biosfera sorotan literature

6
Nama pelajar : Anuwar bin Zakaria Kelas : PPG Sains 1 ISU-ISU DALAM BIOSFERA. SOROTAN LITERATURE. Biosfera ialah lapisan bumi yang dibina oleh segala benda hidup yang disebut juga “BIOTIK”.Ia merangkumi bumi dan bahagian atmosfera yang paling bawah di mana organisma hidup.Biosfera ialah persekitaran organisma hidup,dibina oleh interaksi atmosfera,lautan,bumi dan persekitaran permukaan bumi,dengan kata lain merangkumi pelbagai hidupan dipermukaan bumi.Antara isu – isu dalam Biosfera ialah: Kepupusan spesies Kepupusan habitat Pola kepelbagaian spesies Taburan tumbuhan mengikut iklim Taksonomi tumbuhan Kepelbagaian spesies di satu-satu ruang

Upload: abekie

Post on 19-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Biosfera Sorotan Literature

Nama pelajar : Anuwar bin Zakaria

Kelas : PPG Sains 1

ISU-ISU DALAM BIOSFERA.

SOROTAN LITERATURE.

Biosfera ialah lapisan bumi yang dibina oleh segala benda hidup yang disebut juga

“BIOTIK”.Ia merangkumi bumi dan bahagian atmosfera yang paling bawah di mana

organisma hidup.Biosfera ialah persekitaran organisma hidup,dibina oleh interaksi

atmosfera,lautan,bumi dan persekitaran permukaan bumi,dengan kata lain merangkumi

pelbagai hidupan dipermukaan bumi.Antara isu – isu dalam Biosfera ialah:

Kepupusan spesies

Kepupusan habitat

Pola kepelbagaian spesies

Taburan tumbuhan mengikut iklim

Taksonomi tumbuhan

Kepelbagaian spesies di satu-satu ruang

Manusia sebagai pengganggu ekosistem

Lapisan ozon

Page 2: Biosfera Sorotan Literature

Menurut  Rizal Razman (2010) dalam penulisanya yang berjudul Kawalan

Pencemaran Sungai dalam Melindungi Ekologi dan Habitat Manusia: Tinjauan

Perundangan di Malaysia, beliau menyatakan bahawa masalah pencemaran biosfera

yang berlaku akibat kepesatan proses perbandaran dan pembanggunan infrastruktur,

telah menyebabkan pihak berkuasa memperkenalkan mekanisma pengurusan alam

sekitar menerusi kaedah perundangan. Kaedah ini diperkenalkan bertujuan mengekang

kemusnahan alam ini dengan mengetatkan penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, sistem pengurusan alam sekitar dan biosfera berlainan dengan yang lain

dimana pengurusan biosfera yang popular di Sabah adalah melalui sistem tagal. Ia juga

dikenali sebagai bombon yang bermaksud jangan dalam bahasa Kadazandusun.

Melalui sistem ini, penggunaan sumber semulajadi atau kawasan tertentu dihadkan

bagi tujuan pemuliharaan dan bagi memastikan kewujudan sumber tersebut secara

berterusan (Jurry Foo: 2011).

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jon Bergengren ( 1990 ),iaitu seorang

saintis yang mengetuai kajian tentang Biosfera semasa mengambil Ijazah Kedoktoran

di Caltech telah memberi amaran tentang bahaya perubahan iklim yang disebabkan

oleh manusia.Menurutnya,perubahan iklim,memberi implikasi kepada ekologi serta

meningkatnya beberapa darjah suhu global dan menyebabkan glasier cair dan paras

laut semakin meningkat menghilangkan kawasan-kawasan yang rendah dan pulau-

pulau kecil.

Page 3: Biosfera Sorotan Literature

Kajian yang dijalankan oleh Jet Propulsion Laboratory NASA dan California

Institute of Technology di Pasadena,California dalam Jurnalnya bertajuk Climatic

Change pula menyatakan bagaimana tumbuhan di bumi mungkin bertindakbalas pada

tiga abad yang akan datang apabila iklim bumi berubah kesan daripada tahap

peningkatan gas rumah hijau yang dihasilkan oleh manusia.Kawasa-kawasan yang

dijangka mengalami perubahan sepsis yang paling besar ialah kawasan-kawasan di

Himalaya dan Dataran Tinggi Tibet,timur Afrika digarisan

Khatulistiwa,Madagascar,rantau Mediterranean,Selatan Amerika Selatan dan Amerika

Utara.

Isu dalam boisfera juga merangkumi isu kerosakan alam akibat perbuatan manusia

sendiri.ia termasuklah pembukaan ladang berskala besar untuk pertanian.Perubahan

yang berlaku pada persekitaran biosfera ini biasanya dikaitkan dengan masalah

pencemaran racun. Terdapat masalah keracunan makanan yang disebabkan oleh

racun serangga, racun makhluk perosak dan racun rumpai. Bahan makanan,

terutamanya sayur-sayuran yang mengandungi aras racun serangga yang tinggi

berupaya mengganggu kesihatan manusia sekiranya penggunaannya tidak dikawal

dengan rapi.Air yang tercemar ekoran penggunaan racun perosak pula boleh

memudaratkan kesihatan melalui pencemar agen biologi dan juga bahan kimia dan

bahan beracun (Noor Hassim Ismail 1993).

Page 4: Biosfera Sorotan Literature

RUJUKAN:

Jurry Foo@ Jurry bt. F. Michael (2011) Sistem tagal dalam industri pelancongan:

Manfaat kepada Komuniti, Program Geografi, Sekolah Sains Sosial,

Universiti Malaysia Sabah, GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of

Society and Space 7 issue 1 (14 - 25) ISSN 2180-2491

Jon Bergengren ( 1990 ) “Kesan ekologi adalah perkara yang paling perlu ditangani”

Universiti Caltech

Jet Propulsion Laboratory NASA dan California Institute of Technology di

Pasadena,California:”Hotsports”,Jurnal Climatic Change.

MUHAMMAD RIZAL RAZMAN (2010). Kawalan Pencemaran Sungai dalam Melindungi

Ekologi dan Habitat Manusia: Tinjauan Perundangan di Malaysia, Sari -

International Journal of the Malay World and Civilisation 28(1) : 227-240

Noor Hassim Ismail, (1993). Kesihatan persekitaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka