borang pengesahan status tesis o - fp.utm.my · dengan izin dan limpah kurnia-nya telah memberikan...

27
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jikatesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD' I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagiIjazah DoktorFalsafah danSarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagipengajian secara kerjakursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM). BORANG PENGESAHAN STATUSTESISo JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA Saya SESI PENGAJIAN: 20l0l20ll NORASIilKIN BTE ABD JALIL (HURUFBESAR) mengakumembenarkantesis(PSM/@*inidisimpandiPerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaansepertiberikut; L Tesis adalahhakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkanmembuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkanmembuat salinan tesis ini sabagai perfukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ({ ) E E E SULIT TERHAD TIDAK TERHAD AlamatTetap: 105-S. FELDA TAIB ANDAK. 81OOO KULAIJAYA. JOHOR. Tarikh: 13Mei 2011 (Mengandungi maklumat yang berdaq'ah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSTA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi,/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan Oleh (TANDATANGAN PENYELIA) TN HJ MUSLIM BIN JONID Nama penyelia Tarikh: 13Mei 201I (TANDATANGAN PENULIS)

Upload: trinhtruc

Post on 22-Aug-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT

atau TERHAD'I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS oJUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN

ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

Saya

SESI PENGAJIAN: 20l0l20ll

NORASIilKIN BTE ABD JALIL(HURUFBESAR)

mengakumembenarkantesis(PSM/@*inidisimpandiPerpustakaanUniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut;

L Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai perfukaran antara institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ({ )

E

EE

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap:105-S.FELDA TAIB ANDAK.81OOO KULAIJAYA. JOHOR.

Tarikh: 13 Mei 2011

(Mengandungi maklumat yang berdaq'ah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSTA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi,/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan Oleh

(TANDATANGAN PENYELIA)

TN HJ MUSLIM BIN JONIDNama penyelia

Tarikh: 13 Mei 201I

(TANDATANGAN PENULIS)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

"Saya akui bahawa saya telatr membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)"

Nama Penyelia : TUAN HAJI MUSLIM BIN JONID

Tarikh : t3 MEI2oI l

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

PEMBANGUNAN E-PETA MINDA BERTAJUK BERASASKAN MULTIPLY

REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL

KIMIA TINGKATAN LIMA

NORASHIKIN BTE ABD JALIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap satunya telah sayo jelaskan sumbernya."

Nama Penulis : NORASHIKIN BTE ABD JALIL

Tarilft : 13 MEI201I

-] '*

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

 

DEDIKASI

Alhamdulillah….

Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi

kekuatan kepada diriku dalam menyiapkan e-Peta Minda ini..

Terima kasih jua ku ucapkan buat keluarga tercinta terutama

ayahanda dan bonda, kakanda, serta adindaku yang sentiasa menyokong

perjuanganku dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ku..

Untuk pensyarah yang dihormati terima kasih atas segala

ilmu yang diberikan..

Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan....

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa memberi

sokongan dan dorongan.Pahit manis yang kita harungi bersama akan

kusemat di hati selamanya..Semoga kejayaan milik kita bersama..

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

PENGHARGAAN

Segala puji syukur diberi kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha

Pengasih lagi Maha Setia. Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan

saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat

disempurnakan dan dihasilkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Sekalung terima kasih kepada penyelia Tuan Haji Muslim Bin Jonid atas

bimbingan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Beliau telah banyak memberi bimbingan, teguran, dorongan, nasihat dan cadangn

kepada saya terutamanya dalam bidang penggunaan software sepanjang perancangan

projek ini. Ribuan terima kasih atas penyeliaan beliau yang professional dan

sistematik, motivasi dan galakan yang berterusan, ketabahan serta kesabaran

sehingga kajian ini berjaya disempurnakan.

Tidak lupa juga penghargaan kepada ibu bapa dan adik beradik yang turut

memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Penghargaan juga diberikan kepada

semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu

menjayakan penyempurnaan projek sarjana muda ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua saudara

saudari yang tersayang atas sokongan, doa dan bantuan mereka yang setia dan

berterusan. Semoga Allah S.W.T membalas jas anda semua. Sesungguhnya yang

baik dari Allah S.W.T dan yang kurang adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

ABSTRAK

Pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah

menggunakan peta minda. Oleh itu, satu projek pembangunan bahan bantu mengajar

berasaskan e-Peta Minda yang bertajuk “Redox Reaction in Electrolytic Cell and

Chemical Cell” untuk matapelajaran Kimia tingkatan Lima ini telah dibangunkan

berasaskan perisian Mindmapper 2008 Professional Edition. Modul e-Peta Minda

ini telah dihasilkan dengan lebih menarik, lengkap dan mesra pengguna. Modul e-

Peta Minda ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint

2007 sebagai platform utama dan disokong dengan perisian Adobe Photoshop CS3,

Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0,Windows Movie Maker 2.6, Ulead Gif

Animator 5.0, dan Hot Potatoes. Selain itu, gabungan elemen-elemen teks, grafik,

audio, video dan animasi dalam modul dapat menarik minat dan mengukuhkan

pemahaman pengguna. Pengukuhan konsep-konsep yang abstrak dan sukar menjadi

tujuan utama pembanguan projek ini. Projek ini dibangunkan berteraskan model

ADDIE dan menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme di mana pelajar boleh

berinteraksi dengan sistem melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti Quiz,

Lesson, dan Game yang melibatkan pembelajaran yang aktif. Beberapa cadangan

telah dikemukakan sebagai rujukan untuk pembangunan masa depan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

ABTRACT

Teaching and learning process can be implemented easily using a mind map.

Therefore, a development project based teaching aids e-Mind Map in “Redox

Reaction in Electrolytic Cell Chemical” for Chemistry subject in Form Five was

developed based on software Mindmapper 2008 Professional Edition. e-Mind Map

module has been produced with more attractive, comprehensive and user friendly. e-

Mind Map module was developed using Microsoft PowerPoint 2007 as the main

platform and supported by Adobe Photoshop CS3, Ulead Cool 3D, Sony Sound

Forge 8.0, Windows Movie Maker 2.6, Ulead Gif Animator 5.0, and Hot Potatoes. In

addition, the combination of elements such as text, graphics, audio, video and

animation in the module can attract users and enhance understanding. This

strengthens the concepts those are abstract and difficult to be the main goal of

development of this project. This project is based on the ADDIE model and the

constructivist theory of learning in which students can interact with the system

through the activities provided, such as Quiz, Lesson and Game that involves active

learning. Several recommendations were given as a guide to the builders of the future

developers.

 

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

vii

ISI KANDUNGAN

s

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 9

1.6 Kepentingan Projek 11

1.6.1 Guru 11

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

viii

1.6.2 Pelajar 12

1.7 Skop dan Batasan Objek 12

1.8 Definisi istilah 13

1.8.1 Peta Minda 14

1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 14

1.8.3 Bahan Bantu Mengajar 15

1.8.4 Perisian 17

1.8.5 Multimedia 18

1.8.6 Pengajaran dan Pembelajaran                                   18

1.9 Penutup 19

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Pengajaran Berbantukan Komputer(PBK) 21

2.2.1 Kelebihan PBK 21

2.2.2 Kelemahan PBK 22

2.3 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 23

2.3.1 Kepentingan BBM 24

2.3.2 Masalah yang dihadapi oleh guru dalam

Menyediakan BBM 24

2.4 Pendekatan PBK 25

2.4.1 Tutorial 25

2.4.2 Latih tubi 26

2.4.3 Permainan Pendidikan 26

2.4.4 Simulasi 27

2.5 MindMapper 2008 Professional Edition 28

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

ix

2.6 Peta Minda 29

2.6.1 Elemen yang terdapat dalam peta minda 29

2.6.2 Kelebihan peta minda 30

2.7 Teori pengajaran dan pembelajaran 31

2.7.1 Teori Behaviourisme 32

2.7.2 Teori Kognitif 33

2.8 Penutup 35

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Pemilihan Rekabentuk Model Pembangunan 37

3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 38

3.2. 2 Fasa Rekabentuk (Design) 39

3.2. 3 Fasa Pembangun (Development) 39

3.2. 4 Fasa Perlaksanaaan (Implementation) 40

3.2. 5 Fasa Penilaian (Evaluation) 40

3.3 Prosedur Pembinaan Perisian 41

3.3.1 Penentuan Tajuk dan Skop 42

3.3.2 Objektif Pengajaran 42

3.3.3 Kumpulan Sasaran 43

3.4 Pemilihan dan Pengumpulan Bahan 43

3.4.1 Senarai Isi Kandungan Pelajaran 44

3.5 Pemilihan Perisian Pembangunan 44

3.6 Pemilihan Perisian Multimedia 46

3.6.1 Adobe Photoshop CS3 47

3.6.2 Sony Sound Forge 8.0 48

3.6.3 Ulead Cool 3D 3.5 48

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

x

3.6.4 Ulead Gif Animator 5.0 49

3.6.5 Windows Movie Maker 2.6 49

3.6.6 Ulead Cool 3D Production Studio 49

3.6.7 Windows Sound Recorder 50

3.6.8 Hot Potatoes 50

3.7 Pemilihan Perkakasan 51

3.7.1 Spesifikasi Perkakasan Cadangan Kepada

Pengguna 52

3.5 Penutup 52

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 53

4.2 e-Peta Minda 54

4.3 Struktur-struktur e-Peta Minda 54

4.3.1 Ikon Permulaan 55

4.3.2 Permulaan Modul Multimedia 56

4.3.2.1 Skrin Menu Utama 57

4.3.2.2 Bahagian Introduction 58

4.3.2.3 Bahagian Learning Outcome 59

4.3.2.4 Bahagian Lesson 60

4.3.2.5 Bahagian Quiz 62

4.3.2.6 Bahagian Video 63

4.3.2.7 Bahagian Games 65

4.3.2.8 Bahagian Glossary 67

4.3.2.9 Bahagian Links 68

4.4 Penilaian oleh Pakar Isi Kandungan 68

4.5 Penutup 70

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

xi

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 71

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa

Pembangunan Projek 73

5.3.1 Masalah Teknikal 73

5.3.2 Masalah Masa 74

5.3.3 Masalah Penggunaan PowerPoint 74

5.3.4 Masalah Kepakaran 75

5.4 Cadangan 75

5.6 Refleksi 77

5.7 Penutup 77

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 82

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Data Analisis 69

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Shortcut dan Skrin permulaan MindMapper 2008

Professional Edition 55

4.2 Paparan e-Peta Minda 56

4.3 Skrin Menu Utama 57

4.4 Skrin Introduction Chemical Cell 58

4.5 Skrin Introduction Electrolytic Cell 58

4.6 Skrin Learning Outcome 59

4.7 Skrin Lesson 61

4.8 Contoh video yang dihasilkan menggunakan Gif Animator 61

4.9 Penilaian formatif dalam quiz 62

4.10 Penilaian sumatif dalam quiz 63

4.11 Video yang dihasilkan menggunakan

Microsoft Movie Maker 2.6 64

4.12 Video yang diedit daripada Youtube 64

4.13 Crossword 65

4.14 Choose the correct answer 66

4.15 Chem Fortune 66

4.16 Scroll Box 67

4.17 Contoh glossary dalam pembelajaran 67

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

xiv

SENARAI SINGKATAN

AVI - Audio Video Interleave

ACM - Audio Compression Manager

BBM - Bahan Bantu Mengajar

CAI - Computer Assisted Instruction

CD - Compact Disk

CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory

DVD - Digital Versatile Disc

GIF - Graphic Interchange Format

HTML - Hyper Text Markup Language

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IT - Information Technology (Teknologi Maklumat)

JPEG - Joint Photographic Experts Group

KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

MIMOS - Malaysia Institute of Microelectronic System

MP3 - MPEG-1 Audio Layer 3

MPEG - Moving Pivture Experts Group

MSC - Multimedia Super Corridor

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PDA - Pembantu Digital Peribadi

PDF - Portable Document Format

PHP - Hyper Prepocessor

PICC - Putrajaya International Convention Centre

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

xv

PNG - Portable Network Graphic

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PPS - Powerpoint Show

PSD - Photoshop Document

RAM - Random Access Memory

TIFF - Tagged Image File Format

WAN - Wide Area Network

WMV - Window Media Video

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Analisa Kesesuaian tajuk Pemilihan Tajuk sarjana Muda

82

B Surat kebenaran daripada pihak Fakulti 86

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

C Borang Senarai Semak Untuk Guru 87

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam mengejar arus kemodenan, guru-guru Matematik dan Sains kerap kali

menghadapi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar kurang

memahami konsep tentang sesuatu isi pelajaran yang disampaikan. Faktor tersebut

mengakibatkan pencapaian dalam mata pelajaran yang dianggap penting ini kurang

memberansangkan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain di sekolah.

Guru-guru Sains dan Matematik menyatakan mereka menghadapi masalah

dan kesukaran dalam menyempurnakan tugas disebabkan faktor-faktor seperti

kekurangan bahan bantu mengajar, murid-murid kurang berdisiplin, kurang

ketrampilan semasa belajar, kurang memahami konsep-konsep asas, tidak membuat

latihan dan guru kurang berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun pernah bertitah, “bahawa tugas guru-guru masa kini semakin mencabar, di mana pembelajaran secara konvensional telah mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya pembelajaran yang dilengkapkan 

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

2  

dengan kemudahan komputer. Hal ini menunjukkan sistem pendidikan tradisional

sudah tidak sesuai (Richard L. Measelle & Morton Egol). Walau bagaimanapun,

tugas dan tanggungjawab daripada guru masih diperlukan sebagai perantara antara

murid dengan mata pelajaran”.(Harian Metro, Selasa, 3 Julai 001:A5).

Sekolah mempunyai peranan penting untuk melahirkan individu yang

cemerlang ke arah pembentukan negara yang cemerlang (Wan Zahid 1994).

Walaupun begitu, terdapat sekumpulan pelajar di sekolah yang kurang berupaya

untuk mencapai kecemerlangan akademik. Kumpulan pelajar ini sentiasa mendapat

markah rendah dan gagal dalam peperiksaan (Mohd Said 1994). Kegagalan

seumpama ini melahirkan perasaan hampa di kalangan guru. Pihak sekolah pula

menganggap ini sebagai satu pembaziran masa dan tenaga (Pierce 1994). Kajian-

kajian yang telah dijalankan oleh Swanson dan Ransby (1994), Hulme dan

Mackenzie (1992) membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-

pelajar berpencapaian akademik rendah ialah untuk mengingat kembali maklumat

yang penting.

Menurut Tony Buzan dengan memanfaatkan gambar dan teks ketika

seseorang mencatat atau mengeluarkan sesuatu idea yang ada di dalam fikiran,

pelajar telah menggunakan dua bahagian otak secara aktif. Hasil kajian Roger

Sperry (Ahli Biologi pemenang hadiah nobel dalam bidang fisiologi dan kedoktoran

tahun 1981) menunjukkan bahawa otak memiliki dua belahan yang masing-masing

bekerja secara berbeza. Pada dasarnya otak kiri bersifat rasional, dan otak kanan

lebih emosional. Dalam penelitian, otak akan memberi tindak balas baik terhadap

kata-kata kunci, gambar, warna, serta adanya penyatuan secara langsung.

Tokoh-tokoh genius seperti Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Pablo

Picasso dan Winston Churcill ternyata menggunakan gambar-gambar yang seakan-

akan suatu susunan cara berfikir dalam catatan mereka waktu bersekolah. Bermula

dari situ, Tony Buzan menjadi perintis kepada peta minda mempelajari bahawa

dalam menyerap maklumat, orang-orang genius memanfaatkan kedua-dua bahagian

otaknya dengan menggunakan gambar-gambar atau apa yang disebut dengan memori

fotografi.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

3  

Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang

penting untuk memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya (Moores

1987). Azma,(1990) mendapati guru-guru didapati tidak berinisiatif

mengeksploitasikan penggunaan teknologi dan inovasi bahan bantu mengajar untuk

menyampaikan pengajrannya. Penggunaan bahan bantu mengajar di bilik darjah

semakin kurang diamalkan oleh guru-guru akibat keinginan guru-guru untuk

menghabiskan sukatan pelajaran demi menghadapi tekanan peperiksaan.

Hasil kajian Eee Ah Ming (1997) menunjukkan pengajaran tradisional

bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat dan

penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar

melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif.

Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat

pendidikan di Malaysia dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan pradigma telah

dilakukan terutama sekali penggunaan teknologi di sekolah. Seawal tahun 1996,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep Sekolah Bestari yang

bermula Januari 1999. Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

telah membekalkan kemudahan komputer kepada 90% sekolah di seluruh negara

dalam proses mewujudkan Sekolah Bestari.

Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah

banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutamanya di institusi pengajian tinggi

(Yusup Hashim, 1994). Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains

yang dijalankan dengan menggunakan komputer bukan sahaja untuk tujuan

pengajaran asas tapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi tentang situasi

makmal (Fred & Henry, 1994).

Mengikut Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer (PBK) ialah

satu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing

komputer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk

mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Moursund (1980) pula menyatakan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

4  

bahawa PBK merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran

kepada pelajar-pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar

untuk membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari.

Berbeza dengan Rao et al. (1991), beliau menyatakan penggunaan komputer

dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu

pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara

pelajar dengan komputer. Pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah

kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka

seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua

medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran

berbantukan komputer.

Hizamnuddin Awang (1997) dalam Fazilah (1998) tertarik dengan

peribahasa Cina yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan

ingat, dan apabila saya lakukan, saya akan faham”. Mengikut seorang penulis Dilip

Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda

seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS

effort..." yang membawa maksud penggunaan e-peta minda dapat memperolehi ilmu

pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan

terlalu banyak kertas serta tenaga.

Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran apa yang telah

mereka pelajari. Pelajar-pelajar mengalami masalah pembelajaran terutamanya pada

tahap rendah kerana kecekapan untuk mengingati fakta dan formula adalah kurang,

tidak pandai mengaplikasi fakta dan formula yang sesuai kepada masalah yang diberi

dan sering bersikap pasif akibat daripada kelemahan dalam berkomunikasi (Rao,

Roa, Zoraini dan Wan Fauzy, 1991).

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

5  

Lee Sau Lan (1986), pernah menyarankan pembelajaran berbantukan

komputer merupakan satu kaedah pembelajaran yang berguna dan ia digunakan

untuk tujuan berikut:

(i). Melengkapkan kaedah pengajran di bilik darjah

(ii). Mengajar matapelajaran tertentu di sekolah-sekolah yang tidak

mempunyai guru terlatih yang mencukupi untuk mnegajar mata pelajaran

itu.

(iii). Membantu para guru dari segi membuat persediaan mengajar lantas

mengurangkan beban kerjanya.

(iv). Membekalkan satu persekitaran yang baru kepada pelajar-pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Kimia merupakan mata pelajaran elektif yang wajib diambil

oleh pelajar aliran Sains bagi tingkatan empat dan lima di peringkat sekolah

menengah atas. Mata pelajaran Kimia merupakan mata pelajaran penting bagi

pelajar aliran Sains baik di sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi. Minat

pelajar-pelajar Sains di sekolah menengah terhadap mata pelajaran Kimia bergantung

kepada kebijaksanaan dan kebolehan guru Kimia.

Jika kaedah pengajaran yang diterima oleh para pelajar menarik dan

berkesan, maka berminatlah pelajar mengambil mata pelajaran Kimia dan melangkah

ke menara gading sebagai siswa/siswi alairan Sains. Sebaliknya berlaku kepada

pelajar yang hanya berbekalkan konsep asas kimia yang rapuh, mereka akan

melangkah ke menara gading sebagai siswa/siswi aliran Sastera. Contohnya, kimia

merupakan suatu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara

makroskopik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) tetapi pelajar menganggap

kimia itu sebagai satu pembelajaran tentang bahan kimia.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

6  

Sejak mencapai kemerdekaan, kurikulum kimia (Sains) di sekolah menengah

negara kita telah mengalami pelbagai perubahan. Meskipun melalui transformasi ini

pendidikan kimia menjadi semakin kompleks dan sukar, tetapi apa yang penting

ianya menjadi semakin menarik. Penekanan proses pengajaran-pembelajaran sains

masa kini adalah terhadap belajar melalui pengalaman, dengan penerapan kemahiran

saintifik, kemahiran berfikir serta penyelesaian masalah, melalui pendekatan

pembelajaran berfikrah.

Di Malaysia, Sains diajar melalui pendekatan inkuiri terpimpin - sebagai

proses, bukannya hasil akhir. Sehubungan dengan ini, pelajar perlu dilibatkan

secara aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran serta diberi peluang untuk

melakukan penyelidikan bagi menyelesaikan sesuatu masalah; bukan secara

mendemonstrasi atau mengesahkan sesuatu teori, konsep, prinsip, atau maklumat

(Abu Hassan, 1999). Setelah lebih dari satu dekad kurikulum Kimia KBSM

perkenalkan di sekolah, namun kaedah perlaksanaannya masih berada di takuk lama

sebagaimana pendekatan dalam pengajaran-pembelajaran (kimia) tradisi.

Pengajaran bagi mata pelajaran Kimia biasanya lebih mengutamakan

percakapan, transparensi serta penggunaan kapur tulis dan papan hijau. Kaedah

pengajaran secara tradisional iaitu kapur tulis dan tutur menjadikan pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Kimia menjadi kurang menarik disebabkan kaedah

penyampaian lebih bersifat abstrak dan sukar digambarkan.

Hal ini telah menyebabkan para pelajar mahupun ibu bapa beranggapan

bahwa bidang mata pelajaran Sains adalah ‘sukar’. Mata pelajaran Sains dianggap

sukar difahami kerana kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Pencapaian palajar dalam bidang sains dan teknologi membuktikan sejauh mana

pengajaran guru tercapai atau sebaliknya (Robiah Sidin, 2003).

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

7  

Selain itu, Carter & Brickhouse (1989,p.223), "Many students say that

chemistry is difficult. These perceived difficulties are part of the context in which

these students develop chemical concepts and problem-solving skills”. Pengajaran

guru amat penting dalam membentuk pemahaman pelajar dalam meningkatkan

kefahaman dalam konsep kima dan kaedah penyelesaian masalah.

Dengan wujudnya e-peta minda, pembelajaran berbantukan komputer

menjadi lebih mudah untuk disampaikan oleh guru ketika proses pengajaran dan

pembelajaran. Dalam erti kata lain, e-peta minda merupakan sebuah jalan pintas

yang boleh membantu sesiapa sahaja untuk mempercepatkan waktu sampai untuk

menyelesaikan aktiviti apa sahaja dan ketika belajar matapelajaran apa sekalipun.

Otak bertindak balas dengan baik terhadap kata kunci, gambar, warna, serta adanya

hubungan secara langsung.

e-Peta minda ini dapat membantu pelajar menyukai mata pelajaran

terutamanya Sains. Penggunaannya yang lebih sistematik dan lebih mudah untuk

difahami. Menurut Peter Kline, pelajar dapat belajar dengan lebih efektif dalam

suasana yang menyenangkan. Dengan menguasai e-peta minda yang telah

dihasilkan, guru mendapat bekalan yang sangat berguna untuk masa depan.

Selain itu, guru boleh mencetak peta minda yang dihasilkan itu dan dapat

diberikan kepada pelajar tanpa pelajar itu membuat peta minda sendiri untuk setiap

subtopik. Elemen-elemen yang terdapat di dalamnya seperti grafik, animasi, teks,

audio dan video. Pengalaman pelajar dapat merangsang minat dan meningkatkan

pemahaman dan daya ingatan mereka terhadap sesuatu topik.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

8  

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam mencapai arus kemodenan ini, untuk merealisasikan hasrat Malaysia,

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digalakkan di sekolah untuk mengubah

kaedah tradisional kepada kaedah bestari. Hasil pemerhatian, tajuk “Redox Reaction

in Electrolytic Cell and Chemical Cell” dalam rangka mata pelajaran Kimia

tingkatan lima memerlukan pemahaman tinggi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Masalah sering dihadapi apabila pelajar sering tertukar proses redoks

antara sel elektrolisis dan sel kimia.

Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah pengajaran secara

tradisional terutamanya bagi subjek Sains sehingga gagal menarik minat pelajar

terhadap bidang tersebut. Kelemahan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor,

antaranya:

(i). Kekurangan kemudahan dan bahan bantu mengajar yang tidak menarik.

(ii). Kesukaran untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk

guru-guru dan pelajar

(iii). Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar.

(iv). Tiada komunikasi dua hala di dalam kelas.

(v). Sumber rujukan pelajar terhad kepada buku teks sahaja.

(vi). Guru tidak kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.

(vii). Sukar memahami konsep asas dengan mantap

(viii). Penerangan yang terlalu abstrak dan memerlukan daya imaginasi yang tinggi

daripada pelajar.

(ix). Penggunaan bahan bantu mengajar berasakan peta minda masih terhad.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o - fp.utm.my · Dengan izin dan limpah kurnia-Nya telah memberikan saya kekuatan, ilham dan kelapangan sehingga kajian ini dapat selamat disempurnakan

9  

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini adalah:

i. Membangunkan satu perisian modul bahan bantu mengajar menggunakan e-

peta minda untuk topik “Redox Reaction in Electrolytic Cell and Chemical

Cell”, Kimia Tingkatan 5 (KBSM).

ii. Menghasilkan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda yang

menggabungkan unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio

dan video.

iii. Menggunakan platform Microsoft Office Power Point 2007 beserta perisian

lain seperti Adobe Photoshop CS3, Sony Sound Forge 8.0, Windows Movie

Maker 2.6, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, Ulead Gif

Animator 5.0, Windows Sound Recorder, dan Windows Mind Mapper 2008

Professional Edition dalam pembangunan e-peta minda ini.

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk

Bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda ini dibangunkan adalah

sebagai satu platform untuk memudahkan pembelajaran bagi topik yang sukar

difahami. Tajuk “Redox Reaction in Electrolytic Cell and Chemical Cell” ini

memerlukan banyak penerangan beserta dengan gambar rajah dan animasi semasa

disampaikan oleh para guru bagi memudahkan pelajar memahami topik tersebut.

Kaedah penyampaian yang kreatif dan pelbagai dalam bahan bantu mengajar secara