bahagian 1 keturunan serta tarikh dan tempat kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/ahmad ibn...

16
Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ 1 Disusun oleh Ibn Badawi Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiran SulÇÁn al-‘ÀrifÏn, ImÁm al-MuhtadÏn, QuÇb DÁ’irah at-TaqdÏs, al- ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs adalah seorang lelaki keturunan RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, melalui cucu baginda, al- ImÁm SaiyidinÁ al-Êasan as-SibÇ. Silsilah keturunannya yang lebih lengkap ialah AËmad ibn IdrÏs ibn MuËammad ibn ‘AlÏ ibn AËmad ibn MuËammad ibn ‘AbdullÁh ibn IbrÁhÏm ibn ‘Umar ibn AËmad ibn ‘Abdul JabbÁr ibn MuËammad ibn YamlaË ibn MasyÏsy ibn AbÏ Bakr ibn ‘Ali ibn Êurmah ibn ‘ÎsÁ ibn AËmad MizwÁr ibn ‘AlÏ Êaidarah ibn MuËammad ibn IdrÏs II (IdrÏs al-AÃghar, juga dikenali sebagai IdrÏs al- Azhar) ibn IdrÏs I (IdrÏs al-Akbar) ibn ‘AbdullÁh al-KÁmil al-MaËÅ ibn al-Êasan al-MuthannÁ ibn al-Êasan as-SibÇ ibn ‘AlÏ ibn AbÏ ÆÁlib. YamlaË (juga disebut sebagai Yamluh) ibn MasyÏsy, yakni salah seorang moyang kepada al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, adalah seorang saudara lelaki (brother) kepada asy-Syaikh ‘Abdus SalÁm ibn MasyÏsy (yakni guru kepada asy-Syaikh AbÍ al-Êasan ‘AlÏ ibn ‘AbdullÁh asy-SyÁdhilÏ, pengasas aÇ-ÆarÏqah asy-SyÁdhiliyyah). Maka oleh kerana itu, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs juga telah dikenali dengan nama panggilan al-ImÁm as-Saiyid AËmad al- YamlaËÏ al-MasyÏsyÏ. Dan oleh kerana beliau juga adalah seorang keturunan daripada al-ImÁm IdrÏs I, yang merupakan seorang keturunan kepada al-ImÁm al-Êasan as-SibÇ (yakni cucu RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam), maka al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah dikenali juga sebagai al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-IdrÏsÏ al- ÊasanÏ, menandakan beliau adalah seorang keturunan al-ImÁm al- Êasan as-SibÇ melalui al-ImÁm IdrÏs I. Al-ImÁm IdrÏs I adalah pengasas bagi Dinasti al-AdÁrisah dan telah meninggal dunia pada tahun 177 Hijrah di Moroko. Dia juga telah dianggap sebagai pengasas negara Moroko yang telah

Upload: lamhanh

Post on 29-May-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

1

Disusun oleh Ibn Badawi

Bahagian 1

Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiran

SulÇÁn al-‘ÀrifÏn, ImÁm al-MuhtadÏn, QuÇb DÁ’irah at-TaqdÏs, al- ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs adalah seorang lelaki keturunan RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, melalui cucu baginda, al- ImÁm SaiyidinÁ al-Êasan as-SibÇ.

Silsilah keturunannya yang lebih lengkap ialah AËmad ibn IdrÏs ibn MuËammad ibn ‘AlÏ ibn AËmad ibn MuËammad ibn ‘AbdullÁh ibn IbrÁhÏm ibn ‘Umar ibn AËmad ibn ‘Abdul JabbÁr ibn MuËammad ibn YamlaË ibn MasyÏsy ibn AbÏ Bakr ibn ‘Ali ibn Êurmah ibn ‘ÎsÁ ibn AËmad MizwÁr ibn ‘AlÏ Êaidarah ibn MuËammad ibn IdrÏs II (IdrÏs al-AÃghar, juga dikenali sebagai IdrÏs al- Azhar) ibn IdrÏs I (IdrÏs al-Akbar) ibn ‘AbdullÁh al-KÁmil al-MaËÅ ibn al-Êasan al-MuthannÁ ibn al-Êasan as-SibÇ ibn ‘AlÏ ibn AbÏ ÆÁlib.

YamlaË (juga disebut sebagai Yamluh) ibn MasyÏsy, yakni salah seorang moyang kepada al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, adalah seorang saudara lelaki (brother) kepada asy-Syaikh ‘Abdus SalÁm ibn MasyÏsy (yakni guru kepada asy-Syaikh AbÍ al-Êasan ‘AlÏ ibn ‘AbdullÁh asy-SyÁdhilÏ, pengasas aÇ-ÆarÏqah asy-SyÁdhiliyyah). Maka oleh kerana itu, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs juga telah dikenali dengan nama panggilan al-ImÁm as-Saiyid AËmad al- YamlaËÏ al-MasyÏsyÏ.

Dan oleh kerana beliau juga adalah seorang keturunan daripada al-ImÁm IdrÏs I, yang merupakan seorang keturunan kepada al-ImÁm al-Êasan as-SibÇ (yakni cucu RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam), maka al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah dikenali juga sebagai al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-IdrÏsÏ al- ÊasanÏ, menandakan beliau adalah seorang keturunan al-ImÁm al- Êasan as-SibÇ melalui al-ImÁm IdrÏs I.

Al-ImÁm IdrÏs I adalah pengasas bagi Dinasti al-AdÁrisah dan telah meninggal dunia pada tahun 177 Hijrah di Moroko. Dia juga telah dianggap sebagai pengasas negara Moroko yang telah

Page 2: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

2

Disusun oleh Ibn Badawi

diasaskannya pada tahun 172 Hijrah. Dinasti al-AdÁrisah telah kekal hingga ke tahun 375 Hijrah.

Selain daripada itu, al-ImÁm IdrÏs I juga adalah seorang wali AllÁh yang besar. Kuburnya berada di atas Jabal ZirhÍn, tidak berapa jauh dari kota Fez. Dan bandar di atas Jabal ZirhÍn ini telah dianggap sebagai sebuah kota suci oleh orang-orang Moroko. Hingga ke hari ini pun, orang-orang kafir tidak dibenarkan masuk ke dalamnya. Bandar ini telah diberikan nama bandar MawlÁy IdrÏs, mengambil sempena nama al-ImÁm IdrÏs I.

Bandar MawlÁy IdrÏs di atas Jabal ZirhÍn

Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah dilahirkan pada tahun 1163 Hijrah, di sebuah desa dalam daerah MaisÍr, yang terletak tidak berapa jauh dari kota Fez (FÁs di dalam Bahasa Arab), di negara Moroko (al-Maghrib al-AqÃÁ di dalam Bahasa Arab).

Page 3: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

3

Disusun oleh Ibn Badawi

Ini adalah berdasarkan catitan seorang keturunan lelaki al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs sendiri, yakni as-Saiyid AËmad al-IdrisÏ ibn as-Saiyid MuÃÇafÁ ibn as-Saiyid ‘Abdul ‘Àl ibn al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, yang tinggal di bandar al-UqÃÍr (Luxor di dalam Bahasa Inggeris) di Mesir, dan tarikh ini adalah sama dengan catitan keturunan-keturunan al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs lain yang tinggal di Omdurman di Sudan.

Tetapi mengikut sumber yang berasal daripada keturunan asy- Syaikh MuËammad ibn ‘AlÏ as-SanÍsÏ pula (seorang anak murid kepada al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs), al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah dilahirkan pada tahun 1173 Hijrah.

Berdasarkan kepada tempat lahirnya ini, yakni MaisÍr di dalam negeri Fez, maka al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah dikenali juga sebagai al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ al-MaghribÏ.

Lebih kurang seratus lima puluh tahun sebelum itu, moyang kepada al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs yang bernama as-Saiyid ‘AlÏ ibn AËmad, pernah tinggal di al-‘ArÁ’isy (sebuah pelabuhan di negara Moroko yang dikenali sebagai Larache di dalam Bahasa Sepanyol) yang terletak di pantai Lautan Atlantik. Kemudian, dia telah berpindah bersama-sama keluarganya ke sebuah desa yang lebih aman di dalam daerah MaisÍr (di negeri Fez).

Di masa itu, al-‘ArÁ’isy sedang dilanda suasana politik yang tidak tenteram kerana banyaknya berlaku perebutan kuasa. Ia pernah dijajah oleh bangsa Portugis dan juga oleh bangsa Sepanyol. Bahkan beberapa tahun setelah al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs sendiri dilahirkan, bandar al-‘ArÁ’isy pernah dibedil dengan meriam oleh tentera Perancis.

Oleh kerana dia pernah tinggal di al-‘ArÁ’isy, moyang kepada al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs ini telah dikenali dengan nama as-Saiyid ‘AlÏ ibn AËmad al-‘ArÁ’isyÏ. Dan oleh itu juga, di dalam beberapa tulisannya, asy-Syaikh MuËammad ibn ‘AlÏ as-SanÍsÏ telah menyebut nama al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs sebagai asy- Syaikh as-Saiyid AbÍ al-‘AbbÁs AËmad ibn IdrÏs al-‘ArÁ’isyÏ,

Page 4: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

4

Disusun oleh Ibn Badawi

menandakan yang al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs adalah keturunan daripada seorang lelaki yang telah dikenali sebagai as- Saiyid ‘AlÏ ibn AËmad al-‘ArÁ’isyÏ.

Walaupun asy-Syaikh MuËammad ibn ‘AlÏ as-SanÍsÏ telah menggunakan nama kunyah AbÍ al-‘AbbÁs bagi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, nama kunyah yang lebih sering digunakan untuk beliau ialah AbÍ MuËammad, kerana anak lelaki al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs yang tertua bernama MuËammad.

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs bukan sahaja adalah seorang keturunan RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam melalui cucu baginda al-ImÁm al-Êasan as-SibÇ, tetapi adalah juga keturunan seorang raja yang telah dianggap oleh kebanyakan penduduk Moroko sebagai di antara wali-wali AllÁh yang terbesar di negara itu. Namun, beliau tidak pernah membesarkan dirinya. Di dalam surat-surat beliau, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs tidak pernah membahasakan diri beliau sebagai as-Saiyid atau asy-SyarÏf, tetapi telah membahasakan diri beliau hanya sebagai AËmad ibn IdrÏs sahaja.

Telah diriwayatkan oleh asy-Syaikh ÂÁliË al-Ja‘farÏ di dalam kitabnya yang bernama al-Ma‘ÁnÏ ar-RaqÏqah bahawa asy-Syaikh MuËammad ibn ‘AlÏ as-SanÍsÏ telah bercerita yang al-ImÁm as- Saiyid AËmad ibn IdrÏs pernah berkata kepadanya:

Nasabku adalah al-KitÁb dan as-Sunnah. Lihatlah kepadaku. Jika engkau mendapati yang aku berada di atas (yakni mengikuti) al-KitÁb dan as-Sunnah, maka katakanlah bahawa AËmad ibn IdrÏs berada di atas al- KitÁb dan as-Sunnah. Dan inilah nasabku.

Page 5: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

5

Disusun oleh Ibn Badawi

Ringkasan Perjalanan Hidupnya

Ketika beliau masih kecil lagi, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah diasuh oleh abangnya yang bernama as-Saiyid MuËammad ibn IdrÏs. Beliau telah belajar al-Quran dan juga telah menghafalnya di bawah tunjuk ajar as-Saiyid MuËammad.

Abang beliau ini adalah seorang lelaki yang garang. Pada suatu hari, ketika beliau sudah pun menjadi seorang guru yang terkenal, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs pernah membuka serbannya dan telah menunjukkan satu parut bekas luka di atas kepalanya. Beliau telah bercerita:

Pada suatu malam, ketika aku sedang membaca di dalam majlis, aku telah terlupa sebahagian daripada hafalan-hafalanku. Abangku as-Saiyid MuËammad telah memukulku dengan al-lauË (papan tulis). Inilah parut kesan dari luka akibat pukulan itu.

Setelah abangnya as-Saiyid MuËammad itu meninggal dunia, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah belajar pula daripada abangnya yang lain yang bernama as-Saiyid ‘AbdullÁh.

Mengikut buku Madrasah AËmad ibn IdrÏs al-MaghribÏ Wa AtharuhÁ Fis-SÍdÁn tulisan Profesor YaËyÁ MuËammad IbrÁhÏm, al- ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah berpindah ke kota Fez untuk mencari ilmu pada tahun 1181 Hijrah.

Daerah Fez di Moroko merupakan sebuah daerah yang telah melahirkan ramai manusia daripada golongan al-‘ulamÁ’ dan juga wali-wali AllÁh. Malah, pernah dikatakan oleh seorang pengkaji bahawa kota Fez mengandungi kubur-kubur lebih daripada seribu orang wali AllÁh. Di situ juga terdapat Masjid al-QarawiyyÏn, yakni masjid yang tertua di Moroko. Ia juga berfungsi sebagai sebuah universiti Islam dan telah diasaskan pada tahun 242 Hijrah oleh seorang wanita ÃÁliËah yang kaya bernama FÁÇimah, yang berasal dari kota al-QairawÁn di negara Tunisia.

Page 6: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

6

Disusun oleh Ibn Badawi

Oleh itu, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah didedahkan dari masa mudanya lagi kepada suasana keilmuan dan kezuhudan. Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah bermula dengan mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu zahir (al- ‘ulÍm aÉ-ÉÁhirah) seperti ilmu fiqh, ilmu tauhid, ilmu al-Quran dan ilmu hadis. Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah belajar daripada beberapa orang guru di Masjid al-QarawiyyÏn dan juga dengan beberapa orang guru lain di Fez, sehingga dia telah menjadi terkenal sebagai seorang pelajar yang terpintar di Fez.

Di antara guru-gurunya ialah asy-Syaikh MuËammad ibn aÇ- ÆÁlib at-TÁwudÏ (meninggal dunia pada tahun 1209 Hijrah dan lebih dikenali umum sebagai Ibn SÍdah), seorang ‘Álim besar dan terkenal di negara Moroko sebagai seorang pakar dalam ilmu hadis dan juga pernah diberikan gelaran “Bulan Purnama al-Maghrib” kerana ketinggian ilmunya. Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah belajar isi kandungan enam buah kitab hadis yang paling terkenal (kutub sittah) daripada gurunya ini dan juga beberapa kitab hadis yang lain.

Selain daripada itu, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs juga telah belajar daripada asy-Syaikh AbÍ MuËammad ‘Abdul QÁdir ibn AËmad al-‘ArabÏ ibn SyaqrÍn al-FÁsÏ (meninggal dunia pada tahun 1216 Hijrah), seorang pakar ilmu perubatan, dan juga daripada asy- Syaikh ‘Abdul KarÏm ibn ‘AlÏ al-YÁzighÏ (meninggal dunia pada tahun 1199 Hijrah), seorang ‘Álim pakar ilmu fiqh.

Kemudian, setelah tamat belajar, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah bertugas pula sebagai seorang guru yang mengajar ilmu- ilmu zahir kepada orang ramai.

Page 7: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

7

Disusun oleh Ibn Badawi

Masjid al-QarawiyyÏn di kota Fez yang

merupakan juga universiti tertua di Moroko

Seperti keadaan kebanyakan wali-wali AllÁh yang lain, selepas mempelajari ilmu-ilmu zahir dan menjadi mahir di dalamnya, hati al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah didorongkan pula untuk mempelajari dan beramal dengan ilmu tasawuf.

Salah seorang guru sufi kepada al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs ialah asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ. Keluarganya berasal dari TÁzÁ, satu tempat yang terletak lebih kurang 100 kilometer dari kota Fez, tetapi asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ telah menetap di kota Fez hingga ke akhir hayatnya. Oleh kerana itu, dia juga telah dikenali sebagai asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ al-FÁsÏ.

Telah diceritakan di dalam kitab JÁmi‘ KarÁmÁt al-AuliyÁ’ sebuah riwayat mengenai pertemuan al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs dengan asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ.

Page 8: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

8

Disusun oleh Ibn Badawi

Adalah SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs itu mempunyai seorang guru yang bernama al-‘AllÁmah al-MujaidrÏ asy-SyinqÏÇÏ, yang kadangkalanya tinggal di kota Fez (yakni dia selalu berulang-alik dari kota SyinqÏÇ ke kota Fez). Maka SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs telah bertemu dengannya di kota Fez untuk mempelajari beberapa buah kitab mengenai ilmu hadis dan juga ilmu-ilmu agama daripadanya.

(Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs juga telah menerima amalan yang bernama al-Êizb as-SaifÏ daripada al-‘AllÁmah al-MujaidrÏ, yang bukan sahaja adalah seorang faqÏh yang terkenal tetapi juga adalah seorang guru sufi. Amalan ini telah turut dikumpulkan di dalam satu koleksi amalan-amalan yang diamalkan oleh para pengikut al-ImÁm as- Saiyid AËmad ibn IdrÏs pada hari ini.)

Pada suatu hari, al-‘AllÁmah al-MujaidrÏ telah membuat keputusan untuk pulang ke SyinqÏÇ. Maka SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs pun bertanya kepada al-‘AllÁmah al-MujaidrÏ sama ada dia boleh ikut serta, agar dia dapat menamatkan pelajarannya dengan al-‘AllÁmah al-MujaidrÏ.

Al-‘AllÁmah al-MujaidrÏ telah berkata kepada SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs, “Engkau perlu bersabar, sehingga datang izin daripada guruku.”

SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs telah merasa agak hairan apabila dia mendengar jawapan daripada gurunya ini. Dia pun bertanya, “Apakah orang seperti tuan masih juga mempunyai seorang guru?”

Al-‘AllÁmah al-MujaidrÏ telah menjawab, “Benar, dan dia adalah asy- Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ.”

SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs pun bertanyakan maklumat lanjut mengenai asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ. Menurut al-‘AllÁmah al-MujaidrÏ, asy- Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ itu adalah seorang lelaki yang tidak berapa dikenali umum, kerana kebanyakan manusia tidak mengetahui akan ketinggian maqamnya. Akan tetapi asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ itu adalah seorang lelaki yang sudah tua, yakni berumur lebih daripada seratus tahun (dilahirkan pada tahun 1099 Hijrah). Oleh kerana itu, dia telah dihormati oleh orang ramai kerana umurnya yang sudah lanjut.

(Walaupun ketinggian maqam kerohanian asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ secara amnya tidak diketahui oleh orang ramai, namun setelah dia meninggal dunia, raja yang memerintah negara Moroko di masa itu yakni MawlÁy SulaimÁn, telah membinakan satu bangunan yang khas di atas kuburnya.)

Page 9: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

9

Disusun oleh Ibn Badawi

Beberapa waktu pun berlalu. Pada suatu ketika, telah berkata al- ‘AllÁmah al-MujaidrÏ kepada SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs, “Guruku tidak memberikanku izin untuk urusan tempoh hari. Tetapi, dia telah menyuruhku membawamu pergi bertemu dengannya, agar dia dapat mempertemukan engkau dengan RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam (yakni secara rohani, perjumpaan ÃÍrÏ).”

Mendengar kata-kata daripada gurunya ini, SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs telah merasa takjub. Maka dia pun bertolaklah dengan gurunya itu untuk bertemu dengan asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ, dan telah mengambil tarekat daripadanya.

SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs telah meneruskan pelajarannya, tetapi kini dengan bergurukan asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ, dan telah menghadiri kuliahnya dengan tekun. Dan al-‘AllÁmah al-MujaidrÏ pula telah pulang ke kampungnya.

Beberapa waktu pun berlalu. Pada suatu hari, asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ telah berkata kepada SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs, “Aku rasa gurumu al-MujaidrÏ itu telah meninggal dunia.”

Maka telah bertanya pula SaiyidÏ AËmad ibn IdrÏs, “Bagaimanakah tuan boleh mengetahui akan demikian?”

Asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ telah menjawab, “Seorang syaikh yang murabbÏ itu mempunyai waktu yang khas yang diluangkan untuk menghadap kepada roh-roh murid-muridnya. Dan selagi mereka masih hidup, perkara ini akan dikekalkannya. Bahkan, dia akan dapat melihat keadaan mereka, dan mengetahui sewaktu bertambahnya cahaya ataupun bertambahnya kegelapan di dalam sulÍk mereka. Dan juga di dalam ketaatan mereka. Dan dia juga mengetahui ketika mereka mendekatkan diri kepada AllÁh, ataupun ketika mereka menjauhkan diri daripada AllÁh. Dan aku pula, beberapa hari ini, telah melihat akan beberapa perkara yang telah dialami oleh al-MujaidrÏ, dan juga tempat yang telah dijanjikan kepadanya.”

Beberapa waktu kemudian, datanglah beberapa orang penunggang kuda dari tempat tinggal al-‘AllÁmah al-MujaidrÏ, dan telah membawa berita yang dia baru sahaja meninggal dunia, tepat seperti yang telah dikatakan oleh asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ.

Page 10: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

10

Disusun oleh Ibn Badawi

Menurut al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs di dalam sepucuk surat kepada seorang anak muridnya, adalah asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ itu telah menerima tarekat daripada asy-Syaikh ‘Abdul ‘AzÏz ibn Mas‘Íd ad-DabbÁgh, yang telah menerima pula daripada al-KhaÅir ‘alaihissalÁm.

Selain daripada itu, asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ pernah juga menerima ijazah aÇ-ÆarÏqah an-Naqsyabandiyyah dan ijazah aÇ- ÆarÏqah al-Khalwatiyyah daripada guru-guru yang lain.

Dan menurut sebuah riwayat, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs juga telah menerima ijazah aÇ-ÆarÏqah an-Naqsyabandiyyah daripada asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ dan beberapa tahun kemudian, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs sendiri telah mengajarkan amalan-amalan aÇ-ÆarÏqah an-Naqsyabandiyyah kepada seorang muridnya yang bernama asy-Syaikh MuËammad ‘UthmÁn ibn MuËammad AbÍ Bakr al-MÏrghanÏ di kota Makkah al- Mukarramah.

Pada suatu hari, asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ telah membawa al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs pergi menziarahi kubur asy-Syaikh ‘Abdul ‘AzÏz ad-DabbÁgh. Di situ, asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ telah membaca dua rangkap syair, yang menyatakan tentang kecintaan dan kerinduan. Tiba-tiba, terdengar pula suara asy-Syaikh ‘Abdul ‘AzÏz ad-DabbÁgh dari dalam kubur itu, yang telah membaca serangkap syair sebagai balasan.

Selepas berlakunya peristiwa ini, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah tinggal dengan asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ untuk beberapa waktu, sehingga asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ meninggal dunia.

Sesudah itu, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah teringin pula untuk bersahabat dengan seorang bekas murid asy-Syaikh ‘Abdul WahhÁb at-TÁzÏ yang bernama asy-Syaikh ‘AbdullÁh. Asy- Syaikh ‘AbdullÁh ini adalah seorang ‘Árif yang sempurna dan telah dikurniakan oleh AllÁh dengan beberapa karÁmÁt yang menakjubkan. Untuk memastikan sama ada dia boleh bersahabat

Page 11: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

11

Disusun oleh Ibn Badawi

dengan asy-Syaikh ‘AbdullÁh ataupun tidak, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah beristikharah kepada AllÁh.

Tetapi, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah tidak diberikan izin. Sebaliknya, dia telah disuruh bergaul pula dengan asy-Syaikh AbÍ al-QÁsim al-WazÏr al-GhÁzÏ (disebut juga sebagai asy-Syaikh AbÍ al-‘AbbÁs al-WazÏr), yakni salah seorang wali AllÁh yang terbesar di zamannya dan bermukim di kota Fez. Maka al-ImÁm as- Saiyid AËmad ibn IdrÏs pun pergilah berguru pula dengan asy- Syaikh AbÍ al-QÁsim al-WazÏr.

Setibanya al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs di tempat asy- Syaikh AbÍ al-QÁsim al-WazÏr, dia telah disambut dengan baik. Asy- Syaikh AbÍ al-QÁsim al-WazÏr telah berkata kepadanya, “Guruku, yakni asy-Syaikh ‘AlÏ, telah meninggalkan amanat denganku untukmu. Dia telah menceritakan beberapa sifatmu sehingga aku telah diberitahu mengenai langkah-langkahmu yang terawal, dan tempat tinggalmu di rumah yang terletak berdekatan dengan perkuburan.”

Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menerima ijazah aÇ- ÆarÏqah asy-SyÁdhiliyyah daripada asy-Syaikh AbÍ al-QÁsim al- WazÏr.

Asy-Syaikh AbÍ al-QÁsim al-WazÏr pula sangat disayangi oleh al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, kerana di tangan gurunya inilah dia telah mendapat pembukaan rohani yang terbesar dan telah mencapai kesempurnaan kerohanian.

Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah tinggal dengan gurunya ini sehingga asy-Syaikh AbÍ al-QÁsim al-WazÏr meninggal dunia.

Menurut satu salinan ijazah tarekat yang telah dikeluarkan oleh seorang mursyid aÇ-ÆarÏqah al-IdrÏsiyyah di Sudan, yang juga adalah seorang keturunan al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, yakni as- Saiyid MuËammad IdrÏs ibn as-Saiyid MuËammad SyarÏf ibn asy- Saiyid ‘Abdul ‘Àl (yang disebut juga sebagai ‘Abdul Muta‘Ál) ibn al-

Page 12: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

12

Disusun oleh Ibn Badawi

ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs, silsilah tarekat bagi al-ImÁm as- Saiyid AËmad ibn IdrÏs adalah seperti yang berikut:

Al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menerima tarekat daripada asy-Syaikh AbÍ al-QÁsim al-WazÏr, yang telah menerima daripada asy- Syaikh ‘AlÏ ibn ‘AbdullÁh, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AËmad ibn ‘AbdullÁh, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AËmad ibn YÍsuf al-FÁsÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh ‘Abdur RaËman al-MajdhÍb, yang telah menerima daripada asy-Syaikh ‘AlÏ aÃ- ÂanhÁjÏ (yang dikenali juga sebagai ad-DawwÁr), yang telah menerima daripada asy-Syaikh IbrÁhÏm AfahhÁm, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AËmad az-ZarrÍq, yang telah menerima melalui sanad yang masyhur sehingga sampai kepada asy-Syaikh AbÍ al-Êasan asy-SyÁdhilÏ. Dan silsilah tarekat asy-Syaikh AbÍ al-Êasan asy-SyÁdhilÏ bersambungan hingga sampai kepada baginda RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, melalui sanad yang juga sudah masyhur.

Menurut asy-Syaikh AbÍ al-‘AbbÁs AËmad ibn MuËammad ibn al-MahdÏ ibn ‘AjÏbah di dalam kitab tulisannya yang berjudul al- Fahrasah (pengarang kitab ini lebih dikenali umum sebagai AËmad ibn ‘AjÏbah sahaja), silsilah daripada asy-Syaikh AËmad az-ZarrÍq sehingga sampai kepada baginda RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam, melalui sanad yang masyhur ialah seperti yang berikut:

Asy-Syaikh AbÍ al-‘AbbÁs AËmad ibn ‘ÎsÁ al-BurnusÏ (yang lebih dikenali sebagai az-ZarrÍq) telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ al- ‘AbbÁs AËmad ibn al-‘Uqbah al-ÊaÅramÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh YaËyÁ al-QÁdirÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh ‘AlÏ WafÁ, yang telah menerima daripada bapanya yakni asy-Syaikh BaËr aÃ- ÂafÁ MuËammad WafÁ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh DÁwÍd al-BÁkhilÏ (atau disebut juga sebagai ibn BÁkhilÁ), yang telah menerima daripada asy-Syaikh TÁjuddÏn AËmad ibn ‘AÇÁ’illÁh al-IskandarÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ al-‘AbbÁs AËmad ibn ‘Umar al- MursÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ al-Êasan ‘AlÏ ibn ‘AbdullÁh asy-SyÁdhilÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh ‘Abdus SalÁm ibn MasyÏsy, yang telah menerima daripada asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn al-‘AÇÇÁr az-ZayyÁt al-MadanÏ, yang telah menerima daripada asy- Syaikh AbÍ Madyan Syu‘aib ibn al-Êusain al-AndalusÏ at-TilimsÁnÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ MuËammad ‘Abdul QÁdir ibn MÍsÁ al-JÏlÁnÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ Sa‘Ïd al- MubÁrak ibn ‘AlÏ al-MakhzÍmÏ al-MukharrimÏ, yang telah menerima

Page 13: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

13

Disusun oleh Ibn Badawi

daripada asy-Syaikh AbÍ al-Êasan ‘AlÏ ibn MuËammad al-QurasyÏ al- HakkÁrÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ al-FatË (dikenali juga sebagai AbÍ al-Faraj) ‘Abdur RaËman ibn ‘AbdullÁh aÇ-ÆarsusÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ al-FaÅl ‘Abdul WÁËid ibn ‘Abdul ‘AzÏz at-TamÏmÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ Bakr Dulaf ibn JaËdar asy-SyiblÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ al-QÁsim al-Junaid ibn MuËammad al-BaghdÁdÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ al-Êasan SarÏ ibn al-Mughalis as- SaqaÇÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ MaËfÍÉ Ma‘rÍf ibn FairÍz al-KarkhÏ, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ SulaimÁn DÁwÍd ibn NaÃÏr aÇ-ÆÁ’Ï, yang telah menerima daripada asy-Syaikh AbÍ MuËammad ÊabÏb ibn ‘ÎsÁ al-‘AjamÏ, yang telah menerima daripada asy- Syaikh AbÍ Sa‘Ïd al-Êasan ibn AbÍ al-Êasan YasÁr al-BaÃrÏ, yang telah menerima daripada al-ImÁm al-Êasan ibn ‘AlÏ, yang telah menerima daripada bapanya yakni al-ImÁm ‘AlÏ ibn AbÍ ÆÁlib, yang telah menerima daripada bapa mertuanya, yang juga adalah sepupunya, yakni SaiyidinÁ MuËammad RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam.

Dan menurut kitab al-Fahrasah juga, silsilah tarekat ini ada mempunyai satu urutan yang lain yakni:

Al-QuÇb asy-Syaikh AbÍ al-‘AbbÁs al-MursÏ telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh AbÍ al-Êasan asy-SyÁdhilÏ, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh ‘Abdus SalÁm ibn MasyÏsy, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh ‘Abdur RaËmÁn al-MadanÏ, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh TuqayyuddÏn al-Fuqayyir, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh FakhruddÏn, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh NÍruddÏn [AbÍ al-Êasan ‘AlÏ], yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh [MuËammad] TÁjuddÏn, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh [MuËammad] SyamsuddÏn, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh Zain ad- DÏn MuËammad al-QazwÏnÏ, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy- Syaikh IbrÁhÏm al-BaÃrÏ, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh AbÍ al-QÁsim AËmad al-MarwÁnÏ, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh [AbÍ MuËammad] Sa‘Ïd, yang telah menerima daripada al- QuÇb asy-Syaikh Sa‘d, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh FatË as-Su‘Íd, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh Sa‘Ïd al- GhazwÁnÏ, yang telah menerima daripada al-QuÇb asy-Syaikh [AbÍ MuËammad] JÁbir, yang telah menerima daripada al-QuÇb yang pertama yakni al-ImÁm SaiyidinÁ al-Êasan ibn ‘AlÏ, yang telah menerima daripada bapanya yakni al-ImÁm SaiyidinÁ ‘AlÏ ibn AbÍ ÆÁlib, karamallÁhu wajhah,

Page 14: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

14

Disusun oleh Ibn Badawi

yang telah menerima daripada junjungan kita RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam.

Dan silsilah tarekat mengikuti urutan ini, dikenali juga sebagai silsilah al-aqÇÁb, kerana setiap syaikh yang bermula daripada asy- Syaikh AbÍ al-‘AbbÁs al-MursÏ hinggalah sampai kepada al-ImÁm SaiyidinÁ al-Êasan ibn ‘AlÏ, adalah merupakan seorang quÇb, dan al- ImÁm SaiyidinÁ al-Êasan ibn ‘AlÏ pula merupakan al-quÇb yang pertama.

Masjid al-QarawiyyÏn di kota Fez

Menurut asy-Syaikh AbÍ ‘AlÏ al-Êasan ibn MuËammad ibn QÁsim al-KÍhin al-FÁsÏ al-MaghribÏ di dalam kitabnya yang berjudul ÆabaqÁt asy-SyÁdhiliyyah al-KubrÁ, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs juga pernah berguru dengan MawlÁy al-‘ArabÏ ad-DarqÁwÏ di kota Fez.

Page 15: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

15

Disusun oleh Ibn Badawi

Setelah asy-Syaikh AbÍ al-QÁsim al-WazÏr meninggal dunia, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menunggu pula isyarat yang dapat memberitahunya, daripada segala guru-guru yang berada di Timur dan di Barat, kepada siapakah yang harus dia berguru selanjutnya.

Telah bercerita al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs:

Aku telah berkhidmat kepada guru-guru yang ramai, dan aku telah menerima hasil manfaat yang sangat banyak daripadanya, sehingga aku telah menyangka yang aku akan terus mengkhidmati guru-guru, seorang demi seorang, sampai bila-bila.

Pada suatu hari, telah dikatakan kepadaku daripada al-ËaÅrah al- ilÁhiyyah, bahawa tiada tinggal seorang guru pun di atas muka bumi ini yang akan dapat memberiku manfaat seperti al-Quran. Oleh itu, untuk beberapa waktu yang lama selepas itu, tiada lagi aku duduk menerima bimbingan, melainkan daripada al-Quran sahaja.

Pada suatu hari, RasÍlullÁh ÃallallÁhu ‘alaihi wa sallam telah datang (yakni secara rohani) dan mempersaudarakan daku (yakni secara maknawi) dengan al-Quran, dan telah memberitahuku bahawa ia akan menggantikan apa yang ada padaku dengan beberapa ilmu dan rahsia.

Maka sejak dari peristiwa itu, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah menjadi terkenal pula sebagai seorang ‘Álim yang sangat mahir di dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.

Kemudian, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah mengembara pula ke negeri-negeri di arah Timur. Sebelum itu, yakni sebelum bertolak ke negeri-negeri di arah Timur, al-ImÁm as- Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah belajar dengan guru-guru yang ramai jumlahnya. Dan dia sudah pun menjadi terkenal sebagai seorang lelaki daripada golongan al-‘ulamÁ’ yang ahli ilmu dan ahli ‘irfÁn.

Setelah meninggalkan kota Fez pada akhir tahun 1212 Hijrah, al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs telah pergi ke kota Algiers (disebut sebagai MadÏnah al-JazÁ’ir di dalam bahasa Arab), kota

Page 16: Bahagian 1 Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiranmaktabah-ibn-badawi.com/Ahmad ibn Idris/biografi ahmad idris 1 x.pdf · mempelajari dahulu dasar-dasar agama yakni ilmu-ilmu

Biografi al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs al-FÁsÏ

16

Disusun oleh Ibn Badawi

TÍnis, kota Tripoli (disebut sebagai ÆarÁblus di dalam bahasa Arab) dan kota Benghazi. Dia telah tinggal untuk beberapa waktu di Benghazi, sambil mengajar di masjid-masjid di situ.

Kemudian, dengan menaiki kapal, dia telah menuju pula ke kota al-Iskandariyyah (disebut sebagai Alexandria di dalam Bahasa Inggeris) dan telah tiba di sana pada tahun 1213 Hijrah. Dari kota al-Iskandariyyah, dia telah bertolak pula ke kota al-QÁhirah (disebut sebagai Cairo di dalam Bahasa Inggeris), di mana dia telah memberikan beberapa kuliah umum di Universiti al-Azhar.

Menurut asy-Syaikh IbrÁhÏm ar-RasyÏd, ketika al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs berada di Universiti al-Azhar, ramai masyaikh di situ yang telah merasa takjub dengan kelebihan al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs yang telah menjadi terserlah ketika beliau menyampaikan kuliah. Oleh itu, ramai yang telah mengambil tarekat daripada beliau. Malah, ada beberapa orang daripada mereka yang telah turut menemani beliau ketika al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs berpindah ke Makkah al-Mukarramah.

Universiti al-Azhar, yang merupakan universiti tertua di negara Mesir,

di mana al-ImÁm as-Saiyid AËmad ibn IdrÏs pernah mengajar sebentar.