bme3103 jadual spesifikasi ujian

6
8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 1/6 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) i. Definisi Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JPU). JPU yang dikenali sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi: paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang). ii. Maklumat Dalam JSU JPU mempunyai maklumat seperti yang berikut: Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80% Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JSU haruslah berupa pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah diajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jika topik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan topik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana dan susah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai aras kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan aras pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman, aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah. Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni, satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalan mengikut kebolehan pelajarnya. Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JSU. Ini menegaskan betapa pentingnya JSU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya, kepentingan JSU adalah seperti yang berikut. 1

Upload: mohd-ruslee

Post on 30-May-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 1/6

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

i. Definisi

Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi. Cara yang baik untuk

merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JPU).JPU yang dikenali sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah merupakansatu matriks yang terdiri daripada dua paksi: paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi“Aras Kemahiran” (melintang).

ii. Maklumat Dalam JSU

JPU mempunyai maklumat seperti yang berikut:

• Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.

• Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

• Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masamengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

• Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus danlain-lain.

• Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

• Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % -80%

Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawapengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JSU haruslah berupapengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telahdiajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu puladitentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jikatopik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masaseminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalantopik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana dansusah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai araskemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan araspengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman,aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yangmenguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah.Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni,satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuksekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalanmengikut kebolehan pelajarnya.

Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JSU.Ini menegaskan betapa pentingnya JSU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya,kepentingan JSU adalah seperti yang berikut.

1

Page 2: BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 2/6

iii. Pentingnya Jadual Spesifikasi Ujian

• Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

• Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

• Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-araskemahiran.

• Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-araskemahiran yang diuji.

• Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

• Memberi panduan untuk membentuk soalan.

• Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.

• Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatutopik.

• Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujianyang lain.

iv. Contoh JSU

Bil Bentuk Soalan Objektif  

Kemahiran Kognitif 

Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5

 

6

Jumlah

Item

1.1 Tatabahasa

20

1

2

2

2

2

1

1

2

1

1

1

16

• Kata ganda

• Kata majmuk

• Kata terbitan

1.2 Membaca dan Memaham

15

 

2 2 1 1 1 12

• Menjawab 10 soalan kefahaman

berdasarkan petikan yang dibaca.

Panjang petikan ialah lebih kurang

150 patah perkataan.

• Memberi erti perkataan

berdasarkan petikan di atas. 2 2 1

1.3 Peribahasa

5 1 1 4• Simpulan Bahasa

• Perumpamaan 1 1

Jumlah 40 32

Jadual 1: Contoh JSU

Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yanghendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JSU iaitu:

• ujian tidak dibina sembarangan,

2

Page 3: BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 3/6

• menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji,

• memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan

• memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

v. Langkah-langkah Membina JSU

Langkah 1:

Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa

B

el

aj

ar 

1.1 Tatabahasa

20

• Kata ganda

• Tanda baca

• Membentuk ayat

1.2 Membaca dan Memaham

15

• Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan

yang dibaca. Panjang petikan prosa ialah lebih

kurang 150 patah perkataan.

• Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di

atas

1.3 Peribahasa

5• Simpulan bahasa

• Perumpamaan

Jumlah 40

Jadual 2: Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Masa Belajar 

Langkah II

3

Page 4: BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 4/6

Tentukan soalan yang akan dibina itu. Pemilihan bentuk soalan haruslah berasaskanpertimbangan yang baik. Perkara-perkara yang menjadi asas pertimbangan itu ialah:

• tujuan ujian itu diadakan

• masa yang diperuntukkan untuk ujian itu

• umur pelajar 

• bilangan pelajar yang diuji

Contoh:a. soalan objektif (30 soalan)b. 1 markah bagi 1 item.c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:

= Jumlah masa X Jumlah soalanJum. Masa keseluruhan

Langkah III

Tentukan model aras kesukaran item.Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom

3 Domain - kognitif - aktiviti mental- afektif - menitiberatkan sikap, emosi dan perasaan- psikomotor - aktiviti fizikal

Domain Kognitif 

Taksonomi Bloom

Rajah 3: Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Langkah IV

4

1 Pengetahuan : mengingat semula fakta, data dan lain-lain

2 Kefahaman : menerangkan, membandingkan,men elaskan, men atakan

3 Aplikasi : Ada pemindahan kemahiran,menyelesaikan masalah

4 Analisis : logik, induktif, deduktif,penaakulan formal

5 Sintesis : melahirkan pendapat,kreatif, men emban kan

6 Penilaian : memilih, menilai,men adili

Mudah

kompleks

Page 5: BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 5/6

Apakah jenis ujian yang akan diuji?

• Ujian objektif 

• Ujian struktur 

• Ujian esei

• Dan lain-lain.

Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik

Bil. Bidang/Topik/Topik Kecil Masa Anggaran Jumlah Item Jumlah

Item

1.1 Tatabahasa

20 20 x 32____ 

40 

16• Kata ganda

• Tanda baca

• Membentuk ayat

1.2 Membaca dan Memaham

15

 

15 x 32

____ 

40

12

• Menjawab 10 soalan

kefahaman berdasarkan petikan

yang dibaca. Petikan prosa

yang penjangnya lebih kurang

150 patah perkataan

• Memberi erti perkataan

berdasarkan petikan di atas.

1.3 Peribahasa5

 5 x 32

____ 

40

4• Simpulan bahasa

• Perumpaan

Jumlah 40 32

Jadual 3: Pengiraan Soalan Mengikut Topik

Langkah V:

• Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll).

• Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar).

5

Page 6: BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian

http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 6/6

• Pemarkahan.

Langkah VI:

• Menyatakan mata pelajaran.

• Tingkatan.

• Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Rumusan

Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujianseperti pelajar, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnyamenolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetusdaripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan,pengkelasan atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu diambil perhatian.

6