blog elektrik: kaedah pendawaianslopersonic.blogspot.com/2014/05/pendawaina-tersembunyi.htmllukis...

Download BLOG ELEKTRIK: KAEDAH PENDAWAIANslopersonic.blogspot.com/2014/05/pendawaina-tersembunyi.htmlLukis rajah bentangan dan rajah pendawaian pada kertas A4. Senaraikan bahan dan peralatan

If you can't read please download the document

Upload: vandiep

Post on 12-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

BLOG ELEKTRIK: KAEDAH PENDAWAIAN

BLOG ELEKTRIK

Tuesday, 27 May 2014

KAEDAH PENDAWAIAN

PENDAWAIAN SELONGSONG PVK, PEMBULUH, SESALUR PVK

PENERANGAN

Sistem pendawaian selongsong PVK digunakan pada permukaan dinding rumah yang telah siap. Ianya bersaiz kecil dan nipis. Pendawaian jenis ini hanya dapat menampung kabel yang terhad.Pendawaian jenis ini mempunyai persamaan dengan pendawaian permukaan. Perbezaannya hanya kabel disalurkan menggunakan selongsong PVK. Kerja pendawaian ini dilakukan dengan memasang selongsong PVK di permukaan dinding terlebih dahulu.Kabel-kabel akan dimasukkan ke dalam selongsong secara beransur-ansur, setelah siap barulah ditutup dengan penutup selongsong. Berikut adalah senarai saiz selongsong PVK dan kegunaannya.

Jadual 1 : Saiz dan kegunaan selongsong PVK

Gambar 1: Pendawaian selongsong PVK

Sistem pendawaian pembuluh PVK pula digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanikal yang minima. Sistem ini boleh dipasang di permukaan atau tersembunyi.

Sistem pendawaian sesalur PVK mampu menampung kabel yang banyak. Ianya sesuai digunakan kerana lebih selamat dan apabila ianya dipasang di dalam sesebuah bangunan, ia biasanya dipasang bergabung dengan sistem pendawaian lain.

Kebaikan

Kemas dan cantik

Selamat, tidak terdedah pada kerosakan mekanikal bahan kimia dan haba

Kelemahan

Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan.

Punca kerosakan sukar dikesan

Langkah-langkah membuat pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur PVK berdasarkan Rajah Bentangan dan Rajah Pendawaian:

Lukis rajah bentangan dan rajah pendawaian pada kertas A4.

Senaraikan bahan dan peralatan tangan yang hendak digunakan.

Sediakan bahan dan peralatan tangan.

Ambil ukuran dan potong selongsong, pembuluh dan sesalur mengikut rajah bentangan.

Pasang alat tambah pada pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur.

Buat pendawaian mengikut gambarajah pendawaian.

Buat tamatan kabel

Uji kefungsian litar.

Peralatan tangan dan kegunaanya

Jadual: Alatangan

Alat Tambah Pendawaian

Jadual: Alatambah

Peraturan elektrik dan keselamatan dalam pendawaian selongsong PVK.

Rancang laluan selongsong terlebih dahulu. Pendawaian selongsong hendaklah dipasang ditempat yang tidak dimasuki air seperti: (Air hujan, Wap atau air memeluwap, Air terkumpul dan Air yang menitis). Pastikan setiap sambungan kabel pada setiap alur keluar pada selongsong mestilah baik dari aspek mekanikal dan elektrikal. Pastikan selongsong yang dipasang pada struktur rintangan api seperti lantai atau dinding tahan kebakaran mestilah ditutup rapi. Hujung selongsong yang dipotong hendaklah diratakan atau dikemaskan bagi mengelakkan kecederaan kabel. Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam selongsong PVK hendaklah mempunyai faktor ruang yang tidak melebihi 45%.

Memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan pemeriksaan visual.

Pemeriksaan visual ialah pemerhatian melalui deria mata, sentuhan dan pendengaran. Biasanya ia dilakukan di peringkat awal selepas kerja-kerja pemasangan siap. Antara perkara yang diperhatikan: Laluan kabel yang betul dan sempurna. Jenis kod warna dan saiz kabel yang betul. Alat yang betul bagi tujuan pengasingan atau penyuisan litar. Mengguna kadaran alat perlindungan yang betul. Semua tamatan kabel ditandakan. Notis merbahaya dan amaran dipasang pada bahagian tertentu. Semua rajah dan arahan boleh dilihat dengan jelas.

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

Pemasangan Pendawaian Tersembunyi

Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara permukaan atau tersembunyi. Pendawaian tersembunyi biasanya dilakukan ketika kaperingkat pembinaanpbangunan. Dalam sistem ini, kabel atau pembuluh dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Dimana kita boleh tengok sistem ini? Contoh paling mudah ialah di rumah kita sendiri (rumah batu). Kita boleh nampak kotak soket, kotak suis, lampu dan juga kipas dekat dinding atau siling, tetapi kita tak nampak sebarang kabel diluar dinding dan siling. Inilah dinamakan sistem pendawaian tersembunyi untuk tujuan kekemasan dan memberi perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih lama

Jenis Pendawaian Tersembunyi

Pendawaian Tersembunyi menggunakan pembuluh

Pendawaian Tersembunyi menggunakan kabel bertebat

Kaedah pemasangan kabel

Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang dibangunkan atau bangunan sudah siap. Jika bangunan itu telah siap, proses memecah dinding konkrit untuk menebuk alur hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut serta ketebalan kabel yang hendak ditanam

Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan, kondiut atau kabel hendaklah diletakkan sebelum dinding di lepa (plaster). Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian dilakukan.

Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai. Bahagian yang ditanda itu kemudiannya akan dipotong dengan menggunakan mesin pencanai dan dibuang atau dipecahkan dengan menggunakan tukul dan pahat

Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 25mm kedalamannya ialah 40mm dan bagi kondiut berukuran 19mm kedalaman lurah dinding ialah 30mm.

Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel biasanya berukuran antara 12mm hingga 20mm juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.

Kabel boleh dibentangkan terus pada lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak terkeluar daripada laluannya ketika kerja-kerja melepa dilakukan.

Ketika menebuk lurah, elakkan membina laluan kabel di tempat-tempat berikut untuk mengelakkan kerosakan kabel:

a) Ruang untuk menggantung gambar, jam dan hiasan rumah

b) Di atas bahagian tingkap dan pintu

c) Tiang sokongan

Pendawaian Tersembunyi yang telah siap dipasang

Kebaikan pendawaian tersembunyi:

Pendawaian jenis ini lebih kemas / cantik.

Selamat kerana tidak terdedah kepada kerosakan mekanikal, bahan kimia dan haba.

Tahan lama

Kelemahan pendawaian jenis ini:

Apabila ada kerosakan sukar untuk diperbaiki

Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel

Punca kerosakan sukar dikesan

Kebarangkalian terkena paku akibat ketukan pengguna.

Ciri-ciri pemilihan sistem tersembunyi

Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa;

Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen;

Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik;

Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan;

Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak;

Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama;

Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

Jenis-Jenis Kabel

Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan bergantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:

Pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh : kabel PVK

Pendawaian tersembunyi tanpa pembuluh : kabel PVK/PVK

Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Tersembunyi

Rajahdi bawahmenunjukkan gambar foto langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi yang akan membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian tersembunyi nanti.

Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Tersembunyi

Bagi memastikan penghasilan kerja-kerja pendawaian yang baik, kemas dan selamat,amalan-amalan kerja berikut mestilah dilakukan:

Semua kabel pemasangan hendaklah dicengkam dengan timah seberapa tegang yang boleh

Sambungan kabel hanya boleh dilakukan di tamatan alat tambah.

Laluan pemasangan kabel mestilah dirancangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan litar daripada bertindih.

Punca-punca bagi kabel hidup, neutral dan suis mestilah ditandakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pemasangan kabel dijalankan.

Semua pemasangan kabel atau alat tambah mestilah mengikut peraturan IEE/STM yang telah ditetapkan.

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat Pendawaian Tersembunyi

Semasa melakukan kerja pendawaian, peralatan asas yang diperlukan adalah sama bagi semua jenis pendawaian seperti pemotong kabel, playar, tukul, pemutar skru dan pena penguji. Walaupun begitu terdapat peralatan khusus yang diperlukan bergantung kepada jenis pendawaian yang hendak dilakukan. Dalam kerja pendawaian tersembunyi ini peralatan yang anda gunakan perlulah dalam keadaan yang baik dan boleh berfungis sepenuhnya. Bagi mesin dan peralatan elektrik yang digunakan perlulah dipastikan peralatan tersebut menepati spesifikasi keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan sebarangan kemalangan yang berpunca dari penggunaan peralatan yang tidak menepati piawai.

Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda gunakan mestilah disusun dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga juga baki bahan yang digunakan seperti kabel, dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga kebersihan.

Rajah di bawah menunjukkan peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah bagi laluan kabel dalam melakukan pendawaian tersembunyi.

Peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah

Teknik Melepa Alur Pendawaian Tersembunyi

Setelah lurah laluan kabel disediakan, anda perlu masukkan kabel atau paip dalam lurah tersebut bergantung kepada kaedah yang hendak anda gunakan. Setelah itu anda perlu menutup kabel dan lurah tersebut dengan menggunakan mortar. Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan mortar. Dalam melaksanakan kerja melepa alur pendawaian tersembunyi, pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang diperlukan.

Lepaan simen terdiri daripada campuran simen pasir dan air bagi menghasilkan mortar. Nisbah bancuhan antara simen dan pasir yang digunakan adalah 1: 3, iaitu nisbah 1 untuk simen dan nisbah 3 untuk pasir.

Peralatan dan kegunaannya bagi kerja melepa lurah laluan kabel

Pengujian Pendawaian

Setiap pendawaian yang telah siap perlu dilakukan pengujian bagi memastikan semua pemasangan litar adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Pengujian yang perlu dilakukan adalah:

Ujian keterusan

Ujian rintangan penebatan

Ujian kekutuban

Ujian rintangan elektrod bumi

Ujian peranti arus baki

Ujian Keterusan

Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama

Ujian keterusan pengalir pelindung

Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang

Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral

Semua pengujian yang dinyatakan di atas perlu dilakukan pada semua pendawaian yang telah siap melainkan ujian keterusan pengalir litar gelang. Ujian ini hanya perlu dilakukan pada pada litar soket alir keluar litar gelang sahaja.

Ujian Keterusan Pengalir Litar Gelang

Ujian ini dilakukan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar gelang..Alat pengujian yang digunakan ialah Meter Pelbagai (Julat Ohm) atau Meter Ohm. Kaedah Ujian Keterusan pengalir litar gelang dilakukan seperti berikut:

Tanggalkan kedua-dua punca pengalir hidup dari PLM , pengalir neutral dari terminal neutral dan pengalir bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.

Sambungkan prob penguji seperti rajah xxx ( contoh yang diberi antara punca E-E).

Ulang tatacara bagi punca (L-L) dan (N-N).

Nilai bacaan meter bagi keterusan yang baik hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Kaedah pengujian keterusan pengalir litar gelang

PENDAWAIAN PERMUKAAN

1. Pemasangan Pendawaian Permukaan.

Pemasangan pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit. Pemasangan permukaan pendawaian tidak sesuai pada permukaan yang terdiri daripada bahan jenis logam. Sekiranya pendawaian permukaan dibuat pada bangunan batu atau simen, manakala kabel akan diklipkan atas satu bilah papan yang telah dipasang pada dinding atau siling bangunan tersebut.

Rajah 1: Gambar Foto Pendawaian Permukaan

Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK/PVK). Kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal. Sistem pendawaian ini sesuai di tempat yang mana suhu disekelilingnya tidak melebihi 65 C.

2 Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan.

Sebelum kita mengetahui lebih mendalam tentang langkah-langkah membuat pendawaian, berikut ialah langkah-langkah asas membuat pendawaian permukaan bagi membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian permukaan nanti. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan;

Melakar litar pendawaian berdasar litar skematik yang dibekalkan. Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar skematik. Mengira panjang kabel berdasarkan lakaran litar pendawaian dan litar skematik. Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE. Membuat pengujian visual. Membuat pengujian kekutuban, keterusan dan penebatan pada litar mati. Membuat pengujian litar hidup di bawah pengawasan guru.

Rajah 2: Proses mendawai PendawaianPermukaan

2.1. Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan

Antara pekara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan menjaga standard pendawaian adalah seperti berikut :

Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang menembusi dindingPastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian. jumlah kabel yang banyak boleh mengurangkancengkaman pencengkam.Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebatdi antara laluan kabel itu.Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.

3. Perbezaan Litar Skematik dan Litar Pendawaian.

Untuk membantu anda memulakan pendawaian permukaan anda perlu mengenalpasti Litar Skematik dan lakaran Litar Pendawaian. Litar skematik digunakan sebagai panduan untuk melakar litar panduan, ia merupakan gambaran ringkas tentang pendawaian yang akan dilakukan termasuk aksesori saiz kabel dan saiz fius yang akan digunakan. Lakaran gambarajah pendawaian digunakan sebagai panduan semasa melakukan pendawai. Rajah 3 adalah Litar Skematik dan Rajah 4 adalah Litar Pendawaian.

Rajah 3: Litar Skematik dua Suis Dua Hala kawal satu Lampu

Rajah 4: Gambarajah Pendawaian

4. Peralatan dan bahan yang diperlukan

Untuk melakukan sesuatu anda perlu mangetahui peralatan dan bahan diperlukan mengikut jenis pendawai yang hendak dilaksanakan. Oleh kerana jenis pendawai yang hendak dilakukan adalah jenis pendawaian permukaan anda perlu tahu peralatan dan bahan yang diperlukan dalam pendawaian tersebut. Berikut adalah senarai peralatan dan bahan yang diperlukan, sila rujuk pada Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah. Ada juga peralatan lain digunakan untuk membuat pendawaian bagi tujuan memudahkan kerja pendawaian. Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda digunakan mestilah disusun dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga bahan baki bahan yang digunakan seperti kabel, paku dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga kebersihan.

Peralatan

Kegunaan

Pemotong Kabel

Memotong kabel dan membuang penebat pada kabel

Playar

Digunakan bersama-sama Pemotong Kabel bagi membuang penebat pada kabel

Penukul

Memaku paku pada klip timah semasa membuat pendawaian

Pembentuk Klip Pendawaian

Alat untuk membentuk klip timah sebelum dipaku pada dinding.

Pita ukur

Mengukur panjang kabel dan jarak pendawaian

Skru Driver

Mengetat skru ketika membuat tamatan dan memasang aksesori

Pena penguji

Menguji pendawaian ketika litar hidup

Multimeter penguji

Menguji keterusan dan penebatan setelah pendawaian telah siap

Jadual 1: Peralatan untuk medawai Pendawaian Permukaan

Bahan

Kegunaan

Pemegang Lampu

Suis Dua Hala

Kabel

Klip Plumbum

Paku Wiring

Jadual 2: Bahan untuk medawaiPendawaian Permukaan

5. Kaedah Mengira Panjang Kabel

Untuk mengelak pembaziran dan menjimatkan kos anda perlu mengenal pasti panjang kabel yang diperlukan ketika membuat pendawaian tersebut. Sebelum mengira panjang kabel anda perlulah menentukan jenis kabel yang akan digunakan dahulu iaitu Hidup, Neutral dan Bumi. Semasa hendak menentukan kabel tersebut anda perlu melakar litar pendawaian dahulu dengan merujuk kepada litar skematik yang akan dibekalkan. Litar skematik juga boleh digunakan sebagai panduan untuk mengira panjang kabel-kabel tersebut. Ingat! Anda juga mengenalpasti bilang tamatan kabel pada setiap aksesori. Setiap tamatan kabel ditambah sebanyak 50mm bagi memudahkan kerja pendawaian. Bagi saiz kabel pula anda perlulah merujuk sama ada litar lampu atau litar kuasa. Oleh kerana litar yang hendak dilakukan pendawaian ialah litar lampu, maka saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm. Jadual 3 di bawah merupakan kaedah mengira panjang tiap-tiap kabel.

Kabel

Panjang

Panjang sebenar

Hidup

(1 x 100) + (1 x 200) + (1 x 150) 100 + 200 150 = 450mm

450mm + 1 tamatan = 450 + 50 = 500mm

Neutral

(1 x 100) + (3 x 200) + (2 x 200) + (2 x 200) + (3 x 200) + (1 x 200) + (1 x 150) = 100 + 600 + 400 + 400 + 600 + 150 = 2150mm

2150 + 7 tamatan = 2150 + (7 x 50) = 2150 + 350 = 2500mm

Bumi

(1 x 100) + (1 x 200) + (1 x 150) 100 + 200 150 = 450mm

450mm + 1 tamatan = 450 + 50 = 500mm

Jadual 3: Pengiraan Panjang Kabel

6. Pemasangan Selamat dan Kelihatan Kemas.

Sekiranya pemasangan yang dilakukan mengikut peraturan sudah pasti pemasangan selamat dan kemas. Peraturan yang dimaksudkan ialah Peraturan IEE, peraturan ini digunakan untuk kerja-kerja pemasangan elektrik. Berikut, iaitu Jadual 4 merupakan Peraturan IEE bagi jarak maksimum antara klip pada pendawaian.

Jarak maksimum bagi klip

Garis

pusat

Kabel getah tanpa perisai pvk

atau plumbum bersalut

Kabel beperisai

Kabel penebat mineral salut kuprum atau salut aluminium

Keseluruhan

umum

Dalam kawalan

Kabel

1

Mendatar

2

Memugak

3

Mendatar

4

Memugak

5

Mendatar

6

Memugak

7

Mendatar

8

Memugak

9

Mm

9

9 15

15 20

20 40

Mm

250

300

350

400

Mm

400

400

450

550

Mm

150

Mm

250

Mm

350

400

450

Mm

450

550

600

Mm

600

900

500

Mm

800

1200

2000

Jadual 4: Peraturan IEE (Jadual 11A)

Rajah 5: Kaedah pemasangan kabel mengikut peraturan IEE

Rajah 6: Kedudukan Klip yang betul dan kemas

6.1 kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?

Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogam adalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai badan berlogam tidak perlu membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yang terjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah diuji untuk memenuhi keperluan standard-standard keselamatan yang telah ditetapkan.

7. Peraturan IEE membuat tamatan kabel pada alat tambah.

Berikut merupakan beberapa peraturan untuk melakukan tamatan kabel terhadap alat tamabah

Ikatan mestilah kuat. Jika longgar boleh menyebabkan spark yang akan mengakibatkankebakaran. Semasa ikatan jangan masukkan kabel terlampau ke dalam sehingga ikatan skru berlaku penebat. Jangan biarkan pengalir pada kabel terdedah, pastikan panjangnya betul-betul sepada dengan ikatan. Pastikan ada kabel bumi Mengikut peraturan IEE, setiap badan (rangka) logam perlu dibumikan Lebihkan 12 inci pada kotak agihan Lebihkan 4 inci pada soket

8. Untuk Keselamatan Setiap Pemasangan harus diuji. Apakah Pengujian yang dijalankan?

Menurut Peraturan IEE, pemasangan, tambahan atau perubahan bagi suatu pemasangan yang telah siap hendaklah diperiksa dan diuji bagi memastikan peraturan dan keperluan-keperluan tertentu dipatuhi (413-20). Ini bermaksud ialah untuk memastikan pemasangan tersebut benar-benar selamat dan memenuhi kehendak peraturan-peraturan pemasangan.

Setelah pendawaian siap dilakukan langkah pertama yang anda perlu dijalankan ialah dengan melakukan pengujian secara visual (penglihatan mata kasar). Berdasarkan peraturan IEE pemeriksaan secara mata kasar perlulah memastikan perlatan elektrik yang dipasang itu dalam keadaan betul. Iaitu;

Lengkap dan memenuhi kehendak piawaian British (ini dapat dipastikan melalui cop atau sijil yang dikeluarkan oleh pembuat alat-alat itu). Pemilhan yang betul dan dipasang di tempat dan cara yang betul mengikut kehendak Peraturan IEE. Tidak kelihatan tanda-tanda akan rosak atau pecah, dengan itu ia sentiasa selamat digunakan

Senarai pemeriksaan penglihatan yang dicadangkan melalui Peraturan IEE untuk memastikan keselamatan pengguna dan pemasangan adalah seperti berikut;

Sambungan pengalir. Pengenal tugas pengalir Pemilihan pengalir berdasarkan keupayaan membawa arus dan susutan voltan Sambungan peranti satu kutub sebagai pelindung atau suis yang berada di pemasangan pengalir hidup.

Pemasangan belum benar-benar selamat sekiranya pengujian berikut tidak dilakukan lagi. Pengujian yang dimaksudkan ialah Ujian Kekutuban, Ujian Keterusan dan Ujian Penebatan.

8.1. Ujian Keterusan

Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama

Ujian keterusan pengalir pelindung Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral

Dalam tajuk ini kita hanya belajar Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral. Ujian ini perlu untuk memastikan bahawa litar akhir fasa dan neutral mempunyai keselenjaran yang sempurna dan litar pintas.dengan menggunakan alat uji loceng atau multimeter (range ohm) pengujian dilakukan bagi memastikan kabel hidup, neutral dan bumi tidak disentuh diantara satu dengan lain atau litar pintas

Menurut Peraturan IEE alat-alat pengujian mestilah sentiasa diperiksa dan diselaraskan mana-mana pelu bagi mendapatkan bacaan tepat. Nombor siri alat-alat ujian yang digunakan mestilah dicatat bersama-sama dengan keputusan ujian. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan pengujian semula jika bacaan salah satu peralatan ujian tidak tepat.

8.2. Ujian Rintangan Penebatan

Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada bekalan. Ia dibuat untuk memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara pengalir-pengalir bertebat dan juga supaya tidak ada berlaku bocoran ke bumi. Semasa ujian rintangan penebatan dilakukan voltan yang digunakan hendaklah merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang daripada dua kali voltan arus terus normal atau dalam kes voltan arus ulang-alik ia tidak kurang dua kali voltan normal. Oleh itu penguji rintangan penebatan 500 volt adalah cukup untuk tujuan umum. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut

Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off) Semua beban hendaklah ditanggalkan Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on) Jalankan ujian Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm

8.3. Ujian Kekutuban

Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan. Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian tersebut

Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off) Semua beban hendaklah ditanggalkan Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on) Jalankan ujian Menguji suis pada alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa Menguji punca sambungan soket keluaran Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

9. Peraturan IEE Aksesori

Aksesori pendawaian permukaan juga mempunyai Peraturan IEE. Berikut ialah Peraturan IEE bagi aksesori tersebut;

9.1. Peraturan IEE bagi pemegang lampu

Pemegang lampu berfilamen hanya digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan tidak melebihi 250 volt. Semua jenis pemegang lampu pangkal kilas yang digunakan di tempat lembab atau boleh dicapai semasa berdiri dari atas logam hendaklah di bumikan; dibekalkan atau di dalam pemegang lampu itu, atau diliputi dengan penebat sepenuhnya Pemegang lampu pangkal kilas jenis acuan penebat mestilah daripada jenis tahan panas (perintang haba) apabila digunakan pada suhu lebih daripada 135C. Pemegang lampu yang mempunyai sentuhan luar atau berskru, punca sentuhan luar itu hendaklah disambungkan ke punca neutral. Pemegang lampu tidak boleh dipasang pada litar yang mempunyai lebihan arus dengan kadaran yang lebih daripada yang ditetapkan dalam jadual 55B. Pemegang lampu jenis pendant mestilah mengadakan cengkaman atau sebarang cara pelepasan ketegangan bagi kord boleh lentur.

Rajah 7: Jenis-jenis Pemegang Lampu

Jenis pemegang lampu

Kadaran maksimum alat perlindungan arus lebihan yang melindungi litar

Pangkal kilas B 15

Pangkal kilas B 22

Skru Edison B 14

Skru Edison B 27

Skru Edison B 14

6 amp

16 amp

6 amp

16 amp

16 amp

Jadual 5: Peraturan IEE ( Jadual 55B )- Perlindungan arus lebihan bagi pemegang lampu

8.2. Peraturan IEE bagi ros siling

Tidak dibenarkan untuk kegunaan di pemasangan yang lebih daripada 250 V Tidak boleh dipasang bersama-sama lebih dari satu keluaran kord kabel boleh lentur kecuali ia dibuat khas bagi berbilang keluaran . Punca bumi ros siling mestilah disambungkan kepada pengalir perlindungan litar pada setiap litar akhir

Rajah 8: Ros Siling

8.3 Peraturan IEE Suis

Setiap suis satu kutub mestilah disambung kepada dawai hidup. Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan. Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah diasingkan daripada peralatan tersebut. Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh pengguna Arus nominal bagi setiap suis yang mengawal litar lampu discas mestilah tidak boleh kurang daripada dua kali ganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam litar Sekiranya suis tersebut digunakan untuk mengawal lampu filamen dan discas , arus nominalnya mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus lampu filamen dan dua kali ganda jumlah arus tetap bagi lampu discas.

Posted by

Ahmad Saufi Hadi

at01:40

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

Cameron Highlands Wiring27 February 2018 at 06:58

Salam perkenalkan dari kami cameron highlands wiring, blog ni banyak membantu kepada mereka yg baru belajar

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Owner

Makumat

Web Counter

Kategori

2014

(5)

May

(5)PERKARA ASAS ELEKTRIKPEMERIKSAAN DAN UJIAN PENDAWAIAN ELEKTRIKPENDAWAIAN BUMIKAEDAH PENDAWAIANPENDAWAIAN ELEKTRIK

2013

(1)

December

(1)

About Me

Ahmad Saufi Hadi

View my complete profile

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.