bmm3163 untuk pelajar (1)

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA TUGASAN PROJEK PROGRAM: PISMP BM AMBILAN JANUARI 2011 KOD KURSUS : BMM3163 NAMA KURSUS : Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu TARIKH MULA 16 JULAI 2014 TARIKH HANTAR 19 OGOS 2014 A. Hasil Pembelajaran : 1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks kesusasteraan Melayu sekolah rendah; 2. Menterjemah kandungan kurikulum bahasa Melayu (sastera) sekolah rendah; 3. Mengaplikasi pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah; 4. Melaksana teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera sekolah rendah; sastera bandingan; sastera kanak-kanak dan remaja; dan 5. Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah. Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1,2,3, 4 dan 5. B. Objektif Projek: 1. menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran teks sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah; 2. menganalisis teks sastera yang dipilih menggunakan pendekatan struktural; 3. merangka Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan teks sastera yang dipilih; 4. menghasilkan rakaman yang dapat dijadikan sebagai bahan bantu belajar; dan 5. mengaplikasikan keterampilan berbahasa dalam penulisan esei. NAMA PELAJAR : SEMESTER : 8 Ambilan Januari 2011

Upload: norhalimahmahat

Post on 27-Dec-2015

294 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bmm3163 Untuk Pelajar (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKATUGASAN PROJEK

PROGRAM: PISMP BM AMBILAN JANUARI 2011

KOD KURSUS : BMM3163NAMA KURSUS : Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu

TARIKH MULA 16 JULAI 2014 TARIKH HANTAR 19 OGOS 2014

A. Hasil Pembelajaran :

1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks kesusasteraan Melayu sekolah rendah;

2. Menterjemah kandungan kurikulum bahasa Melayu (sastera) sekolah rendah;3. Mengaplikasi pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah; 4. Melaksana teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera sekolah rendah;

sastera bandingan; sastera kanak-kanak dan remaja; dan5. Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah.

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1,2,3, 4 dan 5.

B. Objektif Projek:

1. menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran teks sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah;

2. menganalisis teks sastera yang dipilih menggunakan pendekatan struktural; 3. merangka Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan teks sastera yang dipilih;4. menghasilkan rakaman yang dapat dijadikan sebagai bahan bantu belajar; dan5. mengaplikasikan keterampilan berbahasa dalam penulisan esei.

NAMA PELAJAR :

SEMESTER : 8 Ambilan Januari 2011

Page 2: Bmm3163 Untuk Pelajar (1)

C. Tugasan Projek (100%: Wajaran 50%)

Tugasan 1

Penulisan Esei (80%)

Bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju, berdaya saing dan

teguh menjelang 2020, negara memerlukan modal insan yang mampu berfikiran kritis dan

kreatif, menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baharu, mempunyai daya

tahan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering

berubah. Guru perlu berfikiran kritis dan kreatif untuk menghasilkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Usaha ini merupakan pemangkin bagi menyediakan murid

kita pada masa kini dan masa depan yang lebih mencabar dalam menangani arus

globalisasi. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah aplikasi pengalaman

sastera dapat dilaksanakan dengan membuat perkaitan yang baharu antara idea,

pengalaman, teks dan perkataan. Selain itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat

disampaikan melalui pelbagai genre sastera seperti prosa moden, puisi moden dan puisi

tradisional.

Oleh yang demikian, untuk melihat kriteria Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam

teks Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan, pelajar dikehendaki menyediakan satu

tugasan projek secara individu .  Dalam pelaksanaan projek ini, anda dikehendaki:

i. menghasilkan esei tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran teks sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah;

ii.memilih satu bahan kesusasteraan Melayu dari genre puisi tradisional dalam buku teks

Bahasa Malaysia KSSR Sekolah Kebangsaan dan menganalisis bahan tersebut menggunakan pendekatan struktural; dan

iii. merangka sebuah RPH yang menggunakan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran teks sastera yang sesuai mengikut puisi yang dipilih dengan menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Tugasan 2

Persembahan Puisi Tradisional (20%) Merakam persembahan puisi tradisional yang dilagukan dengan menggunakan puisi yang

dipilih agar dapat dijadikan bahan p&p KBAT.

D. Panduan Pelaksanaan Projek

Page 3: Bmm3163 Untuk Pelajar (1)

1 Tugasan projek ini merupakan tugasan individu.

2. Tugasan projek perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah

3. Rujukan harus merangkumi lima sumber yang pelbagai.

4. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data.

5. Tugasan projek hendaklah ditaip pada kertas saiz A4 80 gm dengan menggunakan

font jenis Arial, saiz 11 dan langkau 1.5 baris.

6. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological

Association)

7. Tugasan projek mestilah menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.

8. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan.

9. Borang maklum balas tugasan projek WAJIB disertakan sebagai muka depan kedua

10. Tugasan projek mesti dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan yang

dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred tugasan projek

anda.

11. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika didapati berlaku amalan ini, kerja

kursus pelajar akan digagalkan.

12. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:

i Nama Pelajar

ii Angka Giliran

iii Nombor Kad Pengenalan

iv Kumpulan/Unit

v Kod dan Nama Kursus

vi Tajuk tugasan projek

vii Nama Pensyarah Kursus

viii Tarikh Hantar

E. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan petikan yang dapat menyokong hujah-hujah anda

hendaklah dikemukakan.

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan

ilmiah.

4. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.

Page 4: Bmm3163 Untuk Pelajar (1)

5. Tugasan projek harus menunjukkan kefasihan bahasa serta kematangan hujah dalam

menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

F. Kriteria Pemarkahan

Tugasan projek ini akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan tugasan projek PISMP

(Tugasan Bertulis dan Persembahan)

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ROBIAH BINTI MOHAMAD) (RAMLY BIN ABU) Jabatan Pengajian Melayu, Pakar Bidang (SME) IPGK Perempuan Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, .

IPGK Perempuan Melayu.

Disahkan oleh Ketua Jabatan,

(MOHD. RAFI BIN GHAZALI)Ketua Jabatan Pengajian Melayu,IPGK Perempuan Melayu.

Page 5: Bmm3163 Untuk Pelajar (1)

KRITERIA PEMARKAHAN TUGASAN PROJEK PISMP ( TUGASAN 2 - PERSEMBAHAN PUISI TRADISIONAL - 20%)TAJUK PROGRAM: PISMP BM Ambilan Januari 2011

SEMESTER: 8 AMBILAN JANUARI 2011TAJUK KURSUS : BMM3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU

Aspek dinilai Cemerlang20-15 %

Sederhana14.8-13 %

Lulus12.8-10 %

Gagal9.8-1 %

Sebutan dan Intonasi

Sebutan yang sangat tepat.

Intonasi yang sangat lancar.

Sebutan yang tepat.

Intonasi yang lancar.

Sebutan yang kurang tepat.

Intonasi yang kurang lancar.

Sebutan yang tidak tepat.

Intonasi yang tidak lancar.

Kekuatan Vokal dan Kelancaran

Vokal disampaikan dengan sangat mantap.

Kelancaran vokal yang sangat jelas.

Vokal disampaikan dengan mantap.

Kelancaran vokal yang jelas.

Vokal disampaikan dengan kurang mantap.

Kelancaran vokal yang sangat jelas.

Vokal disampaikan dengan tidak mantap.

Kelancaran vokal yang tidak jelas.

Gaya dan Kreativiti

Gaya persembahan yang sangat menarik.

Persembahan yang sangat kreatif.

Gaya persembahan yang menarik.

Persembahan yang kreatif.

Gaya persembahan yang kurang menarik.

Persembahan yang kurang kreatif.

Gaya persembahan yang tidak menarik.

Persembahan yang tidak kreatif.

Page 6: Bmm3163 Untuk Pelajar (1)

KRITERIA PEMARKAHAN TUGASAN PROJEK PISMP ( TUGASAN 1- PENULISAN ESEI- 80%)TAJUK PROGRAM: PISMP BM Ambilan Januari 2011

SEMESTER: 8 AMBILAN Januari 2011TAJUK KURSUS : BMM3163 GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU

Aspek dinilaiSKALA

Cemerlang80 - 60 %

Kepujian59.2 - 52 %

Lulus51.2 - 40 %

Gagal39.2 - 1 %

Menjawab Soalan

Soalan tugasan secara keseluruhannya dijawab pada tahap yang sangat baik.

Soalan tugasan secara keseluruhannya dijawab pada tahap yang baik.

Soalan tugasan secara keseluruhannya dijawab pada tahap memuaskan.

Soalan tugasan hampir tidak dijawab.

Memahami Isu

Pemikiran yang sangat kritis dan asli.

Kefahaman yang menyeluruh tentang isu-isu utama.

Pemikiran yang kritis dan asli.

Kefahaman yang sederhana tentang isu-isu utama.

Pemikiran yang agak kritis.

Kefahaman yang tidak mencukupi tentang isu-isu utama.

Pemikiran yang kurang kritis.

Kefahaman minimum tentang isu-isu utama.

AnalisisAnalisis yang tajam dan berfokus.

Ada usaha untuk menilai/berhujah/berbincang tentang isu-isu utama.

Ada analisis tetapi kurang mendalam.

Tiada atau sangat sedikit usaha untuk menganalisis/ membincangkan isu.

Bacaan/ Rujukan

Memilih/merujuk dan mengguna pelbagai bacaan yang relevan dan sesuai.

Menggunakan rujukan yang sesuai untuk menyokong idea/hujah.

Bukti bahan bacaan terhad, penggunaan bacaan lemah.

Rujukan kurang konsisten.

Sedikit atau tiada bukti bacaan.

Rujukan tidak tepat atau tiada.

Struktur Penulisan

Struktur esei meningkatkan kualiti penulisan secara signifikan.

Struktur esei yang jelas. Struktur esei kurang jelas dan kurang koheren.

Penulisan esei yang tidak berstruktur.

Bahasa dan Gaya Penulisan

Tatabahasa dan ejaan tepat.Gaya penulisan sangat berfokus dan jelas.

Tatabahasa dan ejaan sesuai.Gaya penulisan baik.

Kesilapan tatabahasa dan/atau ejaan agak ketara.Gaya penulisan memuaskan.

Kesilapan tatabahasa dan/atau ejaan sangat ketara.Gaya penulisan terputus-putus.