bmw-baru

61
1.0 PENDAHULUAN Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang amat menitikberatkan pendidikan. Negara ini amat menitikberatkan pendidikan kerana ingin menjadi salah sebuah negara maju dimana asas untuk membentuk sebuah negara maju itu haruslah memupuk lapisan masyarakat yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi mahupun bidang kemanusiaan. Oleh itu Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) telah menggariskan beberapa dasar yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang mampu berfikir aras tinggi menjelang tahun 2020. Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Doktor Mahathir Mohamad telah memperkenalkan wawasan 2020 yang menitikberatkan keintelektualan yang empirik dalam kalangan masyarakat. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Manusia memang mementingkan sejarah dan tidak berupaya untuk melupakannya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, ‘sejarah’ membawa maksud asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar- benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu. Orang Barat yang terdiri daripada Herodotus telah

Upload: hafizuldeyla

Post on 24-Sep-2015

72 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

hjhchh

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang amat menitikberatkan pendidikan. Negara ini amat menitikberatkan pendidikan kerana ingin menjadi salah sebuah negara maju dimana asas untuk membentuk sebuah negara maju itu haruslah memupuk lapisan masyarakat yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi mahupun bidang kemanusiaan. Oleh itu Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) telah menggariskan beberapa dasar yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang mampu berfikir aras tinggi menjelang tahun 2020. Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Doktor Mahathir Mohamad telah memperkenalkan wawasan 2020 yang menitikberatkan keintelektualan yang empirik dalam kalangan masyarakat.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIANManusia memang mementingkan sejarah dan tidak berupaya untuk melupakannya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sejarah membawa maksud asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu. Orang Barat yang terdiri daripada Herodotus telah menyamakan perkataan sejarah dengan perkataan Inggeris iaitu Histories. Perkataan ini berasal dari perkataan Historia yang bererti penyelidikan atau penyiasatan. Di sini menunjukkan bahawa pengkajian sejarah bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan terhadap perkara-perkara yang benar-benar pernah terjadi. secara umumnya sejarah itu dapat didefinisikan sebagai rekonstruksi masa lalu. Manusia sememangnya tidak boleh lari dari sejarah kerana berdasarkan kajian,takrifan dan teori telah menunjukan bahawa manusia amat berkait rapat dengan sejarah. Manusia menyedari hakikat kepentingan sejarah kerana mereka mengatahui bahawa sejarah mempunyai kepentingan dan fungsi dalam kehidupan mereka. Hal ini bermakna bahawa sejarah itu memberi erti yang khusus dalam pergerakan sejarah kehidupan manusia itu sendiri. Melalui kesedaran ini pelbagai karya-karya mengenai pensejarahan masing-masing mula terhasil.Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah pada peringkat antarabangsa mengalami perkembangan pesat mulai tahun 1970-an, terutamanya dengan kemunculan "sejarah baru" di United Kingdom (UK). Perkembangan ini juga turut dirasai oleh Negara Malaysia. Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang asing kepada para pelajar. Sejak dari tingkatan satu, pelajar sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran ini. Tambahan pula mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap pelaksanaan tersebut kerana beranggapan bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan walhal banyak faedah yang dapat diperoleh melalui pembelajaran mata pelajaran ini. Persoalannya, apakah kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah khususnya dalam kalangan generasi muda?. Oleh itu, kemahiran sejarah bukan sahaja menuju ke arah pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi juga ke arah perkembangan kemahiran belajar dan pemupukan serta penghayatan nilai-nilai (Kementerian Pendidikan Malaysia 1989). Abdul Rahim (2000) menyatakan bahawa dalam usaha menuju ke alaf 21 ini, masyarakat dan negara amnya menuntut agar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk melahirkan generasi graduan yang berkualiti dan cemerlang. Oleh Itu, pihak pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memperkenalkan kursus Sejarah kepada parasiswazah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mahupun Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia sebagai satu subjek major untuk melahirkan guru berkualiti serta masyarakat yang bertamadun. Kursus ini disediakan juga adalah untuk memupuk pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan Mahasiswa.

1.2 PERNYATAAN MASALAHAkhir-akhir ini, generasi muda di negara ini banyak terlibat dengan kes-kes yang mengakibatkan keruntuhan akhlak. Golongan remaja didedahkan dengan penglibatan tidak sihat seperti penagihan dadah, masalah disiplin, vandalisme, black metal, kongsi gelap, penentangan terhadap status quo (melalui demonstrasi jalan), budaya mediokriti, apati dan sebagainya (Asmadi, Mas Juliana dan rakan-rakan, 2003). Kurangnya semangat patriotik dalam kalangan generasi muda hari ini merupakan salah satu sebab yang menyebabkan sebahagian daripada mereka lebih cenderung kepada aktiviti yang tidak berfaedah, seperti terlibat dalam budaya hedonisme (mementingkan hiburan/ keseronokan) dan sebagainya kerana jiwa mereka kosong dari segi nilai dan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara (Ahmad, 2004). Oleh itu, bagi membendung permasalahan ini, golongan muda harus didedahkan dengan mata pelajaran sejarah. Hal ini kerana, subjek ini banyak mendedahkan kepada masyarakat mengenai asal usul mereka. Tanpa sejarah masyarakat tidak akan sedar dan masih dibuai dengan masalah-masalah sosial yang berlaku seperti pada masa kini. Faktor ini telah menyebabkan pengkaji tertarik untuk mengkaji kesan pembelajaran sejarah terhadap masyarakat. Oleh itu, Kajian ini dimulakan dengan mengkaji penyambung generasi kepimpinan yang terdiri daripada mahasiswa universiti. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat kesan Pendidikan Sejarah dalam kalangan pelajar At32 semester 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris khasnya. Universiti Pendidikan Sultan idris ini dipilih kerana terdapa ramai pelajar yang mengambil subjek sejarah sebagai subjek yang utama.

1.3OBJEKTIF KAJIANDalam melaksanakan sesuatu kajian terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan bagi memastikan penulisan itu amat berkualiti dan tidak lari daripada landasan yang telah diatur. Hal ini dapat direalisasisakan dengan menetapkan tujuan kajian. Oleh yang demikian, objektif kajian amat diperlukan dalam sesebuah kajian.Secara amnya, objektif kajian ini adalah untuk melihat melihat kesan Pendidikan Sejarah dalam kalangan pelajar AT32 semester 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris.Objektif khusus dalam kajian yang dijalankan adalah: I) Mengenalpasti 3 masalah yang dihadapi oleh responden untuk memahami dan mendalami subjek sejarah.II) Mengenalpasti 3 kesan pendidikan sejarah dalam kalangan responden.III) Mengkaji 3 langkah untuk meningkatkan minat terhadap pembelajaran sejarah dalam kalangan responden.

1.3 SKOP DAN BATASAN KAJIANPada keseluruhannya, skop dan batasan kajian ini adalah difokuskan untuk melihat kesan Pendidikan Sejarah dalam kalangan pelajar At32 semester 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris.Sampel kajian ini di ambil daripada pelajar AT32 semester 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak. Pelajar semester 2 dipilih sebagai responden kerana pelajar semester 2 merupakan bilangan yang paling ramai dalam kursus ini. Maka jawapan yang diperolehi akan menjadi tepat. Pengkaji hanya mengambil kira aspek dari segi masalah yang dihadapai oleh pelajar dalam memahami subjek sejarah, kesan pendidikan sejarah dan penambahbaikan subjek ini, responden yang ditanya juga hanya diambilkira 3 faktor sahaja iaitu umur, bangsa dan jantina.Akhirnya, pengumpulan data yang digunakan adalah menggunakan borang soal selidik dan temu bual. Borang soal selidik ini digunakan kerana terdapat ramai bilangan pelajar dalam kursus ini maka jawapan yang diperolehi akan menjadi pelbagai. Oleh itu objektif kajian yang telah ditetapkan akan tercapai. Tambahan pula borang soal selidik merupakan antara kaedah yang paling mudah bagi mengumpulkan data . namun begitu, bagi memastikan data yang diperolehi itu tepat pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual untuk menyokong jawapan borang soal selidik.

1.4 KEPENTINGAN KAJIANKajian ini banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar, guru-guru sejarah, guru-guru, pensyarah dan pegawai pendidikan serta bermanfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyususn semula kurikulum dan perancangan pendidikan agar mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dapat mencapai matlamat pendidikan Malaysia. Menurut Emile Durkheim dalam Kamaruddin dan Hazil (1991) yang menyatakan bahawa setiap masyarakat daripada setiap perkembangannya mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri dan mempengaruhi individu dalam masyarakat itu.Bagi pelajar-pelajar Sejarah, kajian ini membantu mereka menyedari sejauhmana kesan pendidikan sejarah yang mereka perolehi itu benar-benar difahami dan dapat diaplikasikan kepada pelajar-pelajar sekolah apabila mereka menjadi guru kelak.Seandainya hasil kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru-guru lain tentang caranya atau kesedaran sesuatu kesan terhadap subjek matapelajaran maka, maklumat ini akan menjadi panduan kepada mereka demi menyusun strategi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang masing-masing.Bagi pensyarah Universiti pula, dapatan kajian ini dapat memberi maklum balas sama ada penerapan unsur kesan dan minat telah dilaksanakan seperti mana yang diharapkan. Sekiranya aspek ini tidak dapat dilaksanakan oleh pensyarah atau guru-guru pelatih, mungkin dapat dikenal pasti masalah dan dapat pula difikirkan cara untuk mengatasinya.Di samping itu, kepada Bahagian Pendidikan Guru, kursus-kursus dalam perkhidmatan berkaitan penerapan unsur patriotisme mungkin perlu diadakan bagi memantapkan lagi penerapan unsur ini dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga berguna kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat menyusun dan menilai semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dalam mencapai matlamatnya.

1.5 DEFINISI KONSEP 1.6.1 kesan Kamus Dewan (2003) mentakrifkan kesan sebagai sesuatu ( sama ada kebaikan atau keburukkan) yang timbul daripada sesuatu kejadian (keadaan, perbuatan, tindakan dan lain-lain). Dalam kajian ini, kesan adalah merujuk kepada bagaimana pembelajaran sejarah itu memberi implikasi kepada pelajar yang mengambil subjek itu. hlm 663 1.6.1 SEJARAH Menurut R.G. Collingwood (1966) Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau (dipetik dalam terjemahan Muhd. Yusuf Ibrahim 1997). Manakala Sidi Gazalba(1966) cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberikan tafsiran Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah boleh dilihat dari tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada ia benar atau tidak. 1.6.2 Pelajar AT32 Semester 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris.Pelajar AT32 adalah pelajar yang terdiri daripada Fakulti Sains Kemanusiaan iaitu pelajar yang mengambil Kursus Sejarah sebagai subjek utama. Dalam kalangan pelajar At32 ini, pelajar yang dipilih sebagai responden adalah pelajar semester 2 kerana bilangan mereka yang ramai.

2.0 TINJAUAN KAJIAN ATAU SOROTAN KAJIANDalam melaksanakan penulisan ini, pengkaji telah memetik atau mengkaji beberapa kajian yang dahulu untuk mendapatkan rujukan yang sahih sebelum kajian yang sepenuhnya dijalankan. Salah satu matlamat penting dasar pendidikan negara adalah untuk mewujudkan suatu identiti bangsa atau sebagai alat untuk pembinaan bangsa. Pendidikan Sejarah dapat memainkan peranan sebagai alat pembinaan bangsa apabila digunakan dengan efektif dan bertanggungjawab (Hazri, 2003). Menurut Mok Soon Sang (1998), selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharap juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara, melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara, melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum dan sebagainya.Dalam hal ini, Voss (1997) menekankan bahawa mata pelajaran Sejarah boleh dijadikan medium mendidik pelajar mengenai nilai-nilai murni melalui refleksi dan pengajaran yang diperoleh hasil daripada pembelajaran mengenai peristiwa silam. Pendidikan Sejarah ialah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia. Mempelajari Sejarah bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan tetapi boleh menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku. Apa yang berlaku perlu dinilai semula bagi tujuan merancang perubahan masa depan (Hazri, 2003). Oleh sebab sejarah memberikan banyak pengajaran yang berkait dengan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara. Maka, Sejarah patut dijadikan garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara.Pengajaran pembelajaran nilai merupakan komponen domain afektif dalam Taksonomi Pendidikan. Namun, kurikulum banyak menekankan aspek domain kognitif dan banyak mengabaikan domain afektif. Domain afektif dianggap perlu dipelajari dalam keluarga dan gereja sahaja (Ringness, 1975). Abd. Rahim (1993) berpendapat masa yang serius berkait dengan nilai pada tingkah laku manusia tidak boleh dibiarkan sebagai satu krisis berterusan. Langkah-langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan nilai kemanusiaan ini. Mengikut beliau, daripada nilai kelompok, boleh diperolehi kebudayaan, ketamadunan dan satu cara baru hidup bersama. Abd. Rahim (1999) juga berpendapat pembelajaran Afektif adalah satu proses membangunkan perkembangan personal dan sahsiah, perkembangan emosional, kemahiran interpersonal dan sosial, kesedaran sosial dan moral, membangun dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik, membina prinsip, pegangan dan falsafah hidup yang berlandaskan nilai-nilai murni bagi membentuk insan yang seimbang, stabil, rasional, berwibawa, bertimbang rasa, berdedikasi dan bertanggungjawab serta mempunyai keyakinan dan kekuatan diri bagi menghadapi cabaran. Akan tetapi, masalahnya ialah lapisan masyarakat sering menuding jari kepada tanggungjawab sisitem pendidikan negara, apakah pendidikan yang diberikan tidak boleh membimbing mereka untuk menjadi generasi yang lebih cemerlang dari generasi yang ada sekarang. Usaha mencari jawapannya memerlukan penyelidikan empirikal supaya dapat dibuktikan darjah tinggi atau rendah tahap pembangunan patriotisme di kalangan guru yang menghadapi pelajar yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang berbeza, dan seterusnya mengesan hubungan interaksi antara guru Sejarah dengan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah. M. Najib (1997) mengutarakan hasil pembelajaran di sekolah menengah adalah salah satu jangkaan yang paling baik untuk menentukan pencapaian pelajar di tahap universiti. Terdapat tiga faktor yang penting dalam mempengaruhi ujian kognitif seseorang. Pertama, faktor persendirian seperti faktor motivasi, intrinsik atau ekstrinsik, sifat self-esteem dalam akademik dan sebagainya. Kedua, faktor luaran yang berkaitan dengan kehidupan di universiti, keadaan sekeliling, rakan sebaya dan tempat duduk mereka. Manakala faktor ketiga ialah tanggapan. Dalam huraian M. Najib (1997):Perception can be defined as interpretation of events in the light of the present context and past experience. If they expect to be successful , then they may work harder (highly motivated) to achieve that goal, influenceby their need for achievement. (halaman 6) Ini bererti tanggapan boleh dijelaskan sebagai interpretasi terhadap sesuatu peristiwa dalam konteks semasa dan pengalaman yang lalu. Pelajar boleh mencapai kejayaan sekiranya mereka mendapat motivasi yang positif. Sekiranya tanggapan tersebut merujuk kepada konteks pembangunan patriotisme dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah, kemungkinan hasil pembelajarannya ialah para pelajar dapat mempraktikkan semangat mencintai negara seperti yang dihasratkan oleh Wan Mohd. Zahid (dalam kata alu aluan buku teks Sejarah KBSM Tingkatan 1, 2004) bahawa diharapkan buku teks Sejarah ini mampu melahirkan semangat cinta dan setia kepada negara di kalangan pelajar, dan seterusnya dapat membantu melahirkan generasi muda yang sentiasa mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara di samping berusaha memajukan negara kita. Masyarakat Malaysia adalah majmuk, terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Menurut Pye dan Verba (1965), identity kebangsaan ialah kepercayaan individu dan ia dikaitkan dengan bagaimana mereka memikirkan diri sendiri sebagai ahli dalam negara mereka. Wujudnya identity kebangsaan antara ahli-ahli dalam sesebuah negara ialah satu budaya di mana berdasarkan sempadan antara negara. Maka kita tidak harus dibiarkan keadaan perbezaan yang tidak sesuai dan mungkin menghalangkan perpaduan antara kaum. Falsafah Pendidikan Negara (Mok Soon Sang, 1988) menyatakan : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.( halaman 121). 2.1 KAJIAN JURNALSelain itu, bagi memperkuatkan lagi sorotan kajian ini sebuah jurnal telah dipetik bagi memastikan isi kajian ini disokong sepenuhnya. Pengajaran pembelajaran nilai merupakan komponen domain afektif dalamTaksonomi Pendidikan. Namun, kurikulum banyak menekankan aspek domain kognitif dan banyak mengabaikan domain afektif. Domain afektif dianggap perlu dipelajari dalam keluarga dan gereja sahaja (Ringness, 1975). Abd. Rahim (1993) berpendapat masa yang serius berkait dengan nilai pada tingkah laku manusia tidak boleh dibiarkan sebagai satu krisis berterusan. Langkah-langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan nilai kemanusiaan ini. Mengikut beliau, daripada nilai kelompok, boleh diperolehi kebudayaan, ketamadunan dan satu cara baru hidup bersama. Abd. Rahim (1999) juga berpendapat pembelajaran Afektif adalah satu prosesmembangunkan perkembangan personal dan sahsiah, perkembangan emosional, kemahiran interpersonal dan sosial, kesedaran sosial dan moral, membangun dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik, membina prinsip, pegangan dan falsafah hidup yang berlandaskan nilai-nilai murni bagi membentuk insan yang seimbang, stabil, rasional, berwibawa, bertimbang rasa, berdedikasi dan bertanggungjawab serta mempunyai keyakinan dan kekuatan diri bagi menghadapi cabaran. Akan tetapi, masalahnya ialah lapisan masyarakat sering menuding jari kepada tanggungjawab sistem pendidikan negara, apakah pendidikan yang diberikan tidak boleh membimbing mereka untuk menjadi generasi yang lebih cemerlang dari generasi yang ada sekarang. Usaha mencari jawapannya memerlukan penyelidikan empirikal supaya dapat dibuktikan darjah tinggi atau rendah tahap pembangunan patriotisme di kalangan guru yang menghadapi pelajar yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang berbeza, dan seterusnya mengesan hubungan interaksi antara guru Sejarah dengan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah. M. Najib (1997) mengutarakan hasil pembelajaran di sekolah menengah adalah salah satu jangkaan yang paling baik untuk menentukan pencapaian pelajar di tahap universiti. Terdapat tiga faktor yang penting dalam mempengaruhi ujian kognitif seseorang. Pertama, faktor persendirian seperti faktor motivasi, intrinsik atau ekstrinsik, sifat self-esteem dalam akademik dan sebagainya. Kedua, faktor luaran yang berkaitan dengan kehidupan di universiti, keadaan sekeliling, rakan sebaya dan tempat duduk mereka. Manakala faktor ketiga ialah tanggapan. Dalam huraian M. Najib (1997):Perception can be defined as interpretation of events in the light of the present context and past experience. If they expect to be successful , then hey may work harder (highly motivated) to achieve that goal, influence by their need for achievement. (halaman 6)

Ini bererti tanggapan boleh dijelaskan sebagai interpretasi terhadap sesuatuperistiwa dalam konteks semasa dan pengalaman yang lalu. Pelajar boleh mencapaikejayaan sekiranya mereka mendapat motivasi yang positif.Sekiranya tanggapan tersebut merujuk kepada konteks pembangunan patriotisme dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah, kemungkinan hasil pembelajarannya ialah para pelajar dapat mempraktikkan semangat mencintai negara seperti yang dihasratkan oleh Wan Mohd. Zahid (dalam kata alu aluan buku teks Sejarah KBSM Tingkatan 1, 2004) bahawa diharapkan buku teks Sejarah ini mampu melahirkan semangat cinta dan setia kepada negara di kalangan pelajar, dan seterusnya dapat membantu melahirkan generasi muda yang sentiasa mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara di samping berusaha memajukan negara kita. Masyarakat Malaysia adalah majmuk, terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Menurut Pye dan Verba (1965), identity kebangsaan ialah kepercayaan individu dan ia dikaitkan dengan bagaimana mereka memikirkan diri sendiri sebagai ahli dalam negara mereka. Wujudnya identity kebangsaan antara ahli-ahli dalam sesebuah negara ialah satu budaya di mana berdasarkan sempadan antara negara. Maka kita tidak harus dibiarkan keadaan perbezaan yang tidak sesuai dan mungkin menghalangkan perpaduan antara kaum. Falsafah Pendidikan Negara (Mok Soon Sang, 1988) menyatakan :Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (halaman 121)Guru-guru Sejarah memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk minat di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan seterunya menanam, menghayati dan mengamalkan unsur-unsur patriotik dalam kehidupan mereka. Guru yang dapat menunjukkan kualiti pengajaran yang baik, mementingkan kemajuan dan pencapaian pelajar, dapat menjadikan pengajarannya menarik minat dan disukai pelajar. Ini merupan asset yang penting kepada sekolah. Menurut Tyler (Kamaruddin dan Hazil,1991): Guru boleh menyediakan pengalaman pendidikan dengan menyediakan alam sekeliling dan menstruktur keadaan untuk meransang tindak balas yang diinginkan. Ini bermakna bahawa guru perlu memahami minat dan latar belakang murid supaya dia boleh meramalkan bahawa murid boleh bertindak dengan sewajarnya dalam satu keadaan tertentu; dan lagipun ia akan mengakibatkan tindakbalas yang dikehendaki. (halaman 54) Dalam dunia sebenar, perhubungan antara guru dengan pelajar terjalin semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pengajaran guru dalam menyampaikan bahan pengajaran memberi kesan yang mendalam terhadap pelajarnya. Menurut M. Najib (1997 ): An earlier study by Steven (1912) found out that 64 percent class activitywas by teachers. They gave questions at a rate of two to four questionsper minute or 395 questions per day. Flanders (1963) found out thattwo thirds of all lessons observed was talk, two third of this talk wasby the teacher and two third of the teachers talk was lecture. Wragg (1973) found out that 65 percent of all lessons observed was talk, 75 percent of this talk was by the teacher and 63 percent of teachers talk was lecture. (halaman 48)Kajian-kajian awal seperti Steven, Flanders dan Wragg mendapati kebanyakanpengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah adalah komunikasi secara lisan. Kajian awal ini menunjukkan kebanyakan guru mengajar dengan cara memberi syarahan. Proses komunikasi dalam bilik darjah sepatutnya adalah sumber mesej seperti guru, pelajar, sekumpulan pelajar atau seluruh kelas dengan menghantar mesej itu sendiri melalui dua saluran sama ada secara verbal atau bukan verbal kepada penerimanya iaitu guru, pelajar, sekumpulan pelajar atau seluruh kelas dengan kemungkinan memberi maklumbalas secara komunikasi verbal atau bukan verbal. (Cohen dan Manion, 1981). Maka guru memainkan peranan dalam mempengaruhi idea pelajar-pelajar tentang isu-isu yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Sejajar dengan idea kajian lepas yang disebut di atas, adalah perlu memeriksadari semasa ke semasa tentang pengajaran guru terutama dalam konteks pengajaran sejarah tentang patriotisme. Penyelidik berpendapat masyarakat di Malaysia sama ada guru-guru, institusi-institusi pendidikan, pelajar-pelajar, ibu bapa atau masyarakat umum harus meningkatkan tahap kesedaran tentang cara penyampaian pengajaran mempengaruhi hasil pembelajaran dan perubahan yang positif perlu ada untuk mendapat hasil pembelajaran yang positif. Oleh sebab guru sendiri terlibat secara formal dalam sistem pendidikan formal maka diharapkan kajian ini memberi kefahaman yang jelas agar guru-guru mengambilnya sebagai panduan dalam rutin mereka. Wawasan 2020 merupakan satu cetusan pemikiran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri. Kemajuan yang dicita-citakan ialah untuk mencapai kemajuan yang sempurna dari segi nilai moral dan etika yang kukuh, demokrasi, liberal, bertolak ansur, penyayang, adil serta dinamik dan tidaksemata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal (Trumay, 2004).daripada sembilan cabaran Wawasan 2020 ini, cabaran pertama merupakan cabaran yang paling utama dan paling asas iaitu membentuk negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa depan yang dikongsi bersama. Iaitu bangsa Malaysia mestilah sejahtera, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa (Yusof, 2001). Cabaran kedua dan keempat pula menyeru agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika, dengan para warganya mempunyai kerohanian yang utuh dan diunjangi oleh budi pekerti yang luhur, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Dalam usaha menghadapi cabaran di atas, lapisan masyarakat sedang berjuang dengan kemelut sosial yang dihadapi oleh remaja hari ini. Sistem pendidikan, cabaran Wawasan serta pembangunan sumber manusia yang cuba diadun dan dicanai agar mampu melahir tenaga manusia yang kompeten dan berjiwa murni seolah-olah dikejut oleh masalah keruntuhan sosial di kalangan remaja sedangkan mereka ini adalah penentu kejayaan masa depan negara (Haminah, 1999).Remaja merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Oleh kerana bilangannya ramai, maka masalah yang berkaitan, dengan kelompok ini juga banyak (Mahmood, 1994). Data statistik banyak menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Penolong Penguasa Siasatan Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993), di antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37,602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3,450 atau 9.17% adalah remaja. Mengikut sumber akhbar Utusan Malaysia (4 Ogos 1993), ramai di kalangan remaja yang rosak akhlak adalah mereka yang masih berada di bangku sekolah. Umpamanya, pada tahun 1991 sahaja, 124 pelajar ditangkap kerana terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah dan bilangan yang ditangkap ini meningkat dari tahun ke tahun. Berdasarkan statistik yang terkumpul, kes-kes jenayah yang membabitkan remaja meningkat dengan ketara di antara tahun-tahun 1990 hingga 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti dengan 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Jenayah yang dilakukan oleh para remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandaraya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata negara. Lebih memeranjatkan lagi ialah masalah dadah juga nampak tidak reda. Berdasarkan perangkaan terbaru Pasukan Petugas Anti dadah (PPAD), daripada 7,980 penagih baru yang dikesan dalam tempoh Januari hingga September tahun 1995, seramai 1,311 orang atau 16.4 peratus adalah berusia antara 13 hingga 19 tahun (Berita Harian, 5 Februari 1996). Akhbar Utusan Malaysia (27 Mac 1996) juga menunjukkan keputusan kajian di seluruh negara oleh Kementerian Belia dan Sukan pada Januari 1994 ke atas 5,860 remaja menunjukkan terdapat 71 peratus merokok, 40 peratus menonton video lucah, 28 peratus berjudi, 25 peratus minum arak dan 14 peratus mengambil dadah. Masalah penggunaan dadah, lepak, Aids, bohsia yang membelenggukumpulan umur belia produktif dan remaja sekolah, adalah isyarat bahawa pembentukan sahsiah tidak ditangani dengan sempurna, sedangkan alam kehidupan sedang berubah dengan kencang. Lebih merisaukan ialah sehingga tahun 2000 hingga 2001, isu-isu keruntuhan akhlak remaja tidak berpulih malah terus berleluasa. Dari hakikat ini boleh membuat satu kesimpulan bahawa sikap rakyat atau remaja khasnya masih menimbulkan persoalan. Meskipun rakyat mengaku dan menyuarakan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara Malaysia namun wujudnya satu hakikat perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat yang pelbagai keturunan itu masih belum dapat diakui lagi. Inilah soal yang amat penting untuk diselesaikan dari sekarang. Menurut Abd. Rahim (2001), faktor yang menyebabkan wujud perkara di atas adalah asas pengetahuan sejarah bangsa, agama dan negara yang kurang, sikap yang negetif, mudah terpengaruh dan terperdaya, pengawasan ibu bapa yang semakin berkurangan, masyarakat yang bertambah individulistik serta tumpuan pendidikan Agama dan Moral yang merosot. Begitu juga melalui subjek Sejarah yang telah termaktub unsur-unsur patriotisme yang perlu diajar di sekolah, tentu sekali tidak dapat melarikan diri daripada tanggungjawab ini. Menurut Wong (2005), isu kelunturan semangat nasionalisme di kalangan generasi muda hari ini kerana kurangnya kesedaran di kalangan mereka mengenai cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka bagi menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Ini kerana mereka adalah generasi yang lahir selepas merdeka dan menikmati segala peluang yang tersedia tanpa menyedari pahit jerih yang terpaksa diharungi oleh generasi terdahulu dalam perjuangan mereka bagi memastikan kesenangan ini dapat dinikmati oleh anak cucu mereka. Ia juga mencetuskan kewujudan budaya selesa (complacent culture) di kalangan generasi muda hari ini. Segala kemewahan dan kemudahan yang diperuntukan oleh keluarga dan negara menyebabkan mereka tidak rasa terancam oleh kemajuan dan pencapaian negara atau bangsa lain. Budaya ini menjerumuskan sebahagian daripada generasi muda hari ini dalam masalah sosial yang serius. Bagi melahirkan satu bangsa yang tulen digelar bangsa Malaysia yang mampu menunjukkan identiti tersendiri untuk bertanding dengan bangsa atau negara lain, rakyat yang berkongsi satu ciri semangat patriotik amat penting untuk menonjolkan identiti bangsa negara. Unsur-unsur patriotisme itu mestilah dapat memberikan bangsa Malaysia satu keperibadian yang tersendiri dan sekaligus memungkinkannya berdiri dan berkembang sebagai sebuah bangsa moden yang mampu menuntut tempatnya di kalangan bangsa-bangsa lain di dunia kini dan masa depan. Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran social yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettleheim, 1950). Oleh itu, remaja harus dilihat dari segi satu tempoh peralihan yang panjang, yang mana perjalanannya tidak semestinya bebas dari tekanan dan pelbagai halangan konflik kehidupan (Chais, 1976). Berdasarkan Taksonomi Bloom, domain afektif yang memberi tumpuan kepada unsur-unsur kesedaran, sensitiviti, sikap, pertimbangan, emosi, pendirian dan sebagainya bertujuan mengembangkan pemikiran moral dan aspek-aspek kemanusiaann kepada pelajar (Atan, 1981). Justeru itu, peranan guru sebagai pemupuk nilai dalam pengajarannya adalah cukup penting. Melalui pemupukan semangat patriotisme ini sangat penting untuk memantapkan diri pelajar dari segi ketahanan mental, fizikal dan emosi yang akan membolehkan seseorang itu mampu dan berupaya menghadapi segala bentuk cabaran. Kekurangan nilai patriotisme dalam diri pelajar akan memberikan kesan kepada rendahnya semangat juang dan semangat jati diri dalam diri mereka yang menyebabkan ada sesetengah daripada mereka mudah menyerah kalah dan tunduk kepada sesuatu tekanan (Abd. Rahim, 1999). Pernyataan di atas jelas menunjukkan pendidikan adalah pembentukan pemikiran dan sikap seseorang individu, dan bukan hanya menyampaikan ilmu kepada individu untuk menghadapi peperiksaan. Dalam konteks Malaysia hari ini, dengan bersangka baik kepada mata pelajaran Sejarah, bahawa ia berkesan bagi yang mengikutinya, ada baiknya jika patriotisme diberikan perhatian, penekanan dan pendekatan baru, iaitu untuk membantu dan menyokong mata pelajaran Sejarah (Utusan Malaysia, 22 September 2000). Manfaat yang diperoleh oleh seorang individu dari sistem pendidikan yang diterima seharusnya terkandung juga menjadi rakyat yang bersemangat patriotik terhadap negara

3.0 METODODOGI KAJIAN 3.1 REKA BENTUK KAJIANKuantitatifKualitatif

untuk dapatkan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu perkara atau fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Gay&Airasian,2000) untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan mendalam di satu kawasan dan tempat yang kecil melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahaja.

mengutamakan kuantiti. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistikberasaskan kualiti. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang dikaji.

menggunakan eksperimen yang melibatkan data-data numerik yang membolehkan penggunaan analisis statistik pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya.data dikutip melalui teknik pemerhatian, temu bual,penulisan diari dan analisis dokumen.

penyelidik tidak terlibat secara langsung

penyelidik turut terlibat dalam kajian

contoh: Kajian eksperimen Kajian kuasai-eksperimen Kajian tinjauan Kajian kolerasicontoh: Kajian etnografi Kajian kes Kajian sejarah

berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasilkurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses

skop kajian boleh melibatkan responden yang besarSkop kajian meliputi bilangan responden yang kecil.

kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis, eksperimental, data numarika dan ujian statistik

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauhmana kesan pendidikan sejarah dalam kalangan pelajar serta mencapai beberapa objektif yang telah digariskan.Terdapat 3 faktor demografi utama telah dikenali sebagai pemboleh ubah dan akan dinilai.Dalam menjalankan kajian,pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif ialah satu kajian yang secara umumnya menggunakan kaedah analisis statistik iaitu lebih bersifat objektif dan berpandukan kepada hasil.Pendekatan kuantitatif ia merujuk kepada kuantiti iaitu suatu penyelidikan melibatkan angka-angka,data-data numerical atau statistik.Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min,median,mod,peratusan,sisihan piawai,skor-Z,varian dan sebagainya.Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar.Kajian kuantitatif terbahagi kepada 2 jenis iaitu kajian intervensi dan kajian non-intervensi.Bagi kajian intervensi,reka bentuk kajian yang sesuai adalah kajian eksperimen,manakala kajian non-intervensi pula reka bentuk kajiannya adalah kolerasi dan kajian tinjauan.Bagi reka bentuk kajian eksperimen (kajian intervensi),ia menerangkan sama ada intervensi mempengaruhi hasil satu kumpulan berbanding kumpulan yang lain yang satu lagi.Manakala begi reka bentuk kajian kolerasi pula ia meramal perkaitan atau perhubungan antara pemboleh ubah, dan bagi reka bentuk kajian tinjauan pula menerangkan trend bagi satu populasi. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis Justeru, kaedah kuantitatif akan digunakan untuk mengetahui kekuatan penggunaan ini. Maklumat yang dikumpul adalah daripada 30 pelajar yang telah mengisi boring soal selidik. Selain itu, maklumat juga akan diambil pemerhatian kami dalam maklumat yang kami perolehi. Dapatan hasil daripada maklumat yang diterima untuk melihat kesan pendidikan sejarah. Para pelajar dikehendaki mengisi maklumat dalam borang soal selidik yang disediakan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang mereka dapat dalam pembelajaran sejarah.

Oleh itu, kajian kes menurut De Vaus (2005) adalah suatu penerokaan mendalam yang berupaya menjurus kepada pembinaan konsep kerana kajian ini melalui satu proses pengumpulan dan penganalisisan data secara induktif. Penggunaan kaedah statistik dalam kajian pendidikan bermula apabila para pengkaji pendidikan menghadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data.Selain itu,John W.Creswell menyatakan kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji,bertanyakan soalan yang khusus dengan mengecilkan skop soalan agar ia mudah untuk pengkaji menganalisa data daripada peserta dan menjalankan inkuiri dalam bentuk objektif dan tidak bias. Kaedah kualitatif merupakan satu penerangan terperinci tentang situasi, peristiwa, orang serta interaksi dan kelakuan orang yang diperhatikan. Kualitatif juga boleh dikatakan sebagai penggunaan petikan daripada orang tentang pengalaman,sikap, kepercayaan, dan pemikiran mereka sendiri. Di antara kebaikan menggunakan kaedah ini ialah ianya lebih fleksibel iaitu membenarkan pengkaji mengikut aturan penyelidikan seperti apa yang dikehendaki oleh pengkaji supaya kerja itu dapat memudahkan kerja mereka. Ia juga memberikan kefahaman bagaimana responden memberi makna kepada sesuatu keadaan. Dalam kajian ini, analisis kualitatif adalah berdasarkan data primer yang diperolehi daripada temubual yang telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar. Kaedah temubual yang dijalankan ialah kaedah temubual berstruktur iaitu soalan telah dibina sebelum temubual dijalankan. Pandangan Miles dan Huberman terhadap penelitian kualitatif adalah : Data yang muncul berwujud kata-kata dan bukan rang kaian angka. Data itu mungkin telah dikumpulkan dalam pelbagai cara (pemerhatian, temubual, intisari dokurnen, rakaman suara), dan yang biasanya diproses kira-kira sebelum siap digunakan (melalui pencatatan, pengetikan, penyuntingan, atau alih-tulis), tetapi analisis kualitatif tetap menggunakan kata-kata, yang biasanya disusun ke dalam teks yang diperluas.3.2 POPULASI DAN SAMPEL . Populasi adalah wilayah generalisasi yang terdiri atas: objek / subjek yang mempunyai kualiti dan ciri-ciri tertentu yang ditetapkan oleh penyelidik untuk dipelajari dan kemudian ditarik kesimpulannya. Jadi boleh dikatakan bahawa penduduk tidak hanya ditujukan untuk orang, tetapi juga objek dan bahan lain di bawah ciri-ciri atau sifat yang dimiliki oleh subjek itu (Sugiyono. 2005: 90) .Populasi adalah berkenaan dengan data, bukan orang atau benda Nazir (1997: 372) .Menurut tita lestari (1997: 3) beliau menyatakan bahawa penduduk adalah keseluruhan dari ciri-ciri atau unit hasil ukuran yang menjadi objek kajian. Menurut Najib (1999), menjelaskan penduduk adalah sumber bagi penyelidikan untuk mendapatkan data-data atau maklumat berkenaan penyelidikan yang dijalankan. Manakala responden yang terlibat dalam sesebuah kejian hendaklah mewakili keadaan sebenar kesemua populasi.Terdapat dua jenis penduduk, iaitu penduduk terhad dan penduduk tak terbatas.Populasi terhad mempunyai sumber data yang jelas secara kuantitatif sehingga boleh dikira jumlahnya.Manakala penduduk tak terbatas sumber data yang tidak dapat ditentukan secara relatif atau tidak dapat dinyatakan dalam bentuk jumlah.Populasi dalam kajian ini merupakan pelajar pendidikan sejarah semester 2 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. . Terdapat 30 responden yang terlibat dalam soal selidik ini. Pengkaji hanya menggunakan jenis separa berstruktur iaitu pengkaji diberi kebebasan untuk menyoal dan menjelajah jawapan responden dengan lebih mendalam dan memerlukan kepekaan kaji selidik dengan persekitaran sensitif responden seperti budaya ketika kaji selidik dijalankan. Bilangan responden yang ditemu bual bukan menjadi isu dalam kajian kualitatif kerana tidak ada satu peraturan khusus boleh diguna bagi menentu saiz sampel yang temu bual (Patton 2002; Connaway & Powell 2010). Sebagai contoh, Priftis & Oppenheim (1999) menemubual 23 responden dan Rabina (2001) tujuh responden. Manakala Kulkarni (1999), Forrest (2006) dan Ismail (2008) masing-masing menemubual 15, 10 dan 3 orang responden. Menurut Patton (2002), dengan batasan masa dan sumber, suatu kajian boleh memilih untuk mengkaji set pengalaman yang khusus bagi bilangan orang yang ramai atau kajian yang terbuka julat pengalamannya dengan bilangan orang yang sedikit. Connaway & Powell (2010) dan Ahmad Naqiyuddin (2008) menjelaskan tujuan utama persampelan dalam kajian kualitatif adalah untuk memahami proses sosial berbanding memperoleh sampel responden. Connaway & Powell (2010) menambah, apa yang kritikal adalah kedalaman, kompleksiti dan kekayaan data. Justeru, menentu saiz sampel responden bukan satu keperluan kerana tujuan kajian kualitatif adalah untuk memahami dan bukan membuat generalisasi. Kriteria bagi menentu sampel dan mengenal pasti responden yang hendak ditemu bual adalah berdasarkan persoalan kajian bagi menentu ciri yang berkaitan dengan material yang dikumpul dari individu yang sepatutnya. Terdapat interaksi yang jelas di antara pemilihan responden yang ditemu bual dengan pembangunan soalan yang bersesuaian kepada mereka. Kajian ini memilih untuk menemubual responden yang sedikit tetapi dijangka dapat memberikan maklumat yang terperinci dan mendalam. Pendekatan ini diakui bernilai seperti diakui Patton (2002). Selain daripada itu, pemilihan responden turut mengambil kira saranan daripada responden yang ditemu bual sebelumnya. Saranan ini secara tidak langsung merupakan pengiktirafan seorang responden kepada responden yang lain. Kajian ini mengadaptasi pendekatan yang diguna 129 oleh Forrest (2006) yang menyenarai kriteria responden yang ditemu bual seperti di bawah. Kajian ini menemubual 10 orang responden utama yang terlibat secara langsung dalam pembelajaran subjek sejarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. 10 rersponden ini dipilih kerana dapat mengulas beberapa isu yang berkaitan objektif kajian mengenai kesan pendidikan sejarah dalam dalangan pelajar. Kriteria pemilihan lain ialah pengalaman responden dalam bidang yang menjadi persoalan kajian. Pemilihan responden juga berdasarkan kepada faktor dapat memberi maklumat melebihi dari apa yang boleh didapati dari dokumen sumber cetak (Rabina 2001). Sampel merupakan sebahagian dari penduduk yang dikaji, dipandang sebagai suatu objek. Sampel dianggap sebagai wakil dari penduduk yang hasilnya mewakili keseluruhan gejala yang diamati. Saiz dan kepelbagaian sampel menjadi penentu keputusan keseluruhan kajian. Menurut Suharsimi Arkunto(2002), sampel adalah sebahagian, atau subset (himpunan bahagian), dari suatu populasi.Populasi boleh mengandungi data yang besar sekali jumlahnya, yang mengakibatkan tidak mungkin atau sukar untuk dilakukan pengkajian terhadap seluruh data tersebut, sehingga pengkajian dilakukan terhadap sampelnya saja.Jadi, sampel merupakan bahagian dari penduduk, data yang diperoleh tidaklah lengkap. Namun jika pengambilan sampel dilakukan dengan mengikuti kaedah-kaedah ilmiah, maka kebiasaannya mungkin keputusan yang diperoleh hasil-hasil dari sampel cukup tepat untuk menggambarkan penduduk yang diperlukan dalam kajian yang dilakukan.3.3 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA 3.3.1 TEKNIK PENGUMPULAN DATA Kajian ini membincangkan tentangkesan pendidikan sejarah dalam kalangan pelajar semester 2 AT32 Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perbincangan tersebut dibuat berdasarkan kajian literatur yang diperolehi dari pelbagai sumber seperti buku-buku rujukan, majalah-majalah, jurnal-jurnal, tesis-tesis yang lepas,internet dan bahan-bahan penulisan yang berkaitan. Kajian literatur ini telah mendalamkan lagi pengetahuantentang penyelidikan yang dibuat. Segalapemahaman dan keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan teori sahaja.Dalam bab ini, perbincangan yang akan diteruskan adalah berkisarkan tentang kaedah-kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian iaitu prosespengumpulan data yang telah dibuat sebelum ini. Kajian yang dibuat adalah hanya melibatkan para pelajar. Kaji selidik ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu melalui pengedaran borang selidik dan temur bual dalam kalangan responden. Kepentingan reka bentuk kajian adalah untuk membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih teratur. Pada peringkat permulaan kajian, data data yang berkaitan dengan tajuk kajian telah dikumpul dan dianalisis. Antara kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik dan temubual. Sebelum kajian dijalankan perkara seperti latar belakang , objektif, kepentingan kajian telah dikenal pasti.Kajian ini merupakan satu kajian deskriktif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik serta temubual. Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih murah dan masa yang diperuntukan juga singkat. Selain itu, penyelidik juga boleh memperolehi data atau maklumat daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat, responden berada di tempat dan mempunyai masa mereka yang sesuai. Di samping itu juga, soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Data kajian akan dikumpul daripada sampel melalui borang soal selidik. Melalui kajian ini, ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi.

3.3.1.1 TEKNIKSOALSELIDIK Bagi melaksanakan penyelidikan ini, satu set borang soal selidik yang lengkap telah disediakan terlebih dahulu. Tujuan borang soal selidik inidibuat adalah untuk membuat pengumpulan data yang diperlukan. Borang ini direkabentukberdasarkan isu-isu penyelidikan yang diperolehi daripada kajian literature dan jugaberdasarkan kepada objektif kajian. Sebelum menyiapkan soalan soal selidik ini iaitusemasa proses membuat borang selidik, pandangan daripada pelbagai pihak adalah sangat penting terutamanya penyelia supaya data dan maklumat yang diperolehidapat membantu dalam memfokus bidang kajiandibuat. Selain itu, pandangan yang diberikan juga akan dapat mengurangkan kesilapanyang mungkin berlaku dalamborang soal selidik. Menurut Mohd. Majid Konting ( 1993 ), soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Beliau juga berpendapat bahawa dengan menggunakan kaedah soal selidik ini dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan. Umumnya terdapat dua jenis soal selidik. Pertama, soal selidik jawapan dipilih di mana subjek dikehendaki memilih jawapan tepat terhadap soalan atau rangsangan yang dikemukan. Kedua ialah soal selidik jawapan diberi. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan kaedah soal selidik yang kedua iaitu soal selidik jawapan diberi. Kaedah ini akan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat data yang dikehendaki dan sekaligus mendapat hasil yang memuaskan. Kaedah ini juga dapat membantu penyelidik membuat analisis bagi kajian yang dijalankan. Secara umumnya, jenis soalan yang dibuat adalah berbentuk objektif sahaja.Ini bertujuan untukmemudahkan pihakrespondan untukmenjawapsemua soalan dengan tepat dan baik. Terdapat sebelas soalan kesemuanya dansoalan-soalan ini dibahagikan kepada empat bahagian. Tujuan untuk kajian ini dibuat juga turut disertakan dalam borang soal selidik tersebut bagi memudahkan pihak respondan mendapat gambaran kasar tentang jawapan yang hendak ditanda berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan. Soalan-soalan tersebut telah dibahagikan kepada empat bahagian seperti berikut:3.3.1.1.1 BAHAGIAN A Dalam bahagian ini,responden akan ditanyakan soalan secara demografi iaitu soalan yang telah disusun mengikut kelompoknya.Soalan ini terbahagi kepada tiga kelompok iaitu jantina,umur dan bangsa.Hal ini kerana ingin memudahkan pengkaji untuk menentukan kelompok-kelompok dalam kajiannya.Selain itu,pengkaji dapat mengenal pasti kesan pendidikan sejarah mengikut kategori dan kelompoknya.3.3.1.1.2 BAHAGIAN BBahagian ini pula,soalan yang diajukan kepada responden ialah masalah yang dihadapi untuk mendalami serta memahami subjek sejarah.Ia bertujuan untuk mengenalpasti sama ada responden ini betul-betul mempunyai masalah dalam pembelajaran dalam memahami subjek sejarah.Soalan ini mempunyai lima soalan dan responden wajib menjawabnya.3.3.1.1.3 BAHAGIAN CBahagian ini bertanyakan soalan mengenai kesan pendidikan sejarah kepada responden.Soalan ini diperlukan kerana pengkaji ingin melihat sejauhmana pendidikan sejarah ini memberi kesan kepada responden.Bahagian ini juga ditanya sebanyak lima soalan.3.3.1.1.4 BAHAGIAN DBahagian ini merupakan bahagian terakhir dalam borang soal selidik.Bahagian ini dibuat untuk mendapatkan pandangan daripada pihak responden tentang langkah-langkah untuk meningkatkan minat terhadap pembelajaran sejarah.Soalan ini berbentuk terbuka yang memerlukan responden berfikir dengan lebih mendalam apa yang mereka dapat daripada hasil pembelajarannya. 3.3.1.2 TEKNIK TEMU BUALTemu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan.Kaedah temu bual digunakan sebagai kaedah utama untuk mendapatkan maklumat dalam kajian yang berkonsepkan kualitatif. Menurut Best dan Kahn (2003) dan Ahmad Sunawari (2009), temu bual merupakan soal selidik atau cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lisan dari seseorang responden melalui cara percakapan secara berhadapan muka dengan seseorang. Kelebihan temu bual adalah penemu bual boleh menerangkan dengan jelas tujuan kajian dan jenis maklumat yang diinginkan. Maklumat temu bual direkod melalui rakaman audio dan catatan nota. Kaedah temu bual secara berstruktur digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan kaedah ini, pengkaji berperanan sebagai moderator menyedia soalan dan memandu jawapan yang diberikan responden. Kaedah ini digunakan digunakan oleh pengkaji bagi mengetahui kesan pendidikan sejarah dalam kalangan pelajar. Instrumen yang diguna melibatkan protokol soalan temu bua dan borang senarai semak. Temu bual kepada para pelajar dijalankan bagi mengenal pasti kesan pendidikan sejarah dalam kalangan pelajar. Pelajar tersebut juga ditemu bual bagi mengetahui kepentingan serta faedah yang diperoleh dengan mempelajari subjek sejarah.4.0 PENUTUP Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga.Natijah dari kajian sejarah sebagai sumber abstrak dan sumber nyata, dapatlah kita simpulkan bahawa tiada manusia yang tidak mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi manusia itu untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya, kecuali manusia itu hilang ingatan.Proses menyimpan dan mengingat ini tidak akan terputus,bahkan jika ia terputus seperti kejadian hilang ingatan, akan mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan individu itu sendiri. Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat padahubungan sejarah dengan manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu adalah keduanya saling perlu memerlukan, kerana kesedaran manusia itu tentang kepentingan pengalamannya yang lalu Antara matapelajaran-matapelajaran ini, matapelajaran sejarah dan falsafah menyediakan latarbelakang paling kukuh dan pengetahuan asas dalam proses pembinaan negara bangsa. Universiti misalnya boleh memasukkan program yang membolehkan pelajar dan rakyat Malaysia lebih memahami dan menghargai sejarah negara sama ada dengan memperkukuhkan dan meningkatkan program sains kemasyarakatan dan sastera yang sedia ada atau memperkenalkan program bahru yang berkaitan seperti falasafah.Oleh itu, dalam ayat yang lain, sejarah adalah jalan yang menjadi landasan dalam memeilih pemimpin yang jujur, berani, adil dan berkebolehan memimpin. Betapa besarnya peranan sejarah itu dalam sesebuah negara dan masyarakat, tetapi ramai yang tidak sedar. Ini kerana, pemimpin memaimkan peranan penting dalam memacu negara dan rakyat, agar tidak membawa negara kearah kehancuran dan kebinasaan negara itu. Contoh yang dapat dilihat ialah, negara Jerman dan pemimpinnya, Hitler yang membawa negara dan rakyat itu kearah perang dan kemusnahan yang memberi kesan sehingga hari ini.Kesalahan meletakkan pemimpin yang betul dan waras akan mengelakkan berlakunya berbagai bagai perkara yang tidak sepatutnya terjadi dari berlaku, seperti kepimpinan Jepun yang mengikut emosi tanpa pertimbangan, hingga negara itu diheret kepada perang dan mengakibatkan dua bandar utamanya hancur sama sekali. Demikianlah betapa berperanannya sejarah yang mempunyai berbagai kegunaan dan manfaat terhadap sesebuah negara dan bangsa, termasuk individu itu sendiri.Memang benarlah sejarah sebagaiilmu masa silam yang amat penting,keranakesejahteraan mampu lahirhasil manusia menjadikannya sebagai teladan dan sempadanbagi individu, bangsa dan negara serta agama tercinta.RUJUKANAbdul Rahim dan Abdul Rashid (2000) wawasan dan agenda pendidikan Kuala lumpur : Utusan Publication & Distributions Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.Abdul Rahman Aziz, Rohani Ab. Ghani, Rusimah Sayuti, Mas Juliana Mukhtarudin & Asmadi Ahmad Sunawari Long. 2009. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Jabatan Usuluddin Fakulti Pengajian Islam UKM.Arikunto, S. (2002). Metodologi Penelitian. Jakarta: Rineka Cipta.Baker, T. L. (1999). Doing Social Research. San Marcos: Calirfonia State University.Forrest, J. (2006). The Oxford Handbook of the Psychology of working . New York: Oxford University Press.Best, J.W & Kahn, J.V. 2003. Research in Education. Boston: Allyn andBacon.Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan : Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. De Vaus,(2003), SA Research Design in Social Researt GE Publications of Queensland.Emile Durkheim dalam Kmaruddin dan Hazil 1991I,Ee Ah Meng (1999). Psikology Pendidikan. Fajar Bakti Sdn.Bhd,Shah Alam,Selangor.I.Oppenheimer, P. E. (1999). Sizing up The Senate. Chicago: Philladelphia University Press.Kementerian Pendidikan Malaysia 1989

John.W.Creswell (2008) SAGE A concise Introduction to Mixed Metdhods Research Publication Ltd,University of Western Cape,Capetown,South Africa.Merriam (1998) WebsterS New Collegiate . Qualitative Research and case Study Applications in Education:Revised and Expanded from case study Research in Education Dictionary,Massachucetts:G&C,Merriam company.Miles, M.B & Huberman, A.M. 1984. Qualitative Date Analysis: A Sourcebookof New Methods. California: Sage Publication.Mohamed Naim, (2002) Patriotisme di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Pusat Penyelidikan dan Perundingan : Universiti Utara Malaysia.(tidak diterbitkan)Mohd Majid Konting (2008) Human Capital Development: Soft Skill initiatives at Universiti Putra Malaysia Journal of the world Universities forum,UPM Serdang,SelangorMohd Yusof Ibrahim (1997), Ilmu Sejarah, Falsafah, pengertian dan kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 6.Patton, M. (2002). Qualitative Researh. London: John Wiley & sons.Ltd.Rabina. (2001). Diminishing Marginal Utility. New York: Cambridge University Press. Sidi Gazalba (1996), penghantar Sejarah sebagai ilmu: Jakarta

S.Kulkami. (1999). Recent Acheivement in off_line handwriting recognitoion system. Kolkata: University Ballarat.

Sugiyono(2005) Metdode penelitian Kuantitatif Kualitif dan R&D Alfabeta,Bandung

Tita lestari (1993),Statistis Jilid 3,(Ruzaini Syukur,penterjemah) Pustaka Nasional Ltd.(terbitan asla 1993).

Hazri (2003)Mok Son Sang (1998)Vos (1998)Ringness (1975)Abd Rahim (1999)M.Najib (1997)Pye dan Verba (1965)

5.0 LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

KESAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER DUA AT32 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,TANJONG MALIM,PERAK.

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan krusus BMW3012 (Wacana Akademik Bahasa Melayu).ARAHAN :Soalan soal selidik ini mempunyai empat bahagian, iaitu :BAHAGIAN A : Demografi.BAHAGIAN B : Masalah yang dihadapi untuk mendalami serta memahami subjek Sejarah.BAHAGIAN C : Kesan pendidikan sejarah.BAHAGIAN D : Langkah untuk meningkatkan minat terhadap pembelajaran Sejarah.

Sila tandakan () pada pilihan anda :Maklumat yang dikumpulkan adalah sulit dan hasil kajian akan digunakan untuk mencapai objektif kajian. Segala kerjasama anda amatlah dihargai.NAMA PENYELIDIKNOMBOR MATRIK

WAN MUHAMMAD NUR AZIM BIN WAN PAUZAND20141067559

WAN NOOR KHUZAIREY BIN WAN MOHTARD20141067552

MOHD HAFIZUL BIN ABU HASSAND20141067550

MOHAMMAD FATHINAIM BIN MOHD SUHAIMID20131062990

VariableSkorSingkatan

Sangat Tidak Setuju1STS

Tidak Setuju2TS

Tidak Pasti3TP

Setuju4S

Sangat Setuju5ST

Rajah 1 : Rujukan

BORANG SOAL SELIDIKKESAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER 2 AT32ARAHAN : TANDAKAN () PADA PILIHAN JAWAPAN YANG BERKAITAN.

BAHAGIAN A: DEMOGRAFIA1 JANTINA: L P

A2 UMUR : 18-20 21-23 24-26 Lain-lain:

A3 BANGSA: MELAYU CINA INDIA

PETUNJUK SKALA:VariabelSkorSingkatan

Sangat Tidak Setuju1STS

Tidak Setuju2TS

Tidak Pasti3TP

Setuju4S

Sangat Setuju5SS

BORANG SOAL SELIDIK

KESAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER DUA AT32 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,TANJONG MALIM,PERAK.

BAHAGIAN BMasalah yang dihadapi untuk mendalami serta memahami subjek Sejarah.

ARAHANSila tuliskan skor sahaja berapa pada pilihan anda dengan merujuk pada Rajah 1.BilItemSTSTSTPSSS

1.Subjek sejarah amat membosankan.

2.Subjek sejarah kurang rujukan/terhad

3.Kurang ilmu pembacaan berkaitan sejarah

4.Kurang pendedahan berkaitan sejarah

5.Kurang minat terhadap subjek sejarah

BORANG SOAL SELIDIK

KESAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER DUA AT32 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,TANJONG MALIM, PERAK.

BAHAGIAN CKesan Pendidikan SejarahARAHANSila tuliskan skor sahaja berapa pada pilihan anda dengan merujuk pada Rajah 1.BilItemSTSTSTPSSS

1.Pendidikan sejarah dapat melahirkan pelajar berfikiran kritis

2.Pendidikan sejarah dapat memupuk semangat cinta akan negara

3.Pendidikan sejarah dapat membantu pelajar memahami budaya masyarakat sekitar

4.Pendidikan sejarah dapat mendorong pelajar untutk hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat-menghormati

5.Pendidikan sejarah membantu pelajar mengenal asal-usul serta latar belakang bangsa masing-masing

BORANG SOAL SELIDIK

KESAN PENDIDIKAN SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEMESTER DUA AT32 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK.

BAHAGIAN DLangkah untuk meningkatkan minat terhadap pembelajaran sejarah.ARAHAN:Sila isi jawapan dalam ruangan yang disedikan.1) Apakah langkah yang anda lakukan untuk meningkatkan minat terhadap pembelajaran sejarah?____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Borang Temu Bual

SOALAN TEMU BUALREFLEKSI PENYELIDIK

1)Apakah kepentingan mempelajari subjek sejarah?

2)Pada pendapat anda, adakah subjek sejarah perlu diberi keutamaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pendidikan kini?

3)Apakah kesan positif yang anda perolehi apabila anda mempelajari subjek sejarah?

4)Berdasarkan pengetahuan yang anda miliki tentang sejarah, apakah aspek pembelajaran dalam subjek sejarah yang sering kali membantu anda untuk dijadikan pengajaran?

5)Mengapakah subjek sejarah sering kali tidak dititik beratkan oleh masyarakat kini terutamanya dalam kalangan para pelajar?

SOALAN TAMAT SOALAN TAMATTERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA