bmk3043

3
PUSAT PROGRAM LUAR BMK3043 SENI MENGARANG TUGASAN KERJA KURSUS TUGASAN 1 (Individu - 25%) Anda dikehendaki mengulas sebuah novel remaja atau dua buah cerpen remaja berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Anda digalakkan untuk memilih novel atau cerpen yang dihasilkan oleh sasterawan atau oleh penulis yang berwibawa. Perhatian: Semua ulasan mestilah mengandungi perkara berikut: i. Pengenalan. ii. Sinopsis novel atau cerpen remaja yang dipilih. (nyatakan penulis, tahun, terbitan dan jumlah muka surat) iii. Apakah kebaikan novel atau cerpen tersebut kepada remaja masa kini. Sebagai contoh, unsur-unsur pengajaran yang terdapat dalam novel atau cerpen yang dipilih. iv. Apakah kekurangan novel atau cerpen tersebut dari segi isi, gaya bahasa atau lain-lain aspek kepengarangan yang digunakan. v. Apakah cadangan anda untuk penambahbaikannya. vi. Ulasan yang dibuat mestilah memasukkan sekurang-kurangnya lima (5) bahan rujukan vii. Kesimpulan. Tugasan 1 mestilah dihantar melalui tapak yang disediakan dalam MyGuru3. Anda disyaratkan menulis ulasan tidak kurang daripada 10 halaman mengandungi perkara-perkara yang telah dinyatakan. Langkau jarak 1.5, saiz font 12 dengan menggunakan Times New Roman. Sila pastikan Tugasan 1 sampai kepada pensyarah e-learning pada atau sebelum 28/4/2014 (minggu ke-10). Markah ‘0’ akan diberikan jika tugasan tersebut sampai lewat daripada tarikh

Upload: itastefa

Post on 21-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

TUGASAN BMK

TRANSCRIPT

Page 1: BMK3043

PUSAT PROGRAM LUAR

BMK3043 SENI MENGARANG

TUGASAN KERJA KURSUS

TUGASAN 1 (Individu - 25%)

Anda dikehendaki mengulas sebuah novel remaja atau dua buah cerpen remaja berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Anda digalakkan untuk memilih novel atau cerpen yang dihasilkan oleh sasterawan atau oleh penulis yang berwibawa.

Perhatian:

Semua ulasan mestilah mengandungi perkara berikut:

i. Pengenalan. ii. Sinopsis novel atau cerpen remaja yang dipilih. (nyatakan penulis, tahun, terbitan

dan jumlah muka surat)iii. Apakah kebaikan novel atau cerpen tersebut kepada remaja masa kini. Sebagai

contoh, unsur-unsur pengajaran yang terdapat dalam novel atau cerpen yang dipilih.

iv. Apakah kekurangan novel atau cerpen tersebut dari segi isi, gaya bahasa atau lain-lain aspek kepengarangan yang digunakan.

v. Apakah cadangan anda untuk penambahbaikannya.vi. Ulasan yang dibuat mestilah memasukkan sekurang-kurangnya lima (5) bahan

rujukanvii. Kesimpulan.

Tugasan 1 mestilah dihantar melalui tapak yang disediakan dalam MyGuru3. Anda disyaratkan menulis ulasan tidak kurang daripada 10 halaman mengandungi perkara-perkara yang telah dinyatakan. Langkau jarak 1.5, saiz font 12 dengan menggunakan Times New Roman.

Sila pastikan Tugasan 1 sampai kepada pensyarah e-learning pada atau sebelum 28/4/2014 (minggu ke-10). Markah ‘0’ akan diberikan jika tugasan tersebut sampai lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan. Markah ‘0’ juga akan diberikan sekiranya didapati berlaku plagiat.

Page 2: BMK3043

Tugasan 2 (Individu-25%)

Penggunaan bahasa Melayu dengan betul perlulah dipertingkatkan. Berdasarkan 10 contoh yang sesuai tunjukkan kesalahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan dan papan tanda di premis perniagaan. Kajian hendaklah dilakukan di kawasan bandar/pekan yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Berdasarkan tajuk di atas tulis sebuah esei tidak kurang daripada 15 halaman. Langkau jarak 1.5, fon 12 menggunakan Times New Roman .  Esei tersebut mestilah mengandungi perkara berikut;

i. Pengenalanii. Lokasi kajianiii. Analisis kajianiv. Perbincangan dan kesimpulanv. Cadangan dan Implikasi kajianvi. Cadangan kajian selanjutnyavii. Rujukan

20 markah

Sila pastikan Tugasan 2 sampai kepada pensyarahe-learning pada atau sebelum 28 April 2014 (minggu ke-10) . Markah ‘0’ akan diberikan jika tugasan tersebut sampai lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan. Markah ‘0’ juga akan diberikan sekiranya didapati berlaku plagiat.

FORUM ( 10%)

Sepanjang kursus ini, pelajar dimestikan terlibat dengan 5 kali forum. Dalam setiap forum, pelajar perlu berinteraksi sekurang-kurangnya dua kali. Markah forum sebanyak 10% akan dipertimbangkan oleh pensyarah e-learning bergantung kepada kemantapan isi dan huraian forum pelajar. Sila patuhi tarikh tutup bagi setiap forum iaitu pada 5 Mei 2014 (Minggu ke-11). Selepas tarikh tutup, pelajar tidak boleh lagi berinteraksi dalam forum berkenaan.

PEPERIKSAAN ( 40%)

Soalan Objektif (40 soalan)