borang pengesahan status tesis***€¦ · akan mengalami dehidrasi. berdasarkan perkara tersebut,...

23
PSZ 19:16 (Pind. 1/17) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** JUDUL : KESAN AIR BIASA (AIR KOSONG) DAN MINUMAN TENAGA (100PLUS) TERHADAP DEHIDRASI KE ATAS PEMAIN HOKI SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya : SYARATUL IRWINA NADRAH MD ISA________ _ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah ) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: Alamat Tetap : NO. 17, LRG. IM 2/35, DR. MOHAD ANIZU MOHD NOR INDERA MAHKOTA 2, 25200, KUANTAN, PAHANG. Tarikh : 6 APRIL 2006 Tarikh : 6 APRIL 2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.

Upload: others

Post on 15-Jan-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

PSZ 19:16 (Pind. 1/17)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***

JUDUL : KESAN AIR BIASA (AIR KOSONG) DAN MINUMAN TENAGA (100PLUS)

TERHADAP DEHIDRASI KE ATAS PEMAIN HOKI

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya : SYARATUL IRWINA NADRAH MD ISA________ _ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Nama Penyelia: Alamat Tetap : NO. 17, LRG. IM 2/35, DR. MOHAD ANIZU MOHD NOR INDERA MAHKOTA 2, 25200, KUANTAN, PAHANG. Tarikh : 6 APRIL 2006 Tarikh : 6 APRIL 2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

ii

KESAN AIR BIASA (AIR KOSONG) DAN MINUMAN TENAGA (100PLUS)

TERHADAP DEHIDRASI KE ATAS PEMAIN HOKI

SYARATUL IRWINA NADRAH BINTI MD ISA

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

iii

“ Saya akui bahawasanya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penyelia : Dr. Mohad Anizu Bin Mohd Nor

Tarikh : April, 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

iv

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penulis : Syaratul Irwina Nadrah Binti Md Isa

Tarikh : April, 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

v

DEDIKASI

Teristimewa buat keluarga tersayang………………

Terutamanya buat Emak, Puan Jameliah Daud, yang banyak berkorban membesarkan

kami, Acik, Angah dan Adik sehinggalah kami sampai ke mercu kejayaan. Juga yang

tidak jemu memberi sokongan dan kata-kata nasihat untuk kami menghadapi kehidupan

yang penuh pancaroba ini. Emak adalah inspirasi Acik dan ketabahan mu merupakan

kekuatan ku. Acik sayang Mak.

Buat Angah (Syaratul Agustika Sari Md Isa) dan Adik (Syajaratul Adhawiyah Md Isa),

terima kasih kerana menyokong dan membantu Acik sampai ke tahap ini. Acik sayang

kalian....

Buat ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana memahami dan menyokong Acik

sekeluarga.

Buat sahabat baik ku, Siti Musyrifah Ismail (CT), terima kasih kerana bersahabat dengan

ku dan sentiasa berada di sisi ku waktu bergembira dan waktu berduka. Terima kasih

juga kerana melayani karenah ku selama 5 tahun ini.

Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan (Sports Science 2001/2006). Kamu semua

senantiasa di dalam ingatan ku. Kenangan sewaktu kita bersama sepanjang 5 tahun ini

tidak akan ku lupakan.

Buat adik Mohd Naim Rosli, pemergian mu menghadap Ilahi amat ku rasai. Tanggal 10

Mac 2006 tidak akan ku lupakan. Acik doakan Naim ditempatkan di kalangan orang-

orang soleh. Amin...........

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

vi

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim…………..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,

dapatlah saya menyiapkan satu kajian ilmiah tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Terlebih dahulu, ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Sains Sukan

Tuan Haji Abdul Hamid Rahabah, Encik Yunos Dahalan, Puan Halijah Ibrahim dan Dr.

Zainal Abidin Zainuddin kerana banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang pengajian

saya di sini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Mohad Anizu Mohd Nor,

merangkap penyelia Projek Sarjana Muda saya kerana dengan adanya sokongan dan

tunjuk ajar beliau, dapatlah saya menyiapkan satu projek yang akan menentukan sama

ada saya layak untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains

Sukan).

Seterusnya, terima kasih saya ucapkan kepada individu-individu yang sanggup

mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk menjadi sample dalam kajian saya ini.

Tanpa pengorbanan dan bantuan anda, kajian ini tidak bermakna. Ucapan terima kasih

juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang secara tidak langsung mahupun

secara langsung bersama-sama menjayakan kajian ini.

Akhir sekali, segala pengorbanan dan jasa yang telah kalian curahkan tidak

terbalas oleh saya. Semoga Allah membalas jasa kalian. Terima kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

vii

ABSTRAK

Air merupakan elemen penting yang diperlukan oleh badan (70% dari berat

badan) dan jika kandungan air di dalam tubuh berkurangan, seseorang individu tersebut

akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk

eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan air biasa (air kosong)

dan minuman tenaga (100plus) terhadap dehidrasi ke atas pemain hoki sewaktu menjalani

latihan. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, di mana

seramai 10 orang pemain hoki wanita dari pasukan UTM dipilih sebagai sampel kajian

ini. Kesemua sampel ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan yakni lima orang untuk

kumpulan air biasa dan lima orang yang lain untuk kumpulan air minuman tenaga

(100plus). Pengujian ini mengambil masa selama tiga minggu dengan kekerapan latihan

dua kali seminggu. Keberkesanan dua jenis air ini diuji dengan mengukur berat badan

dan kandungan air di dalam tubuh sebelum dan selepas sampel menjalani latihan hoki.

Selain itu juga, beberapa pembolehubah juga diukur untuk menguji jika terdapat

kemungkinan yang ia memberikan kesan sampingan terhadap dehidrasi ke atas pemain

hoki. Semua data diproses dengan menggunakan SPSS versi 14 iaitu sebuah perisian

statistik dan dianalisis dengan menggunakan Ujian t Sampel Berpasangan (Paired Sample

t-Test) pada tahap signifikan p ≤ 0.05 untuk menguji hipotesis kajian. Hasil daripada

kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap dehidrasi ke atas

pemain hoki UTM selepas mengambil dua jenis air minuman yang berbeza. Selain itu,

pengambilan air minuman tenaga amat sesuai apabila jangka masa latihan atau

pertandingan melebihi satu jam dan jumlah pengambilannya mestilah berpatutan.

Pengambilan air biasa merupakan kaedah terbaik untuk mengelakkan atlit dari

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

viii

mengalami dehidrasi. Secara kesimpulannya, pengambilan air adalah amat penting untuk

atlit bagi menggantikan air tubuh yang hilang sewaktu menjalani latihan melalui

perpeluhan. Kajian ini boleh diubah oleh pengkaji pada masa akan datang dengan

memilih subjek yang berlainan jantina dan kajian dilakukan untuk dua situasi yang

berbeza yakni pada waktu latihan dan waktu pertandingan bagi melihat kesan yang lebih

signifikan.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

ix

ABSTRACT

Water is an important element that is needed in human body (70% from the body

mass) and if the amounts of water decrease, an individual will be facing dehydration.

Based on that, an experimental research had been made to test the effects of two different

types of water; plain water and sports drink (100plus), towards dehydration on hockey

field players during their training exercises. This research was held in Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, where, 10 female hockey players from university’s team

had been chosen as the research samples. All samples were divided into two groups, five

persons were placed in the plain water group and the other five persons were placed in

the sports drink (100plus) group. The experiments took three weeks with the frequency

of training two times per week. The effectiveness of those two types of water was tested

by measuring the body mass and the amounts of water in the sample’s body before and

after the training session. Besides that, there are several variables that can be measured

to test the effectiveness of fluids towards dehydration among those samples. All data was

processed by using statistic software (SPSS version 14) and analyzed using the ‘Paired

Sample t Test’ with the significant level at p ≤ 0.05 to test the hypothesis. The analyzed

data had showed that there was significantly different in the dehydration on hockey

players after taking two different types of water. This research had proven that sports

drink was useful when the durations of training or match were more than one hour period.

Water consuming is the best way to prevent athletes from facing dehydration. As a

conclusion, water consuming is important for athletes to replace water in the body that

had lost through sweating. This research can be modified in the future with choosing

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

x

subject from two different genders and deeper the research in two different situations that

is during training period and during match to find out a more significant effectiveness.

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

xi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul ii

Pengakuan iii

Dedikasi v

Penghargaan vi

Abstrak vii

Isi Kandungan xi

Senarai Jadual xiii

Senarai Rajah xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Hipotesis Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Limitasi Kajian 6

1.8 Definisi Operasional 7

2 SOROTAN KAJIAN 9

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

xii

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 17

3.2 Rekabentuk Kajian 17

3.3 Lokasi Kajian 18

3.4 Populasi dan Persampelan 18

3.5 Instrumentasi Kajian 18

3.6 Prosedur Kajian 19

3.6.1 Pemilihan Sampel 19

3.6.2 Penyerahan Surat Perlatikan 19

3.6.3 Taklimat Kajian 19

3.6.4 Prosedur Pengujian Sewaktu Latihan 20

3.7 Pengumpulan Data 21

3.8 Penganalisaan Data 21

4 PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 22

4.2 Analisis Deskriptif 23

4.3 Analisis Inferensi 27

5 PERBINCANGAN, CADANGAN

DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 40

5.2 Perbincangan 41

5.3 Masalah-Masalah yang Dihadapi 43

5.4 Cadangan 44

5.5 Kesimpulan 45

RUJUKAN 46

LAMPIRAN 48

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

xiii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut Umur 23

2 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut Berat Badan 25

3 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 27

Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus

Air Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut

Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga

(100plus)] Pada Hari Pertama.

4 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 28

Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus Air

Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut

Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga

(100plus)] Pada Hari Kedua

5 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 29

Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus Air

Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut

Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga

(100plus)] Pada Hari Ketiga

6 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 31

Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus Air

Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut

Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga

(100plus)] Pada Hari Keempat

7 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 32

Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus Air

Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut

Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

xiv

(100plus)] Pada Hari Kelima

8 Nilai Min, Sisihan Piawai, Nilai Minimum dan 33

Maksimum Berat Badan, Berat Air,dan Peratus Air

Sebelum dan Selepas Latihan Mengikut

Kelas Kumpulan [Air Biasa dan Minuman Tenaga

(100plus)] Pada Hari Keenam

9 Perbezaan Nilai Min Berat Badan, Berat Air, 35

Peratusan Air Di Dalam Badan Mengikut Mengikut

Jenis Kumpulan Dan Hari Pengujian

10 Ujian Sampel Berpasangan 38

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

xv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Bilangan Sampel Mengikut Umur 24

2 Peratusan Sampel Mengikut Umur 24

3 Peratusan Sampel Mengikut Berat Badan 26

4 Min Berat (kg) Di Antara Air Biasa dengan 100plus 36

5 Min Berat Air (kg) Di Antara Air Biasa dengan 36

100plus

6 Min Peratus Air (%) Di Antara Air Biasa 36

Dengan 100plus

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian. Semua benda hidup

memerlukan air untuk melakukan aktiviti harian. Bagi manusia, air merupakan medium

akues (aqueous) yang digunakan sebagai pengangkutan bahan makanan dan tempat

berlakunya tindakbalas biokimia tubuh. Tubuh manusia boleh bertahan tanpa makanan

untuk tujuh hari hingga beberapa minggu. Tetapi, ia hanya dapat bertahan untuk empat

hari sahaja tanpa air.

Kandungan air di dalam tubuh manusia meliputi 60 peratus dari berat badan

sebenar. Adakalanya bagi sesetengah keadaan, kandungan air di dalam tubuh akan

mencapai sehingga 70 peratus bagi individu yang berotot (very lean) dan hanya 40

peratus bagi individu yang obesiti. Ini kerana tisu lemak mengandungi kandungan air

yang rendah berbanding tisu otot. Air terdapat di dalam setiap otot, sel-sel lemak, darah

dan setiap tulang. Setiap sel, tisu dan organ memerlukan air untuk menjalankan tugas

dan fungsinya.

Fungsi air adalah menjadi medium pengangkutan bagi segala nutrien dan gas

oksigen ke setiap sel yang terdapat di dalam tubuh badan manusia. Ia juga berfungsi

untuk membuang segala bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh tubuh,

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

2

melembabkan segala tisu yang terdapat di bawah kulit, mulut, mata serta hidung, dan

membantu untuk mengekalkan suhu badan manusia. Air juga berfungsi untuk mencegah

dari mengalami dehidrasi (keadaan di mana tubuh kehilangan air), mengekalkan kulit

yang sihat dan membantu sewaktu proses pencernaan. Air juga membuatkan latihan

sukan menjadi lebih selamat dengan mengawal suhu badan juga mengurangkan tekanan

kardiovaskular. Tidak terdapat kalori di dalam air biasa berbanding air minuman tenaga

contohnya seperti 100 Plus, Isotonik, dan pelbagai lagi yang mempunyai 50 kalori (kcal)

untuk satu hidangan.

Selain air biasa (plain water), kini terdapat pelbagai jenis minuman kecergasan

serta minuman tenaga sukan dicipta yang menjanjikan pelbagai perkara menarik

bermula dengan dapat meningkatkan tenaga segera hingga kebaikan pemakanan

berkhasiat. Minuman tenaga yang dihasilkan ini hanya berfungsi dengan baik ketika

melakukan aktiviti yang mempunyai jangka masa lama, yakni permainan yang

dimainkan lebih dari satu jam. Ini kerana minuman ini mempunyai sumber karbohidrat

yang perlu digantikan semula. Minuman tenaga diperkukuhkan lagi oleh beberapa

vitamin dan mineral. Walaupun begitu, sumber-sumber nutrien ini tidak dapat hilang

semasa menjalankan aktiviti fizikal dan ia sebenarnya mudah dijumpai di dalam diet

permakanan yang sihat. Minuman tenaga ini kebanyakannya mempunyai nutrien

karbohidrat, yang mana minuman tenaga ini sesuai untuk digunakan apabila melakukan

aktiviti fizikal yang melebihi satu jam.

Kesan air biasa ke atas prestasi sukan tidak boleh disangkal lagi. Air biasa

merupakan elektrolit semulajadi yang tidak mempunyai bahan tambahan yang boleh

memberi kesan sampingan bagi jangka masa yang lama. Minuman tenaga pula

keupayaannya untuk meningkatkan prestasi dapat ditunjukkan pada atlit daya tahan

(endurance athlete). Kandungan minuman tenaga yang mempunyai karbohidrat

merupakan sumber tenaga tambahan bagi atlit yang melakukan aktiviti lebih dari satu

jam. Kedua-dua jenis minuman sebenarnya berupaya untuk meningkatkan prestasi atlit.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kehilangan air atau dehidrasi boleh dan sememangnya mempengaruhi prestasi

ahli sukan. Dehidrasi akan mempengaruhi tapak jalan metabolik, gangguan fungsi

kardiovaskular serta mengurangkan kapasiti latihan secara keseluruhan. Apabila air

tubuh hilang sebanyak satu hingga empat peratus dari jumlah keseluruhan berat badan,

prestasi akan menurun secara mendadak. Kehilangan air lebih dari empat peratus boleh

menyebabkan pitam dan kadangkala boleh membawa maut jika air hilang melebihi 10

peratus dari jumlah berat badan.

Tahap kehilangan air tubuh pada ahli sukan bergantung kepada intensiti,

jangkamasa latihan atau perlawanan, keadaan cuaca dan suhu persekitaran. Intensiti dan

jangkamasa latihan atau perlawanan berkadar terus dengan kehilangan air tubuh, di

mana jika intensiti tinggi dan jangkamasa latihan atau perlawanan yang lama maka lebih

banyak air hilang akibat berpeluh dan penggunaan otot yang berlebihan. Ini ditambah

lagi jika berlatih atau bermain dalam cuaca yang panas dan suhu persekitaran yang

tinggi dan menyebabkan tubuh berpeluh dengan banyak untuk membebaskan tenaga

haba.

Jika pengambilan minuman yang tidak betul sebelum dan semasa latihan atau

perlawanan ia akan menyebabkan penurunan tahap kemampuan tubuh untuk berpeluh,

suhu badan bertambah tinggi dan membawa kepada peningkatan tahap kepekatan

mineral di dalam darah. Keadaan ini juga mengganggu keupayaan darah untuk

mengangkut mineral seperti potassium dan sodium yang merupakan mineral yang

membolehkan otot untuk mengembang dan menguncup dengan betul. Dehidrasi ketika

latihan atau perlawanan juga akan menyebabkan (heat stroke), yang boleh dikenalpasti

dengan demam panas yang mengejut dan sistem perpeluhan tubuh tidak dapat berfungsi

dengan baik.

Oleh itu, berdasarkan dengan pernyataan di atas, pengkaji mengambil keputusan

untuk melihat kesan air biasa dan minuman tenaga terhadap dehidrasi ke atas atlit. Ini

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

4

bagi memberikan maklumat dan pengetahuan yang berguna bagi jurulatih dan juga atlit

akan keupayaan dehidrasi untuk memberi impak yang negatif terhadap prestasi

permainan.

1.3 Pernyataan Masalah

Prestasi atlit di negara ini sering diperkatakan oleh masyarakat. Keupayaan

untuk terlibat dengan perlawanan bertaraf dunia amatlah sedikit pada ketika ini bagi

permainan berpasukan. Contohnya pasukan bola sepak, hoki, bola jaring dan pelbagai

lagi. Faktor-faktor yang menyebabkan prestasi atlit negara sentiasa berada di takuk yang

sama atau merosot antaranya ialah latihan yang tidak mencukupi, pemakanan yang tidak

seimbang, pengambilan cecair, disiplin dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu,

penyelidik telah terdorong untuk membuat kajian tentang faktor pengambilan cecair oleh

pemain-pemain hoki wanita Universiti Teknologi Malaysia bagi melihat kesan cecair itu

terhadap tahap dehidrasi yang dialami oleh mereka.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

1.1.1 Mengetahui keberkesanan air biasa (plain water) terhadap dehidrasi ke atas

pemain hoki UTM, Skudai, Johor.

1.1.2 Mengetahui keberkesanan minuman tenaga terhadap dehidrasi ke atas pemain

hoki UTM, Skudai, Johor.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

5

1.1.3 Melihat kesan perbandingan di antara air biasa (plain water) dengan minuman

tenaga terhadap dehidrasi.

1.5 Hipotesis Kajian

Terdapat 2 jenis hipotesis yang boleh didapati daripada kajian ini, iaitu:

HO Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap dehidrasi ke atas

pemain hoki wanita UTM selepas mengambil 2 jenis minuman yang

berbeza.

HA Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap dehidrasi ke atas

pemain hoki wanita UTM selepas mengambil 2 jenis minuman yang

berbeza.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat adalah untuk melihat keberkesanan air biasa dan minuman

tenaga terhadap dehidrasi ke atas pemain hoki UTM Skudai, Johor. Selain itu, kajian ini

turut dibuat untuk mengukur tahap dehidrasi yang dialami oleh para pemain hoki selepas

latihan. Kajian ini juga adalah untuk memberi kesedaran kepada semua atlit sukan

bahawa pengambilan cecair adalah amat penting bagi mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi

memberi kesan yang segera kepada prestasi atlit dengan menyebabkan atlit berasa

kelesuan, berlaku kekejangan otot, suhu badan menaik secara mendadak, serangan

jantung dan pelbagai lagi.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

6

Diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan ilmu pengetahuan dan maklum

balas yang boleh dijadikan sebagai panduan oleh semua jurulatih dan persatuan-

persatuan sukan dan dapat membantu menaikkan lagi mutu sukan Negara. Ilmu

pengetahuan ini bukan sahaja hanya untuk individu yang terlibat di dalam bidang sukan,

ia turut boleh dijadikan panduan oleh orang ramai yang lain.

1.7 Limitasi Kajian

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara berikut:

1.7.1 Subjek yang terlibat di dalam kajian ini hanyalah terdiri daripada 10 orang

pemain hoki wanita dari pasukan hoki Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 26 tahun.

1.7.2 Kajian ini dibuat hanya untuk melihat kesan perbandingan di antara air biasa

(plain water) dengan air minuman tenaga terhadap dehidrasi.

1.7.3 Kajian ini hanya dilakukan pada waktu latihan pasukan hoki disebabkan jadual

perlawanan bagi pasukan hoki wanita UTM adalah pada bulan Mei tahun 2006

dan akan berlangsung secara karnival.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

7

1.8 Definisi Operasional

Pelbagai istilah-istilah penting telah digunakan di dalam kajian ini. Berikut

merupakan makna sebenar istilah-istilah yang digunakan.

1.8.1 Air Tubuh

Cecair yang terdapat di dalam organisma hidup.

1.8.2 Dehidrasi

Keadaan di mana sesuatu organisma hidup kehilangan air tubuh.

1.8.3 Air Biasa / Air Kosong (Plain Water)

Cecair yang tidak berwarna, cerah, tidak berperisa, serta tidak berbau dan

berguna untuk semua benda hidup. Tidak mempunyai kalori.

1.8.4 Air Tawar (Fresh Water)

Air yang tidak mengandungi garam, seperti air dari sungai dan tasik.

1.8.5 Potassium

Merupakan elektrolit (molekul yang mempunyai cas elektrik dan dapat

mengalirkan kuasa elektrik) yang terdapat di dalam tubuh.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***€¦ · akan mengalami dehidrasi. Berdasarkan perkara tersebut, kajian yang berbentuk eksperimental dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan

8

1.8.6 Sodium

Merupakan elektrolit (molekul yang mempunyai cas elektrik dan dapat

mengalirkan kuasa elektrik) yang bergaram dan terdapat di dalam tubuh.

1.8.7 Proses Pencernaan

Proses penghadaman atau menghancurkan makanan hingga menjadi larut atau

cair untuk diserapkan ke dalam darah.

1.8.8 Subjek

Terdiri daripada 10 orang pemain hoki wanita dari pasukan hoki Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.