borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. topik grafik dalam...

85
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN SOSIAL MENERUSI WEB BAGI MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN AKTIF SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya NUR AIN BINTI JOHARI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: B216, JALAN WAN AHMAD, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN. Tarikh: 16 DISEMBER 2010 Tarikh: 16 DISEMBER 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). DR. JAMALLUDIN BIN HARUN Nama Penyelia TIDAK TERHAD SULIT TERHAD Disahkan oleh

Upload: dangthu

Post on 30-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN SOSIAL MENERUSI WEB BAGI MENGGALAKKAN

PEMBELAJARAN AKTIF

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya NUR AIN BINTI JOHARI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

B216, JALAN WAN AHMAD,

17500 TANAH MERAH,

KELANTAN.

Tarikh: 16 DISEMBER 2010 Tarikh: 16 DISEMBER 2010

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

DR. JAMALLUDIN BIN HARUN

Nama Penyelia

TIDAK TERHAD

SULIT

TERHAD

Disahkan oleh

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN SOSIAL MENERUSI WEB BAGI MENGGALAKKAN

PEMBELAJARAN AKTIF

NUR AIN BINTI JOHARI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan (Teknologi Pendidikan) ”

Tanda tangan : .........................................................

Nama penyelia : DR. JAMALLUDIN BIN HARUN

Tarikh : 16 Disember 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

iii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda tangan : ...................................................

Nama penulis : CIK NUR AIN BINTI JOHARI

Tarikh : 16 Disember 2010

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

iv

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat pensyarah

pembimbing merangkap penyelia saya iaitu Dr. Jamalludin bin Harun di atas segala

nasihat, tunjuk ajar, dorongan serta kesabaran yang diberikan dalam membimbing

saya sepanjang menyiapkan projek ini dari awal hinggalah akhirnya.

Jutaan terima kasih juga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam menjayakan kajian ini.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih;

Teristimewa buat:

Ayahanda dan bonda tercinta,

Hj Johari bin Salleh dan Hajah Siti Faridahwati binti Mohd Zin,

di atas segala nasihat, dorongan dan doa yang tidak putus buat anakanda.

Redha kalian ku dambakan setelah redha Allah dan Rasul.

Adik-adik yang tersayang,

Illi Nadia, Firdaus, Naufal, Abqari dan Aqilah,

Kalian sumber inspirasi dan kekuatan kak long untuk terus melakar kejayaan.

Buat bakal imamku,

Terima kasih di atas sokongan.

Juga buat sahabat-sahabat seperjuangan,

Guru-guru yang telah mendidikku hingga ke tahap ini,

Pensyarah-pensyarah di UTM,

Ahli keluarga besarku,

Serta semua yang mengenali diri ini,

Terima kasih di atas segalanya....

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

vi

ABSTRAK

Teknologi pada masa kini telah banyak merangsang pelbagai pendekatan baru

dalam pembelajaran termasuklah e-pembelajaran. Penggunaan sistem pengurusan e-

pembelajaran atau Learning Management System (LMS) misalnya dapat membantu

pensyarah untuk merancang pembelajaran dengan lebih berkesan di samping

memudahkan pelajar untuk mengaksesnya walau di mana sahaja berada. Namun

begitu, e-pembelajaran berpandukan LMS masih lagi terikat kepada persekitaran

pembelajaran formal di mana pensyarah yang menentukan aktiviti dan corak

pembelajaran di dalamnya. Oleh itu, tujuan projek ini adalah untuk melihat kepada

potensi pengintegrasian LMS dengan persekitaran pembelajaran yang lebih tidak

formal yang juga dikenali sebagai persekitaran pembelajaran sosial atau social

learning environmet (SLE) khususnya dalam meningkatkan penglibatan aktif pelajar

dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media

Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai kandungan pembelajaran

dalam pembangunan sistem ini. Soal selidik dijalankan kepada 10 orang responden

iaitu pelajar Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) yang mengambil

matapelajaran ini. Temubual juga dijalankan secara terbuka kepada 2 orang

responden yang terpilih dari sampel yang sama. Hasil daripada kajian yang

dijalankan, didapati pelajar menerima sistem e-pembelajaran ini sebagai medium

pembelajaran. Selain itu, tahap kesenangan untuk pelajar belajar, tahap keberkesanan

sistem dalam membantu pembelajaran pelajar serta ciri-ciri yang paling digemari

oleh pelajar dalam pengintegrasian LMS dan pendekatan SLE ini juga turut dinilai

sama. Pengintegrasian ini diharapkan dapat menjadi satu medium baru dalam e-

pembelajaran dalam meningkatkan penglibatan aktif pelajar serta sebagai medium

penyaluran dan perkongsian sumber pengajaran dan pembelajaran.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

vii

ABSTRACT

Nowadays, current technology has inspired a lot of new approaches in

learning process including the e-learning. The use of Learning Management System

(LMS) for example can help lecturers to plan their teaching more effectively and

facilitate students to access it at their own pace and time. However LMS is still

bound to the formal learning environment as the lecturers are the one who decide the

activities and patterns of learning inside the e-learning. Therefore, this project aimed

to look at the potential of the integration of LMS with an informal learning

environment, also known as Social Learning Environment (SLE), particularly in

increasing active participitation from students in e-learning. The topic ‘Grafik’ in

Technology and Media Design subject at tertiary level is chosen as the learning

content in this system. Questionnaire was distributed to ten respondents who were

students of Bachelor of Education (Educational Technology). Open interviews were

also conducted to two respondents from the same sample. The result of the study

shows that students accept this e-learning system as a medium of learning. Besides

that, the ease level for students to learn, the effectiveness level of the system to help

students learning and the most popular characteristics in the integration of the LMS

and SLE approach were also considered. It is hoped that it can be a new medium in

e-learning in enhancing active involvement from students in learning process as well

as the medium of distribution and sharing of teaching and learning resources among

lecturers and students.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGESAHAN PENYELIA

PENGESAHAN PEMBANGUN

PENGHARGAAN

DEDIKASI

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xvii

xx

xxii

xxiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Skop Kajian

1.7 Rasional Kajian

1

3

9

11

12

12

13

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xiii

1.8 Kepentingan Kajian

1.8.1 Pelajar

1.8.2 Pensyarah

1.8.3 Universiti

1.8.4 Masyarakat

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 E-pembelajaran

1.9.2 LMS

1.9.3 SLE

1.9.4 Pembelajaran formal (formal

learning)

1.9.5 Pembelajaran tidak formal

(informal learning)

3.7 Penutup

14

15

15

15

16

16

16

17

17

18

18

18

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 E-pembelajaran

2.3 Learning Management System (LMS)

2.4 Moodle

2.5 Pembelajaran formal dan tidak formal

(informal)

2.6 Pembelajaran Aktif

2.7 Social Learning Environment (SLE)

2.8 Mahara

2.8 Reka Bentuk Pengajaran

2.8.1 Model Reka Bentuk ADDIE

2.8.2 Model Reka Bentuk ASSURE

2.8.3 Model Reka Bentuk Hanaffin &

Peck

2.9 Penutup

20

21

22

25

26

27

28

30

31

31

35

37

39

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xiv

BAB 3 REKA BENTUK KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Model Reka Bentuk Intruksi dalam

Sistem

3.2.1 Fasa Analisis

3.2.2 Fasa Reka Bentuk

3.2.3 Fasa Pembangunan

3.2.4 Fasa Implementasi atau

Pelaksanaan

3.2.5 Fasa Penilaian

3.3 Reka Bentuk Sistem

3.3.1 Reka Bentuk Informasi

3.3.2 Reka Bentuk Interaksi

3.4.3 Reka Bentuk Antaramuka/Visual

3.4 Aliran Perjalanan Sistem

3.5 Reka Bentuk Kajian

3.6 Populasi dan Persampelan

3.7 Instrumen

3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Instrumen

3.9 Kajian Rintis

3.10 Pengumpulan Data

3.11 Analisis Data

3.12 Penutup

40

41

41

43

43

44

44

45

45

48

49

50

53

53

55

59

59

62

63

64

BAB 4 HASIL REKA BENTUK SISTEM

4.1 Pengenalan

4.2 Hasil Reka Bentuk Sistem

4.2.1 Reka bentuk informasi

4.4.1.1 Topik 1 (Graphic: An

Introduction)

66

67

69

70

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xv

4.4.1.2 Topik 2 (Bitmap vs

Vector: Graphic Category)

4.4.1.3 Topik 3 (Working with

Graphic)

4.2.2 Reka bentuk interaksi

4.2.2.1 Forum

4.2.2.2 Chat

4.2.2.3 Blog

4.2.2.4 Jaringan Sosial (Social

Network)

4.2.2.5 Portfolio

4.2.3 Reka bentuk antaramuka

4.3 Analisis Dapatan Soal Selidik

4.4 Latar Belakang Responden

4.4.1 Jantina

4.4.2 Kewarganegaraan

4.4.3 Mod Pengajian

4.4.4 Latar Belakang Pendidikan (Ijazah

Sarjana Muda)

4.5 Dapatan Kajian (Bahagian B)

4.6 Dapatan Kajian (Bahagian C)

4.7 Dapatan Kajian (Bahagian D)

4.8 Dapatan Kajian (Bahagian E)

4.9 Analisis bagi Dapatan Penilaian Umum

4.10 Analisis bagi Temubual

4.11 Penutup

73

78

80

81

82

83

84

86

87

91

92

92

93

93

94

95

96

97

99

101

102

105

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan mengenai tahap kepuasan

pelajar dalam melibatkan diri dalam

persekitaran pembelajaran yang

106

107

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xvi

disediakan

5.3 Perbincangan mengenai tahap kesenangan

untuk belajar dalam persekitaran

pembelajaran yang disediakan

5.4 Perbincangan mengenai tahap

keberkesanan sistem dalam membantu

pembelajaran pelajar melalui aktiviti

pembelajaran yang dirancang

5.5 Perbincangan mengenai ciri-ciri dalam

pengintegrasian LMS dan pendekatan

SLE yang paling digemari oleh pelajar

dan berpotensi meningkatkan penglibatan

aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran

5.6 Rumusan

5.7 Kelebihan Sistem

5.3.1 Menggunakan platform sumber

terbuka

5.3.2 Mesra pengguna

5.3.3 Melibatkan pengguna secara aktif

5.3.4 Medium interaksi lebih luas

5.4 Kelemahan Sistem

5.4.1 Fokus pada topik-topik tertentu

5.5 Masalah-masalah dalam pembangunan

sistem

5.5.1 Pengaplikasian pembelajaran aktif

5.5.2 Masalah di Server

5.6 Cadangan kajian dan pembangunan

lanjutan

5.7 Penutup

108

110

112

114

114

115

115

116

116

117

117

117

118

118

119

120

RUJUKAN

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

122

125

131

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1

1.2

2.1

2.2

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

Rajah menunjukkan model 80:10 menurut Jay

Cross

Rajah menunjukkan model 70:20:10 menurut

Jay Cross

Rajah Model Reka Bentuk ADDIE

Rajah Model Reka Bentuk Hannafin and Peck

Rajah menunjukkan paparan utama Learning

Centre

Rajah menunjukkan paparan utama Social

Centre

Rajah menunjukkan paparan log masuk

pengguna

Rajah menunjukkan paparan utama Learning

Centre setelah pengguna log masuk

Rajah menunjukkan paparan utama Social

Centre setelah pengguna log masuk

Rajah menunjukkan paparan bagi Topik 1 iaitu

Graphic: An Introduction

Rajah menunjukkan paparan bagi slaid

persembahan Introduction to Graphic

Rajah menunjukkan paparan book dalam topik

1 berkenaan Advantages of Using Graphic

7

7

32

37

67

67

68

69

69

70

71

71

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xviii

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

4.19

4.20

4.21

4.22

4.23

4.24

4.25

Rajah menunjukkan contoh jurnal yang

dilampirkan

Rajah menunjukkan paparan bagi Topik 2 iaitu

Bitmap vs Vector: Graphic Category

Rajah menunjukkan paparan bagi slaid

persembahan Bitmap vs Vector

Rajah menunjukkan paparan ruangan Vector

Graphic - group

Rajah menunjukkan paparan ruangan Bitmap

Graphic - group

Rajah menunjukkan paaparan ruangan memuat

naik fail dalam Group

Rajah menunjukkan contoh paparan blog

Rajah menunjukkan ruangan forum: Bitmap

and Vector Graphic

Rajah menunjukkan paparan bagi Topik 3 iaitu

Working with Graphic

Rajah menunjukkan paparan bagi ruang Files

pelajar di Social Centre

Rajah menunjukkan paparan Files yang telah

dimuat naik pengguna dan dikongsi bersama

pengguna lain

Rajah menunjukkan paparan bagi slaid

persembahan Basic Multimedia Design

Principles

Rajah menunjukkan paparan ruangan forum

Rajah menunjukkan paparan ruangan chat

Rajah menunjukkan paparan senarai blog

pengguna

Rajah menunjukkan paparan membuat post

baru di blog

Rajah menunjukkan paparan ruangan profil

pengguna

72

73

74

75

75

76

76

77

78

79

79

80

82

83

84

84

85

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xix

4.26

4.27

4.28

4.29

Rajah menunjukkan paparan ruangan portfolio

pengguna

Rajah menunjukkan contoh paparan portfolio

pengguna – koleksi video dari Youtube

Rajah menunjukkan paparan muka utama

Learning Centre

Rajah menunjukkan paparan muka utama

Social Centre

86

87

89

90

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xx

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1

3.2

3.3

3.4

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

Jadual menunjukkan penerangan ringkas

mengenai pembahagian item pada borang soal

selidik

Jadual menunjukkan format skala Likert

Rajah Model Reka Bentuk ADDIE

Jadual menunjukkan penerangan ringkas nilai

kebolehpercayaan (α) item pada borang soal

selidik

Jadual menunjukkan objektif kajian bersama

analisa yang digunakan

Jadual menunjukkan pentafsiran skor min

Jadual menunjukkan taburan responden

mengikut jantina

Jadual menunjukkan taburan responden

mengikut kewarganegaraan

Jadual menunjukkan taburan responden

menikut mod pengajian

Jadual menunjukkan taburan responden

mengikut latar belakang pendidikan (Ijazah

Sarjana Muda)

Jadual menunjukkan analisis data bagi tahap

kepuasan pelajar dalam melibatkan diri dalam

persekitaran pembelajaran yang disediakan

56

58

60

63

91

92

93

94

94

95

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xxi

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

Jadual menunjukkan analisis data bagi tahap

kesenangan untuk pelajar belajar dalam

persekitaran pembelajaran yang disediakan

Jadual menunjukkan analisis data bagi tahap

keberkesanan sistem melalui aktiviti

pembelajaran yang dirancang dalam membantu

pembelajaran pelajar

Jadual menunjukkan analisis data bagi ciri-ciri

dalam pengintegrasian LMS dan pendekatan

SLE yang paling digemari oleh pelajar dan

berpotensi meningkatkan penglibatan aktif

pelajar dalam aktiviti pembelajaran

Jadual menunjukkan analisis bagi dapatan

penilaian umum

Jadual menunjukkan maklum balas pengguna

terhadap temu bual yang dilakukan

96

98

99

101

102

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xxii

SENARAI SINGKATAN

P&P

ICT

LMS

SLE

SLC

-

-

-

-

-

Pengajaran dan Pembelajaran

Information Communication and Technology

Learning Management System

Social Learning Environment

Social Learning Centre

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

xxiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A

B

Borang Soal Selidik

Soalan Temu Bual

125

131

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Proses pembelajaran kini semakin hari semakin berkembang sehinggalah

kepada penemuan dan perkembangan dunia Teknologi Maklumat (Information

Technology, IT) atau dikenali juga dengan dunia tanpa sempadan. Perkembangan IT

ini membolehkan seseorang individu atau pengguna tidak perlu pergi jauh dan hanya

perlu berada di hadapan komputer yang disambungkan kepada rangkaian Internet.

Perkembangan IT mutakhir ini dilihat sebagai pembuka dimensi baru kepada

generasi sekarang. Penggunaan secara menyeluruh di semua peringkat pengajian

akan mempercepatkan lagi perkembangan pengetahuan pelajar.

Malaysia sebagai salah sebuah negara membangun telah menetapkan sasaran

tahun 2020 untuk mencapai taraf negara maju, sudah tentu tidak mahu ketinggalan

dan ini dibuktikan melalui pewujudan projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia

Super Coridor, MSC) yang telah meletakkan pembelajaran maya sebagai salah satu

„flagship‟ yang akan menghasilkan tenaga kerja mahir dan teknologi maklumat.

Sejak Teknologi Maklumat (IT) diletakkan pada mercu segala teknologi, pendidikan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

2

maya, universiti maya dan e-pembelajaran menjadi simbol status yang

membanggakan (Jamaludin, 2000).

Sonnenreich (1998) berpendapat, teknologi telah membuka satu dimensi baru

dalam membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan enjin pencari

dan enjin direktori yang efisyen. Kesannya kepada pelajar adalah amat baik di mana

mereka mampu melangkaui tahap yang dihadkan dalam pembelajaran. Ianya juga

menyumbang kepada proses pembelajaran yang lebih mudah, berkesan, cekap dan

boleh dipercayai oleh pengguna (Syadiah Nor, 2004).

Penggunaan teknologi komputer seperti Internet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) merupakan satu tindakan yang positif yang harus

dipertingkatkan lagi penggunaanya dari semasa ke semasa. Pelbagai penyelidikan

dijalankan bagi memastikan penggunaan teknologi berasaskan komputer dan Internet

dapat memberi manfaat kepada semua khususnya para pelajar sekolah dan juga

institusi pengajian tinggi. Inovasi dan teknologi ini, sebahagian besarnya

merangkumi Internet, berkembang dengan begitu pesat dari segi populariti

penggunaan serta potensi dan kelebihannya dapat memudahkan lagi pembentukan

pengalaman dalam pembelajaran di institusi akademik (Schutte, 1997).

E-pembelajaran (pembelajaran berasaskan elektronik) atau kadangkala

disebut juga sebagai pengajaran berasaskan web (Web Based Instruction) adalah

merupakan satu perkembangan dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (Ismail Zain, 2002). E-

pembelajaran ditafsirkan sebagai sebarang pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang

menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan

isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, pita audio

atau video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media elektronik

yang dimaksudkan dalam kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan secara

synchronously iaitu pada waktu yang sama atau serentak, ataupun asynchronously

iaitu pada waktu yang berbeza atau tidak serentak. Bahan pengajaran dan dan

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

3

pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, animasi,

simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk

perbincangan kumpulan dan bantuan profesional isi kandungan pelajaran secara

dalam talian (Learnframe, 2001).

E-pembelajaran secara umumnya difahami sebagai pembelajaran berpusatkan

pelajar yang disokong oleh penggunaan teknologi maklumat, komunikasi dan

multimedia. Matlamat utama persekitaran e-pembelajaran adalah untuk

membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan tanpa batasan masa dan jarak

(tempat).

ICT (Information and Communication Technologies) telah menjadi

pemangkin utama perkembangan e-pembelajaran. ICT berupaya memainkan

peranan membantu setiap aktiviti utama dalam proses pendidikan iaitu pembangunan

bahan pembelajaran, penyampaian pengajaran, serta program pengukuhan

pembelajaran dan penilaian. Menurut Suhanom (2004), para pelajar kini semakin

cenderung mencari maklumat yang diperlukan melalui kemudahan yang berasaskan

elektronik ekoran daripada wujudnya penyebaran maklumat yang begitu meluas dan

mendadak.

1.2 Latar belakang masalah

E-pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan

berkesan di mana bahan pengajaran dan pembelajaran dirancang dan disediakan

secara profesional dan baik dengan menggunakan ciri-ciri multimedia. Ciri-ciri

multimedia ini dapat membantu menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan

menarik. Dalam e-pembelajaran, pelajar boleh memilih masa dan kandungan yang

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

4

ingin dipelajari mengikut kesesuaian mereka. Pelajar juga tidak perlu malu untuk

bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman

mereka tercapai (Wahyu Idrus & Yahya Buntat, 2007).

Beberapa kajian menunjukkan e-pembelajaran telah membawa kebaikan

terhadap pelajar seperti peluang pembelajaran telah ditingkatkan (HELIOS,2005;

Pirani, 2004; Jain&Lee, 2003) dan sikap pelajar yang positif terhadap disiplin

tertentu melalui e-pembelajaran telah bertambah (Suanpang, Petocz dan Kalceff,

2004; Razmah Mahmood et al., 2005). E-pembelajaran juga dipilih oleh pelajar

kerana bentuk pembelajaran ini dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk

maklumat dan ia dapat diselaras oleh pelajar dengan maklumat disampaikan di mana-

mana tempat dan bila-bila masa (Jain&Lee, 2003). Oleh itu, e-pembelajaran telah

diambil kira sebagai pembelajaran yang lebih fleksibel, berkesan dan agak murah

(Ertl, Winkler dan Mandi, 2007).

Pada masa ini, semakin bertambah jumlah institusi pengajian tinggi (IPT) di

pelbagai negara yang menggunakan pembelajaran secara elektronik ataupun dikenali

juga sebagai e-pembelajaran, sebagai pelengkap mahupun pengganti pembelajaran

bersemuka (face-to-face). Terdapat juga beberapa IPT lainnya yang

menyelenggarakan e-pembelajaran sebagai alternatif bagi mahasiswa yang

menghadapi masalah mengikuti perkuliahan secara bersemuka. Kebanyakan IPT

lebih cenderung melaksanakan e-pembelajaran menggunakan platform Learning

Management System (LMS).

Kebanyakan LMS adalah berasaskan web, membolehkan ia diakses “anytime,

any place, any pace” kepada isi kandungan pembelajaran dan pentadbiran. Salah

satu kelebihan LMS ini ialah pentadbir LMS berupaya untuk menstrukturkan

kandungan bahan secara online dan mengemaskini maklumat pengguna tanpa

memerlukan kemahiran penggunaan komputer yang tinggi. LMS juga menyediakan

alatan dan perkhidmatan yang direka untuk menyokong P&P dalam persekitaran

online yang selamat.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

5

Apa yang membuatkan LMS itu menarik adalah kerana ia menyediakan

rangka kerja yang telah sedia ada dan set alatan yang dapat memudahkan

pembangunan dan pengurusan sesuatu modul kursus. Sebagai contohnya, tempat

untuk menguruskan tugasan dan perbincangan, tempat untuk mengakses sumber web

dan bahan bacaan yang berguna, kalendar, buku gred, sistem email dalaman, dan

juga bahagian untuk ujian dan kuiz. Pada dasarnya LMS dapat membantu para

pendidik dalam menguruskan isi kandungan yang mempunyai rupa dan rasa yang

konsisten serta mudah untuk dilayari (Christopher D. Sessums, 2006).

Kebanyakan LMS menyediakan kebolehfungsian untuk memuat naik

kandungan kursus atau nota, menyampaikannya kepada pelajar dan dalam masa yang

sama dapat memantau serta mengawal penggunaannya. Namun, secara umumnya

LMS hanya mempunyai sedikit sahaja fungsi sosial, yang mana ianya hanya

menyokong pembelajaran sosial secara formal, berkenaan kursus.

Dalam LMS, kekuatan struktur antara pensyarah dan pelajar secara umumnya

mempunyai hierarki yang cukup jelas. Kandungan pembelajaran disediakan dan

pensyarah bertindak sebagai pemberi pengetahuan kepada pelajar, dan nilai kepada

pengalaman dan sumbangan pelajar tidak ditekankan. Pensyarah yang menentukan

isi kandungan pembelajaran serta bagaimana cara untuk pelajar mengikuti

pembelajaran. Oleh itu, pelajar masih terikat dengan suasana pembelajaran yang

formal dan terhad (Christy Tucker,2007).

Sementara itu, di luar daripada suasana pembelajaran yang formal (kursus

online, bilik darjah, bengkel dan sebagainya), setiap individu itu sebenarnya dalam

sedar ataupun tidak, sentiasa belajar melalui cara dan medium yang lain seperti

membaca, mendengar, melihat ataupun melalui perbualan dan perbincangan antara

satu sama lain. Hanya kebelakangan ini, pembelajaran secara tidak formal disedari

adalah amat penting. Perbezaan di antara pembelajaran formal dan pembelajaran

tidak formal boleh dilihat dari definisi yang diutarakan oleh Jay Cross di dalam

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

6

bukunya, Informal Learning: Rediscovering the natural pathways that inspire

innovation and performance (2006). Menurut Jay Cross:

“Learning is formal when someone other than the learners sets

curriculum. Typically, it is an event, on a scedule and completion is

generally recognized with a symbol, such as a grade, gold star,

certificate or check mark in a learning management system. Formal

learning is pushed on learners.”

“By contrast, informal learners usually set their own learning

objectives. They learn when they feel a need to know. The proof of

their learning is their ability to do something they could not do before.

Informal learning often is a pastiche of small chunks of observing how

others do things, asking questions, trial and error, sharing stories with

others and casual conversation. Learners are pulled to infromal

learning.”

Jay Cross juga ada memperkatakan mengenai model 80:20 iaitu manusia

sebenarnya belajar 20% daripada pembelajaran yang formal, manakala baki 80%

adalah daripada pembelajaran yang tidak formal. Model 70:20:10 pula

memperkatakan bahawa manusia belajar 70% melalui pengalaman, 20% bersama

orang lain manakala 10% adalah melalui kursus dan program yang telah

distrukturkan (Jay Cross, 2006).

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

7

Rajah 1.1 Model 80:10 menurut Jay Cross

Rajah 1.2 Model 70:20:10 menurut Jay Cross

Oleh sebab itu, pelajar memerlukan satu ruang sosial dalam pembelajaran

mereka agar mereka lebih bebas untuk belajar, berbincang dan melontarkan

pandangan. Dalam ruang sosial, hirarki boleh berubah di mana ia lebih

menumpukan kepada sumbangan individu pelajar itu sendiri. Pembelajaran lebih

berpusatkan kepada pelajar dan pelajar yang menentukan pembelajaran mereka

sendiri. Pelajar dapat menghidupkan persekitaran yang mana tidak terikat atau tidak

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

8

terlalu banyak tentang “official lecturer” tetapi adalah tentang semua pelajar yang

saling membantu antara satu sama lain untuk belajar (Christy Tucker, 2007).

Pembelajaran yang tidak formal dan sosial ini kebanyakannya berlaku luar

daripada bilik darjah, kursus dan model kurikulum. Antara sebab mengapa perlunya

pembelajaran tidak formal dan sosial ialah kerana pembelajaran merupakan satu

proses, bukan satu siri acara. Manusia juga dapat belajar dengan lebih baik apabila

mereka membuat sendiri dan melalui sendiri pengalaman tersebut. Ini adalah kerana

sebahagian besar pembelajaran adalah sosial (Charles Jennings, 2010).

Apabila bercakap tentang pembelajaran dalam ruang sosial, ia adalah berkait

dengan teori konstrutivis sosial di mana ia menyatakan pelajar dapat belajar dengan

lebih baik dalam persekitaran sosial kerana melalui interaksi dengan pelajar lain akan

dapat meningkatkan kognitif pelajar. Konstruktivis sosial menekankan bahawa

pengetahuan diperoleh melalui penglibatan sosial dalam satu komuniti (Derry, 1992).

Dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran dalam ruang sosial, Social

Learning Environment (SLE) dilihat dapat memainkan peranan penting dan menjadi

satu medium yang baik untuk pelajar. SLE merupakan satu tempat di mana individu-

individu dan sekumpulan individu dapat bersama dalam menyediakan kandungan,

berkongsi pengetahuan dan pengalaman, dan dapat belajar antara satu sama lain

untuk memperbaiki diri sendiri dan juga produktiviti secara profesional. Ia juga

boleh digunakan untuk mengembangkan e-pembelajaran berasaskan kandungan

secara formal kepada menyediakan interaksi sosial antara pelajar dan juga pensyarah.

Begitu juga untuk menyokong pembelajaran secara tidak formal dan ruang bekerja

dalam satu organisasi. Dalam erti kata lain, SLE tidak mengurus, mengawal dan

mengesan pengguna tetapi lebih kepada menyediakan satu ruang terbuka untuk

pengguna bekerja dan belajar bersama secara kolaboratif (Jane Hart, 2009).

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

9

SLE dapat menyokong pembelajaran berarahkan kumpulan iaitu keperluan

pelajar dalam kumpulan pelajar, begitu juga kumpulan-kumpulan lain yang ingin

belajar dan bekerja bersama secara kolaboratif. SLE juga dapat menyokong

pembelajaran berarahkan persendirian (personal) iaitu keperluan bagi setiap

individu. Selain itu, SLE dapat menyokong pembelajaran organisasi dalaman (intra-

organisational) iaitu keperluan jika organisasi itu ingin memastikan organisasi

tersebut sentiasa up-to-date (Jane Hart, 2009).

Namun begitu, untuk melaksanakan pendekatan SLE sahaja dalam e-

pembelajaran boleh menyebabkan pembelajaran pelajar menjadi kurang terkawal dan

berkemungkinan boleh menyebabkan ianya tersasar daripada objektif pembelajaran

yang ingin dicapai. Ianya juga boleh menimbulkan masalah kepada para pensyarah

dalam memantau proses pembelajaran pelajar mereka. Oleh sebab itu,

pengintegrasian pendekatan SLE dan juga LMS adalah langkah yang baik dalam

menyediakan suasana pembelajaran yang sosial di samping kawalan dan juga

pantauan dalam pembelajaran. Ini dapat memastikan pembelajaran dapat berjalan

dengan lebih aktif dan kolaboratif tanpa tersasar daripada objektif pembelajaran yang

ingin dicapai. Pensyarah juga dalam masa yang sama dapat memantau proses

pembelajaran pelajar mereka.

1.3 Pernyataan masalah

Dalam perkembangan teknologi pada masa kini, dunia pendidikan di

Malaysia terutamanya di institusi pengajian tinggi telah melaksanakan suasana

pembelajaran atas talian (online) atau boleh disebut e-pembelajaran. Ini kerana e-

pembelajaran dapat memudahkan pelajar pada masa kini untuk belajar dan

mengakses bahan pelajaran tanpa batasan masa dan jarak(tempat). Namun begitu,

dalam e-pembelajaran masa kini, pelajar masih lagi terikat dengan suasana

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

10

pembelajaran formal di mana ia diuruskan atau ditetapkan oleh pensyarah.

Pembelajaran pelajar juga dapat dikawal dan dipantau oleh pensyarah dari semasa ke

semasa. Sebagai contoh pelajar diberitahu apa yang akan dipelajari, bila dan

bagaimana untuk belajar, dan pada kebiasannya pembelajaran itu dikawal oleh LMS.

Pelajar memerlukan suatu medium atau ruang untuk menguruskan dan

menentukan pembelajaran mereka sendiri atau secara ringkasnya ruang untuk

pembelajaran yang tidak formal. Pelajar memerlukan satu ruang sosial yang mana

menyediakan medium pembelajaran yang lebih kolaboratif serta dapat berkongsi

pengetahuan dan bekerja bersama dengan pelajar-pelajar lain secara lebih terbuka.

Ini dapat merujuk kepada satu konsep pembelajaran yang baru iaitu SLE.

Oleh yang demikian, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

dinamik seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, sebuah sistem e-

pembelajaran yang mengintegrasikan penggunaan LMS dan SLE akan dibangunkan

dalam kajian ini dengan harapan pelajar dapat melibatkan diri dalam pembelajaran

dengan lebih aktif dan seterusnya menjadikan pembelajaran ini lebih bermakna. Ia

akan melihat kepada potensi sistem ini dari sudut penerimaan pelajar, kepuasan

pelajar serta ciri-ciri pengintegrasian LMS dan pendekatan SLE yang paling

digemari oleh pelajar dalam meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam

pembelajaran mereka.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

11

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1) Membangunkan satu sistem e-pembelajaran berasaskan sumber terbuka yang

mengintegrasikan LMS dan pendekatan SLE.

2) Menyediakan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan SLE yang dapat

menggalakkan pembelajaran aktif pelajar.

3) Mengkaji kesesuaian sistem yang mengintegrasikan LMS dan pendekatan

SLE dari aspek:

a) Tahap kepuasan pelajar dalam melibatkan diri dalam persekitaran

pembelajaran yang disediakan.

b) Penerimaan pelajar terhadap persekitaran pembelajaran yang

disediakan termasuklah:

i) Tahap kesenangan (ease of use) untuk belajar dalam

persekitaran pembelajaran yang disediakan.

ii) Tahap keberkesanan (usefullness) sistem dalam membantu

pembelajaran pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang

dirancang.

c) Ciri-ciri dalam pengintegrasian LMS dan pendekatan SLE yang

paling digemari oleh pelajar dan berpotensi meningkatkan penglibatan

aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

12

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah:

1) Apakah tahap kepuasan pelajar dalam melibatkan diri dalam persekitaran

pembelajaran yang disediakan?

2) Apakah tahap kesenangan (ease of use) untuk belajar dalam persekitaran

pembelajaran yang disediakan?

3) Apakah tahap keberkesanan (usefullness) sistem dalam membantu

pembelajaran pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang dirancang?

4) Apakah ciri-ciri dalam pengintegrasian LMS dan pendekatan SLE yang

paling digemari oleh pelajar dan berpotensi meningkatkan penglibatan aktif

pelajar dalam aktiviti pembelajaran?

1.6 Skop Kajian

Sistem ini dibangunkan berasaskan sumber terbuka yang diubahsuai dengan

sistem e-pembelajaran yang telah sedia ada. Bagi membolehkan proses penilaian

dilakukan dengan lebih realistik, salah satu matapelajaran dalam ijazah sarjana

(Teknologi Pendidikan) dalam Fakulti Pendidikan akan dipilih. Fokus utama kajian

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

13

awalan ini adalah untuk melihat potensi SLE dalam e-pembelajaran, di mana ia

diintegasikan bersama LMS. Penilaian sistem ini akan melihat dari aspek

penerimaan pelajar, kepuasan pelajar serta ciri-ciri pengintegrasian LMS dan

pendekatan SLE yang paling digemari oleh pelajar dalam meningkatkan penglibatan

aktif pelajar dalam pembelajaran mereka. Hasil sistem ini dapat digunakan oleh

pensyarah-pensyarah kolej atau universiti bagi meningkatkan keberkesanan e-

pembelajaran yang telah sedia ada.

1.7 Rasional Kajian

Dunia pendidikan berkembang seiring dengan perkembangan teknologi

maklumat pada masa kini. Bermula daripada pembelajaran secara tradisional,

diperkenalkan pula dengan e-pembelajaran di mana pembelajaran kini boleh diakses

tanpa terbatas oleh masa dan jarak. Namun terdapat kekangan di mana pensyarah

sukar untuk memantau pembelajaran pelajar melalui e-pembelajaran. Oleh itu, LMS

diperkenalkan yang mana pensyarah dapat mengawal dan memantau pembelajaran

pelajar walaupun dalam jarak yang jauh di samping menyediakan isi pembelajaran

dan aktiviti pembelajaran yang lebih menarik. Namun begitu, dalam LMS pelajar

masih terikat dengan suasana pembelajaran yang formal di mana pensyarah yang

menentukan isi kandungan dan aktiviti pembelajaran.

Dalam masa yang sama, pembelajaran secara tidak formal kini telah diberi

perhatian oleh para pendidik. Pelajar memerlukan medium atau ruang yang lebih

terbuka agar pembelajaran menjadi lebih efektif dengan penglibatan aktif daripada

pelajar itu sendiri. Oleh itu, pendekatan SLE dikatakan dapat menyediakan ruang

pembelajaran yang lebih terbuka dalam menggalakkan pembelajaran aktif pelajar.

Ini kerana, pelajar dapat menentukan pembelajaran mereka sendiri di samping

terlibat dalam interaksi sosial bersama rakan lain serta pensyarah.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

14

Namun begitu, perlaksanaan pendekatan SLE sahaja berkemungkinan boleh

menyebabkan pembelajaran pelajar tersasar daripada objektif pembelajaran yang

ingin dicapai. Oleh itu, pengintegrasian LMS dan juga pendekatan SLE dilihat

sebagai medium dan langkah yang baik dalam menyediakan ruang pembelajaran

yang lebih efektif. Atas faktor ini, kajian akan melihat kepada potensi

pengintegasian LMS dan pendekatan SLE ini sebagai medium untuk pelajar

melibatkan diri dalam pembelajaran dengan lebih aktif dan kolaboratif. Dengan

kehadiran sistem ini, pelajar dapat merasai suasana pembelajaran yang lebih terbuka

dan sosial di samping terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Dalam masa

yang sama, pensyarah juga masih dapat memantau aktiviti pembelajaran pelajar

walaupun secara atas talian (online). Ini akan dapat membantu mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan.

Matapelajaran berkaitan IT pula dipilih kerana pada kebiasannya pensyarah

menggunakan medium e-pembelajaran secara optimum dalam proses P&P mereka.

Oleh itu, secara tidak langsung pelajar yang mengambil matapelajaran berkaitan IT

ini telah mempunyai pengetahuan asas dan kemahiran dalam menggunakan komputer

terutamanya dalam e-pembelajaran.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai kepentingan bagi beberapa pihak iaitu sama ada

pelajar, pensyarah, universiti dan masyarakat.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

15

1.8.1 Pelajar

Dengan suasana pembelajaran yang lebih menarik iaitu secara formal dan

tidak formal, pelajar akan berasa lebih bebas untuk belajar dan berkongsi ilmu

pengetahuan. Pelajar juga dapat mengurus dan menentukan pembelajaran mereka

sendiri, dan dalam masa yang sama dapat berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-

rakan yang lain secara atas talian. Ini dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar

dalam mempelajari sesuatu dan secara tidak langsung ia juga dapat mewujudkan

pembelajaran yang lebih bermakna. Seterusnya ia juga dapat menonjolkan

kebolehan pelajar dalam melontarkan pandangan sama ada melalui penulisan atau

lisan.

1.8.2 Pensyarah

Pensyarah dapat menguruskan bahan pembelajaran dengan lebih sistematik

dan dalam pada masa yang sama dapat berkolaborasi bersama dengan pelajar sama

ada secara formal atau tidak formal.

1.8.3 Universiti

Bagi pihak universiti, sistem ini dapat membantu proses P&P dijalankan

dengan lebih berkesan dan sistematik dengan mengambilkira keperluan pelajar pada

masa kini. Dengan persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik, akan dapat

meningkatkan lagi mutu pembelajaran di universiti.

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

16

1.8.4 Masyarakat

Pelajar, pensyarah serta warga universiti merupakan salah satu daripada

anggota masyarakat. Malah, pelajar universiti merupakan belia negara yang mana

bakal menjadi pemimpin negara dalam generasi akan datang. Penggunaan

pembelajaran berasaskan Internet khususnya penggunaan sistem ini akan memberi

impak yang positif apabila mereka terdedah dengan penggunaan ICT yang meluas.

Penggunaan ICT khususnya Internet akan membuka minda masyarakat betapa

pentingnya pengetahuan ICT pada masa kini yang mana ianya menyediakan pelbagai

kemudahan dan kebaikan pada semua jika digunakan dengan baik terutamanya untuk

pendidikan.

1.9 Definisi istilah

1.9.1 E-pembelajaran

E-pembelajaran juga dikenali sebagai penggunaan teknologi dalam

pembelajaran untuk menyampaikan maklumat (Dublin, 2003; Clark dan Mayer,

2003). Di samping itu, e-pembelajaran juga merupakan pembelajaran yang

melibatkan rangkaian komputer atau web sebagai mekanisme saluran (Piskurich,

2003; Joschems et al., 2004). Joschems et al., 2004 berpendapat Internet adalah alat

utama dalam e-pembelajaran dan ia merupakan kaedah pembelajaran yang

menyepadukan pengajaran face-to-face, pendidikan jarak jauh dan latihan dalam

pekerjaan.

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

17

Dalam kajian ini, e-pembelajaran terhad kepada pembelajaran yang

menggunakan satu LMS sumber terbuka iaitu Moodle yang diintegrasikan dengan

SLE sumber terbuka iaitu Mahara.

1.9.2 LMS

LMS adalah singkatan kepada Learning Management System. Ia merupakan

satu set perisian yang menggunakan teknologi web untuk merancang, melaksana dan

mengawal proses e-pembelajaran.

LMS is a broad term that is used for a wide range of systems that organize

and provide access to online learning services for students, teacher and

administrator. These services usually include access control, provision of learning

content, communication tools, and organizations of user groups. (Paulsen, 2002)

1.9.3 SLE

SLE merupakan singkatan kepada Social Learning Environment. SLE ialah

satu tempat di mana seorang individu dapat bekerja dan belajar bersama secara

kolaboratif (formal dan tidak formal) dengan individu yang lain sama ada dalam

kumpulan kursus, kumpulan belajar ataupun juga kumpulan dalam projek yang sama

(Jane Hart, 2009).

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

18

1.9.4 Pembelajaran formal (formal learning)

Pembelajaran formal adalah pendidikan yang diterima secara langsung

daripada institusi-institusi tertentu seperti sekolah, maktab atau universiti. Ia

merupakan satu pembelajaran berstruktur dari segi objektif pembelajaran, masa

pembelajaran, isi kandungan serta kaedah pembelajaran (AEC, 2004). Pembelajaran

formal dilaksanakan oleh pendidik-pendidik yang terlatih dan bertauliah. Ia juga

melibatkan penilaian pada setiap tahap yang dilalui, iaitu penilaian dalam bentuk

formatif dan sumatif. Pembelajaran formal menekankan secara langsung aspek

kognitif, afektif, rohani dan psikomotor pelajar (IPTB, 2008)

1.9.5 Pembelajaran tidak formal (informal learning)

Pembelajaran tidak formal(informal) merupakan perlakuan pelajar yang

terlaksana secara tidak langsung atau tidak sedar. Pembelajaran diserap secara tidak

sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman. Ia juga satu

pembelajaran yang tidak berstruktur yang diterima secara tidak langsung tanpa

berasaskan sebarang sukatan matapelajaran (IPTB, 2008).

1.9 Penutup

Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, dunia pendidikan

juga telah menerima anjakan dan impak yang besar. Daripada pembelajaran secara

konvensional atau tradisional hinggalah kepada perkembangan e-pembelajaran yang

sering diperkatakan pada masa ini, di mana pelajar dapat mengakses bahan

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

19

pembelajaran tanpa terbatas pada masa dan jarak(tempat). Para pendidik dan

pentadbir harus memilih mekanisme saluran pendidikan yang terbaik dalam

menyampaikan isi pembelajaran dengan berkesan.

Terdapat pelbagai teknologi yang telah dibangunkan dalam membantu para

pendidik dalam menguruskan sistem pembelajaran, termasuklah juga LMS. LMS

menyediakan satu platform yang dapat membantu pendidik dalam mengurus dan

memantau pembelajaran pelajar dengan lebih berkesan. Namun begitu, pelajar juga

memerlukan satu ruang untuk bekerja dan belajar dengan lebih bebas secara aktif dan

kolaboratif, yang mana pelajar boleh belajar dan berbincang dengan sesiapa sahaja.

Oleh sebab itu pelajar memerlukan satu mekanisma atau medium yang menyediakan

ruang sosial dalam pembelajaran agar mereka dapat menguruskan pembelajaran

mengikut kehendak dan cara mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, jika sistem pembelajaran ini ingin dijayakan dengan

sempurna, maka penglibatan pelajar dan pensyarah untuk memanfaatkan sepenuhnya

sistem ini perlu diambilkira.

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat membawa implikasi

yang besar ke atas bidang pendidikan dalam membantu menjadikan proses

pembelajaran lebih menarik. Pelbagai pendekatan pembelajaran diperkenalkan

melalui teknologi-teknologi yang sedia ada dalam menjadikan pembelajaran lebih

mudah untuk disampaikan. Teknologi atau platform pembelajaran yang digunakan

haruslah menggunakan pendekatan pembelajaran yang bersesuaian agar tidak

terpesong daripada objektif pembelajaran yang sebenar.

Jadi dalam bab ini akan membincangkan mengenai pendekatan pembelajaran,

e-pembelajaran, LMS, Moodle (sumber terbuka LMS), SLE, Mahara (sumber

terbuka SLE) serta model-model reka bentuk pengajaran.

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

21

2.2 E-pembelajaran

E-pembelajaran merupakan penggunaan teknologi Internet dalam

penyelesaian mengakses maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan

prestasi. Ia adalah sistem pembelajaran yang berkonsepkan teknologi maklumat. E-

pembelajaran bukan sahaja memperkenalkan penggunaan teknologi dari segi

perkakasan dan perisian tetapi memperkenalkan cara pemikiran yang baru ke arah

mewujudkan keberkesanan penyampaian ilmu pada zaman siber. Menurut Rosmah

et al. (2001), e-pembelajaran membenarkan pembelajaran termoden untuk

dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa

mengira jarak jauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara

berterusan.

Melalui e-pembelajaran, pengguna dapat mengakses bahan serta

mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa dan teknik juga dalam

keadaan yang tidak formal. Ia dapat diakses sama ada menggunakan secara dalam

talian atau di luar talian, mencetak atau menyimpan serta menggunakan teknik salin

dan tampal (copy and paste) untuk membina sesuatu bahan. Bahan yang begitu

banyak yang terdapat pada pelbagai laman juga mampu diakses oleh pengguna tanpa

menggunakan kos yang mahal. Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya

lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya.

Bahan yang terdapat dalam Internet mudah untuk dikemaskini dan

maklumatnya adalah terkini. Ini bermakna para pengguna boleh mendapat maklumat

yang tiada dalam buku teks dengan cepat. Laman-laman web kerajaan, agensi-

agensi kerajaan dan swasta pula mampu menampung dan menjadikannya sebagai

rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, pengguna juga boleh

mengakses maklumat dari luar negara dengan cepat dan tuntas.

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

22

Penyebaran maklumat melalui e-pemnbelajaran juga dijalankan serentak di

mana pengguna tidak perlu menunggu giliran untuk mendapatkan maklumat atau

meminjam sesuatu bahan yang diinginkan. Persekitaran e-pembelajaran mampu

diakses semua pengguna di seluruh dunia secara serentak, malah ia boleh diakses

pada bila-bila masa sahaja walau di mana jua. Ini menjimatkan masa pengguna serta

tidak berlaku satu kesesakan (kadang kala disebabkan masalah teknikal kesesakan

dalam talian, boleh juga menyebabkan proses mengakses menjadi lambat) dalam

mengakses maklumat.

Setiap pengguna akan mendapat maklumat yang sama di serata dunia.

Melalui kemudahan seperti forum dalam talian (e-forum), emel, video konferen,

„chatting‟ dan sebagainya, pengguna di seluruh dunia dapat berkongsi pelbagai ilmu

dan pengalaman, membina satu masyarakat siber.

Selain itu, e-pembelajaran juga mampu menyediakan bahan-bahan yang

bersifat interaktif yang menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti grafik,

audio, video dan animasi yang dapat menghasilkan prestasi yang menakjubkan.

Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau

persembahan maklumat kepada para pengguna. Ia digunakan oleh individu-individu

yang mahukan kemudahan serta impak yang berkesan dalam persembahan maklumat

mereka.

2.3 Learning Management System (LMS)

Learning Management System (LMS) ialah satu perisian yang menggunakan

teknologi web untuk merancang, melaksana dan mengawal proses e-pembelajaran.

Page 43: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

23

Kebanyakan LMS adalah berasaskan web, membolehkan ia diakses “anytime, any

place, any pace” kepada isi kandungan pembelajaran dan pentadbiran. Salah satu

kelebihan LMS ini ialah pentadbir LMS berupaya untuk menstrukturkan kandungan

bahan secara online dan mengemaskini maklumat pengguna tanpa memerlukan

kemahiran penggunaan komputer yang tinggi. Terdapat dua jenis „platform‟ dalam

LMS iaitu perisian sumber terbuka dan perisian komersil.

i) Perisian sumber terbuka (open source)

Perisian sumber terbuka (open source) adalah kebebasan yang diberi kepada

pengguna untuk memiliki, menggunakan, mengedarkan dan menggunakan kod

sumber (source code) yang disertakan bersama perisian tersebut untuk membina

perisian yang lebih bagus darinya. Ia diubahsuai dari kod sumber mengikut

keperluan pengguna/pengaturcara dan akan dinaik taraf dari semasa ke semasa dan

boleh didapatkan secara sedikit (untuk memuat turun, jika tidak mempunyai talian

Internet).

Sumber terbuka bermaksud apabila sumber maklumat, kod, sumber, peta,

pengarang dan semua yang berkaitan dengannya boleh dilihat dan diubahsuai oleh

orang awam atau sesiapa sahaja. Sumber terbuka merupakan satu perisian yang

bebas dan percuma di mana ia boleh dilawati oleh sesiapa sahaja tanpa ada sebarang

halangan. Segala bentuk muat turun (download) daripada sumber juga tidak

dikenakan sebarang bayaran. Tiada had masa yang diperuntukkan untuk

menggunakan perisian sumber terbuka ini. Ia biasanya terpulang kepada individu

berkenaan untuk menggunakannya pada bila-bila masa sahaja.

Contoh- contoh LMS perisian terbuka ialah Moodle, Sakai Project, eFront,

Dokeos, Claroline, ILIAS dan ATutor.

Page 44: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

24

ii) Perisian komersil (commercial)

Perisian komersil ialah suatu perisian sumber tertutup (closed source) di

mana ia merupakan satu perisian berbayar dan pengguna yang ingin

menggunakannya perlu membeli perisian tersebut dengan harga yang telah

ditetapkan oleh pihak pengeluar.

Sumber tertutup bermaksud apabila sumber maklumat, kod, sumber, dan

semua yang berkaitan dengannya tidak boleh diubahsuai sendiri oleh pembeli dan

perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak pengeluar untuk sebarang

pengubahsuaian. Pembeli juga tidak dibenarkan untuk mengedarkan perisian

tersebut dan kerja-kerja dalaman yang dilakukan oleh pihak pengeluar dirahsiakan

daripada pembeli.

Perisian sumber tertutup ini direka untuk memenuhi keperluan pasaran.

Pembeli akan mendapat faedah-faedah istimewa dengan membeli perisian tersebut

dan boleh mengharapkan aplikasi tersebut berfungsi sebagaimana yang telah

diiklankan. Walau bagaimanapun, jika perisian tersebut tidak berfungsi, pembeli

boleh mangambil tindakan terhadap syarikat yang menjual perisian tersebut.

Contoh-contoh LMS perisian komersial ialah eCollege, WebCT,

Desire2Learn dan Blackboard.

Page 45: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

25

2.4 Moodle

Modular Object-Oriented Dynamic Learning atau lebih dikenali sebagai

Moodle merupakan e-pembelajaran daripada pakej perisian LMS (Learning

Management System) yang menggunakan bahasa PHP (Hypertext Preprocessor) dan

database MySQL. Moodle ialah salah satu contoh perisian sumber terbuka (open

source) yang mana merupakan satu perisian yang boleh diperolehi secara percuma.

Moodle bertindak sebagai satu media komunikasi interaktif yang memberikan

maklumat tentang sesuatu matapelajaran, ujian atau peperiksaan yang akan

dijalankan, pemarkahan, mahupun maklumat-maklumat lain yang sentiasa

diformatkan dari semasa ke semasa (Porter, 1997). Moodle dapat dijadikan sebagai

medan forum elektronik (e-forum). Perbincangan yang berlangsung dapat membuka

minda serta kemahiran berfikir mereka dalam aspek pembelajaran serta kehidupan

seharian. Penggunaan e-pembelajaran Moodle adalah lebih interaktif kerana mampu

mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efisyen dan secara tidak langsung ia

dapat mengurangkan kekangan masa, pencarian maklumat dan sebagainya.

Moodle mengaplikasikan pendekatan pedagogi konstruktivisme sosial (social

constructivisme pedagogy) dan sepenuhnya berkonsepkan pengajaran dan

pembelajaran (P&P) secara talian (online) sebagai tambahan kepada perlaksanaan

P&P secara bersemuka sewaktu sesi pembelajaran di sekolah.

Konstruktivisme sosial merujuk kepada kumpulan sosial yang berinteraksi

antara satu sama lain yang mewujudkan budaya kolaboratif dalam berkongsi idea

masing-masing. Apabila seseorang individu melibatkan diri dalam kumpulan sosial

tersebut, secara tidak langsung beliau akan mempelajari cara untuk menyesuaikan

diri dalam kumpulan tersebut.

Page 46: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

26

Ciri-ciri yang terdapat dalam Moodle adalah mudah, cekap, sesuai serta

sistem teknikalnya rendah. Moodle juga senang dipasang (install) pada hampir

semua „platform‟ yang menyokong PHP (Hyper Preprocessor) dan hanya

memerlukan satu database sahaja (MySQL). Moodle adalah senang untuk

diubahsuai dari segi tema dan struktur informasinya mengikut kemahuan

pembangun. Pada Moodle terdapat topik-topik yang telah disenaraikan dan boleh

dipilih untuk dilayari oleh para pengguna atau tetamu (guests). Moodle menekankan

ciri-ciri keselamatan di mana data-data yang disampaikan dipastikan kesahihannya

terlebih dahulu.

2.5 Pembelajaran formal dan tidak formal (informal)

Pembelajaran formal merujuk kepada pembelajaran yang diterima secara

langsung daripada institusi-institusi tertentu seperti sekolah, maktab atau universiti.

Isi pembelajaran biasanya disediakan oleh orang yang lebih pakar dalam mereka

bentuk pembelajaran ataupun dalam isi kandungan pembelajaran. Pembelajaran

formal juga boleh dirujuk sebagai “managed learning” yang bermaksud

pembelajaran pelajar diuruskan oleh pensyarah. Pelajar diberitahu apa yang akan

dipelajari, bila untuk belajar dan bagaimana untuk mempelajarinya. Ia kebiasannya

dikawal oleh pensyarah.

Pembelajaran tidak formal pula merujuk kepada pembelajaran yang diterima

daripada sumber dalaman dan juga luaran (persekitaran). Bezanya dengan

pembelajaran formal, sumber pembelajaran diterima bukan sahaja daripada orang

yang pakar terhadap sesuatu isi pembelajaran tetapi juga daripada individu-individu

lain. Ini bermakna, pembelajaran tidak formal adalah berasaskan isi pembelajaran

dan juga interaksi dengan individu lain. Sebagai contoh, individu mungkin

berinteraksi melalui bertanya kepada rakan lain untuk mendapatkan sesuatu

Page 47: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

27

informasi, mengadakan perjumpaan secara berkumpulan ataupun melalui perbualan

secara tidak langsung dengan individu-individu lain.

Pembelajaran tidak formal juga boleh dirujuk sebagai “self-managed

learning” yang bermaksud pembelajaran diuruskan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar

yang mengawal dan menguruskan pembelajaran mereka sendiri mengikut keperluan

mereka seperti apa yang mereka belajar, bila mereka belajar dan juga bagaimana

mereka belajar. Ini bermakna pelajar melibatkan diri secara aktif dalam menentukan

pembelajaran mereka.

Pembelajaran tidak formal kini diberi perhatian oleh para pendidik kerana

terdapat kajian yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya belajar 20% daripada

pembelajaran yang formal, manakala baki 80% adalah daripada pembelajaran yang

tidak formal (Jane Hart, 2009).

2.6 Pembelajaran aktif

Pembelajaran aktif merujuk kepada satu teknik atau pendekatan di mana

pelajar melakukan lebih dari sekadar mendengar syarahan pensyarah. Ia melibatkan

pelajar melakukan sesuatu termasuklah memproses maklumat, menganalisis dan juga

mengaplikasikan pengetahuan yang diterima. Penekanan bukan lagi diberikan

kepada menyampaikan pengetahuan sahaja tetapi ia lebih menekankan kepada

pembangunan skil dan kemahiran pelajar. Pelajar melibatkan diri dalam pemikiran

aras tinggi seperti analisis, sintesis dan menilai. Pelajar juga terlibat dalam aktiviti-

aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, penulisan dan lain-lain. Malah,

Page 48: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

28

penekanan juga diberikan kepada pengeksplorasian pelajar terhadap sikap dan nilai

mereka sendiri.

Pembelajaran aktif dilihat penting dalam meningkatkan lagi kebolehan

pelajar terutamanya dalam aktiviti pembelajaran. Pembelajaran aktif melibatkan

pelajar dengan pemikiran aras tinggi seperti menganalisis dan menilai. Pelajar bukan

hanya mendengar, tetapi dapat bertindak balas secara langsung dalam menyuarakan

pandangan dan pendapat. Malah dalam masa yang sama juga dapat meningkatkan

interaksi di antara pelajar-pensyarah dan juga pelajar-pelajar. Oleh itu, pelajar dapat

membantu antara satu sama lain dalam memahami sesuatu isi pelajaran. Ini juga

dapat mambantu pelajar meluaskan perspektif mereka terhadap sesuatu isi atau

masalah.

Pembelajaran aktif juga dapat meningkatkan lagi kemahiran interaksi sosial

pelajar, penerimaan kepada pelajar lain dan juga mewujudkan satu komuniti dalam

pembelajaran. Dengan itu, pelajar memperoleh keuntungan dalam membina

kemahiran berkumpulan apabila pelajar dapat belajar dan bekerjasama dengan

pelajar lain dalam aktiviti pembelajaran.

2.7 Social Learning Environment (SLE)

Social Learning Environment (SLE) ialah satu persekitaran pembelajaran di

mana individu-individu dan sekumpulan individu dapat melibatkan diri bersama

dalam aktiviti pembelajaran, juga dalam menyediakan kandungan, berkongsi

pengetahuan dan pengalaman serta dapat belajar antara satu sama lain dalam

meningkatkan produktiviti secara profesional. SLE tidak mengurus, mengawal dan

Page 49: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

29

mengesan pengguna tetapi lebih kepada menyediakan satu ruang terbuka untuk

pengguna bekerja dan belajar bersama secara kolaboratif (Jane Hart, 2009).

SLE juga merupakan satu tempat di mana ia dapat digunakan untuk

memperkembangkan e-pembelajaran berasaskan kandungan secara formal kepada

menyediakan interaksi sosial dengan pelajar-pelajar lain dan juga pensyarah, dan

dalam masa yang sama menyediakan ruang pembelajaran secara tidak formal dalam

sesuatu organisasi (Jane Hart, 2009).

Oleh itu, SLE biasanya menyediakan satu infrastruktur yang dapat

menyokong semua jenis pembelajaran sosial dan kolaboratif yang mana dapat

menyediakan ruang pembelajaran persendirian yang selamat kepada individu, begitu

juga ruang pembelajaran secara berkumpulan serta ruang pembelajaran untuk seluruh

organisasi/komuniti. SLE juga mengintegrasikan teknologi media sosial dalam

menyediakan alatan sosial untuk berkolaborasi dan berkongsi pengetahuan antara

satu sama lain. Ia merangkumi beberapa elemen sosial seperti perkongsian fail,

komunikasi dengan individu lain, jaringan sosial (social networking) dan juga

blogging. Namun, yang lebih penting, SLE menyediakan satu persekitaran terbuka

dan kolaboratif di mana individu-individu tidak lagi dikawal dan diurus tetapi lebih

kepada menyokong pembelajaran mereka.

Terdapat banyak platform SLE yang mana kebanyakannya adalah perisian

komersil yang boleh juga dirujuk sebagai sistem Enterprise 2.0. Ia kebiasaannya

digunakan dalam intranet-intranet korporat untuk ruang bekerja yang kolaboratif dan

berfokus kepada menyediakan persekitaran sosial dalam organisasi. Namun terdapat

juga beberapa platform sumber terbuka yang boleh digunakan untuk membina

pelbagai jenis persekitaran sosial yang berlainan, seperti Elgg dan Mahara.

Page 50: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

30

2.8 Mahara

Mahara adalah satu sistem e-portfolio sumber terbuka dengan paparan rangka

kerja yang lebih fleksibel. Mahara merupakan satu sistem yang yang menyediakan

persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar/pengguna, yang mana ianya senang

untuk diuruskan pengguna. Ia menyediakan fungsi blog, pembangunan resume dan

juga sistem jaringan sosial yang dapat menghubungkan dan menyediakan satu

komuniti pelajar agar dapat melibatkan diri dalam persekitaran yang lebih sosial.

Sistem Mahara merupakan satu sistem yang berpusatkan pelajar di mana ia

menyediakan persekitaran pembelajaran personal (Personal Learning Environment),

berbeza dengan LMS yang lebih berpusatkan kepada satu organisasi atau institusi.

Ruang pembelajaran secara yang disediakan ini membenarkan pelajar untuk

menentukan dan membentuk sendiri bagaimana cara pembelajaran mereka. Malah,

kandungan juga boleh direka dan diubahsuai mengikut kehendak pelajar, disesuaikan

dengan keperluan pembelajaran mereka.

Pembelajaran secara personal melibatkan pemikiran tentang sesuatu

pengetahuan sebagai satu proses aktif. Pelajar dapat menjadi peserta aktif dalam

pembelajaran mereka sendiri, bebas untuk membuat keputusan dalam memilih cara

pembelajaran yang sesuat dan terbaik bagi mereka. Pelajar juga lebih terbuka dalam

menyuarakan pandangan dan pendapat mereka, serta mempunyai pemahaman yang

lebih baik tentang bagaimana proses pembelajaran mereka (Menteri Pelajaran New

Zealand, 2007)

Apa yang membezakan Mahara dengan platform SLE yang lain ialah ia

merupakan satu-satunya sistem yang dapat diintegrasikan dengan Moodle. Ia

menyediakan hanya satu kali log masuk (single sign-on) yang mana ia membolehkan

Page 51: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

31

pengguna log masuk secara automatik kepada kedua-dua sistem Moodle dan juga

Mahara dengan menggunakan username dan password yang sama. Ini bermakna,

apabila pengguna log masuk kepada Mahara, secara automatik pengguna juga

telahpun log masuk kepada Moodle dan begitulah juga sebaliknya.

2.9 Model Reka Bentuk Intruksional

Reka bentuk intruksional ialah satu proses sistematik yang mana elemen-

elemen seperti guru, pelajar, media, bahan pengajaran dan persekitaran

pembelajaran diberikan penekanan dan peranan tertentu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Proses ini melibatkan aturan langkah-langkah mereka bentuk

pembelajaran yang bersistem - bermula dengan analisis, reka bentuk, pembangunan,

perlaksanaan dan penilaian pengajaran (Baharuddin Aris et al.,2002). Terdapat

beberapa jenis model reka bentuk intrusional, tetapi hanya akan diterangkan bagi

tiga model iaitu model reka bentuk ADDIE, model reka bentuk ASSURE dan model

reka bentuk Hannafin and Peck.

2.9.1 Model Reka Bentuk ADDIE

Model ini merupakan model rekabentuk interaksi yang sering menjadi asas

kepada model-model rekabentuk interaksi yang lain (Baharuddin Aris et al.,2001).

Model ADDIE merangkumi keseluruhan fasa-fasa yang dinyatakan oleh Rosset

(1987). Rajah 2.2 menunjukkan fasa yang terdapat dalam model ADDIE:

Page 52: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

32

Rajah 2.1 Model Reka Bentuk ADDIE

Model ADDIE melibatkan lima aturan langkah-langkah bagi mereka bentuk

sesuatu pengajaran bersistem iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan

dan penilaian.

i) Analisis

Peringkat analisis merupakan peringkat awal dalam pembangunan perisian

yang akan dihasilkan. Dalam fasa analisis ini, masalah yang ingin diselesaikan akan

dikenalpasti secara keseluruhannya. Punca dan faktor setiap masalah tersebut juga

akan dikenalpasti dan beberapa analisa akan dilakukan antaranya ialah persekitaran

pembelajaran, analisis terhadap pengguna, mengenal pasti matlamat pengajaran dan

sebagainya. Ini adalah untuk memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

ii) Reka bentuk

Fasa reka bentuk akan dilaksanakan selepas fasa analisis selesai. Dalam fasa

ini, terdapat beberapa tugas penting yang perlu dilakukan oleh pembangun seperti

Page 53: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

33

rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan

teknologi dan sebagainya lagi yang terlibat dalam membangunkan perisian atau

laman web. Pereka bentuk perlu mendapatkan objektif pembelajaran yang sesuai

dan boleh dicapai oleh pelajar setelah berjaya menamatkan pembelajaran melalui

sesuatu perisian atau laman web yang akan dibentuk. Pereka bentuk juga perlu

menyemak cara atau kaedah sesuatu penyampaian maklumat di dalam perisian atau

laman web yang disampaikan agar ia mudah untuk difahami oleh pengguna.

iii) Pembangunan

Berdasarkan kepada reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa reka

bentuk, seterusnya fasa pembangunan pula akan diteruskan berdasarkan kepada

peruntukan, kewangan, sumber media dan tenaga manusia, masa dan sebagainya.

Pembangunan bermaksud membangun atau menghasilkan perisian dengan

menggunakan aplikasi-aplikasi yang sedia ada seperti aplikasi pengaturcaraan,

pengarangan, grafik, audio, video dan sebagainya (Baharuddin Aris et al.,2001).

Reka bentuk skrin, rekaan persembahan dan unsure multimedia interaktif

digabungkan bagi membina bahan pengajaran yang dapat memenuhi objektif projek

(Rio Sumarni et al.,2003)

iv) Perlaksanaan

Perisian yang telah siap dibentuk perlu dipersembahkan untuk menguji

keberkesanannya serta melihat masalah-masalah yang tidak disedari sewaktu fasa

reka bentuk dan pembangunan yang mungkin wujud. Biasanya fasa perlaksanaan ini

dilaksanakan dengan menggunakan sekumpulan pengguna yang menepati criteria

yang telah ditetapkan dalam fasa analisis.

Page 54: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

34

v) Penilaian

Penilaian akan dilaksanakan sebagai proses untuk mendapat maklum balas

daripada pengguna terhadap isi kandungan, strategi, grafik, audio, video, antara

muka dan sebagainya yang terdapat dalam pembinaan aplikasi. Terdapat dua jenis

penilaian yang perlu dilakukan iaitu penilaian sumatif dan penilaian formatif.

a. Penilaian formatif

Penilaian formatif dilakukan sepanjang proses pembangunan sesebuah

perisian atau laman web multimedia. Ia dijalankan bagi memastikan kelemahan atau

kekurangan semasa pembangunan dijalankan. Penilaian formatif dijalankan oleh

kumpulan pembangunan multimedia itu sendiri. Maklumat yang diperolehi dari

proses penilaian tersebut merupakan maklum balas yang akan mempengaruhi proses

perkembangan yang sedang dijalankan.

b. Penilaian sumatif

Penilaian sumatif adalah penilaian yang dilaksanakan di penghujung proses

pembangunan sesebuah aplikasi. Dalam penilaian ini, seseorang penilai akan

memaklumkan kepada pembangun apa yang baik dan kurang baik mengenai perisian

atau laman web tersebut, apa yang perlu diubah dan dikekalkan dalam versi

seterusnya dan sebagainya lagi. Penilaian ini dilakukan atau dikendalikan oleh

penilai luar projek dan bukanlah orang yang terlibat dengan pembangunan perisian

tersebut.

Page 55: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

35

2.9.2 Model Reka Bentuk ASSURE

Menurut Heinich, Molenda, Russel, Smaldino (1999) dalam „Instructional

Media and Technologies for Learning’, terdapat enam komponen dalam model

ASSURE iaitu:

1) Analisis Pelajar (Analyze Learners)

2) Menyatakan Objektif (State Objectives)

3) Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials)

4) Memerlukan penyertaan daripada pelajar (Require Learner Participation)

5) Menilai dan Mengubahsuai (Evaluate and Revise)

Sebelum seorang pereka bentuk mereka bentuk suatu perisian, perlu

dikenalpasti target pengguna terlebih dahulu dan membuat analisis terhadap

pengguna yang akan menggunakan perisian tersebut. Beberapa perkara yang harus

difikirkan termasuklah mengenal pasti ciri-ciri umum pengguna seperti umur, jantina

dan taraf pengetahuan pengguna, mengenal pasti gaya pembelajaran dan

pengetahuan sedia ada pengguna serta pencapaian pengguna yang lepas.

Dalam fasa kedua, objektif pembelajaran dinyatakan dengan tepat dan

mestilah yang boleh diukur berdasarkan tingkah laku pelajar. Objektif pembelajaran

merangkumi tajuk, topik yang akan disampaikan, prestasi yang ingin dicapai dan

keadaan pembelajaran.

Fasa ketiga pula menyatakan apakah isi kandungan yang hendak

disampaikan, bagaimana bahan harus disampaikan dan kaedah penyampaian yang

digunakan. Strategi pengajaran yang paling sesuai mesti dipilih dan bertepatan

Page 56: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

36

dengan situasi atau suasana pembelajaran yang diinginkan. Contohnya untuk

pembelajaran fakta dan penghafalan, strategi latih tubi adalah sesuai, manakala untuk

pembelajaran peringkat tinggi, simulasi digalakkan. Kaedah penyampaian perlu

mengambil kira strategi pengajaran yang digunakan.

Dalam fasa menggunakan media dan bahan pengajaran, penggunaan media

seperti teks, audio, animasi video dan lain-lain perlu disesuaikan dengan strategi dan

maklumat yang ingin disampaikan supaya menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.

Penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah

diutamakan dan sentiasa disarankan oleh ahli pendidik. Pelajar perlu dilibatkan

dengan menyumbangkan persekitaran yang membolehkan pelajar mengawal

pembelajarannya. Contohnya, pelajar diberi kebebasan untuk memilih apa yang

ingin dipelajari. Begitu juga pelajar diberi kemudahan seperti ruang chat atau forum

perbincangan yang membolehkan mereka berbincang dan berkomunikasi antara satu

sama lain.

Dalam fasa penilaian dan pengubahsuaian, perkara-perkara yang perlu dinilai

dalam pembangunan sesuatu perisian adalah pencapaian objektif, kesan perisian

terhadap pembelajaran dan maklum balas tentang penggunaan perisian.

Page 57: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

37

2.9.3 Model Reka Bentuk Hannafin and Peck

Model Hannafin Peck (1987) mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis

keperluan (Need Assessment Phase), fasa reka bentuk (Design Phase) dan fasa

pembangunan dan perlaksanaan (Develop and Implement Phase). Di samping itu,

setiap fasa tersebut akan sentiasa melalui proses penilaian dan penyemakan atau

pengulangan yang dilaksanakan secara berterusan. Rajah 2.3 menunjukkan fasa yang

terdapat dalam model reka bentuk ini:

Rajah 2.2 Model Reka Bentuk Hannafin and Peck

i. Fasa analisis keperluan

Dalam fasa ini, pereka bentuk perlu membuat penilaian, terutamanya terhadap

ciri-ciri kumpulan sasaran. Ini termasuklah menentukan siapa yang akan

menggunakan laman web tersebut, apakah pengetahuan sedia ada pengguna, apakah

perubahan tingkah laku yang diingini, apakah objektif yang hendak dicapai, apakah

perkakasan dan perisian yang diperlukan dan sebagainya. Fasa ini sangat penting

Page 58: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

38

untuk memastikan laman web yang akan dibina mempunyai satu panduan serta hala

tuju yang tepat.

ii. Fasa reka bentuk

Proses mereka bentuk aplikasi bermula dengan menentukan objektif yang akan

dicapai oleh pengguna setelah selesai menggunakan aplikasi. Setelah itu, proses

menentukan aktiviti, latihan dan juga ujian ke atas pengguna semasa menggunakan

laman web yang akan dibangunkan akan turut ditentukan dalam fasa ini. Pereka

bentuk juga perlu memastikan kaedah penyampaian sesuatu maklumat yang

disampaikan itu mudah difahami serta bersesuaian dengan pengguna. Pada fasa ini

juga pelbagai elemen sama ada dari sudut isi kandungan, reka bentuk skrin, sistem

penerokaan dan sebagainya akan turut ditentukan.

iii. Fasa pembangunan dan perlaksanaan

Fasa pembangunan merujuk kepada proses penghasilan laman web. Dalam

fasa ini, semua elemen-elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa

sebelumnya diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih praktikal sama ada dengan

bantuan sistem bahasa pengaturcaraan, pengarangan dan sebagainya. Fasa ini

merupakan antara fasa yang memerlukan ramai tenaga pakar dan berkemahiran

tinggi dalam pelbagai bidang seperti pengaturcaraan, grafik, audio, video dan lain-

lain.

Dalam fasa ini juga, perisian pengarangan dan semua perisian sokongan yang

dipilih akan digunakan sepenuhnya. Laman web akan dibangunkan seperti yang

dirancang dengan bantuan carta alir. Penilaian dan pengulangan akan dilakukan dari

Page 59: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

39

semasa ke semasa untuk mengesan masalah yang timbul. Langkah-langkah

pengubahsuai, pembaikpulih akan diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2.10 Penutup

Pembelajaran berasaskan Internet merupakan satu pendekatan pembelajaran

di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan

disampaikan oleh komputer melalui Internet. Dengan perkembangan teknologi pada

masa kini, pembelajaran menjadi lebih mudah melalui e-pembelajaran di mana

pengguna dapat mengaksesnya tanpa terbatas pada masa dan tempat. LMS dapat

membantu pentadbir dalam menguruskan sistem pembelajaran dengan lebih berkesan

dan memudahkan pentadbir untuk memantau aktiviti pembelajaran pengguna.

Moodle merupakan salah satu contoh LMS yang dapat menyediakan satu ruang

pembelajaran yang dapat menyampaikan pelbagai maklumat.

SLE pula ialah satu pendekatan yang semakin hangat diperkatakan pendidik

pada masa ini. Ia dapat menyediakan ruang pembelajaran yang lebih sosial dan

terbuka serta menyediakan ruang untuk pengguna melibatkan diri dengan lebih aktif

dalam pembelajaran. Pengguna lebih bebas untuk menentukan pembelajaran mereka.

Salah satu contoh platform SLE ialah Mahara dan ia merupakan satu-satunya

perisian yang dapat diintegasikan dengan Moodle. Pengintegasian ini dapat

membantu mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik dan

bermakna.

Page 60: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

BAB 3

REKA BENTUK KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam proses membangunkan sebuah sistem e-pembelajaran, ia memerlukan

perancangan yang teratur dan teliti agar sebuah sistem yang berkualiti dapat

dibangunkan tanpa membazirkan masa dan tenaga. Dalam bab ini akan

membincangkan mengenai objektif pembelajaran serta isi kandungan yang

disampaikan menerusi sistem e-pembelajaran yang dibangunkan. Perbincangan akan

bertumpu kepada proses mereka bentuk serta menstrukturkan aktiviti pembelajaran

yang bersesuaian bagi mewakili isi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan.

Bab ini juga akan berfokus kepada model reka bentuk intruksi yang dipilih

sebagai panduan sepanjang proses pembangunan sistem. Begitu juga dengan reka

bentuk sistem yang dibangunkan, berdasarkan tiga prinsip reka bentuk yang utama

iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk antaramuka.

Seterusnya, bab ini juga akan membincangkan reka bentuk kajian yang dijalankan

serta instrumen yang digunakan dalam menjalankan kajian. Ini termasuklah juga

proses pengumpulan dan penganalisian data yang dikumpulkan.

Page 61: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

41

3.2 Model Reka Bentuk Intruksi dalam Sistem

Untuk membangunkan sistem e-pembelajaran ini, model reka bentuk

pengajaran yang dipilih ialah model ADDIE. Model ADDIE dipilih adalah kerana

model tersebut mempunyai komponen yang teratur dari satu langkah ke satu langkah

secara tersusun. Turutan setiap fasa juga sistematik untuk digunakan dalam

pembangunan sesebuah aplikasi multimedia. Terdapat lima fasa atau peringkat yang

menjadi asas kepada pembangunan sesebuah aplikasi iaitu fasa analisis, fasa reka

bentuk, fasa pembangunan, fasa perlaksanaan dan juga fasa penilaian.

3.2.1 Fasa analisis

Fasa analisis melibatkan penganalisian terhadap pengguna, kandungan isi

pelajaran atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai, strategi pembelajaran,

persekitaran pembelajaran, serta matlamat pembelajaran. Analisis terhadap ciri-ciri

am pengguna termasuklah pengetahuan sedia ada pengguna, jantina, umur, tahap

pembelajaran serta gaya pembelajaran pengguna.

Projek ini dikhususkan kepada pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan (Teknologi

Pendidikan) di Fakulti Pendidikan UTM yang terpilih yang mengikuti matapelajaran

Technology and Media Design (MPT 1203) pada semester kajian dijalankan. Ini

adalah bertujuan untuk melihat kesesuaian sistem e-pembelajaran ini digunakan

untuk pelajar tahap ijazah sarjana. Matapelajaran Technology and Media Design

(MPT 1203) dipilih adalah kerana ia merupakan salah satu matapelajaran wajib

fakulti yang perlu diambil oleh semua pelajar Sarjana Pendidikan (Teknologi

Pendidikan).

Page 62: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

42

Oleh kerana skop kandungan matapelajaran Technology and Media Design

(MPT 1203) ini adalah besar dan merangkumi kesemua elemen multimedia, jadi

hanya satu tajuk besar iaitu salah satu elemen multimedia akan dipilih dan

difokuskan. Tajuk yang dipilih ini adalah berkenaan grafik dan ianya akan

difokuskan sebagai kandungan pembelajaran dalam sistem ini. Tajuk berkenaan

grafik dipilih kerana ia adalah antara tajuk awal yang dipelajari dan diajar pada awal

semester. Oleh itu, pelajar sudah mempunyai pengetahuan awal berkenaan tajuk ini.

Selain itu, grafik juga merupakan satu elemen multimedia yang mempunyai skop

lebih luas berbanding elemen multimedia yang lain seperti teks, audio, video dan

animasi. Tajuk berkenaan grafik ini akan dipecahkan kepada tiga topik iaitu

Graphic:An Introduction, Bitmap vs Vector: Graphic Category dan Working with

Graphic.

Pemilihan pelajar Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) sebagai

kumpulan sasaran pula adalah kerana pelajar kursus ini terdiri daripada pelbagai latar

belakang. Suasana pembelajaran dalam kursus ini juga adalah dalam persekitaran

teknologi maklumat (ICT) iaitu pelajar banyak menggunakan teknologi dalam

melakukan tugasan atau projek, juga dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Malah, mereka juga telah mempunyai pengalaman dalam

menggunakan sistem LMS sebelum ini.

Isi kandungannya adalah bertepatan dengan kurikulum yang telah sedia ada.

Pendekatan yang ditekankan dalam pembelajaran ini ialah pendekatan SLE iaitu

pelajar disediakan dengan persekitaran pembelajaran yang lebih sosial di samping

persekitaran LMS. Objektif bagi projek ini pula ialah untuk melihat potensi LMS

dan pendekatan SLE dalam sistem e-pembelajaran dalam melibatkan pelajar secara

lebih aktif dan kolaboratif dalam pembelajaran seterusnya meningkatkan lagi sistem

e-pembelajaran yang telah sedia ada.

Page 63: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

43

Di dalam kajian ini, sistem e-pembelajaran akan dibangunkan menggunakan

platform sumber terbuka LMS dan SLE. Platform LMS yang akan digunakan ialah

Moodle manakala platform SLE yang akan digunakan ialah Mahara. Oleh itu, ia

akan melihat kepada potensi dan kesesuaian pengintegrasian Moodle dan Mahara ini

dalam membangunkan sebuah sistem e-pembelajaran. Ia juga akan melihat kepada

kestabilan dan potensi sistem bersifat sumber terbuka (open source) yang mana ianya

boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma tanpa melibatkan sebarang kos.

3.2.2 Fasa reka bentuk

Fasa reka bentuk merupakan fasa yang paling penting yang perlu dititik

beratkan oleh penyelidik. Dalam fasa ini, pelbagai elemen sama ada dari sudut isi

kandungan, reka bentuk dan antaramuka skrin, sistem penerokaan dan sebagainya

akan ditentukan. Penyelidik perlu memastikan kaedah penyampaian sesuatu

maklumat atau kandungan pembelajaran yang disampaikan itu mudah difahami serta

bersesuaian dengan pengguna. Terdapat tiga fasa utama dalam fasa reka bentuk ini

yang akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam bahagian 3.3.

3.2.3 Fasa pembangunan

Fasa pembangunan merujuk kepada proses penghasilan aplikasi. Dalam fasa

ini, semua elemen-elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelumnya

diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih praktikal sama ada dengan bantuan sistem

Page 64: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

44

pengaturcaraan, pengarangan atau lain-lain jenis perisian. Fasa ini memerlukan masa

yang panjang untuk diselesaikan.

Sistem e-pembelajaran ini dibangunkan menggunakan perisian sumber

terbuka iaitu Moodle dan Mahara. Selain itu, terdapat juga perisian sokongan yang

digunakan bagi menghasilkan bahan-bahan pembelajaran dan juga untuk

membangunkan sistem ini.

3.2.4 Fasa implementasi atau pelaksanaan

Bahan dan aktiviti pembelajaran berasaskan SLE yang telah disiapkan akan

digunakan atau dipersembahkan dalam keadaan yang sebenar kepada beberapa orang

pengguna untuk menguji keberkesanannya serta mengkaji kelancaran sistem tersebut.

Dengan ini, masalah-masalah yang tidak disedari sewaktu fasa rekabentuk dan

pembangunan akan dapat dilihat.

3.2.5 Fasa penilaian

Apabila suatu sistem e-pembelajaran dibangunkan, maka fasa penilaian harus

dijalankan bagi memastikan sistem tersebut dapat diguna pakai oleh pengguna.

Terdapat dua penilaian yang digunakan dalam kajian ini iaitu penilaian formatif dan

penilaian sumatif. Penilaian formatif dilakukan secara berterusan bersama beberapa

pengguna yang bersesuaian seperti pelajar dan pensyarah yang juga penyelia kepada

Page 65: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

45

kajian ini. Penilaian kerja juga dijalankan bagi memastikan setiap fungsi navigasi

tersebut berfungsi dengan betul. Penilaian sumatif pula dijalankan pada akhir kajian

kepada kumpulan sasaran sebenar (responden) iaitu setelah sistem siap berfungsi.

Borang soal selidik diedarkan kepada responden yang terlibat bagi mendapatkan data

untuk kajian ini.

3.3 Reka bentuk sistem

Dalam proses mereka bentuk suatu sistem e-pembelajaran, terdapat beberapa

fasa kerja yang utama. Seperti yang dicadangkan oleh Kristof dan Satran (1995),

fasa yang utama ialah reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk

antara muka.

3.3.1 Reka bentuk informasi

Reka bentuk informasi menentukan isi kandungan, mengatur maklumat yang

ingin disampaikan dan bagaimana maklumat ini disampaikan kepada pengguna.

Kesemua maklumat ini akan diringkaskan ke dalam bentuk carta alir. Pembinaan

sesebuah sistem e-pembelajaran yang bermutu seharusnya memliki reka bentuk

informasi yang baik. Reka bentuk informasi yang baik ialah apabila sistem itu

mempunyai penyampaian isi pembelajaran yang teratur. Pendapat ini disokong oleh

Baharuddin, Rio Sumarni dan Manimegalai (2002) yang menyatakan bahawa

penyusunan informasi yang baik dapat memastikan pengguna memberi fokus

Page 66: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

46

terhadap apa yang dipaparkan. Apabila kandungan sistem teratur, isi pembelajaran

sistem tersebut dapat disampaikan dengan mudah.

Secara keseluruhannya, sistem ini mengaplikasikan teori konstruktivis sosial

yang mana dalam teori ini menekankan bagaimana makna dan pemahaman terhadap

sesuatu perkara itu wujud daripada interaksi sosial (Atherton, 2009).

Dalam sistem pengintegrasian LMS dan pendekatan SLE ini atau secara

ringkasnya dinamakan Social Learning Centre (SLC), terdapat dua bahagian utama

iaitu Learning Centre dan Social Centre. Dalam bahagian Learning Centre, ia

menyediakan satu ruang kepada pengguna untuk mengakses maklumat sama ada

untuk memuat turun atau memuat naik sesuatu maklumat itu ke dalam sistem.

Namun begitu, ia bergantung kepada pensyarah di mana pensyarah yang

menyediakan bahan untuk dimuat turun dan menyediakan ruangan untuk pelajar

memuat naik, kebiasaannya untuk menghantar tugasan. Di dalam Learning Centre

itu sendiri, ia melibatkan teori pembelajaran kognitif. Teori kognitif menerangkan

bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun,

menyimpan serta mengeluarkan semua pengalaman yang membolehkan ia

memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang

dihadapai. Oleh itu, penyampaian isi kandungan dalam Learning Centre

menggunakan kaedah ‘chunking’ di mana bahan-bahan maklumat ini disusun secara

berperingkat mengikut setiap topik bagi memudahkan pengguna mencari maklumat

dan kaedah ini mampu menyampaikan maklumat secara berkesan. Ia juga secara

umumnya telah mengaplikasikan teori sosial konstruktivis, sebagai contohnya

melalui ruangan forum dan juga chat. Namun begitu, ia masih lagi terikat dengan

suasana pembelajaran yang formal yang mana ia dipantau dan dikawal oleh

pensyarah.

Dalam bahagian Social Centre pula, ia juga menyediakan ruang kepada

pengguna untuk mengakses maklumat sama ada untuk memuat turun atau memuat

Page 67: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

47

naik sesuatu maklumat itu ke dalam sistem. Bezanya, pengguna bebas menyediakan

folder sendiri dan boleh memuat naik seberapa banyak fail dengan cepat dan efisien.

Ia juga menyediakan laman persendirian untuk pengguna di mana pengguna bebas

untuk berkongsi pelbagai informasi dan juga maklumat diri kepada pengguna lain

yang berada dalam senarai ‘Friends’ mereka. Ia bertindak seperti sebuah e-portfolio

yang mana pengguna bebas untuk mengawal bahan dan menyimpan apa sahaja

informasi, data dan fail yang diinginkan pengguna. Social Centre ini melibatkan

suasana pembelajaran sosial di mana pengguna dapat berinteraksi dengan pengguna-

pengguna lain malah pengguna juga boleh menghasilkan blog sendiri untuk

berkongsi pengetahuan dan juga meningkatkan skil penulisan secara akademik.

Dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang dalam sistem SLC ini, pengguna

akan mendapat pengetahuan awal mengenai matapelajaran pada laman Learning

Centre. Seterusnya aktiviti berpindah ke laman Social Centre di mana pengguna

akan terlibat secara aktif seperti menulis di blog, memuat turun slaid persembahan,

membina profil peribadi dan resume serta lain-lain lagi. Pada masa yang sama juga

pengguna dapat berinteraksi secara sosial dengan pengguna-pengguna lain melalui

Group serta dapat berkongsi memuat turun apa sahaja fail yang ingin dikongsikan

dengan pengguna lain. Ini bertepatan dengan pendekatan yang diterapkan di dalam

sistem ini iaitu teori pembelajaran konstruktivis sosial. Seterusnya daripada aktiviti

pembelajaran yang wujud di laman Social Centre, pengguna seterusnya akan memuat

naik tugasan yang telah disiapkan di laman Learning Centre. Pada bahagian ini,

pentadbir menyediakan satu ruangan atau pautan untuk pengguna memuat naik hasil

kerja mereka. Di sinilah terlihatnya fungsi pengintegrasian Learning Centre dan

Social Centre dalam mewujudkan satu suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan

sosial seterusnya menghasilkan sistem SLC ini.

Sebagai contoh, isi kandungan pembelajaran dalam sistem ini, yang disusun

dalam ruangan Learning Centre dipecahkan kepada tiga topik iaitu Graphic:An

Introduction, Bitmap vs Vector: Graphic Category dan Working with Graphic.

Contohnya dalam topik Bitmap vs Vector: Graphic Category, pendekatan

Page 68: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

48

pembelajaran yang digunakan ialah pendekatan pembelajaran aktif di mana pelajar

terlebih dahulu akan mencari sendiri dan mendapatkan maklumat tentang apa yang

akan dipelajari. Ia tidak tertakluk kepada nota yang diberi semata-mata. Oleh kerana

itu, dalam sistem ini contohnya pelajar terlebih dahulu akan merujuk kepada

pengenalan isi topik ini. Seterusnya, pelajar akan ke Social Centre dan akan terlibat

dalam dua Group yang telah dibina iaitu Bitmap Group dan Vector Group. Di sini,

pelajar akan berinteraksi, berbincang dan berkongsi maklumat bersama rakan yang

lain, mendapatkan maklumat yang berkaitan, sama ada grafik bitmap ataupun grafik

vektor. Dengan ini pelajar akan dapat melihat perbezaan di antara grafik bitmap dan

grafik vektor. Setelah pelajar mendapat gambaran berkenaan topik ini, pelajar

seterusnya akan menulis blog berkenaan topik dan berkongsi apa yang telah

difahami. Secara tidak langsung, pelajar membina sendiri kefahaman melalui apa

yang telah dipelajari daripada perbincangan bersama rakan. Ini bertepatan dengan

teori konstruktivisme di mana ia memberi peluang untuk pelajar membina sendiri

idea dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka pelajari. Seterusnya pelajar

boleh kembali kepada Learning Centre untuk memuat naik apa-apa tugasan yang

diberikan pensyarah ataupun untk memuat turun nota yang disediakan oleh

pensyarah sebagai pengukuhan terhadap apa yang telah dipelajari.

3.3.2 Reka bentuk Interaksi

Reka bentuk interaksi menentukan perjalanan sistem yang akan dibangunkan.

Jenis-jenis interaksi, sistem navigasi serta penetapan elemen kawalan yang lain bagi

sistem akan ditetapkan. Kesemua maklumat akan dipersembahkan dalam bentuk

papan cerita atau ‘storyboard’. Struktur penerokaan yang boleh digunakan adalah

struktur linear, struktur hierarki, struktur rangkaian, struktur lingkaran dan struktur

komposit.

Page 69: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

49

Dalam sistem SLC ini, pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk

mengakses sistem secara terus. Ini adalah kerana persekitaran Learning Centre (yang

dibangunkan menerusi platform Moodle) dan Social Centre (yang dibangunkan

menerusi platform Mahara) yang disediakan ini dapat berinteraksi dengan mudah

antara satu sama lain.

Pada bahagian Learning Centre sudah ada reka bentuk interaksi yang telah

disediakan. Corak penerokaannya, pengguna bebas untuk melayari sistem tersebut

tanpa perlu mengikut laluan yang ditetapkan. Pengguna bebas untuk memilih

bahagian yang dikehendaki. Malah pengguna tidak akan sesat dalam melayarinya

kerana pada bahagian atas, dinyatakan laman pengguna berada dan juga pautan untuk

kembali ke laman utama. Penggunaan hiperteks sebagai pautan ke laman yang lain

memudahkan urusan pengguna untuk melayari sistem. Penggunaan hipermedia

digunakan secara minimum mengikut kesesuaian. Begitu juga dalam Social Centre.

Oleh sebab itu, secara keseluruhannya, sistem SLC ini mempunyai corak penerokaan

yang bebas di mana pengguna tidak perlu mengikut laluan yang ditetapkan.

3.3.3 Reka bentuk Antaramuka

Reka bentuk antaramuka menentukan stail paparan dan susun atur elemen-

elemen multimedia yang akan digunakan. Ini meliputi pelbagai aspek seperti

pemilihan warna, jenis media, jenis tulisan, bentuk paparan dan saiz media yang

digunakan.

Dalam sistem SLC, telah disediakan tema-tema antaramuka yang menarik.

Sistem ini menerapkan penggunaan warna yang konsisten dan reka bentuk skrin yang

Page 70: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

50

ringkas dengan tujuan memudahkan pengguna menerokanya. Tema warna yang

digunakan tidak terlalu terang atau berwarna warni, tetapi menggunakan tema warna

yang ‘standard’ sesuai dengan aras kognitif pengguna iaitu pelajar universiti. Reka

bentuk skrin yang ringkas dengan penggunaan grafik yang bersaiz kecil dapat

mempercepatkan kadar muat turun. Pada bahagian atas sistem di ini, terdapat banner

yang ringkas dan menarik yang menyatakan identiti dan nama sistem tersebut iaitu

Learning Centre dan Social Centre.

3.4 Aliran Perjalanan Sistem

Sistem SLC ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Learning Centre

dan Social Centre. Learning Centre menyediakan persekitaran pembelajaran sosial

secara formal manakala Social Centre menyediakan persekitaran pembelajaran

personal (e-portfolio).

Dalam sistem SLC ini, terlebih dahulu pengguna perlu log masuk ke dalam

sistem melalui Learning Centre. Pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja

untuk terus masuk ke sistem dengan menggunakan username dan password yang

telah disediakan bagi setiap pengguna. Bermula daripada persekitaran pembelajaran

sosial secara formal, pada bahagian ini, sistem menyediakan outline isi kandungan

bagi matapelajaran Technology and Media Design (MPT 1203). Segala maklumat

berkaitan aktiviti pembelajaran dinyatakan di sini sebagai pemberitahuan dan

makluman kepada pengguna, begitu juga dengan pengenalan sistem agar pengguna

dapat mengenali dan mengetahui dengan lebih mendalam penggunaan sistem SLC

ini. Terdapat juga ruangan forum untuk pengguna membincangkan sesuatu topik

atau mengemukakan sebarang pertanyaan. Pada bahagian ini juga, sistem

memberikan panduan dan menyatakan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh

pengguna dalam melibatkan diri secara aktif dalam sistem ini. Sistem juga

Page 71: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

51

menyediakan nota berkaitan dan juga rujukan yang boleh digunakan oleh pengguna

sebagai pengetahuan awal berkaitan matapelajaran ini yang mana matapelajaran ini

memfokuskan aspek multimedia grafik yang dibahagikan kepada beberapa topik.

Secara keseluruhannya, penyelidik bertindak sebagai pentadbir (admin) dalam

memastikan kelangsungan dan kelancaran perjalanan aktiviti pembelajaran dalam

sistem ini.

Pada bahagian Social Centre, pengguna perlu mengemaskini profil peribadi

seperti nama penuh, pendidikan, minat, alamat pengguna, email, dan lain-lain lagi.

Maklumat dalam profil peribadi setiap pengguna ini dapat dijadikan rujukan kepada

pentadbir dan juga pengguna-pengguna lain untuk mengenali dengan lebih dekat lagi

pengguna tersebut. Seterusnya, pengguna bebas untuk membina resume (CV)

melalui Resume Builder yang telah disediakan. Resume Builder ini dapat membantu

pengguna menyediakan resume peribadi yang mana ia dapat dijadikan rujukan untuk

pengguna dan dalam masa yang sama memudahkan pengguna apabila ingin

menggunakan resume ini pada masa akan datang seperti untuk memohon pekerjaan

dan sebagainya.

Dalam bahagian ini juga, pengguna bebas untuk membina Group, begitu juga

untuk menyertai (join) mana-mana Group yang telah ada. bagi membincangkan

sesuatu perkara bersama dengan pengguna lain. Secara tidak langsung, pengguna

juga dapat membina jaringan sosial (social networking) sendiri yang mana pengguna

boleh membina senarai Friends dalam profil mereka. Senarai Friends ini akan dapat

melihat (view) status terkini pengguna serta dapat memberi komen terhadap status

pengguna serta apa sahaja yang dimuat naik (upload) oleh pengguna dalam profil

mereka. Pengguna juga bebas untuk membuat folder dan memuat naik (upload) apa

sahaja fail yang ingin mereka berkongsi bersama Friends mereka sama ada video

Youtube, foto dan lain-lain. Dalam erti kata lain, ia bertindak sama sahaja seperti

rangkaian sosial yang telah wujud dan diguna pakai oleh kebanyakan orang di

seluruh dunia seperti Facebook, Friendster ataupun MySpace.

Page 72: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

52

Dalam ruangan blog pula, pengguna dapat berkongsi penulisan mereka,

membuat refleksi terhadap pembelajaran mereka, dan juga menghasilkan jurnal.

Ruangan blog ini memberi kebebasan kepada pengguna sama ada ingin menjadikan

post-post tertentu sebagai tatapan umum ataupun privasi di mana jika post tersebut

diprivasikan, ini bermakna pengguna-pengguna lain tidak boleh mengakses atau

membaca post tersebut. Manakala jika post tersebut bersifat umum, ini bermakna

ianya boleh diakses atau dibaca oleh pengguna-pengguna lain.

Selain itu, dalam aktiviti pembelajaran yang disediakan juga, pengguna

seterusnya akan memuat naik segala tugasan yang telah disiapkan pada pautan di

laman Learning Centre. Pada bahagian ini, pentadbir menyediakan pautan untuk

pengguna memuat naik hasil tugasan yang telah disiapkan. Pengguna juga boleh

masuk ke ruangan forum di mana pengguna-pengguna boleh ‘post’ forum, berbincang dalam

kumpulan tersebut tentang sesuatu topik sama ada bersifat akademik ataupun bukan

akademik. Pengguna boleh ke ruangan chat di mana pengguna boleh ber’chatting’ dengan

pengguna-pengguna lain yang online dalam masa yang sama.

Dalam sistem ini juga, pengguna boleh melihat dan mengetahui pengguna-

pengguna lain yang mengakses sistem dalam masa yang sama. Malah pengguna

dapat melihat profil pengguna-pengguna lain dan juga boleh menghantar mesej

kepada mereka atau menghantar post pada paparan profil mereka melalui sistem ini.

Akhir sekali, setelah pengguna tamat menggunakan sistem ini pengguna akan log

keluar dari sistem melalui pautan Log out yang terdapat pada bahagian atas pada

setiap paparan muka sistem.

Page 73: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

53

3.5 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan

maklumat bagi persoalan-persoalan yang timbul dalam kajian. Reka bentuk kajian

akan membimbing penyelidik ke arah mendapatkan maklumat dan menentukan hasil

kajian yang dijalankan.

Kajian ini merupakan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif

diperolehi melalui soal selidik manakala data kualitatif diperolehi melalui temubual.

Pemilihan reka bentuk kajian ini berdasarkan Chua (2005) bahawa ia boleh

digunakan untuk menyatakan pelbagai soalan terutamanya dalam menghuraikan

sikap, pandangan, kepercayaan, perasaan dan tingkah laku.

Data diperolehi melalui dua pendekatan iaitu kuantitatif bagi data berkaitan

mengkaji sampel yang mewakili populasi menggunakan kaedah statistik untuk

menganalisis data bagi menyediakan laporan dapatan kajian yang objektif. Kajian

kualitatif dapat memberikan fokus lebih intensif terhadap fenomena yang dikaji (Gall

dan Borg, 2003). Kajian kualitatif yang dipilih adalah berbentuk temubual tidak

berstruktur. Temubual mengandungi set soalan bertujuan untuk mendapatkan idea

bagi soalan seterusnya bagi pembinaan item.

3.6 Populasi dan Persampelan

Populasi merupakan semua ahli dalam kelompok yang akan kita selidik.

Sampel pula adalah sumber untuk penyelidik mendapatkan data (Mohamad Najib,

Page 74: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

54

1999). Mengenali sampel adalah penting dalam menjalankan kajian kerana ia akan

menentukan masalah yang perlu dikaji serta banyak data dan maklumat perlu

dikumpul. Kebaikan persampelan adalah penggunaan sampel akan mengurangkan

kos tenaga dan masa penyelidikan (Mohd Najib, 1994).

Populasi bagi kajian ini melibatkan pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah dan sedang

mengambil kursus matapelajaran Technology and Media Design (MPT1203).

Seramai 10 orang telah dipilih sebagai sampel bagi keseluruhan populasi.

Teknik pemilihan sampel yang digunakan ialah teknik persampelan bertujuan.

Seramai 10 orang responden telah dipilih iaitu pelajar yang mengikuti matapelajaran

Technology and Media Design (MPT 1203) pada semester di mana kajian dijalankan.

Bagi tujuan kajian, penilaian hanyalah untuk mendapatkan maklumat awal mengenai

penerimaan dan pandangan pelajar terhadap sistem e-pembelajaran yang

mengintegrasikan LMS dan pendekatan SLE.

Oleh yang demikian, 10 orang pelajar adalah memadai untuk dijadikan

responden dalam kajian ini. 10 orang pelajar yang dipilih ini terdiri daripada

pelbagai latar belakang misalnya latar belakang pendidikan peringkat ijazah sarjana

muda, mod pengajian dan jenis pelajar.

Para pelajar yang terlibat terlebih dahulu diberikan panduan dan pengenalan

awal oleh penyelidik dalam menggunakan sistem ini. Mereka diberikan masa selama

2 minggu untuk menggunakan sistem yang dibangunkan. Seterusnya mereka akan

dikumpulkan dalam sebuah kelas untuk menjawab soal selidik yang disediakan.

Segala pertanyaan mengenai soal selidik akan dijelaskan oleh penyelidik. Soal

selidik kemudiannya akan dikutip dalam masa yang telah ditetapkan.

Page 75: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

55

3.7 Instrumen

Instrumen menentukan jenis data yang diperoleh dan ini mempengaruhi jenis

analisis penyelidik (Mohamad Najib, 1999). Instrumen kajian yang digunakan dalam

kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik digunakan kerana ia lebih

mudah untuk mendapatkan kerjasama responden. Soal selidik dapat meningkatkan

ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak

dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji (Mohd Najib, 1994). Responden bebas

memilih dan menyatakan pendapat, menilai mengikut kehendak soal selidik dan

mereka tahu apa yang difikirkan untuk menjawab. Soal selidik mempunyai beberapa

kelebihan dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan

maklumat.

Antara kebaikan menggunakan soal selidik ialah:

i. Data-data dan tindak balas yang diperoleh lebih tepat, mudah dan sesuai

dengan responden.

ii. Mempunyai kesahan dan kejituan yang tinggi.

iii. Penyelidik hanya perlu memberi penerangan kepada responden mengenai

soal selidik sebelum responden menjawab soal selidik tersebut. Arahan-

arahan yang secukupnya diberikan kerjasama yang baik.

iv. Penggunaan soal selidik tertutup atau jawapan dipilih amat baik kerana ia

tidak memerlukan responden berfikir atau melahirkan idea baru terhadap

sesuatu soalan.

Soal selidik ini direkabentuk berdasarkan objektif kajian. Borang soal selidik

yang dibina untuk responden ini memuatkan 4 bahagian utama iaitu bahagian B, C,

D dan E manakala bahagian A terdiri daripada soalan berkaitan latar belakang dan

maklumat umum responden. Soal selidik ini disediakan untuk mendapatkan

maklumat mengenai tahap kepuasan pelajar dalam melibatkan diri dalam

Page 76: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

56

persekitaran pembelajaran yang disediakan, tahap kesenangan untuk pelajar belajar

dalam persekitaran pembelajaran yang disediakan, tahap keberkesanan sistem bagi

pelajar dalam membantu pembelajaran pelajar serta ciri-ciri dalam pengintegrasian

LMS dan pendekatan SLE yang paling digemari oleh pelajar dan berpotensi

meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam e-pembelajaran.

Borang soal selidik ini mempunyai 36 item yang mana pembahagiannya

adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1 Penerangan ringkas mengenai pembahagian item pada borang soal

selidik

Bil Bahagian Penerangan Bil soalan Jumlah

soalan

i Bahagian A:

Maklumat

Asas

Pengguna

Mengandungi maklumat

umum mengenai

responden. Tujuan ialah

untuk mengenal pasti

responden secara ringkas

dan pengalaman

menggunakan e-

pembelajaran sebelum ini.

1-6 6

ii Bahagian B Mengandungi soalan-

soalan untuk mendapatkan

maklumat berkaitan tahap

kepuasan pelajar dalam

melibatkan diri dalam

persekitaran pembelajaran

yang disediakan.

7-12 6

iii Bahagian C Mengandungi soalan-

soalan untuk mendapatkan

13-18 6

Page 77: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

57

maklumat berkaitan tahap

kesenangan untuk pelajar

belajar dalam persekitaran

pembelajaran yang

disediakan.

iv. Bahagian D Mengandungi soalan-

soalan untuk mendapatkan

maklumat berkaitan tahap

keberkesanan sistem

dalam membantu

pembelajaran pelajar

melalui aktiviti

pembelajaran yang

dirancang di dalam sistem.

19-24 6

v Bahagian E Mengandungi soalan-

soalan untuk mendapatkan

maklumat berkaitan ciri-

ciri dalam pengintegrasian

LMS dan pendekatan SLE

yang paling digemari oleh

pelajar dan berpotensi

meningkatkan penglibatan

aktif pelajar dalam aktiviti

pembelajaran.

25-36 12

Jumlah item 36

Setiap soalan pada bahagian B, C, D, dan E mempunyai pilihan secara

‘Likert’ seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.2. Kaedah skala Likert

menghendaki responden menandakan jawapan mereka berdasarkan kenyataan yang

diberikan (Mohd Najib, 2003).

Page 78: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

58

Jadual 3.2 Format Skala Likert

Kenyataan Ringkasan Markat

Amat Tidak Setuju ATS 1

Tidak Setuju TS 2

Neutral N 3

Setuju S 4

Amat Setuju AS 5

Selain menggunakan instrumen soal selidik, penyelidik juga munggunakan

instrumen temubual untuk mendapatkan data. Patton (1980) menyatakan terdapat

tiga jenis teknik temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal dan

temubual terbuka. Fontana dan Frey (1994) Merriem (1998) juga menyatakan

terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual berstruktur, temubual separa berstruktur

dan juga temubual tidak berstruktur.

Dalam kajian ini, penyelidik mengunakan temubual tidak berstruktur. Ini

kerana menurut Merriem (1998) penggunaan temubual tidak berstruktur bersifat

fleksibel dan keadaan ini membolehkan responden menghuraikan apa yang

difikirkannya kepada penyelidik. Manakala temubual berstruktur adalah bertujuan

untuk mengumpulkan maklumat yang tepat seperti maklumat sosiodemografik,

umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya.

Page 79: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

59

3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan kandungan sesuatu instrumen adalah penting kerana ia merujuk

kepada sejauh mana instrumen yang digunakan mampu untuk mengumpul data yang

merangkumi kandungan sesuatu bidang yang dikaji (Best dan Kahn, 1998; Adnan,

2000). Untuk tujuan ini, penyelidik telah berbincang dan mendapatkan pandangan

pensyarah terhadap instrumen yang dibina seterusnya mendapat pengesahan

pensyarah yang terlibat.

Kebolehpercayaan instrumen juga merupakan faktor penting dalam

memastikan instrumen yang digunakan tekal dalam mengambil ukuran (Bailey,

1992; Adnan, 2000). Kebolehpercayaan instrumen akan ditentukan melalui ujian

Reliability. Nilai (α) 0.8 atau yang berhampiran membawa maksud instrumen yang

digunakan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi (Ary, 1986; Adnan,

2000)

3.9 Kajian Rintis

Kajian rintis mesti dilaksanakan ke atas setiap borang soal selidik yang akan

digunakan dalam sesuatu kajian untuk melihat sama ada borang soal selidik tersebut

boleh berfungsi dengan betul atau tidak (Johnson dan Christensen, 2000). Di

samping itu, penyelidik juga boleh menyemak kesahan dan kebolehpercayaan

instrumen yang digunakan serta mengetahui kekangan-kekangan yang mungkin

timbul dalam proses pengumpulan data. Ini perlu diberi perhatian dalam kajian

sebenar (Glesne, 1999). Maxwell (1996) pula menyatakan kajian rintis adalah

penting kepada seseorang penyelidik untuk menguji idea-idea dan membolehkannya

Page 80: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

60

mendapatkan maklumat awal mengenai latar belakang responden yang akan dikaji.

Ianya membolehkan seseorang penyelidik mengkaji dan mengesahkan beberapa

aspek konseptual yang terlibat dalam penyelidikannya.

Dalam kajian ini, kesemua instrumen tersebut diberikan kepada responden

yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan responden kajian. Sebanyak 3 borang

soal selidik telah diedarkan kepada sampel yang tidak terlibat dalam kajian sebenar

di UTM.

Semua responden diberi peluang untuk mencuba sistem e-pembelajaran

tersebut selama 30 minit sebelum instrumen borang soal selidik diedarkan kepada

responden untuk dijawab dalam masa 10 minit. Setelah ketiga-tiga borang penilaian

diperolehi, penyelidik kemudiannya menganalisis borang penilaian tersebut

menggunakan perisian SPSS versi 14.0.

Hasil daripada kajian rintis, kelemahan yang dikenalpasti dalam item soal

selidik, membolehkan pengkaji membuat pembaikan supaya tidak menjejaskan

matlamat kajian. Seterusnya mempertingkatkan fungsi instrumen dalam

mendapatkan respon yang lebih mantap.

Jadual 3.3 Penerangan ringkas nilai kebolehpercayaan (α) item pada borang soal

selidik

Bil Bahagian Penerangan Nilai

kebolehpercayaan

(α)

i Bahagian A:

Maklumat

Asas

Mengandungi maklumat umum

mengenai responden. Tujuan ialah

untuk mengenal pasti responden

-

Page 81: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

61

Pengguna secara ringkas dan pengalaman

menggunakan e-pembelajaran

sebelum ini.

ii Bahagian B Mengandungi soalan-soalan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan

tahap kepuasan pelajar dalam

melibatkan diri dalam persekitaran

pembelajaran yang disediakan.

0.8

iii Bahagian C Mengandungi soalan-soalan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan

tahap kesenangan untuk pelajar

belajar dalam persekitaran

pembelajaran yang disediakan.

0.8

iv. Bahagian D Mengandungi soalan-soalan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan

tahap keberkesanan sistem dalam

membantu pembelajaran pelajar

melalui aktiviti pembelajaran yang

dirancang di dalam sistem.

0.8

v Bahagian E Mengandungi soalan-soalan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan

ciri-ciri dalam pengintegrasian

LMS dan pendekatan SLE yang

paling digemari oleh pelajar dan

berpotensi meningkatkan

penglibatan aktif pelajar dalam

aktiviti pembelajaran.

0.9

Purata nilai kebolehpercayaan (α) 0.8

Page 82: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

62

3.10 Pengumpulan Data

Bahagian ini akan menerangkan beberapa prosedur yang dilakukan untuk

merancang dan melaksanakan proses pengumpulan data. Oleh kerana proses

pengumpulan data adalah rumit, maka ianya harus dirancang dan dijalankan dengan

teliti. Terdapat dua instrumen yang digunakan untuk proses pengumpulan data iaitu

melalui borang soal selidik dan juga temubual.

Borang soal selidik diuji kesahan dan kebolehpercayaanya terlebih dahulu.

Kesahan borang soal selidik diuji dengan penyelia manakala kebolehpercayaaan

borang soal selidik diuji melalui kajian rintis. Nilai kebolehpercayaan bagi setiap

bahagian item soal selidik ini dianalisis bagi memastikan ia mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi. Borang soal selidik ini seterusnya diedarkan kepada

responden setelah mereka menggunakan sistem dalam masa yang telah ditetapkan.

Responden dikumpulkan dalam satu kelas bersama dengan penyelidik untuk

menjawab borang soal selidik ini. Oleh itu, segala pertanyaan mengenai soal selidik

akan dapat dijelaskan oleh penyelidik. Responden diberi masa untuk menjawab

borang soal selidik dan setelah itu, borang soal selidik itu akan dikutip oleh

penyelidik.

Dalam melaksanakan temubual pula, rappo antara penyelidik dan responden

adalah perlu untuk mengurangkan kebimbangan dan pembinaan kepercayaan

(Glesne, 1999). Rappo memudahkan penyelidik mendapatkan maklumat yang

secukupnya untuk penyelidikannya di mana rappo yang terbina membolehkan

responden memberikan pelbagai maklumat personel atau beraksi dalam keadaan

yang biasa dan rasa selamat tanpa dipengaruhi oleh kehadiran penyelidik (Glesne,

1979). Oleh kerana penyelidik merupakan rakan sekuliah dengan responden-

responden yang dipilih sebagai sampel, maka rappo yang telah sedia terbentuk

memudahkan responden-responden tersebut menyatakan perasaan mereka sewaktu

sesi temubual. Walau bagaimanapun, semua semua responden telah diminta untuk

menguji, menilai dan memberi komen secara jujur walaupun mereka rakan sekuliah.

Page 83: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

63

Oleh yang demikian, borang soal selidik yang diedarkan kepada responden tidak

perlu ditulis nama responden untuk mengelakkan bias.

3.11 Analisis Data

Perisian SPSS Statistical Package for Social Science (SPSS 14.0) digunakan

untuk menganalisis data yang diperoleh daripada instrumen soal selidik tersebut.

Jadual 3.3 menunjukkan objektif kajian bersama analisa yang telah digunakan.

Jadual 3.4 Memaparkan objektif kajian bersama analisa yang digunakan

Bil Objektif Kajian Analisis Data

1 Mendapatkan data bagi objektif kajian yang

pertama iaitu: mengkaji kesesuaian sistem dari

aspek tahap kepuasan pelajar dalam melibatkan

diri dalam persekitaran pembelajaran yang

disediakan.

Min dan Peratusan

2 Mendapatkan data bagi objektif kajian yang kedua

iaitu: mengkaji kesesuaian sistem dari aspek tahap

kemudahan untuk pelajar belajar dalam

persekitaran pembelajaran yang disediakan.

Min dan Peratusan

3 Mendapatkan data bagi objektif kajian yang kelima

iaitu: mengkaji tahap keberkesanan sistem dalam

membantu pembelajaran pelajar melalui aktiviti

pembelajaran yang dirancang.

Min dan Peratusan

4 Mendapatkan data bagi objektif kajian yang

keempat iaitu: mengkaji kesesuaian sistem dari

Min dan Peratusan

Page 84: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

64

aspek ciri-ciri dalam pengintegrasian LMS dan

pendekatan SLE yang paling digemari oleh pelajar

dan berpotensi meningkatkan penglibatan aktif

pelajar dalam e-pembelajaran.

Bagi instrumen temu bual pula, data dianalisis menggunakan teknik

pembinaan tema. Segala maklumat yang diperoleh daripada hasil temubual bersama

responden dikumpulkan mengikut tema-tema yang sama dan seterusnya dimasukkan

dalam jadual yang akan melihat kepada tema yang terbentuk. Soalan temubual yang

dikemukakan akan menjawab setiap persoalan kajian ini seperti tahap kepuasan

pelajar dalam melibatkan diri dalam persekitan pembelajaran yang disediakan, tahap

kesenangan untuk pelajar belajar, tahap keberkesanan sistem melalui aktiviti

pembelajaran yang dirancang serta ciri-ciri pengintegrasian LMS dan pendekatan

SLE yang paling digemari oleh pelajar dan berpotensi meningkatkan penglibatan

aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

3.12 Penutup

Metodologi yang dibincangkan pada bahagian ini dijadikan panduan utama

dalam melaksanakan kajian ini. Bagi proses mereka bentuk sistem, ia memerlukan

fasa kerja yang sistematik dan terancang berdasarkan model reka bentuk intruksional

yang telah dipilih. Daripada fasa analisis yang memerlukan pengkaji mengkaji

terlebih dahulu latar belakang pengguna, kepada fasa reka bentuk yang menitik

beratkan tiga perkara asas iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka

bentuk antaramuka bagi sistem. Seterusnya dalam fasa pembangunan, pengkaji

mengambil kira perkakasan dan perisian yang ingin digunakan bagi membangunkan

sistem ini. Dalam kajian ini juga, fasa perlaksanaan dijalankan kepada beberapa

Page 85: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · dalam e-pembelajaran. Topik grafik dalam matapelajaran Technology and Media Design di peringkat pengajian tinggi telah dipilih sebagai

65

orang rakan untuk menguji kelancaran sistem. Ia kemudiannya diikuti dengan fasa

penilaian dengan melibatkan responden yang telah dipilih.

Segala instrumen yang digunakan bagi membantu mendapatkan data juga

diperincikan pada bahagian ini. Perlaksanaan kajian yang dilakukan secara bersistem

adalah penting untuk menjamin proses penyelidikan yang sempurna dan bagi

menghasilkan dapatan yang sah dan diterima umum. Oleh yang demikian, pengkaji

sedaya upaya mengikuti semua prosedur yang ditetapkan dalam kajian penyelidikan

dengan harapan amalan perlaksanaan kerja secara berstruktur dapat dibudayakan.