borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦menengah sekitar negeri johor. seramai 41 orang...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL PELAJAR PENDIDIKAN FIZIK UTM
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya MAHAREDZA BIN MOHAMAD(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( )
SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
195- 3 Taman Bunga Raya
Jalan Temenggong Ahmad
84000 Muar Johor Darul Takzim
PROF. MADYA DR SETH SULAIMAN
Nama Penyelia
Tarikh: 23 APRIL 2010 Tarikh: 23 APRIL 2010
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya
ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)”
Tandatangan :…………………………………………………
Nama Penyelia : Profesor Madya Dr. Seth Sulaiman
Tarikh : 23 April 2010
i
TAHAP PELAKSANAAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL PELAJAR PENDIDIKAN FIZIK UTM
MAHAREDZA BIN MOHAMAD
Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2010
ii
PENGAKUAN
“Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………...........
Nama Penulis : MAHAREDZA B MOHAMAD
Tarikh : 23 APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Kajian ini ku abadikan buat……………
Bondaku Mah bte Kassim,
Allahyarham ayahandaku Mohamad bin Abd. Rashit
(walaupun dirimu tidak dapat menatap kejayaan anakmu)
Untuk abang dan adikku,
Terima kasih atas nasihat dan dorongan serta jasa dan pengorbananmu
Yang dicurahkan untuk kejayaan ini,
Segala pengorbananmu akan kukenang dan kubalas sehingga akhir hayatku..
Teman yang dikasihi Ida Norlida bte Mohd Isa
Yang banyak memberi semangat dan dorongan,
Dan untuk rakan-rakan seperjuangan kesemuanya,
Segala sokongan, tunjuk ajar, dorongan dan kerjasamamu
Akan kukenang selama-lamanya…
KepadaMu jua Ya Allah ku mohon kesejahteraan, kemuliaan dan kekuatan agar
termakbul segala cita-cita…….
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdullilah, pertama sekali setinggi–tinggi kesyukuran di panjatkan ke
hadrat Ilahi kerana dengan hidayah dan limpah kurnia dari-Nya dapatlah jua saya
menyiapkan laporan penulisan projek sarjana muda yang telah diamanahkan kepada
saya ini. Bersyukur saya kepada Allah swt yang telah memberikan kekuatan dan
masa yang mencukupi hingga berjaya menyiapkan laporan penulisan projek sarjana
muda ini.
Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Seth
Sulaiman selaku pensyarah penyelia saya dalam menjalankan kajian dan
menyiapkan laporan penulisan ilmiah ini kerana tidak jemu memberi cadangan,
menyumbangkan idea, tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya dalam menjalankan
kajian ini.
Seterusnya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan
keluarga,rakan-rakan yang sama-sama menjalankan tugasan ini serta mana-mana jua
individu yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Budi baik
kalian hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
Akhir kata, semua yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu
adalah dari kelemahan saya sendiri. Semoga kajian ini memberi manfaat kepada
semua dan memberikan sumbangan dalam meningkatkan taraf pendidikan negara.
Sekian. Terima Kasih Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pelaksanaan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran kontekstual pelajar pendidikan fizik Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang menjalani praktikal di sekolah
menengah sekitar negeri Johor. Seramai 41 orang pelajar fizik tahun akhir yang
telah menjalani latihan mengajar di sekolah telah dipilih secara rawak berkelompok
sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai
instrumen untuk mendapatkan data. Soal selidik ini mengandungi 26 soalan yang
mempunyai nilai kebolehpercayaan α= 0.83. Hasil kajian menunjukkan bahawa
tahap pelaksanaan Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual (PPPK)
pelajar pendidikan fizik UTM adalah pada tahap tinggi. Tidak terdapat perbezaan
yang signifikan dalam PPPK merentasi jantina serta jenis sekolah bandar atau luar
bandar. Seterusnya Ujian ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam pelaksanaan PPPK di kalangan kumpulan pelajar pendidikan fizik
yang mendapat gred A, A-,B+ dan B. Kolerasi Pearson antara pelaksanaan PPPK
dan pemasalahan adalah kecil tetapi signifikan. Masalah-masalah berkaitan dengan
pelaksanaan PPPK dibincangkan terperinci dalam kajian ini.
vi
ABSTRACT
The study is aimed at examining the approach practice of contextual teaching and
learning among UTM physics education students during their teaching practice in
the state of Johor. A total of 41 final year students who had undergone the teaching
practice were taken to be respondents of the study. A questionnaire to measure the
Practice of Contextual Teaching and Learning (PCTLA) consists of 26 items had a
reliability coefficient α= 0.83. The findings indicated that PCTLA among the UTM
physics education students is at high level. There were no significant differences in
PCTLA across gender and school location (rural & urban). An ANOVA analysis
also indicated that there were no significant differences in PCTLA across grades of
practical teaching. Further, there was a weak relationship between implementation
PCTLA and arising problems. Details of problems faced by students are also
discussed.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah
1.8.2 Kontekstul 7
1.8.1 Pengajaran 8
1.8.1 Tahap 8
1.8.1 Latihan Mengajar 8
1.9 Rumusan 8
viii
2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran
Kontekstual PPPK 10
2.2.1 Teori Pembelajaran Kontekstual 12
2.2.2 Strategi Pendekatan Kontekstual 13
2.3.3 Prinsip-Prinsip Pendekatan
Kontekstual 14
2.4 Hubungan PPPK terhadap Pemasalahan
Pelajar Pendidikan Fizik 16
2.5 Kajian-kajian lepas tentang PPPK 17
2.6 Rumusan 18
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 19
3.2 Reka Bentuk Kajian 19
3.3 Respondan Kajian 20
3.4 Alat Kajian 20
3.5 Tatacara Kajian 21
3.5.1 Kajian Rintis 22
3.5.2 Kajian Sebenar 22
3.6 Andaian Kajian 23
3.7 Analsis Data 23
3.8 Penutup 24
4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 25
4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden 26
ix
4.2.1 Taburan Responden mengikut Program 26
4.2.2 Taburan Responden mengikut Jantina 27
4.2.3 Taburan Responden mengikut Jenis
Sekolah Bandar atau Luar Bandar 27
4.2.4 Taburan Responden mengikut
Keputusan Gred Latihan Mengajar 28
4.3 Analisis Tahap Pelaksanaan Pendekatan
Pengajaran Dan Pembelajaran Kontekstual 28
4.3.1 Analisis Tahap PPPK berdasarkan
Jantina 28
4.3.2 Analisis perbezaan PPPK merentasi
Jantina 29
4.3.3 Analisis Tahap PPPK berdasarkan
Jenis Sekolah Bandar dan Luar Bandar 30
4.3.4 Analisis perbezaan PPPK merentasi
Jenis Sekolah Bandar dan Luar Bandar 30
4.3.5 Analisis perbezaan merentasi
Keputusan Gred Latihan Mengajar 32
4.3.6 Analisis Hubungan Pelaksaanaan
dengan Pemasalahan Pelaksanaan PPPK 33
4.4 Dapatan Item 34
4.4.1 Pelaksanaan PPPK 34
4.4.2 Pemasalahan PPPK 40
4.5 Penutup 49
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 50
5.2 Perbincangan Analisis Maklumat Diri
Responden 50
5.2.1 Bilangan Responden mengikut Program 51
5.2.2 Bilangan Responden mengikut Jantina 51
x
5.2.3 Bilangan Responden mengikut Jenis
Sekolah Bandar atau Luar Bandar 51
5.2.4 Bilangan Responden mengikut
Keputusan Gred Latihan Mengajar 52
5.3 Perbandingan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kontekstual 52
5.4 Cadangan 55
5.5 Cadangan Kajian Masa Lanjutan 56
5.6 Rumusan 57
RUJUKAN 59
LAMPIRAN 62
xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUALTAJUK
MUKA
SURAT
3.1 Pecahan item-item Bahagian B mengikut persoalan kajian 19
4.1 Taburan Responden mengikut Program 26
4.2 Taburan Responden mengikut Jantina 27
4.3 Taburan Responden mengikut jenis sekolah bandar atau
luar bandar 27
4.4 Taburan Responden mengikut Keputusan Gred Latihan
Mengajar 28
4.5 Analisis Tahap Pelaksanaan PPPK berdasarkan Jantina 29
4.6 Analisis perbezaan Pelaksanaan PPPK berdasarkan Jantina 29
4.7 Analisis Tahap Pelaksanaan PPPK berdasarkan Jenis
Sekolah Bandar dan Luar Bandar 30
4.8 Analisis perbezaan pelaksanaan PPPK berdasarkan Jenis
Sekolah Bandar atau Luar Bandar 31
4.9 Analisis berdasarkan Keputusan Gred Latihan Mengajar 32
4.10 Analisis Hubungan Pelaksanaan dengan Pemasalahan
PPPK 33
4.11 Taburan Item 1 34
4.12 Taburan Item 2 35
4.13 Taburan Item 3 35
4.14 Taburan Item 4 36
4.15 Taburan Item 5 37
4.16 Taburan Item 6 37
4.17 Taburan Item 7 38
4.18 Taburan Item 8 39
4.19 Taburan Item 9 39
xii
4.20 Taburan Item 10 40
4.21 Taburan Item 11 41
4.22 Taburan Item 12 41
4.23 Taburan Item 13 42
4.24 Taburan Item 14 42
4.25 Taburan Item 15 43
4.26 Taburan Item 16 43
4.27 Taburan Item 17 44
4.28 Taburan Item 18 44
4.29 Taburan Item 19 45
4.30 Taburan Item 20 45
4.31 Taburan Item 21 46
4.32 Taburan Item 22 46
4.33 Taburan Item 23 47
4.34 Taburan Item 24 47
4.35 Taburan Item 25 48
4.36 Taburan Item 26 48
xiii
SENARAI SINGKATAN
PPPK Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Kontekstual
UTM Universiti Teknologi Malasyia
LM Latihan Mengajar
PCTLA Practice of Contextual Teaching and Learning Approach
SPF Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendidikan (Fizik)
SPP Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Fizik)
ANOVA The Analysis Of Variance
CORD Center Occupational Research and Development
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Mata pelajaran fizik merupakan mata pelajaran yang digolongkan sebagai
mata pelajaran yang mempunyai banyak konsep yang abstrak. Konsep yang abstrak
ini perlu diterangkan oleh guru sewaktu pengajaran. Namun begitu, disebabkan
konsep yang abstrak ini membawa kepada situasi di mana pelajar sukar memahami
akan konsep tersebut. Bagi berhadapan dengan situasi sebegini, guru perlu
mempunyai kebijaksanaan dalam menggunakan pendekatan yang sesuai bagi
menerangkan konsep fizik yang abstrak.
Pengajaran fizik yang dianggap terlampau abstrak dan bersifat akademik
semata-mata merupakan antara faktor yang mempengaruhi tahap prestasi pelajar
yang rendah dalam mata pelajaran Fizik (Khalijah, 1987). Berdasarkan kenyataan
ini, sememangnya prestasi pelajar terkait dengan kefahaman mereka terhadap
konsep fizik yang bersifat abstrak ini. Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan
permasalahan ini, pendekatan pengajaran dan pembelajaran konstektual (PPPK)
digunakan bagi membolehkan murid dapat memahami konsep fizik dengan lebih
mudah. menurut Kolb (2001), PPPK didefinasikan sebagai suasana pembelajaran
2
yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya,
fizikal dan psikologi.
Maka dengan itu, PPPK berupa suatu pendekatan pengajaran yang membawa
masuk elemen-elemen pengalaman pelajar dalam kehidupan seharian bagi
membolehkan pelajar berasa lebih dekat terhadap konsep fizik yang dipelajari dalam
bilik darjah
1.2 Latar Belakang Kajian
Mengikut Laporan Kementerian Pendidikan (1993), salah satu faktor yang
menyebabkan kemerosotan peratusan pelajar sains tulen ialah Sains sukar dipelajari
dan membosankan. Disebabkan mata pelajaran fizik merupakan salah satu daripada
mata pelajaran sains tulen, maka fizik juga merupakan mata pelajaran yang sukar
dipelajari dan membosankan. Menurut Khalijah (1987), konsep fizik berupa konsep
yang sangat abstrak dan ia membawa kepada prestasi yang rendah dalam penilaian
peperiksaan atau ujian. Bersandarkan kepada kenyataan ini, maka adalah perlu untuk
guru memahami dengan baik pendekatan pengajaran dan pembelajaran konstektual
(PPPK) bagi membolehkan pelajar memahami dengan baik konsep fizik yang
dipelajari. Hal ini disokong oleh Rio (2007) yang telah membuat kajian berkaitan
PPPK dalam kalangan sekolah teknik yang mendapati bahawa pengajaran dan
pembelajaran kontekstual yang telah diamalkan di sekolah menengah teknik di
Malaysia didapati agak berkesan. Maka dengan itu, adalah suatu yang penting untuk
PPPK ini dikuasai oleh guru bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan.
Penerapan pendekatan pembelajaran secara kontekstual adalah untuk
membina asas yang kukuh bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik
Teras dan Matematik Tambahan. Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran secara
kontekstual akan dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran
3
Sains dan Matematik kerana adanya aktiviti "hands-on" serta topik pembelajaran
dikaitkan dengan kehidupan sebenar dan pekerjaan (Wilkinson, 1999). Pembelajaran
kontekstual melibatkan tujuh prinsip utama iaitu prinsip berobjektif, prinsip
membina, prinsip aplikasi, prinsip penyelesaian masalah, prinsip berpasukan, prinsip
penemuan dan prinsip hubungan.
Pengajaran kontekstual dilaksanakan dengan menggunakan lima strategi
seperti yang dinyatakan oleh Crawford (2001): strategi menghubung kait,
mengalami, menggunakan, bekerjasama dan memindahkan. Tujuan kelima-lima
strategi ini digunakan supaya pengajaran guru memberi penekanan terhadap
perhubungan antara konsep fizik dengan situasi kehidupan sebenar. Strategi
menghubung kait menggabungkan pengalaman kehidupan pelajar atau pengetahuan
sedia ada pelajar dengan konsep baru. Strategi mengalami melibatkan pelajar
dengan aktiviti penerokaan, penemuan dan perekaan melalui penggunaan
manipulatif, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti makmal. Manipulatif adalah
objek-objek ringkas yang digunakan untuk memodelkan konsep abstrak ke dalam
bentuk yang lebih konkrit. Melalui aktiviti penyelesaian masalah, pengetahuan
ditimbulkan secara semula jadi dalam situasi yang mengandungi masalah.
Oleh yang demikian, PPPK wajar untuk dikaji daripada segi tahap
pelaksanaan dalam kalangan guru pelatih bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran berlangsung secara lebih berkesan dengan menggunakan elemen
pengalaman latihan mengajar dan pelajaran berkaitan konteks fenomena
persekitaran yang berhubungan dengan konsep fizik.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengajaran fizik melibatkan pengajaran yang abstrak kerana konsep-konsep
fiziknya yang sukar untuk diterangkan secara berkesan serta sukar untuk difahami
oleh pelajar. Maka dengan itu, tahap pelaksanaan guru pelatih tentang PPPK ini
4
perlu untuk dikaji bagi membolehkan penyelidik mengenalpasti tahap pelakasanaan
mereka mengenai PPPK serta hubungan permasalahan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
a) Mengenalpasti tahap pelaksanaan pendekatan pengajaran secara kontekstual
dalam kalangan pelajar pendidikan fizik UTM menjalani latihan mengajar
berdasarkan jantina.
b) Mengenalpasti jika ada perbezaan dalam pelaksanaan pendekatan pengajaran
secara kontekstual dalam kalangan pelajar pendidikan fizik UTM menjalani
latihan mengajar merentasi jantina.
c) Mengenalpasti tahap pelaksanaan pendekatan pengajaran secara kontekstual
dalam kalangan pelajar pendidikan fizik UTM menjalani latihan mengajar
berdasarkan sekolah bandar atau luar bandar.
d) Mengenalpasti jika ada perbezaan dalam pelaksanaan pendekatan pengajaran
secara kontekstual dalam kalangan pelajar pendidikan fizik UTM menjalani
latihan merentasi sekolah bandar atau luar bandar.
e) Mengenalpasti jika ada perbezaan dalam pelaksanaan pendekatan pengajaran
secara kontekstual dalam kalangan pelajar pendidikan fizik UTM menjalani
merentasi keputusan pencapaian latihan mengajar.