bmm3117e

Upload: eida-rayyan-eina-adi

Post on 01-Mar-2016

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

kaedah pengajaran bahasa melayu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

70400 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

DI SEDIAKAN OLEH :

IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS

810814-13-5006

UNIT PJK 2

UNTUK PERHATIAN:

EN. K RAJA A/L M KANAPAHTYJABATAN PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWARSEPTEMBER 2014ISI KANDUNGANBILPERKARAMUKA SURAT

1Isi Kandungan2

2Biodata Pelajar3

3Halaman Pengakuan4

4Borang Kolaborasi Kerja Kursus5

5Tugasan 1: Menghuraikan Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik6

6Pengenalan umum7

7Pengenalan Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik8

8Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 9 - 12

9Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 13 19

10Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran20 -26

11Teknik Pengajaran 27 - 31

12Tugasan 2: Rancangan Pelajaran Harian KSSR Bahasa Malaysia Tahun 132 - 37

13Refleksi38-41

14Bibliografi 42

BIODATA PELAJARNAMA

: IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS

NO. I/C

: 810814-13-5006

NO TEL.

: 012-3644957

EMEL

: [email protected]

ALAMAT RUMAH: NO.4191,

TAMAN PEKAN GEMENCHEH BARU

73200, GEMENCHEH

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

ALAMAT SEKOLAH: SK BUKIT ROKAN UTARA (F),

73200, GEMENCHEH,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

INSTITUT

: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

PROGRAM

: PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN

FEBRUARI 2012

OPSYEN

: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH

RENDAH

SEMESTER

: SEMESTER 6 / 2014

HALAMAN PENGAKUAN

Dengan ini saya mengaku bahawa tugasan BMM 3173E : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali rujukan, nukilan dan juga jurnal yang tiap-tiap satunya saya telah nyatakan sumbernya.

Nama : IDAHYUNIZAH BINTI KHAMISTarikh: 06 September 2014

Tandatangan,

.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR

: IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS

KUMPULAN

: PJPK 2 PPG AMBILAN FEBRUARI 2012

KURSUS

: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

JASMANI SEKOLAH RENDAH

PENSYARAH PEMBIMBING : PN. MASTURA BINTI MOHAMED BERAWI MATAPELAJARAN

: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3173 E)

TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKANCATATANTANDA TANGAN

04 Ogos 2014Menerima tugasan dari pensyarah.

04 Ogos 2014Perbincangan bersama pensyarah tentang tugasan yang diterima

10, 11, 12 Ogos 2014Mencari maklumat tentang sukatan pelajaran Bahasa Melayu di internet dan buku.

14 Ogos 2014Perbincangan bersama rakan sejawat

16 Ogos 2014Tugasan bermula.

25 Ogos 2014Pembinaan Bahan Bantu Mengajar

06 September 2014Tugasan diserahkan kepada pensyarah untuk dinilai.

1.0 PENGENALANFalsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya menjadi rujukan dan panduan serta hala tuju kepada institusi pendidikan bagi mencapai matlamat-matlamat yang menjadi agenda nasional kerajaan terutama dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama seterusnya mencapai sebuah Negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, dalam usaha mereformasi sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan Negara, kurikulum mata pelajaran juga perlu relevan dan selari dengan FPK. Maka, kurikulum Bahasa Melayu juga telah digubal bagi memenuhi hasrat FPK yang menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta dapat menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat.

Bagi tugasan BMM3173E : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk menyediakan kerja kursus yang mengandungi bahan-bahan berkaitan dengan komponen pengajaran dan pembelajaran mikro dan makro mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Tugasan kali ini pelajar diminta untuk mengupas tentang strategi, pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu disamping memupuk potensi murid untuk melahirkan insan yang kritis, kreatif dan inovatif. Di samping itu, pelajar juga diminta menyediakan Rancangan Pelajaran Harian KSSR berdasarkan salah satu tema yang terkandung dalam Bahasa Malaysia KSSR.

2.0 PENGENALAN STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan memerlukan perancangan yang tersusun dan berkualiti. Konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik perlu dititik beratkan kerana ia merupakan konsep paling asas membentuk satu rancangan pengajaran yang sempurna. Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, langkah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik perlu dijadikan keutamaan ke arah penentuan sesuatu objektif pemnbelajaran. Justeru tu, panduan dan keterangan perlu diberi secara mendalam agar kecelaruan ilmu dapat di atasi.Jika dilihat secara umum, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini, apabila diaplikasikan dalam bilik darjah ia akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai.

Rajah 1 Gabungan antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1 DEFINISI STRATEGI

Menurut Kamus Dewan, strategi adalah ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur bagi mencapai matlamat atau kejayaan. Bagi buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu karangan Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad , strategi bermaksud kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran yang digubal. Strategi dikatakan sebagai konsep belakang tabir, dimana pelaksanaan adalah secara tidak langsung di dalam bilik darjah.

Dalam konteks strategi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu membuat satu perancangan yang teratur dan lengkap bagi mencapai tujuan dan matlamat dalam membentuk kejayaan. Strategi diperlukan oleh seseorang guru bagi memastikan murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar setelah merancang dan memperolehi kejayaan dalam hasil pembelajaran yang telah ditentukan.

Bagi guru yang kreatif dan inovatif akan menggunakan gabungan beberapa pendekatan dan kaedah yan tertentu bagi mencapai hasil pembelajaran atau objektif pengajaran. Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar murid berbeza tahap kebolehan, kecenderungan, bakat serta minat di samping pencapaian yang berlainan antara satu sama lain. Contohnya bagi murid LINUS dan kelas Perdana, tahap pencapaian akademik dan penerimaan murid adalah berbeza maka guru perlu bijak mengatur strategi supaya kesemua kemahiran dapat dikuasai dan diterima oleh kedua-dua aliran tersebut. Guru perlu mencari jalan bagi mengintergrasikan serta menyusun kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan penerimaan murid. Secara umumnya strategi merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum.

3.2 KLASIFIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.2.1 STRATEGI BERPUSATKAN GURUStrategi berpusatkan guru merupakan strategi konvensional yang masih lagi digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Antara ciri-ciri strategi berpusatkan guru Guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid bersifat pasif dalam pembelajaran.

Komunikasi sehala sahaja yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Fokus murid kepada hafazan dan tidak melakukan interpretasi Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat yang wujud.

Murid tidak kreatif, selain tiada daya inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baharu.3.2.2 STRATEGI BERPUSATKAN MURID Murid terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, manakala guru hanya sebagai fasilitator dalam proses pengajaran bahasa. Antara ciri-ciri berpusatkan murid

Ciri kepimpinan guru adalah demokrasi Interaksi dua hala berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian objektif diutamakan.

Murid bebas untuk bertanya dan memberi pendapat dan cadangan.

Masa diperuntukkan untuk murid meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bimbingan guru. Guru berpeluang berinteraksi dengan murid di samping mengesan kelemahan murid pada peringkat awal demi peningkatan pencapaian.

3.2.3 STRATEGI BERPUSATKAN BAHANStrategi berpusatkan bahan lebih memberi penekanan terhadap penggunaan bahan semasa sesi pengajaran guru. Penggunaan bahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan membantu murid memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Ciri-ciri strategi berpusatkan bahan: Pengajaran guru bergantung sepenuhnya kepada bahan bantu mengajar dan memudahkan pengajaran guru.

Kewujudan bahan dapat membantu murid mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru. Peranan guru adalah dominan dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran apabila murid hanya memberikan tindak balas terhadap bahan. Sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan bermakna. Mewujudkan sifat berdikari di kalangan murid kerana perlu menghasilkan projek tanpa kehadiran guru.3.2.4 STRATEGI BERPUSATKAN MASALAHStrategi ini dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Penglibatan murid adalah sepenuhnya. Strategi berpusatkan masalah memerlukan murid untuk menaakul pada proses pemikiran aras tinggi. Ciri-ciri strategi berpusatkan murid: Kewujudan asas pengenalpastian masalah, pencarian maklumat, membuat dan menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan.

Murid bebas memberikan idea, pendapat bagi meningkatkan kefahaman dan pemahaman serta ingatan.4.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN4.1 DEFINISI PENDEKATAN

Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988) menyatakan pendekatan adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait rapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.

Menurut buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, pendekatan ditakrifkan sebagai arah atau hala yang di ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Ia juga diertikan sebagai to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu

Konsep pendekatan pengajaran adalah sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara sesuatu pelajaran diajar berdasarkan kepada objektifnya. Pendekatan mestilah berlandaskan kepada model, prinsip atau teori. Pendekatan yang baik dan bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

Pendekatan wujud berdasarkan kepada beberapa aspek yang ingin kita sampaikan sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran.

Rajah 3: keberkesanan pendekatan

4.2 JENIS-JENIS PENDEKATAN

Merujuk kepada buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu terdapat 8 jenis pendekatan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran masa kini antaranya :4.2.1 Pendekatan Induktif

Pendekatan induktif didefinisikan sebagai satu proses penaakulan yang tinggi. Menurut Kierzek dan Walker Gibson (1960) pendekatan induktif dimulakan dengan sebab atau contoh dalam sesuatu generalisasi. Pendekatan ini melibatkan pengumpulan dan pentafsiran maklumatmaklumat dan kemudiannya berubah menjadi kesimpulan. Murid dibimbing oleh guru untuk berfikir, mengkaji, mengenal pasti seterusnya mentafsir maklumat lalu dijadikan kesimpulan atau generalisasi. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan seseorang guru boleh membantu murid menguasai konsep atau generalisasi berdasarkan kepada pemerhatian dan contoh-contoh yang diperolehi.Menurut sumber lain, B. seaton (1982), pembelajaran melalui pendekatan ini sama seperti seseorng murid mengalami proses mental dia mana ia memerhatikan peristiwa tertentu untuk memperoleh satu kesimpulan. Antara prinsip-prinsip pendekatan induktif ini adalah menggunakan contoh-contoh yang releven yang membolehkan murid dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru. Murid-murid juga digalakkan mengemukakan contoh-contoh yang diketahui oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Soalan-soalan yang disediakan mesti berkait rapat dengan contoh yang diberikan oleh murid supaya dapat membimbing murid membuat kesimpulan. Seterusnya, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat. Untuk lebih memudahkan murid menguasai peraturan-peraturan umum yang diperoleh daripada fakta ataupun contoh khusus, guru perlulah merancang aktiviti berkisar daripada contoh yang telah diberikan. Secara umumnya, jenis pendekaran induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan.

4.2.2 Pendekatan DeduktifPendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.Pendekatan ini mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum. Pendekatan ini bermula dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan dari sini pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum melalui contoh atau mengaplikasikan peraturan yang telah diberikan. Secara ringkasnya, seorang guru akan mengemukakan satu konsep, hukum atau kesimpulan dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas kefahaman. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan contoh tertentu daripada peraturan umum.

4.2.3 Pendekatan EklektifPendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Bagi kelas yang mempunyai murid yang pelbagai kebolehan, sesuai menggunakan pendekatan ini. Ini kerana ada kala sesetengah murid menggunakan pendekatan induktif dan segelintir murid mudah memahami pendekatan deduktif. Contoh, seseorang guru boleh memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Ada juga sesetengah bahagian guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dahulu dan diakhiri dengan memberikan contoh serta diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Sekiranya guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara iaitu cara kepada pendekatan induktif ataupun pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggunakan pendekatan deduktif. Dalam kaedah pengajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengaplikasikan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya guru lebih menggunakan pendekatan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan. 4.2.4 Pendekatan Komunikatif

Menurut sumber yang diperolehi Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an dimana Ahli Linguistik telah berpendapat bahawa bahasa ialah satu sistem terbuka dan dinamik dan digunakan sesebuah masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Menurut Juriah Long (1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli linguistik terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja kecekapan berbahasa , iaitu penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif.

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid. Ianya berfokus kepada komunikasi seperti bercerita, meminta maaf pelaporan dan sebagainya. Situasi ini sering berlaku dalam kehidupan seharian. Penekanan kepada pendekatan ini adalah lebih kepada gramatikal untuk tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, murid tidak akan menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah berkaitan dengan pengetahuan murid dalam aktiviti yang akan dilakukan. Guru perlu merancang terlebih dahulu aktiviti yang akan dijalankan agar murid dapat menggunakan bahasa dalam berkomunikasi dengan cara yang betul. Selain itu, pengajaran bahasa perlu dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar murid dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.

4.2.5 Pendekatan Tematik

Menurut buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, pendekatan tematik digunakan dalam pengajaran bahasa mengikut tema-tema tertentu. Pengajaran berkaitan dengan alam sekitar contohnya boleh dikaitkan dengan pendekatan tematik.

Menurut beberapa sumber, pendekatan tematik merupakan satu usaha untuk mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema.4.2.6 Pendekatan Konstruktivisme Pendekatan Konstruktivisme merupakan pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan serta pengalaman sedia ada. Konsep ini berfokus kepada pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Pendekatan konstruktivisme membolehkan murid mudah faham, yakin dan berasa seronok untuk belajar sepanjang hayat.

Amalan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme berlaku dimana murid mengunakan data dan sumber untuk memberi peluang kepada murid membina pengalaman dan kemahiran dalam bentuk pengetahuan baru atau menstrukturkan semula konsep alternatif. Seterusnya tugasan pembelajaran memerlukan kemahiran kognitif yang tinggi supaya dapat membantu murid membina konstruk sendiri melalu proses asimilasi atau menyesuaikan konsep sedia ada.Pengetahuan sedia ada murid dapat membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya untuk membentuk kesesuaian mengikut perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran lebih bermakna. Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan melalui proses mengintegrasi serta menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada.4.2.7 Pendekatan KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Melalui pembelajaran ini murid dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya, murid mengaplikasikan pengalaman mengutip buah-buahan di dusun dengan pengenalan jenis buah-buahan tempatan. Pendekatan ini mendorong murid menghubungkaitkan pengetahuan yang dimiliki dengan kehidupan seharian. Prinsp pendekatan asas perlula berkisar kepada penyampaian sesuatu isi dari mudah ke sukar atau permulaan yang maujud kepada abstrak. Pendekatan dalam pengajaran bahasa adalah sesuatu yang umum dan tidak menunjukkan cara menuju ke sesuatu haluan.4.2.8 Pendekatan MasteriPembelajaran Masteri bermaksud pendekata pengajaran dan pembelajaran yang memastikan murid menguasai hasil pembelajaran sesuatu topik sebelum berpindah ke topik seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang mencukupi disamping proses pengajaran dan pembelajaran guru yang berkualiti.5.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang. Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kaedah bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Menurut Mok Soon (1992), cara sesuatu objektif pembelajaran didekati dengan langkah penyampaian yang tersusun. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), kaedah adalah peredaran kea rah satu tujuan yang pengajaran yang dirancang dengan teratur. Menurut Hassan Langgulung (1981) kaedah bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Kesimpulannya apa sahaja cara dan tindakan yang dilakukan adalah memberi kefahaman kepada murid.

5.1 Kaedah Natural.Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu. Ia juga melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. 2 Cara untuk memperkembangkan teori bahasa:

Penguasaan.

Cara yang semula jadi, sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedari yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui penggunaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna. Pembelajaran.

Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa diperkembangkan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan pembetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari

Ciri-ciri Kaedah Natural Penekanan kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Mirip kepada prinsip audio-linguis Memperkembangkan keupayaan bahasa melalui penguasaan dan pembelajaran Kelas diasaskan kepada tugasan yang memenuhi keperluan murid.5.2 Kaedah Tatabahasa TerjemahanKaedah ini adalah lebih kepada nahu tradisional atau kaedah klasik. Penekanan diberikan kepada kemahiran menulis dan bukan kemahiran lisan. Kaedah ini tidak mementingkan fonetik dan penekanan ejaan dan penulisan dalam bahasa. Gabungan tatabahasa yang di ajar adalah tatabahasa formal.

Ciri-ciri Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Berfokus kepada aspek tulisan

Berteraskan pendekatan deduktif

Pengajaran dan praktikalnya berdasarkan ayat.

Menekankan hafazan peraturan bahasa

Mengekalkan bahasa pertama sebagai sistem rujukan

5.3 Kaedah TerusKaedah ini mula direka dan diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935. Kaedah yang digunakan oleh tentera untuk melatih tentera dan diplomat dalam perang. Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk operasi tentera adalah kemahiran lisan. Latih tubi digunakan secara intensif melalui guru bahasa. Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip engajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak kanak. Pengajaran digunakan dengan menggunakan benda-benda atau objek konkrit.

Ciri-ciri Kaedah Terus.

Hubungan secara terus antara perkataan dengan benda, ayat dengan fikiran dan sebagainya.

Mementingkan pengalaman sedia ada murid.

Timbulkan perasaan ingin tahu menerusi soalan yang dikemukakan.

Pengajaran haruslah berpandukan lunas-lunas kanak-kanak mempelajari ibunda mereka.

Utamakan bahasa lisan di mana kemahiran mendengar didahulukan.

Murid-murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar.5.4 Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah ini dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran guru adalah berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan dan perbendaaraan kata melalui guru bahasa atau penutur jati.

Ciri-ciri Kaedah Ajuk Hafaz Tatabahasa diajar secara mehghafaz

Menggunakan beberapa ayat asas melalui cara ajukan

Apabila ayat telah dihafaz sepenuhnya murid diminta membaca deskripsi asal dalam bahasa ibunda.5.5 Kaedah LinguistikKaedah ini pada dasarnya membandingkan dua bahasa iaitu di antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa lain. Pengetahuan bahasa murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa. Kaedah ini mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui murid-murid.

Ciri-ciri Kaedah Linguistik Mendahulukan bentuk daripada makna.

Mementingkan pengetahuan fonetik kerana pemilihan bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa diutamakan.

Pemilihan bentuk ayat adalah berdasarkan bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda

Mengajar dahulu sebutan bunyi yang ada persamaan dengan bunyi bahasa yang diketahui5.6 Kaedah Kod Kognitif

J.B. Caroll (1966) berpendapat bahawa kaedah ini merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan berasaskan teori huraian bahasa dan pembelajaran semasa.Kaedah ini terbentuk berlandaskan teori huraian bahasa Chomsky dan teori pembelajaran Gestalt.

Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat semula jadi dan sejagat.

Teori pembelajaran gestalt pula berpendapat bahawa pembelajaran terjadi dari saling tindakan seseorang kanak-kanak dengan persekitaran dalam proses kematangannya. Hasilnya, terbentuk celik akal iaitu satu corak pembentukan, imaginasi, dan idea baru. Teori ini menekankan kepentingan pengamatan, dan pemahaman struktur bahasa yang dipelajari.Ciri-ciri Kaedah Kod Kognitif

Menekankan kemahiran membaca dan menulis Murid-murid perlu berpengetahuan tentang tatabahasa yang hendak dipelajari.

Murid-murid diberi galakan untuk menggunakan secara maksimum kemampuan kreatif. Pengertian dan huraian dalam suatu pengajaran dan pembelajaran perlu diwujudkan guru. Menggunakan aplikasi tatabahasa tranformasi-generatif untuk menghuraikan bahasa

5.7 Kaedah Bahasa Komuniti Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL.

Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Kaedah ini berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing-teknik kemanusiaan.

Teknik yang menganggap mempunyai emosi dan perasaan di samping pengetahuan linguistik dan tingkahlaku.

Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan murid dalam satu interaksi.

Ciri-ciri Kaedah Bahasa Komuniti Memupuk semangat kekitaan dan perasaan keselamatan. Kebolehan murid meningkat maju dan mula berdikari.

Peranan guru sebagai pembimbing. Guru mengenal pasti sejauh manakah situasi pembelajaran yang baharu ini boleh mengugat proses pembelajaran yang mantap. Guru perlu menyokong dan memahami sifat murid-murid dalam usaha untuk menguasai bahasa tersebut5.8 Kaedah Oral-Aural Kaedah Oral-Aural merupakan satu kaedah mendengar dan bertutur. Keutamaan diberikan kepada kemahiran mendengar dan bertutur. Kaedah ini menggunakan dialog untuk menghafaz. Latih tubi dialog dijalankan dengan cara memberikan perhatian kepada intonasi yang betul Ciri-ciri Kaedah Oral-Aural Dimulakan dengan beberapa dialog tertentu

Dialog dipelajari melalui proses meniru dan menghafaz

Aktiviti dijalankan secara berkumpulan

Murid yang Berjaya mencapai kemahiran yang diharapkan baru diberikna teks.6.0 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6.1 DEFINISI TEKNIKTaktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Menurut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses. Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti6.2 TUJUAN TEKNIK

6.3 JENIS-JENIS TEKNIK

6.3.1 Teknik Drama

Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Drama dapat mempelbagaikan ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. Terdapat beberapa komponen di bawah teknik drama sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu

Mimos Improvasi

Simulasi

Pantomin

Teater Bercerita

Mestamu

Dikon

Main Peranan6.3.2 Teknik Permainan Bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka, silangkata ,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga kekata dan sebagainya. Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas. Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan intensif dan sebagai alat dianogstik. Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu:merangsang interaksi verbal pelajar

menambah kefasihan dan keyakinan

menyediakan konteks pembelajaran

bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan6.3.3 Teknik Latih Tubi

Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan kemahiran.

Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.

Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun huruf-huruf.

Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.

Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)

Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.6.3.4 Teknik Bercerita Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.

Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan melalui pementasan boneka.

Tujuan bercerita untuk:

Menimbulkan minat murid untuk belajar

Melatih kemahiran mendengar

Memupuk nilai-nilai murni

Memperkayakan pengalaman murid

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSRMata Pelajaran: Bahasa Malaysia

Tahun

: 1 Arif

Tarikh

: 21 Mac 2014

Bilangan Murid: 20 orang

Masa

: 8.10 pagi 9.10 pagi (60 minit)

Tema

: Mari BertaniTajuk

: Buah-buahan Tempatan

Fokus utama

: 1.5.1

Fokus sampingan: 3.4.1 Standard Kandungan: 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menngunakan ayat tunggalStandard Pembelajaran:

. 3.4 Menulis imlak dengan tepat 3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan tepat.Objektif:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:-

i). bercerita tentang kebun buah-buahan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betulii). Menulis imlak perkataan dengan tepat dan betul.Sistem Bahasa:

Tatabahasa: Ayat tunggal dan ayat tanyaKosa kata: inovasi, kreativiti, kreatif.Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum:Ilmu

: SainsNilai Murni: Kerjasama

EMK

: Kreativiti dan inovasi (Penjanaan Idea)

Keusahawanan (peluang perniagaan)Strategi:

Kemahiran Berfikir

: Menyusun maklumat, banding bezaKecerdasan Pelbagai : Konstruktivisme Mengembangkan Idea

Pembelajaran Kontekstual : Menghubung kait maklumat dengan kehidupan seharianBahan Bantu Mengajar:

JenisBilangan

1. Radio 1 buah

2. Buku Pop Up 1 buku

3. Batang Penyapu4 batang

4. Kad suku kata buah-buah yang telah dipotong20 keping

Pengalaman sedia ada: Murid pernah pergi ke dusun dan makan buah-buahan tempatanLangkah / masaKandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set induksi

(5 minit)Nyanyian Lagu

Musim Buah-buahan1. Murid diminta membaca lirik lagu .

2. Murid diminta menyanyikan lagu Musim Buah-buahan dengan bimbingan guru dan iringan radio. Strategi: Berpusatkan bahan Pendekatan: kontekstual

BSPP: kertas lagu

radio

Langkah 1(10 minit)Gambar Dusun Buah-buahan

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan

2. Murid diminta meneliti gambar Dusun Buah-buahan.

3. Wakil kumpulan murid diminta menceritakan gambar tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bergilir-gilirStrategi : berpusatkan bahan.

Pendekatan : deduktif

Teknik : Bercerita

BSPP: kad gambar dusun buah-buahan

Langkah 2

(10 minit)Buku Pop Up1. Berdasarkan buku Pop Up, guru menunjukkan kepada murid jenis buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia.

2. Murid menyebut buah-buahan tempatan yang terdapat dalam buku Pop Up.

3. Guru juga meminta murid menyebut buah-buahan tempatan yang tidak terdapat dalam buku tersebut tanpa menyenaraikan di papan putih.Strategi : berpusatkan guru

Pendekatan : eklektikBSPP: Buku Pop Up

Langkah 3

(10 minit) Permainan Menjolok Buah1. Dalam kumpulan, murid diminta menjolok buah (suku kata yang telah di potong).

2. Ahli kumpulan lain diminta menyambungkan suku kata menjadi perkataan buah-buahan tempatan.

3. Kumpulan yang dapat mencantumkan suku kata terbanyak akan di kira sebagai pemenang.

4. Murid diminta menyebut perkataan buah-buahan.Strategi : Berpusatkan bahan

Teknik : Permainan Bahasa

Pendekatan: kontekstual

Kecergasan Pelbagai:

Interpersonal

Langkah 4

(20 minit )Pentaksiran

Penulisan Imlak1. Guru menggunakan buku Pop Up menunjukkan gambar buah-buahan tempatan.

2. Murid diminta menulis perkataan buah-buahan berdasar sebutan guru.

3. Selesai menulis imlak, murid dan guru menyemak perkataan buah-buahan yang ditutup di buku Pop Up.

4. Murid yang berjaya menulis imlak dengan betul tanpa salah diberi hadiah.Strategi : berpusatkan Guru

Pendekatan: Deduktif

BSPP: Buku Pop Up

Pemulihan

1. Murid dibimbing menyebut buah-buahan tempatan

2. Murid memadankan gambar dan perkataan

Pengayaan 1. Murid mencari perkataan buah-buahan yang tersembunyi.

Penutup

( 5 minit )

Nyanyian Lagu

Musim Buah-buahan

Kognitif : Sosial

1. Murid diminta menyanyikan lagu Musim Buah-buahan dengan bimbingan guru dan iringan radio2. Murid menyenaraikan buah-buahan tempatan .

3. Murid menyatakan buah-buahan luar negara

REFLEKSI :

Alhamdulillah bersyukur pada Illahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan BMM 3173E ini dengan sempurna dan mengikut kehendak soalan yang telah dibekalkan kepada semua pelajar PPG. Pada kali ini, saya dan rakan-rakan seperjuangan telah diberi tugasan dalam subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah BMM 3173E. Tempoh masa yang ditetapkan adalah sebulan iaitu bermula 4 Ogos dan berakhir pada 4 September 2014. Dalam tempoh tersebut pelbagai cabaran dan dugaan yang saya hadapi, namun dengan ketabahan dan semangat, akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sempurna.

Dalam usaha untuk menyelesaikan tugasan, saya telah mencari pelbagai buku rujukan untuk dijadikan panduan. Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan bahan yang diperlukan supaya tugasan ini dapat disiapkan dengan segera. Tambahan pula, apabila membaca pelbagai buku, saya akan mendapat lebih banyak maklumat, sekaligus lebih memahami mengenai konsep kemahiran bahasa dan kemahiran bernilai tambah.

Secara umumnya Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar kepada semua rakyat Malaysia. Justeru itu setiap bangsa yang menetap di negara ini harus menguasainya. Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan bahasa ibunda ini kekal menjadi bahasa utama di negara ini.

Tugasan pertama pada kali ini, pelajar PPG diminta untuk menghuraikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik daripada pelbagai sumber yang diperolehi. Tugasan pertama ini agak mudah kerana setiap pelajar PPG diminta menghuraikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Apa yang saya perolehi, terdapat beberapa pengetahuan baru tentang strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Walaupun pada asasnya, telah saya pelajari semasa zaman maktab yang telah lama saya tinggal. Namun apabila sampai di sekolah tidak saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Ini memberi kesan kepada hasil pembelajaran murid saya kurang memberangsangkan. Sebagai guru saya perlu menukar strategi pengajaran dan pembelajaran saya agar murid saya dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran saya dengan berkesan.Selain daripada itu, pelbagai kaedah pengajaran yang saya dapati dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran saya. Seharusnya sebagai guru, saya perlu menukar kaedah pengajaran supaya murid berasa seronok dengan kaedah baru yang saya gunakan. Melihatkan situasi murid saya adalah murid yang pelbagai maka saya juga perlu memperbanyakkan teknik pengajaran dan pembelajaran saya agar murid berasa seronok dan memberi peluang untuk mereka berinteraksi antara satu sama lainSemasa berusaha menyelesaikan tugasan ini, saya mendapati bahawa bukan senang untuk menjadi seorang guru yang benar-benar berjiwa pendidik. Sebagai seorang guru, saya mestilah menjadi seorang yang sentiasa berfikiran terbuka dan menghargai murid-murid yang ada di dalam kelas. Saya perlu sentiasa ingat bahawa murid-murid di dalam kelas terdiri daripada pelbagai latar belakang dan keupayaan. Berdasarkan beberapa maklumat yang saya perolehi, maka perlu saya menggantikan teknik, kaedah, strategi dan pendekatan bagi memastikan murid saya dapat menguasai pengajaran yang saya ajarkan.

Tugasan yang kedua, pelajar PPG dikehendaki menyedia satu rancangan mengajar bertema salah satu tema yang terdapat dalam sukatan pelajaran KSSR sama ada Tahun 1, Tahun 2 atau Tahun 3. Berdasarkan pengalaman lalu saya pernah ditugaskan mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1, maka tidak sukar bagi saya menyediakan rancangan mengajar harian. Saya telah mempraktikkan hasil dapatan daripada menghadiri kursus KSSR Tahun 1, jadi saya gunakan peluang ini sebaik mungkin. Tugasan yang ketiga, pelajar PPG diminta bahan bantu mengajar (BBM) berdasarkan kepada rancangan harian yang telah saya rancangkan.Berdasaran kepada tugasan yan diberi, kekuatan yang saya perolehi ialah semangat bekerjasama di kalangan rakan-rakan amat baik. Kami selalu berbincang bersama untuk menyiapkan tugasan dan rakan sekerja sering memberi pandangan dan pendapat bagi menghasilkan tugasan yang bermutu dan berkualiti.

Selain daripada itu, kekuatan yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini ialah pengalaman saya mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1, membolehkan saya bersemangat menyediakan rancangan pengajaran harian serta membina bahan bantu mengajar dengan baik. Saya juga berasa seronok dengan tugasan membina bahan bantu mengajar dan saya akan pastikan supaya murid-murid saya akan teruja dengan bahan bantu mengajar yang saya hasilkan.

Seterusnya kekuatan yang saya perolehi berdasarkan carian maklumat melalui buku dan internet ialah telah meningkatkan pemahaman saya terhadap strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Maklumat-maklumat yang saya perolehi dapat saya aplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kekuatan pasti ada kekurangan yang kita perlu atasi. Terdapat banyak kekurangan yang perlu saya perbaiki. Antaranya dari segi pengurusan masa, sehingga semester 6 ini, saya masih tidak dapat membahagikan masa dengan baik. Melihat situasi saya sebagai pelajar di IPG dan seorang pendidik di sekolah, menjadikan tugasan yang saya laksanakan tidak bersungguh-sungguh serta tidak peka terutama pemeriksaan kesalahan ejaan semasa menaip tugasan..

Seterusnya, semasa menyiapkan tugasan, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang perlu saya baiki semasa sesi pengajaran. Jika dahulu strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang saya gunakan tidak mampu di gapai objektifnya,. Ini menyebabkan proses pengajaran berjalan bperlahan dan kadang kala belum dapat dipastikan oleh guru tentang strategi, pendekatan, teknik dan kaedah.

Sesungguhnya, memang banyak pengalaman yang saya perolehi. Tambahan pula, ada orang bijak pandai yang mengatakan bahawa pengalaman itu adalah guru yang terbaik. Jadi saya merasakan bahawa pengalaman yang saya perolehi ini, merupakan satu pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti kerana ianya amatlah berharga. Sesungguhnya, pengalaman ini tidak boleh dijual beli, hatta dengan segunung emas dan selaut perak sekalipun.

Secara tuntas, apa yang saya telah lakukan bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana ilmu itu luas dan perlu sentiasa kita timba. Walaupun hanya bermula dengan paksaan, ianya menjadi sesuatu yang amat saya hargai. Sekiranya saya bertindak untuk mengangkat bendera putih sebelum berjuang, maka, saya akan menjadi orang yang paling malang sekali kerana melarikan diri daripada ilmu. Semoga apa yang diperolehi ini, dapat memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya bagi insan-insan yang mendahagakan ilmu.BIBLIOGRAFIBUKU

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Dr. Faridah binti Nazir dan Dr Tuan Jah binti Tuan yusof. (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolaj Rendah. Selangor : Penerbitan Multimedia Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar bakti Sdn.BAHAN INTERNET

mashitohishak.blogspot.com telah diakses pad 31 Ogos 2014tanleehong69.blogspot telah diakses oleh guru pada 31 Ogos 2014.

PJM 3152

PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKANJASMANI DAN SUKAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

PENDIDIKAN JASMANI

AMBILAN FEBRUARI 2012

Strategi

Pendekatan

Kaedah

Teknik

PdP

Strategi Berpusatkan Guru

Strategi Berpusatkan Murid

Strategi Berpusatkan Bahan

Strategi berpusatkan Masalah

Rajah 2: Klasifikasi Strategik

Pendekatan

Eklektif

Pendekatan

Komunikatif

Pendekatan

Tematik

Pendekatan

Deduktif

Pendekatan

Konstruktivisme

Pendekatan

Induktif

PENDEKATAN

Pendekatan

Konstekstual

Pendekatan

Masteri

KAEDAH KOD KOGNITIF

KAEDAH LINGUISTIK

KAEDAH AJUK HAFAZ

KAEDAH TERUS

KAEDAH BAHASA KOMUNITI

KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

KAEDAH ORAL-AURAL

JENIS-JENIS KAEDAH

KAEDAH NATURAL

Teknik

Drama

JENIS TEKNIK

Teknik

Latih

Tubi

Teknik

Bercerita

Teknik

Permainan

Bahasa

eida_81 42