borang pengesahan status tesis - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/327/1/erni_sunarti_zulkifli.pdfmodel...

92
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS SESI PENGAJIAN : SEMESTER II SESI 2004/2005 Saya ERNI SUNARTI BINTI ZULKIFLI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Saya membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) JUDUL : E-PEMBELAJARAN:KOMUNITI SEJARAH TINGKATAN 4 SULIT CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda. TIDAK TERHAD TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: 26 TAMAN DESA CEMPA 09200 BALING KEDAH Tarikh: 30 MAC 2005 (TANDATANGAN PENYELIA) PN ROZILAWATI BT DOLLAH@MD ZAIN (Nama Penyelia) Tarikh: 30 MAC 2005 Disahkan oleh

Upload: duongminh

Post on 16-May-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

SESI PENGAJIAN : SEMESTER II SESI 2004/2005

Saya ERNI SUNARTI BINTI ZULKIFLI

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Saya membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara Institusi

Pengajian Tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

JUDUL : E-PEMBELAJARAN:KOMUNITI SEJARAH TINGKATAN 4

SULIT

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda.

TIDAK TERHAD

TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: 26 TAMAN DESA CEMPA 09200 BALING KEDAH

Tarikh: 30 MAC 2005

(TANDATANGAN PENYELIA)

PN ROZILAWATI BT DOLLAH@MD ZAIN

(Nama Penyelia)

Tarikh: 30 MAC 2005

Disahkan oleh

iv

PENGHARGAAN

‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani’

Alhamdulillah syukur kerana dengan izin dan kurnia-Nya saya dapat

menyiapkan Projek Sarjana Muda bahagian satu. Setinggi penghargaan dan jutaan

terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada penyelia yang banyak membantu,

Puan Rozilawati Bt Dollah @ Md Zain dan Encik Mohd Zaidi Bin Rozan (penyelia 1) di

atas segala dorongan, kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan untuk

melengkapkan dan menjayakan projek ini.

Ucapan penghargaan juga saya hulurkan kepada para pensyarah di Jabatan

Sistem Maklumat Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat atas segala panduan

dan pendapat yang diberikan.

Sekalung penghargaan saya tujukan kepada guru-guru dan pelajar Sekolah

Model Khas Baling terutama Tuan Pengetua, Encik Zulkifli Bin Yusof kerana telah

memberi kebenaran kepada saya menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumat yang

lebih jelas untuk melengkapkan projek ini.

Tidak lupa kepada abah dan mak yang tidak jemu- jemu memberi perangsang dan

kata- kata semangat untuk terus berusaha.

Akhir kata, buat rakan-rakan yang banyak membantu.Semoga sama-sama mengecapi

kejayaan ini.

vii

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii-xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv-xv

SENARAI ISTILAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Objektif Projek 4

1.4 Skop Projek 5

1.5 Kepentingan Projek 6

1.6 Kekangan Projek 6

1.7 Organisasi Kajian 7

1.8 Ringkasan 8

viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 9

2.1 Analisa Masalah 10

2.2 E- Pembelajaran 14

2.2.1 Jenis e Pembelajaran 16

2.2.2 Pendekatan e Pembelajaran 17

2.2.3 Konsep e Pembelajaran 17

2.2.4 Merekabentuk Persekitaran

Pembelajaran Kolaboratif

Berasaskan e- Pembelajaran

19

2.2.5 Isu-Isu Global Berkaitan e

Pembelajaran

20

2.2.6 Kebaikan e Pembelajaran 22

2.2.7 Kelemahan e Pembelajaran

22

2.3 Sejarah Tingkatan 4 23

2.4 Komuniti 23

2.5 Pembangunan Laman Web 24

2.5.1 Pengertian Laman Web 24

2.5.2 HTTP 26

2.6 Pangkalan Data 26

2.7 Ringkasan 27

ix

BAB 3 PERANCANGAN KERJA

3.0 Pengenalan 28

3.1 Metodologi Projek 29

3.1.1 Fasa-fasa Dalam Model

Gabungan

30

3.1.1.1 Fasa Analisa Keperluan 30

3.1.1.2 Fasa Rekabentuk Dan

Pembangunan

31

3.1.1.3 Fasa Implementasi Dan

Pengujian

32

3.1.1.4 Fasa Pengagihan Dan

Penyelenggaraan

33

3.2 Justifikasi Pemilihan Metodologi 33

3.3 Perancangan Kerja 34

3.3.1 Perancangan Projek I 34

3.3.2 Perancangan Projek II 35

3.4 Analisa Keperluan Sistem 36

3.4.1 Keperluan Perkakasan 36

3.4.1.1 Komputer Pembangun 36

3.4.1.2 Komputer Pengguna 37

3.4.2 Keperluan Rangkaian

Komputer

38

3.4.2.1 Pelayar Web 38

3.4.2.2 Pelayan Web 38

3.4.3 Keperluan Perisian 39

3.4.3.1 PHP 39

3.4.3.2 Macromedia Dreamweaver

MX

41

3.4.3.3 MySQL 41

3.4.3.4 Adobe Acrobat 5.0 42

x

3.5 Ringkasan 42

BAB 4 REKABENTUK SISTEM

4.0 Pengenalan 43

4.1 Rekabentuk Antaramuka

Sistem

44

4.1.1 Antaramuka Bagi Ahli

Komuniti

45

4.1.2 Antaramuka Pentadbir 46

4.2 Rajah Aliran Data 47

4.3 Rajah Hubungan Entiti 48

4.4 Rajah Aliran Kerja 48

4.5 Rekabentuk Input 48

4.6 Rekabentuk Output 49

4.7 Rekabentuk Pangkalan Data 50

4.8 Rekabentuk Keselamatan 51

4.9 Ringkasan 51

BAB 5 PERLAKSANAAN SISTEM

5.0 Pengenalan 52

5.1 Pemasangan Sistem 53

5.1.1 Kaedah Penskriptan PHP 53

5.1.2 Kaedah Pemasangan MySQL 54

5.1.3 Kaedah Pemasangan Apache 54

5.1.4 Kaedah Pemasangan Perisian Lain 54

xi

5.2 Rekabentuk Modul-Modul 55

5.2.1 Modul Forum 55

5.2.2 Modul Nota 56

5.2.3 Modul Latihan 56

5.3 Ringkasan 57

BAB 6 PENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM

6.0 Pengenalan 58

6.1 Hasil Projek 59

6.1.1 Bahagian Login 59

6.1.2 Bahagian Semak Latihan 63

6.1.3 Bahagian Latihan 65

6.1.4 Nota 69

6.1.5 Forum 70

6.2 Pengujian Sistem 71

6.3 Pengagihan Dan Penyelenggaraan 73

6.3.1 Proses Penyelenggaraan 74

6.4 Ringkasan 74

BAB 7 KESIMPULAN

7.0 Pengenalan 75

7.1 Hasil Capaian 76

7.2 Masalah Yang Dihadapi 76

7.3 Kelebihan Sistem 77

7.4 Kelemahan Sistem 77

xii

7.5 Cadangan Pembaikan /

Peningkatan

78

7.6 Kesimpulan 79

BIBLIOGRAFI 80-81

LAMPIRAN 82-157

vi

ABSTRACT

Today, the use of information technology (IT) has become more popular

and important to us. Therefore, many alternatives have been taken by our

government especially the Ministry of Education to upgrade education level

and to produce expert student in IT. As a support to that, many techniques

have been introduced to schools in our country for the purpose of collaborative

learning using computer. In this new era, internet technology and e- learning

seem to be a loyal neighbor to us. As an attempt to be align with it’s technology

and trends, a project called ‘E -Pembelajaran:Komuniti Sejarah Tingkatan 4’ is

developed to give a fresh environment to our teaching and learning techniques

based on the current internet technology and e- learning methods. It contains e-

learning web pages which includes many functions and techniques such as

discussions, exercises online and notes to improve learning process. The user

will be able to use this system after they successfully register as a member in

the group. A group community is being developed to supply users with new

friends from all over the country. The purpose of this are to discuss, chat and

make the learning methods becomes more interesting and attractive. It is hope

that this new system will improve our education level to strive for excellence in

the subject of ‘Sejarah’ and at the same time producing IT based literates with a

good communication skills.

v

ABSTRAK

Penggunaan IT (Teknologi Maklumat) menjadi semakin berkembang dewasa ini.

Oleh itu pelbagai alternatif telah diambil oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian

Pelajaran untuk meningkatkan taraf pendidikan negara dan melahirkan pelajar yang

celik IT. Dalam pada itu, pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan kepada seluruh

sekolah di seluruh negara untuk mengaplikasikan pembelajaran kolaboratif berasaskan

komputer. Kebelakangan ini, e -pembelajaran menjadi topik yang hangat dibincangkan

di sekeliling kita. Sejajar dengan itu, ‘E- Pembelajaran:Komuniti Sejarah Tingkatan 4’

ini dibangunkan bertujuan untuk memberi persekitaran pembelajaran yang baru

berasaskan teknologi internet semasa dan berteraskan model e-pembelajaran. Ia juga

merupakan sebuah laman web yang berfungsi untuk meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran sejarah yang sedia ada. Pengguna khususnya pelajar akan dapat

menikmati e -pembelajaran yang disediakan oleh projek ini sekiranya mereka mendaftar

sebagai ahli di dalam komuniti. Komuniti diwujudkan untuk membolehkan pengguna

berinteraksi dan bertukar pandangan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

efektif. Dengan adanya sistem ini diharapkan tahap pendidikan negara akan dapat

ditingkatkan setaraf dengan negara maju dengan melahirkan pelajar yang celik IT, mahir

berkomunikasi dan seterusnya merekodkan pencapaian cemerlang dalam matapelajaran

sejarah.

BAB I

PENGENALAN PROJEK

1.0 Pendahuluan

Perkembangan teknologi internet dan komunikasi yang semakin berkembang

akhir ini telah membawa kita ke satu era baru. Sejajar dengan itu, pelbagai teknik telah

diaplikasikan menggunakan teknologi maklumat untuk memberi kemudahan kepada

pengguna. Salah satunya ialah teknik pengajaran dan pembelajaran secara online (e-

Learning).

Projek ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar tingkatan

4, guru-guru serta individu-individu tertentu untuk mendapatkan alternatif tambahan

kepada bahan pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran sejarah yang sedia ada.

Selain itu ia juga berfungsi sebagai medium tambahan kepada pelajar dan guru untuk

2

berkomunikasi dan berhubung melalui komuniti yang diwujudkan. Komuniti yang

dibangunkan ini akan membolehkan pengguna berhubung dan melakukan beberapa

aktiviti bersama.

Justeru itu, dengan adanya sistem ini, diharapkan minat para pelajar dalam

mengulangkaji matapelajaran sejarah akan bertambah dan meningkatkan pencapaian

pelajar di dalam peperiksaan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Teknologi internet yang semakin berkembang sedikit sebanyak mempengaruhi

gaya hidup pelajar masa sekarang. Walaupun begitu, peratus pelajar yang menggunakan

e- learning sebagai alat tambahan untuk mengulangkaji pelajaran masih lagi berada pada

tahap yang kurang memberangsangkan.

Sejarah merupakan matapelajaran yang mengandungi banyak fakta yang perlu

diingati. Justeru itu satu alternatif baru perlu diperkenalkan untuk mengelakkan

matapelajaran ini dari terus dipinggirkan. Selepas melakukan kajian kepada pelajar

tingkatan 4 Model Khas Baling melalui temubual dan borang soal selidik, (Rujuk

LAMPIRAN B) beberapa masalah telah dapat dikenalpasti diantaranya ialah, teknik

pengajaran sekarang masih lagi tidak mampu menarik minat keseluruhan pelajar untuk

memberi tumpuan semasa belajar matapelajaran sejarah. Melalui maklumbalas dari

responden, mereka mengalu – alukan teknik baru di dalam pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran sejarah.

3

Selain itu, pelajar juga menghadapi masalah untuk membaca, mengingati fakta

dan membuat latihan. Oleh itu, sistem ini diharapkan akan dapat membantu pelajar di

dalam mengulangkaji pelajaran. Keadaan ini sedikit sebanyak akan memberi impak

kepada tahap pencapaian mereka di dalam peperiksaan.

Melalui pemerhatian, pihak pengurusan sekolah masih lagi tidak mempunyai

kaedah khas yang lebih sistematik untuk menyimpan soalan- soalan peperiksaan dan

nota-nota. Kesemua soalan peperiksaan yang lepas hanya disimpan di dalam bilik

penyimpanan kertas soalan di dalam bentuk kertas atau hardcopy serta dalam bentuk

cakera padat. Cara ini dilihat tidak efisyen dan kemungkinan akan berlaku kehilangan

kertas soalan dan nota tanpa disedari. Dengan adanya sistem ini diharapkan pelajar dan

guru dapat mengaplikasikannya untuk meningkatkan pencapaian pelajar di dalam

peperiksaan.

1.2 Penyataan Masalah

Untuk mengenalpasti masalah yang timbul dalam sistem semasa, beberapa

temubual telah dilakukan dan didapati belum ada lagi sistem pembelajaran sejarah yang

menyediakan ruang komuniti kepada pengguna khususnya pelajar untuk berinteraksi.

Oleh itu persoalan utama kajian ini ialah:

4

Adakah komuniti sejarah yang dihasilkan ini dapat menjadi medium perantaraan

antara pelajar dan guru dan mampukan teknik pembelajaran yang baru ini akan

memberi perubahan yang besar kepada pencapaian dan minat pelajar terhadap

matapelajaran sejarah.

Terdapat beberapa persoalan kajian yang perlu dikemukakan bagi menjawab

persoalan utama kajian seperti yang tercatat di atas:

i. Adakah sistem ini mampu menjadi alternatif yang baru sebagai

tambahan kepada alternatif pengajaran yang sedia ada?

ii. Mampukah sistem ini menggalakkan penggunaan teknologi maklumat di

kalangan pelajar?

iii. Adakah sistem ini dapat menjimatkan masa guru bagi menyedia dan

memikirkan alat bantu mengajar?

iv. Adakah pelajar dapat mempraktikkan sepenuhnya komuniti yang telah

diwujudkan?

v. Adakah sistem ini akan menjadi bahan rujukan utama pelajar dan guru

untuk mencari soalan dan nota sejarah sebagai rujukan?

1.3 Objektif Projek

Untuk mengatasi masalah ini, beberapa objektif telah dikenalpasti, di antaranya

ialah:

5

i. Menyediakan suasana pembelajaran bermedium elektronik, di mana

terdapat penukaran kaedah tradisional kepada suasana pembelajaran

yang baru.

ii. Menyediakan memudahan untuk aktiviti perbincangan dan kolaborasi

sesama pengguna.

iii. Sebagai satu pusat pembelajaran tambahan yang menyediakan nota dan

latihan berbentuk objektif, subjektif dan tugasan bagi meningkatkan

kefahaman.

iv. Meningkatkan minat matapelajaran sejarah kepada pelajar dan

menaikkan semangat patriotisme.

v. Menjimatkan masa guru di dalam menyediakan bahan bantu mengajar.

vi. Menguji kefahaman pengguna melalui kombinasi latihan-latihan yang

disediakan.

1.4 Skop Projek.

Untuk membangunkan sistem ini, beberapa skop telah dikenalpasti untuk

menentukan apa yang perlu dikaji di dalam pembangunan sistem ini, had-had sesebuah

fungsi di dalam sistem, fokus utama projek dan sempadan sistem. Ini untuk memastikan

sistem boleh dibangunkan dengan sempurna dan mencapai objektif yang telah

ditentukan. Di antara skop-skop yang telah ditentukan untuk sistem ini ialah:

6

i. Konsep asas sistem adalah e Pembelajaran dalam persekitaran pembelajaran

atas talian.

ii. Pengguna bagi sistem ini ialah pelajar tingkatan 4 dan 5 dan guru-guru

sejarah Sekolah Model Khas Baling.

iii. Pentadbir sistem ini merupakan guru panitia bagi matapelajaran sejarah di

Model Khas Baling.

iv. Sukatan utama ialah matapelajaran sejarah tingkatan 4.

v. Pembangunan sistem ini akan dilengkapi dengan ruangan perbincangan

(forum) di mana pengguna akan dapat berhubung antara satu sama lain secara

online.

vi. Pelajar boleh mengetahui keputusan ujian atau latihan setelah disemak oleh

guru.

vii. Pentadbir ditugaskan untuk mengawal komuniti seperti menambah nota

dan latihan, menghapus dan menukar data serta menyelenggara maklumat

guru.

1.5 Kepentingan Projek

Dengan adanya sistem ini maka secara tidak langsung ia dapat menanamkan

sikap suka mengaplikasikan internet sebagai gaya hidup bagi meringkaskan kerja-kerja

7

rutin yang selama ini dilakukan secara tradisional. Penggunaan sistem ini juga diharap

akan dapat menjadi medium yang terbaik kepada pelajar untuk berkomunikasi antara

satu sama lain.

Selain itu, sistem ini juga diharapkan dapat meningkatkan minat dan pencapaian

pelajar di dalam matapelajaran sejarah dan memahirkan mereka di dalam

mengaplikasikan internet sebagai salah satu cara pembelajaran yang baru.

1.6 Kekangan Projek

Setiap sistem yang dibangunkan pasti mempunyai beberapa kekangan atau had

masing-masing. Melalui pemerhatian yang dilakukan, didapati bahawa bidang IT masih

lagi tidak diberi pendedahan yang sewajarnya kepada pelajar khususnya pelajar luar

bandar. Masih ramai yang tidak pernah mengguna dan melayari internet. Oleh itu

pelajar memerlukan latihan dan penerangan khas mengenai sistem dan cara

mengaplikasikannya di dalam aktiviti pembelajaran.

Selain itu, latihan cara-cara mengaplikasikan e- pembelajaran sebagai kaedah

pengajaran baru juga perlu diberikan kepada guru-guru memandangkan tidak semua

guru bersedia dan mahir menggunakan internet. Keadaan ini sudah tentu akan

mengambil kos yang tinggi dan masa yang agak lama.

Setakat ini masih banyak sekolah masih tidak mempunyai makmal komputer

yang lengkap. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pengajaran guru dan kemungkinan

pelajar tidak dapat menggunakan sistem ini kecuali mereka berada di rumah. Selain itu

sistem ini juga akan memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan spesifikasi

8

komputer perlu ditingkatkan untuk mendapatkan mutu paparan dan kadar kelajuan

rangkaian yang baik.

Dengan adanya komuniti di dalam sistem, sedikit sebanyak akan memudahkan

pelajar untuk belajar dengan rakan-rakan yang jauh terutama semasa cuti persekolahan

yang panjang, tetapi kelancaran dan perkembangan komuniti perlu dipantau dari masa

ke samasa untuk memastikan pelajar benar-benar menggunakan kemudahan yang ada

atau sebaliknya. Oleh itu sistem ini memerlukan seseorang pentadbir untuk

mengawasinya.

1.7 Organisasi Kajian

Untuk menganalisa permasalahan yang berlaku, maka satu kajian melibatkan

soal selidik, temubual dan pemerhatian telah dilakukan di Sekolah Model Khas Baling,

Baling Kedah. Pembangun memilih organisasi terbabit memandangkan ia merupakan

salah sebuah sekolah terbaik yang terdapat di dalam daerah Baling. Selain itu, sekolah

ini unik kerana terdiri dari pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaupun

begitu, tahap penggunaan teknologi maklumat di dalam pembelajaran belum lagi

dipraktikkan oleh guru dan pelajar sekolah terbabit.

Walaupun lengkap dengan pelbagai insfrastruktur yang lain, sekolah ini masih

belum mempunyai makmal komputer yang mampu menampung keperluan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan pelajar tidak berpuas hati dengan

9

kemudahan makmal yang sedia ada dan berharap agar perubahan positif dapat

dilakukan oleh pihak sekolah.

1.8 Ringkasan

Penggunaan teknologi maklumat merupakan kaedah yang semakin popular

dewasa ini. Dengan kecanggihan teknik pembelajaran yang baru ini diharap dapat

memberi faedah yang besar kepada para pelajar. Sejajar dengan usaha kerajaan untuk

menaik taraf bidang pendidikan ke tahap profesional, maka e- pembelajaran merupakan

satu kaedah baru yang perlu diaplikasi dan dipraktikkan oleh setiap guru dan pelajar.

Era globalisasi mewujudkan dunia tanpa sempadan dan bidang pendidikan tidak

hanya terhad di dalam kelas. Kecanggihan teknologi membolehkan pelajar meneroka

dan berhubung secara maya dengan individu serata dunia. Oleh itu diharapkan

kewujudan sistem ini menjadi medium perintis yang berguna kepada pelajar sekolah

untuk mengorak langkah meneroka dan menguasai dunia teknologi maklumat di

samping menambah pengetahuan dan mengulangkaji pelajaran.

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Bidang pendidikan telah lama diterima sebagai tonggak pembangunan ekonomi

alaf baru. Pendidikan juga dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu dan

berakhlak mulia. Kedatangan alaf baru yang disertai dengan ledakan teknologi

komunikasi dan maklumat (TKM) memberikan tekanan baru tentang perlunya

perubahan-perubahan radikal dalam dunia pendidikan.

Dewasa ini para pendidik menjadi sekumpulan manusia yang menerima

pelbagai tekanan dari pelbagai arah untuk merealisasikan pelbagai harapan. Proses

pembelajaran masa kini telah mengalami perubahan yang pesat. Proses pengajaran

tidak lagi berlaku secara fizikal sahaja (dalam bilik darjah), malah telah bertukar

kepada pengajaran secara atas talian (on-line) atau secara 'virtual'.

Kajian literatur ini dijalankan bagi mengetengahkan beberapa perkara dan

konsep penting yang akan menjadi nadi kepada sistem pembelajaran yang akan

dibangunkan nanti.

11

2.1 Analisa Masalah.

Teknik pembelajaran secara online ( E-Learning) menjadi semakin berkembang

dan popular dewasa ini. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk

meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Pelbagai penekanan dan insentif

tambahan telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk guru-guru khususnya yang

mengajar matapelajaran sains dan matematik. Namun begitu tidak banyak yang

mengambil berat tentang matapelajaran lain khususnya matapelajaran sejarah dan

kebanyakan pelajar kurang memberi perhatian dan tumpuan semasa guru mengajar.

Justeru itu, teknik pengajaran dan pembelajaran baru perlu diwujudkan untuk menarik

minat para pelajar dan memudahkan tugas guru untuk mengajar.

Untuk mengelakkan matapelajaran ini terus dipinggirkan, maka satu alternatif

baru perlu diwujudkan dan mengenalpasti permasaalahan yang berlaku untuk

meningkatkan martabat pendidikan negara. Setelah melakukan kajian kepada pelajar

tingkatan 4 Sekolah Model Khas Baling, maka pembangun dapat mengenalpasti

beberapa masalah yang berlaku. Di antaranya ialah teknik pengajaran yang digunakan

sekarang masih tidak mampu untuk menarik minat pelajar belajar sejarah. Walaupun

matapelajaran sejarah telah lama diajar di sekolah-sekolah, namun teknik pembelajaran

dari dulu hingga sekarang masih tidak berubah dan berada di takuk lama. Setelah

menjalankan sesi soal jawab dan mengedarkan borang soal selidik kepada guru-guru

sejarah di organisasi kajian, didapati mereka hanya mempraktikkan teknik syarahan

seperti penerangan di dalam kelas, perbincangan di antara ahli kumpulan, kerja khusus,

lakonan, pembentangan, carta minda, refleksi dan edaran nota-nota bercetak kepada

pelajar (Rujuk LAMPIRAN A). Senario ini dilihat kurang menarik minat pelajar. Oleh

yang demikian, sistem ini dibangunkan sebagai alat bantu tambahan kepada guru dan

pelajar selain daripada teknik-teknik yang disebutkan di atas. Melalui sistem yang

dibangunkan ini, guru-guru boleh memasuki sistem dan mencapai siri-siri nota dan

12

soalan yang terdapat di dalam sistem.Pengajaran boleh dilakukan menggunakan nota

yang terdapat di dalam sistem.

Melalui kajian yang dijalankan juga, didapati kebanyakan pelajar meminati

matapelajaran sejarah tetapi mereka mempunyai masalah dalam mengulangkaji dan

mengingati fakta yang ada. Oleh itu kebanyakan responden mengalu-alukan kewujudan

alternatif baru sebagai tambahan kepada teknik sedia ada.

Bagi yang kurang berminat, mereka kurang mengambil sebarang alternatif

tambahan yang lain selain daripada belajar di dalam kelas. Keadaan ini akan memberi

masalah di dalam pengajaran guru kerana pelajar kurang membaca dan tidak membuat

persediaan sebelum kelas. Oleh itu penglibatan pelajar di dalam kelas tidak aktif dan

tiada tindakbalas dua hala yang berlaku kerana pelajar bersikap ‘spoon feeding’.

Melalui kaedah pembelajaran biasa, seseorang pelajar perlu membeli sendiri

buku-buku rujukan yang lain selain daripada buku teks. Bagi pelajar yang kurang

berkemampuan, keadaan ini akan memberi tekanan kepada mereka. Untuk itu dengan

kewujudan sistem ini, pelajar dapat belajar secara percuma tanpa bayaran dengan

menggunakan kemudahan makmal komputer dan internet yang terdapat di sekolah.

Di samping itu juga, sikap sesetengah pelajar yang sambil lewa dan malas

mengulangkaji pelajaran sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi akademik mereka

memandangkan matapelajaran ini merupakan salah satu matapelajaran teras di dalam

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi pelajar yang ingin berjinak-jinak

dengan teknologi maklumat, maka sistem ini boleh menjadi medium terbaik kepada

mereka untuk meluaskan pengetahuan di dalam bidang ini sekaligus meningkatkan

minat untuk mengulangkaji pelajaran khususnya matapelajaran sejarah.

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat telah membawa kita kepada era

satu rumah satu komputer. Walaupun begitu,tidak semua pelajar kita terdedah kepada

pembelajaran secara online dan komuniti maya. Pembangun memilih organisasi kajian

memandangkan Sekolah Model Khas Baling merupakan sebuah sekolah di kawasan luar

13

bandar dan melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada pelajar tingkatan 4,

di dapati 51% pelajar tidak pernah menggunakan internet. Keadaan ini amat

mendukacitakan dan sehubungan dengan itu, diharap Komuniti Sejarah Tingkatan 4

akan menjadi saluran terbaik kepada mereka untuk mengenali dan mendekati dunia

global ini.

Selain itu, pelajar mengalami kesukaran untuk berhubung antara satu sama lain

dan berkongsi maklumat dan pendapat kerana tiada medium khas yang diperuntukkan

untuk mereka berkongsi pendapat dan masalah terutamanya di dalam matapelajaran

sejarah. Oleh itu satu komuniti akan dibentuk untuk membolehkan mereka berhubung

antara satu sama lain.

Masalah lain yang telah dikenalpasti ialah para pelajar malas membuat latihan

yang kebanyakannya bersifat tradisional iaitu menggunakan buku latihan. Oleh itu

sistem ini diharap dapat mengubah tabiat dan persepsi pelajar dengan kombinasi latihan

secara digital.

Carta pai menunjukkan maklumbalas yang diperolehi melalui borang soal selidik

seperti LAMPIRAN B yang telah diedarkan kepada pelajar tingkatan 4 di Sekolah

Model Khas Baling mengenai internet dan penggunaannya serta pemahaman mengenai

e-pembelajaran kepada pelajar.

14

49%

48%

3%

PernahmenggunakanInternetTidak pernahmenggunakaninternetTidak tahumengenai Internet

Rajah 2.1 Penggunaan Internet Kepada Pelajar

Rajah 2.1 menunjukkan peratusan pelajar yang menggunakan internet di dalam

kehidupan harian. Daripada hasil yang diperolehi, menunjukkan masih ramai pelajar

yang tidak pernah menggunakan internet.

Rajah 2.2 pula menunjukkan peratusan pemahaman pelajar tingkatan 4 Sekolah

Model Khas Baling mengenai e-pembelajaran. Sebanyak 35% pelajar masih lagi tidak

mengetahui mengenai apa itu e- pembelajaran.

65%

35%Tahu mengenai EPembelajaran

Tidak tahumengenai EPembelajaran

Rajah 2.2 Peratusan Pengetahuan Pelajar Mengenai e-pembelajaran

15

2.2 E- Pembelajaran

Di dalam dunia rangkaian, kita boleh menambah ‘e’ kepada kebanyakkan

benda seperti e-commerce, e- business, e-tailing, e- government atau e-learning

(e -pembelajaran). Di dalam dunia pendidikan, internet telah membawa perubahan

baru dari segi arahan, kajian, pentadbiran dan perkhidmatan awam (Diana,2000). Para

bijak pandai telah memikirkan apakah maklumat-maklumat yang patut disediakan

kepada pelajar dan bagaimana melalui kaedah membuat keputusan.

Setakat ini, beberapa bijak pandai telah mengeluarkan pendapat yang berbeza

tentang bahasa mengenai huruf ‘e’. Walaubagaimanapun, penambahan huruf ‘e’

kepada mana-mana perkataan seolah-olah untuk memberi nilai di dalam pasaran dan

pengiklanan. Penambahan huruf ‘e’ sangat berguna dan sesuai untuk menggambarkan

segala aktiviti dan teknologi yang kompleks (Diana, 2000)

Menurut Baer (1999), e- pembelajaran membawa maksud penggunaan internet

untuk memberi arahan dan latihan. Prospek e-pembelajaran menjadi semakin semakin

besar. Teknologi digital jarak jauh atau pembelajaran teragih yang mempunyai

aplikasi kepada kanak-kanak sekolah, kolej, universiti dan ahli koperat telah

menghasilkan pulangan yang lumayan (Diana, 2000). Setiap pembelajaran yang

berasaskan teknologi termasuk pentadbiran, pembangunan, penghantaran dan

penilaian diklasifikasikan sebagai e-pembelajaran. E -pembelajaran meliputi segala

pengetahuan yang disalurkan sama sama ada melalui internet, intranet, extranet, web,

PDA, eBook, ePen dan sebagainya.

Menurut petikan dari sebuah laman web, e -Pembelajaran merupakan

penggunaan teknologi multimedia dan internet untuk mempertingkatkan kualiti

pembelajaran (diadaptasi dari http://www.elearningeuropa.info/). Konsep pembelajaran

elektronik pada asalnya merupakan sebahagian daripada strategi pengurusan

pengetahuan untuk menghasilkan dan mengekalkan insfrastruktur sesuatu organisasi

16

dalam mengoptimumkan penggunaan maklumat perniagaan di antara organisasi untuk

meningkatkan produktiviti, nilai dan kepuasan di dalam urusniaga.

Hari ini dunia menjadi semakin maju dan e -pembelajaran mula diperkenalkan

sebagai alternatif baru untuk aktiviti pembelajaran.Teks dan rujukan bukan menjadi

sumber pembelajaran utama kerana segala sumber pengajaran akan disalurkan secara

online. Situasi pembelajaran tersebut telah mewujudkan dua keadaan yang berbeza.

Iaitu pembelajaran bilik darjah (classroom learning) yang bersifat fizikal, dan

pembelajaran secara elektronik atau e-pembelajaran.

Sistem e -pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4 yang akan diperkenalkan

ini akan menjadi satu alternatif baru kepada para pelajar dan guru untuk mendapatkan

sumber maklumat. Mereka boleh memperolehi maklumat dan belajar di luar dari kelas

formal yang biasa dan menjadi tradisi.

E-pembelajaran akan mengurangkan beban guru dalam penyediaan bahan bantu

mengajar dan cara penyampaian. Hari ini, pembudayaan teknologi maklumat dan

komunikasi ‘ICT’ bukan lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia turut memainkan peranan

yang besar dalam pendidikan. Perkongsian maklumat boleh berlaku dengan berkesan

melalui teknologi ini dalam pendidikan. E-pembelajaran walaupun bukan

penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik untuk merealisasikan

pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi ‘chalk and talk’.

E -pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4 ini merupakan modul

pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di

kelas dan di luar kelas. Pelajar tidak hanya memperolehi maklumat melalui buku tetapi

terus dengan mengakses laman web berkenaan.

2.2.1 Jenis e-Pembelajaran.

17

E -pembelajaran terdiri daripada dua kategori iaitu segerak (synchronous) dan

tidak segerak (asynchronous). Segerak bermaksud aktiviti pembelajaran yang berlaku

pada pada masa yang sama dan maklumat diperolehi pada masa yang sama

(Baer,1999).

Pembelajaran tidak segerak meliputi aktiviti atau sebarang perbincangan yang

tidak berlaku secara serentak.Keadaan ini berlaku apabila instruktor dan pelajar tidak

berkomunikasi pada masa sama. Rajah di bawah menunjukkan pembahagian

e -pembelajaran.

Rajah 2.3: Jenis e- pembelajaran (Baer,1999)

E Pembelajaran

Segerak Tidak Segerak

18

2.2.2 Pendekatan e- Pembelajaran

E -pembelajaran boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti yang

ditunjukkan oleh jadual di dalam LAMPIRAN C.

2.2.3 Konsep e -pembelajaran

Sistem E-pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4 boleh dikatakan sebagai

pembelajaran kolaboratif di mana terdapat dua atau lebih pelajar bekerja dalam satu

pasukan yang saling membantu antara satu sama lain untuk belajar atau cuba belajar

sesuatu bersama-sama Hiltz et al.(1993).

Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar berinteraksi dengan seorang atau lebih

rakan kolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu atau melakukan integrasi pada proses

pembelajaran. Pengalaman pembelajaran seperti ini membolehkan pelajar belajar

dengan lebih realistik, bermotivasi, menyuburkan persembahan kognitif, melibatkan

interaksi sosial yang memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih kaya

dibandingkan dengan kaedah tutorial, pembelajaran sakrotik dan pembelajaran

integratif (Kumar, 1995).

Pembelajaran secara elektronik secara amnya merupakan pembelajaran

kolaboratif dengan menyediakan penyelesaian yang efektif kepada segala

permasaalahan yang berlaku.Pembelajaran elektronik secara asalnya ialah penggunaan

internet sebagai saluran untuk aktiviti pembelajaran.Walaubagaimanapun, di dalam era

yang semakin maju pembelajaran elektronik sebenarnya merupakan pembelajaran

melalui ‘teknologi’ bukannya ‘internet’.

19

Menurut Mahapatra (2000), terdapat beberapa perbezaan di antara e-

pembelajaran dan sistem pembelajaran secara tradisional (C- Learning). Jadual di

bawah menunjukkan beberapa perbezaan yang terdapat pada pembelajaran elektronik

dan C- Learning.

Jadual 2.2: Perbezaan di antara persekitaran pembelajaran tradisional dan

teknik pembelajaran baru (Mahapatra,2000)

Persekitaran Tradisional (C- Learning) Persekitaran baru ( E- Learning)

Guru berperanan untuk memberi arahan Pelajar berperanan untuk belajar tanpa

bantuan sepenuhnya dari guru.

Ransangan secara individu Ransangan diperolehi daripada ramai

individu

Hanya menggunakan satu media Menggunakan pelbagai media

(multimedia)

Penghantaran maklumat Pertukaran maklumat

Pembelajaran secara pasif Pembelajaran menjadi lebih aktif,

penjelajahan maklumat

Perbincangan hanya di dalam kelas Persidangan boleh dilakukan dengan

melibatkan individu di luar kelas

Tindakbalas cepat Tindakbalas memerlukan perancangan

yang ditentukan.

20

2.2.4 Merekabentuk Persekitaran Pembelajaran Kolaboratif Berasaskan e-

Pembelajaran.

Terdapat kepelbagaian dalam pembelajaran rakan sebaya yang boleh dilakukan

untuk menghasilkan pembelajaran kolaboratif yang berkesan (Baharuddin, 2000).

Terdapat beberapa rekabentuk persekitaran pembelajaran kolaboratif yang biasa

digunakan (Kumar, 1995) iaitu:

i. Dua atau lebih rakan sebaya berkolaborasi satu sama lain menggunakan

komputer sebagai alat yang utama untuk proses komunikasi dan

kolaborasi.

ii. Dua atau lebih rakan sebaya berkolaborasi antara satu sama lain

menggunakan sistem tutor aktif yang mengawal dan mengarahkan

interaksi dalam proses kolaborasi.

iii. Dua atau lebih rakan sebaya bekerja bersama-sama untuk

menyelesaikan masalah pada satu tempat.

iv. Dua atau lebih rakan sebaya bekerja bersama-sama menyelesaikan

masalah menggunakan sistem rangkaian. Pelajar boleh menghantar

mesej, mencadangkan penyelesaian dan sebagainya untuk

membolehkan rakan sebaya membantu sebagai pelajar dan

pembimbing dalam penyelesaian masalah.

Dari apa yang dijelaskan di atas, maka dapat disimpulkan bahawa rekabentuk

e- pembelajaran lebih menekankan kepada persekitaran pembelajaran yang melibatkan

ramai pengguna dalam satu masa yang akan bekerjasama dan membantu untuk

menyelesaikan sesuatu masalah.

21

2.2.5 Isu- Isu Global Berkaitan e -Pembelajaran.

Perkembangan yang pesat kepada teknologi elektronik dan pembelajaran secara

atas talian tidak menjamin penerimaan kepada dunia global. Walaupun terdapat banyak

kelebihan di dalam teknologi atas talian yang menawarkan proses pembelajaran, para

pengkaji dan pendidik masih lagi meragui keberkesanan pembelajaran secara atas

talian berbanding dengan pembelajaran tradisional.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Institute Of Higher Education Policy,

mendapati banyak kajian yang dilakukan mengenai keberkesanan pembelajaran atas

talian telah menemui kegagalan (Gary,1999). Antara masalah yang diberi penekanan

ialah mengenai kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan teknologi, penipuan

mengenai persediaan yang kurang di dalam sesebuah institusi termasuk guru dan

pelajar untuk menggunakan teknologi yang baru, kos yang diperlukan untuk

menyediakan komputer dan teknologi berkaitan dan perbezaan di antara pelajar

mengenai cara mereka belajar.

Para penyelidik telah melakukan pemerhatian terhadap beberapa kursus secara

atas talian dan mendapati kebanyakannya hanya menyediakan nota untuk pelajar dan

kurang menyediakan ruang interaksi untuk digunakan oleh pelajar dan tenaga pelajar.

Keadaan ini amat bertentangan dengan kehendak konsep e- pembelajaran yang

menyediakan ruang pembelajaran efektif untuk pelajar belajar dan berinteraksi.

Kecanggihan teknologi dan jalur lebar internet telah membolehkan kita menggunakan

ciri-ciri multimedia untuk belajar dan berhubung. Ramai individu beranggapan

bahawa pembelajaran secara atas talian lebih kepada “ pencarian fakta” dan “latihan”

dan tidak kepada pendidikan, aktiviti dalaman dan pengurusan.

Satu isu yang sering dibangkitkan oleh para bijak pandai ialah mengenai

peniruan dan penerbitan bahan-bahan ilmiah yang tidak dapat dikawal. Melalui

pembelajaran secara atas talian, segala maklumat dan hasil kajian akan dimuatkan di

22

dalam laman web sebagai bahan pengajaran dan rujukan kepada pelajar. Melalui laman

web juga, pelajar yang mengikuti pembelajaran atas talian akan dapat memuat turun

nota atau menyalin nota daripada para pensyarah.

Keadaan ini boleh dijadikan batu lompatan oleh individu lain untuk menyalin

dan menggunakan bahan pengajaran yang disediakan oleh individu lain untuk

mengajar sebagai bahan pengajaran yang baru. Isu yang paling besar mengenai e-

pembelajaran ialah mengenai pengajaran berbanding teknologi. Persoalan asas ialah

patutkan wang yang dilaburkan untuk mengimplementasikan semua teknologi

berkaitan e- pembelajaran lebih baik daripada melaburkan wang untuk melatih semula

guru-guru berkaitan dengan pedagogi pengajaran?

Adakah teknologi dapat membuat perubahan kepada kaedah pembelajaran

pelajar atau adakah teknologi boleh mengambil alih tempat guru. Satu perkara yang

jelas dalam fikiran kita ialah teknologi maklumat telah memberi pukulan yang hebat

terhadap banyak aspek di dalam kehidupan kita. Walaupun banyak persoalan yang

bermain di fikiran kita, tetapi jelas sekali bahawa kerajaan kita telah mengeluarkan

belanja yang besar untuk pembangunan teknologi maklumat di negara kita. Ini secara

tidak langsung untuk menggalakkan penggunaan IT sebagai gaya hidup baru.

2.2.6 Kebaikan e- Pembelajaran

Sistem pembelajaran elektronik mempunyai beberapa kelebihan kerana ia

merupakan pembelajaran secara interaktif iaitu sistem hanya akan berjalan dengan

adanya reaksi daripada pengguna (Baharudin , 2000). Keadaan ini menggalakkan

penglibatan pelajar dengan lebih aktif dalam matapelajaran.

23

Sistem ini juga memudahkan pengguna mengaksesnya kerana rekabentuk

antaramuka yang dibina adalah konsisten dan ringkas iaitu tiada penggunaan ikon-ikon

yang sama bagi tujuan yang berlainan. Pengguna juga akan cepat belajar dan

menghafal setiap ikon-ikon yang terdapat di dalam sistem kerana ia mudah difahami.

Melalui sistem ini juga tahap kecekapan dan keberkesanan pembelajaran dapat

diukur melalui latihan-latihan yang disediakan. Para pelajar boleh menguji tahap

pencapaian mereka sendiri dan boleh mengulangkaji semula jika mencapai tahap yang

tidak memuaskan. Melalui sistem ini juga, pelajar dapat mengutarakan sebarang

permasalahan mengenai pembelajaran untuk dibincangkan dan pengumumun terkini

dapat dilakukan oleh pelajar dan guru walaupun semasa cuti persekolahan.

2.2.7 Kelemahan e-Pembelajaran

Terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti di dalam sistem ini.

Antaranya ialah kita tidak dapat mengukur tahap kefahaman sebenar pelajar dan tidak

dapat mengukur tahap interaksi setiap pelajar yang menggunakan sistem ini samada

baik atau sebaliknya.

Memandangkan sistem ini dilengkapi dengan ruangan komuniti, maka kita

tidak dapat mengawal jika terdapat pelajar yang menyalahgunakan kemudahan yang

telah disediakan.

Kadang kala, e- pembelajaran digambarkan sebagai proses pembelajaran

sambil lewa kerana tiada pengawasan dari guru serta bahan-bahan pengajaran yang

terdapat di dalam web juga tidak diiktiraf. Sistem pembelajaran ini juga dianggap

24

kurang fleksibel dibandingkan dengan fleksibelnya seseorang guru atau tenaga

pengajar.

2.3 Sejarah Tingkatan 4.

Matapelajaran sejarah tingkatan 4 merupakan salah satu matapelajaran teras

yang akan diduduki oleh para pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia. Sukatan matapelajaran ini mempunyai 10 bab iaitu Kemunculan Tamadun

Awal Manusia, Peningkatan Tamadun, Tamadun Awal Asia Tenggara, Kemunculan

Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah, Kerajaan Islam Di Madinah,

Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya, Islam Di Asia Tenggara,

Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat,

Perkembangan Di Eropah dan Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Nik Hassan et al.(2003).

2.4 Komuniti

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1995), komuniti membawa

maksud sekumpulan individu atau sekolompok masyarakat yang tinggal di suatu

tempat dengan aturan atau cara yang tertentu. Komuniti internet pula membawa

maksud sekumpulan komuniti berkeadaan maya yang berinteraksi di internet di satu

25

halaman yang tertentu.Mereka boleh mempunyai pelbagai aktiviti seperti

perbincangan, pencarian maklumat, perkongsian maklumat dan lain-lain lagi.

Dewasa ini konsep komuniti maya atau juga dikenali sebagi komuniti

elektronik semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Banyak golongan

tidak kira usia dan bangsa mula mewujudkan komuniti-komuniti secara terus atau

online bagi memudahkan komunikasi untuk tujuan masing-masing.

Komuniti di dalam sistem ini secara langsung membawa maksud satu komuniti

yang akan membincangkan topik-topik berkenaan dengan sejarah secara khusus.

Sasaran utama komuniti ini adalah para pelajar bersekolah yang ingin belajar sambil

berkongsi maklumat secara maya dengan individu lain.

2.5 Pembangunan Laman Web

Kajian hanya tertumpu kepada perkara yang berkaitan dengan laman web

memandangkan projek ini adalah berkaitan dengan pembangunan laman web untuk

mewujudkan satu Komuniti Sejarah tingkatan 4.

2.5.1 Pengertian Laman Web

Laman web merupakan lokasi bagi internet yang mengandungi dokumen

hyperlink dan direkabentuk menggunakan satu set bahasa pengaturcaraan khas iaitu

Hypertext Markup Language atau HTML (Miller, 1995).

26

Ia juga dipanggil ‘markup’ atau ‘tags’ yang mengenalpasti sambungan kepada

dokumen lain dan bagaimana untuk memaparkan halaman web yang mengandungi

perkataan dan imej kepada pengguna menggunakan HTTP yang menpunyai DNS yang

unik.

HTTP dan DNS yang dimasukkan kedalam komputer ialah untuk menentukan

alamat laman web dan ianya dikenali sebagai URL. URL membolehkan laman web

yang dimasukkan mudah dikenali secara unik. Setiap laman web mempunyai URL

yang tersendiri dan pautan antara satu web dengan web yang lain. Halaman web yang

telah siap boleh dilayari oleh mana-mana perisian pelayar seperti Netscape Navigator

atau Microsoft Internet Explorer.

Rajah 2.4: Proses Penerbitan halaman web (Miller,1995)

Sumber data (teks,gambar,

audio dan video

Pengarang HTML (HTML editor)

Fail Sambungan

Laman WWW ( Sambungan Kepada halaman Yang lain)

Laman WWW ( Sambungan Kepada halaman yang lain.

Laman WWW (Sambungan kepada halaman yang lain

Sudut pandangan halaman web

27

2.5.2 HTTP

Dua teknologi asas yang terdapat pada piawaian World Wide Web (WWW)

adalah Hypertext Transfer Protocol (HTTP) dan Hypertext Markup Language (HTML)

yang berfungsi sebagai protokol pemformatan dokumen. HTTP digunakan untuk

menggerakkan dokumen-dokumen daripada pelayan kepada pelanggan manakala

HTML menyediakan kawalan format kepada dokumen-dokumen di dalam jaringan

(Miller, 1995) .

2.6 Pangkalan data

Pangkalan data merupakan satu himpunan data-data yang mengandungi

maklumat-maklumat tertentu yang boleh direkodkan, ditambah dan diubah. Data-data

yang terkandung di dalamnya akan digunakan bagi tujuan yang tertentu.

Pangkalan data menjadi storan yang dapat menyimpan pelbagai jenis data. Ia

akan memudahkan pengguna untuk mencapai atau mencari data yang

diperlukan.Terdapat pelbagai jenis perisian pangkalan data dan antaranya ialah

Microsoft Access, SQL Server, Oracle dan FileMaker. Perbezaan antara kedua-dua

pangkalan data ini ialah dari segi cara pencapaian dan ruang storan. Bagi SQL Server,

capaian data adalah lebih laju daripada Microsoft Access. SQL Server mempunyai 224

kali ganda ruang storan berbanding dengan Microsoft Access dan ia juga boleh

menampung ramai pengguna. Walaupun begitu, penggunaan SQL Server adalah lebih

kompleks berbanding dengan Microsoft Access.

28

2.7 Ringkasan

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan

daripada era masyarakat industri kepada era masyarakat bermaklumat menimbulkan

cabaran baru kepada industri pendidikan. Pelbagai altenatif tambahan perlu

diperkenalkan untuk melahirkan masyarakat yang mampu bersaing dengan dunia luar.

Anjakan paradigma perlu dilakukan terutamanya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk meghasilkan generasi yang berketrampilan, kreatif dan inovatif.

Secara keseluruhannya kajian literatur yang telah dijalankan akan mampu memberi

pendedahan asas sebelum sistem yang sebenar dibangunkan. Setiap perkara yang

dijelaskan dan diberi penekanan diharapkan akan dapat membantu menjadi rujukan

dan panduan dalam menghasilkan sistem yang benar-benar mantap dan berguna untuk

meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.

BAB III

PERANCANGAN KERJA

3.0 Pengenalan.

Metodologi merujuk kepada keseluruhan proses pembangunan sistem.

Metodologi merupakan satu pendekatan yang boleh dijadikan panduan bagi

membangunkan sesuatu perisian atau sistem yang berkualiti.

Bab ini akan menerangkan tentang metodologi yang dipilih untuk

membangunkan sistem e-Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4 beserta

dengan justifikasinya secara terperinci. Metodologi pembangunan sistem sangat

penting bagi pembangunan sesebuah sistem di mana ianya akan dirujuk sepanjang

perjalanan pembangunan sesebuah sistem. Penggunaan metodologi yang sesuai

adalah penting untuk memastikan sistem berjalan lancar dan bersistematik.

Metodologi menawarkan satu jujukan aktiviti atau fasa di dalam merekabentuk dan

membangunkan sistem untuk menjadi suatu sistem yang baik dan berkualiti.

30

3.1 Metodologi Projek

Metodologi yang dipilih untuk membangunkan Sistem e-Pembelajaran

Komuniti Sejarah Tingkatan 4 ini adalah model gabungan. Model gabungan

merupakan kesinambungan kepada dua model iaitu prototaip pantas dan kaedah

pusaran (spiral)

Pemilihan prototaip pantas dan kaedah pusaran ini adalah kerana ia

merupakan metodologi pembangunan sistem yang boleh direalisasikan dengan

lengkap dan bersesuaian dengan pembangunan projek ini sendiri. Ini kerana, melalui

kaedah prototaip pantas, antaramuka bagi laman web akan dirancang dan

dibangunkan terlebih dahulu. Pembangun akan berbincang dengan pengguna dan

mendapatkan komen dan maklumbalas untuk mengetahui samada ia memenuhi

kehendak pengguna atau tidak. Prototaip akan diubahsuai mengikut keperluan dan

kehendak pengguna sebelum menjadi sistem sebenar. Ini adalah lebih baik untuk

memastikan sistem yang akan dibangunkan akan memenuhi kehendak pengguna dan

akan terus digunakan. Penggunaan prototaip ini juga akan membolehkan pengguna

untuk memberi maklumbalas yang lebih cepat apabila berinteraksi dengan sistem.

Kaedah pusaran pula digunakan kerana ia membenarkan pengulangan dalam

setiap fasa yang terlibat sepanjang pembangunan sistem. Sistem ini berkemungkinan

besar akan sentiasa berubah-ubah mengikut sukatan pelajaran yang telah dipersetujui

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, maka kaedah pusaran digunakan kerana ia

membenarkan pengulangan dalam setiap fasa yang terlibat sepanjang pembangunan

sistem.Pengulangan ini membolehkan setiap fasa tersebut diperbaiki dan diubahsuai

sehingga menepati objektif projek serta kehendak pengguna.

31

3.1.1 Fasa-fasa Dalam Model Gabungan

Rajah 3.1 Fasa- Fasa Dalam Model Gabungan

Rajah 3.1 di atas secara umumnya menggambarkan fasa-fasa atau peringkat-

peringkat yang terdapat di dalam kitar hayat model Gabungan. Metodologi yang

menggunakan model gabungan terdiri daripada empat fasa utama iaitu:

i. Fasa Analisa Keperluan

ii. Fasa Rekabentuk dan Pembangunan

iii. Fasa Implementasi dan Pengujian

iv. Fasa Pengagihan dan Penyelenggaraan.

3.1.1.1 Fasa Analisa Keperluan

Fasa analisa keperluan merupakan fasa permulaan kepada proses

pembangunan sesuatu sistem. Kitaran di dalam fasa akan dimulakan daripada

FASA 1 FASA IV

2.Pengagihan dan penyelengaraan

1. Analisa Keperluan

FASA II

3.Rekabentuk dan Pembangunan FASA III

4.Implementasi dan Pengujian

32

bahagian dalam pusaran. Pada peringkat ini, kajian awal akan dilakukan untuk

mengenalpasti objektif utama bagi projek yang akan dibangunkan. Selain itu terdapat

juga beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam fasa ini iaitu:

i. Pemahaman terhadap skop dan tujuan projek dibangunkan.

ii. Mengenalpasti sasaran pengguna

iii. Mengenalpasti keperluan perisian dan perkakasan yang diperlukan

untuk pembangunan sistem.

iv. Mengenalpasti kepakaran dan kefahaman pembangun untuk

membangunkan projek.

v. Anggaran masa yang telah ditetapkan untuk membangunkan projek.

Perancangan dilakukan melalui carta Gantt.

vi. Mengenalpasti sumber maklumat dan data yang diperlukan untuk

projek yang akan dibangunkan.

Pada akhir fasa ini satu penilaian akan dilaksanakan di akhir projek untuk

memastikan projek ini sesuai dilaksanakan atau tidak.

3.1.1.2 Fasa Rekabentuk dan Pembangunan

Fasa rekabentuk dan pembangunan merupakan gabungan dua fasa iaitu fasa

rekabentuk dan fasa pembangunan prototaip pantas. Peringkat awal fasa ini adalah

mengenalpasti semua modul dan sub-sub modul yang terkandung di dalam sistem.

Fasa ini juga bertujuan untuk mengenalpasti aliran data yang terlibat di dalam

sistem. Proses ini penting untuk memastikan sistem komuniti yang akan dibangunkan

boleh beroperasi dengan berkesan dan bebas ralat.

Selain itu, fasa ini juga memberi penekanan kepada fungsi sistem dan bentuk

antaramuka pengguna agar ia dapat memenuhi spesifikasi dan kehendak pengguna.

33

Selepas itu proses merekabentuk antaramuka pengguna bagi sistem ini akan

dimulakan beserta dengan penyediaan bagi modul pertama. Pada peringkat ini,

laman web akan direkabentuk mengikut apa yang dirancangkan. Dalam pada ini,

beberapa maklumat akan dititik beratkan. Antaranya ialah seperti berikut:

i. Menentukan kandungan yang perlu ada pada setiap modul dan

elemen.

ii. Merekabentuk antaramuka yang bersesuai dengan keperluan

pengguna.

iii. Menyemak,mengolah dan mennyunting data-data yang perlu

dimuatkan ke dalam laman web

iv. Memastikan pangkalan data dapat beroperasi dengan baik.

3.1.1.3 Fasa Implementasi dan Pengujian

Rekabentuk sistem akan menerangkan bagaimana satu sistem akan memenuhi

keperluan maklumat yang telah ditentukan semasa fasa rekabentuk dan

pembangunan sistem. Rekabentuk prototaip yang merangkumi modul-modul sistem,

pangkalan data dan antaramuka pengguna akan diimplementasikan ke dalam sistem.

Pada peringkat ini, laman web akan direkabentuk mengikut apa yang dirancangkan.

Sistem ini akan dibahagikan kepada beberapa 3 bahagian iaitu iaitu guru, pelajar dan

admin. Setiap bahagian akan dipecahkan kepada beberapa modul utama iaitu:

i. Nota

ii. Latihan

iii. Forum

Di dalam fasa ini, segala komen serta maklum balas dari pengguna ke atas

sistem diperlukan untuk menentukan samada proses pengubahsuaian perlu dilakukan

atau tidak. Pada peringkat ini, kitaran akan kembali semula ke fasa analisa keperluan

setelah menilai semua komen dari pengguna. Seterusnya kitaran akan kembali

34

semula ke fasa implementasi dan pengujian dan proses ini akan berulang sehingga

pembangun dan pengguna berpuas hati.

3.1.1.4 Fasa Pengagihan dan Penyelenggaraan

Di dalam fasa ini, pakej komuniti sejarah yang telah siap akan dipindahkan

kepada pelayan (server). Kerja-kerja penyelenggaraan akan bermula mengikut

keperluan di samping pengemaskinian maklumat yang boleh dilakukan pada bila-bila

masa oleh pentadbir (admin). Sekiranya terdapat perubahan kritikal yang berlaku,

maka proses pembangunan bermula dari fasa I sehingga fasa IV.

3.2 Justifikasi pemilihan metodologi.

Metodologi model gabungan dipilih sebagai metodologi pembangunan

Komuniti Sejarah Tingkatan 4 atas beberapa sebab seperti berikut:

i. Metodologi ini adalah fleksibel kerana ia dapat diubah dari masa ke

semasa mengikut sukatan pengajaran.

ii. Prototaip yang dibangunkan akan cuba digunakan oleh pengguna

khususnya pelajar dan guru. Oleh itu mereka akan mendapat

gambaran yang lebih jelas tentang sistem yang akan dibangunkan dan

memperbaiki prototaip sekiranya tidak berpuas hati. Keadaan ini akan

mengurangkan kos memandangkan pembangun tidak perlu

membetulkan sistem pada proses pembangunan sistem yang sudah

tentu mengambil masa dan kos yang tinggi.

iii. Kaedah pusaran membolehkan pengulangan dilakukan pada setiap

fasa. Ini akan menjimatkan kos dan masa pembangunan projek.

35

3.3 Perancangan Kerja

Perlaksanaan projek memerlukan perancangan yang teliti untuk memastikan

projek dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan memenuhi spesifikasi dan

skop yang ada.Perancangan kerja untuk sistem ini ditunjukkan di dalam carta Gantt

seperti di dalam LAMPIRAN D. Dalam membangunkan komuniti sejarah ini,

perancangan telah dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:

3.3.1 Perancangan Projek I

Projek I dilaksanakan pada semester pertama sesi 2003/2004.Untuk projek

satu, penumpuan lebih diberikan kepada pengumpulan maklumat yang diperlukan

untuk membangunkan komuniti sejarah yang dicadangkan di samping mengadakan

perbincangan dengan penyelia untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

i. Fasa Perancangan dan Analisa Keperluan

Fasa ini lebih tertumpu kepada pengumpulan maklumat, kajian literatur,

penentuan skop dan objektif, analisa masalah, metodologi untuk pembangunan

sistem serta keperluan perkakasan dan perisian yang akan digunakan semasa projek

dijalankan.

ii. Fasa Rekabentuk dan Pembangunan (Bahagian I)

Fasa ini akan melibatkan pembangun untuk merangka rekabentuk awal sistem

termasuk antaramuka,menu,modul-modul,fungsi, jenis ikon dan bebutang, corak

susunan teks dan saiz tetingkap. Berdasarkan ciri-ciri di atas,satu prototaip percubaan

akan dihasilkan untuk menilai secara kasar kekurangan dan kelebihan yang terdapat

di dalam sistem dan melakukan pengubahsuaian.

36

3.3.2 Perancangan Projek II

Projek II merupakan sambungan kepada hasil yang diperolehi dalam Projek I.

Perlaksanaan projek II dijalankan pada sesi kedua 2004/2005. Bagi Projek II,

terdapat satu fasa utama dan satu fasa sambungan daripada Projek I iaitu:

i. Fasa Rekabentuk dan Pembangunan (Bahagian II)

Fasa ini akan menggunakan prototaip awal yang dihasilkan dalam projek I.

Beberapa kelemahan yang ada akan diubah untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Pada bahagian rekabentuk, semua modul, fungsi dan bahan pengajaran yang sebenar

akan menjalani beberapa peringkat pemilihan dan akan dimuatkan ke dalam laman

web. Di bahagian pembangunan,prototaip yang telah siap dilengkapi dengan semua

keperluan dan menepati kehendak pengguna akan dimasukkan ke dalam fasa

seterusnya.

ii Fasa Implementasi dan Pengujian.

Dalam fasa ini, prototaip yang telah lengkap akan diterjemahkan kepada kod

aturcara. Laman web yang telah siap akan menjalani beberapa siri ujian sebelum ia

boleh digunakan.

3.4 Analisa Keperluan Sistem.

Untuk membangunkan sebuah sistem, keperluan perisian dan perkakasan

perlu diberi perhatian oleh pembangun untuk memastikan sistem dapat dilaksanakan

dengan berkesan.

37

3.4.1 Keperluan Perkakasan

Perkakasan yang dipilih perlu sesuai supaya ia dapat digunakan bersama

dengan perisian yang dipilih.Keperluan perkakasan dibahagikan kepada tiga iaitu

komputer pembangun, komputer pengguna dan keperluan rangkaian komputer.

Antara perkakasan yang perlu digunakan ialah:

3.4.1.1 Komputer pembangun.

Merupakan sebuah komputer yang digunakan untuk membangunkan sistem

prototaip bagi projek ini. Spesifikasi minimum komputer pembangun ditunjukkan di

dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Perkakasan Untuk Komputer Pembangun.

Bil Item Spesifikasi

1 Pemprosesan Pentium 133 MHz

2 Ingatan Utama (RAM) 164 MB

3 Cakera Keras 10 GB

4 Pemacu CD ROM 52 X

5 Sistem Pengoperasian Windows 98 ke atas.

38

3.4.1.2 Komputer pengguna

Komputer pengguna merupakan komputer yang akan digunakan oleh

pengguna untuk menggunakan sistem yang telah dibangunkan. Spesifikasi minimum

bagi komputer pengguna ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.2 di

bawah.

Jadual 3.2: Perkakasan Untuk Komputer Pengguna.

Bil Item Spesifikasi

1 Pemprosesan Pentium 100 MHz

2 Ingatan Utama (RAM) 100 MB

3 Cakera Keras 10 GB

4 Pemacu CD ROM 52 Xq

5 Sistem Pengoperasian Windows 98 ke atas.

6 Modem Internal / external

3.4.2 Keperluan Rangkaian Komputer

Keperluan rangkaian komputer yang akan digunakan bagi projek ini terdiri

daripada pelayan web dan pelayar web.

39

3.4.2.1 Pelayar web

Pelayar web ( web browser) berfungsi untuk menterjemahkan kod HTML

kepada format tertentu pada paparan skrin. Data dari pangkalan data akan diakses

melalui pelayar web. Pelayar web digunakan untuk melihat hasil output projek dan

pembangunan pangkalan data. Pelayar web yang boleh digunakan untuk pakej

Komuniti Sejarah Tingkatan 4 ini seperti Netscape Navigator dan Microsoft Internet

Explorer. Untuk projek ini, pelayar web yang digunakan ialah Microsoft Internet

Explorer versi 4 dan ke atas.

3.4.2.2 Pelayan web

Pelayar web (web server) merupakan satu perisian yang mengendalikan

capaian terhadap laman web. Pelayan web akan menyimpan data yang berkenaan

dengan projek. Pelayan web perlu dikonfigurasikan pada komputer yang dijadikan

sebagai komputer pelayan agar dapat memproses segala permintaan fail dari pelayar

web. Pelayan web yang digunakan untuk projek ini ialah Apache Server.

3.4.3 Keperluan Perisian

Terdapat banyak perisian yang boleh didapati di pasaran yang boleh

digunakan oleh pembangun sistem untuk membangunkan sistem. Keperluan yang

dibincangkan di sini meliputi perisian yang digunakan oleh pembangun untuk

membangunkan sistem E-pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4.

40

1. <html> 2. <head> 3. <title>PHP Pertama</title> 4. </head> 5. <body> 6. <? 7. print "Data boleh dikeluarkan begini"; 8. $data = "atau begini"; 9. ?> 10. <?=$data?> 11. </body> 12. </html>

3.4.3.1 Hypertext preprocessor (PHP)

PHP merupakan sebuah bahasa pengaturcaraan “server-side HTML

embendded scripting”. Ia hampir menyamai bentuk bahasa pengaturcaraan yang lain

seperti C++ atau Perl. Namun begitu PHP mempunyai tatatanda istimewa pada

pembuka dan penutup badan pengaturcaraannya. PHP boleh menyokong beberapa

aplikasi pangkalan data seperti SQL, Empress, Adabas D, Sybase, Oracle dan lain-

lain. PHP membolehkan penjanaan laman web secara dinamik. Secara umumnya,

PHP tidak ada perisian individunya sendiri. Tetapi ia bergantung kepada 2 buah

perisian yang penting sebagai pelayan dan pelayar web iaitu Apache dan MySQL.

PHP dan HTML selalunya digabungkan untuk menghasilkan hasil yang lebih baik

Rajah 3.2 menunjukkan kod aturcara asas menggunakan bahasa pengaturcaraan

PHP.

Rajah 3.2: Kod Aturcara Asas Menggunakan PHP (diadaptasi dari laman

http://www.kengkawan.com)

Melalui Rajah 3.2 di atas, baris 1 hingga 5 menunjukkan aturcara HTML.

Tanda "<?" menandakan permulaan pengaturcaraan PHP dicelah-celah HTML.

Tanda "?>" pada baris ke-9, menunjukkan tanda penghujung pengaturcaraan PHP.

Baris ke-7 akan memaparkan "Data boleh dikeluarkan begini" ke browser.

41

Kemudian, pada baris ke-8, satu pembolehubah dibina dengan mengumpukkan nilai

"atau begini".

Di awal baris ke-12 , terdapat simbol "<?=" dan diakhiri dengan "?>".

Seperti yang telah dijelaskan, simbol ini menandakan permulaan dan penghujung

PHP. Perbezaannya ialah, nilai ini akan dipaparkan terus ke browser tanpa fungsi

print() seperti sebelumnya. Oleh sebab kita telah mengumpukkan nilai "atau begini"

kepada $data pada baris ke-10, ini akan memaparkan output"atau begini" pada

browser. Ini akan menghasilkan satu ayat lengkap, "Data boleh dikeluarkan begini

atau begini". Jika kita perhatikan lagi, setiap kod PHP akan diakhiri dengan symbol

(;). Ini sama seperti Java, Perl dan C++.

Penggunaan fungsi print dengan double quote digunakan untuk memaparkan

pembolehubah. Fungsi print single quote pula digunakan untuk tidak memaparkan

nilai dalam pembolehubah. Selain itu, untuk mengisytiharkan satu pembolehubah

dengan kandungan yang melebihi satu baris simbol <<< perlu digunakan. Rajah 3.3

menunjukkan contoh kod menggunakan pembolehubah di dalam PHP.

Rajah 3.3: Kod Aturcara Menggunakan Pembolehubah ( diadaptasi dari laman

web http://www.kengkawan.com)

1. <? 2. // satu baris 3. $saya = 'Nama saya Dino'; 4. // banyak baris 5. $tinggal = <<<END 6. Dan saya tinggal di 7. Seremban 8. Negeri Sembilan 9. END; 10. print "$saya dan"; 11. // hasil - 'Nama saya Dino dan' 12. print '$saya'; 13. // hasil - '$saya' 14. ?>

42

3.4.3.2 Macromedia DreamWeaver MX

Macromedia DreamWeaver MX merupakan perisian utama dalam

membangunkan projek ini. Penggunaan perisian ini adalah untuk membangunkan

antaramuka bagi laman web. Ia merupakan satu bahasa pengaturcaraan peringkat

tinggi iaitu bahasa generasi keempat yang memerlukan persekitaran Windows untuk

dilarikan. Perisian ini menjadi ‘application generator’ yang dapat menyokong

pembangunan satu sistem pelayan- pelanggan. Antara kelebihan perisian ini ialah, ia

dapat mengintegrasikan elemen skrip berasaskan server yang membolehkan

penghasilan laman web yang interaktif dan dinamik. Contoh teknologi skrip yang

mudah diintegrasikan menggunakan perisian ini ialah ASP, JSP, PHP ColdFusion

dan XML.

3.4.3.3 MySQL

Perisian ini digunakan untuk membina jadual dan pangkalan data bagi

pembangunan projek.Perisian ini digunakan kerana ia lebih mudah dan tiada

sebarang kos bayaran untuk menggunakannya. Selain itu MySQL merupakan

pangkalan data multi threaded yang dapat menguruskan sehingga 32 000

penyambungan pengguna per pelayan. Saiz maksimum untuk pangkalan data

MySQL boleh mencapai sehingga 100GB dan dapat menyimpan sebanyak dua ribu

juta jadual per pangkalan data dengan maksimum 250 lajur per jadual.

43

3.4.3.4 Adobe Acrobat 5.0

Adobe Acrobat merupakan perisian yang digunakan untuk paparan data yang

tidak membenarkan pengeditan data paparan oleh pengguna semasa menggunakan

sistem. Ini dapat menjamin data daripada diolah oleh pengguna seperti membuang

(delete) dan menambah (add). Walaubagaimanapun, perisian ini membenarkan

pengguna untuk memuat turun dan memuat naik data.

3.5 Ringkasan

Daripada penerangan yang telah dinyatakan di dalam bab ini, maka bolehlah

disimpulkan bahawa perancangan kerja yang teliti perlu dilakukan untuk

memastikan sistem tidak menemui kegagalan. Pembangun perlu memastikan

keperluan-keperluan yang diperlukan untuk membangunkan sistem seperti keperluan

perkakasan dan perisian dan memastikan tiada masalah untuk mengaplikasikannya

ke dalam sistem.

Perancangan yang betul dan teliti mengikut perancangan yang terdapat pada

carta Gantt akan menjamin kejayaan sistem. Metodologi yang dipilih juga

memainkan peranan penting di mana ia akan menjadi panduan kepada pembangun

untuk membangunkan projek dengan mengikuti setiap fasa yang ada.

BAB IV

REKABENTUK SISTEM

4.0 Pengenalan.

Bab ini akan menerangkan mengenai pembangunan projek bagi

E- Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4 dengan merujuk kepada semua aktiviti

yang telah dirancang dalam fasa rekabentuk sebelum ini. Tujuan sebenar fasa

rekabentuk ini adalah untuk menterjemahkan semua keperluan pengguna ke dalam

bentuk yang lebih mudah difahami dan sedia untuk diaturcarakan. Fasa ini mencirikan

fungsi-fungsi yang sedia ada untuk memudahkan pembentukan sistem sebenar. Bagi

menjayakan fasa rekabentuk sistem ini, teknik permodelan Rajah Aliran Kerja (DFD)

digunakan. Seterusnya perlaksanaan rekabentuk modul bagi sistem e-Pembelajaran

Komuniti Sejarah Tingkatan 4 ini akan dibangunkan.

45

4.1 Rekabentuk Antaramuka Sistem

Sistem E-Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4 merupakan sebuah sistem

yang dibangunkan secara atas talian. Sistem ini dibangunkan khusus untuk kegunaan

guru dan pelajar di Sekolah Model Khas Baling sebagai alternatif tambahan di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Selain itu, sistem ini juga boleh digunakan

sebagai medium untuk berkomunikasi antara guru dan pelajar melalui ruangan forum

yang disediakan.

Di samping itu juga, bagi memastikan keberkesanan penggunaan sistem di dalam

organisasi kajian, sistem ini dilengkapkan dengan modul latihan dan modul nota yang

akan menjadi satu pusat pengumpulan soalan-soalan latihan sejarah dan nota-nota

berkaitan sejarah sebagaii sumber rujukan kepada guru dan pelajar. Guru boleh memuat

naik soalan latihan berbentuk objektif, subjektif dan tugasan untuk rujukan para pelajar.

Keadaan ini sedikit sebanyak akan memberi kemudahan kepada pelajar dan guru kerana

mereka tidak perlu lagi mengunjungi perpustakaan atau kedai buku untuk mendapatkan

buku rujukan tambahan sejarah serta nota-nota sejarah memandangkan semuanya sudah

tersedia di dalam sistem e-Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4 ini.

Antaramuka sistem merupakan paparan skrin yang ramah pengguna untuk

memudahkan interaksi pengguna dengan sistem yang dibangunkan. Antaramuka bagi

sistem E-Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4 ini dibahagikan kepada dua

persekitaran yang berbeza iaitu pentadbir dan ahli yang terdiri dari guru dan pelajar. Ini

dilakukan untuk membezakan perkhidmatan yang diperolehi oleh golongan pengguna

yang berbeza. Terdapat tiga modul utama yang diberi penekanan di dalam sistem ini

iaitu:

i. Modul Forum

ii. Modul Latihan

iii. Modul Nota

46

4.1.1 Antaramuka Bagi Ahli Komuniti

Selepas sistem dicapai, pengguna akan memasuki antaramuka login.

Antaramuka login memerlukan pengguna memasukkan nama login dan katalaluan untuk

memasuki sistem. Bagi pengguna yang tidak berdaftar, capaian mereka hanya terhad

kepada beberapa info seperti maklumat umum sekolah, kalendar persekolahan, format

peperiksaan, senarai istilah dan pautan ke beberapa halaman untuk rujukan.

Apabila memasuki antaramuka login, pengguna perlu memasukkan nama login

dan katalaluan untuk memasuki sistem. Rajah 4.1 di bawah menunjukkan antaramuka

guru selepas proses login berjaya.

Rajah 4.1: Antaramuka Guru

Antaramuka utama bagi guru dan pelajar berbeza selepas proses login. Rajah

4.2 di bawah menunjukkan antaramuka pada bahagian pelajar selepas proses login

berjaya.

47

Rajah 4.2: Antaramuka Pelajar

4.1.2 Antaramuka Bagi Pentadbir

Pentadbir atau admin merupakan individu yang bertanggungjawab untuk

menyelenggara komuniti secara keseluruhan. Untuk sistem ini, pentadbir merupakan

seorang guru yang akan dilantik oleh pihak sekolah untuk menyelenggara dan

meyelelaraskan sistem. Pentadbir mempunyai kuasa untuk melihat setiap aktiviti yang

berlaku di dalam komuniti secara keseluruhan. Untuk memasuki sistem, pentadbir perlu

‘log in’ pada sistem terlebih dahulu untuk pengesahan identiti. Rajah 4.3 di bawah

menunjukkan antaramuka pentadbir selepas login.

48

Rajah 4.3: Antaramuka Pentadbir

4.2 Rajah Aliran Data

Rajah aliran data atau ‘Data Flow Diagram’ (DFD) merupakan salah satu teknik

untuk menggambarkan aliran data di dalam sistem. Teknik ini sesuai untuk sistem

pemprosesan data kerana ia berorientasikan kaedah analisa berstruktur. Rajah konteks

akan menggambarkan keseluruhan sistem dan juga hubungannya dengan pengguna yang

terdiri dari pelajar, guru dan pentadbir. Rekabentuk logikal e-pembelajaran Komuniti

Sejarah Tingkatan 4 ini akan dipecahkan kepada beberapa bahagian. LAMPIRAN E

menunjukkan DFD bagi sistem yang dibangunkan.

49

4.3 Rajah Hubungan Entiti

Rajah hubungan entiti (ERD) merupakan rajah yang akan menerangkan tentang

hubungan bagi setiap entiti yang terdapat di dalam sistem e-Pembelajaran Komuniti

Sejarah Tingkatan 4. ERD bagi sistem ini boleh dirujuk pada LAMPIRAN F.

4.4 Rajah Aliran Kerja

Rajah aliran kerja (work flow diagram) merupakan rajah yang menggambarkan

perjalanan sesebuah sistem apabila dibangunkan. Setiap jujukan proses yang terlibat di

dalam sistem akan digambarkan melalui simbol tertentu. Aliran kerja bagi setiap proses

pembangunan sistem boleh dilihat pada LAMPIRAN G.

4.5 Rekabentuk Input

Rekabentuk input merupakan data-data yang akan dimasukkan oleh pengguna.

Contoh rekabentuk input ialah maklumat peribadi guru dan pelajar dan topik yang

diutarakan di dalam forum. Setiap data akan disimpan di dalam pangkalan yang

dinamakan elearning dan dipanggil mengikut fungsi yang telah ditetapkan. Jadual 4.1

menunjukkan spesifikasi input bagi sistem e-Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan

4.

50

Jadual 4.1 Spesifikasi Input

Modul Spesifikasi Input

Modul Forum Topik baru dan balasan pada setiap topik.

Modul Latihan -Input pelajar untuk jawapan bagi latihan-

latihan.

-Input pentadbir untuk menyediakan

latihan dan tugasan kepada pelajar.

Modul Nota -.Nota-nota yang dimasukkan oleh

pentadbir.

Sub Modul tambah pelajar -Maklumat peribadi pelajar yang akan

dimasukkan oleh guru.

Sub Modul tambah guru -Maklumat peribadi guru yang akan

dimasukkan oleh pentadbir

4.6 Rekabentuk Output

Rekabentuk output merupakan output yang disediakan oleh sistem untuk

pengguna. Contoh output bagi sistem ini ialah pada bahagian nota iaitu pelajar boleh

memuat turun nota yang dimasukkan ke dalam sistem. Penjanaan output yang baik akan

membuatkan sistem lebih efektif dan mudah digunakan. Jadual 4.2 menunjukkan

spesifikasi output bagi sistem e-Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4.

51

Jadual 4.2 Spesifikasi Output

Modul Spesifikasi Output

Modul Nota Maklumat mengenai matapelajaran

sejarah yang dimuat naik di dalam

sistem.

Modul Semakan Maklumat mengenai markah yang

diperolehi bagi latihan yang

dijalankan.

Modul Latihan Senarai latihan yang telah dimuat naik

ke dalam sistem.

Modul Peribadi Laporan peribadi pelajar dan guru.

Laporan Laporan pencapaian pelajar.

4.7 Rekabentuk Pangkalan data

Pangkalan data merupakan komponen yang paling penting dalam pembangunan

sistem. Pangkalan data digunakan sebagai tempat simpanan semua maklumat yang

terdapat di dalam sistem. Pangkalan data yang bersistematik akan membolehkan capaian

data di dalam sistem dapat dilakukan dengan mudah. Semua data-data mengenai admin,

pengguna, nota-nota, markah, latihan data-data lain disimpan di dalam pangkalan data

yang berasingan untuk mempercepatkan proses capaian.

Pangkalan data yang digunakan untuk sistem ini ialah MySQL. MySQL dipilih

kerana ia lebih sesuai digunakan dengan PHP dan Macromedia Dreamweaver MX.

Dalam pembangunan sistem ini, 14 pangkalan data telah dibina. LAMPIRAN H

menunjukkan pangkalan data yang telah digunakan untuk pembangunan sistem ini.

52

4.8 Rekabentuk Keselamatan.

Sistem yang baik dan bermutu akan mempunyai ciri-ciri dan kawalan

keselamatan yang baik. Kawalan keselamatan boleh terdiri daripada kawalan

keselamatan pangkalan data dan kawalan terhadap sistem. Kawalan keselamatan penting

untuk mengelakkan sistem diceroboh dan menyebabkan ianya gagal berfungsi.

Sejajar dengan itu,untuk mengelakkan pencerobohan pada sistem, pengguna dan

admin dikehendaki ‘log in’ terlebih dahulu untuk pengesahan pada sistem. Setiap

aktiviti pengguna juga akan dipantau oleh admin untuk mengelakkan penyalahgunaan

yang akan menimbulkan masalah kepada sistem.

4.9 Ringkasan.

Rekabentuk sistem merupakan fasa yang penting untuk pembangunan sebuah

sistem. Rekabentuk sistem yang baik serta ramah pengguna serta dilengkapi dengan ciri-

ciri keselamatan yang baik akan menghasilkan sistem yang berkualiti. Memandangkan

sistem ini merupakan komponen yang boleh dijadikan platform kepada pengguna

khususnya pelajar untuk berkongsi maklumat dan belajar sejarah secara online, maka

pengolahan antaramuka akan diberi tumpuan dinamik dan ringkas. Untuk mendapatkan

bentuk sistem yang diingini, maka prototaip rekabentuk antaramuka perlu diberikan

kepada pengguna sasaran khususnya pelajar untuk mendapatkan maklumbalas (asid

test). Selain itu, bab ini juga menjelaskan beberapa spesifikasi input yang ditentukan

dan spesifikasi output yang dijangkakan bagi memastikan keberkesanan sistem yang

dibangunkan.

BAB V

PERLAKSANAAN SISTEM

5.0 Pengenalan

Fasa perlaksanaan sistem akan menerangkan mengenai beberapa langkah yang

perlu dilakukan untuk pembangunan sistem e-Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan

4 menggunakan teknik gabungan. Bagi tujuan ini, perisian Macromedia Dreamweaver

MX digunakan untuk membangunkan prototaip antaramuka dan menjana kod aturcara

bagi sistem.

54

5.1 Pemasangan Sistem

Pemasangan perisian yang diperlukan untuk pembangunan sistem perlu

dilakukan sebelum pembangun membangunkan sistem. Ini untuk memastikan semua

kod aturcara yang telah ditulis dan antaramuka yang telah dilakarkan dapat dijana untuk

membangunkan sebuah sistem. Pemasangan perisian yang tidak sesuai dan salah akan

memberi kesan di dalam proses pembangunan sistem dan menyebabkan sistem tidak

dapat beroperasi dengan sempurna. Senarai di bawah menunjukkan perisian yang

terlibat untuk pembangunan sistem e- Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4.

i. Pemasangan Microsoft Windows XP

ii. Pemasangan Macromedia Dreamweaver MX 2004

iii. Pemasangan Apache Web Server

iv. Pemasangan MySQL

v. Pemasangan Penskriptan PHP

vi. Pemasangan Internet Explorer 6.0

vii. Pemasangan Adobe Acrobat 5.0

5.1.1 Kaedah Penskriptan PHP

Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk memasang PHP bagi

membangunkan sistem. LAMPIRAN I menunjukkan langkah-langkah yang perlu

diikuti untuk penskriptan PHP dengan lebih jelas.

55

5.1.2 Keadah Pemasangan MySQL

LAMPIRAN J menunjukkan langkah-langkah yang perlu diikuti untuk

pemasangan MySQL dengan lebih terperinci.

5.1.3 Kaedah Pemasangan Apache

Apache akan digunakan sebagai server di dalam sistem e-pembelajaran ini.

LAMPIRAN K menunjukkan beberapa kaedah pemasangan Apache dengan lebih jelas.

5.1.4 Kaedah Pemasangan Perisian Lain.

Langkah untuk pemasangan perisian lain seperti Macromedia Dreamweaver MX

2004 dan Adobe Acrobat 5.0 lebih mudah berbanding pemasangan Apache, MySQL dan

PHP. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

i. Masukkan cakera padat yang mengandungi perisian tersebut ke dalam pemain

cakera (CD ROM).

ii. Klik dua kali pada arahan setup.exe

iii. Ikut arahan yang ditunjukkan pada skrin komputer.

56

5.2 Rekabentuk Modul-Modul

Bahagian ini akan menerangkan mengenai modul-modul dan sub modul yang

akan dimuatkan di dalam sistem e- Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4.

5.2.1 Modul Forum

Ruangan forum merupakan modul utama sistem yang dibangunkan. Ia

merupakan nadi dan penggerak kepada perjalanan aktiviti di dalam komuniti. Di dalam

ruangan ini, pengguna akan dapat mengutarakan sebarang topik untuk diperbincangkan

oleh ahli komuniti. Pengguna dapat menggunakan ruangan ini untuk memberi

penerangan tentang sesuatu permasalahan yang dialami oleh pengguna lain dan

sebagainya. Matlamat utama forum ini adalah untuk memberi kemudahan kepada

pelajar dan guru Sekolah Model Khas Baling mengemukakan sebarang topik khususnya

yang berkaitan dengan sejarah dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sejarah di sekolah

kepada ahli-ahli forum yang lain untuk diperbincangkan bersama.

Ruangan forum ini akan dibahagikan kepada beberapa kategori topik utama yang

diwujudkan oleh pengguna mengikut perkembangan semasa. Melalui kategori topik ini,

pengguna akan dapat memasukkan balasan mengikut kesesuaian kategori topik yang

diwujudkan untuk berkongsi maklumat dengan lebih teratur dengan ahli yang lain.

57

5.2.2 Modul Nota

Modul ini merupakan sebuah modul yang penting kepada sistem. Modul nota

mengandungi senarai nota yang telah di muat naik oleh pentadbir dan ia boleh dicapai

oleh pelajar. Setiap pelajar boleh memilih untuk mencapai nota yang diingini dengan

melihat kepada senarai nota yang ada.

Nota-nota ini dapat dimuat naik dan dimuat turun dalam pelbagai format sama

ada html, pdf, swi dan sebagainya. Memandangkan sistem ini hanya memfokuskan

kepada mata pelajaran sejarah, pelajar-pelajar hanya dapat mencapai nota yang berkaitan

dengan sejarah sahaja.

5.2.3 Modul Latihan

Modul latihan merupakan modul yang agak penting di dalam sistem. Modul

Latihan ini akan diselenggara oleh pentadbir yang dilantik oleh pihak organisasi iaitu

Sekolah Model Khas Baling. Melalui modul ini, pengguna khususnya pelajar akan

dapat menguji tahap kefahaman dan pencapaian diri melalui latihan-latihan yang

disediakan. Latihan terbahagi kepada tiga iaitu objektif, subjektif dan tugasan. Setiap

latihan yang diberikan akan mengandungi tarikh hantar. Latihan perlu diselesaikan dan

dihantar oleh pelajar sebelum tamat tarikh hantar. Setiap pelajar perlu menyiap dan

menghantar latihan kepada sistem untuk disemak oleh guru kelas. Kegagalan

menghantar latihan sebelum tarikh akhir akan menyebabkan markah menjadi 0. Melalui

modul ini, guru akan dapat menilai pelajar dan mengenalpasti kelemahan setiap pelajar

melalui pencapaian mereka dalam setiap latihan.

58

5.3 Ringkasan

Perlaksanaan sistem merupakan satu fasa yang dilakukan oleh pembangun untuk

melaksanakan sistem yang telah dibangunkan. Proses dalam fasa ini merangkumi

langkah-langkah untuk memasang perisian dan proses pengekodan aturcara mengikut

modul yang telah dirancangkan. Penggunaan langkah yang betul semasa proses

pemasangan perisian dan pengekodan akan dapat menjamin kejayaan sesebuah sistem.

BAB VI

PENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM.

6.0 Pengenalan

Fasa pengujian dan penilaian sistem merupakan fasa lanjutan dari fasa

perlaksanaan sistem. Di dalam fasa ini, segala komen serta maklum balas dari pengguna

ke atas sistem diperlukan untuk menentukan sama ada proses pengubahsuaian perlu

dilakukan atau tidak. Proses di dalam fasa ini akan berulang mengikut kehendak

pengguna sehingga pengguna berpuas hati. Fasa ini juga diperlukan oleh pembangun

untuk membuat pengujian ke atas sistem yang dihasilkan untuk mengesan ralat dan

memastikan sistem telah mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan.

60

6.1 Hasil Projek

Hasil projek merupakan hasil yang didapati daripada fasa perlaksanaan

sistem. Hasil sistem akan diuji sama ada sistem dapat berfungsi seperti yang telah

dirancangkan. Projek dikira berjaya sekiranya pengguna mendapat hasil output seperti

yang diminta pada awal pembangunan sistem iaitu sebuah sistem yang menyediakan

ruang komuniti untuk berbicara disamping boleh mengaplikasikan teknik

e- learning. Sistem ini juga menyediakan fungsi untuk menyemak markah latihan

objektif ,subjektif dan tugasan yang dibuat oleh pelajar. Fungsi semakan markah ini

akan dilakukan oleh guru pada modul semak markah. Menerusi sub- sub topik di

bawah, dapat dilihat serba sedikit hasil projek e Pembelajaran Komuniti Sejarah

Tingkatan 4 ini beserta kod aturcara.

6.1.1 Bahagian Login

Tetingkap login akan digunakan oleh pengguna iaitu guru dan pelajar sebelum

memasuki sistem dan merupakan antaramuka pertama yang akan terpapar di skrin.

Pengguna perlu memilih jenis sama ada guru atau pelajar. Setiap pengguna perlu

mengenalpasti nama login yang digunakan dan katalaluan yang betul untuk

membolehkan mereka mengakses ke dalam sistem. Rajah 6.1 menunjukkan antaramuka

tetingkap login yang akan dipaparkan selepas sistem berjaya dicapai.

61

Rajah 6.1 Antaramuka Tetingkap Login

Berikut adalah keratan aturcara login yang digunakan bagi mengesahkan

pengesahan pengguna untuk Sistem e- Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4

mengikut jenis pengguna. Apabila proses login berjaya, setiap pengguna akan terus ke

menu utama mengikut jenis masing- masing. Terdapat beberapa fungsi yang berbeza

mengikut jenis pengguna. Kepelbagaian fungsi pengguna diwujudkan supaya sistem

menjadi lebih sistematik dan tersusun. Selain itu, ia juga dapat membezakan peranan dan

fungsi yang ada pada setiap jenis pengguna. Rajah 6.2,Rajah 6.3 dan Rajah 6.4

menunjukkan keratan aturcara login di dalam sistem bagi jenis pengguna yang berbeza.

62

Rajah 6.2: Keratan aturcara pengesahan login bagi guru

Rajah 6.2 di atas menunjukkan keratan aturcara login bagi guru di dalam sistem.

Bagi membezakan setiap pengguna, guru disetkan di dalam kod aturcara sebagai ‘T’.

Oleh itu, capaian kepada pangkalan data guru hanya dapat dibuat sekiranya nama login,

katalaluan dan jenis pengguna dimasukkan dengan betul.

if ($_POST['type']=='T') { $login = $_POST['txtlogin']; $password = $_POST['txtpassword']; $qrylogin = mysql_query ("select * from tch where login='$login' and password='$password'"); $login_row = mysql_fetch_array($qrylogin); echo mysql_error(); if (mysql_num_rows($qrylogin)==1) { $_SESSION['login_id'] = $login_row['tch_id']; $_SESSION['login_name'] = $login_row['name']; $_SESSION['login_type'] = 'T'; header("Location: ./tch/tch_frame.htm"); exit();

63

Rajah 6.3: Keratan Aturcara Pengesahan Login Bagi Pelajar

Rajah 6.3 di atas menunjukkan keratan aturcara login bagi pelajar. Setiap pelajar

akan disetkan sebagai ‘S’ dan capaian kepada sistem dan pangkalan data hanya dapat

dicapai sekiranya semua maklumat yang diperlukan semasa proses login dimasukkan

dengan betul. Bagi pentadbir, proses untuk memasuki sistem adalah agak berbeza.

Proses login bagi pentadbir dilakukan dalam antaramuka yang berbeza daripada guru

dan pelajar. Ini adalah untuk menjamin tahap keselamatan sistem daripada diceroboh

oleh pihak luar. Rajah 6.4 menunjukkan kod aturcara login bagi pentadbir.

echo mysql_num_rows($qrylogin); } elseif ($_POST['type']=='S') { $login = $_POST['txtlogin']; $password = $_POST['txtpassword']; $qrylogin = mysql_query ("select * from student where IC='$login' and password='$password'"); $login_row = mysql_fetch_array($qrylogin); echo mysql_error(); if (mysql_num_rows($qrylogin)==1) { $_SESSION['login_id'] = $login_row['stu_id']; $_SESSION['login_name'] = $login_row['name']; $_SESSION['login_type'] = 'S'; header("Location: ./stu/stu_frame.htm"); exit();

64

Rajah 6.4 : Keratan Aturcara Pengesahan Login Bagi Pentadbir.

Di dalam Rajah 6.4 di atas, didapati kod aturcara bagi pentadbir tidak jauh

berbeza daripada guru dan pelajar. Jenis login bagi pentadbir telah disetkan sebagai ‘A’

bagi membezakan antara guru dan pelajar.

6.1.2 Bahagian Semak Latihan

Bahagian semak latihan merupakan salah satu fungsi yang ada pada guru. Setiap

guru boleh menyemak latihan yang dihantar oleh pelajar mengikut kelas masing-masing.

Semua markah pelajar yang telah disemak mengikut jenis latihan dan kelas akan

dipaparkan di dalam bahagian guru. Markah adalah sulit dan hanya guru berdaftar sahaja

yang akan dipaparkan dengan antaramuka markah yang telah disemak.

elseif ($_POST['type']=='A') if (($_POST['txtlogin'] == 'admin' ) && ($_POST['txtpassword'] =='admin' )) { $_SESSION['login_id'] = -1; $_SESSION['login_name'] = 'admin'; $_SESSION['login_type'] = 'A'; header("Location: ./admin/adm_frame.htm"); exit(); } { exit();

65

Rajah 6.5: Antaramuka Tetingkap Semak Latihan

Rajah 6.5 di atas menunjukkan antaramuka semak latihan bagi guru. Bagi

soalan berbentuk objektif, guru hanya perlu memilih jenis latihan objektif dan menekan

butang Semak Soalan Objektif. Sistem secara otomatik akan mengeluarkan senarai

markah pelajar mengikut kelas masing-masing. Bagi soalan berbentuk subjektif, guru

boleh menyemak dan memberi markah pelajar mengikut skema jawapan yang telah

disediakan. Bagi soalan berbentuk tugasan atau esei, semakan dapat dibuat melalui fail-

fail yang telah dimuat naik oleh pelajar. Sila rujuk LAMPIRAN L1 untuk keratan

aturcara. Markah bagi soalan berbentuk subjektif dan esei serta komen kepada pelajar

akan dimasukkan oleh guru. Pelajar boleh menyemak markah masing-masing dengan

menekan butang latihan di dalam menu pelajar. Lampiran L2 menunjukkan keratan

aturcara semak latihan berbentuk objektif pada menu guru.

66

6.1.3 Bahagian Latihan

Rajah 6.6: Antaramuka Senarai Latihan Pada bahagian Pelajar.

Rajah 6.6 di atas menunjukkan antaramuka senarai latihan pada bahagian

pelajar. Bahagian ini hanya dapat dicapai untuk pengguna yang didaftar sebagai pelajar

dan pentadbir. Setiap pelajar boleh membuat latihan yang disediakan di dalam sistem

mengikut susunan. Ini untuk memudahkan tugas guru merancang aktiviti pembelajaran

mengikut sukatan pelajaran yang ada. Untuk mengelakkan dari mendapat markah 0,

pelajar perlu menyiap dan menghantar latihan sebelum tarikh akhir. Tarikh akhir bagi

latihan akan dimasukkan oleh pentadbir semasa memuat naik latihan di dalam sistem.

Rajah 6.7 menunjukkan panggilan fungsi pangkalan data latihan untuk pelajar.

67

db_connect(); $note_list = mysql_query ("select * from note where active=1"); <?php //Looping note list $num =0; while($row = mysql_fetch_array($note_list)){ $num++; ?> <tr class="<?=$row_class[$num%2]?>"> <td><?=$num;?></td> <td><a class="NormalLink" href="stu_note_detail.php?note=<?=$row['note_id'];?>"><?=$row['title'];?></a><br> <?=$row['desc'];?></td>

Rajah 6.7: Keratan Aturcara Capaian Senarai Latihan

Rajah 6.8 menunjukkan tetingkap antaramuka bagi modul latihan berbentuk

objektif. Antaramuka ini menunjukkan jenis, deskripsi, markah dan komen guru kepada

pelajar. Di dalam modul ini, pelajar boleh menyemak markah dan komen guru bagi

setiap latihan yang telah dihantar dan disemak. Bagi soalan berbentuk objektif, pelajar

perlu menekan butang Mula Jawab Soalan Objektif . Satu tetingkap yang mengandungi

senarai soalan berbentuk objektif akan dipaparkan di dalam sistem. Selepas selesai

menjawab, pelajar perlu menekan butang Hantar Latihan. Jawapan pelajar akan dihantar

kepada guru untuk disemak. Kegagalan menghantar latihan akan memberi kesan kepada

markah pelajar.

68

Rajah 6.8: Antaramuka Tetingkap Dalam Modul Latihan.

Bagi modul ini, pelajar yang ingin menjawab soalan berbentuk objektif hanya

perlu memilih jawapan yang betul dan menekan ‘radio button’. Bagi soalan berbentuk

subjektif, pelajar boleh menjawab pada bahagian jawapan yang telah disediakan.

LAMPIRAN M menunjukkan contoh soalan berbentuk objektif dan subjektif yang telah

disediakan di dalam sistem e-pembelajaran ini. Selepas selesai pengguna perlu menekan

butang Hantar Latihan. Latihan yang telah dibuat akan dihantar kepada guru untuk

semakan.

Antaramuka sistem ini juga akan memberi makluman kepada pelajar sama ada

tugasan telah dihantar atau sudah melepasi tarikh akhir. Keratan aturcara dibawah

menunjukkan sebahagian aturcara yang menunjukkan proses penghantaran latihan

kepada guru di dalam sistem. Jika pelajar gagal menyiapkan latihan sebelum tarikh

akhir, pelajar tidak akan dapat menghantar jawapan kepada guru untuk disemak dan

markah 0 akan diberikan. Rajah 6.9 menunjukkan keratan aturcara untuk proses hantar

latihan.

69

Rajah 6.9: Keratan Aturcara Penghantaran Latihan

Selain menyelesaikan latihan berjenis objektif dan subjektif, pelajar juga boleh

memuat turun latihan berbentuk tugasan atau esei dari sistem. Pelajar boleh memuat naik

latihan yang telah diselesaikan ke dalam sistem untuk disemak oleh guru. Rajah 6.10 di

bawah menunjukkan antaramuka bagi pelajar untuk memuat turun dan memuat naik

latihan berbentuk tugasan dan esei di dalam sistem.

Rajah 6.10: Antaramuka Pelajar Untuk Memuat Turun Dan Memuat Naik

Latihan.

if (isset($_POST['submit'])) { if ($_POST['submit']=="Upload") { uploadfile ($_FILES['userfile'], 'S', $qset_id , $stu_id); $rec = mysql_query ("insert into stu_ans(stu_id, qset_id, submit_date)values ($stu_id, $qset_id,now())"); echo "Tugasan selesai dihantar.";

70

6.1.4 Nota

E -pembelajaran merupakan kaedah terbaru kepada guru dan pelajar di dalam

proses pembelajaran. Modul Nota merupakan modul yang penting untuk membolehkan

sesuatu proses pembelajaran berjaya. Untuk Sistem e -Pembelajaran Komuniti Sejarah

Tingkatan 4 ini, semua nota hanya boleh ditambah dan dikemaskini oleh pentadbir.

Pentadbir boleh terus menaip nota ke dalam sistem atau memuat naik nota dari mana-

mana fail.

Senarai nota yang dimasukkan oleh pentadbir akan dapat dicapai oleh pelajar.

Rajah 6.11 menunjukkan tetingkap untuk memuat naik nota oleh pentadbir.

Rajah 6.11: Tetingkap Memuat Naik Nota Pada Pentadbir.

71

Pada tetingkap ini, pentadbir boleh memilih fail yang akan dimuat naik. Fail

yang telah dipilih akan dimasukkan ke dalam fungsi sistem dan dipaparkan di dalam

pada senarai nota di dalam bahagian pelajar. Berikut merupakan antaramuka fail yang

telah dimuat naik oleh pentadbir.

Rajah 6.12: Antaramuka Tetingkap Pentadbir Setelah Pemilihan Fail.

6.1.5 Forum

Salah satu keunikan yang ada pada sistem e- Pembelajaran Komuniti Sejarah

Tingkatan 4 ini ialah penyediaan ruangan forum untuk pelajar dan guru berinteraksi.

Senarai topik yang dihantar akan dimuatkan di dalam satu antaramuka dan pengguna

boleh memilih untuk membaca topik, membuat maklum balas pada topik yang dihantar

atau membuka topik baru. Rajah 6.13 di muka surat 71 menunjukkan antaramuka

forum yang ada di dalam sistem. LAMPIRAN L3 menunjukkan kod aturcara forum di

dalam sistem.

72

Rajah 6.13: Antaramuka Forum

6.2 Pengujian Sistem

Fasa pengujian sistem adalah lanjutan daripada fasa perlaksanaan sistem di

dalam kaedah pusaran. Menerusi hasil projek yang telah didapati menerusi sub topik

sebelum ini, sistem ini perlu diuji untuk mengetahui kestabilan sistem. Menerusi fasa

ini, pengujian sistem telah dibuat dengan memasukkan input yang tidak sah. Ini bagi

melihat bagaimana sistem ini bertindakbalas jika berlaku situasi sedemikian.

73

i) Hapus Rekod

Untuk setiap rekod yang akan dihapuskan dari sistem, satu kekotak dialog akan

dipaparkan menunjukkan bahawa rekod telah dihapuskan. Rajah 6.14 di bawah

menunjukkan kekotak dialog apabila rekod telah dihapuskan di dalam sistem.

Rajah 6.14: Kekotak Dialog Apabila Rekod Latihan Dihapuskan.

ii) Pengujian Pada Bahagian Tambah Latihan.

Untuk menambah latihan, pentadbir perlu memasukkan dengan lengkap kesemua

data yang diperlukan. Jika kesemuanya lengkap, pengguna hanya perlu menekan butang

yang disediakan dan data akan terus disimpan di dalam pangkalan data. Mesej amaran

akan dikeluarkan oleh sistem sekiranya salah satu medan tidak dapat dipenuhkan.

Rajah 6.15 menunjukkan mesej amaran yang menunjukkan proses tambah latihan yang

tidak berjaya.

74

Rajah 6.15: Antaramuka Proses Tambah Latihan Yang Tidak Berjaya.

Keseluruhan sistem ini menggunakan fungsi yang sama pada keseluruhan modul.

Mesej amaran akan dikeluarkan sekiranya pengguna gagal mematuhi arahan pada sistem

dan transaksi perlu dilakukan sekali lagi dengan betul.

6.3 Pengagihan dan Penyelenggaraan Sistem

Fasa ini akan melibakan proses penyelenggaraan sistem yang mana perlaksanaan

sistem telah dilakukan di dalam persekitaran yang sebenar dan penilaian terhadap

prestasi serta kemampuan sistem ini akan diuji oleh pengguna.

Di dalam fasa ini, pakej komuniti sejarah yang telah siap akan dipindahkan

kepada pelayan (server). Kerja-kerja penyelenggaraan akan bermula mengikut keperluan

75

di samping pengemaskinian maklumat yang boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh

pentadbir (admin).

6.3.1 Proses Penyelenggaraan

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan di dalam fasa

penyelenggaraan ini. Pertama sekali, sistem ini terlebih dahulu perlu dilaksanakan di

dalam persekitaran sebenar. Ia bertujuan untuk mengukur sejauh mana kekuatan dan

kemampuan perlaksanaan sistem ini. Selain itu juga, perlaksanaan di dalam

persekitaran sebenar membolehkan pengguna mencuba sendiri sistem ini dan

membiasakan diri dengan perlaksanaan keseluruhan proses yang berlaku di dalam

sistem ini.

6.4 Ringkasan

Pengujian sistem adalah bahagian yang terpenting untuk memastikan keberkesan

sistem dan sistem boleh digunapakai oleh pengguna tanpa sebarang ralat.

Memandangkan sistem ini merupakan komponen yang boleh dijadikan platform kepada

pengguna khususnya pelajar untuk berkongsi maklumat dan belajar sejarah secara

online, maka pengolahan antaramuka akan diberi tumpuan agar lebih ringkas dan

dinamik. Untuk mendapatkan bentuk sistem yang diingini, maka prototaip rekabentuk

antaramuka perlu diberikan kepada pengguna sasaran khususnya pelajar untuk

mendapatkan maklumbalas (asid test) dalam melaksanakan pengujian sistem.

BAB VII

KESIMPULAN

7.0 Pengenalan

Selepas melakukan kajian mengenai keberkesanan teknologi maklumat

khususnya e- Learning terhadap pelajar- pelajar di organisasi kajian, maka dapat

dirumuskan bahawa ramai di antara mereka kurang terdedah kepada teknologi ini. Ini

mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti pelajar berasal dari kawasan luar

bandar, keadaan ekonomi keluarga, dan kurangnya pendedahan yang diberikan terutama

dari guru-guru.

Semasa menjalankan kajian, pembangun terpaksa memberi penerangan yang

jelas kepada responden yang terdiri daripada pelajar mengenai e- pembelajaran dan

komuniti internet. Walaupun tidak begitu memahami maksud sebenar, tetapi para

responden memberi maklumbalas yang positif terhadap sistem dan ingin

menggunakannya sebagai kaedah pembelajaran terbaru.

77

Oleh itu pembangun berharap agar satu hari nanti sistem ini akan berfungsi

dengan sepenuhnya dan menjadi medium perantara yang baru khususnya kepada pelajar

untuk berkomunikasi sambil belajar.

7.1 Hasil capaian

Sistem e- Pembelajaran Komuniti Sejarah Tingkatan 4 ini telah berjaya

dibangunkan dalam masa dua semester. Sistem ini terdiri daripada tiga bahagian

sistem iaitu bahagian guru, pentadbir dan bahagian pelajar. Bahagian pentadbir

merupakan bahagian sistem yang bertanggungjawab untuk memantau dan

menyelenggara sistem. Guru dan pelajar merupakan pengguna bagi sistem yang

dibangunkan. Sistem ini telah berjaya menghasilkan satu persekitaran pembelajaran

interaktif di mana pengguna boleh belajar sambil berkomunikasi di dalam satu

persekitaran yang sama.

Modul latihan dititik beratkan oleh pembangun memandangkan proses

pengajaran dan pembelajaran diukur keberkesanannya melalui pencapaian pelajar di

dalam ujian atau peperiksaan. Oleh itu, fungsi semakan markah pada sistem bertepatan

dengan kehendak pengguna sebagai penilaian kepada pemahaman pelajar.

7.2 Masalah Yang Dihadapi

78

Pembangunan sesuatu sistem serasa tidak lengkap jika tidak wujud sebarang

masalah yang berlaku. Antara masalah yang dihadapi ialah kekurangan sumber dan

tenaga mahir yang boleh dirujuk untuk pembangunan sistem. Selain itu, pembangun

juga menghadapi masalah yang agak kritikal untuk menjayakan modul latihan mengikut

kehendak dan spesifikasi pengguna.

7.3 Kelebihan Sistem

Keberkesanan sistem ini kepada pengguna sasaran sedikit sebanyak akan dapat

mengubah corak pembelajaran masakini kepada teknik secara on line. Kelebihan sistem

perlu dikenalpasti sebagai perbandingan dengan sistem yang sedia ada. Antara

kelebihan sistem ini ialah, sistem ini menyediakan ruangan forum di mana guru dan

pelajar dapat berinteraksi walau di mana sahaja sambil mengikuti aktiviti pembelajaran.

Kelebihan lain yang terdapat dalam sistem ini ialah, setiap latihan yang dibuat

akan dapat disemak dan markah akan disenaraikan pada bahagian guru. Keadaan ini

akan memudahkan tugas guru untuk membuat penilaian kepada pelajar.

7.4 Kelemahan Sistem

Beberapa kelemahan telah dikenalpasti di dalam sistem, antaranya ialah sistem

tidak dapat memberi jawapan latihan yang tepat kepada pelajar. Setakat ini sistem

hanya bejaya memaparkan markah apabila latihan disemak oleh guru. Selain itu, sistem

79

ini juga tidak dapat memasukkan imej pada bahagian latihan. Ini menimbulkan

kesukaran yang agak besar kepada pihak guru memandangkan matapelajaran sejarah

merupakan salah satu matapelajaran yang banyak menggunakan peta dan gambarajah.

Kelamahan lain yang dapat dikenalpasti ialah pentadbir tidak mempunyai fungsi

untuk mengawal komuniti forum. Pentadbir hanya boleh menghapuskan topik forum

yang tidak dikehendaki melalui pangkalan data. Keadaan ini sedikit sebanyak akan

mengambil masa yang agak lama dan sukar dilakukan.

7.5 Cadangan Pembaikan/Peningkatan

Dalam merealisasikan sistem ini agar digunakan oleh semua pihak,

penggunaan e- Pembelajaran haruslah diaplikasikan kepada semua lapisan pelajar dan

guru.Terdapat beberapa cadangan yang telah dikenalpasti bagi menjadikan sistem ini

lebih popular. Cadangan utama ialah dengan meluaskan lagi skop sistem dengan

penambahan matapelajaran yang lain di dalam modul forum dan nota. Oleh itu, sistem

ini tidak hanya terhad kepada matapelajaran sejarah, tetapi boleh digunakan untuk

mengulangkaji semua matapelajaran.

Selain itu, sistem ini juga dicadangkan agar menambah nota berbentuk animasi

bagi memastikan suasana pembelajaran lebih menarik dan ceria. Memandangkan sistem

ini juga digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi, satu persidangan secara online

boleh diwujudkan menggunakan teknik video. Suasana pembelajaran akan lebih

menyeronokkan apabila kita dapat melihat wajah individu yang berkomunikasi dengan

kita.

80

7.6 Kesimpulan

Daripada apa yang telah diterangkan di dalam bab sebelumnya, dapatlah

diringkaskan bahawa kewujudan e- Pembelajaran dan pengaplikasian e- Pembelajaran

sebagai satu gaya hidup baru akan memberi impak yang besar kepada masyarakat.

Diharapkan dengan kewujudan sistem ini, suasana pembelajaran akan menjadi lebih

menyeronokkan dan pelbagai sekaligus dapat menaikkan pencapaian dan pemahaman

pelajar di dalam matapelajaran. Pendidikan yang berkualiti teras masyarakat yang

berguna. Selain itu, diharapkan sistem ini akan dapat ditingkatkan lagi mutunya dengan

melakukan penambahan fungsi- fungsi yang lebih efektif.

80

RUJUKAN

Aris B, Noraffandy, Wan Salihin (2000). “WILL:Perisian Alat Bagi Penyediaan dan

Penerbitan Bahan Pengajaran Melalui Web”. Presented at Seminar Teknologi

Pengajaran dan Pembelajaran di Alaf Baru, UPSI Perak.

Aris B, Kassim Basir, Bilal Ali (2000). “Pembelajaran Kolaboratif Berasaskan

Komputer:Pendekatan Dan Cabaran Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Masa Kini”. Presented at National Conferrence On Teaching and Learning in Higher

Education, Alor Setar Kedah.

Cathy Clarke,Lee Swearingen, David K.Anderson(1997). “Shocking The Web”.

Macromedia Press, in association with Peachpit Press, a division of Addison Wesley

Longman.

H.M. Deitel, P.J. Deitel, T.R.Nieto (2002), “Internet And World Wide Web, How To

Program”. Prentice Hall.

Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir (2002). “Macromedia Flash 5 Interaktif

Menggunakan ActionScript”. Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

81 Kathy Schwable(2002). Information Technology Project Management” Second Edition.

Course Technology.

Kendall And Kendell (2002). “System Analysis And Design” Fifth Edition. Prentice Hall

International.

S.Moore, K.Winograd, D.Lange (2001). “Can You Teach Online.Building Creative

Learning Environment”.McGraw Hill, New York.

Sherry Kinkoph and Mike Wooldridge (2002) “Master Visually Dreamweaver MX and

Flash MX” MaranGraphics, Indiana.

Nik Hassan , Mohd Yusof , Muhammad Bukhari, Rosnanaini ( 2003) “ Sejarah

Tingkatan 4”. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Nisan Said (2004) “Sejarah Tingkatan 4”. Visual Pelangi, Selangor.

http://www.elearningeuropa.info

http://waveinternetcafe.com.

http://www.getconnecteduki.com.

http://www.apache.org/http

http://www.mysql.com

http://www.php.net

http://www.phpmyadmin.sourceforge.net

http://www.utusanonline.com