAKKAN HOSPITALISASI
BERULANG
Nasihat kesihatan adalah aspek paling penting yang perlu melibatkan
pesakit secara aktif dan juga ahli keluarga terdekat dalam pengurusan penyakit
asma bagi memastikan hospitalisasi tidak akan berulang. Aspek-aspek penting
yang perlu ditekankan dalam nasihat kesihatan ini adalah;
4.1) Pengetahuan Pesakit Mengenai Maklumat-maklumat asas Penyakit
Asma
Maklumat-maklumat asas yang perlu dibincangkan bersama pesakit
adalah perbezaan antara salur pernafasan normal dan salur pernafasan pada
pesakit asma dan juga apa yang berlaku pada salur pernafasan semasa
serangan asma akut berlaku.
4.2) Pengetahuan Pesakit Mengenai Ubat-ubatan
Maklumat mengenai ubat-ubatan perlulah meliputi bagaimana ubatan
bertindak, ubatan kesan jangka panjang (bertindak mencegah simptom dengan
cara mengurangkan inflamasi saluran pernafasan) dan kepentingan
12
pengambilannya, ubatan kesan cepat iaitu SABA (merehatkan otot-otot saluran
pernafasan) dan penekanan perlu diberikan kepada pesakit supaya tidak
mengharapkan mendapatkan kesan ubatan dalam masa yang terdekat.
Ubatan kesan jangka panjang juga dikenali sebagai preventer/controller
Penggunaan ubatan ini adalag bergantung pada simptom-simptom
yang dialami. Dalam serangan asma teruk, penggunaan ubatan ditingkatkan
(step up) dan apabila penyakit dapat dikawal, ubatan akan dikurangkan (step
down).
Ubatan anti inflamasi adalah merupakan ubatan inhalasi steroid yang
berkesan sebagai pencegah (preventers)
Ubatan kesan cepat dikenali relievers iaitu dengan pengambilan secara
inhalasi beta-2 agonist seperti salbutamol dalam dos yang mencukupi dan
inhlasi anticholinergic seperti ipratropium.
4.3) Kenalpasti dan Elak Faktor Risiko Asma
Pesakit perlu mengenalpasti faktor risiko yang boleh menyebabkan
serangan asma berlaku dan elakkan terdedah pada faktor tersebut. Pesakit juga
dinasihatkan supaya mencegah dari mendapat jangkitan. Jadual 4.3 dibawah
menunjukkan antara faktor-faktor risiko dan tindakan pencegahan.
Faktor Risiko Tindakan Pencegahan
13
Alergen hama/habuk
rumah
Cuci cadar setiap minggu, elak menggunakan
permaidani, guna perabot berasaskan vinil,
kulit atau kayu, guna vakum yang berfilter,
jemur bantal di bawah panas matahari
Asap Rokok Elakkan berada di tempat yang terdedah
dengan asap rokok
Bagi pesakit yang merokok dan ahli keluarga
yang merokok digalakkan untuk berhenti
Alergen bulu haiwan Elak memelihara haiwan di dalam rumah
seperti kucing
Alergen lipas Kerap-kali cucu tempat berlipas dan gunakan
bahan pencegah serangga
Debunga atau spora
di persekitaran luar
Pastikan pintu dan tingkap tertutup sekiranya
bilangannya bertambah di persekitaran dan
elakkan aktiviti di luar rumah
Aktiviti fizikal Dengan penggunaan inhaler sebelum
senaman, senaman boleh diteruskan
Ubat-ubatan Tidak pada beta-blockers, aspirin atau NSAIDs
Jadual 4.3: Faktor Risiko Asma Dan Tindakan Pencegahan
14
4.4) Kenalpasti Simptom-simptom Serangan Asma yang Memerlukan
Perhatian Doktor.
Antara simptom-simptom tersebut adalah;
Sukar bernafas semasa rehat
Keliru, mengantuk dan mudah terganggu
Kadar respirasi >30/min atau kadar nadi >120/min
Respon pada bronchodilator hanya bertahan selama 3 jam
4.5) Kemahiran Pesakit
Pesakit perlu diberi tunjuk ajar menggunakan ubatan inhaler, chamber
atau spacer, dan cara penggunaan flowmeter (jika diarahkan menggunakannya)
dengan betul.
4.6) Mematuhi Arahan Temujanji (follow up care).
Pesakit perlu dinasihatkan kepentingan mematuhi arahan temujanji
supaya perkembangan proses penyakit dapat dikenalpasti. Arahan temujanji
bergantung pada tahap keterukan serangan asma seseorang pesakit
dan biasanya diberi dalam tempoh 1 hingga 6 bulan.
5.0) RUMUSAN
15
Bronchiol asma merupakan antara penyakit saluran pernafasan yang
paling kerap dan biasa berlaku di kalangan masyarakat kita malahan di seluruh
dunia. Asma berlaku disebabkan oleh inflamasi kronik pada saluran pernafasan
yang menyebabkan otot-otot lembut di dalam bronchiol menyempit
menyebabkan kesekatan berlaku dan menyukarkan aliran keluar masuk udara.
Simptom-simptom yang biasa ditunjukkan oleh pesakit adalah wheezing,
SOB, batuk dan rasa ketat dada. Paten simptom-simptom yang dialami oleh
pesakit dapat menentukan tahap keterukan serangan asma tersebut.
Rawatan bagi serangan asma biasanya adalah dengan mengambil ubatan
inhalasi SABA seperti salbutamol dan inhalasi corticosteroid. Pesakit juga boleh
mengawal serangan asma dari berlaku dengan mengenalpasti dan
mengelakkan dari terdedah kepada faktor pencetus seperti hama, alergen bulu
haiwan, alergen lipas, asap rokok dan sebagainya.
Asesmen, perancangan, implementasi dan penilaian adalah komponen
pengurusan perawatan penting bagi seorang jururawat kerana komponen-
komponen ini dapat menentukan perawatan sesuai dapat diberikan.
Nasihat kesihatan seperti pengetahuan tentang penyakit dan kemahiran
menggunakan ubatan adalah pengurusan perawatan yang penting bagi pesakit
asma untuk mengelakkan hoapitalisasi berulang.
6.0) RUJUKAN
16
American International Health Alliance (AIHA). Bronchiol Asthma: Clinical
Practice Guideline For General Practitioner.
Gershwin, M.E. & Albertson, T.E. (2001). Bronchiol Asthma: Principles of
Diagnosis and Treatments. Humana Press: New Jersey
Morris, J. M. (2010). Asthma. [Available Online].
http://www.emedicinemedscape.com
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus
http://www.ginaasthma.org
http://en.wikipedia.org
http://www.mdguidelines.com/asthma
17