boon siew honda lancar cbr650r & cb650r serba baharu · cb650r yang datang dari rangkaian...

7
1 Untuk siaran serta-merta Boon Siew Honda lancar CBR650R & CB650R Serba Baharu CBR650R & CB650R Serba Baharu kini tampil dengan gaya yang lebih agresif, ditambah dengan kuasa dan pengendalian yang lebih baik. CBR650R Serba Baharu dengan fairing penuh mengambil inspirasi gayaan CBR1000RR Fireblade, hadir bersama enjin empat silinder revolusi/putaran tinggi berkuasa 70kW dengan chasis yang ringan. CB650R yang datang dari rangkaian ‘Neo Sports Café’ membawakan penampilan unik ke dalam segmen naked berkuasa sederhana. Serdang, 11 April 2019 Boon Siew Honda hari ini melancarkan Honda CBR650R dan CB650R Serba Baharu di Malaysia Auto Show 2019. Para peminat Honda dijemput hadir ke ruang pameran Honda Motorcycle untuk melihat kedua-dua model itu dengan lebih dekat bermula dari 11 hingga 14 April 2019 di MAEPS, Serdang.

Upload: haxuyen

Post on 18-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Untuk siaran serta-merta

Boon Siew Honda lancar CBR650R & CB650R Serba Baharu

CBR650R & CB650R Serba Baharu kini tampil dengan gaya yang lebih agresif,

ditambah dengan kuasa dan pengendalian yang lebih baik.

CBR650R Serba Baharu dengan fairing penuh mengambil inspirasi gayaan

CBR1000RR Fireblade, hadir bersama enjin empat silinder revolusi/putaran tinggi

berkuasa 70kW dengan chasis yang ringan.

CB650R yang datang dari rangkaian ‘Neo Sports Café’ membawakan penampilan

unik ke dalam segmen naked berkuasa sederhana.

Serdang, 11 April 2019 – Boon Siew Honda hari ini melancarkan Honda CBR650R dan

CB650R Serba Baharu di Malaysia Auto Show 2019. Para peminat Honda dijemput hadir

ke ruang pameran Honda Motorcycle untuk melihat kedua-dua model itu dengan lebih

dekat bermula dari 11 hingga 14 April 2019 di MAEPS, Serdang.

2

Pada majlis pelancaran tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon

Siew Honda Sdn. Bhd., Keiichi Yasuda menyebut, “Pada tahun 2018, Boon Siew Honda

telah berjaya melancarkan 7 unit motosikal berkuasa tinggi ke pasaran Malaysia dan kami

amat gembira kerana mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada para

pengguna. Kini, kami ingin memenuhi permintaan daripada pasaran segmen

pertengahan pula. Oleh kerana itu, kami melancarkan CBR650R & CB650R Serba

Baharu pada hari ini.”

Honda CBR650R

Garis-garis tajam, agresif dan fairing sisi CBR650R Serba Baharu sememangnya

diinspirasikan daripada model CBR1000RR Fireblade, di samping bahagian belakang

yang pendek dan lampu LED berkembar yang nipis. CBR650R adalah 6kg lebih ringan

berbanding CBR650F (model yang diganti). Ia menawarkan posisi tunggangan yang lebih

sporty, dimana palang pemegangnya diposisikan 30mm ke hadapan manakala perehat

kaki dialihkan sedikit ke belakang dan berkedudukan yang lebih tinggi.

Enjin empat silinder sejajar Honda itu menawarkan revolusi 1,000rpm lebih tinggi,

sekaligus mampu menjana 5% lagi kuasa dengan output maksimum 70kW yang pada

putaran enjin 12,000rpm. Ia kemudian dipadankan bersama chasis yang unggul dan

kemas, sesuai dengan nama ‘R’ yang dibawanya itu.

CBR650R Serba Baharu hadir dengan spesikasi canggih: 41mm SHOWA upside-

down ‘Separate Function’ forks, angkup brek hadapan empat omboh dengan

pemasangan radial, kawalan cengkaman melalui Honda Selectable Torque Control

(HSTC) dan Assist/Slipper Clutch untuk tukaran gear yang lebih lancar.

3

Bukan itu sahaja, CBR650R dilengkapi dengan pelbagai ciri yang praktikal seperti lampu

LED penuh serta paparan instrument LCD baharu. Ia kini mempunyai paparan Posisi

Gear dan indikator Shift Up dan isyarat berhenti kecemasan bagi tujuan keselamatan.

Honda CBR650R akan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red

dan Gunpowder Black Metallic.

Variasi Warna Honda CBR650R

Grand Prix Red Mat Gun Powder Black Metallic

Honda CBR650R ditawarkan pada harga:

Model Harga

CBR650R (ABS) RM 45,499.00 Harga yang dinyatakan ialah harga cadangan di bilik pameran, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran

Honda CB650R

Selepas memperkenalkan model naked CB1000R dan CB250R pada tahun 2018, Boon

Siew Honda kini membawakan pula gayaan ‘Neo Sports Café’ yang unik ke dalam arena

motosikal pertengahan. Rekaan yang moden dan minimalis itu menggabungkan inspirasi

reka bentuk sebuah café racer dengan “trapezoid’ yang super kompak untuk menarik

perhatian sesiapa sahaja.

4

Enjin empat silinder sebaris didedahkan sepenuhnya. Sementara lampu bulat signatur

dan tangki minyak yang berarca itu menyerlahkan lagi rekaan jentera barisan ‘Neo Sports

Café’.

CB650R Serba Baharu hadir bersama spesifikasi yang sama dengan CBR650R. Sistem

ekzos dan pengambilan udara yang telah diubah, ditambah dengan pemasaan cam dan

nisbah mampatan membolehkan enjin 649cc itu menerima 5% kuasa tambahan. Selain

daripada itu, penghantaran kuasa tork kini lebih lancar dan mantap ketika dalam julat rpm

pertengahan.

Dengan penampilan premium, CBR650R Serba Baharu hadir dengan spesikasi canggih:

41mm SHOWA upside-down ‘Separate Function’ forks, angkup brek hadapan dengan

cagak radial empat omboh, kawalan cengkaman melalui Honda Selectable Torque

Control (HSTC) dan Assist/Slipper Clutch untuk tukaran gear yang lebih lancer.

Hasilnya, ia menjadi sebuah naked kelas pertengahan yang memiliki kombinasi gaya,

prestasi dan spesikasi terbaik.

Honda CB650R didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Graphite Black dan Candy

Chromosphere Red.

Variasi Warna Honda CB650R

Graphite Black Candy Chromosphere Red

5

Honda CB650R ditawarkan pada harga:

Model Harga

CB650R RM 43,499.00 Harga yang dinyatakan ialah harga cadangan di bilik pameran, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran

Untuk maklumat lebit lanjut, para pelanggan dijemput untuk melawat wakil pengedah Honda Big

Wing atau sila layari laman https://hondabigbike.com.my atau hubungi talian Tol Percuma Boon

Siew Honda: 1800-88-3993 (Isnin hingga Jummat, 9AM – 5PM, kecuali cuti umum)

-- TAMAT --

Mengenai Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Boon Siew Honda Sdn Bhd,anak syarikat Honda Motor Co. Ltd adalah usaha sama di

antar Honda Motor Co. Ltd. Dan Oriental Holdings Bhd. Ia mula beroperasi pada

September 2008 dengan dua matlamat utama: Untuk menyatukan pengeluraran

motorsikal dan jualan di Malaysia, serta untuk mencapai kecekapan perkhimatan dan

kepuasan pelanggan yang lebih tinggi. Sebelum kemunculan syarikat baru ini, Boon Siew

Honda Sdn. Bhd. bertanggungjawab ke atas aspek pengilangan dan perniagaan borong

produk motorsikal Honda di Malaysia. Walaupun menyimpan keinginan utuk berkerjasama

dengan syarikat-syarikat Honda lain di selurun dunia. Boon Siew Honda Sdn. Bhd. akan

mengukuhkan daya saing dan berusaha untuk menyediakan produk dan perkhimatan

yang melibihi jangkaan pelangaan.

For media enquiries: Zharif Zaini 012 – 499 0162 [email protected]

6

CBR650R Specification

Model CBR650R

ENGINE

Type Liquid-cooled, 4 strokes, DOHC

Displacement 649 cm³

Bore X Stroke 67.0 mm x 46.0 mm

Compression Ratio 11.6 : 1

Max. Power 70kW @ 12,000rpm

Max. Torque 64Nm @ 8,500rpm

Engine Oil Capacity 2.7 ℓ

FUEL SYSTEM

Carburation PGM-FI

Fuel Tank Capacity 15.4 ℓ Fuel Consumption 21.3

ELECTRICAL SYSTEM

Starter Electric

Battery Capacity 9.1 A.h

ACG Output 12V

DRIVETRAIN

Clutch Type Manual clutch, Wet Multiplate Type

Transmission Type 6 Speed, Mechanical (Chain Drive)

Transmission Gear Ratio Gear 1 - 3.071 , Gear 2 – 2.352, Gear 3 - 1.888 ,

Gear 4 - 1.560 , Gear 5 - 1.370, Gear 6 - 1.214

CHASSIS

Frame Type Diamond

Dimensions (L x W x H) 2130 x 750 x 1150

Wheelbase 1,450mm

Caster Angle 25.5°

Trail 101mm

Seat Height 805mm

Ground Clearance 130mm

Kerb Weight 207kg

SUSPENSION, WHEELS & BRAKE

Suspension Type Front

Adjustable 41mm SHOWA Separate Fork Function (SFF), Upside-down

(USD) Forks

Rear Mono with 10 Stage Preload Adjuster, Aluminium Cast Swing Arm

Rim Size Front 17 M/C MT 3.50

Rear 17 M/C X MT 5.50

Tyres Front 120/70ZR17M/C (58W)

Rear 180/55ZR17M/C (73W)

Brakes Front Hydraulic Double Disk, ABS, HSTC

Rear Hydraulic Single Disk, ABS, HSTC

7

CB650R Specification

Model CB650R

ENGINE

Type Liquid-cooled, 4 strokes, DOHC

Displacement 649 cm³

Bore X Stroke 67.0 mm x 46.0 mm

Compression Ratio 11.6 : 1

Max. Power 70kW @ 12,000rpm

Max. Torque 64Nm @ 8,500rpm

Engine Oil Capacity 2.7 ℓ

FUEL SYSTEM

Carburation PGM-FI

Fuel Tank Capacity 15.4 ℓ Fuel Consumption 21.3

ELECTRICAL SYSTEM

Starter Electric

Battery Capacity 9.1 A.h

ACG Output 12V

DRIVETRAIN

Clutch Type Manual clutch, Wet Multiplate Type

Transmission Type 6 Speed, Mechanical (Chain Drive)

Transmission Gear Ratio Gear 1 - 3.071 , Gear 2 – 2.352, Gear 3 - 1.888 ,

Gear 4 - 1.560 , Gear 5 - 1.370, Gear 6 - 1.214

CHASSIS

Frame Type Diamond

Dimensions (L x W x H) 2130 x 750 x 1150

Wheelbase 1,450mm

Caster Angle 25.5°

Trail 101mm

Seat Height 805mm

Ground Clearance 150mm

Kerb Weight 202kg

SUSPENSION, WHEELS & BRAKE

Suspension Type Front

Adjustable 41mm SHOWA Separate Fork Function (SFF), Upside-down

(USD) Forks

Rear Mono with 10 Stage Preload Adjuster, Aluminium Cast Swing Arm

Rim Size Front 17 M/C MT 3.50

Rear 17 M/C X MT 5.50

Tyres Front 120/70ZR17M/C (58W)

Rear 180/55ZR17M/C (73W)

Brakes Front Hydraulic Double Disk, ABS, HSTC

Rear Hydraulic Single Disk, ABS, HSTC