bm1- t1 akhir tahun 2011

Upload: nk28

Post on 11-Jul-2015

188 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Oktober 2011 1 jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST ( ACS ) KLANG JALAN RAYA BARAT, PETI SURAT NO. 17 41000 KLANG, SELANGOR__________________________________________________________________________________________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN SATU__________________________________________________________________________________________

BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam__________________________________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap satu pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan anda yang baru. ______________________________________________________________________________________

SULIT 02/1 Penggubal Soalan : Disemak Oleh : Disahkan Oleh :

................................................. ( Puan Nurbaya Binti Kardy ) Guru Bahasa Malaysia

........................................................ (Puan Zaimah Binti Arifin) Guru Panitia Bahasa Melayu

............................................. (Puan Zakiah Binti Abd Rahman) Ketua Bidang Bahasa [Lihat sebelah

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

Soalan 1 hingga Soalan 7 Lengkapkan ayat - ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1.

Rani dan adiknya sedang _______________ televisyen di ruang tamu. A. melihat B. menonton C. mengintai D. memerhati 2. Ibu menasihati abang supaya tidak _______________ ketika memandu kereta. A. terkial-kial B. terburu-buru C. terkejar-kejar D. termengah-mengah

3.

Ibu jari Amir luka akibat _______________ batu. A. terpijak B. tersepak C. terlanggar D. tertendang 4. Jessica _______________ memanggil anaknya pulang ke rumah. A. melalak-lalak B. melaung-laung C. meraung-raung D. memekik-mekik Pihak polis telah melakukan _______________ di sebuah pondok using yang dipercayai menjadi sarang penangih dadah.

5.

02/1

2

SULIT

SULIT 02/1

A. B. C. D. 6.

penyelidikan penyiasatan pengintipan pemeriksaan

Mak Cik Leha sedang merebus beberapa _______________ jagung. A. biji B. ulas C. buah D. tongkol[Lihat sebelah

7.

Para pekerja di syarikat itu mengadakan _______________ untuk menuntut kenaikan gaji. A. uji kaji B. soal selidik C. soal jawab D. mogok liar Soalan 8 hingga Soalan 14 Ayat - ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8. Penjenayah yang menjadi buruan polis itu akhirnya berjaya diberkas. Tiada kesalahan. A B C D Pengarah akan berbincang tentang pelaksanaan peraturan baru itu kepada semua kakitangan A B syarikat dalam mesyuarat akan datang. Tiada kesalahan. C D Pengembangan bidang bioteknologi memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara. A B C Tiada kesalahan. D Golongan cerdik pandai disaran agar bersama-sama menggembleng tenaga dalam usaha A B membangunkan ekonomi negara. Tiada kesalahan. C D

9.

10.

11.

02/1

3

SULIT

SULIT 02/1

12.

Kejadian tembak-menembak berlaku apabila penjenayah itu enggan menyerah diri pada A B C pihak polis. Tiada kesalahan. D Pengembara yang dilaporkan sesat di dalam hutan itu telah berjaya ditemukan oleh pasukan A B C penyelamat. Tiada kesalahan. D[Lihat sebelah

13.

14.

Hang Tuah telah mengepalai rombongan pertunangan Puteri Gunung Ledang untuk Sultan A B C Melaka. Tiada kesalahan. D

Soalan 15 hingga Soalan 17 Pilih ayat - ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 15. I II III IV Fikirannya menjadi hampa apabila masalah itu tidak dapat diselesaikan. Ibu sedang mengasingkan padi yang hampa dengan padi yang bernas. Pasukan bola sepak itu pulang dengan hampa setelah tewas dalam perlawanan persahabatan. Anita berasa hampa apabila gagal dalam temu duga.

A. I dan II B. III dan IV C. I, II dan III D. II, III dan IV 16. I II III IV Sindiran Puan Tan yang tajam itu masih berbekas di hati saya. Ayah mengasah pisau itu sehingga tajam. Kanak-kanak itu tajam pemikirannya walaupun masih kecil. Tingkah laku lelaki itu amat tajam terhadap ibu bapanya.

A. I dan II B. III dan IV C. I, II dan III D. II, III dan IV 17. I II III IV Oleh sebab kasihan, Aizad melucutkan burung itu dari sangkarnya. Telatah bayi yang comel itu benar-benar melucutkan hati. Jihan melucutkan gelang tangan sebelum masuk ke dalam bilik air. Encik Alias terpaksa melucutkan jawatan pengawal keselamatan itu kerana tidak berdisiplin.

A. I dan II B. III dan IV C. I, II dan III D. II, III dan IV02/1

4

SULIT

SULIT 02/1

Soalan 18 hingga Soalan 21 Sebahagian daripada ayat - ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18. Kerja-kerja membaiki perabot yang rosak itu akan dilakukan oleh para pelajar pada hujung minggu. A. para pelajar di hujung B. pelajar-pelajar di hujung C. para pelajar-pelajar pada hujung D. para pelajar pada hujung[Lihat sebelah

19.

Para nelayan mendapat manfaat daripada dasar kerajaan yang memberikan tumpuan pada sektor perikanan. A. memberi tumpuan pada B. member tumpuan kepada C. memberikan tumpuan kepada D. memberikan tumpuan pada Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menerima rasuah. A. B. C. D. ambil tindakan tegas ke ambil tindakan tegas pada mengambil tindakan tegas ke atas mengambil tindakan tegas terhadap

20.

21.

Bantuan kemanusiaan demi mangsa-mangsa gempa bumi di Indonesia telah dilakukan sejak seminggu yang lalu. A. Bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa B. Bantuan-bantuan kemanusiaan untuk mangsa C. Bantuan kemanusiaan pada semua mangsa-mangsa D. Bantuan kemanusiaan demi mangsa-mangsa

Soalan 22 hingga Soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22. Peruntukan yang mencukupi bagi program penyelidikan dan pembangunan mampu merangsang industry pertanian negara.

A. Program penyelidikan dan pembangunan memerlukan perbelanjaan yang banyak bagimerangsang industri pertanian negara.

B. Peruntukan yang mencukupi dapat merangsang penyelidikan dan pembangunan dalamindustri pertanian negara.

C. Industri pertanian negara mampu berkembang sekiranya peruntukan yang mencukupidisediakan bagi membiayai program penyelidikan dan pembangunan.02/1

5

SULIT

SULIT 02/1

D. Perkembangan dalam industri pertanian negara disebabkan peruntukan yang mencukupibagi program penyelidikan dan pembangunan. 23. Masyarakat harus berganding bahu untuk membentuk generasi yang bersedia menghadapi alaf baru yang penuh cabaran.

A. Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menghadapi cabaran alaf baru.B. Kerjasama masyarakat amat perlu bagi membentuk generasi yang bersedia menghadapi cabaran alaf baru.

C. Dalam menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, setiap generasi perlu berganding bahu.D. Cabaran alaf baru perlu ditangani dengan bijak oleh setiap lapisan masyarakat.[Lihat sebelah

24.

Dasar Bahasa Kebangsaan membolehkan semua kaum berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu.

A. Bahasa Melayu menjadi dasar yang membolehkan semua kaum berkomunikasi antarasatu dengan yang lain.

B. Dasar Bahasa Kebangsaan telah mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai alatkomunikasi antara kaum. C. Semua kaum boleh berkomunikasi dengan Bahasa Melayu berikutan kewujudan Dasar Bahasa Kebangsaan.

D. Penggunaan Bahasa Melayu telah membolehkan semua kaum berkomunikasi denganbaik. Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat - ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 25. I II III IV Amirul bertanya-tanya tentang keadaan ibunya yang sakit di kampung. Kami kehujanan ketika pulang daripada Bandar. Kakak dimarahi oleh ibu kerana pulang lewat. Buku yang dicarinya itu di mana? tanya ibu kepada adik.

A. I dan II

B. I dan IIIC. II dan IV D. III dan IV 26. I II III IV02/1

Pak Ali sanggup bersusah payah demi untuk kebahagiaan keluarganya. Mangsa pembunuhan itu telah dihantar ke hospital untuk disoal siasat. Dedaun ketapang yang kering gugur ditiup angin. Fatin suka duduk di tepi pantai sambil menghirup udara segar.

6

SULIT

SULIT 02/1

A. I dan II B. I dan III C. II dan IVD. III dan IV

[Lihat sebelah

27.

I II III IV

Isu-isu semasa sedang dibincangkan oleh mereka. Hidangan itu tidak berusik sejak pagi tadi. Pokok-pokok renek tumbuh meliar di belakang rumahnya. Majlis itu telah dicemarkan oleh sikap keterlaluan artis undangan itu.

A. I dan III B. II dan IV C. I, II dan III D. II, III dan IV Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan - soalan di bawah ini. 28. Peribahasa seperti ikan pulang ke lubuk bermaksud A. kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan B. jangan sengaja mencari kesusahan C. seseorang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau D. orang kaya yang sudah jatuh muflis 29. Mulai hari ini, marilah kita berganding bahu mempertahankan negeri ini daripada ancaman musuh, titah sultan kepada rakyat jelata. Situasi berikut sesuai dengan peribahasa A. di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. B. di mana da kemahuan, di situ ada jalan. C. ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni. D. melentur buluh biarlah dari rebungnya.

02/1

7

SULIT

SULIT 02/1

30.

Amirul bercita-cita untuk menjadi juruterbang tetapi dibantah oleh ibunya yang berpendapat bahawa kerjaya itu terlalu berbahaya. Amirul oula berpendapat bahawa semua pekerjaan ada cabarannya. Bak kata pepatah A. tidak ada laut yang tidak berombak. B. ombak yang kecil jangan ditidakkan. C. biar alah sabung, asalkan menang sorak. D. Genggam bara api biar sampai jadi arang.

[Lihat sebelah

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan - soalan berikutnya. Amin, bila lagi awak nak bayar yuran sekolah? Yuran sukan dan yuran PMR awak, hah! sergah CIkgu Arsad di dalam kelas. Semua mata murid lain tertumpu ke arahnya. Amin tidak menjawab. Dia tunduk. Mukanya merah bagai udang dibakar. Dia berasa sangat malu. Bagaimanapun gurunya tidak boleh dipersalahkan. Sekolah juga tidak boleh dipersalahkan. Mak Jah? Mak Jah juga tidak bersalah. Jadi siapa yang bersalah? Pertanyaan-pertanyaan itulah yang menghantui kotak fikiran Amin. Baginya keadaan hidupnyalah yang membuatkan ibunya dibaluti kesusahan. Jadi keadaanlah yang harus dipersalahkan apabila dia tidak dapat melunaskan yuran tersebut. Saya nak awak bayar esok! bentak Cikgu Arsad. Amin, kalau awak tak bayar yuran PMR tu, awaka kan dikeluarkan darin senarai calon peperiksaan. Faham? tambah pengetua pula. Amin hanya mampu mengangguk. Untuk mengataan ya atau tidak, dia tidak berdaya. Awak boleh keluar sekarang, tapi ingat, esok yuran-yuran tu mesti dijelaskan, pesan pengetua sebelum Amin keluar dari bilik pengetua. (Dipetik daripada cerpen Yuran, karya Omar Mamat, dalam Antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka) 31. Maksud rangkai kata dibaluti kesusahan hidup dalam petikan di atas ialah A. tekanan perasaan. B. keperitan hidup. C. kesukaran. D. dilemma. 32. Mengapakah semmua mata murid lain tertumpu ke arah Amin? A. Mereka mahu melihat Amin B. Mereka mahu menghina Amin C. Mereka terdengar sergahan Cikgu Arsad02/1

8

SULIT

SULIT 02/1

D. Mereka melihat kedatangan Cikgu Arsad 33. Perwatakan Amin dalam petikan di atas ialah A. penyabar. B. prihatin. C. penyayang. D. bertanggungjawab.

[Lihat sebelah

34.

Petikan cerpen di atas menggambarkan sikap pengetua seperti yang berikut, kecuali A. tegas. B. tabah. C. cepat marah. D. suka memberikan amaran.

35.

Apakah kesudahan tindakan Amin dalam cerpen Yuran? A. Amin insaf dan memohon maaf daripada pengetua FATIMAH : Eh, Ina! untuk meneruskanke mana? B. Amin bertekad Awak hendak cita-citanya ZALINA : ponteng sekolah kerana malu C. Amin terus(Pantas) Jumpa cikgu! FATIMAH : (Terkejut) Kenapa? D. Amin berhenti sekolah ZALINA : (Menunjukkan surat) Ni!

ZALINA terus Soalan 36 hingga Soalan 40 berlalu. FATIMAH mengekori dari belakang. BacaJAIS : (Mendekati ZALI) Habislah kau, Zalisoalan berikutnya. petikan di bawah dengan teliti dan jawab soalan ZALI : (Menepuk bahu JAIS) Jangan bimbang. Bukan dia tahu. JAIS : Tulisan kau! ZALI : Ya, juga. Mereka diam. ZALI : Ah, kita jangan mengaku! BADAR: Usah ditakutkan. Belum tentu Zalina berani melaporkan perkara ini. Nanti dia juga yang malu. JAIS : (Riang) Betul juga pendapat kau tu. Selang beberapa detik kemudian, ZALINA dan FATIMAH masuk ke kelas. CIKGU HALIL masuk kemudian dengan wajah serius. KETUA KELAS : Bangun! Semua murid bangun.02/1

KETUA KELAS : Selamat sejahtera, cikgu. CIKGU HALIL : Selamat sejahtera, murid-murid. Duduk. CIKGU HALIL memerhatikan sekeliling kelas. Masing-masing diam.

9

SULIT

SULIT 02/1

36.

Maksud kata mengekori dalam petikan drama di atas adalah seperti berikut, kecuali A. mengikuti. B. menyertai. C. menuruti. D. berjalan.

37.

Mengapakah Zali, Jais dan Badar terdiam? A. Takut akan kesalahan mereka B. Mereka akan didenda oleh Cikgu Halil C. Tidak menyangka Zalina akan membuat laporan D. Tulisan dalam surat itu menyerupai tulisan Zali

38.

Gambaran perwatakan Zalina dalam petikan di atas ialah A. berani. B. keikhlasan. C. penyayang. D. panas baran.

39.

Dalam petikan drama di atas, Zali telah mengambil tindakan untuk A. mendiamkan diri sahaja. B. membuat pengakuan atas kesalahannya. C. berpura-pura tidak mengetahui apa-apa yang berlaku. D. tidak akan mengaku jika ditanya oleh Cikgu Halil.

40.

Apakah kesudahan cerita dalam drama Surat untuk Ina? A. Zalina memaafkan kesalahan Zali

02/1

10

SULIT

SULIT 02/1

B. Zali berasa malu terhadap Zalina C. Zali kecewa akan sikap Zalina D. Zalina bercinta dengan Zali

KERTAS SOALAN TAMAT JAWAPAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 B B C D C D D D B 11 A 12 C 13 D 14 B 15 D 16 C 17 B 18 D 19 C 20 D 21 A 22 C 23 B 24 C 25 D 26 D 27 C 28 C 29 C 30 A 31 B 32 C 33 A 34 B 35 B 36 D 37 D 38 A 39 D 40 A

10 A

02/1

11

SULIT