borang pengesahan status tesis€¦ · satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap...

20
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN OLEH GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN. SESI PENGAJIAN: Semester 2 Sesi 2003/2004 Saya : CHE ENGKU NORHISHAM B. CHE ENGKU MUDA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Alamat Tetap: 3065-1 JLN SENANGIN, KG. GELIGA, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU. Tarikh: 08 MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). Tarikh: 08 MAC 2004

Upload: others

Post on 22-Jan-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN OLEH

GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH

DAERAH KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN.

SESI PENGAJIAN: Semester 2 Sesi 2003/2004

Saya : CHE ENGKU NORHISHAM B. CHE ENGKU MUDA (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi.

4. **Sila tandakan (√ )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Alamat Tetap:

3065-1 JLN SENANGIN, KG. GELIGA, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU. Tarikh: 08 MAC 2004

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Tarikh: 08 MAC 2004

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

Tarikh : 08/03/2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN OLEH GURU-GURU

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH

KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN.

CHE ENGKU NORHISHAM B. CHE ENGKU MUDA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

ii

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

iii

DEDIKASI

Kuabadikan buat kedua ayahanda dan bonda tercinta

Hj. Che Engku Muda B. Engku Awang dan Hjh. Habsah Bt. Hj. Salleh

Yang telah banyak berkorban

Yang telah menjadikan aku manusia

Tiada lafaz yang layak kuungkapkan

Untuk menyatakan terimakasih kerana melahir, membesar dan mendidikku

Buat isteriku yang tersayang

Norzarehasira Bt. Abdullah

Kejayaanku di atas iringan doamu

Serta.........

Dorongan yang diberikan memberangsangkan impian

Kejayaan yang menanti adalah kejayaan kita bersama

Setelah mengharungi penat lelah, pahit getir..........

Di samping segala macam ujian dan dugaan

Yang menguji kesabaran dan menuntut pengorbanan

Buat anak-anak cahayamata tercinta

Engku Nur Amanina Athirah, Engku Muhd Syafiq, Engku Muhd Syakir

Kalian penguat semangat kunci ketabahan abah

Buat teman-teman seperjuangan

Terimakasih jua di atas segalanya

Kenang daku di kala kita terpisah

Semoga hidup kita semua dirahmati dan diberkati Allah

Sepanjang masa dan ketika

Selagi jasad masih bernyawa

Amin...Ya Rabbal Alamin !

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

iv

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi yang Mahakuasa kerana dengan limpah kurnia dan dengan

izinNya, laporan ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Dalam kesempatan

ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing saya Tn. Hj. Mohd Anuar B. Abdul Rahman yang tidak pernah

mengenal erti jemu dalam memberi tunjukajar, bimbingan, nasihat dan teguran sepanjang

menyiapkan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pengetua di tujuh buah sekolah

menengah daerah Kemaman yang berkenaan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh

Baru, Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai,

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Sekolah Menengah Sultan Ismail II,

Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Air Puteh dan

semua guru-guru matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah tersebut yang telah bersusah

payah membantu saya ketika proses pengumpulan data dijalankan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat

memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Semoga Allah akan membalas segala budi dan sumbangan yang telah mereka berikan.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini adalah untuk mengenalpasti penerapan nilai-nilai murni

dalam pengajaran oleh guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah

Kemaman, Terengganu Darul Iman. Sampel kajian adalah lima puluh orang guru yang

mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kaedah alat kajian yang digunakan oleh

penyelidik adalah soalan soal selidik yang berdasarkan kepada 16 nilai-nilai murni oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Data-data yang diperolehi telah diproses dan

dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 ( Statistical Package For Sosial Science ) dan

dinyatakan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian yang diperolehi

menunjukkan bahawa guru-guru Kemahiran Hidup telah melakukan penerapan nilai-nilai

murni pada tahap yang tinggi dalam rancangan mengajar, proses pengajaran, amali dan

pendekatan peperiksaan. Sebagai kesimpulan majoriti guru telah menunjukkan sikap

positif dan melakukan penerapan dengan penuh dedikasi sepertimana yang diharapkan

oleh Kementerian pendidikan Malaysia. Adalah dicadangan supaya guru-guru

mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

vi

ABSTRACT

This discriptive study is to indentify the implementation of values in teaching

Living Skills programe by teachers in Kemaman district of Terengganu Darul Iman.

Fifty teachers who teach this skills were selected as sample for this study. The

instrument was developed based on the sixteen values set by the Ministry Of Education.

The data that was gathered based on the responses from the retuned questionnaires, was

analyzed using frequency and percentage, by SPSS 11.5 (Statistical Package For Sosial

Science). Finding of the shows that teachers did instill values in their teaching process,

practical and examination approach of the Living Skills programe. In conclusion,

majority of teachers showed positive attitude in inculcated values with dedication as

required by the Ministry Of Education. It is recommed that teachers will enchance the

implementation of values in their everyday practice.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN TATANAMA xii

SENARAI LAMPIRAN x

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Rasional Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Konsep 8

1.9.1 Penerapan 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

viii

1.9.2 Nilai-Nilai Murni 9

1.9.3 Pengajaran dan Pembelajaran 9

1.9.4 Guru-Guru KH 9

1.10 Penutup 10

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Latar belakang Kemahiran Hidup Bersepadu 11

2.3 Nilai Dari Perspektif Agama Islam 14

2.4 Peranan Guru Dalam Penerapan Nilai-Nilai Murni 19

2.5 Kefahaman Guru Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni 20

2.6 Penghayatan Guru Terhadap Nilai-Nilai Murni 20

2.7 Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan 21

2.8 Kajian Tentang Nilai-Nilai Murni 23

2.9 Penutup 24

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Persampelan 26

3.4 Instrumen Kajian 27

3.5 Tempat Kajian 28

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Prosedur Kajian 29

3.8 Analisis Data 30

3.9 Penutup 31

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

ix IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 32

4.1 Analisis Maklumat dan Latar Belakang Responden 32

4.2 Analisis Soalan-Soalan Kajian Berkaitan Dengan

Penerapan Nilai-Nilai Murni Guru-Guru KHB 36

4.2.1 Penerapan Nilai Murni Dalam Rancangan

Mengajar KHB 36

1.2.2 Penerapan Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran

KHB 39

4.2.3 Penerapan Nilai Murni Dalam Amali KHB 43

4.2.4 Penerapan Nilai Murni Berkaitan Peperiksaan

KHB 47

4.3 Penutup 49

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 50

5.2 Rumusan 50

5.3 Perbincangan 53

5.3.1 Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Dalam

Rancangan Mengajar KHB 53

5.3.2 Penerapan Nilai-Nilai Murni Di DalamProses

Pengajaran KHB 54

5.3.3 Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Dalam

Amali KHB 55

5.3.4 Penerapan Nilai-Nilai Murni Berkaitan

Peperiksaan KHB 56

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

x

5.4 Kesimpulan 57

5.5 Cadangan Kajian 58

5.5.1 Cadangan Tindakan 58

5.5.2 Cadangan Kajian Lanjut 59

5.6 Penutup 59

SENARAI RUJUKAN 61

LAMPIRAN A ( BORANG SOAL SELIDIK ) 64

LAMPIRAN B ( SURAT KEBENARAN EPRD ) 69

LAMPIRAN C ( SURAT KEBENARAN JPN, TRG ) 71

LAMPIRAN D ( SURAT KEBENARAN UTM ) 72

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 26

Jadual 3.2 Skala Pemeringkatan Likert. 27

Jadual 3.3 Taburan Item Soalan Dalam Kajian 28

Jadual 3.4 Klasifikasi Terhadap Item Soalan 31

Jadual 3.5 Penilaian Terhadap Responden 31

Jadual 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman

Mengajar 33

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 33

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 34

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Mata

Pelajaran Elektif 34

Jadual 4.5 Taburan Responden Yang Mengikuti Kursus

Nilai-Nilai Murni 35

Jadual 4.6 Taburan Responden Berkaitan Keperluan Pendedahan

Guru-Guru Kepada Kursus Penerapan Nilai-Nilai Murni 35

Jadual 4.7 Taburan Penerapan Nilai Murni Dalam

Rancangan Mengajar 37

Jadual 4.8 Taburan Penerapan Nilai Murni Dalam

Proses Pengajaran 39

Jadual 4.9 Taburan Penerapan Nilai Murni Dalam Amali 43

Jadual 4.10 Taburan Penerapan Nilai Murni Berkaitan Peperiksaan 47

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

xii

SENARAI SINGKATAN TATANAMA

EPRD - Education Planning And Research Department

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KH - Kemahiran Hidup

KHPP - Kemahiran Hidup Program Peralihan

KMT - Kemahiran Manipulatif Tambahan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SPSS - Statistical Package Of Social Science

SPT - Sains Pertanian

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sesuatu bangsa yang bercita-cita besar dan luhur merupakan bangsa yang

mulia dan bermaruah. Kemuliaan, keluhuran dan ketinggian martabat tidak mungkin

dapat dicapai tanpa pendidikan. Justeru itu kehidupan dan pendidikan terikat dan

berkait rapat antara satu sama lain. Pendidikan yang lengkap dan bermutu dapat

menjamin pembentukan individu, masyarakat dan bangsa yang kuat dan mulia.

Bangsa dan juga negara yang kuat serta mulia tidak hanya bergantung

kepada kekuatan fizikal yang bercorak kebendaan dan teknologi. Ini sahaja tidak

mencukupi kerana bangsa itu juga harus membina kekuatannya di atas asas-asas

budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat

tanggungjawab serta pengorbanan diri yang tinggi. Pendek kata pendidikan yang

disediakan harus dapat memenuhi pembangunan diri insan secara lengkap meliputi

rohani, intelek dan jasmani.

Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah

wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah manusia

yang ingin dijelmakan sudah tentu merupakan wajah manusia yang indah dan

unggul. Manusia ini sudah tentu merupakan insan yang baik dan mulia, rakyat yang

amanah dan bertanggungjawab, dan warganegara yang setia serta bersemangat

tinggi. Insan yang baik ini akan membentuk keluarga yang baik, dan seterusnya

masyarakat serta bangsa yang baik. Inilah idealisme yang harus diperjuangkan,

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

2

lebih-lebih lagi melalui sistem pendidikan. Justeru itu usaha menyatakan falsafah

pendidikan negara secara tersurat menjadi sangat perlu dan mustahak.

Usaha untuk menyatakan falsafah pendidikan secara tersurat bermula sejak

Laporan Jawatankuasa Kabinet diterbitkan pada tahun 1979. Walau bagaimanapun,

hanya pada tahun 1987 pernyataan Falsafah Pendidikan Negara telah diisytiharkan

secara rasmi. Pernyataan Falsafah ini berbunyi seperti berikut:

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

( Kementerian Pendidikan, 1993 )

Di dalam Falsafah di atas, kita dapat melihat dengan jelas hasrat dan halatuju

pendidikan yang bercorak individu, dan juga masyarakat. Kedua-duanya adalah

selaras iaitu ke arah melahirkan insan yang baik, dan sekaligus merupakan anggota

masyarakat dan warganegara yang baik. Pastinya usaha ini amat bergantung kepada

mereka yang diamanahkan untuk melaksanakan hasrat ini iaitu semua guru-guru

Malaysia. Justeru itu memang wajarlah guru-guru itu mempunyai nilai penghayatan

yang tinggi terhadap falsafah keguruan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan

mereka.

Meskipun di masa kini kemajuan teknologi bergerak pantas seperti

penggunaaan komputer namun ia masih belum mampu mendidik manusia yang

fitrahnya amat memerlukan kepada belaian dan sentuhan kasih sayang. Lantaran itu,

gurulah yang berperanan dalam memberikan suntikan keinsanan dalam

membangunkan jiwa dan peribadi mulia sewaktu pelajar-pelajar berada di sekolah.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

3

Oleh kerana besarnya peranan guru di mata masyarakat, maka masyarakat

meletakkan harapan yang sangat besar kepada guru-guru dan sekolah sehingga

diharapkan sekolah dan guru-guru dapat mengubat segala penyakit masyarakat.

Meskipun begitu terdapat di kalangan guru-guru sendiri hanya menjalankan tugas

untuk "mengajar" sesuatu pelajaran, bukannya mendidik pelajar-pelajar. Sekiranya

mereka telah mengajar, maka tugas mereka sudah selesai. Sikap guru-guru seperti

ini sebenarnya tidak memenuhi tanggungjawab dan peranan ahli-ahli profesion

perguruan.

Guru sebenarnya adalah insan yang bertanggungjawab dalam menaik dan

menjatuhkan martabat perguruan itu sendiri. Seandainya guru-guru gagal dalam

mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka serta semasa

menjalankan tugas mendidik anak bangsa selaras dengan matlamat dan falsafah

pendidikan serta tuntutan masyarakat dan negara, maka ia akan membawa kesan

yang negatif kepada bangsa dan negara pada masa depan.

Sekiranya seseorang guru dapat mendidik 40 atau 50 orang pelajarnya

dengan baik dalam setahun, dia akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang

akan dihadapi oleh masyarakat pada masa akan datang. Sebaliknya kalau dia

melalaikan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ahli profesion perguruan

kerana hendak menumpukan perhatian kepada perkara yang lain, dia akan hanya

mencipta lebih banyak masalah dalam masyarakat. Oleh itu, tahap pengaplikasian

nilai-nilai murni di kalangan guru-guru dan penerapannya dalam proses pengajaran

dan pembelajaran wajar di praktikkan secara bersepadu agar objektif-objektif dan

matlamat yang ingin dicapai akan dapat direalisasikan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Seluruh hidup dikatakan sebagai usaha manusia untuk mencari dan

memahami makna kehidupan. Usaha untuk mendapatkan makna ini mendorong

manusia mendapatkan ilmu pengetahuan. Maka sekaligus pendidikan berlaku dan

tampil untuk memenuhi keperluan manusia untuk mencari makna dan memberi

makna kepada kehidupan mereka.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

4

Pendidikan berperanan untuk memperkembangkan segala potensi atau fitrah

insan. Pengisian dan pengembangan potensi-potensi ini akan menentukan corak dan

wajah manusia yang lahir. Pada masa yang sama nilai-nilai yang diperolehi dan

dihayati memainkan peranan yang sangat penting ke arah menentukan jenis manusia

tersebut.

Untuk menjayakan cita-cita ini, Kementerian Pendidikan telah memutuskan

untuk mendekati perkara ini secara komprehensif. Stategi yang diambil ialah untuk

menerapkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum. Dalam kata-kata lain, nilai-nilai

murni ini akan diterapkan melalui proses pengajaran guru dalam semua mata

pelajaran dan ia diperkukuhkan pula melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan

pembentukan budaya sekolah yang positif. Ringkasnya, kedua-dua bentuk

kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan

digunakan secara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan

berhasil dan berkesan.

Kepentingan peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh

dikatakan tiap-tiap ahli masyarakat pada zaman moden ini melalui pendidikan yang

diberikan oleh guru dan juga proses pendidikan lain. Walaupun pendidikan lain yang

berupa pendidikan tidak formal itu penting, pendidikan formal yang disampaikan di

sekolah merupakan pendidikan yang bersistem, maka masyarakat lebih

menumpukan harapan kepada pendidikan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah.

Guru berperanan penting dalam menghasilkan generasi muda yang berguna dan

dapat menyumbang kepada sumber tenaga manusia serta dapat memberi sumbangan

kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Adalah jelas guru merupakan ‘role model’ kepada pelajar dalam

pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘guru

kencing berdiri,anak murid kencing berlari’. Menjadi guru sebenarnya bererti segala

yang diharapkan dari pendidikan iaitu mendidik bukannya setakat mengajar tetapi

yang lebih penting guru itu sendiri dapat merealisasikan apa yang disampaikan.

Tegasnya guru perlu mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam segenap aspek

kehidupan kemudian diterapkan secara langsung dalam pengajaran.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

5

Kementerian Pendidikan telah memasukkan nilai-nilai murni dalam sukatan

pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Melalui Jabatan

Pendidikan Negeri pula telah diadakan pelbagai program kursus dan latihan bagi

memantapkan guru-guru dengan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni.

Persoalannya apakah program yang dianjurkan itu mampu menyedarkan guru-guru

tentang tanggungjawab mereka dalam menyemai nilai-nilai murni seperti sepatutnya

di dalam mereka setiap hari?

Pada hari ini, kita merasa amat sedih dan dukacita dengan pelbagai isu yang

melibatkan pelajar. Misalnya isu samseng, buli, mengugut, bergaduh, gangsterisme

dan sebagainya malah sampai kepada tahap yang sangat serius seperti penagihan

dadah dan arak. Lebih merimaskan, tahap disiplin pelajar di sekolah dan institusi

pengajian tinggi semakin menjunam sehingga bercambahnya keruntuhan moral dan

akhlak di kalangan remaja. Ini bermakna, cabaran lebih hebat menanti dan

menuntut peranan pelbagai pihak.

Semakin banyak isu yang timbul maka semakin bertambah banyaklah pihak yang

mempersoalkan peranan yang telah dimainkan oleh pihak sekolah. Lantaran itu

suatu usaha perlu dilakukan dengan penuh iltizam dan kesungguhan oleh guru-guru

terutamanya demi mengelakkan perkara itu terus menerus berlaku sehingga

mencemar institusi pendidikan itu sendiri. Jika persoalan ini dipandang sepi dan

tiada inisiatif yang lebih bersepadu bagi mengatasinya, maka dikhuatiri hasrat untuk

melihat generasi pelapis negara di masa akan datang menjadi satu bangsa yang maju,

terpuji dan bermaruah tidak akan kesampaian.

1.3 Penyataan Masalah.

Sebagai orang yang diamanahkan untuk mendidik anak bangsa, para guru

haruslah mengambil bahagian secara aktif dalam pembinaan dasar-dasar negara.

Peranan guru dalam melahirkan pelajar yang berakhlak dan berpekerti mulia dan

negara tidak kurang besar dan pentingnya. Oleh itu sebagai guru yang diamanahkan

mereka haruslah memperlengkap, menyebati dan seterusnya mengamalkan nilai-

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Satu perkara yang perlu dibentuk dengan jelas oleh setiap pendidik ialah wajah manusia yang hendak dilahirkan melalui sistem pendidikan. Wajah

6

nilai murni kerana merekalah yang menyalurkan ilmu, seterusnya menanam nilai-

nilai akhlak yang murni kepada anak didik mereka dalam usaha untuk melahirkan

generasi berilmu dan berakhlak di masa depan. Kajian ini dijalankan bertujuan

melihat adakah berlaku penerapan nilai-nilai murni oleh guru Kemahiran Hidup

Bersepadu dalam rancangan mengajar, proses pengajaran dan pembelajaran, amali

dan peperiksaan agar selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mencapai beberapa objektif di

bawah ini iaitu :

1.4.1 Untuk mengenalpasti tahap penerapan penerapan nilai-nilai murni di dalam

rancangan mengajar KHB.

1.4.2 Untuk mengenapasti tahap penerapan nilai-nilai murni di dalam proses

pengajaran KHB.

1.4.3 Untuk mengenalpasti tahap penerapan nilai-nilai murni di dalam amali KHB.

1.4.4 Untuk mengenalpasti tahap penerapan nilai-nilai murni berkaitan

peperiksaan KHB.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan bagi menjawab beberapa persoalan

di bawah ini iaitu :

1.5.1 Apakah terdapat tahap penerapan nilai-nilai murni di dalam rancangan

mengajar KHB?

1.5.2 Apakah terdapat tahap penerapan nilai-nilai murni di dalam proses

pengajaran KHB?

1.5.3 Apakah terdapat tahap penerapan nilai-nilai murni di dalam amali KHB?

1.5.4 Apakah terdapat tahap penerapan nilai-nilai murni berkaitan peperiksaan

KHB?