bm thn 5

16
BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 Disediakan oleh: Napiah Muhamad

Upload: napiahmuhamad

Post on 30-Jul-2015

832 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm thn 5

BAHASA MALAYSIATAHUN 5

Disediakan oleh:Napiah Muhamad

Page 2: Bm thn 5

Bahagian A(Masa yang dicadangkan : 15 minit)

( 10 markah )

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti berdasarkan gambar di bawah.

Page 3: Bm thn 5
Page 4: Bm thn 5

1 Farid dan Aiman sedang makan ais krim sambil berbual-bual.

di bawah sebatang pokok. 2 Ahmad menjual rantai kunci yang pelbagai jenis dengan harga

yang berpatutan.

3 Syahira membeli secawan air batu untuk menghilangkan rasa dahaganya.

4 Kasim menghulurkan wang kepada penjual belon setelah memilih belon yang hendak dibeli .

5 Adam memasukkan kuih ke dalam bekas makanan dengan berhati-hati menggunakan penyepit makanan.

Page 5: Bm thn 5

BAHAGIAN B(Masa yang dicadangkan 40 minit)

( 30 markah)

Page 6: Bm thn 5

Ayah kamu sering sakit-sakit sejak akhir-akhir ini. Tuliskan sepucuk surat kepada abang kamu yang tinggal di bandar. Minta abang kamu pulang menziarahi ayah kamu di kampung.

Pendahuluan-bertanya khabar

Isi-isi

-tujuan menulis surat – ayah sakit-sakit - telah dibawa ke klinik

- keadaan ayah – tidak lalu makan – lemah - kurus

- meminta abang pulang – menyebut-nyebut nama - rindu

- membawa ayah ke bandar – mendapatkan rawatan lebih baik – harapan bonda

Penutup - harapan – pulang segera

Page 7: Bm thn 5

No 5 Taman Ria,Jalan Cempaka 3,34000 Taiping,Perak.12 Februari 2010.

Menemui kekandaku, Fairuz yang kini berada di Kuala Lumpur. Semoga kekanda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Adinda di sini sihat-sihat belaka. Hampir tiga bulan kekanda tidak pulang ke kampung. Mungkin kekanda sibuk dengan urusan kerja.

Kekanda,Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk memaklumkan keadaan kesihatan ayahanda. Sejak kebelakangan ini, ayahanda sering sakit-sakit. Sudah beberapa kali ayahanda dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi keadaan ayahanda masih begitu juga.

Kekanda,Adinda tidak sampai hati melihat keadaan ayahanda sekarang. Ayahanda seperti tidak lalu makan. Ayahanda semakin lemah dan kurus. Suaranya pun semakin lemah. Mungkin disebabkan selalu sakit-sakit.

Page 8: Bm thn 5

Kekanda,Jika ada kelapangan, pulanglah ke kampung. Ayahanda sering menyebut-

nyebut nama kekanda. Lihatlah keadaan ayahanda yang semakin uzur. Mungkin ayahanda merindui kekanda dan kepulangan kekanda dapat mengurangkan kesakitan ayahanda.

Kekanda,Jika kekanda pulang ke kampung, mungkin kita boleh membawa

ayahanda mendapatkan rawatan di bandar besar pula. Bonda berharap sangat agar ayahanda diberi rawatan yang lebih sempurna memandangkan di sini tidak banyak klinik. Harapan bonda, biarlah ayahanda kembali sihat seperti sedia kala.

Sampai di sini sahaja yang dapat adinda coretkan. Adinda berharap agar kekanda dapat pulang segera. Kami di sini sentiasa menantikan kepulangan kekanda. Sekian.

Adindamu,Faizal Tahir

Page 9: Bm thn 5

“Masa itu emas”.Tulis sebuah karangan tentang cara-cara mengisi masa dengan baik.

Pendahuluan

masa sangat berharga -penuhkan masa lapang- aktiviti berfaedah

-melakukan hobi yang berfaedah - mengumpul setem - mengetahui banyak negara di dunia - berkebun - mendapat hasil - kegunaan sendiri- diberi kepada jiran

-beriadah - bersukan bersama keluarga - menyihatkan badan -keluarga bahagia

Penutup

Masa berlalu tidak akan berulang lagi- penuhilah dengan aktiviti berfaedah

Isi-Isi

-menolong ibu dan ayah - mengemas rumah - membersihkan halaman rumah - mencuci kereta

-membaca buku - membuat kerja rumah -mengulangkaji pelajaran - rajin - berjaya

Page 10: Bm thn 5

Akhiri cerita kamu dengan ayat di bawah.“… Sehingga kini apabila aku terkenangkan peristiwa itu, pasti aku akan tersenyum sendirian. Peristiwa itu tidak dapat aku lupakan”.

Pendahuluan

terlewat bangun - keadaan di luar - pukul 7.00 - mencapai tuala

Isi - isi

-bersiap-siap -ke bilik adik - tiada - marah adik - ditinggalkan

-pelik - rumah sunyi - keluarga tiada - bersarapan bersama - kereta tiada -menyorong basikal

-kereta menuju ke rumahku - ayah, ibu dan adik-adikku tersenyum - tertawa

-bungkusan makanan - memberitahu cuti umum - malu

Penutup

setahun berlalu

Page 11: Bm thn 5

Pagi itu aku terlewat lagi. Bilaku buka mata , aku dapati keadaan di luar sudah cerah. Aku memandang ke arah jam. Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Aku menggosok-gosokkan mata dan memandang sekali lagi ke arah jam. Aku terperanjat lalu terus bangun dari katilku. Aku mencapai tuala kemudian berlari-lari ke bilik mandi.

Aku tergesa-gesa dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Setelah mandi , aku menyarungkan baju ke badanku. Setelah siap, aku ke bilik adikku.Aku dapati adikku telah tiada. Baju sekolahnya juga tiada. Aku menjadi semakin marah kerana adik tidak mengejutku malahan meninggalkan aku. Kemudian aku ke dapur.

Aku berasa amat pelik. Keadaan rumahku amat sunyi. Ibu bapaku juga tiada di dapur. Biasanya kami akan bersarapan bersama-sama sebelum meninggalkan rumah untuk ke sekolah. Aku meluru ke arah pintu. Ku lihat kereta ayahku telah tiada. Mataku mula merah. Aku sangat sedih kerana ditinggalkan oleh keluargaku. Setelah memakai kasut sekolah, aku mencapai basikalku. Aku menyorong basikalku hingga ke pintu pagar.

Page 12: Bm thn 5

Dari jauh aku melihat sebuah kereta menuju ke rumahku. Itulah kereta ayahku. Di dalamnya kulihat ayah, ibu dan adik-adikku tersenyum- senyum memandang ke arahku. Aku bertambah marah. Ayah menghentikan kereta. Dari pintu pagar aku terdengar mereka tertawa.

Ibuku membuka pintu kereta dan di tangannya ku lihat ada beberapa bungkusan makanan. Adikku pula tidak memakai baju sekolah. Aku semakin pelik. Sambil tertawa ibuku memberitahu bahawa hari ini adalah hari cuti umum. Aku terkedu. Hilang perasaan marah dan timbul pula perasaan malu.

Peristiwa itu telah setahun berlalu. Namun demikian sehingga kini apabila aku terkenangkan peristiwa itu, pasti aku akan tersenyum sendirian. Peristiwa itu tidak dapat aku lupakan .

Page 13: Bm thn 5

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh

daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50

patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan

Page 14: Bm thn 5

Encik Farid dan Puan Yati memelihara seorang anak angkat yang bernama Fatina. Fatina dijaga oleh Encik Farid dan isterinya semenjak kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Fatina dipelihara dengan penuh kasih sayang. Kehidupannya dilimpahi dengan kemewahan. Encik Farid dan isterinya amat menyayangi Fatina kerana mereka tidak mempunyai anak walaupun sudah sepuluh tahun berkahwin. Kehadiran Fatina dalam keluarga mereka amat dialu-alukan. Fatina dijaga dengan sebaik-baiknya sebagai memenuhi wasiat ibu bapa Fatina. Fatina juga merupakan seorang anak yang baik dan mendengar kata. Dia juga amat menyayang ibu bapa angkatnya itu. Fatina seorang yang pintar dan baik. Kemewahan yang diperolehinya tidak pernah dipersia-siakan oleh Fatina. Dia juga tidak pernah mengambil kesempatan atas segala kebaikan dan kasih sayang yang diberikan oleh Encik Farid dan Puan Yati. Kehidupan mereka sekeluarga begitu bahagia dan harmoni.

Page 15: Bm thn 5

Nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita

hendaklah mengambil berat terhadap kesusahan orang lain agar

beban mereka dapat diringankan . Kita sepatutnya mengasihi

sesama manusia agar hidup lebih harmoni. Seterusnya kita

mestilah menepati janji agar orang lain mempercayai kita. Kita

wajib menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah

membesarkan kita. Akhir sekali kita hendaklah menjaga

kebahagiaan keluarga agar hidup kita lebih aman.

( 60 p.perkataan)

Contoh Jawapan Bah C

Page 16: Bm thn 5

SEKIANTERIMA KASIH