borang+pendaftaran+&+syarat+pertandingan+petanque
DESCRIPTION
petanqueTRANSCRIPT
Trio
Trio
Trio
Trio
Trio
MAJLIS DAERAH JERANTUT
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN PETANQUE BEREGU/TRIO TERTUTUP DAERAH JERANTUT
TARIKH : 26 – 27 FEBRUARI 2011
MASA : 8.00 PAGI – 7.00 PETANG
TEMPAT : GELANGGANG PETANQUE D’ KILAU COURT
NAMA PASUKAN : ______________________________
NAMA JABATAN : ______________________________
NAMA KETUA PASUKAN : ______________________________
NO. TEL. BIMBIT : ______________________________
Bil.
Nama Peserta
No. Kad Pengenalan
Format (✓)
Nota: Untuk keterangan lanjut sila hubungi 09-2662205 (En. Azrul)
Beregu
Beregu
Beregu
Beregu
Beregu
MAJLIS DAERAH JERANTUT
Menganjurkan
PERTANDINGAN PETANQUE BEREGU/TRIO TERTUTUP DAERAH JERANTUT
TARIKH : 26 – 27 FEBRUARI 2011
MASA : 8.00 PAGI – 7.00 PETANG
TEMPAT : GELANGGANG PETANQUE D’ KILAU COURT
A. FORMAT PERTANDINGAN
Beregu Terbuka dan Trio Terbuka.
B. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN
Undang-undang pertandingan hendaklah mengikut undang-undang yang dikeluarkan
bersama oleh Persatuan Petanque Malaysia (PPM) dan International Federation Of
Petanque Jue Provesulal (F.I.P.J.P)
C. KELAYAKAN PESERTA
Peserta yang didaftarkan adalah terbuka untuk Badan-badan Kerajaan, Badan-badan
Bukan Kerajaan, kanak-kanak berumur 15 tahun ke atas dan orang awam.
D. PENGUNDIAN
D1. Penetuan kumpulan ditentukan melalui pengundi berdasarkan kepada jumlah
24 pasukan terawal yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan.
D2. Sesi pengundian akan dijalankan pada pagi hari pendaftaran.
E. PERATURAN DAN FORMAT KEJOHANAN
E1. Pasukan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut format pertandingan.
E2. Semua pasukan akan bermain secara Double Knock Out (2 kali kalah).
E3. Perlawanan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan secara kalah mati.
E5. Penentuan untuk tempat ketiga adalah antara pasukan yang kalah pada perlawanan
di peringkat separuh akhir.
E6. Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan suku
akhir manakala hanya dua pasukan yang mengumpul mata tertinggi dikalangan
tempat ketiga keseluruhan kumpulan ke pusingan yang sama.
E7. Mata penamat bagi semua perlawanan ialah 13 mata. Masa yang diperuntukkan
bagi setiap perlawanan antara pasukan ialah 60 minit. Pemenang dikira mengikut
jumlah mata tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh masa tersebut atau mana
yang dahulu.
F. PAKAIAN
F1. Peserta mestilah memakai seluar ‘Slack’ dan berbaju T berkolar yang seragam serta
berkasut sukan.
F2. Seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.
G. YURAN PENYERTAAN
Yuran penyertaan untuk setiap pasukan yang menyertai ialah sebanyak RM30.00
H. BANTAHAN
Bantahan mestilah dibuat secara bertulis kepada pegawai pertandingan dan diterima
dalam masa 30 minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan dengan disertakan
bayaran sebanyak rm100.00 dan akan dikembalikan jika bersabit dengan aduan.
I. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN
Semua perkara yang tidak diperuntukkan dalam peraturan ini dan semua tafsiran
peraturan hendaklah diselenggarakan oleh jawatankuasa pertandingan yang mana
keputusan kelak adalah muktamad. Urusetia pertandingan berkuasa dalam
membatalkan penyertaan pasukan ke atas sebarang pelanggaran terhadap peraturan
yang telah ditetapkan.