borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. manakala faktor ibu bapa dan...

25
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasiberkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MINAT PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN .BAHASA ARAB. KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH UGAMA (A) MAAHAD MUHAMMADI (P), KOTA BHARU KELANTAN. SESI PENGAJIAN : 2003/2004 Saya ASMA HANIM BINTI MOKHTAR ____________________________________________________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM /Sarjana Doktor Falsafah ) * ini disimpan di Perpustakaan Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 1188, Jalan Pengkalan Chepa , Sayed Mahussain Sayed Ahmad 15400 Kota Bharu, Kelantan. Nama Penyelia Tarikh : _________13/3/2004_____ Tarikh :______13/3/2004________ PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Upload: phungcong

Post on 19-May-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasiberkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MINAT PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN .BAHASA ARAB. KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH UGAMA (A) MAAHAD MUHAMMADI (P), KOTA BHARU KELANTAN.

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

Saya ASMA HANIM BINTI MOKHTAR ____________________________________________________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM /Sarjana Doktor Falsafah ) * ini disimpan di Perpustakaan Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 1188, Jalan Pengkalan Chepa, Sayed Mahussain Sayed Ahmad 15400 Kota Bharu, Kelantan. Nama Penyelia Tarikh : _________13/3/2004_____ Tarikh :______13/3/2004________

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)".

Tandatangan : ...........................................................

Nama Penyelia : Ustaz Sayed Mahussain Sayed Ahmad

Tarikh : 13/3/2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MINAT PELAJAR TERHADAP MATA

PELAJARAN .BAHASA ARAB. KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH UGAMA (A)

MAAHAD MUHAMMADI (P), KOTA BHARU KELANTAN.

ASMA HANIM BINTI MOKHTAR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ...........................................................

Nama Penulis : Asma Hanim Mokhtar

Tarikh : 13/3/2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

iii

DEDIKASI

Kupanjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat Illahi

Dengan limpah izinnya, rahmatnya, hidayah dan inayahnya

Maka selesailah laporan PSM ini hingga bertemu titik penghujungnya

Khas buat,

Umi dan abah,

Yang telah mendidik ku menjadi manusia berguna

‘syukran jazilan’ yang tidak terhingga atas segala pengorbanan

Adik-adik yang disayangi,

Mohd Hazmin dan Nazira Hanim

Yang sedang menempuh cabaran untuk melengkapkan diri

Untuk menjadi manusia berguna....tabahlah menghadapi onak dan duri

Teman-teman seperjuangan,

Idea dan sumbangan kalian....jasa kalian....pengorbanan kalian

Akan kuabadikan...wallahu a’lam...

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya

telah berjaya menyiapkan Projek Sarjana Muda saya ini.

Ucapan penghargaan khas kepada penyelia projek sarjana muda saya yang

dihormati Ustaz Sayed Mahussain Sayed Ahmad. Terima kasih di atas segala dorongan

dan kerjasama yang diberikan. Segala jasa baik dan ilmu yang dicurahkan akan sentiasa

dikenang.

Segunung penghargaan juga saya ucapkan buat Pengetua, staf-staf dan pelajar-

pelajar S.M. Ugama (A) Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu di atas kerjasama yang

telah diberikan untuk melengkapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih dan juga ingatan mesra saya buat sahabat-sahabat dan

rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam usaha melengkapkan kajian ilmiah ini.

Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan

projek ini.

Sekian.

Asma Hanim Binti Mokhtar

Universiti Teknologi Malaysia

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi

minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab. Tujuan kajian ini dikaji adalah untuk

melihat dan mengkaji setiap faktor yang dipilih iaitu faktor diri, keluarga, guru dan

rakan sebaya dalam mempengaruhi tahap minat pelajar tingkatan 6 atas di Sekolah

Menengah Ugama (A) Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu. Selain itu, kajian ini turut

mengkaji faktor yang paling dominan yang mempengaruhi minat sekaligus melihat

tahap minat yang dimiliki oleh responden. Jumlah sampel ialah seramai 45 orang. Data-

data dianalisis dengan menggunakan program di dalam SPSS (Statistical Package For

Social Science 10.0) iaitu kekerapan, peratusan dan min. Dapatan mendapati bahawa

faktor diri dan guru mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap minat dengan min

sebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya

mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor diri

menampakkan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi minat. Selain itu, tahap

minat responden terhadap mata pelajaran bahasa Arab adalah di tahap sederhana.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

vi

ABSTRACT

This study is about the factor of influencing students’ interest in Arabic

Language subject. The factors are personal, parents, teachers and peers. Respondent of

this study are consisting of 45 Form upper 6 students in Sekolah Menengah Ugama (A)

Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu. The objective is to study each factor which is

influencing respondent’s interest. The study also determine the level of interest on

Arabic Language subject among the respondent and analyzed the last objective which is

to indicate the most dominant factor in influencing the interest. The data had been

analyzed using Statistical Package For Social Science 10.0 (SPSS) subprograms such as

frequencies, percentage and means. The result of the study shows that personal and

teachers factor are influencing interest in high level with mean 3.92 and 3.69. Hence,

parents and peers influencing the interest moderately among the respondent. The result

indicated that personal factor is the most dominant factor influencing the interest. The

study also concluded that most of the respondents have moderate level of interest on

Arabic Language.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

vii

SENARAI SINGKATAN

PIBG - Persatuan IbuBapa dan Guru

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Penilaian Malaysia

STPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STS - Sangat tidak setuju

TS - Tidak setuju

KS - Kurang setuju

S - Setuju

SS - Sangat setuju

SPSS - Statistical Package For Social Science

YIK - Yayasan Islam Kelantan

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Senarai Singkatan vii

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

ix

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Faktor 10

1.8.2 Dorongan 10

1.8.3 Minat 10

BAHAGIAN DUA

BAB 2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 11

2.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Arab 12

2.3 Minat Mempengaruhi Penguasaan Pembelajaran 13

2.4 Faktor-Faktor Yang Mendorong Minat 15

2.4.1 Diri Sendiri 16

2.4.2 Latar Belakang Keluarga 17

2.4.3 Guru 18

2.4.4 Rakan Sebaya 21

2.5 Kesimpulan 23

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

x

BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT

3.1 Pendahuluan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Lokasi Kajian 27

3.4 Sampel Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 27

3.5.1 Bahagian A 28

3.5.2 Bahagian B 28

3.5.3 Bahagian C 29

3.6 Analisis Data 30

3.7 Jangkamasa Kajian 32

3.8 Penutup 33

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4 ANALISIS DATA MUKA SURAT

4.1 Pendahuluan 34

4.2 Analisis Demografi Responden 35

4.3 Analisis Item-Item Faktor Diri Dalam

Mempengaruhi Minat 39

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

xi

4.4 Analisis Item-Item Faktor Keluarga Dalam

Mempengaruhi Minat 42

4.5 Analisis Item-Item Faktor Guru Dalam

Mempengaruhi Minat 45

4.6 Analisis Item-Item Faktor Rakan Sebaya Dalam

Mempengaruhi Minat 48

4.7 Analisis Faktor Yang Paling Dominan Dalam

Mempengaruhi Minat 51

4.8 Analisis Tahap Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran

Bahasa Arab 52

4.9 Kesimpulan 53

BAHAGIAN LIMA

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN MUKA SURAT

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan Dan Rumusan Dapatan Kajian 55

5.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Di Kalangan

Para Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab 55

5.4 Faktor Yang Paling Dominan Dalam Mempengaruhi Minat

Para Pelajar Mata Pelajaran Bahasa Arab 57

5.5 Tahap Minat Para Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa

Arab 58

5.6 Cadangan 59

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

xii

5.6.1 Cadangan Kepada Pihak Ibu Bapa 59

5.6.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah Dan Guru 60

5.6.3 Cadangan Kepada Pelajar 61

5.7 Cadangan Kepada Kajian Akan Datang 62

5.8 Rumusan Dan Kesimpulan 63

Senarai Rujukan 64

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

xiii

BAHAGIAN ENAM

LAMPIRAN MUKA SURAT

Lampiran A

Contoh Borang Soal Selidik 66

Lampiran B

Contoh surat kebenaran menjalankan kajian di sekolah 71

Lampiran C

Contoh surat memberikan kerjasama dan bantuan daripada fakulti

Pendidikan 73

Lampiran D

Keputusan peperiksaan STPM tahun 1999 hingga 2001 74

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1 Jadual 3.1 : Skala Likert 29

2 Jadual 3.2 : Skala Likert 30

3 Jadual 3.3 : Tahap Minat Pelajar 31

4 Jadual 3.4 : Jangka masa kajian 32

5 Jadual 4.1 : Taburan Responden Berdasarkan

Umur

35

6 Jadual 4.2 : Taburan Responden Berdasarkan

Tempat Tinggal

36

7 Jadual 4.3 : Keputusan Peperiksaan PMR

Responden

36

8 Jadual 4.4 : Keputusan Peperiksaan SPM

Responden

37

9 Jadual 4.5 : Taburan Responden Berdasarkan

Jumlah Pendapatan

38

10 Jadual 4.6 : Skor Berkaitan Faktor Diri Dalam

Mempengaruhi Minat

39

11 Jadual 4.7 : Analisis Item-Item Faktor Keluarga

Dalam Mempengaruhi Minat

42

12 Jadual 4.8 : Analisis Item-Item Faktor Guru

Dalam Mempengaruhi Minat

45

13 Jadual 4.9 : Analisis Berkaitan Faktor Rakan

Sebaya Dalam Mempengaruhi Minat

48

14 Jadual 4.10 : Analisis Faktor Yang Paling

Dominan Dalam Mempengaruhi Minat

51

15 Jadual 4.11 : Analisis Tahap Minat Para Pelajar

Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab

52

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

xv

SENARAI GRAF

NO GRAF TAJUK MUKA SURAT

1 Graf 4.1 : Peratus Taburan Tempat Tinggal

Responden

36

2 Graf 4.2 : Peratusan Pendapatan Keluarga Responden 38

3 Graf 4.3 : Peratusan Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Minat

52

4 Graf 4.4 : Peratus Tahap Minat Responden Terhadap

Mata Pelajaran Bahasa Arab.

53

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan bagi bangsa Arab khususnya dan bukan

arab umumnya, terutama sekali di kalangan umat Islam seperti di Arab Saudi, Mesir,

Maghribi, Sudan, Yaman dan sebagainya. Ia adalah juga merupakan bahasa al-Quran,

seperti firman Allah :

“al-quran adalah dalam bahasa Arab yang terang” (Surah al-Nahl:103)

Menurut Kamil Hj. Che Soh (1990), hadis merupakan sumber hukum kedua

dalam Islam. Sebagaimana al-quran, hadis juga dipertuturkan oleh junjungan kita nabi

Muhammad dalam bahasa Arab. Ini kerana Rasulullah berasal dari kaum Quraisy.

Baginda merupakan seorang yang ummi dan tidak belajar bahasa lain selain bahasa

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

2

Arab. Oleh itu bahasa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan

menggunakan bahasa Arab untuk menyampaikan syiar Islam. Perkara ini dijelaskan oleh

Allah dalam firmanNya:

“Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya. Supaya

ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka” (Surah Ibrahim:4)

Menurut tafsir Ibn Kathir, dalam penyampaian dakwah islamiah, bahasa yang

disampaikan haruslah mengikut masyarakat tempat Rasul diutuskan. Bahasa itu masih

mempunyai erti yang lebih luas lagi. Bukan sekadar soal abjad, huruf atau kata-kata

semata-mata.

Selain itu juga bahasa Arab merupakan bahasa ahli syurga. Abu Zuhri

menegaskan bahawa “bahasa penghuni syurga adalah bahasa Arab manakala bahasa

penghuni neraka ialah bahasa Hindia”. Diriwayatkan pula dari Umar bahawa dia berkata

“hendaklah kamu memahami bahasa Arab” (Mohd Najib, 1997)

Kepentingan bahasa Arab kepada bangsa bukan Arab ialah saluran penting untuk

mereka memahami ajaran Islam yang sebenar. Imam Shafi’i pernah menegaskan :

“sesungguhnya mempelajari bahasa Arab adalah wajib sekiranya dengan

mempelajarinya memungkinkan ia memahami ajaran agamanya”.(Ahmad Kilani, 2001)

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

3

Penguasaan bahasa ini amat diperlukan oleh masyarakat Islam sekurang-

kurangnya untuk memahami isi kandungan al-quran yang meliputi hukum, prinsip,

akhlak dan adab dalam Islam.

Selain itu, bahasa Arab ialah bahasa yang digunakan dalam ibadat solat. Setiap

penganut Islam yang ingin sembahyang mesti menggunakan bahasa al-quran.

Kedudukan bahasa Arab setanding dengan bahasa-bahasa utama di dunia kerana

bilangan mereka yang menggunakan bahasa Arab agak ramai. Ia menjadi bahasa utama

di 22 buah negara arab dan menjadi bahasa kedua di kebanyakan negara umat islam.

Kedudukan ini menunjukkan bahawa terdapat 1/7 daripada negara-negara di seluruh

dunia menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka. (Ahmad Kilani, 2001)

Bermula tahun 1950- an, orang-orang Eropah mula memperkembangkan

pengajaran bahasa Arab di negara mereka di atas muslihat-muslihat tertentu. Antaranya

ialah untuk menghalang perhubungan secara langsung antara umat Islam. Selain itu

negara-negara Eropah menawarkan pembelajaran bahasa Arab sebagai satu cara untuk

menarik pemimpin umat islam di negara-negara yang mereka jajahi supaya melanjutkan

pengajian mereka di Eropah. Dengan ini sikap dan cara hidup umat islam dapat mereka

bentuk mengikut budaya dan tamadun Barat yang membelakangkan agama, tetapi

mengutamakan kehidupan dunia dan hidup yang berfoya-foya (Ahmad Kilani, 2001)

Selain itu pembelajaran bahasa Arab mula berkembang di sekolah kebangsaan

dan mula diajar dengan lebih sistematik melalui sistem pengajaran pondok pada abad

ke-19. Pembelajarannya berterusan sehingga ke hari ini melalui sistem persekolahan

sama ada yang ditadbir secara langsung oleh Kementerian Pendidikan atau yang ditadbir

oleh rakyat dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.(Sazliena Hamzah, 2002)

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

4

Sebagai umat Islam yang berpegang kepada dua sumber utama iaitu al-quran dan

al-sunnah,menjadi suatu keperluan kepada umat Islam kerana kedua-dua sumber

tersebut adalah berbahasa Arab sepenuhnya sebagaimana firman Allah :

“sesungguhnya Kami menjadikan al-quran dalam bahasa arab supaya kamu

memahaminya” (surah al-zukhruf:3)

Berdasarkan ayat di atas, menurut tafsir fi zilalil quran, Allah menjadikan al-

quran dalam bahasa arab supaya umat Islam memahami ajaran yang disampaikan.

Menurutnya lagi, penekanan al-quran dalam bahasa Arab adalah supaya ianya jelas dan

mudah difahami oleh seluruh penduduk yang melalui mereka ajaran dapat

disebarluaskan antara satu sama lain. Di samping itu, al-quran adalah wahyu Allah yang

dijadikan dalam bentuk lafaz bahasa Arab untuk membawa risalah Islam dan pemilihan

ini dibuat berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kerana Allah mengetahui

bangsa Arab dan bahasa Arab itu mempunyai kelayakan untuk membawa dan

memindahkan risalah ini dan Allah juga mengetahui di mana dan pada siapa hendak

diletakkan risalahNya. Allah juga berfirman :

“ sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-quran dengan berbahasa

Arab, agar kamu memahaminya ” (surah Yusuf :2)

Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah kepada kita bahawa untuk memahami isi

kandungan al-quran dan hadis, kita perlu mempelajari bahasa Arab. Selain untuk

memahami kedua-dua sumber itu, terdapat pelbagai cara bagi umat Islam untuk

menambah ilmu pengetahun dalam bidang agama antaranya melalui pembacaan kitab-

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

5

kitab hasil karya ulama terdahulu. Menurut Ahmad Kilani (2001), antara tujuan

mempelajari bahasa Arab adalah untuk meneroka ilmu pengetahuan melalui pembacaan

buku-buku agama yang ditulis dalam bahasa Arab sebagaimana yang diketahui kitab-

kitab mu’tabar hasil karya tokoh-tokoh ilmuan Islam pada masa dahulu adalah dalam

bahasa Arab.

Mohamad Kamil Hj.Che Soh (1990) menyatakan bahawa Imam al-Ghazali telah

menjelaskan susunan ilmu menurut susunan Islam sebagaimana berikut:

1. Al-Quran dan ilmu-ilmu agama

2. Ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nahu, makhraj huruf, lafaz dan

sebagainya

3. Ilmu-ilmu fardhu kifayah

4. Ilmu-ilmu budaya

Kedudukan yang disusun oleh Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan

betapa pentingnya bahasa Arab dalam Islam. Bahasa Arab merupakan sesuatu

yang mesti dijaga dan dipelihara oleh setiap umat Islam. Adalah tidak sempurna

Islam andainya tanpa pengetahuan bahasa Arab yang boleh membawa kepada

ketidaksempurnaan di dalam amal ibadat yang diwajibkan kepada kita.

(Mohamad Kamil Hj.Che Soh, 1990)

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

6

Selain itu Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan umat baginda

mempelajari bahasa asing sebagai suatu kemaslahatan kepada mereka sendiri. Ini

jelas berdasarkan sabda baginda:

من تعلم لغة قوم أمن مكرهم“sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu bangsa, maka dia terselamat

daripada tipu daya mereka”

Jelaslah di sini bahawa kita seharusnya mempelajari bahasa asing khususnya

bahasa Arab untuk mengelakkan tipu daya daripada bangsa lain.

Justeru itu sistem pendidikan sekarang amat memberi galakan dan

penekanan terhadap mata pelajaran bahasa Arab di sekolah.

1.2 Latar belakang Masalah

Sekolah Menengah Ugama (A) Maahad Muhammadi (P) merupakan salah

sebuah sekolah separuh harian yang terkenal di Kelantan di bawah pentadbiran

Yayasan Islam Kelantan (YIK). Seperti yang sedia maklum, di setiap sekolah agama,

semua pelajarnya diwajibkan mempelajari mata pelajaran bahasa Arab. Mereka mula

didedahkan mata pelajaran ini sejak di tingkatan satu dan akan terus mempelajarinya

sehingga tamat pengajian. Selain itu mereka juga wajib mengambil mata pelajaran

tersebut dalam PMR, SPM dan STPM.

Permasalahan yang timbul di sini ialah setiap pelajar mempunyai kemampuan

yang berbeza dalam penguasaan bahasa Arab. Kemungkinan terdapat beberapa faktor

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

7

yang mempengaruhi pelajar di sekolah ini dalam menguasai mata pelajaran tersebut.

Faktor minat terhadap sesuatu mata pelajaran akan membantu seseorang pelajar untuk

mencapai keputusan yang cemerlang. Justeru itu, minat akan mendorong seseorang

pelajar lebih bersungguh-sungguh dalam menguasai sesuatu mata pelajaran. Menurut

Abu Zahari (1987), minat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan

sesuatu proses pembelajaran dan ia amat mempengaruhi pencapaian seseorang dalam

pelajaran itu sendiri.

Di samping itu kesungguhan pelajar dalam menguasai mata pelajaran ini

mungkin disebabkan keterpaksaan mereka ekoran daripada desakan ibu bapa yang ingin

anak mereka belajar di sekolah agama. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang

mempengaruhi mereka dalam menguasai mata pelajaran bahasa Arab. Contohnya latar

belakang keluarga yang sudah mendalami bahasa Arab atau mungkin didorong oleh

pengaruh guru yang mengajar serta pengaruh rakan sebaya.

1.3 Pernyataan Masalah

Sejak kebelakangan ini keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM) khususnya bagi mata pelajaran bahasa Arab di sekolah ini agak merosot dan

menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hal ini dikesan melalui perangkaan

pencapaian mata pelajaran bahasa Arab dalam keputusan peperiksaan STPM dari tahun

1999 hingga 2001 sekolah yang dikaji. Berdasarkan analisis tersebut, didapati keputusan

STPM bagi tahun 1999 ialah sebanyak 96.61%, diikuti tahun 2000 sebanyak 88.71%

dan tahun 2001 sebanyak 75%. Ini kemungkinan disebabkan beberapa faktor yang

mempengaruhi minat di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran tersebut..

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filesebanyak 3.92 dan 3.69. Manakala faktor ibu bapa dan rakan sebaya hanya mempengaruhi minat secara sederhana. Kajian ini juga menunjukkan

8

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi minat

pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab.

1.4.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong minat pelajar

terhadap mata pelajaran bahasa Arab.

1.4.2 Mengenalpasti faktor yang paling dominan dalam mendorong

minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab.

1.4.3 Mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran

bahasa Arab

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian ini, persoalan kajian tersebut adalah seperti berikut:

1.5.1 Apakah faktor-faktor yang mendorong minat pelajar terhadap mata

pelajaran bahasa Arab?

1.5.2 Apakah faktor yang paling dominan dalam mendorong minat pelajar

terhadap mata pelajaran bahasa Arab?

1.5.3 Bagaimanakah tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab?