bm1 set 1 skema jawapan bahagian a menjamin · pdf fileperayaan kaum yang berbeza seperti...

5
BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A 1. Calon mesti menjawab berdasarkan isi: Mengeratkan perpaduan dan tali silaturahim Menjamin keamanan, kemakmuran dan kestabilan negara Menjana pertumbuhan ekonomi 2. Kemungkinan: Calon mengambil satu isi daripada bahan rangsangan dan dua isi lain tetapi relevan dengan tugasan tanda seperti biasa. 2.1 Calon tidak mengambil ketiga-tiga isi yang diberi, sebaliknya mengambil isi yang lain tetapi relevan dengan tugasan-periksa seperti biasa. 3. Calon menghuraikan suasana rumah terbuka sahaja-markah peringkat pencapaian minimum. 4. Calon menerangkan hari terbuka bukan pada musim perayaan- markah peringkat pencapaian minimum. Isi-isi cadangan: Setiap tahun, rakyat Malaysia mengadakan rumah terbuka untuk perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Pesta Tadau Keamatan. Terdapat banyak kebaikan mengadakan rumah terbuka. Mengeratkan perpaduan dan tali silaturahim - Rumah terbuka dihadiri pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India - contoh, rumah terbuka semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina. - Perpaduan dalam kalangan masyarakat menjadi lebih utuh - Pengukuhan hubungan antara rakyat dengan pemimpin - contoh rakyat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi sehingga sanggup hadir ke rumah terbuka di kediaman Perdana Menteri walaupun dari jauh - Memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat untuk menjayakan rumah terbuka - contoh, boleh mengetahui keadaan jiran melalui aktiviti gotong-royong - mengadakan jamuan Menjamin keamanan, kemakmuran dan kestabilan negara - Mengelakkan perselisihan faham antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia contoh, bertegur sapa dengan orang ramai semasa menghadiri rumah terbuka khususnya pada musim perayaan

Upload: vanlien

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A Menjamin · PDF fileperayaan kaum yang berbeza seperti Tahun Baru Cina, ... Kehendak soalan 1 ... Salah satu bidang yang anda minati ialah penulisan

BM1 SET 1

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

1. Calon mesti menjawab berdasarkan isi:

Mengeratkan perpaduan dan tali silaturahim

Menjamin keamanan, kemakmuran dan kestabilan negara

Menjana pertumbuhan ekonomi

2. Kemungkinan:

Calon mengambil satu isi daripada bahan rangsangan dan dua isi lain tetapi relevan dengan

tugasan tanda seperti biasa.

2.1 Calon tidak mengambil ketiga-tiga isi yang diberi, sebaliknya mengambil isi yang lain

tetapi relevan dengan tugasan-periksa seperti biasa.

3. Calon menghuraikan suasana rumah terbuka sahaja-markah peringkat pencapaian

minimum.

4. Calon menerangkan hari terbuka bukan pada musim perayaan- markah peringkat

pencapaian minimum.

Isi-isi cadangan:

Setiap tahun, rakyat Malaysia mengadakan rumah terbuka untuk perayaan pelbagai

kaum seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Pesta Tadau

Keamatan.

Terdapat banyak kebaikan mengadakan rumah terbuka.

Mengeratkan perpaduan dan tali silaturahim

- Rumah terbuka dihadiri pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India - contoh,

rumah terbuka semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru

Cina.

- Perpaduan dalam kalangan masyarakat menjadi lebih utuh

- Pengukuhan hubungan antara rakyat dengan pemimpin - contoh rakyat

memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi sehingga sanggup hadir ke

rumah terbuka di kediaman Perdana Menteri walaupun dari jauh

- Memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat untuk menjayakan rumah

terbuka - contoh, boleh mengetahui keadaan jiran melalui aktiviti gotong-royong -

mengadakan jamuan

Menjamin keamanan, kemakmuran dan kestabilan negara

- Mengelakkan perselisihan faham antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia –

contoh, bertegur sapa dengan orang ramai semasa menghadiri rumah terbuka

khususnya pada musim perayaan

Page 2: BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A Menjamin · PDF fileperayaan kaum yang berbeza seperti Tahun Baru Cina, ... Kehendak soalan 1 ... Salah satu bidang yang anda minati ialah penulisan

- Negara menjadi stabil dari segi ekonomi.

- Memahami dan menerima adat resam dan kepercayaan kaum lain – contoh,

perayaan kaum yang berbeza seperti Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya

Aidilfitri dan lain-lain dapat diterima masyarakat.

- Mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham dalam kalangan masyarakat –

mewujudkan masyarakat yang harmoni tanpa perasaan syak wasangka

Menjana pertumbuhan ekonomi

- Meningkatkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

- Membuka peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan seperti bidang

perhotelan, restoran dan lain-lain.

- Menjual dan mempromosikan makanan tradisional kepada pelancong asing –

contoh, kuih-muih tradisional seperti tepung pelita, puteri mandi, negeri

Terengganu pula terkenal dengan kuih bepang, keropok lekor dan nasi dagang

yang merupakan makanan setempat sebagai identiti sesebuah negeri

- Persembahan oleh masyarakat setempat menggunakan alat-alat muzik tradisional

– contoh, gabus, gong, seruling, angklung, kompang

- Membuat persembahan dengan memakai pakaian tradisional – contoh, kain batik

yang banyak dihasilkan di bahagian timur semenanjung, sari dan ceongsam

- Inap desa – memperkenalkan sosiobudaya seharian masyarakat Malaysia –

contoh, pelancong dapat melihat perbezaan kehidupan antara penduduk di Sabah

dengan Sarawak serta penduduk di Semenanjung Malaysia.

Penutup;

Terdapat banyak kebaikan apabila kita dapat mengamalkan amalan ini.

Kita harus mempraktikkan amalan yang baik ini secara berterusan agar ia menjadi

satu budaya yang menyumbang impak yang positif kepada keharmonian negara

khususnya.

Hubungan yang baik perlu dijaga bagi mewujudkan masyarakat/komuniti yang

penyayang. Justeru, kita harus mengamalkan amalan baik ini agar budaya ini dapat

diteruskan di mana ia memberi banyak kebaikannya.

Page 3: BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A Menjamin · PDF fileperayaan kaum yang berbeza seperti Tahun Baru Cina, ... Kehendak soalan 1 ... Salah satu bidang yang anda minati ialah penulisan

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B

Kehendak soalan 1

Calon perlu membincangkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat membina

penampilan diri, daya kepimpinan, disiplin diri yang tinggi dan pelbagai sifat yang positif

Huraian:

Pelajar mestilah menghuraikan :

1. Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat membina penampilan diri.

2. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membina daya kepimpinan

3. Penglibatan pelajar dalaam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan disiplin dan

pelbagai sifat positif yang releven dan sesuai

Kemungkinan;

1. Pelajar tidak menyebut aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan (unit beruniform,

sukan dan permainan, kelab dan persatuan) tetapi hanya menyebut kokurikulum secara

umum. Markah di peringkat baik.

2. Pelajar hanya menghuraikan aktiviti kokurikulum sahaja. Markah di peringkat pencapaian

minimum.

3. Pelajar tidak mengambil contoh yang diberi dalam soalan tetapi mengambil contoh lain

yang relevan periksa seperti biasa.

4. Sekiranya calon merujuk kepada universiti dan bukan sekolah. Markah di peringkat baik.

Kehendak soalan 2:

Soalan 2- manfaat menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada remaja.

Pelajar menghuraikan pendapat tentang manfaat menguasai TMK kepada golongan remaja.

1. Mudah mendapat maklumat tanpa perlu ke perpustakaan

2. Menyiapkan tugasan dengan cepat

3. Sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan

4. Melahirkan generasi celik ilmu

5. Mudah berhubung dengan rakan-rakan

Kemungkinan;

1. Sekiranya murid menghuraikan manfaat kepada masyarakat secara umum- markah

peringkat baik.

2. Sekiranya murid hanya menghuraikan kebaikan TMK sahaja berikan markah-peringkat

kurang memuaskan.

Page 4: BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A Menjamin · PDF fileperayaan kaum yang berbeza seperti Tahun Baru Cina, ... Kehendak soalan 1 ... Salah satu bidang yang anda minati ialah penulisan

Kehendak soalan 3.

Pelajar dikehendaki menulis rencana yang bertajuk langkah-langkah meningkatkan mutu

pengangkutan awam.

Huraian

Pelajar mestilah menulis :

1. Jenis-jenis pengangkutan awam- contohnya perkhidmatan bas awam, teksi, kereta

api,monorel , LRT dan sebagainya

2. Masalah-masalah pengangkutan awam yang menjadi rungutan masyarakat –

contohnya tambang yang mahal, jadual perjalanan tidak tetap, sikap pemandu yang

tidak berhemah dan lain-lain yang relevan.

3. Langkah-langkah untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam.

4. Jika pelajar tidak menulis berdasarkan format rencana – markah maksimum peringkat

kepujian

5. Tolak markah jika tiada;

Tajuk – 1 m

Nama penulis – 1 m

Soalan 4

Kerjasama diperingkat antarabangsa dalam memartabatkan bidang pendidikan dapat

menyejahterakan kehidupan masyarakat sejagat.

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh melalui jalinan kerjasama itu

Kehendak soalan

Pelajar menjelaskan faedah-faedah yang diperoleh dalam memartabatkan bidang pendidikan

melalui jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa

Huraian:

Pelajar mesti menghuraikan:

1. Bentuk-bentuk kerjasama dalam memartabatkan bidang pendidikan di peringkat

antarabangsa. Jika pelajar hanya menjelaskan kerjasama pelbagai pihak di dalam

Negara- maksimum markah peringkat baik

2. Faedah-faedah yang diperoleh melalui jalinan kerjasama tersebut dalam

menyejahterakan kehidupan masyarakat sejagat. Jika pelajar hanya menghuraikan

menyejahterakan kehidupan masyarakat Malaysia sahaja – maksimum markah

peringkat baik.

Page 5: BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A Menjamin · PDF fileperayaan kaum yang berbeza seperti Tahun Baru Cina, ... Kehendak soalan 1 ... Salah satu bidang yang anda minati ialah penulisan

Soalan 5

Salah satu bidang yang anda minati ialah penulisan sastera. Baru-baru ini anda telah diminta

oleh pihak redaksi majalah sekolah untuk menghasilkan sebuah cerpen yang bertemakan

penghargaan terhadap jasa warga tua.

Kehendak soalan

Pelajar menghasilkan sebuah cerpen yang bertemakan penghargaan terjadap jasa warga tua.

Huraian

1. Jika pelajar menulis tidak menggunakan laras bahasa cerpen tetapi masih

menepati tema - markah maksimum di peringkat baik

2. Jika pelajar menulis sebuah cerpen dan menggunakan laras bahasa bahasa cerpen

tetapi tidak menepati tema – markah maksimum peringkat pencapaian minimum

3. Jika pelajar menulis cerpen merujuk kepada penghargaan terhadap jasa ibu bapa

periksa seperti biasa.

4. Jika pelajar menghuraikan jasa warga tua tanpa mengaitkan penghargaan (terima

kasih, pemberian hadiah, rawatan -markah di peringkat memuaskan.