borang pengesahan status tesis - fp.utm.my binti md top... · keizinannya diberinya kekuatan,...

42
PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KOMPETENSI GURU BESAR DAN MASALAH PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH MUAR SESI PENGAJIAN : 2011/2013 Saya ZAHARAH BINTI MD TOP No Matriks : MP111266 Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah SULIT keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh oraganisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: N0.24 JALAN PUTERA 3, DR M AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN TAMAN PUTERA BAKRI, Nama Penyelia 84200 JALAN BAKRI, MUAR, JOHOR. Tarikh : Tarikh : CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: leanh

Post on 08-Apr-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

PSZ 19:16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦♦

JUDUL: KOMPETENSI GURU BESAR DAN MASALAH PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

RENDAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH MUAR

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

Saya ZAHARAH BINTI MD TOP No Matriks : MP111266 Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah SULIT keselamatan atau kepentingan Malaysia

seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh oraganisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: N0.24 JALAN PUTERA 3, DR M AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN TAMAN PUTERA BAKRI, Nama Penyelia 84200 JALAN BAKRI, MUAR, JOHOR. Tarikh : Tarikh : CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”

Tandatangan : ……………………………………………. Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN Tarikh :

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

KOMPETENSI GURU BESAR DAN MASALAH PELAKSANAAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH MUAR

ZAHARAH BINTI MD TOP

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OGOS 2013

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………. Nama Penuh : ZAHARAH BINTI MD TOP Tarikh : OGOS 2013

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

iii

DEDIKASI

Istimewa buat

Ibu Bapa, ahli keluarga dan insan-insan yang tersayang,

Yang sentiasa mendoakan kejayaanku

Doa kalian telah memberiku keberkatan

Allah juga pemberi ganjarannya….

Khas Buat

Dr. M. AL-Muz-zammil Bin Yasin

Yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar

Terima kasih di atas segala-galanya…

Buat

Rakan-rakan dan guru-guru di bawah tadbiranku

Yang sentiasa memberi galakan, dorongan dan kerjasama

Jasa dan kenangan bersamamu tidak akan ku lupakan

Anda Sekalian

Sangat memahami keadaan diriku

Yang terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab

Sebagai pentadbir dan sekali gus sebagai pelajar

Dalam mengejar cita-cita

Mencari kejayaan memenuhi impian ….

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah swt kerana limpah kurnia dan dengan

keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya

menyiapkan laporan penyelidikan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini yang

mana ianya telah memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan (Pengurusan

dan Pentadbiran).

Disempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Dr M. Al-Muz-zammil Bin Yasin selaku penyelia Projek

Sarjana di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sehingga

akhirnya saya telah berjaya menyiapkan Kertas Projek Sarjana ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ibu dan adik-beradik saya yang telah

menjadi tulang belakang dan pemberi semangat sehingga terhasillah Kertas Projek

Sarjana ini.

Tidak ketinggalan juga, terima kasih dan sekalung penghargaan kepada rakan-rakan

Guru Besar Daerah Muar, yang telah memberikan kerjasama terbaik sehingga

terhasilnya Laporan Kertas Projek Sarjana ini.

Buat

Guru-Guru di SK Temiang dan SK Seri Jong

Saya mohon maaf yang mana terkadang-kadang tidak dapat bersama anda sekalian di

dalam beberapa aktiviti yang dijalankan, walau bagaimana pun sekalung Tahniah!

Anda berjaya melaksanakan yang terbaik.

Tidak dilupakan juga, buat rakan-rakan seperjuangan Kursus Pengurusan dan

Pentadbiran Persisir Muar ambilan 2-2011/2013 yang telah memberikan kerjasama

yang amat baik. Semoga anda sekalian berjaya mengejar impian masing-masing.

Akhir sekali terima kasih juga kepada mana-mana pihak yang terlibat secara lansung

atau secara tidak langsung dalam penghasilan Laporan Kertas Projek Sarjana ini.

Terima Kasih Semua!

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

v

ABSTRAK

Kajian ‘mixed-method’ ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi yang

diperlukan oleh Guru Besar bagi membolehkan mereka memantau pelaksanaan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan masalah-masalah pelaksanaannya di

Sekolah Kebangsaan di Daerah Muar. Kajian kuantitatif secara tinjauan soal selidik

dijalankan ke atas 90 orang Guru Besar dan kajian kualitatif pula dijalankan melalui

temubual ke atas 3 orang Guru Besar dan 3 orang guru KSSR. Dapatan

menunjukkan keperluan Guru Besar terhadap kompetensi pengetahuan tentang

konsep asas KSSR berada pada aras tinggi, iaitu nilai minnya 4.59. Kompetensi

pengetahuan tentang pengurusan KSSR juga menunjukkan min yang tinggi iaitu

4.55 dan kompetensi pengetahuan tentang pengajaran KSSR juga berada pada aras

yang tinggi iaitu nilai minnya 4.54. Dapatan temubual menunjukkan masalah yang

dialami oleh Guru Besar ialah kurang mahir untuk melaksanakan pencerapan mata

pelajaran KSSR. Dapatan juga menunjukkan semasa dicerap, guru merasa

bimbang akan salah tanggapan Guru Besar terhadap mereka, gagal mengawal kelas

kerana murid berada dalam keadaan bising semasa menjalankan aktiviti

pembelajaran. Guru bimbang, Guru Besar mencerap tanpa memaklumkan terlebih

dahulu dan penjelasan mengenai pengajarannya tidak dapat diperjelaskan. Kajian

mendapati proses pencerapan yang terbaik adalah melalui proses pencerapan secara

klinikal. Dapatan juga menunjukkan guru menghadapi masalah merekod

pencapaian murid secara ‘online’, beban tugas dalam menyediakan bahan bantu

belajar dan penyediaan bahan eviden untuk Pentaksiran. Guru pula perlukan banyak

kertas untuk melaksanakan pentaksiran dan kemudahan ICT untuk melaksanakan

modul Dunia Sains dan Teknologi.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

vi

ABSTRACT

This mixed-method study aims to identify the competencies needed by the

headmasters to allow them to monitor the implementation of the Primary School

Standard Curriculum and the problems faced in the execution of it in primary

schools in Muar District. Quantitative research through questionnaire survey

conducted on 90 headmasters and qualitative research through interviews had been

conducted over 3 headmasters and 3 teachers of KSSR. The findings indicated that

the headmasters needed to have knowledge competency of the basic concepts of

KSSR at a high level with its mean value of 4.59. The knowledge competency of

KSSR management also showed a high mean value which was 4.55 and the mean

value of the knowledge competency in teaching KSSR was 4.54. The interview

findings showed that the problem faced by the headmasters was their lack of

competency in performing observation on KSSR subjects. The findings also

indicated that during observations, teachers were concerned about the

misconception of their headmaster for their failure in classroom control during

classroom activities. The teachers worried that they would be observed without

prior notice and the explanation of the lesson could not be done. Based on the

findings, the best observation process was through clinical observation. The

findings also showed that teachers were having problems recording the students’

achievements online, heavy workload in preparing teaching aids and materials as

evidence for the assessments. Teachers were also required to use a lot of papers for

the assessments and ICT facilities to implement the World of Science and

Technology modules.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 12

1.4 Objektif kajian 15

1.5 Persoalan kajian 15

1.6 Kepentingan kajian 16

1.6.1 Kepada Guru Besar 16

1.6.2 Kepada Pejabat Pelajaran Daerah Dan

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

viii

Jabatan Pelajaran Negeri 16

1.6.3 Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 17

1.7 Batasan Kajian 17

1.8 Definisi istilah 18

1.8.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah 18

1.8.2 Dokumen Standard Kurikulum 18

1.8.3 Dokumen Standard Prestasi 18

1.8.4 Standard Kandungan 19

1.8.5 Standard Pembelajaran 19

1.8.6 Didik hibur 19

1.8.7 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 19

1.8.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20

1.8.9 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 20

1.8.10 Pemimpin Sekolah 20

1.8.11 Kompetensi 21

1.8.12 Pengetahuan 22

1.8.13 Kemahiran 22

1.9 Kesimpulan 22

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 23

2.2 Perkembangan kurikulum pendidikan di Malaysia 23

2.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah 25

2.4 Hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah 26

2.5 Kurikulum berasaskan standard 27

2.6 Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah 28

2.7 Bentuk kurikulum 29

2.8 Disiplin ilmu 31

2.9 Peruntukan masa 34

2.10 Perbezaan KBSR Dan KSSR 35

2.11 Pencerapan dalam KSSR 36

2.12 Proses pencerapan dalam KSSR 37

2.13 Masalah-masalah dalam pencerapan 38

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

ix

2.14 Penulisan rancangan pengajaran harian 39

2.15 Isu-isu KSSR 40

2.16 Kajian dalam negara 41

2.17 Kajian luar negara 43

2.18 Kesimpulan 43

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 45

3.2 Reka bentuk kajian 45

3.3 Populasi, sampel dan tempat 46

3.4 Instrumen kajian 47

3.4.1 Soal selidik 47

3.4.2 Temubual 50

3.5 Pengumpulan data 51

3.6 Kajian rintis 51

3.7 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen 54

3.7.1 Kesahan instrumen kajian 54

3.7.2 Kebolehpercayaan instrumen kajian 55

3.8 Penganalisisan data 55

3.8.1 Tatacara analisis data kajian 56

3.8.2 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

kualitatif 57

3.9 Kesimpulan 58

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 59

4.2 Analisis maklumat latar belakang 60

4.2.1 Jantina 60

4.2.2 Gred sekolah 61

4.2.3 Lokasi sekolah 61

4.2.4 Kelulusan akademik tertinggi 62

4.2.5 Gred jawatan 63

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

x

4.2.6 Pengalaman menjadi Guru Besar 63

4.2.7 Umur 64

4.3 Analisis persoalan kajian satu: Apakah

kompetensi yang diperlukan oleh Guru

Besar bagi membolehkan mereka memantau

pelaksanaan KSSR dengan berkesan 65

4.3.1 Dimensi satu: Konsep asas KSSR 65

4.3.2 Dimensi dua: Pengurusan KSSR 69

4.3.3 Dimensi tiga: Pengajaran KSSR 72

4.4 Analisis persoalan kajian dua: Apakah dokumen

senarai semak yang boleh dihasilkan bagi

kegunaan Guru Besar memastikan kejayaan

pelaksanaan KSSR di sekolah 79

4.4.1 Persoalan kajian dua: Apakah dokumen

Senarai semak yang boleh dihasilkan

bagi kegunaan Guru Besar memastikan

kejayaan pelaksanaan KSSR di sekolah? 85

4.5 Analisis persoalan kajian tiga: Apakah

masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru

Besar dalam melaksanakan dan semasa

pencerapana mata pelajaran KSSR? 89

4.5.1 Persoalan kajian tiga: Apakah masalah

yang dihadapi oleh Guru Besar dalam

melaksanakan pencerapan mata pelajaran

KSSR? 90

4.5.2 Persoalan kajian tiga: Apakah masalah

yang dihadapi oleh guru semasa

melaksanakan pencerapan mata pelajaran

KSSR? 95

4.6 Analisis persoalan kajian empat: Bagaimanakah proses

Pencerpan mata pelajaran KSSR boleh ditambah baik? 100

4.7 Analisis persoalan kajian lima: Apakah masalah-masalah

dan keperluan guru dalam melaksanakan KSSR? 107

4.7.1 Persoalan kajian lima: Apakah masalah guru

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

xi

dalam melaksanakan KSSR dari sudut

pandangan Guru Besar 108

4.7.2 Persoalan kajian lima: Apakah keperluan guru

dalam melaksanakan KSSR dari sudut

pandangan Guru Besar 112

4.7.3 Persoalan kajian lima: Apakah masalah guru

dalam melaksanakan KSSR dari sudut

pandangan guru KSSR 113

4.7.4 Persoalan kajian lima: Apakah keperluan guru

dalam melaksanakan KSSR dari sudut

pandangan guru KSSR 117

4.8 Rumusan analisis data 120

4.9 Kesimpulan 126

5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 127

5.2 Maklumat latar belakang responden 128

5.3 Persoalan kajian 1: Apakah kompetensi yang

diperlukan oleh Guru Besar bagi membolehkan

mereka memantau pelaksanaan KSSR dengan

berkesan? 130

5.3.1 Dimensi 1: Pengetahuan tentang Konsep

asas KSSR 131

5.3.2 Dimensi dua: Pengetahuan tentang

Pengurusan KSSR 132

5.3.3 Dimensi tiga: Pengetahuan tentang

Pengajaran KSSR 133

5.4 Persoalan kajian 2: Apakah dokumen senarai

semak yang boleh dihasilkan bagi kegunaan

Guru Besar dalam memastikan kejayaan

pelaksanaan KSSR di sekolah? 135

5.5 Persoalan kajian 3: Apakah masalah-masalah

yang dihadapi oleh Guru Besar dan guru dalam

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

xii

melaksanakan atau semasa pencerapan mata

pelajaran KSSR? 137

5.5.1 Masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru

Besar dalam melaksanakan pencerapan

mata pelajaran KSSR 137

5.5.2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru

semasa pencerapan Mata pelajaran KSSR 139

5.6 Persoalan kajian 4: Bagaimana proses pencerapan

mata pelajaran KSSR boleh ditambah baik 140

5.7 Persoalan kajian 5: Masalah-masalah dan keperluan

guru dalam melaksanakan KSSR 142

5.7.1 Masalah dan keperluan guru mengikut

Kenyataam Guru Besar 142

5.7.2 Masalah dan keperluan guru mengikut

Kenyataam guru 144

5.8 Cadangan untuk meningkatkan pengetahuan

Guru Besar tentang KSSR dan proses pencerapan

pengajaran dan pembelajaran KSSR serta cadangan

untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi 146

5.9 Cadangan kajian lanjutan 148

5.10 Kesimpulan 149

RUJUKAN 151

LAMPIRAN 156

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 3.1 Pembinaan item hasil perbincangan dengan

Pensyarah Pembimbing. 48

3.2 Skala Likert yang digunakan dalam kajian 50

3.3 Analisis pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach

mengikut item soal selidik bagi kajian rintis

(Alpha if item Deleted) mengikut dimensi 52

3.4 Analisis pekali kebolehpercayaan mengikut item soal selidik

yang lebih tinggi daripada Alpha Cronbach mengikut

dimensi ( Alpha If Item Deleted) 53

3.5 Penambahbaikan item soalan berdasarkan Alpha Cronbach

if item deleted 53

3.6 Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian 55

3.7 Tahap pemeringkatan min 57

3.8 Proses penganalisisan data kualitatif 57

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 61

4.2 Taburan Responden Mengikut Gred Sekolah 61

4.3 Taburan Responden Mengikut Mengikut Lokasi Sekolah 62

4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 62

4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Jawatan 63

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Menjadi Guru Besar 64

4.7 Taburan Responden Mengikut Umur 64

4.8 Analisis item dimensi satu: Konsep asas KSSR 67

4.9 Analisis item dimensi dua: Pengurusan KSSR 71

4.10 Analisis item dimensi tiga: Pengajaran KSSR 76

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

xiii

4.11 Rumusan analisis mengikut dimensi 78

4.12 Dokumen senarai semak yang dihasilkan bagi kegunaan

Guru Besar Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR

di sekolah: Aspek pengurusan 86

4.13 Dokumen senarai semak yang dihasilkan bagi kegunaan

Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR

di sekolah: Aspek guru 87

4.14 Dokumen senarai semak yang dihasilkan bagi kegunaan

Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR

di sekolah: Aspek murid 88

4.15 Rumusan analisis kajian berdasarkan persoalan kajian 120

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT Rajah 2.1 Transformasi dalam KSSR 26

Rajah 2.2 Hasrat pendidikan di Malaysia 27

Rajah 2.3 Contoh Standard Kandungan &

Standard Pembelajaran 28

Rajah 2.4 Prinsip KSSR 29

Rajah 2.5 Bentuk kurikulum KSSR 31

Rajah 2.6 Disiplin ilmu Tahap 1 32

Rajah 2.7 Disiplin ilmu Tahap 11 33

Rajah 2.8 Peruntukan masa bagi Tahap 1 34

Rajah 2.9 Perbezaan KBSR dan KSSR 35

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

xv

SENARAI SINGKATAN

KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah

SPI - Surat Pekeliling Ikhtisas

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

PPPD - Penolong Pegawai Pelajaran Daerah

GB - Guru Besar

RPH - Rancangan Pengajaran Harian

BBB - Bahan Bantu Belajar

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

EMK - Elemen Merentas Kurikulum

P & P - Pembelajaran dan Pengajaran

BI - Bahasa Inggeris

GPK - Guru Penolong Kanan

LDP - Latihan Dalam Perkhidmatan

LCD - Liquid Crystal Display

PPSMI - Pembelajaran Pengajaran Sains Matematik Inggeris

ICT - Information and Communication Technologies

TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

MBMMBI - Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasa

Bahasa Inggeris

SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Protokol Temubual:

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,

Guru Besar dan Guru 156

B Soal selidik 158

C Surat Pengesahan Status Pelajar 162

D Surat Kepada JPNJ :Mohon Kebenaran Menjalankan

Kajian rintis 163

E Surat Kepada PPD Batu Pahat : Mohon Kebenaran

Menjalankan Kajian rintis 164

F Surat Kepada EPRD: Mohon Kebenaran Menjalankan

Kajian 165

G Surat Daripada JPNJ: Kebenaran Menjalankan Kajian 166

H Suat Daripada EPRD: Kebenaran Menjalan Kajian 167

I Surat Kepada JPNJ: Mohon Kebenaran Menjalankan

Kajian Sebenar 168

J Surat Kepada PPD Muar : Mohon Kebenaran

Menjalankan Kajian Ke Atas Guru-Guru Besar

Sekolah Kebangsaan 169

K Surat Kepada Guru-Guru Besar Sekolah Kebangsaan 170

L Surat Daripada EPRD: Kebenaran Khas Menjalankan

Kajian 171

M Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar A 173

N Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar B 181

O Transkripsi Temubual Dengan Guru Besar C 186

P Transkripsi Temubual Dengan Guru A 197

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

xiv

Q Transkripsi Temubual Dengan Guru B 200

R Transkripsi Temubual Dengan Guru C 204

S Transkripsi Temubual Dengan PPPD A 208

T Transkripsi Temubual Dengan PPPD B 211

U Transkripsi Temubual Dengan PPPD C 213

V Analisis Data Kajian 217

W Ujian Rintis Kesahan 225

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha

menyusun semula dan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid

dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan

keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21 (Bahagian Pembangunan

Kurikulum KPM, 2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah sebenarnya telah

bermula daripada Kurikulum Standard Prasekolah yang telah mula diperkenalkan

pada tahun 2010 kepada Sistem Pendidikan Awal Kanak-Kanak Prasekolah.

Kemudian pada tahun 2011 dan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11

Tahun 2010-Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu

Murid Tahun Satu 2011, bertarikh 14 Oktober 2010, maka Kurikulum Standard

Sekolah Rendah pun bermulalah di semua sekolah di Malaysia. Pelaksanaannya

adalah secara berperingkat bermula daripada murid Tahun Satu 2011 (Pejabat Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia, 2010).

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2010, Pelaksanaan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Murid Tahun Satu 2011,

bertarikh 14 Oktober 2010, maka pada penghujung Tahun 2010, guru-guru sekolah

rendah dikehendaki mengikuti Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah

Rendah bagi setiap Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Modul Teras Asas adalah seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,

Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

2

dan Moral. Modul Teras Tema adalah seperti Dunia Seni Visual, Dunia Muzik dan

Dunia Sains dan Teknologi. Manakala Modul Elektif pula adalah Bahasa Arab,

Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah dibangun dengan kekal

berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip-

prinsip yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Prinsip-prinsip

yang dikekalkan dalam KSSR ialah mengekalkan pendekatan bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua

murid dan pendidikan seumur hidup (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).

KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, dan

inovasi melalui 6 tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika,

kemanusiaan, ketrampilan diri, sains dan teknologi, dan kerohanian sikap serta nilai.

Keenam-enam tunjang yang mendasari kurikulum standard ini adalah selaras

dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KSSR juga mengalami perubahan

dan penambahbaikan dari segi rekabentuk, organisasi, pedagogi, penegasan

kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. KSSR juga digubal

dengan mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk

mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup dan belajar untuk

membentuk peribadi (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).

KSSR juga telah menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan

pembelajaran dan pengajaran guru lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.

Pada Tahap 1, kurikulum adalah diorganisasikan dalam bentuk Modul Teras Asas,

Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Manakala pada Tahap 11, kurikulum adalah

diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan elektif. Mata pelajaran ini

dilaksanakan secara modular (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011). KSSR

adalah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard

pembelajaran. Standard kandungan merupakan pernyataan secara terperinci

mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala,

standard pembelajaran pula adalah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti

pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan

(_____ ,2010).

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

3

KSSR juga memperkenalkan tiga elemen nilai tambah, iaitu elemen

kreativitif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. Ia

bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan

yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi,

berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Ia turut memberi fokus kepada

penguasaan kemahiran membaca, menulis, mengira dan ditambah dengan

kemahiran menaakul. KSSR menekankan penggunaan pelbagai pendekatan

pengajaran dan pembelajaran. Penekanan adalah kepada ‘hands-on learning’

seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara

konstruktivisme, pembelajaran secara kontektual, pembelajaran masteri dan

pembelajaran luar bilik darjah agar murid-murid menjalani proses pembelajaran dan

pengajaran yang lebih menarik. Pendekatan yang digunakan juga mestilah memberi

peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian

kecergasan murid-murid (_____ ,2010).

Kesimpulannya pelaksanaan dan kejayaan KSSR adalah terletak sepenuhnya

dibahu pemimpin sekolah. Pemimpin sekolah sebagai peneraju utama dan sebagai

pemimpin instruksional adalah terlibat secara langsung dengan unsur-unsur

perubahan dan perkembangan kurikulum terkini iaitu perubahan dan

perkembangan yang terdapat dalam KSSR. Sebagai Kepimpinan sekolah, Guru

Besar turut terlibat dengan proses penyampaian ilmu dalam pembelajaran dan

pengajaran guru di bilik darjah. Begitu juga dengan pengoperasian dan pelaksanaan

KSSR dan pentaksirannya, program-program pembangunan staf, proses pencerapan

dan penyeliaan serta pembangunan kurikulum itu sendiri seharusnya difahami dan

menjadi amalan oleh semua guru di semua peringkat di bawah kepimpinannya.

Pengurusan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada

semua pihak khususnya kepimpinan sekolah dan barisan guru-gurunya sebagai

kumpulan pelaksana. Pengurusan KSSR oleh kepimpinan sekolah turut memerlukan

bantuan daripada pihak-pihak yang berkepentingan dengannya seperti jemaah

nazir, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian

Pelajaran Malaysia. Begitu juga, untuk merealisasaikan kejayaan KSSR ini

memerlukan kerjasama dan pemahaman tentang kurikulum itu oleh ibu bapa dan

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

4

masyarakat Malaysia seluruhnya supaya proses pelaksanaannya mencapai matlamat

yang telah ditetapkan dan dihasratkan.

1.2 Latar belakang masalah

Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dalam merealisasikan KSSR ialah

Guru Besar kurang mendapat pendedahan mendalam dan menyeluruh tentang

KSSR, walaupun mereka telah didedahkan tentang dasar tersebut melalui taklimat-

taklimat yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran

Negeri. Kurangnya pendedahan menyebabkan Guru Besar kurang pengetahuan

tentang KSSR, khususnya tentang isi kandungan bahan kurikulum iaitu Dokumen

Standard Kurikulum, Dokumen Standard Prestasi, Standard Kandungan dan

Standard Pembelajaran bagi setiap modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan

Modul Elektif (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).

Kurangnya pendedahan menyebabkan Guru Besar tidak jelas tentang isi

kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen

Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dan ini

menyukarkan Guru Besar untuk memastikan bahawa pembelajaran dan pengajaran

guru adalah mengikut kehendak KSSR yang digunapakai waktu kini (Kamariah Mat

Rawi, komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Ketidak jelasan tentang bahan

kurikulum yang digunakan, menyebabkan Guru Besar tidak berkeyakinan untuk

memberi bimbingan khususnya kepada guru-guru yang tidak menghadiri kursus

KSSR secara ‘hands-on’ tetapi diminta untuk mengajar kelas KSSR atas dasar

keperluan sekolah .

Guru Besar tidak jelas tentang Dokumen Standard Kurikulum bagi setiap

mata pelajaran sebab dalam setiap isi kandungan bahan kurikulum standard itu

berbeza. Ini adalah kerana bahan kurikulum standard yang digunakan adalah tidak

sama di antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain (Kamariah Mat

Rawi, komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Ianya berbeza dari segi matlamat,

objektif, fokus organisasi, kandungan kurikulum, elemen merentas kurikulum,

pendekatan, strategi pembelajaran dan pengajaran. Contohnya, bagi mata pelajaran

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

5

Bahasa Malaysia, kandungan Dokumen Standard merangkumi tunjang kurikulum

standard sekolah rendah, matlamat, objektif dan fokus.

Manakala susunan kandungan kurikulumnya terdiri daripada standard

kurikulum, kem bahasa, pendekatan modular, sistem bahasa, elemen merentas

kurikulum, strategi pembelajaran dan pengajaran, standard kandungan dan standard

pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, aspek seni

bahasa dan aspek tatabahasa (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010).

Manakala, bagi mata pelajaran Matematik pula, ia melibatkan, kemahiran

matematik iaitu menganalisis, menyelesaikan masalah, menaakul, membuat kaitan,

membuat perwakilan, elemen nilai tambah, amalan keusahawanan, teknologi

maklumat dan komunikasi dan penilaian (Bahagian Pembangunan Kurikulum,

2011). Bagaimanakah pencerapan dan penyeliaan berkesan terhadap pembelajaran

dan pengajaran guru di dalam bilik darjah dapat dijalankan dan bagaimanakah

bimbingan terhadap guru dapat diberikan jika aspek-aspek tersebut tiada dalam

pengetahuan Guru Besar.

Guru Besar kurang memahami mengenai Elemen Merentas Kurikulum

(EMK) iaitu, elemen kreativiti dan inovatif, elemen keusahawanan dan elemen

teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan mereka tidak dapat memastikan

elemen-elemen tersebut diterapkan oleh guru semasa melaksanakan pengajaran di

bilik darjah. Guru Besar selaku pemimpin insrtuksional perlu ketahui apa yang

dimaksudkan dengan elemen merentas kurikulum. Bagaimana, bila dan dalam

disiplin ilmu yang mana guru perlu menerapkan dan memasukkan elemen-elemen

tersebut sewaktu pengajaran di bilik darjah (Feroz Mahpop, komunikasi peribadi,

29 November 2012). Sebagai pemimpin profesional di sekolah, adalah menjadi

tanggungjawab utama Guru Besar untuk memastikan pembelajaran murid dan

pengajaran guru adalah menepati kehendak KSSR yang telah disediakan.

Beban tugas Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran telah

menjejaskan salah satu daripada tugasnya sebagai pemimpin instruksional iaitu

melaksanakan pencerapan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah . Sedangkan

Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987,

penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh Pengetua dan Guru

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

6

Besar sekolah, dan ia terpakai sehingga kini walaupun kurikulum telah mengalami

perubahan. Kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas tersebut jelas menyatakan, sebagai

pemimpin profesionalisme di sekolah, tanggungjawab utama seorang Pengetua dan

Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum lama (KBSR)

begitu jugalah kepada KSSR yang digunapakai sekarang ini. Tugas dan fungsi

Guru Besar masih tetap sebagai pemimpin profesionalisme (Bahagian Sekolah,

1987). Oleh yang demikian pelaksanaan kurikulum, tidak kira KBSR atau KSSR

ianya tetap dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh

guru. Keberkesanan pelaksanaan KSSR adalah sangat memerlukan penyeliaan

yang rapi dan sistematik daripada Guru Besar.

Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai

pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran yang berkesan (Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006). Kepimpinan sekolah

kurang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran turut akan berlaku walaupun

perubahan berlaku terhadap kurikulum sekolah. Tugas pentadbiran kini telah

bertambah berat berbanding dengan tugas pengajaran, malahan ada Guru Besar

tidak mengajar langsung dan hampir seratus peratus masa kerja mereka adalah

untuk hal-hal pengurusan sekolah (AL. Ramaiah, 2009).

Terdapat juga pemimpin sekolah tidak menjalankan penyeliaan

pembelajaran dan pengajaran kerana kesibukan mengurus dan mentadbir sekolah

sama ada semasa KBSR, apa tah lagi semasa KSSR. Pemimpin sekolah

beranggapan berjalan di sekeliling blok bangunan bilik darjah bagi memastikan

guru dan murid berada di kelas sebagai sebahagian daripada penyeliaan. Pemimpin

sekolah berpendapat bahawa penyeliaan adalah berada di kelas selama 10 minit atau

kurang bagi mendapatkan gambaran status pembelajaran murid dan pengajaran guru

(James Ang & Balasandran, 2009).

Wujud juga isu pemimpin sekolah yang hanya menggunakan instrumen

penyeliaan sebagai senarai semak tanpa membuat penilaian secara kualitatif, dan

beranggapan pembelajaran dan pengajaran yang memenuhi ciri-ciri yang

disenaraikan sebagai pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang. Pemimpin

sekolah tidak bersifat professional semasa penyeliaan pembelajaran dan pengajaran

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

7

kerana kurang memiliki kemahiran pedagogi, bimbingan dan mentoring (James

Ang et al., 2009). Perkara yang sama berlaku semasa Guru Besar melaksanakan

penyeliaan terhadap kelas dan guru KSSR.

Terdapat juga Guru Besar menjalankan penyeliaan tanpa garis panduan

tertentu. dan guru juga tidak pernah mendapat maklum balas dan bimbingan yang

konstruktif bagi tujuan membimbing dan membuat penambahbaikan kepada

pembelajaran dan pengajaran murid daripada pemimpin sekolah, berkaitan dengan

status dan kualiti pengajaran mereka (James Ang et al., 2009). Penyeliaan

berbentuk klinikal yang melalui beberapa langkah iaitu dengan mengadakan

perbincangan sebelum pencerapan, semasa pencerapan dan perbincangan selepas

pencerapan kurang diaplikasikan oleh Guru Besar bagi membantu guru untuk

melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang dapat memberi impak yang

positif kepada murid-murid (Glanz, 2006). Penyeliaan klinikal adalah satu kaedah

penyeliaan yang dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru dan menggalakkan

pembelajaran murid untuk menjadi lebih efektif. Kaedah penyeliaan sebegini tidak

digunakan oleh Guru Besar untuk berkongsi maklumat, bertukar pandangan dan

ilmu pengetahuan bagi meningkatkan keilmuannya. Sebenarnya kaedah pencerapan

dan penyeliaan boleh memberi ruang dan peluang kepada Guru Besar, sebagai

seorang yang dipercayai boleh menyimpan maklumat sulit. Antara Guru Besar dan

guru boleh berkongsi amalan pengajaran mereka di samping bersikap terbuka dalam

membincang tentang masalah-masalah pembelajaran dan pengajaran.

Tambahan pula, masalah kriteria yang digunakan dalam instrumen

pencerapan dan penyeliaan pembelajaran dan pengajaran guru kelas KSSR adalah

terlalu umum. Guru Besar sukar untuk mengenal pasti beberapa aspek terbaharu

dalam KSSR seperti tiga elemen nilai tambah iaitu elemen kreativiti dan inovasi,

keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini adalah kerana

instrumen yang digunakan untuk penyeliaan pembelajaran dan pengajaran guru

KSSR menggunakan instrumen yang sama untuk pencerapan dan penyeliaan mata

pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Instrumen yang

digunakan adalah instrumen yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dalam Dokumen

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia versi 2010 (Jemaah Nazir Jaminan Kualiti,

2010). Kriteria yang dinyatakan terlalu umum dan sukar untuk mengenal pasti dan

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

8

menilai aspek-aspek pengajaran guru yang mengandung unsur-unsur seperti

elemen merentas kurikulum yang baharu iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan

serta teknologi maklumat dan komunikasi yang mesti diterapkan semasa

melaksanakan pengajaran guru sebagaimana kehendak Dokumen Standard bagi

mata pelajaran tertentu dalam KSSR (Kamariah Mat Rawi, komunikasi peribadi, 25

Januari 2013).

Selain daripada itu, Guru Besar kurang berkemahiran atau kurang

kompetensi dalam pedagogi pendidikan. Ini adalah kerana Guru Besar kurang

dibugarkan semula dengan pedagogi pendidikan, begitu juga dengan strategi,

kaedah dan pendekatan terkini untuk mempertingkatkan profesionalisme dan

kompetensinya berkaitan dengan bidang tugasnya sebagai pengurus kurikulum.

Banyak perubahan terkini telah berlaku dalam KSSR. Kemahiran Guru Besar

dalam pedagogi pendidikan semakin menurun dan merosot (Feroz Mahpop,

Komunikasi Peribadi, 29 November 2012). Guru Besar kurang mengajar dan lebih

banyak masanya tertumpu dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran di pejabat dan

kurang melaksanakan pencerapan di bilik darjah. Tugas pencerapan diagihkan

kepada barisan Guru Penolong Kanan (AL. Ramaiah, 2009).

Kelemahan Guru Besar dari sudut pedagogi pembelajaran dan pengajaran

menyebabkan Guru Besar tidak dapat membimbing guru untuk melaksanakan

pembelajaran dan pengajaran yang lebih efektif di dalam bilik darjah (Feroz

Mahpop, komunikasi peribadi, 29 November 2012). Tambahan pula Dokumen

Standard Kurikulum telah mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan

pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil bakat dan potensi diri murid.

Pengisian kurikulumnya pula memerlukan guru menggarap beberapa unsur penting

seperti ilmu, nilai-nilai murni, aspek kewarganegaraan, peraturan sosio budaya

masyarakat dan kemahiran bernilai tambah. Oleh itu adalah menjadi

tanggungjawab Guru Besar membantu guru untuk mempertingkatkan kemahiran

dalam menyusun pendekatan, strategi, kaedah dan pedagogi pengajaran guru supaya

pengajarannya menepati kehendak KSSR.

Guru Besar sebagai pengurus perubahan kurang membuat perancangan yang

serius untuk mengadakan program-program pembangunan staf, latihan-latihan

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

9

dalam perkhidmatan, usaha-usaha penyelarasan berkaitan dengan pelaksanaan

kurikulum, juga aktiviti-aktiviti sokongan yang berkaitan, bagi memastikan

kejayaan KSSR. Guru Besar sebagai pengurus kurikulum kurang bertindak secara

proaktif mempertingkatkan profesionalismenya. Ini menyebabkan mereka sukar

untuk memastikan pelaksanaan KSSR melalui proses pembelajaran dan pengajaran

guru berada di landasan yang betul (Kamariah Mat Rawi, komunikasi peribadi, 25

Januari 2013). Ini merupakan suatu cabaran kepada Guru Besar untuk

mempertingkatkan tahap profesionalismenya.

Terdapat juga Guru Besar yang kurang berkemahiran dalam mengurus

perubahan khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran guru bagi kelas-kelas

KSSR. Terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam KSSR (Kamariah Mat

Rawi, komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Contohnya dari segi penulisan

rancangan pengajaran harian guru sudah berubah bentuk formatnya. Banyak

elemen-elemen tambahan yang perlu dinyatakan semasa guru merancang

pengajaran mereka. Contohnya dalam menyediakan rancangan pengajaran harian

untuk Bahasa Melayu, guru perlu menyatakan fokus utama, fokus sampingan,

kemahiran bahasa, sistem bahasa, ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah.

Ketidakpekaan dan keprihatian Guru Besar boleh memberi kesan terhadap

pelaksanaan KSSR dalam jangka waktu panjang. KSSR boleh jadi kembali semula

seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Feroz Mahpop, komunikasi

peribadi, 29 November 2012).

Selain daripada itu, isu penyampaian dan penyebaran maklumat oleh guru-

guru yang menghadiri kursus orientasai KSSR kepada guru-guru lain di sekolah

yang dilakukan secara ‘in house training’. Terdapat juga salah faham dalam

kalangan guru mengenai perubahan dalam kurikulum menyebabkan matlamat

sebenar Kementerian Pelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya. Perkara berlaku

disebabkan kaedah penyampaian perubahan kurikulum melalui kursus yang bersifat

satu hala menyebabkan kefahaman yang dinyatakan sebenarnya tidak sama dengan

maksud sebenar oleh penyampai (Wan Hamzah, Sallina, Khadisah, Aminuddin &

Abu Hashim, 2007).

Merujuk kepada laporan nazir ke atas sebuah sekolah di Daerah Muar,

berkaitan dengan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di kelas KSSR

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

10

Tahun Satu Tahun 2011, terdapat perbezaan yang ketara dalam prestasi

pembelajaran dan pengajaran antara guru yang menghadiri kursus orientasi KSSR

dengan guru Tahun Satu KSSR yang hanya menerima kursus secara ‘in-house

training’. Hasil pemantuan tersebut mendapati guru yang menghadiri kursus

berada pada tahap harapan manakala prestasi guru yang hanya mendapat maklumat

secara ‘in-house training’ berada pada tahap lemah (Jemaah Nazir dan Jaminan

Kualiti Negeri Sembilan, 2011).

Guru yang mengajar kelas KSSR kebanyakannnya adalah guru-guru yang

mengajar kelas KBSR, dan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam

tentang dasar pendidikan negara, kurikulum kebangsaan, peraturan-peraturan yang

relevan dengan kurikulum serta perkembangan terkini dalam pendidikan (Institut

Aminudin Baki, 2006). KSSR, adalah hasil daripada transformasi pendidikan dan

banyak perubahan yang holistik telah dilakukan, seperti perubahan dari segi

bentuk, organisasi, isi kandungan kurikulum, pedagogi, peruntukan masa, kaedah

pentaksiran, bahan kurikulum (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011).

Masalah kekurangan kursus KSSR secara berterusan dari masa ke masa

menyebabkan guru tidak mencapai tahap kemahiran yang diperlukan untuk

mengimplementasikan segala unsur dan elemen yang dicadangkan dalam bahan

kurikulum semasa mengajar kelas KSSR. Justeru itu guru kurang mahir dan kurang

mantap dari segi kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mengajar kelas

KSSR. Sesi-sesi perbengkelan tidak dilaksanakan secara berterusan, bagi

memantapkan dan meningkatkan lagi kemahiran pengajaran guru. Sebenarnya

dengan hanya sekali sahaja penyampaikan ilmu tentang KSSR belum tentu dapat

diterima oleh guru dengan sepenuh dan secara mendalamnya (Kamariah Mat Rawi,

komunikasi peribadi, 25 Januari 2013). Kesannya Guru Besar terpaksa berhadapan

dengan masalah guru kurang mahir dalam pengajaran dan penguasaan isi

kandungan pelajaran yang hendak diajar.

Wujud juga senario di mana Guru Besar kurang mengambil inisiatif untuk

menyediakan segala keperluan bahan tambahan seperti kertas fotostat, kemudahan

mesin fotostat, kemudahan ICT untuk pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi. Pemimpin sekolah hanya memberi sokongan secara

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

11

lisan tanpa melakukan tindakan susulan. Sebagai contoh, pemimpin sekolah

menggalakkan guru-guru menjalankan latih tubi bagi meningkatkan kemahiran

murid tetapi pemimpin sekolah pula tidak menyediakan kemudahan bahan cetak

yang diperlukan (Wan Hamzah et al., 2007). Dalam melaksanakan KSSR, ia

memerlukan banyak kertas untuk lembaran kerja dan untuk bahan pentaksiran

murid (Feroz Mahpop, komunikasi peribadi, 29 November 2012).

Masalah kekurangan kemudahan fizikal dan penggunaan bahan bantu

mengajar, masalah prasarana yang rosak, tidak mencukupi, kurang kualiti dan tidak

terkini juga memberi kesan yang negatif terhadap pelaksanaan kurikulum

khususnya KSSR (Wan Hamzah et al., 2007). Pemimpin sekolah tidak

berkeupayaan untuk melengkapkan prasarana sekolah agar pembelajaran dan

pengajaran murid dapat dijalankan dalam suasana yang kondusif kerana ia

melibatkan kos yang tinggi. Bantuan melalui persatuan ibu bapa dan guru, orang

perseorangan, tokoh korporat, Ahli Dewan Undangan Negeri, pemimpin-pemimpin

masyarakat setempat, ahli perniagaan, peruntukan Menteri Besar, Pegawai Daerah

dan lain-lain agensi dan NGO sukar dan lambat diperoleh bagi menyediakan segala

keperluan dan kelengkapan sekolah.

Masalah ketidakhadiran guru kerana bercuti rehat khas, cuti sakit, cuti

bersalin selama 60 hari atau 90 hari, menghadiri taklimat, berkursus, terlibat dengan

acara-acara sukan daerah dan program-program lain dalam waktu pembelajaran dan

pengajaran turut menjadi masalah yang dihadapi oleh pemimpin sekolah setiap hari

(Wan Hamzah et al., 2007). Ketidakhadiran guru turut menjejaskan kelancaran dan

kelicinan pembelajaran murid KSSR. Oleh itu, samada guru kelas KSSR atau

KBSR perlu melengkapkan diri dengan keilmuan yang tinggi dan memperbaharui

pengetahuan tentang kaedah, strategi dan pendekatan terkini yang digunakan dalam

pelaksanaan KSSR contohnya penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran

untuk menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam penyampaian ilmu kepada murid

(Wan Hamzah et al., 2007).

Kesimpulannya, pemimpin sekolah yang berintegriti dan mempunyai

akauntibiliti memikul tanggungjawab bersama dengan barisan pemimpin

pertengahan dan guru berusaha mengurus dan mentadbir pelaksanaan KSSR

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

12

walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran demi untuk melahirkan modal insan

sebagai persediaan dan persiapan menghadapi pelbagai cabaran dunia abad ke 21.

Kepimpinan sekolah dan barisan guru-guru bergerak seiring dengan Kementerian

Pelajaran Malaysia bagi memastikan anak-anak bangsa Malaysia mendapat

pendidikan terbaik bertaraf dunia dan mampu bersaing di pasaran samada di

peringkat glokal mahu pun global.

1.3 Pernyataan masalah

Dalam usaha kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia melakukan

transformasi pendidikan dan membuat penambahbaikan terhadap sistem pendidikan

negara, peranan pemimpin sekolah adalah sangat penting. Kepincangan yang

berlaku di pihak pelaksana boleh menjejaskan hasrat transformasi yang ingin

dicapai. Oleh itu untuk memastikan kepincangan yang berlaku diperingkat

pelaksana dapat diatasi, maka satu kajian perlu dilakukan bagi mendapatkan

beberapa resolusi untuk mengurangkan dan mengatasinya.

Salah satu masalah yang dikesan ialah Guru Besar selaku pemimpin

profesional di sekolah kurang mendapat pendedahan yang khusus mengenai

kurikulum yang digunakan dalam sistem pendidikan Malaysia sekarang ini iaitu

KSSR. Guru Besar tidak dipanggil untuk berkursus atau mendapat latihan bersama-

sama dengan guru untuk menerima dan mengetahui perubahan-perubahan yang

berlaku dalam kurikulum. Dalam KBSR, sekolah menggunakan sukatan pelajaran

tetapi dalam KSSR kini menggunakan bahan kurikulum yang terdiri daripada

Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi. Dalam Dokumen

Standard Kurikulum, ada pula Standard Kandungan dan ada Standard

Pembelajaran. Isi kandungan dalam Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran tidak diketahui oleh Guru Besar sekiranya Guru Besar tidak

mengambil inisiatif sendiri untuk meneliti Dokumen Standard Kurikulum bagi

setiap Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Guru Besar hanya

menerima kefahaman dan pengetahuan melalui guru-gurunya yang dihantar

berkusus atau melalui kursus secara dalaman di peringkat sekolah. Apa yang

berlaku ialah guru diberi kursus untuk tempoh tiga hingga lima hari tetapi guru

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

13

hanya mampu menyampaikannya dan menyebarkannya dalam tempoh satu hingga

dua jam sahaja kepada kepimpinan sekolah dan rakan-rakannya yang lain. Situasi

seperti ini sudah pasti akan berlaku kecairan maklumat yang disampaikannya.

Masalah yang berlaku ialah Guru Besar tidak mendapat pendedahan tentang isi

kandungan Dokumen Standard yang digunakan secara ‘hands-on’.

Seterusnya, kekurangan ilmu pengetahuan tentang kurikulum yang

digunakan menyebabkan Guru Besar tidak mengetahui apakah aspek-aspek

perubahan yang telah berlaku. Kekurangan ilmu pengetahuan ini telah menjejaskan

tugas Guru Besar selaku pemimpin instruksional terhadap pengajaran guru. Guru

Besar sekadar mencerap pengajaran guru tanpa mengetahui pedagogi pendidikan

yang mesti digunakan dan elemen-elemen yang mesti diterapkan dalam

pembelajaran dan pengajaran guru. Guru Besar sukar untuk mengenal pasti apakah

perubahan yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru, yang membezakan pengajaran

dan penerapan ilmu itu adalah berbeza antara KBSR dengan KSSR. Apa yang

dilihat oleh Guru Besar dalam pengajaran guru adalah sama dengan KBSR. Cuma

yang berbeza hanya dari segi penulisan rancangan harian mengajar guru yang agak

panjang dan terperinci serta format penulisan rancangan harian pula didapati

berbeza-beza di antara guru walaupun mengajar mata pelajaran yang sama (Feroz

Mahpop, komunikasi peribadi, 29 November 2012).

Seterusnya masalah kriteria yang terdapat dalam instrumen pencerapan yang

digunakan oleh Guru Besar untuk mencerap guru KSSR adalah terlalu umum

kerana masih menggunakan instrumen pencerapan guru KBSR. Terdapat beberapa

elemen penting seperti elemen merentas kurikulum tidak dimasukkan sebagai salah

satu kriteria yang dicerap. Masalah Guru Besar kurang mahir dari segi pedagogi

pendidikan kerana sudah kurang mengajar mata pelajaran tertentu menyebabkan

Guru Besar kurang memainkan peranannya sebagai pemimpin instruksional untuk

memberi bimbingan dan tunjuk ajar guru khususnya kepada guru novis yang

terpaksa mengajar kelas KSSR disebabkan kekangan yang ada di sekolah. Guru

tidak dapat meningkatkan prestasi kerja dan tidak dapat membetulkan kesilapan

yang diakukan. Kesilapan yang berlaku jika tidak diperbetulkan akan berlarutan

sehingga ia menjadi satu budaya yang tidak patut diamalkan. Kelemahan Guru

Besar untuk mempertingkatkan kemahiran dan memantapkan kompetensinya

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

14

menyebabkan Guru Besar tidak yakin dan kurang berminat untuk melaksanakan

kepimpinan instruksional.

Wujud juga isu Guru Besar sebagai pengurus perubahan kurang merancang

untuk aktiviti penyampaian dan penyebaran maklumat di sekolah. Guru Besar

kurang menitik beratkan tentang aktiviti profesionalisme seperti mengadakan

perbengkelan dan perbincangan bagi memantapkan pemahaman guru terhadap

KSSR. Begitu juga perkongsian ilmu antara Guru Besar dan guru tidak berlaku.

Guru dengan ilmu pengetahuannya dan Guru Besar dengan ilmu pengetahuannya

dan tidak dikongsi bersama untuk kebaikan bersama. Masalah kekurangan bahan

sokongan yang lain seperti keperluan kertas pencetak untuk aktiviti lembaran kerja

murid, kemudahan menggunakan mesin fotostat di sekolah, kemudahan ICT untuk

pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah

melemahkan semangat guru untuk menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang

efektif.

Kesimpulannya, segala permasalahan dan kepincangan yang berlaku perlu

diperbetulkan dan diatasi dan satu kajian berkaitan dengan isu-isu yang dinyatakan

perlu ada tindakan penyelesaiannya.

1.4 Objektif kajian

Berdasarkan kepada latar belakang dan pernyataan masalah, pengkaji

merumuskan bahawa objektif kajian yang hendak dicapai ialah :-

i. Mengenalpasti kompetensi yang diperlukan oleh Guru Besar bagi

membolehkan mereka memantau pelaksanaan KSSR dengan berkesan.

ii. Mengenalpasti, samada dokumen senarai semak boleh dihasilkan bagi

kegunaan Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR.

iii. Mengenalpasti apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dan

guru dalam melaksanakan dan semasa pencerapan mata pelajaran KSSR.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

15

iv. Mengenalpasti, bagaimana proses pencerapan mata pelajaran Kurikulum

Standard Sekolah Rendah boleh ditambahbaik.

v. Mengenalpasti apakah masalah-masalah dan keperluan guru dalam

melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan seperti di bawah :

i. Apakah kompetensi yang diperlukan oleh Guru Besar bagi membolehkan

mereka memantau pelaksanaan KSSR dengan berkesan?

ii. Apakah dokumen senarai semak yang boleh dihasilkan bagi kegunaan Guru

Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KSSR di sekolah?

iii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dan guru dalam

melaksanakan dan semasa pencerapan mata pelajaran KSSR?

iv. Bagaimanakah proses pencerapan mata pelajaran KSSR boleh

ditambahbaik?

v. Apakah masalah-masalah dan keperluan guru dalam melaksanakan KSSR?

1.6 Kepentingan kajian

Berdasarkan objektif kajian, pengkaji percaya bahawa, hasil dapatan dan

maklumat-maklunat yang diperoleh akan dapat membantu pihak-pihak yang ada

kaitan dengan perancangan, pembangunan dan pelaksanaan pendidikan di Malaysia,

khususnya kepada Guru-guru Besar, pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah

dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian

dan membuat penambahbaikan.

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

16

1.6.1 Kepada Guru Besar

Kajian berkaitan dengan KSSR ini amat perlu kepada Guru-guru Besar

kerana ia dapat membuka minda para Guru Besar tentang pentingnya untuk

mereka mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang KSSR secara mendalam dan

membina serta memantap kemahiran kepimpinan instruksionalnya. Begitu juga

sangat penting bagi Guru Besar memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan

Kebangsaan serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kajian ini juga

dipercayai akan dapat menyedarkan para Guru Besar untuk memainkan peranan

sebagai pemimpin instruksional untuk berusaha menambahkan ilmu pengetahuan

dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang mendalam dari segi pedagogi

pendidikan dan pendekatan terkini yang digunakan dalam melaksanakan KSSR.

Kajian ini juga mengingatkan para Guru Besar tentang tanggungjawabnya

untuk melakukan pencerapan dan penyeliaan terhadap pengajaran guru di dalam

bilik darjah supaya pengajaran guru lebih berkesan dan menepati kehendak KSSR.

Selain daripada itu, kajian ini akan dapat mengingatkan para Guru Besar tentang

fungsi mereka sebagai pemimpin dan pengurus Kurikulum di sekolah menyediakan

segala keperluan dan kemudahan peralatan dan bahan bantuan mengajar yang

diperlukan oleh guru dan murid supaya pembelajaran murid lebih menyeronokkan

dan menarik minat murid untuk belajar.

1.6.2 Kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri

Kajian ini amat penting kepada pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan

Jabatan Pelajaran Negeri agar mereka dapat merancang dan menganjurkan siri-siri

kursus, seminar, kolokium dan perbengkelan khusus untuk Guru Besar bagi

memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuan mereka sebagai pelaksanaan KSSR

di sekolah. Selain daripada itu, kajian ini berkemungkinan akan mencetuskan idea

pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk

merancang dan melaksanakan program-program turun padang seperti aktiviti

penyeliaan dari masa ke masa terhadap pembelajaran dan pengajaran guru di dalam

bilik darjah KSSR. Kajian ini juga akan menjadi perintis kepada pegawai di Pejabat

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

17

Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengkaji dan menganalisis

segala keperluan dan kemudahan alat sokongan yang diperlukan oleh guru dan

murid selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini.

1.6.3 Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

Kajian ini diharapkan agar pihak kementerian pelajaran turut memberi

perhatian dan menambahkan peruntukan kewangan kepada sekolah bagi tujuan

penyediaan bahan bantuan mengajar dan bahan sokongan pembelajaran murid.

1.7 Batasan kajian

Kajian yang akan dijalankan adalah tidak menyeluruh kepada seluruh

populasi Sekolah Rendah yang ada di Daerah Muar yang terdiri daripada Sekolah

Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan

Sekolah Pendidikan Khas yang berjumlah 171 buah sekolah. Pengkaji hanya

menggunakan satu perdua daripada bilangan populasi yang ada iaitu seramai 99

sampel kajian yang terdiri daripada Guru-Guru Besar Sekolah Kebangsaan

daripada 99 buah sekolah kebangsaan yang ada di Daerah Muar. Kajian ini tidak

dijalankan ke atas Guru Besar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan

Pendidikan Khas kerana pengkaji hanya berkecenderungan untuk mengkaji Guru-

guru Besar yang mempunyai latarbelakang masalah yang hampir sama dan berfokus

hanya kepada Sekolah Kebangsaan sahaja.

Fokus kajian hanyalah kepada beberapa aspek sahaja iaitu, untuk

mengetahui kompetensi yang diperlukan oleh Guru Besar sebagai persediaan dan

melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan Dokumen

Standard Kurikulum, Dokumen Standard Prestasi, penerapan elemen-elemen nilai

tambah, pendekatan dan pedagogi pendidikan terbaharu dan terkini yang patut

diterapkan oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran kelas KSSR. Selain

daripada itu pengkaji hanya ingin mengenalpasti samada senarai semak boleh

dihasilkan bagi kegunaan Guru Besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaan

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

18

KSSR, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Guru Besar dan guru dalam

melaksanakan atau semasa pencerapan mata pelajaran KSSR, bagaimanakah

proses pencerapan mata pelajaran KSSR boleh ditambahbaik, bagi memastikan

pengajaran guru menepati kehendak KSSR dan apakah masalah-masalah serta

keperluan guru dalam melaksanakan KSSR.

1.8 Definisi istilah

1.8.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah kurikulum baru sekolah rendah

yang diperkenalkan pada Tahun 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi

menggunakan pendekatan yang lebih interaktif dan menggabungkan beberapa

subjek menjadi satu dan pembelajaran dan pengajaran guru menggunakan modul

bagi menggantikan buku teks (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010). Ia tetap

berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip KBSR

dengan penambahbaikan dari segi reka bentuk, organisasi, pedagogi, peruntukan

masa dan pengurusan kurikulumnya.

1.8.2 Dokumen Standard Kurikulum

Dokumen Standard Kurikulum adalah bahan kurikulum bagi setiap Modul

Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Teras Elektif dan di dalamnya ada

dinyatakan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang menjadi panduan

perancangan dan pengajaran guru (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010).

1.8.3 Dokumen Standard Prestasi

Dokumen Standard Prestasi adalah suatu dokumen yang menyatakan

pendekatan pentaksiran yang dilakukan dengan merujuk kepada Rujukan Standard.

Rujukan Standard adalah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

19

tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan

pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2010).

1.8.4 Standard Kandungan

Standard Kandungan adalah pernyataan umum tentang perkara yang murid

patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai (Bahagian Pembangunan Kurikulum,

2010).

1.8.5 Standard Pembelajaran

Standard Pembelajaran adalah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti

pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan

(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010)

1.8.6 Didik Hibur

Pendekatan Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia yang

menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai

kaedah, kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni

bahasa disulami dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan

penghasilan produk (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

1.8.7 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah suatu perancangan dalam

Rancangan Malaysia Ke 9 yang bertujuan untuk memperkemaskan pelaksanaan

program-program pendidikan ke arah pembentukan modal insan yang berupaya

memenuhi pasaran tempatan dan mampu bersaing sehingga ke peringkat

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

20

antarabangsa serta dapat mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia di persada

antarabangsa (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2006).

1.8.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ialah suatu pelan yang

dibangunkan untuk menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan

mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan

tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid

yang dapat memenuhi keperluan Negara pada masa hadapan dengan mencadangkan

11 anjakan strategik dan operasi di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

1.8.9 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) ialah suatu mekanisme yang

disediakan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti dan lebih bersistematik untuk

menetapkan satu standard bagi meningkatkan kualiti pendidikan di institusi

pendidikan secara berterusan untuk mencapai ke tahap yang tertinggi. SKPM

disediakan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti yang membolehkan sekolah

membuat penarafan kendiri bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sekolah

masing-masing (Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, 2010).

1.8.10 Pemimpin Sekolah

Syed Ismail (2010) Pemimpin Sekolah adalah Guru Besar di sekolah yang

mengurus sumber dan kewangan, menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa

dan masyarakat tempatan, pakar dalam segala hal kurikulum, psikologi kanak-

kanak dan tadbir urus pejabat.

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

21

1.8.11 Kompetensi

Kompetensi adalah kecekapan yang perlu dicapai oleh seseorang Guru

Besar dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin kurikulum di sekolah dan

keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi

membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Guru Besar sebagai

peneraju utama sekolah hendaklah bersedia untuk melengkapkan diri dengan

pengetahuan dan kemahiran dalam menangani pelbagai perubahan yang berlaku

dalam kurikulum terkini iaitu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Institut

Aminudin Baki, 2006)

1.8.12 Pengetahuan

Pengetahuan bermaksud seseorang Guru Besar itu perlu mempunyai

pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang konsep, bentuk, organiasai,

kandungan, pedagogi, pengurusan kurikulum dan bahan dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah. Sebagai pemimpin kurikulum, adalah menjadi

tanggungjawab Guru Besar untuk memastikan pelaksanaan KSSR sebagai program

pendidikan melalui proses pengurusan, perancangan, pengelolaan, penyeliaan,

kawalan dan penilaian itu dapat mencapai matlamat yang dihasratkan oleh

Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.

1.8.13 Kemahiran

Kemahiran bermaksud kemahiran atau kecekapan yang dimiliki oleh

seseorang pemimpin sekolah bagi membantu mereka untuk menggalakkan guru-

guru berfikir secara inovatif dan kreatif. Dengan kemahiran yang dimiliki oleh

pemimpin sekolah, maka ia dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah

dengan cara yang terbaik dan paling optimum di samping dapat menyusun atur

tugas dengan baik serta mempunyai satu kaedah yang terbaik dan objektif bagi

menilai prestasi guru-guru dan staf di bawah kawalannya (Zainuddin Zakaria &

Ziadatul Hidayah Zakaria, 2006).

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Md Top... · keizinannya diberinya kekuatan, kesihatan fizikal dan mental dalam usaha saya ... 1.8.5 Standard Pembelajaran 19 1.8.6

22

1.9 Kesimpulan

Dalam menghadapi cabaran abad ke-21, Pendidikan merupakan perkara

utama yang perlu diberi perhatian agar warganegara Malaysia mampu bersaing di

persada dunia antarabangsa dan secara globalisasi. Usaha sekolah adalah ke arah

pencapaian matlamat kurikulum dan falsafah pendidikan kebangsaan dan adalah

menjadi tanggungjawab Guru Besar untuk mengetahui dan memahami secara

mendalam tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan, termasuklah matlamat KSSR.

Guru perlu disedarkan, dibimbing dan diselia ketika melaksanakan tugas mereka

untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras

dengan kehendak kurikulum yang disediakan. Guru besar sebagai pemimpin dan

pengurus sekolah harus memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin

guru-guru bertindak dan berusaha ke arah pencapaian matlamat pendidikan yang

ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat (Jemaah Nazir Sekolah

Persekutuan, 1991).

Kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah adalah amat bergantung kepada

berkesan atau tidaknya peranan yang dimainkan oleh seseorang Guru besar. Guru

Besar sebagai pengurus sekolah bertanggungjawab ke atas pelaksanaan kurikulum

melalui proses-proses pengurusan seperti penentuan objektif, perancangan,

pengelolaan, penyeliaan, kawalan dan penilaian (Jemaah Nazir Sekolah

Persekutuan, 1991). Guru Besar adalah lambang kepada segala nilai, dan

kepercayaan, semestinya mempunyai pengetahuan yang luas dalam semua hal yang

berkaitan dengan Kurikulum terbaru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan

berkeupayaan menggerakkan orang-orang di bawah kawalannya iaitu para guru

yang professional untuk melaksanakannya dengan jayanya.