bmmb3023

Upload: hafiz-yatin

Post on 06-Jan-2016

131 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

CONTOH

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini, pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu linguistik. Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan kepentingannya dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik sebelum kita mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang seterusnya.Penulisan ilmiah ini selanjutnya akan membincangkan tentang konsep ilmu linguistik, linguistik terapan, ciri-ciri dan fungsi bahasa, mengkategorikan golongan kata dan proses pembentukannya, dan Transformasi Generatif.

2.0 ILMU LINGUISTIK2.1 Linguistik Sejarah perkataan linguistik adalah berasal daripada perkataan Latin, iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Perkataan linguistik dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu linguistics yang dipinjam daripada bahasa Perancis, iaitu linguistique. Menurut sumber berautoriti Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, linguistik bermaksud kajian saintifik tentang bahasa. Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri keesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Lynos (1968), mentakrifkan linguistic sebagai bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik merujuk kepada satu ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Dalam linguistik terdapat berbagai-bagai cabang yang berkait rapat antara satu sama lain. Antara cabang linguistikk adalah Linguistik Umum, Linguistik Deskriptif, Linguistik Perbandingan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Sejarah.2.2Linguistik TerapanLinguistik terapan ataupun juga dikenali sebagai linguistic aplikasi merupakan satu bidang linguistik yang menerangkan bagaimana ilmu ini dapat digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa pertama dan bahasa kedua. Oleh hal yang demikian, linguistik deskriptif seperti disiplin fonologi, fonemik, morfologi dan sintaksis sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa.

3.0BAHASAUmumnya bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi. Bloch dan Trager (1942), mentakrifkan bahasa sebagai suatu sistem lambing pertuturan yang arbitrari, digunakan oleh ahli sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung dan bekerjasama.MenurutLyons(1988),bahasa-bahasa di dunia memiliki sifat dan ciri sepunya. Ia merangkumi cara menyampaikan perasaan, menanyakan soalan, mengemukakan permintaan, memberi perintah dan membuat kenyataan. Olehsebab bahasa boleh berkembang dan berubah maka kerap terdapat istilah-istilah baharu di dalam sesuatu bahasa berbanding dengan bahasa yang lain. Semua bahasa terdiri daripada konsonan dan vokal serta gabungan kedua-duanya akan menghasilkan bunyi yang bermakna. Manakala set-set konsonan dan vokal bila bercantum akan menghasilkan ayat-ayat yang berbeza.Ciri-ciri BahasaKeterangan

Bahasa Bersifat Arbitrari

Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh buday asesuatu masyarakat.

Bahasa Bersifat Unik

Bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja. Bahasa bukan di warisi tetapi dipelajari maka tidak hairanlah kalau bayi berbangsa Cina dibesarkan di dalam keluarga Melayu boleh bercakap bahasa Melayu

Bahasa Bersifat Sejagat.

Bahasa dapat dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Secara umum bunyi bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat menghasilkan makna. Dengan makna inilah manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi di antara satu dengan yang lain.

Bahasa Bersifat Dinamis

Bahasa mempunyai potensi untuk berkembang, membuat penyesuauan serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Melalui pergaulan dan berinteraksi di kalangan manusia berlakulah pertembungan kebudayaan menyebabkan pertambahan dan penggayaan perbendaharaan kata sesuatu bahasa.

Jadual 1: Ciri-ciri bahasa

Fungsi BahasaKeterangan

Bahasa Sebagai Satu Sistem

Bahasa mempunyai cara serta kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah teratur.

Bahasa Sebagai Satu Simbol

Bahasa sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar sebagai proses interaksi melalui saluran komunikasi tertentu. Bahasa sebagai simbol perpaduan membawa makna bahasa tertentu itu menjadi alat penutur utama bagi masyarakat dalam sesebuah negara.

Bahasa Sebagai Alat Komunikasi

Proses komunikasi berlaku dengan adanya maklumat yang hendak disampaikan oleh penutur kepada pendengar. Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu secara lisan dan bukan lisan.

Jadual 2: Fungsi bahasa

4.0ANALISIS GOLONGAN KATA DAN PROSES PEMBENTUKANNYASISTEM BARU GANTI PMR MAMPU KURANGKAN TEKANAN PEPERIKSAAN Minda PengarangBerita Harian, 11 Oktober 2010

Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah pun terjawab. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan.

Sementara PMR akan dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian baru berasaskan sekolah. Perubahan itu sejajar dengan desakan pelbagai pihak yang mahu kerajaan memperbaiki sistem persekolahan di negara ini kerana berpendapat sistem yang diguna pakai sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan. Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru dengan beberapa penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek. Antara perubahan dicadang itu, termasuk mengambil kira bidang utama dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya berteraskan aktiviti kokurikulum atau sivik.

Perubahan itu mengurangkan penilaian prestasi pelajar yang selama ini hanya berasaskan akademik dan peperiksaan. Bagi PMR pula, kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah. Kita yakin, jika soalan disediakan atau dipantau LPM, masalah perbezaan soalan dan sistem pemarkahan dapat ditangani, sekali gus mengelak dakwaan pihak sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap calonnya.

Keputusan kerajaan ini, tentunya tidak mampu memuaskan hati semua pihak kerana sebelum ini pun pelbagai pandangan berbeza dilontarkan mengenai perubahan yang sepatutnya dibuat terhadap sistem peperiksaan, termasuk daripada wakil Kementerian Pelajaran atau agensi kerajaan sendiri, sektor swasta, ahli akademik serta tokoh pendidikan. Malah ada yang menyarankan supaya kerajaan memansuhkan langsung kedua-dua peperiksaan, sebaliknya memadai dengan satu peperiksaan saja, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kita yakin keputusan Kementerian Pelajaran itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak dan mengkaji secara mendalam dari pelbagai sudut. Selain itu, Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.

Rakyat mesti yakin dengan tindakan kerajaan kerana apa diputuskan tentu sekali demi kebaikan semua pihak, apatah lagi jika ia membabitkan masa depan anak kita. Pendidikan adalah proses membangunkan insan sebab itu setiap perubahan memerlukan perancangan teliti kerana jika tersilap langkah ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat, malah kemajuan negara juga boleh terancam. Pelajar, guru dan sekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam memastikan berjaya atau gagalnya pelaksanaan perubahan baru yang dicadangkan itu.

Kita tentunya tidak mahu sesuatu perubahan dilaksanakan separuh jalan, kemudian menemui kegagalan seperti apa yang berlaku terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang terpaksa dimansuhkan selepas mendapat bantahan banyak pihak. Walaupun peperiksaan adalah mekanisme penting untuk mengukur kecemerlangan pelajar, namun belum tentu dapat menjamin anak kita menjadi insan berketrampilan dari segi sahsiah dan berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk mereka bersaing dalam dunia moden hari ini.

4.1Penggolongan Kata