borang pengesahan status tesis· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan...

25
PSZ 19:16(pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· mOUL: PEMBANGUNAN SISTEM PENYELIAAN UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) BAGI MA T APELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK) SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NORA IDURA BINTI OTHMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/SaIjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : I. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (,j ) (Mengandungi maklumat yang berdaIjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). o SULIT o TERHAD EJ TlDAK TERHAD Alamat Tetap : NO 61 JALAN PP 3/11 TAMAN PUTRA PERDANA 47130 PUCHONG SELANGOR Tarikh: _5.L...1_s-. ...... 120 __ __ (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENYELlA) PM DR. ABDUL HAFIDZ B. HJ OMAR Nama Penyelia Tarikh: __ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan .. Jenis tesis ini SUUT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan SaIjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM).

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

PSZ 19:16(pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· mOUL: PEMBANGUNAN SISTEM PENYELIAAN UJIAN KECERGASAN JASMANI

KEBANGSAAN (UKJK) BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK)

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NORA IDURA BINTI OTHMAN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/SaIjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

I. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (,j )

(Mengandungi maklumat yang berdaIjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972).

o SULIT

o TERHAD

EJ TlDAK TERHAD

[fA~PFNlJLIS) Alamat Tetap : NO 61 JALAN PP 3/11 TAMAN PUTRA PERDANA 47130 PUCHONG SELANGOR

Tarikh: _5.L...1_s-.......120__0~-'--__

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

Disahkan oleh,

---~

(TANDATANGAN PENYELlA)

PM DR. ABDUL HAFIDZ B. HJ OMAR

Nama Penyelia

Tarikh: 5_;!_~ I_~_09__

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan .. Jenis tesis ini SUUT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan SaIjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ljazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Tandatangan : ::_-~_-~_-_~_~ _

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABDUL HAFlDZ BIN HAJl OMAR

Tarikh: 25 APRIL 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

ii

PEMBANGUNAN SISTEM PENYELIAAN UJIAN KECERGASAN JASMANI

KEBANGSAAN (UKJK) BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN

KESIHATAN (PJK)

NORA IDURA BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ......................................................................

Nama Penulis : ......................................................................

Tarikh : ......................................................................

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

iv

Dedikasi

Untuk ayah yang disanjungi

Othman bin Mat Isa

Untuk ibu yang disayangi

Rohana binti Din

Untuk teman yang dikasihi

Ahmad Faisal bin Ismail

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

v

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek

Sarjana Muda saya iaitu P.M. Dr. Abdul Hafidz bin Omar kerana beliau telah banyak

memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan usaha yang tidak jemu dalam membantu

saya dalam menyempurnakan projek ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat

keluarga tersayang terutama ayah dan ibu yang banyak memberi sokongan yang tidak

ternilai buat saya.

Di samping itu, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Khairudin bin Hasan

dari Fakulti Elektrik dan Izwyn binti Zulkapri dari Fakulti Bioperubatan dan Sains

Kesihatan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan proses Pembangunan

Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih

kepada rakan-rakan saya iaitu Umi Natrah binti Abdul Rahman, Razmal bin Shapiei,

Suhaimi bin Daubi, Norbaizura binti Abu Bakar yang banyak membantu saya dalam

usaha menyiapkan projek ini. Akhir sekali tidak lupa saya untuk mengucapkan terima

kasih kepada pelajar-pelajar Sains Sukan UTM dan Sekolah Sukan Bandar Penawar,

Johor yang banyak memberi kerjasama kepada saya dalam proses pengujian.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

vi

ABSTRAK

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang ada sekarang masih menggunakan kaedah manual dalam pengumpulan data kecergasan pelajarnya. Selain itu, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini juga kurang diselia dan dianalisis dengan baik oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kajian ini dijalankan untuk membangunkan sistem penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kajian ini bertujuan untuk membangunkan empat komponen utama sistem ini iaitu pengujian peralatan kecergasan, sistem penasihatan, sistem analisis dan sistem pemfailan. Dua bentuk kajian dijalankan dalam kajian ini iaitu kajian rintis dan kajian sebenar. Kajian rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun yang dipilih dari kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang sukan pada pelbagai peringkat.manakala kajian sebenar pula melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 16 tahun-19 tahun yang dipilih dari kalangan pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor dan mempunyai latar belakang yang baik dalam bidang sukan prestasi tinggi. Individu hanya memerlukan alat ingatan untuk menyimpan ID, nama dan data supaya semua stesen ujian boleh mengenalpasti individu tersebut dan menyimpan data kecergasan dalam alat ingatan tersebut. Sistem yang dibangunkan akan membaca dan menganalisis data daripada alat ingatan tersebut dan mengenalpasti tahap kecergasan individu tersebut. Dua pengujian kecergasan dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pos. Dalam tempoh masa antara kedua-dua ujian tersebut, subjek diberi nasihat mengenai latihan-latihan yang dapat meningkatkan tahap kecergasan mereka, Terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua ujian pada ujian Duduk Jangkau, Tekan Tubi, Bangkit Tubi dan Lompat Jauh Berdiri.. Tiga ujian lagi iaitu Naik Turun Bangku, Treadmil dan Lari Ulang Alik pula tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan pada kedua-dua ujian. Berdasarkan dapatan kajian, pembangunan sistem dari aspek pengujian, penasihatan, analisis dan pemfailan telah dapat dibangunkan dengan jayanya

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

vii

ABSTRACT

The main purpose of this research is to develop National Physical Fitness Test (NPFT) Monitoring System for Physical Education and Health subject. National Physical Fitness Test (NPFT) still using manual procedure in collecting student’s data. Besides, the test were less monitored and analyzed by Physical Education’s teacher. This study focused to develop four (4) main components of the system; fitness equipment’s testing, advice system, analysis system and e-filing system. Pilot study chose ten male and ten female university students from age 19 to 29 with background in sports meanwhile ten male and ten female Sekolah Sukan Bandar Penawar’s students from age 16 to 19 with background in high performance sports were chosen as subjects for real study. A person only need Removable Memory Device to store his ID, name and data so that all stations can identify the person and stores the results in the device. The system will read and analyze the data from the memory and recognize the fitness level of the person. Two types of testing were evaluated that is pre-test and post-test. Between these two tests, subjects were given advice about the trainings that can improve their fitness level. Results analysis shows that there are significance differences of the pre-post test Sit and Reach, Sit Up, Push Up and Standing Long Jump. There are no significance differences of the pre-post test of Step Up, Treadmill and Shuttle Run. Based on results analysis, development of four (4) main component of the system has been achieved.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

BORANG PENGESAHAN

HALAMAN PENGAKUAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

HALAMAN PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

HALAMAN PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI CARTA ALIR ix

SENARAI RAJAH x

SENARAI JADUAL xi

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Terminologi 9

1.9 Penutup 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sistem Pendigitalan dan Elektronik 13

2.3 Sistem Penasihatan 15

2.4 Sistem Analisis 17

2.5 Sistem Pemfailan Elektronik 18

2.6 Penutup 20

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

x

BAB III METODOLOGI KAJIAN MUKASURAT

3.1 Pengenalan 21

3.2 Antaramuka Sistem 22

3.2.1 Muat Naik Data dari Alat Ingatan 22

3.2.2 Penyeliaan Guru 23

3.2.3 Data Pengguna 24

3.2.4 Analisis Data 25

3.2.5 Penasihatan 26

3.2.6 Aturan & Cetak 27

3.3 Rekabentuk Kajian 28

3.4 Tempat Kajian 29

3.5 Populasi dan Persampelan 29

3.6 Instrumen Kajian 30

3.6.1 Alat Ingatan 30

3.6.2 Sistem Penyeliaan UKJK 31

bagi Matapelajaran PJK

3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan UKJK 31

3.6.4 Perisian Statistical Package 31

for Social Science (SPSS 12.0)

3.7 Prosedur Kajian 31

3.7.1 Pemilihan Subjek 32

3.7.2 Taklimat Kajian 32

3.7.3 Taklimat Penggunaan 33

3.8 Pengumpulan Data 33

3.9 Kaedah Penganalisaan Data 33

3.10 Sistem Penasihatan 34

3.11 Penutup 34

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

xi

BAB IV REKABENTUK & PEMBANGUNAN MUKASURAT

SISTEM

4.1 Pengenalan 35

4.2 Keseluruhan Sistem 36

4.2.1 Carta Alir Perjalanan 37

Keseluruhan Sistem

4.3 Alat Ingatan Mudah Dikeluarkan 37

4.4 Stesen-stesen Ujian Kecergasan 38

4.4.1 Carta Alir Semua Stesen 39

Ujian Kecergasan

4.5 Treadmill 40

4.5.1 Stesen Ujian Treadmill 41

4.5.2 Carta Alir Prosedur 42

Ujian Treadmill

4.6 Duduk Jangkau (Sit & Reach) 43

4.6.1 Stesen Ujian Duduk Jangkau 44

(Sit & Reach)

4.6.2 Carta Alir Prosedur Duduk Jangkau 45

(Sit & Reach)

4.7 Tekan Tubi (Push Up) 46

4.7.1 Stesen Ujian Tekan Tubi 47

(Push Up)

4.7.2 Carta Alir Prosedur 48

Tekan Tubi (Push Up)

4.8 Bangkit Tubi (Sit Up) 49

4.8.1 Stesen Ujian Bangkit Tubi 50

(Sit Up)

4.8.2 Carta Alir Prosedur Bangkit 51

Tubi (Sit Up)

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

xii

BAB IV REKABENTUK & PEMBANGUNAN MUKASURAT

SISTEM

4.9 Naik Turun Bangku (Step Up) 52

4.9.1 Stesen Naik Turun Bangku 53

(Step Up)

4.9.2 Carta Alir Prosedur Naik 54

Turun Bangku (Step Up)

4.10 Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 55

4.10.1 Stesen Lari Ulang Alik 55

(Shuttle Run)

4.10.2 Carta Alir Prosedur Lari 56

Ulang Alik (Shuttle Run)

4.11 Lompat Jauh Berdiri (Standing 57

Long Jump)

4.11.1 Stesen Lompat Jauh Berdiri 58

(Standing Long Jump)

4.11.2 Carta Alir Prosedur Lompat 59

Jauh Berdiri (Standing Long Jump)

4.12 Penutup 59

BAB V ANALISIS DATA MUKASURAT

5.1 Pengenalan 60

5.2 Kaedah Analisis Data 61

5.3 Treadmill 61

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

xiii

BAB V ANALISIS DATA MUKASURAT

5.4 Duduk Jangkau (Sit and Reach) 63

5.5 Tekan Tubi (Push Up) 66

5.6 Bangkit Tubi (Sit Up) 68

5.7 Naik Turun Bangku (Step Up) 70

5.8 Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 72

5.9 Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump) 74

5.10 Penutup 76

BAB VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN MUKASURAT

DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan 81

6.2 Perbincangan 82

6.2.1 Keberkesanan pengujian alatan 82

kecergasan bagi Sistem Penyeliaan

UKJK untuk digunakan di sekolah-

sekolah.

6.2.2 Keberkesanan pengemaskinian 83

program penasihatan ini dapat

menyatakan program latihan yang

benar-benar merangkumi

komponen kecergasan.

6.2.3 Keberkesanan sistem analisis 84

dalam membantu para guru dan

jurulatih menilai dan

meningkatkan tahap prestasi

pelajar dan atlit mereka

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

xiv

BAB VI PERBINCANGAN, KESIMPULAN MUKASURAT

DAN CADANGAN

6.2.4 Keberkesanan pembangunan 86

program pemfailan pangkalan

data (database filing) ini dalam

mengumpulkan data kecergasan

pelajar yang terlibat dalam

(UKJK) secara sistematik

dan saintifik

6.3 Masalah Yang Dihadapi 88

6.3.1 Masalah pada stesen ujian 89

kecergasan

6.3.2 Masalah pada pengaturcaraan sistem 90

6.3.3 Masalah pengetahuan dalam 90

bidang elektronik

6.4 Cadangan 91

6.4.1 Persampelan Kajian 91

6.4.2 Penambahbaikan Pada 91

Pengaturcaraan Sistem

6.4.3 Rekabentuk Yang Lebih 92

Kreatif

6.5 Rekabentuk Kajian 92

6.6 Kesimpulan 93

BIBLIOGRAFI 94

LAMPIRAN 97

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

xv

SENARAI CARTA ALIR

NO TAJUK MUKA SURAT

4.2.1 Carta alir perjalanan keseluruhan sistem 37

4.4.1 Carta alir semua stesen ujian kecergasan 39

4.5.2 Carta alir prosedur Ujian Treadmill 42

4.6.2 Carta alir prosedur Ujian Duduk 45

Jangkau (Sit and Reach)

4.7.2 Carta alir prosedur Ujian Tekan 48

Tubi (Push Up)

4.8.2 Carta alir prosedur ujian Bangkit 51

Tubi (Sit Up)

4.9.2 Carta alir prosedur Ujian Naik 54

Turun Bangku (Step Up)

4.10.2 Carta alir prosedur Ujian Lari 56

Ulang Alik (Shuttle Run

4.11.2 Carta alir prosedur Ujian Lompat Jauh 59

Berdiri (Standing Long Jump)

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

xvi

SENARAI RAJAH

NO TAJUK MUKA SURAT

3.2 Antaramuka Sistem 22

3.2.1 Muat Naik Data Daripada Alat Ingatan 22

3.2.2 Penyeliaan Guru 23

3.2.3 Data Pengguna 24

3.2.4 Analisis Data 25

3.2.5 Penasihatan 26

3.2.6 Aturan dan Cetak 27

4.3.1 Alat ingatan mudah dikeluarkan 37

(Removable Memory Device)

4.5.1 Stesen Treadmill 41

4.6.1 Stesen Duduk Jangkau (Sit and Reach) 44

4.7.1 Stesen Tekan Tubi (Push Up) 47

4.8.1 Stesen Bangkit Tubi (Sit Up) 50

4.9.1 Stesen Naik Turun Bangku (Step Up) 53

4.10.1 Stesen Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 55

4.11.1 Stesen Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump) 58

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

xvii

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA SURAT

5.3.1 Data Ujian Treadmill 62

5.3.2 Nilai Min Ujian Treadmill 62

5.3.3 Nilai Ujian t Treadmill 63

5.4.1 Data Ujian Duduk Jangkau (Sit and Reach) 64

5.4.2 Nilai Min Duduk Jangkau (Sit and Reach) 64

5.4.3 Nilai Ujian t Duduk Jangkau (Sit and Reach) 65

5.5.1 Data Ujian Tekan Tubi (Push Up) 66

5.5.2 Nilai Min Tekan Tubi (Push Up) 67

5.5.3 Nilai Ujian t Tekan Tubi (Push Up) 67

5.6.1 Data Ujian Bangkit Tubi (Sit Up) 68

5.6.2 Nilai Min Bangkit Tubi (Sit Up) 69

5.6.3 Nilai Ujian t Bangkit Tubi (Sit Up) 69

5.7.1 Data Ujian Naik Turun Bangku (Step Up) 70

5.7.2 Nilai Min Naik Turun Bangku (Step Up) 71

5.7.3 Nilai Ujian t Naik Turun Bangku (Step Up) 71

5.8.1 Data Ujian Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 72

5.8.2 Nilai Min Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 73

5.8.3 Nilai Ujian t Lari Ulang Alik (Shuttle Run) 73

5.9.1 Data Ujian Lompat Jauh Berdiri 74

(Standing Long Jump)

5.9.2 Nilai Min Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump) 75

5.9.3 Nilai Ujian t Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump) 75

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat, pada

tahun 2002 terdapat 26% orang dewasa di Amerika Syarikat yang berumur antara 20

tahun-74 tahun mempunyai masalah berat badan berlebihan. Latihan fizikal adalah satu

strategi utama yang penting untuk menghilangkan lemak di tubuh dan sekaligus

menyihatkan badan. Latihan fizikal juga tidak perlu membebankan dan menyakitkan

untuk meningkatkan keberkesanan kerana kajian menunjukkan hanya dengan

meningkatkan kadar nadi dalam lingkungan zon latihan spesifik yang berseuaian dengan

umur dan berat individu tersebut, latihan itu dapat dimaksimumkan

keberkesanannya.(Zarar, 2003)

Kecergasan fizikal sangat penting bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan

produktif. Atas kesedaran inilah pihak kerajaan Malaysia sering menjalankan usaha dan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

2

kempen bagi menggalakkan rakyatnya mengamalkan gaya hidup sihat dan

meningkatkan tahap kecergasan individu. Dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri

Abdullah Ahmad Badawi semasa Majlis Pelancaran Kalendar Acara dan Program Hidup

Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata:

“ Tiada guna negara mempunyai rakyat yang cerdik dan pintar, tetapi berpenyakit dan

tidak sihat akibat kurang cergas.”

Tegas beliau lagi, kekuatan sesebuah negara banyak bergantung kepada rakyat

yang sihat sebagai sumber bagi menggerakkan pertahanan dan pembangunan. Beliau

turut menasihatkan golongan remaja agar tidak mengabaikan kepentingan penjagaan

kesihatan dan sama-sama menjayakan program kecergasan dan gaya hidup sihat yang

dianjurkan oleh kerajaan untuk mereka.

Di Malaysia, kemajuan teknologi dalam sukan dan kecergasan ini masih di

peringkat awal dan belum berkembang maju. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk

mewujudkan masyarakat yang sihat dan cergas, pihak Kementerian Belia dan Sukan

dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia telah mewujudkan satu

program khas untuk menguji tahap kecergasan individu iaitu Ujian Kecergasan Jasmani

Kebangsaan (UKJK). Program ini direka khas untuk mengukur tahap kecergasan

individu mengikut komponen-komponen kecergasan tertentu. Program Ujian

Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini dilihat sebagai satu usaha untuk membantu

para guru mengukur tahap kecergasan pelajar sekolah, mengumpul data-data serta

melihat kemajuan dan perkembangan kecergasan mereka.

Namun begitu, penilaian dan pengukuran dalam Ujian Kecergasan Jasmani

Kebangsaan (UKJK) masih lagi menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah

pengumpulan data masih dilakukan secara manual. Seiring dengan hasrat kerajaan

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

3

untuk menjadikan Malaysia negara yang maju dan berteknologi, pelbagai usaha dan

kajian dilakukan untuk menjadi perintis dalam mengubah kaedah manual dalam

pengumpulan data Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini ke dalam bentuk

sistem pengurusan maklumat secara digital.

Sistem pengurusan maklumat kecergasan fizikal secara digital ini bukanlah

perkara asing lagi di negara-negara maju. Biro Kakitangan Tentera Laut Millington

(Millington Bureau of Naval Personnel Online) telah menubuhkan satu sistem maklumat

digital berasaskan web mengenai kecergasan fizikal tentera laut mereka. Sistem ini

dikenali sebagai Sistem Pengurusan Maklumat Kesediaan Fizikal (Physical Readiness

Information Management System (PRIMS)). Sistem ini menyimpan maklumat

kecergasan, perubatan, komposisi badan dan Program Meningkatkan Kecergasan

(Fitness Enhancement Program). (Barbara, 2002)

Ariel Computerized Exercise System (ACES) pula adalah satu sistem yang dihasil

dan dibangunkan oleh penyelidik Coto Research Center of Coto de Caza, California.

Sistem yang menggunakan perisian Lotus 1-2-3 untuk menguruskan operasinya ini lebih

menekankan aspek pemuliharaan, kecergasan dan program latihan dalam

pembangunannya. Keistimewaannya ialah dari aspek biomekaniknya iaitu mampu

mengawal dan menilai jumlah daya, halaju, pecutan, kerja, kuasa dan sebagainya. Dua

contoh sistem kecergasan digital ini merupakan salah satu bukti kejayaan para saintis

dan penyelidik sukan untuk memajukan bidang sukan dan sekaligus menyumbang ke

arah kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi dunia. (Gideon Ariel,2001)

Terdapat juga sistem yang bukan sahaja mencadangkan latihan-latihan yang

sesuai dengan pengguna setelah mengambil kira faktor-faktor seperti tabiat merokok,

penyakit kronik dan sebagainya, ia turut memberi cadangan pemakanan, resepi dan tips

pemakanan kepada pengguna. Fitness Triage System and Nutrition Gets Personal ini

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

4

bagaikan pelatih dan penasihat personal kepada pengguna sistem ini. (Linda Pfeffer,

2003)

Malaysia turut tidak ketinggalan dalam usaha membawa dan mengaplikasikan

tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini ke dalam bidang sukan di Malaysia.

Pelbagai kajian dan penyelidikan dijalankan secara berperingkat dan berterusan untuk

menghasilkan satu sistem pengurusan maklumat Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan

(UKJK) dalam bentuk digital. Kini sistem digital ini lebih dikenali sebagai Sistem

Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi matapelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Namun ia masih merupakan sistem prototaip

dan perlu dibangunkan dan diuji keberkesanan sebelum ianya digunakan di sekolah-

sekolah.

Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi

matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) ini dihasilkan melalui perisian

Visual Studio 2006 dan pengaturcaraan C++. Sistem ini menggunakan alat ingatan

(memory) untuk menerima dan menghantar bacaan yang diperolehi kepada sistem

penyimpanan data. Apabila data-data ini diperolehi barulah sistem ini akan menyelia,

memberi nasihat dan menganalisis data secara automatik. Kelebihan sistem pangkalan

data (database) ini ialah ia membolehkan ramai pengguna mengakses sistem pada masa

yang sama dan boleh berkongsi data sesama pengguna.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dilihat sebagai

medium utama yang berfungsi untuk mengukur tahap kecergasan individu setiap pelajar.

Pelbagai kajian dan penyelidikan telah dijalankan untuk menambahbaik dan

memasukkan elemen teknologi dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang ada sekarang masih

menggunakan kaedah manual dalam pengumpulan data kecergasan pelajarnya. Selain

itu, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini juga kurang diselia dan

dianalisis dengan baik oleh guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

Kebiasaannya guru terpaksa meminta bantuan pelajar lain untuk mengambil data dan

ralat biasanya berlaku. Oleh itu, saranan program latihan yang sesuai dan analisis tahap

kecergasan mereka tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

1.3 Penyataan Masalah

Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi

matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) adalah satu sistem pengumpulan

data kecergasan pelajar dalam bentuk digital. Sistem ini dapat memudahkan para guru

dan jurulatih untuk memantau prestasi kecergasan pelajar dan atlit mereka secara

berterusan.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

6

Masalah utama yang dikenalpasti dalam Sistem Penyeliaan Ujian Kecergasan

Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

(PJK) ini ialah sistem pengumpulan data kecergasan pelajar sedia ada masih bersifat

prototaip dan perlu dibangunkan. Ketiadaan sistem pemfailan menyebabkan data pelajar

tidak diatur secara sistematik. Selain itu, program latihan saranan untuk meningkatkan

tahap kecergasan pelajar masih tidak merangkumi latihan – latihan dalam semua

komponen kecergasan. Program penasihatan dan saranan ini akan lebih sempurna

sekiranya terdapat saranan program latihan mengikut komponen-komponen kecergasan.

Sistem penyeliaan sedia ada masih diperingkat minimum iaitu hanya guru – guru

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sekolah berkenaan sahaja yang menyelia.

Ianya masih tidak bersifat menyeluruh dimana ia boleh diselia secara jarak jauh oleh

pihak Kementerian Pelajaran atau organisasi-organisasi sukan tertentu, samada melalui

satelit, emel dan sebagainya. Di sini lah dapat kita lihat kepentingan ICT dalam sistem

ini. Seterusnya ialah ketiadaan sistem analisis automatik untuk mengkaji dan menilai

tahap perkembangan pelajar dan atlit. Sistem analisis ini memberi banyak kemudahan

kepada guru dan jurulatih khususnya dalam membantu meningkatkan tahap prestasi

kecergasan pelajar dan atlit mereka.

1.4 Objektif Kajian

i. Menjalankan pengujian alatan kecergasan bagi Ujian Kecergasan Jasmani

Kebangsaan (UKJK).

ii. Mengemaskini program penasihatan yang mengandungi program latihan yang

merangkumi komponen kecergasan.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS· · rintis melibatkan 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan berumur 19 tahun-30 tahun ... bagi Matapelajaran PJK 3.6.3 Sistem Peralatan Kecergasan

7

iii. Membangunkan sistem analisis bagi membantu guru dan jurulatih mengukur dan

menilai prestasi pelajar dan atlit.

iv. Mengemaskini program pemfailan pangkalan data (database filing) bagi

mengumpulkan semua data kecergasan pelajar yang terlibat dalam Ujian

Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK).

1.5 Persoalan Kajian

i. Sejauh manakah keberkesanan pengujian alatan kecergasan bagi Sistem

Penyeliaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan untuk digunakan di sekolah-

sekolah?.

ii. Sejauh manakah keberkesanan pengemaskinian program penasihatan ini dapat

menyatakan program latihan yang benar-benar merangkumi komponen

kecergasan?.

iii. Adakah sistem analisis yang dibangunkan ini benar-benar dapat membantu para

guru dan jurulatih menilai dan meningkatkan tahap prestasi pelajar dan atlit

mereka?

iv. Sejauh manakah keberkesanan pembangunan program pemfailan pangkalan data

(database filing) ini dapat mengumpulkan data kecergasan pelajar yang terlibat

dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) secara sistematik dan

saintifik?