borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦i tahap kepuasan pelajar antarabangsa terhadap...

25
PSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya NORAIN BINTI IDRIS _____________ (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO.1509 Blok 18 DR. HEE JEE MEI Felda Tunggal,81900 Kota Tinggi, Johor (NAMA PENYELIA) Tarikh: 23.04.2010 Tarikh: 23.04.2010

Upload: truongdang

Post on 22-Aug-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP

PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya NORAIN BINTI IDRIS _____________(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_____________________ ____________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: NO.1509 Blok 18 DR. HEE JEE MEIFelda Tunggal,81900Kota Tinggi, Johor (NAMA PENYELIA)

Tarikh: 23.04.2010 Tarikh: 23.04.2010

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

BORANG PENGESAHAN

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. HEE JEE MEI

Tarikh : 23 APRIL 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

i

TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP

PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM

NORAIN BINTI IDRIS

Laporan projek ini dikemukakan sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti pendidikanUniversity teknologi Malaysia

2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

ii

“saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : -----------------------------

Nama penulis : NORAIN BINTI IDRIS

Tarikh : 23 April 2010

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

iii

DEDIKASI

Teristimewa untuk AYAH (Idris Bin Ismail) dan EMAK (Fatimah Hji Makpol)

yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan,

Kepada adik beradik Nor Idayu, Nor azam, Nor Affandi, Muhamad Faiz,

‘Aisyah, Arif Fakhruddin yang memberikan semangat,

Buat tersayang yang selalu memberi sokongan dan memahami,

Dan

Untuk sahabat yang banyak membantu

Kalian tidak akan kulupakan san semoga diberkati ALLAH SWT

Dan bahagia selalu.

Wassalam.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya maka saya beroleh kekuatan

dalam menyediakan penulisan ini.

Saya dengan seikhlas hati ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

khususnya kepada penyelia projek, Dr. Hee Jee Mei di atas segala bimbingan,

teguran, tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang telah dihulurkan sepanjang tempoh

penyelidikan projek ini dijalankan. Ribuan terima kasih kerana terus memberi

nasihat, teguran dan bimbingan tampa jemu-jemu sehingga projek ini sempurna

dilaksanakan.

Sekalung penghargaan juga kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pusat

Pelajar Antarabangsa yang memberikan kerjasama sepanjang perjalanan

menyempurnakan projek sarjana ini.

Akhir sekali kepada Norazah Binti Ali yang banyak meluangkan masa untuk

menemani, membantu, dan mengajar saya sepanjang tempoh menyiapkan projek

sarjana ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu

menyiapkan projek ini.

Terima Kasih. Semoga diberkati ALLAH S.W.T .

Wassalam.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

v

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tahap kepuasan pelajar antarabangsa terhadap

perkhidmatan sokongan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seramai 163

orang responden dalam kajian ini dengan 66 orang responden prasiswazah dan 97

siswazah. Data-data dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian

menunjukkan majoriti responden berpuas hati terhadap perkhidmatan sokongan di

UTM. Kepuasan pelajar paling tinggi ialah kepuasan terhadap interaksi dengan

pensyarah, diikuti dengan penilaian keatas kandungan kursus dan penilaian tugasan.

Kepuasan paling rendah ialah kepuasan terhadap interaksi dengan rakan sekelas.

Hasil kajian menunjukkan pelajar menghadapi masalah komunikasi dengan rakan

dan pensyarah, kandungan kursus, budaya, bahasa, kos hidup dan kewangan. Bagi

aspek keperluan pelajar pula, perkhidmatan yang paling diperlukan ialah

perkhidmatan perpustakaan diikuti dengan perkhidmatan selepas belajar dan

perkhidmatan komunikasi. Perkhidmatan yang kurang diperlukan ialah

perkhidmatan pentadbiran.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

vi

ABSTRACT

This research is to investigate the level of satisfaction of student support

services in UTM among the international student. The total number of respondents

of the study was 163 which consisted by 66 undergraduate and 97 post graduate.

The instrument of this study was a set of questionnaire. The findings of the study

show that the respondents satisfied with student support services in UTM. The

students show the highest satisfaction with their lecturer, followed by evaluation

course assessment. The students show the lowers satisfaction with their classmate.

The findings of the study show that the students faced problems in communicating,

course content, culture, language, financial and cost of living. With respect to

student’s needs for support services, they show the highest need for library services,

followed by post services and communications services. They show the least need

for administrative services.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii - x

SENARAI JADUAL xi - xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Penutup 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

viii

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 11

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Kemahiran Akademik Pelajar 12

2.2.1 Kemahiran Asas Eglish 13

2.2.2 Kemahiran Penggunaan Perpustakaan 15

2.3 Kursus dan interaksi 16

2.3.1 Interaksi Pelajar Dengan Rakan Sekelas 17

2.3.2 Interaksi Pelajar Dengan Pensyarah 18

2.4 Perkhidmatan Sokongan 19

2.4.1 Perkhidmatan Pentadbiran 20

2.4.2 Perkhidmatan Akademik 21

2.4.3 Perkhidmatan Perpustakaan 23

2.4.4 Perkhidmatan Komunikasi 26

2.4.5 Perkhidmatan Kebajikan 27

2.4.6 Perkhidmatan Selepas Belajar 31

2.5 Isu dan Masalah Dalam Menarik Pelajar

Antarabangsa ke Malaysia 31

2.5.1 Pengiktirafan Program Pengajian

Di Malaysia 31

2.5.2 Sistem Penyampaian Di IPT Malaysia 32

2.5.3 Penyelarasan Promosi Dan Maklumat

Pengajian Di Luar Negara 32

3.5.4 Kualiti Kemudahan Sokongan Yang

Sedia Ada Yang Ditawarkan 33

2.6 Masalah Sosial Pelajar Antarabangsa

di Malaysia 34

2.6.1 Keselamatan Pelajar Antarabangsa

Di Malaysia 34

2.6.2 Masalah Sosial Pelajar Antarabangsa 36

2.6.3 Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap

Pelajar Antarabangsa 37

2.6.4 Persepsi Pelajar Antarabangsa Terhadap

Masyarakat Tempatan 38

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

ix

2.7 Penutup 39

BAB 3 METODOLOGI 40

3.1 Pengenalan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Lokasi Kajian 41

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 42

3.5 Instrumen Kajian 42

3.6 Kandungan Soal Selidik 43

3.6.1 Bahagian A 44

3.6.2 Bahagian B 44

3.6.3 Bahagian C 45

3.6.4 Bahagian D 46

3.6.5 Kesahan Kandungan Soal Selidik 47

3.7 Kajian Rintis 48

3.8 Prosedur Kajian 50

3.8.1 Prosedur Pengumpulan Data 50

3.8.2 Proses Kajian 51

3.9 Analisis Data Kajian 51

3.10 Penutup 55

BAB 4 ANALISIS DATA 56

4.1 Pengenalan 56

4.2 Latar Belakang Responden 56

4.3 Maklumbalas Responden Terhadap

Persoalan Kajian 61

4.3.1 Kemahiran Akademik Pelajar 61

4.3.2 Kepuasan Kandungan Kursus 66

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

x

4.3.3 Keperluan Perkhidmatan Sokongan 79

4.4 Penutup 93

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 95

5.1 Pengenalan 95

5.2 Rumusan 95

5.3 Cadangan 97

5.4 Penutup 99

RUJUKAN 100

LAMPIRAN Borang Soal selidik 119

Surat Kebenaran 120

Perangkaan Pelajar Antarabangsa 121

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Populasi Program 42

3.2 Skala 5 Pemeringkatan 45

3.3 Skala 5 Pemeringkatan 46

3.4 Skala 5 Pemeringkatan 47

3.5 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Bagi Setiap Item 49

3.6 Penggunaan statistik bagi setiap persoalan kajian 52

3.7 Perubahan Skala 5 Pemeringkatan 53

3.8 Tahap Penilaian Min 54

3.9 Perubahan Markat dan Skala 54

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 57

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Umur 57

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Kelulusan 58

4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Tempat Kediaman (Kolej) 58

4.5 Taburan Bilangan Dan Peratuan Responden

Mengikut Status 59

4.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

xii

Mengikut Bilangan Anak 59

4.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Negara Asal 60

4.8 Maklumbalas Responden Terhadap Tahap

Kemahiran Penggunaan Perpustakaan (PSZ) 61

4.9 Maklumbalas Responden Terhadap Tahap

Kemahiran English 63

4.10 Maklumbalas Kepuasan Responden Terhadap

Kandungan Kursus 66

4.11 Maklumbalas Kepuasan Responden Terhadap

Interaksi dengan Rakan sekelas 68

4.12 Maklumbalas Kepuasan Responden Terhadap

Interaksi dengan Pengajar 72

4.13 Maklumbalas Kepuasan Responden Terhadap

Penilaian Khusus 75

4.14 Maklumbalas Responden Terhadap

Perkhidmatan pra-Pendaftaran 79

4.15 Maklumbalas Responden Terhadap Perkhidmatan

Selepas Pendaftaran 81

4.16 Maklumbalas Responden Terhadap Perkhidmatan

Komunikasi 84

4.17 Maklumbalas Responden Terhadap Perkhidmatan

Lain 86

4.18 Maklumbalas Responden Terhadap Perkhidmatan

Perpustakaan (PSZ) 87

4.19 Maklumbalas Responden Terhadap Perkhidmatan

Kebajikan 90

4.20 Maklumbalas Responden Terhadap Perkidmatan

Selepas Belajar 92

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 107 – 118

B Surat Kebenaran 119

C Perangka Pelajar antarabangsa 120 – 122

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Matlamat Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi serantau bukan sahaja

melibatkan usaha institusi pengajian tinggi awam (IPTA), malah institusi pengajian

tinggi swasta (IPTS). Oleh itu, keupayaan daya tarikan IPTS memainkan peranan

penting untuk memastikan sasaran bilangan pelajar antarabangsa dapat dicapai.

Menurut The Star, Ahad 20 Feb 2005 yang bertajuk “Foreign Student Intake

Still Increasing” menyatakan bahawa, jika dilihat pada statistic Institusi Pengajian

Tinggi Swasta, bilangan pelajar antarabangsa bertambah dari 22,827 pelajar pada

tahun 2002 kepada 25,158 pelajar pada tahun 2003. Manakala pada tahun 2004,

seramai 25,939 pelajar antarabangsa yang diperolehi. Terdapat sedikit penurunan

dalam bilangan pelajar dari Negara China iaitu daripada 10,230 pelajar pada tahun

2003 kepada 9,075 pelajar pada tahun 2004. Walaubagaimanapun, statistik

menujukkan pertambahan pelajar dari Indonesia, Pakistan dan Negara Timur Tengah.

Dengan pertambahan pelajar antarabangsa yang sering berlaku pada setiap tahun, ia

dapat menujukkan bahawa kerajaan juga telah melakukan pelbagai usaha dalam

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

2

menarik lebih ramai lagi pelajar antarabangsa ke Malaysia. Kerajaan juga ingin

menjadikan Malaysia sebagai Pusat Pendidikan yang Cemerlang.

Dalam usaha menggalakkan pengambilan pelajar antarabangsa di IPT di

negara ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) perlu memberi

tumpuan terhadap kepentingan dan masalah pelajar antarabangsa. Tumpuan

sedemikian boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk meningkatkan daya tarikan

Malaysia sebagai hab pendidikan. Ekoran kemasukan pelajar antarabangsa yang

kian meningkat, Malaysia memerlukan persediaan yang mantap dari segi

infrastruktur, pendedahan budaya tempatan dan kesediaan warga institusi juga

masyarakat tempatan dalam menerima pelajar antarabangsa. Selain itu, keselamatan

sosial pelajar juga merupakan elemen yang penting dan perlu dititikberatkan.

Persediaan demikian akan diperkukuh dengan melihat kepada masalah yang dihadapi

oleh pelajar antarabangsa secara umum di negara ini.

Oleh sebab itu, Kajian Pelajar Antarabangsa di Malaysia ini dijalankan

dengan tujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti isu dan masalah semasa pelajar

antarabangsa yang datang menuntut di IPT di negara ini. Seterusnya, kerajaan akan

merangka dasar, membentuk strategi dan menentukan hala tuju pengurusan dan

pengambilan pelajar antarabangsa ke IPT di Malaysia, khususnya IPTS.

Menurut New Straits Times, Jumaat 16 Julai 2004 yang bertajuk “Foreign

Student Quarto Stay”, menyatakan bahawa kerajaan akan mengekalkan 5% kuota

untuk kemasukkan pelajar antarabangsa ke institusi pengajian tinggi tempatan.

Kemasukkan pelajar antarabangsa tidak akan memberi ancaman kepada tempat

pelajar tempatan ke Universiti, dimana pelajar antarabangsa akan diagihkan samarata

ke institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta.

Di samping menjalankan promosi bagi menarik pelajar antarabangsa, terdapat

juga beberapa langkah lain bagi menigkatkan mutu pembelajaran supaya setanding

dengan Negara lain. Menurut Utusan Malaysia, Rabu 29 Ogos 2007, yang bertajuk

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

3

“Pengantarabangsaan IPT di Malaysia”, kerajaan telah meluluskan cadangan untuk

melaksanakan Biasiswa Antarabangsa Malaysia iaitu sebanyak 15 jenis biasiswa

ditawarkan untuk pelajar antarabangsa meneruskan pengajian di Negara ini. Kajian

juga memperluaskan program pengajian yang ditawarkan agar sesuai untuk pelajar

antarabangsa. Oleh itu, pihak Universiti Teknologi Malaysia(UTM) juga tidak

ketinggalan dengan melakukan pelbagai usaha dan promosi bagi menarik lebih ramai

pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran ke UTM. Ini adalah penting untuk

UTM diiktiraf cemerlang. Menurut Naib Canselor (2007), dalam Amanat Tahun

Baru berkata,

“Saya berharap usaha dan promosi akan terus giat dilakukan bagi menarik lebih

ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran di UTM. Dengan

ramainya bilangan pelajar antarabangsa, tentu sekali bilangan tersebut akan dapat

mewarnai suasana antarabangsa di kampus kita. Secara tidak langsung kita juga

akan dapat memenuhi salah satu criteria atau syarat bagi menentukan ‘ranking’

university dunia oleh badan pengiktirafan seperti Times Higher Education

Supplement (THEMS) iaitu bilangan pelajar antarabangsa”.

Berdasarkan kenyataan diatas, dapatlah dilihat betapa pentingnya fungsi dan

peranan pelajar antarabangsa dalam menjadikan UTM sebagai universiti bertaraf

dunia. Perlu diingatkan bahawa pelajar antarabangsa juga secara tidak langsung

adalah duta kepada universiti dan negara yang mereka belajar. Kualiti pembelajaran

adalah penting untuk menjaga dan mengekalkan reputasi universiti di mana mereka

akan pulang ke negara asal dengan pendapat serta pengalaman semasa menuntut di

luar negara. Oleh itu, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pihak

universiti dari segi kemudahan, kebajikan, perkhidmatan sokongan terhadap pelajar

antarabangsa dan sistem akademik yang bersesuaian dengan mereka.

Banyak kajian samaada di dalam atau di luar Negara menunjukkan pelajar

antarabangsa menghadapi masalah seperti masalah di tempat kerja, masalah keluarga

dan masalah kehidupan jika tidak mempunyai daya tindak yang baik akan member

kesan mendalam kepada individu yang mengalaminya. Apa yang penting ialah

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

4

bagaimana pelajar antarabangsa dapat bertindak terhadap masalah-masalah yang

dihadapi di samping mempunyai sistem bantuan dan sokongan yang baik.

Selain daripada itu, keputusan mengenai pemilihan kerjaya, masalah

persahabatan serta masalah dalam institusi pedidikan itu sendiri turut menyumbang

kepada tahap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Pelajar antarabangsa memilih untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara

adalah terdiri daripada pelbagai faktor. Antara faktor yang mempengaruhi ialah

peluang kerjaya yang lebih baik di negara mereka, peluang mendapat tempat di

Universiti dan peluang untuk berhijrah ke Negara lain. Walaubagaimanapun, pelajar

antarabangsa perlu berhadapan dengan pelbagai kemungkinan atau cabaran semasa

berada di negara lain. Tekanan dan masalah yang dihadapi adalah lebih tinggi

berbanding yang dihadapi oleh pelajar tempatan terutamanya apabila berada di tahun

pertama pengajian. Ini adalah kerana mereka berada jauh dari keluarga, rumah,

kurang mendapat sokongan dan galakkan dari komuniti terdekat.

Menurut New Straits Times, Rabu 4Mei 2005 yang bertajuk, “500 Foreign

student missing”. Lebih daripada 500 pelajar luar Negara telah dilaporkan hilang.

Pelajar tersebut majoritinya berasal dari Bangladesh, Pakistan dan India telah

dilaporkan menghilangkan diri tanpa menamatkan pengajian di sebuah Kolej Swasta

di Kuala Lumpur.

Selain itu, pelajar antarabangsa ini juga sering dilihat berada dikalangan

kumpulan etnik mereka serta didapati kurang berinteraksi dengan pelajar tempatan.

Menurut Ryan (2005), pelajar tempatan tidak bersedia untuk menjadikan pelajar

antarabangsa sebagai kawan apabila mendapati kesukaran dalam berkomunikasi.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

5

Pelajar antarabangsa menyatakan ia mungkin akan mengambil masa selama setahun

untuk berkawan dengan pelajar tempatan dimana mereka perlu mempelajari budaya,

bahasa dan rasa diterima. Mereka juga berasa seperti di diskriminasi dan merasakan

kehadiran mereka tidak disenangi oleh pelajar tempatan dan juga pensyarah.

Menurut Alicia Lim (2008) dalam kajian beliau di Melbourne menyatakan

bahawa ia bukan disebabkan kedua-dua komuniti tidak berminat untuk berinteraksi

antara satu sama lain. Ia adalah kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk

melakukannya. Oleh itu, promosi dan kempen perlu dijalankan oleh kelab dan

persatuan untuk menggalakkan interaksi antara kedua-dua komuniti. Komuniti

tempatan perlu didedahkan dengan kejutan budaya yang dialami oleh pelajar

antarabangsa manakala pelajar antarabangsa pula perlu diberi peluang untuk

mempelajari budaya komuniti tempatan.

Apabila pelajar antarabangsa berhadapan dengan masalah yang banyak, maka

mereka akan berasa lebih tertekan dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian

dengan baik. Menurut B. Lorraine (2008) menyatakan bahawa, semua pelajar akan

merasakan tertekan apabila menghadapi banyak beban yang melibatkan kursus

mereka. Begitu juga yang berlaku kepada pelajar tempatan.

Pensyarah juga menghadapi masalah dalam pengajaran dan cara penyampaian

dalam kelas, terutamanya jika mendapati pelajar mereka mempunyai latar belakang

yang berbeza serta pelbagai. Secara tidak langsung objektif pengajaran tidak

tercapai. Menurut Ryan (2005),

“Teacher sometimes viewed international student (IS) as a homogeneous

group with similar learning styles and expectations as rote with a surface

approach to learning; as unwilling to participate in class discussion and as

only wanting to interact with other from similar backgrounds IS reported

that they felt under-valued and misunderstanding. They wanted to learn new

skills, to demonstrate their experiences and expertise and to speak and

participate in class, but needed help to do so”

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

6

Perkhidmatan sokongan ialah sesuatu kegiatan atau fungsi yang memerlukan

satu penyelesaian atau proses, program, atau projek yang berjaya. Aktiviti secara

umum dapat diertikan sebagai sesuatu perkara yang berlaku bagi tujuan persembahan

kerja dari peringkat input kepada output.

Perkhidmatan sokongan telah direka bagi mengenal pasti, tentang kekuatan

dan perkara yang dikehendaki oleh pelajar antarabangsa dan pelajar tempatan, pihak

swasta tambahan, pihak awam, antara perkara rasmi dan tidak rasmi, supaya orang

boleh melaksanakan keazaman diri. Perkhidmatan sokongan adalah bertujuan bagi

menambahbaik satu sistem sokongan supaya orang tidak menggantikan satu sistem

sokongan. Semua perbelanjaan dana-dana servis sokongan mesti adalah untuk

barangan dan perkhidmatan yang adalah "sokongan" dan "faedah sosial".

Selaras dengan keputusan kerajaan untuk meransang pertumbuhan ekonomi

negara yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 21 Mei 2003.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah diarahkan oleh Jemaah Menteri untuk

menubuhkan Pejabat Promosi Pendidikan di luar negara sebagai satu cara untuk

menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan pendidikan di Malaysia melalui

peningkatan dalam enrolmen pelajar antarabangsa selaras dengan dasar Kerajaan

menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Perkhidmatan sokongan kepada pelajar antarabangsa adalah perkhidmatan

yang diberikan kepada pelajar dari tempat di mana pelajar itu belajar. Antara

perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar antarabangsa ini adalah, lawatan

kebudayaan, malam antarabangsa, orientasi kepada pelajar antarabangsa baru dan

minggu pendidikan antarabangsa. Akan tetapi, perkhidmatan sokongan yang

diberikan ini telah mendatangkan masalah kepada pelajar antarabangsa yang belajar

di Uiversiti-universiti awam di Malaysia. Satu tinjauan di buat di Universiti awam

iaitu Uviversiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sumber: Universiti Teknologi Malaysia

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

7

Disamping itu, kajian dalam Negara yang berkaitan dengan pelajar

antarabangsa amat kurang dikaji. Kajian terakhir yang mengkaji mengenai pelajar

antarabangsa dilakukan oleh Nurfarahiyah Bte Mahmud (2009) dan Mohd Noh Idris

(1997). Oleh itu, kajian baru perlu dilakukan kerana masalah yang dihadapi oleh

pelajar antarabangsa sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Selain itu kajian

mengenai perkhidmatan sokongan perlu dilakukan bagi mengetahui tahap kepuasan

yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa terhadap perkhidmatan yang disediakan.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Pengambilan pelajar antarabangsa merupakan satu matlamat Negara yang

mahukan lebih ramai pelajar antarabangsa di Negara ini. Ini kerana ia akan

menyumbangkan kepada ekonomi Negara. Sehubungan dengan itu, pihak universiti

mengambil beberapa langkah bagi membolehkan pelajar antarabangsa melanjutkan

pengajian mereka di universiti Negara Malaysia. Antara langkah yang diambil ialah

menyediakan perkhidmatan sokongan bagi pelajar antarabangsa.

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor merupakan sebuah universiti

yang melatih pelajar supaya mampu berdikari dan berdaya maju dalam segala bidang

kehidupan. Oleh itu, bagi setiap pelajar yang belajar di universiti ini akan disediakan

dengan program-program pembelajaran mengikut bidang pengajian masing-masing

yang berorientasikan teori dan praktikal. Ini agar dapat melengkapkan pelajar untuk

menghadapi bidang kerjaya yang lebih mencabar dan profesional (Abdul Aziz

Azimullah, 2000).

Perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar antarabangsa perlulah meliputi

lima bahagian iaitu, perkhidmatan akademik, perkhidmatan pentadbiran, kebajikan

pelajar, perpustakaan dan perkhidmatan selepas tamat pengajian. Bahagian Hal

Ehwal Pelajar (BHEP) ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan dan jasa yang

membantu para pelajar memperoleh suatu pengalaman pembelajaran yang cemerlang

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

8

di samping meringankan beban pelajar semasa mengejar cita-cita di UTM. BHEP

merupakan rakan para pelajar di dalam mempertingkatkan prestasi pengajian dan

potensi diri semasa di UTM

Sumber: Universiti Teknologi Malaysia

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini ialah untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi

oleh pelajar antarabangsa yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia [UTM].

Objektif khusus kajian ini pula adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti kepuasan pelajar antarabangsa terhadap perkhidmatan

sokongan di UTM

1.4.2 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa di

UTM

1.4.3 Mengenalpasti keperluan perkhidmatan sokongan yang diberikan di UTM

1.4.4 Mengenalpasti keperluan yang diperlukan oleh pelajar antarabangsa selain

yang telah ditawarkan.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Dalam kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan yang

menjadikan asas kajian.:

1.5.1 Sejauhmanakah tahap kepuasan pelajar antarabangsa terhadap perkhidmatan

sokongan yang diberikan?

1.5.2 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa di UTM?

1.5.3 Apakah keperluan perkhidmatan sokongan yang diberikan oleh UTM?

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

9

1.5.4 Apakah keperluan yang diperlukan oleh pelajar antarabangsa selain yang

ditawarkan di UTM?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dibuat kerana mempunyai beberapa kepentingannya terhadap pihak

yang terlibat. Antaranya ialah:

1.6.1 Pelajar antarabangsa dapat menyuarakan masalah yang mereka hadapi.

1.6.2 Pelajar antarabangsa dapat memenuhi kepuasan mereka terhadap

perkhidmatan sokongan yang diberikan.

1.6.3 Membantu pihak UTM dalam memperbaiki lagi perkhidmatan sokongan

yang diberikan kepada pelajar antarabagsa.

1.6.4 Membantu jabatan perkhidmatan sokongan seperti kaunselor, dan pihak yang

menawarkan perkhidmatan sokongan

1.6.5 Membantu pensyarah yang terlibat dalam pengajaran pelajar antarabangsa

bagi memperbaiki teknik pengajarannya.

1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan ini adalah terbatas kepada beberapa perkara

seperti berikut:

1.7.1 Terbatas kepada pelajar antarabangsa di UTM sahaja

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦i TAHAP KEPUASAN PELAJAR ANTARABANGSA TERHADAP PERKHIDMATAN SOKONGAN DI UTM NORAIN BINTI IDRIS Laporan projek ini dikemukakan sebahagian

10

1.7.2 Kejituan kajian adalah bergantung kepada kejujuran pelajar tersebut dalam

menjawab soalan selidik.

1.8 PENUTUP

Bab ini telah membincangkan mengenai perkara yang berkaitan dengan

perkhidmatan sokongan dimana terdapat lima bahagian dalam perkhidmatan

sokongan iaitu perkhidmatan akademik, pentadbiran, kebajikan, perpustakaan

dan perkhidmatan selepas belajar. Ia juga membincangkan mengenai

pertambahan bilangan pelajar dan masalah yang dihadapi oleh pelajar

antarabangsa di UTM.