bmk.docx

2
Jelaskan lima aspek yang ditekankan sewaktu pengucap membuat pemilihan bahasa semasa menyampaikan maklumat yang berkesan. Perkataan Dalam penulisan teks penggunaan perkataan perlu diutamakan untuk mengelakkan ketidakfahaman, misalnya penggunaan perkataan yang sukar atau berulang-ulang. Ada dua cara memilih perkataan yang sesuai. Pertama, gunakanlah perkataan yang biasa atau lazim digunakan dan bukannya perkataan sukar. Contohnya perkataan ‘sudu’ bukannya ‘camca’, dan ‘bantuan’ bukannya ‘subsidi’. Kedua, gunakan perkataan tunggal dan bukannya kata majmuk. Contohnya ‘senja’ bukannya ‘senjakala’ dan ‘meja’ dan bukannya ‘meja tulis’. Ayat Gunakan ayat aktif dan bukannya ayat pasif. Penggunaan ayat aktif digemari kerana mudah difahami, ayatnya lebih pendek dan mengandungi penegasan makna. Contoh ayat aktif ialah, ‘Ayah membeli sepasang baju Melayu’. Manakala contoh ayat pasif ialah ‘Baju Melayu yang sepasang itu telah dibeli oleh ayah’. Kesalahan umum bahasa Bahasa Melayu penulisan sebenarnya berbeza daripada bahasa Melayu pertuturan. Perbezaan inilah yang disebut sebagai ‘kesalahan umum’ dan boleh dilihat dalam beberapa kategori iaitu kesalahan ejaan, perkataan, imbuhan, dan kata majmuk. Ejaan – mengeja perkataan tandatangan (betul) dan tanda tangan (salah). Penggunaan perkataan – pendalaman (sungai) dan pedalaman (luar bandar). Imbuhan – bernyanyi dan bukannya menyanyi. Kata majmuk – pisang goreng dan bukannya goreng pisang, kereta lembu dan bukannya lembu kereta

Upload: thishantini-ravidaran

Post on 21-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMK.docx

Jelaskan lima aspek yang ditekankan sewaktu pengucap membuat pemilihan bahasa semasa menyampaikan maklumat yang berkesan.

Perkataan Dalam penulisan teks penggunaan perkataan perlu diutamakan untuk mengelakkan ketidakfahaman, misalnya penggunaan perkataan yang sukar atau berulang-ulang. Ada dua cara memilih perkataan yang sesuai. Pertama, gunakanlah perkataan yang biasa atau lazim digunakan dan bukannya perkataan sukar. Contohnya perkataan ‘sudu’ bukannya ‘camca’, dan ‘bantuan’ bukannya ‘subsidi’. Kedua, gunakan perkataan tunggal dan bukannya kata majmuk. Contohnya ‘senja’ bukannya ‘senjakala’ dan ‘meja’ dan bukannya ‘meja tulis’.

Ayat Gunakan ayat aktif dan bukannya ayat pasif. Penggunaan ayat aktif digemari kerana mudah difahami, ayatnya lebih pendek dan mengandungi penegasan makna. Contoh ayat aktif ialah, ‘Ayah membeli sepasang baju Melayu’. Manakala contoh ayat pasif ialah ‘Baju Melayu yang sepasang itu telah dibeli oleh ayah’.

Kesalahan umum bahasa Bahasa Melayu penulisan sebenarnya berbeza daripada bahasa Melayu pertuturan. Perbezaan inilah yang disebut sebagai ‘kesalahan umum’ dan boleh dilihat dalam beberapa kategori iaitu kesalahan ejaan, perkataan, imbuhan, dan kata majmuk.

Ejaan – mengeja perkataan tandatangan (betul) dan tanda tangan (salah). Penggunaan perkataan – pendalaman (sungai) dan pedalaman (luar bandar). Imbuhan – bernyanyi dan bukannya menyanyi. Kata majmuk – pisang goreng dan bukannya goreng pisang, kereta lembu dan bukannya lembu kereta

Pengaruh Bahasa Inggeris Umum mengetahui bahawa penggunaan kata, istilah, dan struktur bahasa Melayu adalah dipengaruhi oleh pelbagai bahasa, terutamanya bahasa Inggeris. Keadaan ini disebabkan sifat keterbukaan bahasa Melayu itu sendiri yang meminjam dan menyerap beberapa aspek kebahasaan bahasa Inggeris. Namun dalam situasi tertentu terdapat kecenderungan pengucap yang gemar menggunakan bahasa rojak semasa berucap. Contohnya, “ I harap sangatlah you dapat introduce I kat that Manager...” Ayat ini jika ditulis semula dengan menggunakan ayat yang betul, maka ia berbunyi “Saya menaruh harapan yang tinggi yang tuan dapat memperkenalkan saya kepada Tuan Pengurus”.