bm p2 t1

6
SULIT 02/2 Bahagian A : Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah – langkah menghindarkan kegiatan merokok. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Amaran ” merokok membahayakan kesihatan ” sudah kerap dilaungkan. Namun begitu, mesej ini gagal menembusi sanubari perokok untuk membendung mereka agar menghentikan tabiat merokok. Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bahawa kira-kira empat juta orang manusia mati setiap tahun akibat daripada penyakit yang berkaitan dengan rokok. Oleh itu, kerajaan terpaksa membelanjakan RM20 juta untuk melancarkan kempen Antimerokok Kebangsaan. Kerajaan memperkenalkan slogan ” Tak Nak ” dalam kempen ini. Hal yang demikian adalah untuk menyemaikan sikap benci merokok dan sikap ini perlu disemaikan sejak kanak-kanak di bangku sekolah lagi. Tujuannya adalah untuk menyedarkan semua orang betapa bahayanya merokok. Selain itu, kerajaan turut menggubal undang-undang yang melarang remaja di bawah umur 18 tahun daripada membeli rokok. Para remaja yang didapati bersalah merokok atau mengunyah bahan-bahan hasil tembakau akan dikenakan kompaun RM50 atau denda maksimum RM1000. Usaha-usaha lain yang dilaksanakan termasuklah menetapkan peraturan yang menghendaki restoran berhawa dingin menyediakan 70 peratus keluasan restoran sebagai kawasan larangan merokok. Peraturan yang ditetapkan ini mestilah dipatuhi oleh pengusaha restoran. Untuk memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi, pihak berkuasa harus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Kerajaan turut mengambil langkah proaktif dengan melarang semua bentuk penyiaran iklan jenama rokok menerusi media massa. Dalam hal SULIT 02/2 1

Upload: hasmi-mohamad

Post on 14-Sep-2015

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm 1

TRANSCRIPT

Bahagian A (i) :

SULIT 02/2

Bahagian A : Ringkasan

[20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah langkah menghindarkan kegiatan merokok. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Amaran merokok membahayakan kesihatan sudah kerap dilaungkan. Namun begitu, mesej ini gagal menembusi sanubari perokok untuk membendung mereka agar menghentikan tabiat merokok. Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bahawa kira-kira empat juta orang manusia mati setiap tahun akibat daripada penyakit yang berkaitan dengan rokok.

Oleh itu, kerajaan terpaksa membelanjakan RM20 juta untuk melancarkan kempen Antimerokok Kebangsaan. Kerajaan memperkenalkan slogan Tak Nak dalam kempen ini. Hal yang demikian adalah untuk menyemaikan sikap benci merokok dan sikap ini perlu disemaikan sejak kanak-kanak di bangku sekolah lagi. Tujuannya adalah untuk menyedarkan semua orang betapa bahayanya merokok. Selain itu, kerajaan turut menggubal undang-undang yang melarang remaja di bawah umur 18 tahun daripada membeli rokok. Para remaja yang didapati bersalah merokok atau mengunyah bahan-bahan hasil tembakau akan dikenakan kompaun RM50 atau denda maksimum RM1000.

Usaha-usaha lain yang dilaksanakan termasuklah menetapkan peraturan yang menghendaki restoran berhawa dingin menyediakan 70 peratus keluasan restoran sebagai kawasan larangan merokok. Peraturan yang ditetapkan ini mestilah dipatuhi oleh pengusaha restoran. Untuk memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi, pihak berkuasa harus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Kerajaan turut mengambil langkah proaktif dengan melarang semua bentuk penyiaran iklan jenama rokok menerusi media massa. Dalam hal ini, pendidikan dapat menyedarkan orang ramai tentang bahaya merokok.

Kempen ini bermatlamat untuk menjadikan Malaysia bebas daripada perokok. Sasaran kempan kali ini ialah pelajar sekolah memandangkan pertambahan bilangan remaja yang merokok khususnya dalam kalangan mereka yang berusia di bawah 18 tahun.Bahagian A (ii): Pemahaman Petikan Umum

[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.1. Apakah yang dimaksudkan oleh rangkai kata gagal menembusi sanubari ?

[2 markah]2. Mengapakah kerajaan berusaha untuk mengadakan Kempen Antimerokok?

[4 markah]3. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang itu merokok ?

[4 markah]

Bahagian B:

Karangan Rangsangan

[20 markah]

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian C :

Karangan Pilihan

[40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.1. Anda baru sebulan memulakan persekolahan di sebuah sekolah berasrama penuh.

Tulis sepucuk surat kepada ibu bapa anda untuk menyatakan keadaan anda di

asrama itu.2. Anda mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan tersebut ialah Langkah-langkah untuk Menjaga Kesihatan

Tulis teks syarahan itu selengkapnya.3. Amalan gotong-royong banyak memberikan manfaat kepada masyarakat. Nyatakan kebaikan amalan gotong-royong.4. Anda menelefon rakan anda untuk memberitahunya tentang suatu perkara. Tulis perbualan anda dengan rakan anda.5. Tulis cerita yang menarik berdasarkan peribahasa bumi mana yang tidak ditimpa hujan .Bahagian D : Novel

[10 markah]

Jawapan anda mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda pelajari di Tingkatan 1.

Nyatakan tiga nilai berserta contoh yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

_____________

_______________

(MOHD HASMISAFAR MOHAMAD)

(NOORASIAH BT.YUSOFF)

GURU BAHASA MELAYU

KETUA PANITIA BAHASA

MELAYUIstana Menanti karya Abd. Latip Talib

Bukan Duniaku karya Aida Shahira

Hikmah karya Mohd. Faris Ikmal

Sukar Membawa Tuah karya Suziana Che Will

PAGE 1SULIT 02/2