borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦ · tingkatan 4 kelas perdagangan dan reka cipta....

40
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SIKAP PELAJAR MELAYU DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI DAERAH JOHOR BAHRU TERHADAP BIDANG KEUSAHAWAN SESI PENGAJIAN : 2006/2007 Saya ASRI BIN SARMEJAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( / ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh Alamat Tetap : NO. 203 FELDA JELAI 3, 73480, GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Tarikh : 16 APRIL 2007 _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Tarikh : 16 APRIL 2007 / _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : SIKAP PELAJAR MELAYU DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH HARIAN DI DAERAH JOHOR BAHRU TERHADAP BIDANG KEUSAHAWAN

SESI PENGAJIAN : 2006/2007

Saya ASRI BIN SARMEJAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( / )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

Alamat Tetap : NO. 203 FELDA JELAI 3, 73480, GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Tarikh : 16 APRIL 2007

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA) Tarikh : 16 APRIL 2007

/

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ……………

Nama Penyelia : EN. Y

Tarikh : 16 APRIL 2007

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

i

SIKAP PELAJAR MELAYU DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH

HARIAN DI DAERAH JOHOR BAHRU TERHADAP BIDANG

KEUSAHAWANAN

ASRI BIN SARMEJAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2007

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Nama Penulis : ASRI BIN SARMEJAN

Tandatangan : ……………………………….

Tarikh : 16 APRIL 2007

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

iii

Teristimewa buat,

Ayahanda dan bondaku yang disayangi

Sarmejan Bin Johari dan Rosminah Binti Razali

Nasihat dan amanatmu menjadi pedoman.

Untuk isteriku yang dicintai dan disayangi,

Haryani Binti Abdul Halim

Yang sering memberi dorongan dan semangat serta kepercayaan.

Puteri dan puteraku yang dikasihi,

Alia Nazhifah Binti Asri

dan

Ahmad Zahin Bin Asri

Yang menjadi sumber ketabahan dan inspirasi.

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…

semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Insyaallah…

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan

ikhlas buat penyelia projek En. Yusof Boon yang telah banyak membantu dengan

penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar

yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat rakan – rakan

seperjuangan yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam

memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang

telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat

dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap pelajar Melayu di Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti dan Sekolah Menengah Kebangsaan

Bandar Baru Uda di daerah Johor Bahru terhadap bidang keusahawanan. Aspek yang

dikaji berkaitan dengan ciri-ciri keusahawanan, minat pelajar terhadap keusahawanan

serta faktor-faktor yang mendorong pelajar Melayu menguasai topik keusahawanan.

Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 161 orang pelajar Melayu

daripada populasi 536 orang di kedua-dua buah sekolah tersebut. Jenis persampelan

yang digunakan ialah persampelan kelompok (kluster), iaitu pelajar Melayu

Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan

adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert. Kebolehpercayaan soal

selidik ini telah diuji melalui kajian rintis terhadap 13 orang pelajar Melayu di

Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai, Johor Bahru. Nilai Alpha Cronbach

daripada kajian rintis tersebut adalah tinggi, iaitu 0.8473. Analisis dapatan kajian

dilaksana dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences

(SPSS) for Windows Version 11.5. Hasil dapatan daripada persoalan kajian yang

pertama iaitu tentang ciri-ciri keusahawanan, nilai purata min berada pada tahap

tinggi iaitu 3.93. Persoalan kajian kedua yang menyentuh tentang minat pelajar

terhadap bidang keusahawanan berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min

2.93. Bagi persoalan kajian ketiga yang menyentuh tentang faktor-faktor yang

mendorong pelajar menguasai topik keusahawanan, juga telah memperoleh nilai

purata min pada tahap yang sederhana iaitu 3.49. Keseluruhan daripada persoalan

kajian tersebut, sikap pelajar Melayu terhadap bidang keusahawanan berada dalam

tahap yang sederhana. Hasil daripada kajian ini, dicadangkan kepada pihak sekolah

terbabit supaya memperbanyakkan lagi aktiviti yang berkaitan dengan keusahawanan

sama ada di dalam atau di luar sekolah. Daripada aktiviti tersebut diharap ianya

boleh menambahkan minat pelajar Melayu dalam keusahawanan seterus menjadikan

bidang ini sebagai satu kerjaya.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine the attitude of Malay students in

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti and Sekolah Menengah

Kebangsaan Bandar Baru Uda in Johor Bahru district towards entrepreneurship field.

Aspects studied were related to entrepreneurship characteristics, students’ interest to

entrepreneurship and factors that motivate students to master entrepreneurship topic.

This descriptive study involved 161 Malay students from a population of 536

students from the two schools. The type of sampling used was cluster sampling,

which included fourth form Economy class Malay students. Study instrument being

used was questionnaire with Likert scale. The trustworthiness of this questionnaire

was tested through pioneer study on 13 Malay students in Sekolah Kebangsaan Desa

Skudai, Johor Bahru. The Alpha Cronbach value from this pioneer study was high,

which was 0.8473. Study findings analysis was carried out with use of Statistical

Package for the Social Sciences (SPSS) software for Windows version 11.5. Findings

result from the first enquiry of study, which was about characteristics of

entrepreneurship, has an average mean value of 3.93, which was at high level. The

second enquiry that involved students’ interest towards entrepreneurship field was at

moderate level with an average mean value of 2.93. For the third enquiry that

involved factors that motivate students to master entrepreneurship topic, the average

mean value was also at moderate level, which was 3.49. Overall from the enquiries

of the study, the attitude of Malay students to entrepreneurship field was at moderate

level. As a result from this study, it was suggested to the school authorities involved

to increase the number of activities related to entrepreneurship whether in or out of

school. From these activities, hopefully the interest of Malay students in

entrepreneurship will increase and subsequently make this field a choice of career to

them.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

viii

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop dan Batasan Kajian 6

1.8 Definisi dan Istilah 7

1.8.1 Keusahawanan 7

1.8.2 Sikap 8

1.8.3 Sekolah Menengah Harian 9

1.8.4 Pelajar Melayu 10

2 SOROTAN PENULISAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kepentingan Pengetahuan Keusahawanan 12

2.3 Kajian Mengenai Sifat-sifat, Pengetahuan dan

Kemahiran Keusahawanan 14

2.4 Remaja dan Keusahawanan 15

2.5 Kajian Ciri-ciri Asas Keusahawanan 16

2.6 Kajian Mengenai Pengetahuan dan Kemahiran

Keusahawanan Pelajar 17

3 METODOLOGI KAJIAN 19

3.1 Pengenalan 19

3.2 Reka Bentuk Kajian 19

3.3 Tempat Kajian 20

3.4 Populasi Kajian 21

3.5 Instrumen Kajian 22

3.6 Prosedur Kajian 23

3.7 Kajian Rintis 24

3.8 Analisis Data 24

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

ix

4 ANALISIS KAJIAN 26

4.1 Pengenalan 26

4.2 Analisis Data Bahagian A 27

4.2.1 Jantina 27

4.2.2 Bidang Pekerjaan Pilihan Utama 28

4.2.3 Aktiviti Luar Yang Diminati 28

4.2.4 Penglibatan Dalam Aktiviti

Keusahawanan 29

4.2.5 Bilangan Ahli Perniagaan Yang

Dikenali 30

4.3 Analisis Data Bahagian B 31

4.3.1 Ciri-ciri Keusahawanan Yang Ada

Pada Responden 31

4.3.2 Minat Responden Terhadap Bidang

Keusahawanan 37

4.3.3 Faktor-faktor Yang Mendorong

Responden Menguasai Topik

Keusahawanan Di Sekolah 40

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN 46

5.1 Pengenalan 46

5.2 Perbincangan Kajian 47

5.2.1 Ciri-ciri Keusahawanan Dalam Diri

Pelajar 47

5.2.2 Minat Terhadap Bidang 49

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

x

Keusahawanan

5.2.3 Faktor-faktor Yang Mendorong

Responden Untuk Menguasai Topik

Keusahawanan 50

5.3 Rumusan 54

5.4 Cadangan Kajian 55

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 57

RUJUKAN 58

LAMPIRAN 64

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

HALAMAN

3.1 Pilihan Jawapan Mengikut Skala Likert 23

3.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 25

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 27

4.2 Taburan Responden Mengikut Bidang Pekerjaan

Pilihan Utama

28

4.3 Taburan Responden Mengikut Aktiviti Luar

Akademik Yang Diminati

29

4.4 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam

Aktiviti Keusahawanan

29

4.5 Taburan Responden Mengikut Ahli

PerniagaanYang Dikenali

30

4.6 Analisis Ciri-ciri Keusahawanan Yang Ada Pada

Responden

32

4.7 Analisis Minat Responden Terhadap Bidang

Keusahawanan

36

4.8 Analisis Faktor-faktor Yang Mendorong

Responden Menguasai Topik Keusahawanan Di

Sekolah

41

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

xii

SENARAI SINGKATAN

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

DEB - Dasar Ekonomi Baru

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

IKS - Industri Kecil dan Sederhana

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

MCE - Malaysian Certificate Education

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

SRP - Sijil Rendah Pelajaran

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

HALAMAN

A Borang Soal Selidik 64

B Surat Kelulusan EPRD 70

C Surat Kelulusan Jabatan Pelajaran Johor 72

D Kajian Rintis (Nilai Alpha) 73

E Analisis SPSS (Bahagian A) 84

F Analisis SPSS (Bahagian B) 90

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pembangunan Malaysia dalam abad ke-21 menyaksikan usahawan sebagai

penggerak utama ekonomi yang lebih menonjol. Walaupun Malaysia kini sudah berjaya

dari aspek keusahawanannya, tetapi beberapa isu dan agenda masih perlu diberi

perhatian. Antara isu dan agenda yang timbul hasil pencerapan yang relatif dan proaktif

ialah usahawan yang berketerampilan, lebih banyak pendekatan baru dalam

pembangunan usahawan dan perluasan pendidikan usahawan (Adnan, 1997).

Berkaitan dengan cabaran orang Melayu dalam era globalisasi, menurut Khairy

(2006), walaupun pencapaian ekonomi orang Melayu sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB)

yang diperkenal boleh dibanggakan, jika dihalusi dan diamati, kedudukan hakiki orang

Melayu dalam ekonomi negara masih mengecewakan. Pada 2005, hanya 11.6 peratus

bangunan komersial dimiliki oleh orang Melayu. Dari segi sumber manusia, profesional

Melayu hanya membentuk 31 peratus daripada profesional berdaftar.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

2

Dalam melahirkan usahawan yang unggul, isu dan agenda yang perlu

dimantapkan ialah pendidikan keusahawanan, khususnya ilmu yang perlu dipelajari dan

dipraktikkan. Pembentukan usahawan perlu bermula dari bangku sekolah lagi. Pada

peringkat ini, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu keusahawanan supaya timbul minat

untuk menceburi bidang keusahawanan. Pelajar telah diajar secara teori mengenai ilmu

keusahawanan melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup di Tingkatan 1 hingga

Tingkatan 3, manakala mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan di Tingkatan 4

dan 5. Seterusnya, pendidikan keusahawanan terus disambung lagi hingga ke peringkat

pendidikan tinggi. Menurut Ashmore (1989), pendidikan keusahawanan ialah proses

pembelajaran sepanjang hayat iaitu bermula dari sekolah rendah dan berterusan hingga

semua peringkat pendidikan.

Walaupun perancangan telah dilaksanakan oleh kerajaan tentang keusahawanan,

apa yang lebih penting adalah perubahan sikap di kalangan pelajar khususnya pelajar

Melayu dalam memilih bidang kerjaya sebagai usahawan. Menurut Rokeach (1968),

sikap merupakan satu organisasi relatif mengenai kepercayaan terhadap sesuatu ataupun

situasi yang mendorong seseorang bertindak balas dalam keadaan rela.

Dalam proses pembentukan sikap ini, pengaruh media massa seperti akhbar,

majalah, televisyen, radio, filem dan media lain memainkan peranan yang penting.

Menurut Oskamp (1977), media tersebut bukan sahaja sekadar menyebarkan maklumat

tertentu. Apa yang lebih penting lagi ialah peranan media itu sendiri dalam menganalisa

maklumat yang disebarkan. Melalui analisa tersebut dikaitkan bahawa asas

pembentukan sikap adalah melalui media. Kenyataan ini diakui oleh Triandis (1977),

yang menyatakan bahawa sikap yang terbentuk secara itu meninggalkan kesan yang

amat mendalam.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

3

1.2 Latar belakang Masalah

Isu pelajar menganggur begitu signifikan pada masa kini terutamanya dalam

keadaan perkembangan ekonomi yang agak suram sejak dua tiga tahun kebelakangan ini

di negara kita. Perkara ini diakui oleh Dato’ Mustafa (2006), Menteri Pendidikan

Tinggi, bahawa keadaan ekonomi antara punca siswazah mengganggur. Kerajaan akan

mengambil langkah untuk mengatasi masalah siswazah menganggur termasuk dalam

bidang kejuruteraan, perniagaan dan perakaunan yang antara lain ada hubungkait dengan

keadaan ekonomi dan peluang perniagaan.

Kerajaan telah melihat bahawa orang Melayu, khususnya mahasiswa lepasan

universiti, tidak boleh lagi mengharapkan kerja di sektor kerajaan semata-mata.

Sebaliknya, mereka perlulah lebih berdikari dengan menceburi bidang pekerjaan lain

seperti perniagaan ataupun keusahawanan. Ini bertepatan sebagaimana yang dinyatakan

oleh Dato’ Syed Amin (2006), Presiden Majlis Ekonomi Melayu Malaysia, bahawa

graduan tidak boleh lagi mengharapkan bekerja di syarikat besar sahaja selepas

pengajian mereka tamat. Sebaliknya era bergantung kepada orang lain untuk bekerja

telah berlalu. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa mencorakkan masa depan sendiri.

Jalan terbaik untuk keluar daripada masalah ini ialah dengan membabitkan diri dalam

bidang perniagaan.

Walaupun orang Melayu telah mencapai kemajuan dalam beberapa bidang

profesional seperti kejuruteraan, perubatan, pendidikan, perundangan atau sebagainya,

tetapi dalam aspek pemilikan aset dan ekuiti masih jauh ketinggalan berbanding bangsa

lain di negara ini. Menurut Dato’ Seri Abdul Rahman (2003), Presiden Perniagaan

Melayu Malaysia, sasaran DEB pada 1990 supaya orang Melayu dan bumiputera

memiliki sekurang-kurang 30 peratus ekuiti negara tidak tercapai. Sebaliknya, tahap

tertinggi yang dicapai adalah 20.6 peratus pada tahun 1995. Kesan krisis kewangan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

4

tahun 1997 telah menjejaskan pencapaian tersebut sehingga menurun kepada paras 19.1

peratus pada tahun 1999.

Menurut Dato’ Sri Abdul Rahman (2003) lagi, dari segi penguasaan pula,

bumiputera hanya berjaya menguasai 17 peratus dari jumlah ekuiti di dalam sektor

korporat. Apa yang dimaksudkan sebagai penguasaan ini ialah syarikat-syarikat di mana

bumiputera pemegang saham majoriti. Setelah melihat daripada isu dan masalah yang

telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, maka bidang keusahawanan adalah bidang

yang penting dalam meningkatkan ekonomi orang Melayu. Ini terutamanya berkaitan

dengan sikap pelajar Melayu terhadap bidang keusahawanan. Sikap memainkan peranan

penting dalam menentukan kejayaan atau kecemerlangan. Menurut Hanafi (1999), untuk

berjaya dengan cemerlang dalam apa bidang sekalipun, 70 hingga 90 peratus usaha

perlulah datang daripada sikap dalam diri pelajar itu sendiri.

1.3 Pernyataan Masalah

Salah satu cara untuk meningkatkan kembali prestasi ekonomi orang Melayu

adalah melalui perniagaan secara kecil-kecilan. Faktor ini diperkuatkan lagi dengan

saranan kerajaan kepada penubuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Bidang ini

hendaklah dimulakan daripada asas iaitu dengan menggalakkan pelajar meminati bidang

keusahawanan. Menurut Dato’ Syed Amin (2006), melalui bidang perniagaan, generasi

yang terlibat dalam bidang itu bukan sahaja mampu berdikari, malah mereka juga akan

membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang lain. Sehubungan dengan itu,

penyelidik ingin mengetahui sejauh manakah sikap pelajar Melayu di dua buah sekolah

menengah harian terhadap bidang keusahawanan.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

5

1.4 Objektif Kajian

Di dalam objektif kajian ini, penyelidik akan memberi tumpuan kepada ciri- ciri

keusahawanan, minat terhadap keusahawanan dan faktor-faktor mendorong pelajar

menguasai topik keusahawanan di sekolah. Di bawah, adalah objektif bagi kajian ini :

i. Mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar Melayu sekolah

menengah harian.

ii. Mengenal pasti minat pelajar Melayu sekolah menengah harian terhadap bidang

keusahawanan.

iii. Mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar Melayu menguasai topik

keusahawanan di sekolah.

1.5 Persoalan kajian

Persoalan kajian ini ialah tentang tiga pernyataan masalah yang akan diberi

tumpuan oleh penyelidik. Persoalan kajian tersebut ialah berkaitan dengan ciri-ciri

keusahawanan, minat terhadap keusahawanan dan faktor-faktor yang mendorong pelajar

Melayu menguasai topik keusahawanan. Berikut adalah persoalan kajiannya :

i. Apakah pelajar Melayu Sekolah Menengah Harian mempunyai ciri-ciri

keusahawanan ?

ii. Apakah pelajar Melayu Sekolah Menengah Harian berminat terhadap bidang

keusahawanan ?

iii. Apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar Melayu menguasai topik

keusahawanan di sekolah ?

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

6

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini dapat memberi maklumat tentang sikap pelajar Melayu sekolah

menengah harian terhadap bidang keusahawanan. Diharap pihak sekolah, ibu bapa,

masyarakat dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang terbabit dalam kajian ini

dapat merangka aktiviti-aktiviti yang sewajarnya ke arah pembentukan sikap yang

positif kepada pelajar Melayu terhadap bidang keusahawanan apabila mereka tamat

pembelajaran kelak.

1.7 Skop dan Batasan kajian

Kajian ini dijalankan mengikut batasan tertentu seperti lokasi kajian, jenis

pensampelan dan aspek kajian.

i. Lokasi kajian terbatas kepada dua buah sekolah menengah harian iaitu Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan

Bandar Baru Uda di daerah Johor Bahru.

ii. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 161 orang pelajar Melayu

daripada populasi 536 orang di kedua-dua sekolah tersebut. Jenis pensampelan

yang digunakan ialah rawak mudah kelompok (kluster). Ianya melibatkan pelajar

Melayu Tingkatan 4 dari kelas Perdagangan dan Rekacipta.

iii. Aspek kajian yang dipilih terbatas kepada ciri-ciri keusahawanan, minat dan

faktor-faktor yang mendorong pelajar Melayu menguasai topik keusahawanan.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

7

1.8 Definisi dan Istilah

Berkaitan dengan definisi istilah, penyelidik telah memberi perhatian kepada

istilah-istilah yang berkaitan dengan tajuk. Istilah-istilah yang dipilih ialah

keusahawanan, sikap, sekolah menengah harian dan pelajar Melayu. Berikut ialah

istilah-istilah yang dipilih :

1.8.1 Keusahawanan

Bidang usaha yang sentiasa merebut peluang bagi memanfaatkan bahan mentah, sumber

tenaga dan masyarakat.

Perkataan entreprenuer dalam bahasa Inggeris adalah berasal daripada Perancis

entrependre yang bermaksud memikul ( tugas). Dari awal penggunaan perkataan

entrepreneur oleh Richard Cantillon iaitu kira-kira dalam tahun 1775, sudah jelas

rujukannya adalah terhadap kegiatan dalam perniagaan. Terdapat banyak lagi definisi

tentang keusahawanan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh dan penyelidik.

Menurut Drucker (1985), usahawan adalah pengurus firma perniagaan yang

berperanan penting dalam dalam fungsi pengeluaran dan pengedaran. Menurut

Zaidatul Akmaliah dan Habibah (1997) pula, keusahawanan dapat dikaitkan dengan

aspek-aspek yang begitu luas seperti usaha mencipta kejayaan melalui pengumpulan

sumber-sumber sebelum memulakan sesebuah perniagaan, keperluan untuk merancang

serta mempunyai wawasan untuk memandu perniagaan yang dicipta ke mercu kejayaan.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

8

Yep Putih (1989) pula berpendapat, keusahawanan adalah satu bidang ekonomi

yang mempunyai keindahan dan kemuliaan yang tersendiri. Peluang untuk sesiapa juga

maju melaluinya adalah tidak terhad. Menurut Kirzner (1979), usahawan ialah individu

yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain tidak

menyedarinya. Mereka akan mengambil tindakan secara imaginatif, kreatif dan inovatif

terhadap peluang-peluang yang ada tersebut.

Keusahawanan dalam konteks kajian ini pula merujuk kepada potensi diri (ciri-

ciri keusahawanan) dan minat yang ada dalam diri pelajar Melayu sekolah menengah

harian terhadap bidang keusahawanan.

1.8.2 Sikap

Sikap merupakan kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang

individu ( Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). Menurut Kartz (1960), sikap ialah

sesuatu yang mempengaruhi dan terhasil dari perasaan, atau pemikiran seseorang

terhadap objek psikologi. Ianya merupakan kecenderungan untuk menilai unsur kognitif

dan efektif seseorang sama ada baik atau buruk.

Freemantle(1997), mendefinisikan sikap sebagai disposes yang dipelajari tentang

bagaimana untuk bergerak balas secara tetap sama ada positif atau negatif terhadap

sesuatu objek yang dihadapkan kepada organisma. Bailey (1992) pula mendefinisikan

sikap sebagai suatu penilaian am yang kekal mengenai manusia (termasuklah penilaian

ke atas diri sendiri), objek dan isu-isu. Sikap ini adalah sesuatu yang kekal kerana sikap

tidak berubah mengikut masa.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

9

Menurut Abd. Fatah (1992), sikap adalah merupakan tanggapan minda yang

membayangkan apa sepatutnya fikiran dan bagaimana sepatutnya seseorang itu

bertindak berdasarkan pengalaman. Sikap adalah satu penilaian umum, yakni dalam

bentuk positif atau negatif terhadap sesuatu. Secara terperincinya sikap merujuk kepada

gabungan kepercayaan, perasaan dan kecenderungan tingkah laku secara relatifnya tahan

lama yang ditunjukkan ke arah sesuatu objek (Yahaya, 1984).

Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji sikap pelajar Melayu sekolah

menengah harian terhadap bidang keusahawanan sama ada positif atau negatif. Ianya

dapat dikenal pasti melalui tindak balas perasaan dan pemikiran mereka melalui borang

soal selidik yang diedarkan.

1.8.3 Sekolah Menengah Harian

Sekolah menengah harian boleh ditakrifkan sebagai institusi lanjutan daripada

sistem pendidikan peringkat rendah. Perkembangan pendidikan menengah bermula

dengan wujudnya dasar penyusunan semula pendidikan menengah agar bersifat

kebangsaan yang diusulkan oleh Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib

(1960). Perkembangan terus pesat selepas pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah

Menengah dan pengenalan kurikulum menengah rendah pada 1965.

Pendidikan menengah atas meliputi pendidikan di Tingkatan 4 dan 5. Manakala

murid-murid dari Tingkatan 3 dimasukkan sama ada ke dalam aliran Sains, Sastera, atau

Teknik dan Vokasional berdasarkan pencapaian SRP dan kini dikenali sebagai PMR.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

10

Murid dalam Tingkatan 5 akan menduduki SPM, manakala bagi aliran vokasional

menduduki SPVM mulai tahun 1983. Dengan ini peperiksaan MCE telah dimansuhkan.

Status sekolah yang akan terlibat dalam kajian ini adalah merupakan sekolah menengah

yang mempunyai pelajar dari peralihan hingga Tingkatan 5.

1.8.4 Pelajar Melayu

Pelajar boleh didefinisikan sebagai kelompok remaja yang berada dalam

persekolahan dan terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran di sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2005), pelajar ialah orang yang belajar seperti

murid sekolah, penuntut maktab, atau orang yang mengaji atau menyelidik ilmu sama

ada di sekolah menengah atau di universiti. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat

(2005), Melayu pula merupakan nama suatu bangsa dan bahasa ( terutama di

Semenanjung Malaysia). Pelajar Melayu yang dimaksudkan di sini ialah kelompok

remaja daripada bangsa Melayu yang berada dalam persekolahan dan terlibat secara

langsung dalam proses pembelajaran di sekolah. Mereka ialah pelajar daripada

Tingkatan 4 di dua buah sekolah menengah harian dalam daerah Johor Bahru.

Keusahawanan merupakan suatu bidang yang perlu ditanam minatnya kepada

pelajar khususnya pelajar Melayu. Bidang ini kian mendapat perhatian daripada pelbagai

pihak disebabkan kepentingannya. Ini ditambah lagi dengan masalah pengangguran di

kalangan siswazah yang baru menamatkan pengajian mereka di pusat pengajian tinggi

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

11

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Keusahawanan adalah satu bidang kegiatan ekonomi yang mempunyai

keindahan, kemegahan dan kemuliaan yang tersendiri (Kassim, 2000). Menurut R.

Cantillon (1975), usahawan ialah seorang yang memulakan sesuatu. Individu ini juga

dapat menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barangan jualan di

pasaran.

Carland (1988) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang menubuhkan

perniagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan keuntungan dan terus berkembang.

Usahawan dikenal pasti sebagai individu yang mempunyai tingkah laku inovatif dan

dapat mempraktikkan pengurusan yang strategik dalam pengurusannya. Di samping itu,

usahawan juga dikatakan adalah seorang yang sentiasa bergerak, bijak mencari peluang

baru, sentiasa membawa perubahan kepada modal serta sumber dan berusaha lebih

inovatif (Zaidatul Akmaliah dan Habibah, 1997).

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

12

Seseorang usahawan yang menjalankan perniagaan atau perusahaan, perlu

melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan seperti

pengeluaran, pemasaran, kewangan dan personal. Di samping itu, usahawan juga perlu

mempunyai kualiti daya tahan diri dan modal perniagaan yang cukup. Daya tahan diri

ini meliputi mental, risiko, berani, jujur, sabar, kental, gigih, motivasi dan lain-lain

(Jamazuki, 1998)

2.2 Kepentingan Pengetahuan Keusahawanan

Kajian yang dijalankan oleh Brandt (1986), mendapati seramai 76 peratus peserta

yang mengikuti kursus keusahawanan mempunyai minat yang tinggi untuk menubuhkan

perniagaan sendiri. Menurut Weiss (1989), pemilik perniagaan di Amerika Syarikat

merasakan pendidikan awal dan pengalaman mempunyai kaitan dan hubungan positif

dengan kejayaan masa depan. Menurut Noor Azmi (2002) pula, pendidikan tentang

keusahawanan serta pengalaman dalam aspek perniagaan akan menjadikan usahawan

lebih berjaya.

Latar belakang pendidikan mempengaruhi kesediaan untuk menceburi bidang

perniagaan. Ini kerana melalui pendidikan, para usahawan dapat memahami peluang

perniagaan yang boleh diterokai dalam usaha ke arah usahawan berjaya. Ada juga

pendapat yang mengatakan bahawa pengetahuan dalam bidang perniagaan, idea

mentadbir dan tingkah laku pengeluaran adalah lebih penting untuk menempa kejayaan

seseorang usahawan berbanding personaliti seseorang (Zaidatul Akmaliah dan

Habibah,1997).

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

13

Menurut Jaafar (1993), antara faktor awal kegagalan seseorang usahawan

Melayu ialah kerana kesilapan memilih bidang perniagaan. Ini terjadi kerana usahawan

tersebut tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan yang

diceburinya. Kenyataan ini disokong oleh Ab. Aziz (2000) yang menyatakan walaupun

seseorang kakitangan kerajaan itu cekap dalam pelbagai bidang yang diceburinya,

namun jika mereka tidak mendapat pendidikan serta pengetahuan yang mendalam

tentang keusahawanan, maka mereka tidak akan mampu menjadi seorang usahawan

yang berjaya.

Justeru, adalah amat penting individu yang ingin menjadi usahawan menimba

sebanyak mungkin ilmu keusahawanan untuk kemajuan mereka. Hasil kajian yang

dilakukan oleh Rahinah (1997) mendapati ilmu keusahawanan sangat penting bagi

pelajar yang ingin mendalami bidang keusahawanan. Dengan mempelajari ilmu

keusahawanan, pelajar dapat menambahkan kefahaman dan keyakinan terhadap bidang

keusahawanan.

Menurut Mohd Khairul Azha (2003), ilmu keusahawanan juga antara ciri-ciri

asas kejayaan seseorang usahawan. Usahawan yang berilmu pengetahuan

berkemampuan untuk berfikir secara intuitif dan rasional. Berfikir secara intuitif

merupakan kemampuan menyedari tentang keperluan persekitaran dari pelbagai

perspektif yang melibatkan pemikiran rasional seperti penganalisaan.

Kajian Cooper (1995) mendapati latar belakang pendidikan keusahawanan

mempengaruhi seseorang itu bersedia atau tidak untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Latar belakang keusahawanan ini berkait rapat dengan pengetahuan dan kemahiran yang

diperoleh sebelum memasuki bidang perniagaan. Ia mungkin berdasarkan pengetahuan

dan kemahiran yang diperoleh semasa berada di alam pembelajaran. Oleh sebab itu,

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

14

pengetahuan dan kemahiran keusahawanan sangat penting bagi mereka memilih kerjaya

dalam bidang keusahawanan. Pelajar-pelajar juga digalakkan untuk menimba sebanyak

mungkin pengetahuan dan kemahiran keusahawanan semasa berada di universiti agar

dapat digunakan pada masa hadapan.

2.3 Kajian Mengenai Sifat-sifat, Pengetahuan dan Kemahiran Keusahawanan

Menurut Ab. Aziz (2000), mempelajari keusahawanan tidak akan lengkap tanpa

memahami perkara-perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh individu yang akan

menyertai bidang ini. Ab. Aziz (2000) juga berpendapat, sebelum individu itu ingin

menjadi usahawan, tiga perkara asas yang perlu diketahui oleh individu itu ialah

mengetahui keusahawanan merupakan satu proses, kreatif dalam mengolah sumber

syarikat dan sentiasa mahu meningkatkan kesejahteraan.

Berkenaaan dengan keusahawanan sebagai satu proses, Ab. Aziz (2000) telah

menjelaskan bahawa seseorang itu tidak dilahirkan sebagai usahawan dan sifat

keusahawanan juga tidak boleh diwarisi. Sebaliknya seseorang itu hanya mampu

menjadi usahawan apabila mereka melalui pelbagai proses pembangunan. Proses

pembangunan yang akan dilalui didorong oleh keinginan dalaman yang berlaku secara

sendiri atau berkumpulan, dirancang atau tidak dirancang. Proses pembangunan yang

lain perlu dilalui oleh usahawan sebagaimana yang dinyatakan oleh Ab. Aziz (2000)

ialah kesediaan merebut peluang, rasa ingin kepada perubahan dan sedar betapa

pentingnya peranan usahawan kepada masyarakat dan negara.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

15

Seseorang usahawan perlulah mempunyai kekuatan kreativiti dalam mengolah

sumber syarikat. Kreativiti ini boleh dibangunkan melalui pengalaman dan pendedahan.

Kreativiti amat perlu kerana melaluinya seseorang usahawan dapat menilai masalah dari

pelbagai perspektif dan berusaha mengatasinya dengan pelbagai alternatif. Daya

kreativiti juga akan menjadikan usahawan mengoptimakan sumber yang dimilikinya.

Sumber-sumber syarikat yang perlu dimaksimumkan penggunaannnya oleh usahawan

ialah sumber kewangan, sumber manusia, masa, maklumat dan segala bentuk jaringan

yang boleh membantu mereka meneroka bidang ini.

Kesejahteraan masyarakat dan dunia umumnya menjadi pegangan setiap

usahawan. Oleh itu, mereka hendaklah memastikan kegiatan mereka mampu

meningkatkan kesejahteraan pelbagai pihak untuk jangka masa panjang atau jangka

pendek. Menurut Ab. Aziz (1998), usahawan hendaklah berpegang kepada prinsip

bahawa dunia hari ini bukan milik mereka tetapi dipinjamkan oleh generasi akan datang

untuk mereka bangunkan dan pastikan kesejahteraan masa depan. Jaafar (1993) juga

mengakui bahawa keusahawanan memerlukan proses. Ini bermaksud tidak boleh

diwujudkan dalam sekelip mata atau beberapa hari. Keusahawanan memerlukan jangka

masa dan ia boleh dipengaruhi oleh budaya niaga yang tersendiri.

2.4 Remaja dan Bidang Keusahawanan

Berdasarkan kajian Widad (1995), pendidikan keusahawanan di peringkat

sekolah menengah atas telah mendapat sokongan padu. Pendapat beliau tersebut telah

terbukti dengan perlaksanaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menyerapkan

topik keusahawanan di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di

sekolah menengah rendah ( Tingkatan 1 hingga 3 ). Di sekolah menengah rendah, KHB

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

16

ini wajib diikuti oleh pelajar. Pendidikan keusahawanan ini berterusan hingga ke pusat

pengajian tinggi. Di pusat pengajian tinggi, pelajar juga wajib mempelajari mata

pelajaran keusahawanan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh pengajian mereka. Ini

bertepatan dengan pendapat Widad (1995) bahawa pembelajaran keusahawanan ini

sepatutnya berlaku berterusan dari peringkat asas hingga ke peringkat menengah rendah

dan ditingkatkan ke peringkat menengah atas. Menurut Widad (1995) lagi, pada

peringkat ini minat pelajar terhadap keusahawanan terus diasuh seterusnya akan

menjadikan mereka bertambah matang dan bertanggung jawab. Mereka juga bersedia

untuk meninggalkan zaman persekolahan dan menyambung pembelajaran di peringkat

tinggi atau bekerja.

2.5 Kajian Ciri-ciri Asas Keusahawanan

Menurut Kirby (1992), terdapat empat ciri-ciri asas yang perlu dimiliki oleh

usahawan. Ciri-ciri berkenaan ialah mengenal pasti peranan, berkemampuan,

bermotivasi dan kesediaan untuk berubah.

Mengenal pasti peranan merujuk kepada keberkesanan individu mengakui

hakikat keusahawanan merupakan satu jaringan proses dan bukan tindakan yang

bersendirian. Proses ini termasuk membuah (mengeluarkan idea), menilai, membangun

dan melaksanakan idea yang telah diformulasikan. Berkemampuan pula merujuk kepada

kemampuan untuk berfikir secara intuitif dan rasional. Berfikir secara intuitif atau

melalui gerak hati adalah merupakan kemampuan menyedari tentang keperluan

persekitaran dan melihat sesuatu sama ada masalah atau peluang dari pelbagai dimensi.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

17

Menurut Kirby (1992) lagi, motivasi adalah merupakan daya penggerak yang

akan membezakan usahawan yang berpotensi dengan usahawan melepas batuk di

tangga. Keperluan dan matlamat individu adalah berbeza tetapi desakan ke arah

pencapaiannya akan bertambah kuat apabila seseorang melihat hasil tindakan mampu

untuk memenuhi keperluan dan kehendaknya. Ciri-ciri yang terakhir menurut Kirby

(1992) ialah usahawan hendaklah mampu dan bersedia untuk untuk menangani

perubahan kerana ia akan memberi kesan yang signifikan kepada perniagaannnya.

Menurut Kassim (2000), kebiasaannya usahawan yang berjaya mempunyai

semua atau sebahagian ciri-ciri keusahawanan yang dinyatakan di atas. Faridah (1998)

pula berpendapat bahawa untuk menjadi usahawan, individu itu perlu dilahirkan dengan

kualiti–kualiti yang sedia ada dalam dirinya. Jika individu itu mempunyai latar belakang

keusahawanan akan membantu ia menjalankan perniagaan.

2.6 Kajian Mengenai Pengetahuan dan Kemahiran Keusahawanan Pelajar

Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan boleh dipelajari secara formal atau

tidak formal. Sistem pembelajaran dengan kurikulum yang teratur merupakan strategi

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi pengetahuan dan kemahiran

keusahawanan secara formal. Walau bagaimanapun, pengetahuan dan kemahiran

keusahawanan boleh ditimba melalui pengalaman seharian.

Pauze (1991) daripada kajiannya merumuskan pengetahuan formal merupakan

salah satu faktor yang penting dalam membantu usahawan berjaya dalam perniagaan.

Kemahiran melalui pengalaman mestilah digunakan bersama-sama ilmu pengetahuan

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

18

kerana ia menjadikan usahawan lebih peka dalam pengendalian urusan perniagaan. Oleh

itu, setiap pelajar digalakkan untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan dan

kemahiran keusahawanan melalui aktiviti di sekolah hinggalah ke pusat pengajian

tinggi.

Kajian Pauze ini disokong oleh kajian Zaharuddin (1995) yang mendapati ilmu

keusahawanan ini boleh dipelajari secara formal atau melalui sumber yang berwibawa

seperti pembacaan atau pengajian. Manakala Barjoyai dan Mohd Fairuz (1998) pula

mengaitkan kemahiran keusahawanan dengan latar belakang usahawan. Mereka yang

telah mendapat pendedahan awal dalam perniagaan biasanya mempunyai daya saing

yang lebih berbanding usahawan yang tidak mendapat pendedahan. Oleh kerana itu,

beliau berpendapat anak-anak muda yang mewakili generasi akan datang seharusnya

telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran keusahawanan dan yang

terpenting ialah kemahiran diri.

Barjoyai dan Mohd Fairuz (1998) juga menyatakan bahawa keusahawanan dalam

satu nilai dan satu sifat usahawan. Ia boleh diukur untuk menentukan kejayaan seseorang

usahawan. Keusahawanan juga dikaitkan dengan perniagaan di mana sifat

keusahawanan dilihat sejauh mana kemampuan seseorang usahawan melaksanakan idea

perniagaan atau harapannya yang jauh kehadapan. Ini bertepatan dengan kajian Zaidatul

Akmaliah dan Habibah (1997) yang mendapati keusahawanan ada kaitan dengan bidang

perniagaan dan merupakan satu pendedahan untuk berjaya dalam perniagaan.

Terdapat pelbagai definisi atau tafsiran yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh

penyelidik terhadap bidang keusahawanan. Definisi yang telah diberikan oleh tokoh-

tokoh tersebut terhadap keusahawanan tidak jauh berbeza dari segi maksud dan

kefahamannya. Antara maksud yang diberikan oleh mereka tentang keusahawanan ialah

sentiasa mencari keuntungan dan sentiasa melihat peluang yang ada di depan mereka.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

19

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai aspek yang berhubung dengan metodologi

dan prosedur kajian yang dijalankan. Aspek yang dibincangkan adalah berkaitan dengan

reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian, tatacara kajian dan

analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan yang akan dijalankan adalah berbentuk deskriptif. “Penyelidikan

deskriptif menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku atau mendapatkan

maklumat mengenai peristiwa dan data mengenai persoalan-persoalan kajian diperoleh

dengan cara soal selidik” (Mohamad Najib, 1999). Kajian kes pula adalah kajian yang

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

20

dijalankan ke atas keseluruhan populasi. Reka bentuk yang dipilih adalah sesuai untuk

mendapatkan sesuatu kaedah yang berlaku, bertepatan dengan tajuk dan objektif kajian.

Dalam mencari sikap pelajar Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman

Universiti 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda terhadap bidang

keusahawanan, reka bentuk kajian yang paling sesuai adalah berbentuk konstruksi

kendiri. Menurut Mohamad Najib (1999), kaedah ini adalah untuk mendapatkan ciri-ciri

berdasarkan gred dan andaian tertentu. Ianya digunakan kerana data yang perlu

diperolehi adalah lebih kepada tingkah laku pelajar yang menggambarkan ciri-ciri

keusahawanan dan minat sedia ada dalam diri pelajar tersebut.

Menurut Nachimas dan Nachimas (1976), reka bentuk kajian adalah perlu

sebagai gred panduan kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan, penganalisaan

dan interpretasi data. Menurut Kelinger (1973) pula, reka bentuk kajian juga

membolehkan penyelidik membuat set soal selidik yang mempunyai kesahihan dan

menepati objektif.

3.3 Tempat kajian

Penyelidik telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1

dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda di daerah Johor Bahru kerana

pelajar Melayu Tingkatan 4 tersebut telah belajar Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

semasa mereka di Tingkatan 1 hingga 3, Kesemua pelajar di Tingkatan 1 hingga 3

diwajibkan untuk mengambil KHB di mana salah satu topiknya ialah topik

keusahawanan.

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

21

3.4 Populasi kajian

Kesemua pelajar Melayu Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Universiti 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda merupakan

populasi bagi kajian ini. Menurut Mohd. Majid (2000), populasi ialah satu satu set ciri

yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau

objek. Menurut Azizi et al. (2007) pula, populasi adalah satu set lengkap semua

kumpulan (manusia, nombor, komuniti, bakteria dan sebagainya) yang memenuhi

spesifikasi. Pelajar Melayu Tingkatan 4 di kedua-dua sekolah tersebut memenuhi

spesifikasi sebagaimana yang diperlukan. Ini kerana, ketika berada di Tingkatan 1

hingga 3, mereka diwajibkan mengikuti matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

(KHB). Di dalam matapelajaran KHB, terdapat topik keusahawanan yang perlu

dipelajari oleh mereka. Keusahawanan dan topik keusahawan merupakan salah satu

daripada objektif kajian penyelidik. Jumlah populasi pelajar Melayu di kedua-dua

sekolah tersebut ialah seramai 536 orang.

Jenis reka bentuk persampelan yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini

ialah rawak mudah kelompok (kluster). Menurut Mohamad Najib (1999), persampelan

kelompok ialah sampel dipilih berdasarkan rumpunan populasi, seperti pilihan rawak

berdasarkan tingkatan dalam sesebuah sekolah. Di dalam kajian ini, penyelidik telah

memilih 161 orang pelajar Melayu daripada kedua-dua buah sekolah tersebut. Jumlah

tersebut merupakan 30 peratus daripada jumlah populasi. Menurut Mohamad Najib

(1999), ada yang menyarankan 30 peratus daripada populasi dan ada yang berkata

jumlah 30 peratus sampel sudah memadai. Isu yang lebih penting daripada saiz sampel

yang perlu diatasi ialah sampel mewakili. Kelas yang dipilih untuk dijadikan kajian ialah

daripada aliran Perdagangan dan Reka Cipta, manakala pelajar Melayu yang terlibat

dalam kajian terdiri daripada pelbagai jantina dan latar belakang.

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

22

3.5 Instrumen kajian

Penyelidik menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian yang

dikemukakan kepada pelajar Melayu Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Universiti 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda. Kelas yang

terlibat ialah daripada kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Ianya bertujuan mendapatkan

maklumat secara terus berhubung dengan persoalan kajian. Set soalan terdiri dari dua

bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi lima item yang

merupakan maklumat mengenai biodata responden, manakala bahagian B pula

mengandungi 32 item yang berkaitan dengan persoalan-persoalan kajian. Bagi mengesan

item-item persoalan dalam bahagian ini, pengkelasan soal selidik adalah seperti berikut :

i. Sepuluh soalan yang menyentuh mengenai objektif ciri-ciri

keusahawanan . Item no. 1 hingga 10. Penyelidik telah mengkelaskan

soal selidik ciri-ciri keusahawanan yang berkaitan dengan jati diri,

daya usaha dan hubungan sosial.

ii. Sepuluh soalan yang menyentuh mengenai minat pelajar terhadap

bidang keusahawanan. Item no. 11 hingga 20. Untuk mengetahui

minat seorang pelajar terhadap bidang keusahawanan, penyelidik telah

membahagikan soal selidik kepada tiga bahagian iaitu yang telah lalu,

masa sekarang dan akan datang.

iii. Dua belas soalan yang menyentuh mengenai faktor yang mendorong

pelajar menguasai topik keusahawanan di sekolah. Item no. 21 hingga 32. Untuk

mengetahui faktor pendorong pula, penyelidik telah membahagikan soal selidik

kepada tiga pemboleh ubah iaitu ibu bapa, guru dan masyarakat.

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

23

Penyelidik telah memilih skala likert sebagai pilihan jawapan kepada responden.

Skala likert digunakan ketika responden ingin menjawab soalan pada bahagian B.

Menurut Mohd. Majid (2000), pengukuran sikap dengan menggunakan skala likert

dibuat secara tidak langsung kepada orang yang dikaji. Di bawah ini ialah jadual pilihan

jawapan bagi skala likert :

Jadual 3.1 Pilihan Jawapan Mengikut Skala Likert

SKOR MAKLUM BALAS SINGKATAN

5 Sangat Setuju SS 4 Setuju S 3 Tidak Pasti TP 2 Tidak Setuju TS 1 Sangat Tidak Setuju STS

3.6 Prosedur Kajian

Sebelum menjalankan kajian, terlebih dahulu pengkaji telah melalui beberapa

prosedur kajian. Prosedur tersebut adalah seperti berikut :

i. Mendapat kelulusan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelididkan Dasar

Pendidikan (EPRD) dan Kementerian Pendidikan Malaysia di mana permohonan

telah dihantar pada 10 hb Oktober 2006.

ii. Permohonan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada Jabatan Pelajaran

Johor.

iii. Pihak sekolah dihubungi untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan kajian.

Surat akuan dari EPRD dan Jabatan Pelajaran Johor disertakan bersama.

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

24

iv. Pengkaji mengambil masa dua minggu untuk mengedar dan mengumpulkan

borang soal selidik yang dibantu oleh pihak sekolah.

3.7 Kajian Rintis

Setelah item soalan mendapat pengesahan daripada pensyarah pembimbing, satu

kajian rintis telah dijalankan ke atas 13 orang sampel di Sekolah Menengah Kebangsaan

Desa Skudai yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji.

Hasil daripada analisis yang telah dilakukan, nilai alpha soalan di dalam soal selidik

ialah 0.8473. Ini membuktikan bahawa soalan soal selidik ini mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan bagi tujuan kajian tinjauan ini.

Menurut Mohamad Najib (1999), nilai koefisyen adalah tinggi sekiranya nilai alpha

ialah 0.8 ke atas. Sekiranya nilai alpha adalah sedemikian, pengkaji boleh membuat

kesimpulan bahawa soal selidik pegkaji mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

3.8 Analisis Data

Data-data yang diperolehi akan dikumpul dan seterusnya dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer “ Statistical Package For Social Science” (SPSS) 11.5

for windows. Kaedah yang digunakan ini ialah bertujuan untuk memproses data

berdasarkan kepada peratusan, frekuensi (skor) dan min.

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Tingkatan 4 kelas Perdagangan dan Reka Cipta. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan menggunakan Skala Likert

25

Untuk memudahkan penyelidik membuat analisis, setiap item dikelaskan

mengikut kumpulan dan dicatatkan peratusannya sebelum rumusan dinyatakan.

Penyelidik akan mengkelaskan skala pemeringkatan Likert kepada lima pilihan jawapan

sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual 3.1.

Dalam proses penganalisaan data, penyelidik akan menyatakan keputusan kajian

berdasarkan nilai min. Mengikut Mohamad Najib (1994), untuk memenuhi dan

menepati objektif kajian, fakta atau maklumat yang diperolehi wajar untuk dikatogerikan

kepada tiga tahap yang berbeza iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Min juga digunakan

oleh penyelidik untuk tujuan pengkelasan darjah penilaian. Dengan adanya darjah

penilaian, ianya akan memudahkan penyelidik untuk menentukan keputusan yang

diperolehi.

Penyelidik telah menetapkan bahawa kriteria untuk analisis dan penafsiran min

dibahagikan kepada tiga tahap sebagaimana yang telah disarankan oleh Jawatankuasa

Pembangunan Diri Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (1999/2000, dalam: Yusri

Kamin, 2000, hlm 46)

Jadual 3.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

Tahap Penilaian Markat

Rendah 1.00 - 2.33

Sederhana 2.34 - 3.67

Tinggi 3.68 - 5.00

Metodologi kajian yang jelas merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian

oleh penyelidik. Ini kerana asas ketepatan dan kebolehpercayaan bergantung kepada

metodologi yang dijalankan.