saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filepengkaji telah menggunakan kaedah...

26

Upload: buituong

Post on 12-Aug-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan
Page 2: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia :

Tarikh :

Page 3: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DI KALANGAN GURU

PELATIH YANG MENGAMBIL KURSUS SAINS KOMPUTER DI

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KHOO VEE LYNN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

ii

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan, di mana-mana satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penyelia :

Tarikh :

Page 5: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

iii

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT,

Ibu yang Dikenangi,

Ayah yang Disayangi,

Adik yang Dikasihi,

Segala Doamu, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang

Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…

KHAS BUAT,

Pn Noor Azean bt Atan yang dikasihi,

Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..

Teman-teman Seperjuangan

Terima Kasih

Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajianku

Page 6: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

iv

PENGHARGAAN

Di ruangan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

pensyarah pembimbing saya iaitu Pn Noor Azean bt Atan yang telah banyak

membantu, memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Segala teguran, nasihat dan tunjuk

ajar dan kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.

Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditunjukkan kepada semua

guru pelatih SPT, SPP dan SPK yang telah menjadi responden bagi penyelidikan ini,

pensyarah, kakitangan yang terlibat, serta kawan-kawan seperjuangan yang banyak

membantu dan memberi kerjasama di sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan

ini.

Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan.

Page 7: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

v

ABSTRAK

Guru perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan pengetahuan teknikal atau

bidang tertentu tetapi juga dengan kemahiran insaniah yang mempunyai nilai tambah

merentasi bidang disiplin yang dipelajari. Kemahiran insaniah adalah penting supaya

guru pelatih boleh menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat menghadapi cabaran

dan keperluan tempat kerja. Oleh demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti

kesedaran dan tahap guru pelatih Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan (Matematik, Fizik dan Kimia) terhadap tujuh atribut kemahiran insaniah

yang diterapkan dalam Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, penyelidik

mengenalpasti hubungan antara subjek Sains Komputer serta perbezaan signifikan

antara ketiga-tiga kumpulan guru pelatih terhadap penerapan kemahiran insaniah.

Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru

pelatih tahun akhir fakulti pendidikan UTM diambil sebagai sampel kajian. Data

yang diperolehi dikaji dengan menggunakan SPSS 11.5 for Windows. Hasil kajian

ini mendapati kemahiran bekerja dalam kumpulan adalah yang paling banyak

diterapkan dalam peningkatan kemahiran insaniah guru pelatih UTM dan seramai

86.7% guru pelatih bersetuju bahawa subjek Teknologi Grafik, Animasi dan Video

dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah. Kajian ini dijangka dapat

dimanfaatkan oleh IPT dalam menerapkan kemahiran generik dan kemahiran IT

yang relevan di fakulti masing-masing.

Page 8: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

vi

ABSTRACT

Practical teachers should not only be exposed with technical or other specific

field but they must pose generic skills above their discipline field. Generic skills are

important so that practical teachers can adapt well in their working area. Thus, this

research is conducted to verify the awareness and the level of Bachelor Science and

Computer (Mathematics, Physics and Chemistry) training teachers with the seven

generic skills attribute instilled in University Technology Malaysia. In addition, the

researcher verifies the relationship between Computer Science subjects and the

significance difference within these three groups of practical teachers against the

generic skills. The researcher uses questionnaire method and seventy five final year

UTM training teachers were taken as research samples. The data were then

processed using SPSS 11.5 for Windows. The results showed that team working

skills is the most adapted and 86.7% practical teachers agreed that Technology

Graphic, Animation and Video subject do help in improving their generic skills.

Hopefully this survey will help higher institutions to absorb generic skills and IT

skills in the respective faculties.

Page 9: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii-xi

SENARAI JADUAL xii-xiv

SENARAI SINGKATAN xv-xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1-2

1.2 Latar belakang masalah 2-5

1.3 Pernyataan masalah 5-6

1.4 Objektif kajian 6-7

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Kepentingan kajian 7-8

1.7 Skop dan batasan kajian 8-9

1.8 Definisi Operasi 9

Page 10: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

viii

1.8.1 Keberkesanan 9

1.8.2 Tahap 9

1.8.3 Kemahiran 9

1.8.4 Kemahiran insaniah 9-10

1.8.5 Guru Pelatih 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Sejarah kemahiran insaniah 11-17

2.3 Kepentingan kemahiran insaniah 18-21

2.4 Perlaksanaan kemahiran di UTM 21-25

2.5 Matlamat kemahiran insaniah di UTM 25

2.6 Subjek-subjek Sains Komputer di Fakulti

Pendidikan

2.6.1 SPM 1012 (Telekomunikasi Dan

Rangkaian) 26

2.6.2 SPM 1002 (Teknologi Pengajaran

Dan Pembelajaran) 27

2.6.3 SPM 1702 (Rekabentuk Perisian

Multimedia) 27-28

2.6.4 SPM 2102 (Bahasa Pengaturcaraan I) 28-29

2.6.5 SPM 2322 (Bahasa Gubahan) 29-30

2.6.6 SPM 2303 (Teknologi Grafik,

Animasi, Audio & Video Digital) 30

2.6.7 SPM 3112 (Bahasa Pengaturcaraan II) 31

2.6.8 SPM 3112 (Bahasa Pengaturcaraan III) 31-32

2.6.9 SPM 4342/ SPT 4442 (Pembangunan

Multimedia Berasaskan Web) 32-33

2.6.10 SPM 4322 (Pembangunan Multimedia

Berasaskan CD-ROM) 33

2.6.11 SPT 5712/SPT 4712 (Kaedah

Mengajar Sains Komputer) 33-34

Page 11: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

ix

2.7 Jenis-jenis Instrumen Kajian 34-35

2.7.1 Soal Selidik 35

2.8 Kajian-kajian Berkaitan

2.8.1 Kajian Dalam Negeri 35-37

2.8.2 Kajian Luar Negeri 37-38

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk kajian 39-40

3.3 Tempat Kajian 40

3.4 Populasi Kajian 40-41

3.5 Sampel kajian 41-42

3.6 Prosedur kajian 42

3.7 Instrumen Kajian 42-44

3.8 Kajian Rintis 45

3.9 Kaedah Pengumpulan Data 46

3.10 Kaedah Penganalisaan Data 46-49

3.11 Penutup 50

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 51

4.2 Analisis Data Bahagian I 52

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina 52

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 52-53

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Kumpulan Etnik 53

4.2.4 Taburan Pemahaman Kemahiran

Insaniah Responden 53-54

4.2.5 Taburan Pengetahuan Atribut

Page 12: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

x

Kemahiran Insaniah di UTM 54

4.2.6 Taburan Pendapat Tentang

Kemahiran Insaniah 55

4.2.7 Taburan Pendapat Subjek Sains

Komputer Yang Menolong

Meningkatkan Kemahiran Insaniah 56-57

4.2.8 Taburan Pendapat Tentang Kemahiran

Generik Yang Diterapkan Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran 57-58

4.3 Analisis Data Bahagian II 58

4.3.1 Taburan Pendapat Tentang Kemahiran

Komunikasi Yang Diterapkan Dalam

Mata Pelajaran Sains Komputer 59-60

4.3.2 Taburan Pendapat Tentang Kemahiran

Bekerja Dalam Kumpulan Yang

Diterapkan Dalam Mata Pelajaran Sains

Komputer 61-62

4.3.3 Taburan Pendapat Tentang

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Yang Diterapkan Dalam Mata

Pelajaran Sains Komputer 63-64

4.3.4 Taburan Pendapat Tentang

Kemahiran Fleksibel Yang

Diterapkan Dalam Mata

Pelajaran Sains Komputer 65-66

4.3.5 Taburan Pendapat Tentang

Kemahiran Pembelajaran Sepanjang

Hayat Yang Diterapkan Dalam Mata

Pelajaran Sains Komputer 67-68

4.3.5 Taburan Pendapat Tentang Kemahiran

Keyakinan Diri Yang Diterapkan

Dalam Mata Pelajaran Sains Komputer 69-70

4.3.6 Taburan Pendapat Tentang Kemahiran

Etika/Moral Yang Diterapkan Dalam

Page 13: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

xi

Mata Pelajaran Sains Komputer 71-72

4.3.7 Perbezaan Signifikan Antara Guru

Pelatih UTM 73-77

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Perbincangan 78-79

5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama 79-80

5.2.2 Pencapaian Objektif Kedua 80-81

5.2.3 Pencapaian Objektif Ketiga 81-82

5.2.4 Pencapaian Objektif Keempat 82-86

5.2.5 Pencapaian Objektif Kelima 86-87

5.3 Kesimpulan 87-88

5.4 Cadangan 88

5.4.1 Cadangan Pengkaji 89-92

5.4.2 Cadangan Pengkaji Akan Datang 92

5.5 Penutup 93

SENARAI RUJUKAN 94

LAMPIRAN 95-96

Page 14: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL PENERANGAN MUKA

SURAT

2.1 Jadual Perbandingan kemahiran insaniah di Negara Australia,

Britain, Amerika Syarikat dan New Zealand mengikut Mayer

(1992)

12

2.2 Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat seperti yang terdapat

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi

Kementerian Pendidikan Malaysia 2001

13

3.1 Taburan Responden Kajian 38

3.2 Taburan item-item soalan soal selidik 40

3.3 Taburan bentuk soalan mengikut bahagian 41

3.4 Skala pemeringkatan Likert (Mohd Najib, 1999) 41

3.5 Pengelasan tahap kemahiran komunikasi dalam mata

pelajaran Sains Komputer

44

3.6 Pengelasan tahap kemahiran bekerja dalam kumpulan dalam

mata pelajaran Sains Komputer

44

3.7 Pengelasan tahap kemahiran menyelesaikan masalah dalam

mata pelajaran Sains Komputer

45

3.8 Pengelasan tahap kemahiran fleksibel atau mampu

menyesuaikan diri dalam mata pelajaran Sains Komputer

45

3.9 Pengelasan tahap kemahiran pembelajaran sepanjang hayat

dalam mata pelajaran Sains Komputer

45

3.10 Pengelasan tahap kemahiran keyakinan diri dalam mata

pelajaran Sains Komputer

45

3.11 Pengelasan tahap kemahiran etika atau moral dalam mata

pelajaran Sains Komputer

46

3.12 Penentuan perbezaan signifikan 46

Page 15: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

xiii

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

jantina

49

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus 49

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut etnik 50

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Pemahaman Kemahiran

Insaniah Responden

50

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Pengetahuan Atribut

Kemahiran Generik Responden

51

4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Pendapat Responden

Tentang Kemahiran Generik

51

4.7 Skor min kemahiran insaniah yang banyak diterapkan dalam

pembelajaran subjek Sains Komputer

52

4.8 Taburan Kekerapan dan Peratusan Pengetahuan Atribut

Kemahiran Insaniah Responden

53

4.9 Pengaruh Mata Pelajaran Sains Komputer Terhadap Tahap

Kemahiran Komunikasi

55

4.10 Pengaruh Mata Pelajaran Sains Komputer Terhadap Tahap

Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan

57

4.11 Pengaruh Mata Pelajaran Sains Komputer Terhadap Tahap

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

59

4.12 Pengaruh Mata Pelajaran Sains Komputer Terhadap Tahap

Kemahiran Fleksibel atau Mampu Menyesuaikan Diri

61

4.13 Pengaruh Mata Pelajaran Sains Komputer Terhadap Tahap

Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat

63

4.14 Pengaruh Mata Pelajaran Sains Komputer Terhadap Tahap

Kemahiran Keyakinan Diri

65

4.15 Pengaruh Mata Pelajaran Sains Komputer Terhadap Tahap

Kemahiran Etika atau Moral

67

4.16 Kesimpulan Mata Pelajaran Sains Komputer Dalam

Peningkatan

68

Page 16: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

xiv

Kemahiran Insaniah Guru Pelatih UTM

4.17 Ujian One-Way ANOVA Untuk Mengenal Pasti Perbezaan

Signifikan Guru Pelatih Dengan Kemahiran Komunikasi

69

4.18 Ujian One-Way ANOVA Untuk Mengenal Pasti Perbezaan

Signifikan Guru Pelatih Dengan Kemahiran Bekerja Dalam

Kumpulan

69

4.19 Ujian One-Way ANOVA Untuk Mengenal Pasti Perbezaan

Signifikan Guru Pelatih Dengan Kemahiran Menyelesaikan

Masalah

70

4.20 Ujian One-Way ANOVA Untuk Mengenal Pasti Perbezaan

Signifikan Guru Pelatih Dengan Kemahiran Fleksibel

70

4.21 Ujian One-Way ANOVA Untuk Mengenal Pasti Perbezaan

Signifikan Guru Pelatih Dengan Kemahiran Pembelajaran

Sepanjang Hayat

71

4.22 Ujian One-Way ANOVA Untuk Mengenal Pasti Perbezaan

Signifikan Guru Pelatih Dengan Kemahiran Keyakinan Diri

71

4.23 Ujian Post-Hoc ANOVA Sehala 72

4.24 Ujian One-Way ANOVA Untuk Mengenal Pasti Perbezaan

Signifikan Guru Pelatih Dengan Kemahiran Etika

72

4.25 Ujian One-Way ANOVA Untuk Mengenal Pasti Perbezaan

Signifikan Guru Pelatih Dengan Semua Kemahiran

73

Page 17: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

xv

SENARAI SINGKATAN

ANOVA Analysis of Variance

ASP Active Server Page

CGI Common Gateway Interface

CTL Centre for Teaching and Learning

HTML HyperText Markup Language

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

KI Kemahiran Insaniah Bernilai Tambah

KIM Kemahiran Insaniah Mesti

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KUKTEM Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia

LSD Least Significant Different

MSC Multimedia Super Corridor

NITA National Information Technology Agenda

PBL Problem Based-Learning

PSM Projek Sarjana Muda

R & D Research and Development

SLG Skim Latihan Graduan

SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

SPSS Statistical Package for Social Science

Page 18: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

xvi

SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

UK United Kingdom

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UMP Universiti Malaysia Pahang

UMS Universiti Malaysia Sabah

UniMAP Universiti Malaysia Perlis

UNIPEN Unit Pengajaran dan Pembelajaran

URL Uniform Resource Locator

UTM Universiti Teknologi Malaysia

UUM Universiti Utara Malaysia

WWW World Wide Web

Page 19: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

Borang soal-selidik 95

UTM Graduate Attributes & Generic Skills 96

Page 20: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu

yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika

dan Eropah sejak awal tahun 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati

arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia

bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi

berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan

pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Giesert dan Futrell (1990) menegaskan bahawa seseorang guru yang

menggunakan komputer dalam pengajaran pembelajaran boleh dikategorikan sebagai

mempunyai bakat dan kebolehan tambahan. Kesedaran mengenai pentingnya

kemahiran komputer, kini bukan lagi terhad di kawasan bandar, malah masyarakat di

luar bandar sudah mula menyedari dan mempelajarinya. Pengajaran yang disertakan

dengan bahan bantu mengajar yang terkini akan dapat menambahkan minat pelajar

mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu jika komputer dapat

digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru ia akan mampu menyelesaikan

sebarang masalah pengajaran pembelajaran.

Sehubungan itulah pihak kerajaan atau Kementerian Pendidikan khususnya

sentiasa mengadakan kursus pengenalan komputer dan membina bahan berbantukan

Page 21: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

2

komputer bagi guru pelatih dan guru dalam perkhidmatan. Menerusi program

pendidikan sains komputer dan pendidikan bagi guru pelatih Fakulti Pendidikan

adalah bukan sahaja bertumpu kepada penggunaan tetapi juga pembangunan bahan

pengajaran berbantukan komputer. Tegasnya penggunaan ICT dalam dunia

pendidikan dapat membantu warga pendidik dan pelajar dalam memantapkan diri

khususnya ilmu kemahiran membabitkan bidang teknologi. Walau bagaimanapun

aspek kerohanian tidak wajar dipinggirkan.

Kejayaan dalam perkembangan dunia teknologi telah membawa kepada

ledakan maklumat hari ini. Semua lapisan masyarakat menyedari hakikat ini serta

mencuba sedaya upaya untuk bergerak mengatur langkah seiring dengan

perkembangan yang dibawa oleh ledakan maklumat ini. Rekaan peralatan teknologi

yang canggih membantu meletakkan sumber maklumat dihujung jari. Sebenarnya

kesan teknologi maklumat ini turut mempengaruhi dan mengubah sistem pendidikan

di negara kita. Perubahan ini bukan sahaja dapat dirasai oleh pihak pengurusan dan

pentadbiran pendidikan tetapi telah mengubah kurikulum dalam pendidikan yang

melibatkan pengajaran dan pembelajaran.

Walaupun fokus atau pengwujudan sekolah bestari adalah merujuk kepada

penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, penerapan kemahiran insaniah

di kalangan pelajar sekolah juga tidak dilupakan. Dengan kemahiran ini, ia akan

dapat melahirkan guru yang mahir teknologi maklumat dan berketrampilan sebagai

guru bestari. Justeru itu, graduan bakal guru-guru perlu diterapkan terlebih dahulu

dengan komponen kemahiran insaniah sebelum mereka memulakan kerjaya seorang

guru di peringkat sekolah.

1.2 Latar belakang masalah

Bermula pada tahun 1980an, perubahan mendadak dalam bidang teknologi,

pengeluaran dan pemasaran, ICT dan pergerakan pekerja telah meningkatkan

persaingan di dunia tanpa sepadan. Bagi mengekalkan daya saing dan memastikan

kemandirian (survival) organisasi, pihak industri telah mengenal pasti sumber

Page 22: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

3

manusia sebagai aset paling penting. Walau bagaimanapun, pihak industri tidak

mempunyai banyak masa untuk melatih atau melatih semula tenaga kerja dari IPT.

Perkara yang diperlukan ialah sumber manusia yang dinamik dan versatile yang

boleh menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat menghadapi cabaran dan keperluan

tempat kerja. Sehubungan itu, graduan perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan

pengetahuan teknikal atau bidang tertentu tetapi juga dengan sikap, kemahiran dan

trait yang betul. Secara umumnya, mereka memerlukan kemahiran generik yang

mempunyai nilai tambah merentasi bidang disiplin yang dipelajari.

Oleh itu, pendidikan di Malaysia sentiasa berusaha secara berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dalam intelek, rohani, emosi dan

jasmani (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1995). Agenda utama dalam Sistem

Pendidikan Negara adalah untuk menimbulkan kesedaran semua pihak terhadap

perubahan pesat yang dibawa oleh arus teknologi terkini serta peranan yang boleh

dimainkan oleh sistem teknologi maklumat serta komputer dalam sistem pendidikan.

Pelaksanaan program pendidikan komputer merupakan langkah yang penting dalam

usaha menjadikan komputer sebahagian daripada sistem pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Dalam penekanan kemahiran komputer, kemahiran insaniah juga penting

sama sekali. Kemahiran insaniah atau soft skill mempunyai pelbagai nama:

antaranya seperti yang disenaraikan oleh National Centre for Vacasional Education

Research Australia (2003) iaitu core skills, key skills, common skills (United

Kingdom), essential skills (New Zealand), key competencies, employability skills,

generic skills (Australia), basic skills, necessary skills, workplace know-how (United

States), critical enabling skills (Singapore) dan trans-disciplinary goals

(Switzerland). Menurut Jackson (1999), soft skills meliputi “a wide variety of basic

knowledge, values, and life skills that are necessary to obtain a job and keep it”

sementara bagi Alpern (1997), soft skills merupakan kemahiran yang dianggap

sangat penting bagi membolehkan seseorang pekerja untuk bekerja “smarter, not

harder”.

Page 23: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

4

Pada asasnya kemahiran generik diperlukan kerana keperluan untuk sentiasa

berdaya saing, keperluan untuk mendapatkan ilmu baru dalam dunia berasaskan ilmu

(k-world) sekarang ini, keperluan untuk bersosial dan berinteraksi dalam dunia yang

serba kebergantungan dan keperluan tempat kerja.

Memiliki ijazah sahaja tidak mampu menjamin seseorang calon atau graduan

boleh mendapat pekerjaan memandangkan persaingan sengit dunia pasaran pekerjaan

hari ini. “Justeru, IPT perlu mengguna pakai pendekatan yang betul dan sesuai untuk

menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan graduan. Antara kemahiran yang

harus dikuasai ialah kebolehan berkomunikasi, penguasaan bahasa, keupayaan

berfikir secara kritis, kemampuan menyelesaikan masalah, keserasian bekerja dalam

pasukan, memiliki daya keusahawanan, bakat kepimpinan serta nilai moral dan etika

tinggi,” Datuk Mustapha Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, ketika

melancarkan modul Pembangunan Kemahiran Insaniah di Pusat Pendidikan Luar

Universiti Putra Malaysia pada Ogos 2006 (dipetik dari Edisi Khas Tribunputra

UPM).

“Constant change is the order of the day…. Graduates often turn up without

a clue to the changing dynamic global industrial environment.”…“The key

parameters of having the ability to learn continuously are:

i. The ability to search for information from raw data and subsequently to

use imperfect information to make decisions.

ii. The ability to use technology to acquire information

iii. The ability to network with people of other discipline

iv. The ability to understand inter-related issue of societal, organisational

and business dimensions.

A constant changing environment and the need to add value to gain competitive

advantage demand for creativity, lateral thinking, agility and risk taking.”

(Datuk Paul Low (2002), Vice-President, Federation of Malaysian Manufacturers

dalam ucapannya yang bertajuk Meeting the needs of the industry: The challenge to

training and education institutions)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai sebuah universiti yang bervisi

untuk menjadi pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia melalui

Page 24: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

5

kreativiti telah menyenaraikan tujuh atribut graduan yang diharapkan dapat

menghasilkan pelajar yang mahir dalam apa jua bidang. Justeru itu, Pusat

Pengajaran dan Pembelajaran atau dalam bahasa Inggerisnya Centre for Teaching

and Learning (CTL) telah diberi nama pada 24 November 2004 menggantikan nama

Unit Pengajaran dan Pembelajaran (UNIPEN) telah dibina bertujuan untuk menolong,

mengajar dan memberi sokongan kepada staf UTM untuk membangunkan dan

meningkatkan kualiti proses pengajaran-pembelajaran. CTL memberi sokongan

secara individu, kumpulan seterusnya melalui program-program tertentu di dalam

dan di luar kelas bagi menolong staf dan mewujudkan suasana pembelajaran yang

berkualiti. CTL juga memberi sokongan kepada pelajar melalui program-program

tertentu supaya pelajar dapat memanfaat kemahiran insaniah di samping cemerlang

dalam kurikulum. Selain itu, UTM memperolehi status MSC (Multimedia Super

Corridor) pada 2002. Dengan pengiktirafan status MSC ini menjadikan UTM lebih

proaktif di dalam menyediakan khidmat pendidikan tinggi di bidang teknologi

maklumat kerana dengan pengiktirafan tersebut, UTM berkelayakan untuk

mendapatkan geran R&D (Research and Development).

Oleh itu, dalam lembaran seterusnya, satu kajian akan dijalankan mengenai

keberkesanan mata pelajaran Sains Komputer di Fakulti Pendidikan terhadap

peningkatan kemahiran insaniah guru pelatih.

1.3 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada petikan dari laman web CTL UTM, “Di UTM, kebanyakan

program akademik direkabentuk dan dibangunkan berasaskan atribut yang ditetapkan

oleh badan profesional. Selain daripada kemahiran dari aspek teknikal dalam bidang

pengkhususan masing-masing, kemahiran insaniah (kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran

berkerja secara berkumpulan dan lain-lain lagi) merupakan atribut yang amat perlu

dikuasai dan diamalkan oleh graduan universiti, khususnya di era persaingan global

berasaskan pengetahuan dan k-ekonomi ini.”

Page 25: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

6

Menerusi subjek Sains Komputer yang diambil oleh pelajar FP dari tahun

satu hingga tahun empat, banyak aktiviti dan penilaian telah dibuat untuk

menerapkan kemahiran insaniah. Subjek-subjek yang perlu diambil adalah

Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran, Telekomunikasi dan Rangkaian,

Rekabentuk Perisian Multimedia, Bahasa Pengaturcaraan I, Bahasa Gubahan,

Teknologi Grafik, Animasi dan Video Digital, Elektif Teknologi Maklumat &

Multimedia I, Elektif Teknologi Maklumat & Multimedia II dan Kaedah Mengajar

Sains Komputer. Dalam semua subjek-subjek ini, komponen kemahiran insaniah

secara langsung dan tidak langsung diterapkan ke atas pelajar untuk melahirkan

guru-guru bestari.

Walau bagaimanapun, dapatan dan kajian terhadap atribut ini belum lagi

dijalankan ke atas guru-guru pelatih Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan (Matematik), Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

dan Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) yang

memfokuskan subjek Sains Komputer sahaja. Oleh itu, pengkaji ingin membuat

kajian kemahiran insaniah dalam kurikulum subjek-subjek Sains Komputer kerana

kurang kajian tentang keberkesanan kemahiran terhadap subjek-subjek ini dilakukan.

Selain itu, tahap insaniah pelajar dalam fakulti pendidikan kurang dikaji. Oleh itu,

satu kajian perlu dilaksanakan untuk mengkaji tahap kemahiran insaniah pelajar dan

melihat bagaimana subjek-subjek Sains Komputer boleh membantu meningkatkan

tahap kemahiran insaniah pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Berikut adalah objektif bagi kajian Keberkesanan Mata Pelajaran Sains

Komputer Terhadap Tahap Kemahiran Insaniah Di Kalangan Guru Pelatih Fakulti

Pendidikan UTM:

a) Mengenal pasti sama ada guru pelatih Sarjana Muda Sains dan Komputer

serta Pendidikan (Matematik, Fizik dan Kimia) tahu berkenaan atribut

kemahiran insaniah.

Page 26: Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... filePengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan

7

b) Mengenal pasti subjek Sains Komputer yang dapat mempertingkatkan

kemahiran insaniah di kalangan guru pelatih.

c) Mengenal pasti kemahiran insaniah yang diterapkan dalam subjek Sains

Komputer kepada guru pelatih.

d) Mengenal pasti tahap bagi setiap kemahiran insaniah di kalangan guru pelatih.

e) Mengenal pasti perbezaan signifikan di antara guru pelatih SPK, SPT dan

SPP terhadap penerapan kemahiran insaniah.

1.5 Persoalan Kajian

a) Adakah guru pelatih Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik, Fizik dan Kimia) tahu berkenaan atribut kemahiran insaniah?

b) Apakah subjek Sains Komputer yang dapat meningkatkan kemahiran

insaniah di kalangan guru pelatih?

c) Apakah kemahiran insaniah yang diterapkan dalam subjek Sains Komputer?

d) Apakah tahap kemahiran insaniah di kalangan guru pelatih?

e) Adakah terdapat perbezaan signifikan di antara guru pelatih SPK, SPT dan

SPP terhadap penerapan kemahiran insaniah?