bml3033 psikolinguistik

Upload: nitotony73

Post on 03-Jun-2018

322 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    1/13

    BML3033

    PSIKOLINGUISTIKTUGASAN INDIVIDU

    BAHAGIAN A

    1. (a) Berikan maksud Linguistik.

    (b) Huraikan tahap kognitif.

    BAHAGIAN B

    1. (a) Bincangkan Peringkat Pemerolehan Bahasa Kedua.

    (b) Huraikan Teori Pembiasaan Klasik dari Pavlov.

    NAMA PELAJAR : NITO ANAK TONY

    NOMBOR I.D. : D20112055167

    KUMPULAN : UPSI 02

    NAMA PENSYARAH : NORUL HAIDA BINTI REDUZAN

    TARIKH AKHIR : 13 MAC 2014

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    2/13

    PENGHARGAAN

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

    tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat

    sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya

    supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

    Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Norul Haida

    binti Reduzan kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang

    sejelasnya untuk membuat tugasan ini.

    Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

    dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

    yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

    Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

    langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

    Sekian, terima kasih.

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    3/13

    Kandungan

    Bilangan Perkara Muka surat

    Bahagian A

    1 1. (a) Berikan maksud Linguistik. 1

    2 (b) Huraikan tahap kognitif. 2

    Bahagian B

    3 1. Bincangkan Peringkat Pemerolehan Bahasa Kedua. 5

    4 2. Huraikan Teori Pembiasaan Klasik dari Pavlov. 7

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    4/13

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    5/13

    (b) Huraikan tahap kognitif.

    Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif

    pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom (1956), aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap

    iaitu pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Domain taksonomi

    Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu

    dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam tahap dalam domain kognitif Taksonomi

    Bloom ini. Tahap tahap tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu

    pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji

    kesemua aspek taksonomi dari tahap terendah hingga ke tahap tertinggi. Berikut adalah hierarki

    Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

    Tahap pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini

    menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang

    telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama

    pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang

    kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau

    prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalah pengetahuan

    tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa,

    apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu

    menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah,

    fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.

    Tahap yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi

    huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang

    pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa

    mengubah makna asal. Aras kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan

    menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah

    ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan

    berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat

    interpretasi mudah, menunjukkan bukti kefahaman, dapat menggunakan ayat dan maklumat

    untuk diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras

    kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan

    2

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    6/13

    kelaskan.

    Tahap yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar

    menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-

    benar memahami segala konsep, teori, dan hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras

    aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya

    melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti

    selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

    Tahap yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk

    memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara

    unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur unsur dan struktur.

    Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid

    menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia

    ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Ketiga

    adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang

    digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

    Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan

    memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan

    melihat perkaitan antara komponen.

    Tahap yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk

    menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini

    penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba

    menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan

    menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori

    yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah

    kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau

    membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori dan hipotesis untuk menghuraikan

    sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi

    berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor

    yang diberi.

    Tahap yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai

    3

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    7/13

    sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan

    tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya.

    Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk

    dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai

    ke atas sesuatu bahan, idea, dan kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan

    pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan

    dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu

    menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh

    kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang

    dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu

    penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati.

    Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai

    kebudayaan tertentu.

    4

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    8/13

    BAHAGIAN B

    1. Bincangkan Peringkat Pemerolehan Bahasa Kedua.

    Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) maksud bahasa kedua adalah bahasa yang kedua

    dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh. Bahasa kedua ini

    adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu.Siti Hajar Abdul Aziz (2009)

    menyatakan bahawa tahap pemerolehan bahasa kedua berbeza-beza antara seorang dengan

    seorang yang lain. Pemerolehan bahasa kedua dalam kalangan kanak-kanak dikatakan lebih

    baik berbanding orang dewasa. Menurut beliau lagi, kanak-kanak dapat memperoleh bahasa

    kedua secara tidak sengaja ketika bergaul dengan rakan sebaya yang menuturkan bahasa sasaran

    itu manakala orang dewasa memperoleh bahasa kedua biasanya melalui pembelajaran secara

    formal.

    Secara umumnya, pemerolehan bahasa kedua dapat dibahagikan kepada 5 tahap iaitu

    tahap prapenghasilan, tahap penghasilan awal, tahap kemunculan ujaran, tahap kefasihan

    peringkat pertengahan, dan tahap kefasihan peringkat maju. Pada tahap prapenghasilan, penutur

    mungkin menguasai beberapa ratus kosa kata bahasa kedua yang difahami oleh mereka tetapi

    mereka masih belum bertutur. Oleh itu, tahap ini dikatakan tahap senyap. Penutur bahasa kedua

    pada tahap ini akan mendengar dengan tekun atau hanya menyalin perkataan yang terdapat di

    papan putih. Selain itu, mereka boleh memberikan gerak balas terhadap gambar atau media

    visual serta boleh memahami bahasa tubuh dan pergerakan untuk menunjukkan kefahamannya.

    Dalam situasi ini penutur memerlukan lebih banyak pengulangan dan bantuan rakan penutur

    natif bahasa tersebut.

    Pada tahap penghasilan awal, penutur mula membina pemahaman dan kosa kata secara

    aktif. Didapati bahawa tahap ini mengambil masa sehingga 6 bulan. Penutur sudah mula bertutur

    satu atau dua kata serta boleh menggunakan sejumlah ayat pendek yang dapat diingatinya

    walaupun terdapat kesalahan dalam penggunaannya. Siti Hajar (2009) mengemukakan beberapa

    aktiviti yang dapat diaplikasikan kepada penutur pada tahap ini seperti:

    i) menggunakan gambar atau bahan sebenar sebagai bahan pengajaran atau untuk sokongan

    kepada pertanyaan

    ii) melaksanakan pelbagai aktiviti mendengar

    iii) membina kosa kata menggunakan gambar-gambar

    5

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    9/13

    iv) mengubah suai maklumat kandungan kepada aras bahasa kedua

    v) mengemukakanpertanyaan dengan jawapan tertutup seperti ya atau tidak

    Penutur bahasa kedua pada tahap kemunculan ujaran boleh berkomunikasi menggunakan

    frasa dan ayat yang mudah kerana mereka sudah memperoleh beratus-ratus perkataan. Penutur

    bahasa kedua sudah boleh bertanyakan soalan yang mudah dan mungkin boleh memulakan

    perbualan dengan rakan. Penutur juga didapati boleh memahami cerita pendek yang dibacakan

    kepada mereka dengan bantuan gambar. Siti Hajar Abdul Aziz (2009) telah mengemukakan

    beberapa aktiviti yang dapat dijalankan pada tahap ini, antaranya:

    i) menyampaikan cerita dengan sebutan yang betul

    ii) melengkapkan cerita pendek atau teks yang diubah suai berkaitan dengan isi pelajaran

    iii) memadankan perkataan dengan maknanya

    iv) menulis dan melangkapkan teka-teki

    v) mengarang cerita pendek berdasarkan pengalaman sendiri

    Pada tahap kefasihan peringkat pertengahan, penutur sudah mula menggunakan ayat yang

    lebih kompleks apabila bertutur dan menulis kerana penutur sudah memperoleh beribu-ribu kosa

    kata bahasa kedua. Pada peringkat ini juga, pemahaman terhadap bahan kesusasteraan semakin

    meningkat. Penutur akan menggunakan strategi bahasa ibunda mereka untuk mempelajari

    kandungan dalam bahasa kedua serta menterjemahkan tugasan mereka daripada bahasa ibunda.

    Penulisan mereka pada tahap ini tidak terlepas daripada kesalahan. Oleh itu, mereka akan cuba

    memahirkan diri dengan kerumitan tatabahasa dan struktur ayat bahasa sasaran. Penutur bahasa

    kedua juga boleh memahami konsep yang lebih kompleks, mensintesiskan apa-apa yang telah

    dipelajari oleh mereka serta membuat inferansdaripada pembelajaran tersebut.Akhirnya, pada tahap kefasihan peringkat maju iaitu kanak-kanak boleh mencapai

    kefasihan bahasa ini pada umur kira-kira 4 hingga 10 tahun. Pada tahap ini, kebanyakan penutur

    berminat untuk menggunakan bahasa kedua dalam perbualan dan aktiviti pembelajaran. Penutur

    bahasa kedua masih memerlukan sokongan daripada guru terutama yang berhubungan dengan isi

    kandungan pelajaran.

    6

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    10/13

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    11/13

    Bunyi loceng (CS) air liur keluar (CR)

    Berdasarkan eksperimen di atas, semakin jelaslah bahawa belajar adalah perubahan

    yang ditandai dengan adanya hubungan antara stimulus dengan respon. Kesimpulan yang dapat

    kita buat dari hasil eksperimen Pavlov adalah apabila stimulus yang diadakan (CS) selalu disertai

    dengan stimulus penguat (UCS), stimulus tadi (CS) cepat atau lambat akhirnya akan

    menimbulkan respon atau perubahan yang kita kehendaki yang dalam hal ini CR.

    Berikut adalah tahap-tahap eksperimen dan penjelasan dari gambar di atas:

    Gambar pertama. Dimana anjing, apabila diberikan suatu makanan (UCS) maka secara

    automatik anjing akan mengeluarkan air liur (UCR).

    Gambar kedua. Jika anjing dibunyikan sebuah loceng maka ia tidak memberi respon atau

    mengeluarkan air liur.

    Gambar ketiga. Sehingga dalam eksperimen ini anjing diberikan suatu makanan (UCS) setelah

    diberikan bunyi loceng (CS) terlebih dahulu, sehingga anjing akan mengeluarkan air liur (UCR)

    akibat pemberian makanan.

    Gambar keempat. Setelah aktiviti ini dilakukan secara berulang-ulang, maka ketika anjing

    mendengar bunyi loceng (CS) tanpa diberikan makanan, secara automatik anjing akan

    memberikan respon seperti keluarnya air liur dari mulutnya (CR).

    8

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    12/13

    Dalam ekperimen ini menunjukkan cara untuk membentuk perilaku anjing agar ketika bunyi

    loceng dibunyikan, ia akan memberi respon dengan mengeluarkan air liur walaupun tanpa

    diberikan makanan. Akibat pada awalnya, anjing tidak memberi respon sekalipun ketika

    mendengar bunyi loceng.

    Jika anjing secara terus menerus diberikan stimulus seperti bunyi loceng dan kemudian

    mengeluarkan air liur tanpa diberikan sebuah hadiah berbentuk makanan. Maka kemampuan

    stimulus kebiasaan (bunyi loceng) untuk menimbulkan respon (air liur) akan hilang. Hal ini

    disebut dengan extinction atau penghapusan.

    Pavlov mengemukakan empat peristiwa eksperimental dalam proses akuisisi dan

    penghapusan sebagai berikut:

    1. Stimulus tidak terkondisi (UCS), suatu peristiwa lingkungan yang melalui kemampuanbawaan dapat menimbulkan refleks organismik. Contoh: makanan

    2. Stimulus terkondisi (CS), Suatu peristiwa lingkungan yang bersifat neutral dipasangkandengan stimulus tidak terkondisi (UCS). Contoh: Bunyi loceng adalah stimulus neutral

    yang dipasangkan dengan stimulus tidak terkondisi berbentuk makanan.

    3. Respons tidak terkondisi (UCR), refleks semulajadi yang ditimbulkan secara automatikatau dengan sendirinya. Contoh: mengeluarkan air liur

    4. Respos terkondisi (CR), refleks yang dipelajari dan muncul akibat dari penggabungan CSdan US. Contoh: keluarnya air liur akibat penggabungan bunyi loceng dengan makanan.

    Mengkaji psikologi behavioristik menggunakan suatu pendekatan ekperimental, refleksiologis

    objektif Pavlov tetap merupakan model yang luar biasa dan tidak ada tandingan.

    9

  • 8/12/2019 BML3033 PSIKOLINGUISTIK

    13/13

    Sumber internet:

    https://www.google.com/search?q=maksud%20linguistik&ie=utf-8&oe=utf-

    8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=np

    https://www.google.com/search?q=tahap%20kognitif&ie=utf-8&oe=utf-

    8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=np

    https://www.google.com/search?q=bahasa%20kedua&ie=utf-8&oe=utf-

    8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=np

    https://www.google.com/search?q=teori%20pembiasaan%20klasik%20pavlov&ie=utf-8&oe=utf-

    8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=np

    https://www.google.com/search?q=maksud%20linguistik&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=maksud%20linguistik&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=maksud%20linguistik&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=tahap%20kognitif&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=tahap%20kognitif&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=tahap%20kognitif&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=bahasa%20kedua&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=bahasa%20kedua&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=bahasa%20kedua&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=teori%20pembiasaan%20klasik%20pavlov&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=teori%20pembiasaan%20klasik%20pavlov&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=teori%20pembiasaan%20klasik%20pavlov&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=teori%20pembiasaan%20klasik%20pavlov&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=teori%20pembiasaan%20klasik%20pavlov&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=bahasa%20kedua&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=bahasa%20kedua&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=tahap%20kognitif&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=tahap%20kognitif&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=maksud%20linguistik&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=nphttps://www.google.com/search?q=maksud%20linguistik&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=np