bm011

21
SULIT 011 011 Bahasa Malaysia Kertas 1 ________________________________________ Mei 50 minit PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 011- BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. 2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. 4. Sekiranya kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat . Kemudian hitamkan jawapan kamu yang baharu.

Upload: nadia-sofwan

Post on 18-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

mid term test

TRANSCRIPT

SULIT 011

011BahasaMalaysiaKertas 1________________________________________Mei50 minit

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

2015

011- BAHASA MALAYSIA

TAHUN 5Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.

2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.

4. Sekiranya kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan kamu yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak

[Lihat halaman SebelahSoalan 1 20Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1.Abang sedang sibuk membakar ikan, udang dan sotong yang dibeli daripada seorang ____________ .

Apetani

Bnelayan

Cpelayan

Dpekebun

2.Sekolah Kebangsaan Serting Felda akan mengadakan ___________ untuk mengiktiraf murid-murid yang cemerlang dalam akademik.

AHari Guru Cemerlang

BHari Bertemu Pelanggan

CHari Khidmat Cemerlang

DHari Anugerah Cemerlang

3."Sila keluarkan buku latihan ___________ sekarang," kata Cikgu Azri kepada murid-murid Tahun 5 Zuhal.

Akita

Bkami

Ckalian

Dengkau

4.Lelaki itu ___________ ke dasar laut untuk mencari harta karun.

Amenurun

Bmerendam

Cmenyelam

Dmenyelinap

5.___________ berambut panjang itu bernama Ayu Raudah Salsabila.

ADan

BJika

CYang

DKetika

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6.Amalan membantu satu sama lain semakin dipinggirkan oleh masyarakat hari ini. Berdasarkan gambar di atas, apakah kata kerja yang sesuai ditunjukkan oleh dua orang pekerja itu.

Amenjulang

Bmenatang

CDmemapahmemikul

7Anda telah mengikuti keluarga anda pergi membeli-belah di pasar raya. Anda ingin membeli makanan biskut di dalam tin. Tanpa diduga, anda terlihat satu tin biskut yang tidak ditutup dengan rapi.

Anda mendapati biskut itu telah ____________

Arapuh

Brangup

Clemau

Dgaring

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8Bahrin telah menemukan _____________ kunci sewaktu bermain bola sepak di padang sekolah.

Asegugus

Bsegemal

Csegulung

Dsegenggam

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9Longgokan sampah yang terdapat di ____________ gerai itu telah menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Abelakang

Bdalam

Cluar

Dtepi

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10Kami tidak dapat melihat ____________ yang terdapat di persimpangan jalan itu kerana dilindungi pokok besar.

Apapan iklan

Bpapan jalan

Cpapan tanda

Dpapan kenyataan

11Kerajaan bersetuju untuk memilih hari Sabtu sebagai hari ____________ am bagi semua kakitangan awam.

Amelepasi

Bkelepasan

Cpelepasan

Dmelepaskan

12Wabak demam denggi kini telah menular ke ____________ Malaysia.

Asemua

Bsegala

Cseluruh

Dsetengah

13Menjelang senja suasana ___________ di taman permainan itu beransur sepi.

Ariuh-rendah

Bkalut-malut

Ckacau-bilau

Ddentam-dentum

14Pakaian Pak Leman menjadi ___________ kerana terkena lumpur semasa dia mengerjakan sawahnya.

Acalar-balar

Bbintik-bintik

Ccomot-momot

Dtompok-tompok

15Ibu tidak menggunakan minyak yang disimpannya untuk menggoreng ayam kerana minyak itu berbau ______________.

Atengik

Bhapak

Chamis

Dbusuk

16Saiful memang berbakat dalam badminton. ____________ dia terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan .

ASelain itu

BLantaran itu

CDi samping itu

DTambahan pula

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17Pegawai polis itu _____________ Encik Azman sijil penghargaan atas keberanian beliau menyelamatkan mangsa ragut.

Amenganugerahkan

Bpenganugerahan

Cmenganugerahi

Danugerahi

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18Se ____________ durian itu mempunyai isi yang kuning-kekuningan.

Abiji

Bulas

Cbuah

Dpangsa

19Penunggang motosikal mesti ____________ topi keledar dengan kemas.

Amengancing

Bmenggunakan

Cmemasang

Dmengikat

20Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

IPenyakitnya sudah beransur baik.

IIAhmad menjawab soalan itu dengan baik.

IIIBaik sahaja sampai, dia terus masuk ke bilik.

IVDia berasal daripada keluarga yang baik.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

21Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Apakah aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Sukan dan Riadah?

ASenaman dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.

BBerbasikal dan senaman pagi antara aktiviti yang dijalankan.

CPelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab tersebut.

DAktiviti dirancang untuk meningkatkan kecergasan badan.

22Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan di bawah.

Keputusan peperiksaan tidak begitu memberangsangkan.

ABilakah keputusan peperiksaan diumumkan?

BMengapakah keputusan kamu tidak memberangsangkan?

CBagaimanakah keputusan peperiksaan kamu baru-baru ini?

DSiapakah yang mendapat keputusan yang memberangsangkan?

Soalan 23Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23Cikgu, saya rasa Abdurrazak yang mengambil buku saya, kata Mahat.

AMahat menuduh Abdurrazak mengambil bukunya.

BAbdurrazaklah yang telah mengambil buku Mahat itu.

CMahat memberitahu cikgu, Abdurrazak telah mencuri.

DMahat mengadu kepada cikgu, Abdurrazak telah mencuri.

Soalan 24Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24Aktiviti kekeluargaan di Taman Seri Bahagia telah menyuntik semangat kerjasama dalam kalangan penduduk.

ASemua penduduk terlibat dalam aktiviti kekeluargaan di Taman Seri Bahagia dengan semangat kerjasama.

BPenduduk di Taman Seri Bahagia telah bekerjasama dalam aktiviti kekeluargaan dengan penuh semangat.

CSemangat kekeluargaan dan kerjasama berjaya disuntik dalam kalangan penduduk di Taman Seri Bahagia.

DAktiviti kekeluargaan berjaya menyuntik semangat kerjasama dalam kalangan penduduk di Taman Seri Bahagia.

Soalan 25 - 26Pilih ayat yang betul.

25ADatuk meletakkan sebuah pisang di atas pangkin di tepi kolam itu.

BDoktor Sarjit Singh bertugas di Sekolah Kebangasaan Manik Urai.

CYang akan membantu ibu membuat taman mini ini siapa?

DAbang saya mahasiswi di Universiti Utara Malaysia.

26AGuru besar-guru besar dari sekolah berdekatan turut diundang memeriahkan majlis penutup Minggu Cergas Cerdas.

BSaya pernah mengikuti kursus motivasi yang akan diadakan di Kem Jati Diri itu.

CBaju Melayu yang diperbuat daripada kain songket itu dijahit oleh saya.

DAdik mencuci hingga bersih baju dan kasut sukan itu.

Soalan 27 28

Pilih ayat-ayat yang betul.

27IAdakah Melia berasal daripada Sarawak?

IIYujin membeli sebatang payung di Pasar Raya Teguh.

IIINenek amat rindu akan kakak yang sedang berkursus di Jerman.

IVZakri digelar kaki bangku kerana tidak pandai bermain bola sepak.

AI dan II

BII dan III

CIII dan IV

DI dan 1V

28ILelabi itu sedang makan dedaun kangkung.

IIKhemah itu dipasang di penjuru kiri padang sekolah.

IIIAduhai, cantiknya jambangan bunga yang digubah oleh ibu!

IVKuih-muih tradisional yang dibuat oleh Puan Sarah memang sedap.

AI, II dan III

BII, III dan IV

CI, III dan IV

DI, II dan IV

Soalan 29 berdasarkan gambar di bawah.

29Simpulan bahasa yang sesuai dengan situasi dalam gambar ialah ______________.

Abidan terjun

Bringan tulang

Cayam tambatan

Dtulang belakang

Soalan 30 berdasarkan gambar di bawah.

30Aktiviti yang sedang dilakukan oleh penduduk kampung ini sesuai dikaitkan dengan peribahasa ______________.

Aberat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Bsikit-sikit lama-lama jadi bukit

Cseperti anjing dengan kucing

Dhangat-hangat tahi ayam

Soalan 31 - 35Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Perjalanan masih jauh untuk sampai ke destinasi. Aku dan adik-adikku sudah penat bernyanyi dan bergurau senda. Ayah memandu kereta dengan berhati-hati. Sampai di kawasan rehat dan rawat Seremban, Negeri Sembilan, ayah memberhentikan kereta di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta.Perjalanan diteruskan. Adik-adikku seorang demi seorang tertidur sambil duduk. Adik bongsuku duduk di riba ibu di tempat duduk hadapan. Aku melayan lagu nasyid yang berkumandang melalui radio kereta. Tidak lama kemudian, aku turut terlena. Sedar-sedar sahaja kami sudah berada di hadapan Pasar Raya Ekonomi Sungai Besar, Selangor. Pasar raya ini memang cukup terkenal. Harga barang yang dijual di sini juga jauh lebih murah berbanding di tempat lain.

Selepas membeli belah di pasar raya itu, kami teruskan perjalanan ke rumah Mak cik Ikah di Kampung Parit Baharu. Sebelum sampai ke kampung itu, kami menempuh Kampung Simpang Empat. Di situ, kami singgah di pantai peranginan Bagan Nakhoda Omar. Aku mengira perjalanan kami dari rumah hingga ke sini lebih kurang lima jam. Air laut yang berombak tenang menyambut kedatangan kami. Bot-bot nelayan meredah ombak pulang ke pengkalan dan jeti masing-masing. Panorama bertambah indah sewaktu aku menyaksikan pantulan sinaran emas mentari yang hampir terbenam pada ombak yang beralun tenang. Pemandangan yang mendamaikan inilah yang menjadi tarikan pengunjung ke sini.

Aku segera menyertai kesemua tiga orang adikku yang mulai bermain pasir. Aku korek pasir dan membina istana pasir. Melihat istana yang aku bina, adikku yang kedua tidak mengalah. Dia turut membina istana pasir untuk menandingi binaan yang aku buat. Ibu menghakimi binaan kami. Ibu memberikan markah seri kepada kami. Kami tertawa keriangan. Kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati mi udang di Gerai Maskuri di tepi pantai itu. Keenakan mi udang di sini menjadi sebutan ramai orang hingga ke negeri jiran. Adikku yang ketiga sanggup menjilat pinggan dek kelazatan kuah mi udang tersebut. Sendawa berulang kali aku kerana kekenyangan.

Selepas makan mi udang, kami mengambil angin seketika di pantai peranginan tersebut. Kami nikmati hembusan bayu laut yang sangat nyaman sambil menyaksikan matahari terbenam. Pengunjung pun sudah beransur pergi. Ayah mengajak kami teruskan perjalanan ke rumah Mak cik Ikah. Sepuluh minit kemudian, akhirnya kami sampai ke destinasi dengan selamat. Aku hulurkan dua bungkus mi udang kepada Mak cik Ikah yang tersenyum mesra menyambut kedatangan kami.

31.Mengapakah pantai Bagan Nakhoda Omar menjadi tumpuan pengunjung?

ATempat melepaskan lelah.

BAir laut yang tenang berombak.

CMi udang di Gerai Maskuri sangat lazat.

DPanorama yang indah dan mendamaikan.

32.Di manakah kami mula-mula berhenti di Selangor?

ADi stesen minyak

BDi pantai peranginan

CDi rumah Mak cik Ikah

DDi Pasar Raya Ekonomi

33.Berapakah bilangan adik-beradik aku?

ATiga

BEmpat

CLima

DEnam

34.Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan

AAku bertanding membuat istana pasir dengan adik.

BPerjalanan kami mengambil masa hampir enam jam.

CHarga barangan di Pasar Raya Ekonomi murah.

DMi udang di Gerai Maskuri sangat terkenal.

35.Frasa mengambil angin dalam petikan bermaksud

Abersiar-siar.

Bberlari-larian.

Cbergurau-senda

Dberkejar-kejaran.

Soalan 36 hinggaSoalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aziz : Hei, sahabat! Engkau tak pergi kelas tambahan hari ini?

Karim: Eh, setahu aku kelas tambahan bukan hari ini!

Aziz: Cikgu Arif telah membuat pengumuman dua hari lepas. Sekiranya ada murid yang tidak hadir, cikgu akan mengambil tindakan tegas.

Karim: Aku tak tahu pun. Seingat aku kelas tambahan bermula pada bulan hadapan.

Aziz: Itulah, lain kali pasang telinga betul-betul apabila cikgu memberi penerangan. Nasib baik aku bertanya, kalau tidak tentu engkau tak tahu tentang kelas tambahan hari ini.

Karim: Erm... sebenarnya aku ada kerja sedikit . Zaki mengajak aku memancing di sungai.

Aziz : Cikgu Arif tentu akan menyoal aku kalau engkau tidak datang kelas hari ini. Apa aku nak jawab?

Karim: Pandai-pandailah engkau memberi alasan. Nanti kalau aku dapat banyak ikan adalah habuan untuk engkau.

Aziz: Amboi, senangnya engkau bercakap ! Aku tidak mahu bersubahat.

Karim : Sebenarnya, aku ingin membantu keluargaku. Ayahku sudah sebulan tidak bekerja. Kami mengalami masalah kewangan. Sekurang-kurangnya dengan memancing, aku dapat meringankan beban mereka.

Aziz : Mengapakah engkau tidak memberitahu perkara yang sebenar, Karim ? Sungguh terharu aku mendengarnya.

Karim : Entahlah, Aziz. Kadang-kadang aku berasa bingung memikirkan masalah ini.

Aziz : Bersabarlah. Tiada masalah yang tidak boleh diatasi. Aku fikir, lebih baik engkau beritahu cikgu tentang masalah ini. Sekarang ini banyak bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Mereka telah menyalurkan bantuan kepada pihak sekolah. Cuma pihak sekolah perlu mengenal pasti murid-murid ini.

Karim : Terima kasih, Aziz. Aku akan cuba untuk berubah. Aku tidak akan ponteng kelas tambahan lagi.

Aziz : Sama-sama.36 Siapakah yang ditemui oleh Aziz dalam perjalanan ke sekolah ?

AKawannya

BCikguArif

CKarim

DAizat

37Apakah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh Karim pada hari itu?

AMenyertai kelas tambahan di sekolahnya

BMenghadiri latihan bola sepak

CBerjumpa dengan Aziz

DMemancing

38Mengapakah Karim tidak menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh gurunya ?

AMalas belajar

BDia terlewat ke sekolah

CIngin membantu keluarganya

DMenghadiri latihan bola sepak

39Pilih pernyataan yang benar.

AKarim takut dimarahi gurunya

BKeluarga Karim menghadapi masalah kewangan

CKarim tidak sengaja tidak menghadiri kelas tambahan

DAziz memarahi Karim kerana dia ponteng kelas tambahan

40Semua perkataan di bawah mempunyai erti yang sama dengan jemput kecuali

Amengajak

Bmenyuruh

Cmempelawa

DMengundang

KERTAS SOALAN TAMAT