bmisuremaja-130131082812-phpapp01

20
ISU MORAL REMAJA Disediakan oleh : KARANGAN BAHASA MELAYU STPM

Upload: elson-kobe

Post on 17-Nov-2015

216 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Slide 1

ISU MORAL REMAJADisediakan oleh :Nabilah ShaiemKARANGAN BAHASA MELAYU STPM

Apakah yang dimaksudkan dengan ISU REMAJA?Segala persoalan dan tingkah laku remaja yang dianggap menyalahi dan bertentangan dengan nilai-nilai dan pegangan moral.

Masalah sosial, vandalisme, penyalahgunaan dadah, pengaruh budaya kuning/barat, buli, lari dari rumah, lepak, mencuri/merompak/menyamun, ragut, jenayah seks/rogol/sumbang mahram, seks rambang/pergaulan bebas/bohjan/homoseksual, keruntuhan akhlak, merokok, lumba haram/mat rempit, gengsterisme, ponteng sekolah dan pembuangan bayi

PUNCA/ FAKTOR/ SEBAB

1. INSTITUSI KEKELUARGAAN YANG GOYAH Hubungan kekeluargaan yang longgar.

Ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang negatif.

Keluarga yang terlalu memberikan kebebasan (bersikap terbuka yang keterlaluan).

Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak.

Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.

Penceraian ibu bapa.

2. Pengaruh Rakan Sebaya Tersalah memilih kawan yang bersikap negatif/ mempunyai masalah disiplin.

Perlakuan negatif disokong oleh rakan.

Menyahut cabaran daripada rakan sebaya.

3. Pegangan agama yang rapuh Didikan agama yang kurang.

Ibu bapa lalai dengan hal-hal duniawi.

4. Pengaruh media massa (media cetak, elektronik, internet dan lain-lain). Media elektronik menyiarkan rancangan yang berunsurkan keganasan.

Rancangan dari barat yang memaparkan gaya hidup yang bebas/mewah.

Memaparkan adegan remaja melawan ibu bapa kerana memperjuangkan hak kebebasan mereka

Lambakan bahan picisan yang berunsurkan seks.

Menyalurkan maklumat tentang fesyen-fesyen terkini.

Penyebaran budaya kuning.

5. SIKAP REMAJA ITU SENDIRI Sikap remaja itu sendiri.

Sikap dahaga akan keseronokan.

Tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa.

Kurang keyakinan pada diri sendiri.

Mangsa penderaan.

6. SIKAP MASYARAKAT Sebahagian masyarakat bersikap apati, individualistik dan materialistik.

Mementingkan soal kebendaan.

Kebanyakan masalah sosial berlaku di bandar.

Kebanyakan penduduk tidak ambil peduli tentang hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka.

KESAN/ IMPLIKASI/ MASALAH YANG TIMBUL

1. MENGGUGAT KESEJAHTERAAN SOSIAL Remaja menjadi liar.

Mengganggu ketenteraman awam.

2. Membantutkan pembangunan negara Remaja tidak berupaya memberikan sumbangan kepada negara.

Menggagalkan usaha kerajaan melaksanakan dasar dasar pembangunan dengan berjaya.

3. MENJEJASKAN IMEJ NEGARA Negara-negara lain akan memandang rendah kredibiliti negara kita.

Masalah sosial yang membabitkan pelancong asing akan mendapat liputan yang meluas oleh pihak media.

4. MENCEMARKAN MARUAH NEGARA Masyarakat hilang kepercayaan terhadap keluarga tersebut.

Menjejaskan masa depan adik-beradik yang lain.

Menjejaskan emosi keluarga.

5. MENJEJASKAN MASA DEPAN REMAJA Terlibat dengan gejala sosial menyebabkan mereka menjadi sampah masyarakat.

Tidak mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas pada masa depan.

Sukar mendapat semula kepercayaan daripada masyarakat.

Hidup terumbang ambing.

LANGKAH MENGATASI/ MENANGANI/ MEMBENDUNG

1. PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN Hubungan kekeluargaan.

Meluangkan masa dengan anak-anak.

Ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak mereka.

Pendidikan agama.

Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak.

Menjadi role model kepada anak-anak.

2. PERANAN MASYARAKAT Memberikan sokongan yang padu terhadap semua program yang dianjurkan oleh kerajaan.

Membantu membimbing remaja yang tersalah langkah.

Menerima kembali remaja yang tersalah langkah dengan hati yang terbuka.

Mengaktifkan/menubuhkan Rukun Tetangga (RT) di kawasan tempat tinggal.

3. PERANAN SEKOLAH Pihak sekolah mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Sentiasa memaklumkan kes salah laku kepada ibu bapa

Pelajar yang bermasalah diberikan hukuman berbentuk kerja amal.

Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

4. PERANAN MEDIA MASSA Berhati-hati memilih bahan yang ingin disiarkan dan diterbitkan.

Mengutamakan bahan yang bermutu.

Tidak mementingkan keuntungan semata-mata

5. PERANAN KERAJAAN Melancarkan pelbagai kempen untuk pembangunan masyarakat, keluarga dan remaja.

Kempen dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja.

Menguar-uarkan kempen hingga ke kawasan luar bandar.

Semoga BermanfaatOrang Melayu Orang Putih,Thank You, Terima Kasih