bmk.docx

88
1 BMK ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA M/S 1. ISI KANDUNGAN 1 2. PENGHARGAAN 2 3. KEMAHIRAN KOMUNIKASI KOMUNIKASI INTERPERSONAL & INTRAPERSONAL: - CIRI-CIRI KOMUNIKASI - HALANGAN KOMUNIKASI 3 – 11 4. DAFTAR EJAAN BAHASA MELAYU 12 – 29 5. KESILAPAN UMUM TATABAHASA 3O – 55 6. HALAMAN UTAMA LAMAN WEB 3 KEMENTERIAN DI MALAYSIA - KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN - KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA 56 – 71 7. REFLEKSI 72 8. BIBLIOGRAFI 73

Upload: vimala-visha

Post on 16-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BMK

ISI KANDUNGAN

BIL.PERKARAM/S

1.ISI KANDUNGAN1

2.PENGHARGAAN2

3.KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KOMUNIKASI INTERPERSONAL & INTRAPERSONAL:

CIRI-CIRI KOMUNIKASI HALANGAN KOMUNIKASI

3 11

4.

DAFTAR EJAAN BAHASA MELAYU

12 29

5.

KESILAPAN UMUM TATABAHASA3O 55

6.

HALAMAN UTAMA LAMAN WEB 3 KEMENTERIAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA

56 71

7.

REFLEKSI72

8.

BIBLIOGRAFI73

PENGHARGAAN

Pertamanya, saya ingin mengucapkan seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual ini, Pn. Rokiyah Bt. Md Zain serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu saya bagi menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Melalui tugasan ini, beberapa perkara dan pengetahuan ilmiah dapat saya pelajari dan perbaiki terutama berkenaan dengan subjek Bahasa Melayu Kontekstual ini dan beberapa kemahiran lain dalam berkomunikasi. Antaranya adalah teknik-teknik untuk menjadikan sesuatu komunikasi itu berkesan dan efektif serta kemahiran-kemahiran lain.

Akhir kata,saya berharap dengan tugasan yang telah diberikan ini, ia bukan sahaja menjadi sebahagian tugasan kerja kursus kepada kami, bahkan turut dapat memberi manfaat kepada saya serta rakan-rakan seperjuangan yang lain sebagai guru pelatih supaya ilmu serta kemahiran-kemahiran yang kami perolehi melalui tugasan ini dapat dapat kami aplikasikan pada masa-masa akan datang.

KEMAHIRANKOMUNIKASI

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

S.Bernard RosenblattDalam bukunya Communication in Business (l983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.

Emery, Ault dan Agee (Dlm. Sulaiman Masri, 1997) komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang.

RUMUSAN TAKRIF KOMUNIKASI

Proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia.

ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI

Penyampai Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi. perlakuan lisan dan bukan lisan

Penerima Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat

Maklumat / mesej maksud/ fakta / niat yang difahami oleh penerima maklumat

Maklum balas Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesaj sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

DEFINISI

Merujuk kepada maksud dari Wikipedia, komunikasi interpersonal menunjuk kepada komunikasi dengan individu lain.

CIRI-CIRI

Komunikasi antara individu. Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih. Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu Juga berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja.

CONTOH E,IIINTERPERSONAL

Diskusi berkumpulan Ceramah agama Kuliah pembelajaran

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

DEFINISI

Komunikasi intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam diri seseorang komunikator itu sendiri.

CIRI-CIRI

berlaku di dalam diri seseorang. Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya. bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.

CONTOH E,IIINTERPERSONAL

bermonolog dengan diri sendiri menghafal sesuatu

HALANGAN KOMUNIKASI

HALANGAN LUARAN

HALANGAN DALAMAN

BAHASA Takrifan sesuatu perkataan yang berbeza mengikut sesuatu tempat dengan tempat yang lain Loghat atau dialek sesuatu tempat Penggunaan bahasa yang berlainan antara komunikator

KONFLIK ANTARA INDIVIDU

Wujud konflik antara penyampai dan penerima maklumat Penerima sukar menerima idea orang lain

PERBEZAAN LATAR BELAKANG

Penggunaan bahasa yang tinggi oleh penyampai dan menyukarkan penerima yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah untuk memahami sesuatu maklumat

PERBEZAAN PERSEPSI

Selective Perception atau perbezaan persepsi antara individu. Sebagai contoh, dua individu mentafsir atau menterjemahkan sesuatu idea dengan pendapat yang berbeza dalam satu mesyuarat.

TERLALU BANYAK RANGKAIAN Terjadinya konsep telefon buruk, iaitu maklumat baru ditambah,dan maklumat asal diubah Mesej asal tidak sampai kepada kumpulan sasar

PENDENGARAN TIDAK TELITI

Penerima tidak mendengar mesej yang disampaikan oleh penyampai dengan teliti Penyampai tidak mendengar respons atau maklumbalas dari pendengar dengan teliti.

DAFTAR EJAAN BAHASA MELAYU

EJAAN

SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan RumiSistem ejaan Bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaanya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Hal ini adalah kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti yang berkenaan : Huruf vokal : a, e, i, o, u Huruf diftong : ai, au, oi Huruf konsonan : Huruf-huruf selain huruf vokal Huruf konsonan gabungan : gh, kh, ny, ng, sy

Huruf VokalDalam Bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, dan u sepeti dalam jadual di bawah :Huruf

Fonemdi hadapandi tengahdi belakang

A

[a]bayimakanroda

E[]

[e]emak

elaksepi

semakmekanisme

tauge

I

[i]ikansainghari

O

[o] otakdodolsolo

U

[u]usapsulamTiru

Huruf KonsonanDalam Bahasa Melayu,ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf seperti rajah di bawah :Huruf

Bunyidi hadapandi tengahdi belakang

B

/b/balaksabarsebab

C

/c/calarbucuMac

D

/d/ dadubidaabad

F/f/ferimusafiralaf

G

/g/gilabagusbeg

Gh

//ghazalmaghribbaligh

H

/h/ hantubahamnanah

J

/j/ jaribajumontaj

K

/k/ kulatbakulotak

Kh

/x/khemahakhirmarikh

L

/l/laukbalabawal

M

/m/ masuktimahruam

N

/n/nantisenantiasabulan

Ng

//ngangaanganbuang

Ny

//nyalanyanyi-

P

/p/pulausapasuap

Q

/q/qariwuqufIraq

R

/r/rotibarubakar

S

/s/sayarasapanas

Sy

//syariahisytiharQuraisy

T

/t/tenuksatuinternet

V

/v/vanuniversal-

W

/w/wausawa-

Y

/y/yangsayang-

(i) x

(ii) z/z/xenon

zat-

lazat-

hafaz

Huruf DiftongDalam Bahasa Melayu ada tiga fonem yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti carta di bawah :

HurufBunyidi depandi tengahdi belakang

ai

/ai/aisingghaibtirai

au

/au/audiosaudarasurau

oi

/oi/oidiumboikotamboi

Sistem Keselarasan Huruf VokalKeselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

Pola Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru Bahasa Malaysia, iaitu:Bil.

Suku kata praakhirSuku kata Akhir TertutupContoh Penggunaan

1.

aakata saya malang

2.

aihari sari lari

3.

aubaru batuk kasut

4.

e (pepet)abekas cemas seram

5.

e (pepet)iperit serik beli

6.

e (pepet)useru terus perut

7.

e (taling)aerat perak pelat

8.

e (taling)e (taling)beret belek ceret

9.

e (taling)oesok herot cebok

10.

iacicak lima wira

11.

iibisik cicit licik

12.

iubisu ilmu tiru

13.

oabotak corak todak

14.

oe (taling)bodek coret toleh

15.

oobolos obor solo

16.

uabulat mula tuba

17.

uiduri tulis muzik

18.

uuuntuk buluh seluruh

Kekecualian Keseluruhan Huruf VokalKekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan Bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Bil.

Pola VokalContoh Bahasa NusantaraContoh Bahasa Inggeris

1.

a - e talinganeh kaget pamerkabaret panel

2.

a - ocalon lapor perabotatom factor

3.

e pepet - e talinggembleng-

4.

e pepet obendok jempolgabenor intercom

5.

i e talingimleksimen tiket

6.

i - oijon pilondiftong transistor

7.

u e taling tulen uletsubjek dokumen

8.

u obunglon leluconkupon konduktor

9.a e pepetpakemTeater

10.

e taling-hipotesis objektif

11.

e taling - u-petroleum spectrum

12.e pepet e pepetdemdem pepet-

13.

o i-fosil hipokrit

14.

i e pepetisengartikel filem

15.

o u-bonus forum

16.

u e pepetlumerSkuter

17.

e taling e pepet-Meter

18.o e pepetOktober

Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil Permulaan AyatHuruf pangkal pada perkataan pertama di permulaan ayat dan perkataan pertama selepas noktah perlu ditulis dengan huruf besar.

Nama KhasHuruf pangkal pada semua kata nama khas seperti nama orang,sesebuah pertubuhan atau organisasi, tempat, cogan kata dan sebagainya harus ditulis dengan huruf besar. Contohnya:

Kata Sendi dan Kata HubungHuruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke, dan, atas, dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. Contohnya :

Penggunaan Tanda Baca, Tanda Titik atau NoktahSingkatan bagi gelaran, jawatan, pangkat dan sisipan ditulis menggunakan titik. Contohnya: Dr. (Doktor) Sdr. (Saudara) En. (Encik) Y.A.B (Yang Amat Berhormat) Tn. (Tuan) Kol. (Kolonel)

Singkatan UmumSingkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya:

b.p. (bagi pihak)dsb. (dan sebagainya)m.s. (muka surat)dll. (dan lain-lain)spt. (seperti)hlm. (halaman)

Ejaan Nama Tempat / Nama KhasPada asanya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis mengikut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing. Dalam Malaysia (Sebelum 1972)

Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya:

CherasKlangAyer KerohKampung Nyior

Dalam Malaysia (Selepas 1972)Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakkan menggunakan ejaan baru. Contohnya:

Teluk IntanTaman Bukit CahayaTeluk Air TawarKampung Baharu

Luar Negeri (Melayu)

Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian. Contohnya:

6. Amerika Syarikat 7. Republik Rakyat China 8. MesirPerancisBelanda KanadaJapanFilipina

Luar Negeri (Antarabangsa)

Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian. Contohnya:

EnglandNew-YorkCubaBosnia-Herzagovina

Ejaan Nama Orang

Ejaan nama orang ,mengikut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, kita digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran dan pengenalan.

Penulisan PartikelAda empat partikel dalam Bahasa Melayu iaitu kah, lah, tah dan pun. Dalam ejaan baku Bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya tanpa tanda sempang. Contohnya:

adalahsiapakahtolonglahitukahbilatahapatah

Ada dua cara menulis partikel pun iaitu:

Ditulis Terpisah

Partikel pun yang bermaksud juga ditulis terpisah daripada kata yang ada disampingnya iaitu:a. Apa pun yang dilakukannya tetap mendapat perhatian.b. Rambutnya pun tidak bersikat.c. Akibat terlalu letih, dia pun tertidur Ditulis Serangkai

Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun iaitu:

- adapun- andaipun- biarpun - kendatipun- mahupun- sekalipun- walaupun- bagaimanapun- kalaupun- lagipun - sungguhpun - meskipun - ataupun

Penggunaan di dan ke

Sebagai Kata Sendi

Berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis terpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Contohnya:

Dari Manchester Maria ke jalan lain ke Roma.

Sebagai Kata Imbuhan

Berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya. Contohnya:

- disimpan- kedua - diawasi - kelima-lima- disyorkan- kehendak - dipercepat- kesemua- dikenal pasti - kesudahan

Penulisan Tanda Sempang

Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti di bawah: Menulis Kata Ganda Penuh

Contohnya:

- Anak-anak - Pegawai-pegawai - Lambat-lambat - Kerusi-kerusi

Menyambung Suku Kata

Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris seperti:

...mereka yang bertang-gungjawab sahaja...anda perlulah bersabar da-lam banyak hal...

Perjelaskan Ungkapan

Contohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi

Merangkaikan Huruf

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil pada kata yang sama seperti:

Hamba-MuRahmat-NyaKDNnyaPro-ArabSe-Malaysia

Mengaitkan Kata Sendi

Tanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendi ke dengan angka, seperti:

Ke-20Ke-100Ke-3,000

Merangkaikan Angka

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran an seperti:

Tahun 50-anTahun 60-anTahun 70-an

Menyatakan Hubungan

Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau kata istilah seperti:

Alat pandang - dengarLebuh raya utara - selatan

KESILAPAN UMUM TATABAHASA

KESALAHAN DARI SEGI KATA

Kata Ganti Diri

Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.

Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang.

Contoh:

SALAH

BETUL

Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah.

Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah.

Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung.

Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung.

Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.

Contoh:

SALAH

BETUL

Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali.

Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali.

Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat.

Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat.

Kata kami bererti saya dengan dia. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Orang yang diajak bercakap disertakan.

Contoh:

SALAH

BETUL

Kami mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul.

Kita mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul.

Kita akan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie.

.Kami akan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie.

Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.

Contoh:

SALAH

BETUL

Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih.

Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih.

Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca.

.Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca.

Kata mereka tidak boleh diulang.

Contoh:

SALAH

BETUL

Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat.

Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat.

Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.

Contoh:

SALAH

BETUL

Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh.

Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh.

Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta.

.Kucing itu mati kerana dilanggar kereta.

Kata Bilangan

Terdapat 6 jenis kata bilangan:

Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya. Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya. Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya. Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap. Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya. Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.

Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.

Contoh:

SALAH

BETUL

setengah orang

setengah-setengah/ sesetengah orang

tiap murid

. tiap-tiap murid

berbagai warna

berbagai-bagai warna

kedua mempelai

kedua-dua mempelai

Kata para tidak boleh diulang.

Contoh:

SALAH

BETUL

Para-para pendudukperlu bekerjasama.Para pendudukperlu bekerjasama.

Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.

Contoh:

SALAH

BETUL

dua setengah meterdua meter setengah

dua suku jamdua jam suku

tiga setengah ringgit

tiga ringgit setengah

Penjodoh Bilangan Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.SALAHBETUL

setiap orang muridsemua orang pekerjaseluruh buah kampungsegala ekor binatangsekalian orang pesertapara orang gurusetiap muridsemua pekerjaseluruh kampungsegala binatangsekalian pesertapara guru

Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.SALAHBETUL

beberapa buah usulkedua-dua bentuk sifatsetiap buah sumbangansemua buah pendapatsegala butir cadangantiap-tiap bentuk kenanganpelbagai bentuk teguranbeberapa usulkedua-dua sifatsetiap sumbangansemua pendapatsegala cadangantiap-tiap kenanganpelbagai teguran

Kata Sendi Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada; ke dan kepada . Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.SALAHBETUL

Devi datang daripada Batu Kurau.Saya menunggu Ana daripada pukul dua.Ely terima surat dari ElyasSaya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidupDevi datang dari Batu Kurau.Saya menunggu Ana dari pukul dua.Ely menerima surat daripada Elyas.Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.

Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Contoh: a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah ) ~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul ) b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah ) ~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul ) c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah ) ~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul ) d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah ) ~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )

Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa. Contoh: a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah ) - Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul ) b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah ) - Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul ) c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah ) - Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )

Kata Kerja Ada dua jenis kata kerja:a. Kata kerja transitif b. Kata kerja intransitif atau tak taransitif

a) Kata kerja transitif terbahagi kepada: kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. ) kata kerja yang berapitan men..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.) kata kerja yang berawalan mengi ( membanjiri, menghadiahi dsb.) kata kerja yang berawalan rangkap memper . ( memperdaya, memperoleh) kata kerja yang berapitan memper.kan ( memperhatikan, mempergunakan). Kata kerja yang berapitan memper.i ( mempelajari, mempersentai dsb.)

Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men- a. buang sampah ( salah ) membuang sampah ( betul )b. goring ikan ( salah ) menggoreng ikan ( betul )

Kata kerja transitif yang berapitan menkan dan meni berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.Contoh:SALAHBETUL

Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.Hanim mengambilkan Ishak segelas air.Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.Yatie menasihati saya agar rajin belajar.

Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada: Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya. Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.) Kata kerja yang berapitan beran ( berdekatan, berguguran ) Kata kerja yang berapitan berkan ( berpandukan, berlandaskan dsb.) Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.) Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)

Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh: - tanya kepada Hamidah ( salah ) bertanya kepada Hamidah ( betul ) - jangan lompat ( salah ) jangan melompat ( betul ) - senyum kepada Kartina ( salah ) tersenyum kepada Kartina ( betul ) Kata Hubung Ada 3 jenis kata hubung iaitu: Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi. Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb. Kata hubung berpasangan seperti baikataupun, baikmahupun. Bukan saja.tetapi juga dan sebaginya.

Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh: Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan. Budak itu cantik kecuali sombong. Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel. Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya. Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.

Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.Contoh: Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah ) Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah ) Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah ) Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah ) Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah ) Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.SALAHBETUL

Apakah benar kata-katamu itu?Apakah dia menangis?Apakah aku bersalah?Adakah benar kata-katamu itu?Adakah dia menangis?Adakah aku bersalah?

boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.SALAHBETUL

Syimir sudah boleh menunggang kuda.Mazni tidak boleh pergi kerana demam.Kami tidak boleh datang kerana hujan.Syimir sudah dapat menunggang kuda.Mazni tidak dapat pergi kerana demam.Kami tidak dapat datang kerana hujan.

bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat. Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.SALAHBETUL

Cincin ini bukan cantik.Kami bukan membaca buku.Basikal ini bukan mahal.Saya bukan duduk di situ.Cincin ini tidak cantik.Kami tidak membaca buku.Basikal ini tidak mahal.Saya tidak duduk di situ.

pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.SALAHBETUL

Kawasan pendalaman itu akan dimajukan.Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.

KESALAHAN DARI SEGI FRASAFrasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM) Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui: Pengulangan kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya. Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya. Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya. Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh: dua biji telur semua murid para pendidik pelbagai acara segala haiwan sekalian penduduk seluruh kawasan

Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh: Lukisan itu cantik-cantik belaka. Pakaian di situ mahal-mahal harganya. Ayam di situ gemuk-gemuk. Pemuda di sini gagah-gagah belaka. Gadis di sini cantik-cantik. Kuih itu sedap-sedap rasanya. Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya. Murid sekolah ini rajin-rajin belaka. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat: D beerti unsur yang diterangkan M beerti unsur yang menerangkan Contoh:SALAHBETUL

lain-lain halNani Kedai Rotigoreng cempedakMaggi mitomato sosmini basmini tamanhal-hal lainKedai Roti Nanicempedak goringmi Maggisos tomatobas minitaman mini

Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling. Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.

Contoh:SALAHBETUL

Bangunan itu tertinggi.Nani terpandai.Orang itu terkuat.Bangunan itu paling tinggi.Nani paling pandai.Orang itu paling kuat

Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul ) Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )Noralah pemain yang terhandal. ( betul ) Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )

Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:SALAHBETUL

Buah langsat ini sangat manis sekali.Budak itulah yang paling nakal sekali.Sungguh indah nian pemandangan di situ.Buah langsat ini manis sekali.Budak itulah yang paling nakal.Sungguh indah pemandangan di situ.

Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:SALAHBETUL

Budak itu tidak suka durian.Nora sangat takut anjing.Nani sangat gemar filem Hindustan.Mereka tidak perlu pertolongan kami.Saya benci sikapnya itu.Budak itu tidak suka akan durian.Nora sangat takut akan anjing.Nani sangat gemar akan filem Hindustan.Mereka tidak perlu akan pertolongan kami.Saya benci akan sikapnya itu.

Frasa Kerja Intransitif Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek. Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya. Kata kerja intransitif yang berapitan ber.kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.

Contoh:SALAHBETUL

berlandaskan pada undang-undangberbantalkan dengan lenganberpandukan pada kamusberatapkan dengan langitbertilamkan dengan rumputberlandaskan undang-undangberbantalkan lenganberpandukan kamusberatapkan langitbertilamkan rumput

Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh: SALAHBETUL

Kamu mesti ingat janji-janjimuKakak tidak mahu tidur sini.Beliau akan datang kampung ini.Nani ingin berjumpa cikgu.Saya ingin bertemu gadis itu.Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.Kakak tidak mahu tidur di sini.Beliau akan datang ke kampung ini.Nani ingin berjumpa dengan cikgu.Saya ingin bertemu dengan gadis itu.Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.

Frasa Kerja Transitif Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu. Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan. SALAHBETUL

Beliau turut menyentuh tentang perkara itu.Nora tidak mengetahui akan hal itu.Kami membincangkan tentang masalah itu.Mereka melebarkan lagi jalan itu.Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah.Beliau turut menyentuh perkara itu.Nora tidak mengetahui hal itu.Kami membincangkan masalah itu.Mereka melebarkan jalan itu lagi.Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara.Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah.

Frasa Kerja Pasif Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif. Frasa kerja pasif terbahagi kepada : frasa kerja pasif diri pertama frasa kerja pasif diri kedua frasa kerja pasif diri ketiga Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidakberawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.SALAHBETUL

diambil olehkudibuang oleh kamidisimpan oleh kitadihantar oleh sayadilaksanakan oleh patikdiburu oleh hambakuambilkami buangkita simpansaya hantarpatik laksanakanhamba buru

Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.SALAHBETUL

ditanya oleh andadiberikan oleh engkaudibeli oleh kamudikirim oleh awakdiperintahkan oleh tuankudibersihkan oleh kaliananda Tanyaengkau berikankamu beliawak kirimtuanku perintahkankalian bersihkan

Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua. SALAHBETUL

beliau tulisdia kumpulkanmereka kutipbaginda rasmikania bersihkanditulis oleh beliaudikumpulkan olehnyadikutip oleh merekadirasmikan oleh bagindadibersihkan olehnya

Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.SALAHBETUL

kami akan atasikita perlu tolongsaya sudah kirimhamba akan khabarkanpatik belum laksanakananda mesti edarkanengkau telah bacakamu akan baikiawak mesti siapkankalian harus bereskanakan kami atasiperlu kita tolongsudah saya kirimakan hamba khabarkanbelum patik laksanakanmesti anda edarkantelah engkau bacaakan kamu baikimesti awak siapkanharus kalian bereskan

KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYATAyat Gabungan Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh: Nani dan Nora ke perpustakaan. Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah. Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:SALAHBETUL

Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi?Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai.Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya.Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu.Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi?Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.Baik yang kaya atau yang miskin dating ke rumahnya.Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.

Ayat Pancangan Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:a. Kereta Pak Leh itu terbabas.b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia. Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:i. Kereta itu terbabas.ii. Kereta itu kereta Pak Leh.Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:i. Keluarga Mak Piah miskinii. Keluarga Mak Piah bahagia.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:SALAHBETUL

Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank.Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:SALAHBETUL

Kami berdoa kamu berjaya.Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.Kami berdoa agar kamu berjaya.Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.

Ayat tergantung Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang. Contoh: Budak itu / menangis. Farhana / jatuh ke dalam longkang.

Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh: Siapakah / gadis itu. Itulah / teman saya.

Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ayat tergantung Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.

SALAHBETUL

Di seluruh negara mengalami banjir.Kerana hal itu akan dibincangkan.Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.Banyak pelajar lulus dengan baik.Ada pihak membangkang cadangan itu.Dia yang datang kelmarin.Mengetahui hal itu saya membatalkan rancanganKesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.Apakah perlu kita lakukan sekarang?Siapa kata saya berbohong?Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih.Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas.Yang manakah betul?Seluruh negara mengalami banjir.Hal itu akan dibincangkan.Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.Banyak pelajar yang lulus dengan baik.Ada pihak yang membangkang cadangan itu.Dia datang kelmarin.Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong?Peserta-peserta yang lulus saja yang akan dipilih.Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas.Yang manakah yang betul?

Ayat yang Tidak Betul Susunannya Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.Contoh:Ini hari Azizah tidak datang.Buku ini saya tidak mahu membaca.Yang melukis gambar ini Zainallah.Yang memukul awak siapakah?Itu pen dakwat sudah habis.Nora dan Nani baik berkawan.Majalah itu saya tidak menyimpannya.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pola Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Bil.

Suku kata praakhirSuku kata Akhir Tertutup Penggunaan

1.

aautama, ajar, bahasa, suara, latar, warna, papar, baca, bakal, dalam, tawar,langgan, dasar, pelihara, rakyat, layar, nama, anda, ancam

2.

aibagi, kami, cari, tali, kait, takwim, lokasi, hari, lazim, khidmat

3.

autahu, baru, lanjut, bantu, satu, lalu, pandu,

4.

e (pepet)aserah, kesan, besar, cekap, peta, rendah, kena, dengar

5.

e (pepet)iberi, jenis

6.

e (pepet)useru, telus

7.

e (taling)aerat, semak, lebar

8.

e (taling)e (taling)-

9.

e (taling)oElok

10.

iasila, khidmat, sikap, lima, minat, ingat, bilang

11.

iididik, pilih

12.

iuikut, pintu

13.

oaSekolah

14.

oe (taling)Boleh

15.

oo-

16.

uasemua, mula, muat

17.

uipulih, murid

18.

uuuntuk, guru

Kata Pinjaman

BAHASA NUSANTARABAHASA INGGERIS

CalonBelasungkawaGenerasiKomunitiMediaUniversitiTermaProsedurTenderFormatVideoAudioPrivasiNotisWebKompleksPlatformInternetEnrolmen

Kesalahan Umum TatabahasaBerdasarkan kajian yang telah saya jalankan terhadap halaman utama laman web Kementerian Pelajaran Malaysia ini, tiada kesalahan umum tatabahasa yang ditemui.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Pola Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Bil.

Suku kata praakhirSuku kata Akhir TertutupPenggunaan

1.

aamenara, utama, piagam, carta, jabat, arah, balas, laman, negara, alamat, lawat, alas, hantar, ada, papar, perdana, pada, antara, bangsa, sejarah

2.

ainurani, rasmi, latih, nafi, bagi, kami, cari, tali, kait, takwim, lokasi, hari, lazim, khidmat

3.

aupaut, adu, maklum, tahu, baru, lanjut, bantu,satu, lalu, pandu

4.

e (pepet)aserah, kesan, besar, cekap, peta, rendah, kena

5.

e (pepet)imenteri, beri, jenis

6.

e (pepet)useluruh, seru

7.

e (taling)aerat, semak, lebar

8.

e (taling)e (taling)-

9.

e (taling)oEsok

10.

ialibat, belia, sila, khidmat, sikap, lima, minat, ingat, bilang, hinder

11.

iiingin, pilih, sijil

12.

iuikut, pintu

13.

oabola, orang

14.

oe (taling)Boleh

15.

ooGolong

16.

uasukan, semua, mula, muat, surat

17.

uiUndi

18.

uusuruh, urus

Kata Pinjaman

BAHASA NUSANTARABAHASA INGGERIS

-PortalInformasiDirektoriStafInfoKorporatInteraktifGaleriVideoAudioTenderInstitutIntegritiProfilElitInovatifPrivasiKreativitiOrganisasiSindikasiKualiti

Kesalahan Umum TatabahasaBerdasarkan kajian yang telah saya jalankan terhadap halaman utama laman web Kementerian Belia dan Sukan ini, tiada kesalahan umum tatabahasa yang ditemui.

KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA

Pola Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

Bil.

Suku kata praakhirSuku kata Akhir TertutupPenggunaan

1.

aautama, dana, awam, tahap, langgan, balas, piagam, tawar, maya, laman, lawat, taraf, semalam, dasar

2.

airasmi, cari, lazim, cari, hari, kami, lagi, naik, lain, nafi, akhir

3.

aurabu, Melayu, tabung, maklum

4.

e (pepet)asempena, selamat, sebut, peta, kemas

5.

e (pepet)iMenteri

6.

e (pepet)u-

7.

e (taling)asemak, cetak

8.

e (taling)e (taling)-

9.

e (taling)o-

10.

iacipta, pinjam, hitam, siar

11.

iiini, isi, kini,

12.

iuMinggu

13.

oaBoring

14.

oe (taling)Boleh

15.

oo-

16.

uaBulan

17.

uiCuti

18.

uuUtus

Kata Pinjaman

BAHASA NUSANTARABAHASA INGGERIS

lancongPortalInformasiDirektoriStafInfoKorporatInteraktifGaleriVideoAudioTenderInstitutIntegritiProfilElitInovatifPrivasiKreativitiOrganisasiSindikasiKualiti

Kesalahan Umum TatabahasaBerdasarkan kajian yang telah saya jalankan terhadap halaman utama laman web Kementerian Pelancongan Malaysia ini, terdapat satu kesalahan umum tatabahasa. Penggunaan huruf besar pada setiap perkataan dalam sesuatu tajuk

Pada halaman ini,huruf D telah diletakkan dengan huruf besar pada pangkal perkatan Di menunjukkan penggunaan yang salah dari segi tatabahasa. Hal ini dapat diperhatikan pada contoh berikut :

Kementerian Pelancongan Naik Taraf Kemudahan Di Kawasan Batu Caves, Selangor.

Huruf D itu sepatutnya digunakan dengan huruf kecil kerana perkataan di itu merupakan satu kata hubung.

REFLEKSI

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan sepenuh penghargaan saya kepada pensyarah pembimbing bagi subjek Bahasa Melayu Kontekstual ini, Pn. Rokiyah Bt. Md Zain serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu serta memberikan tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari dan memahami beberapa perkara dan pengetahuan ilmiah terutama berkenaan dengan subjek Bahasa Melayu Kontekstual ini dan beberapa kemahiran lain dalam berkomunikasi. Antaranya adalah teknik-teknik untuk menjadikan sesuatu komunikasi itu berkesan dan efektif serta kemahiran-kemahiran lain.

Akhir kata,saya berharap dengan tugasan yang telah diberikan ini, ia dapat turut membantu saya untuk menguasai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Tambahan pula, sebagai seorang guru pelatih saya perlulah menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik dan efektif untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran apabila saya mengajar kelak. Sekian,terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Deddy Mulyana, 2005, Ilmu Komunikasi: Suatu Pengantar, Bandung: Remaja Rosdakarya. Jalaludin Rakhmat, 1994, Psikologi Komunikasi, Bandung: Remaja Rosdakarya. Littlejohn, 1999, Theories of Human Communication, Belmont, California: Wadsworth Publishing Company. Miller, 1976, Explorations in Interpersonal Communication

3