biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/kumbang...

7
151 Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 151–157 Biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak invasif tanaman kelapa (Biology and management of red palm weevil – an invasive pest of coconut palm) Dilipkumar Masilamany, Wan Khairul Anuar Wan Ali dan Razali Baki Pengenalan Di Malaysia, kelapa merupakan salah satu tanaman yang penting untuk ekonomi negara. Mengikut perangkaan Jabatan Pertanian 2011, terdapat seluas 110,000 hektar kawasan tanaman kelapa di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 527,422 tan metrik kelapa. Nilai pengeluaran ini adalah berkurangan jika dibandingkan dengan pengeluaran kelapa pada tahun 2005 dan tahun-tahun sebelumnya (Rajah 1). Pengurusan tanaman kelapa secara komersial kini menjadi satu amalan yang perlu dilakukan bagi memastikan peningkatan dalam pengeluaran buah kelapa yang berhasil tinggi dan berkualiti. Selain menggunakan varieti yang mempunyai potensi hasil tinggi, pembajaan yang mencukupi serta amalan agronomi yang baik, kawalan penyakit serta perosak tanaman ini khususnya serangga perosak perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Terdapat lebih kurang 65 jenis serangga perosak yang direkodkan untuk tanaman kelapa. Kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros), kumbang jalur merah (Rhynchophorus ferrugineus dan Rhynchophorus vulneratus), kumbang daun kelapa (Brontispa longissima), rama-rama artona (Artona catoxantha), ulat beluncas (Setora nitens) dan rama-rama haidari (Hidari Irava) adalah antara serangga perosak utama yang dikenal pasti menyerang tanaman kelapa di Malaysia. Melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pertanian, kerosakan yang serius sehingga mendatangkan kerugian hasil yang tinggi pada masa kini adalah disebabkan oleh serangan kumbang jalur merah. Serangga perosak ini diklasifikasikan sebagai perosak invasif kelapa yang sangat serius kerana simptom serangan pada pokok kelapa hanya dapat dilihat 5 hingga 6 bulan selepas tanaman diserang. “Serangan tersembunyi” ini menyebabkan kumbang jalur merah sukar untuk dikawal dan pokok kelapa yang diserang biasanya gagal untuk diselamatkan. Sekiranya tiada kawalan yang rapi serta menyeluruh dilaksanakan, perosak tanaman palma ini berpotensi untuk merebak dan mengancam industri kelapa sawit negara yang 1990 1993 1996 1999 2002 2005 2008 2011 Tahun 1200 1000 800 600 400 200 0 Tan metrik (10 3 ) Rajah 1. Pengeluaran kelapa di Malaysia (FAOSTAT 2012)

Upload: vudung

Post on 06-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/Kumbang jalur merah.pdf · Ukuran kepala dan muncung mulutnya ialah satu pertiga ... yang

151

  Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 151–157

Biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak invasif tanaman kelapa(Biology and management of red palm weevil – an invasive pest of coconut palm)

Dilipkumar Masilamany, Wan Khairul Anuar Wan Ali dan Razali Baki

PengenalanDi Malaysia, kelapa merupakan salah satu tanaman yang penting untuk ekonomi negara. Mengikut perangkaan Jabatan Pertanian 2011, terdapat seluas 110,000 hektar kawasan tanaman kelapa di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 527,422 tan metrik kelapa. Nilai pengeluaran ini adalah berkurangan jika dibandingkan dengan pengeluaran kelapa pada tahun 2005 dan tahun-tahun sebelumnya (Rajah 1). Pengurusan tanaman kelapa secara komersial kini menjadi satu amalan yang perlu dilakukan bagi memastikan peningkatan dalam pengeluaran buah kelapa yang berhasil tinggi dan berkualiti. Selain menggunakan varieti yang mempunyai potensi hasil tinggi, pembajaan yang mencukupi serta amalan agronomi yang baik, kawalan penyakit serta perosak tanaman ini khususnya serangga perosak perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Terdapat lebih kurang 65 jenis serangga perosak yang direkodkan untuk tanaman kelapa. Kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros), kumbang jalur merah (Rhynchophorus ferrugineus dan Rhynchophorus vulneratus), kumbang daun kelapa (Brontispa longissima), rama-rama artona (Artona catoxantha), ulat beluncas (Setora nitens) dan rama-rama haidari (Hidari Irava) adalah antara serangga perosak utama yang dikenal pasti menyerang tanaman kelapa di Malaysia. Melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pertanian, kerosakan yang serius sehingga mendatangkan kerugian hasil yang tinggi pada masa kini adalah disebabkan oleh serangan kumbang jalur merah. Serangga perosak ini diklasifikasikan sebagai perosak invasif kelapa yang sangat serius kerana simptom serangan pada pokok kelapa hanya dapat dilihat 5 hingga 6 bulan selepas tanaman diserang. “Serangan tersembunyi” ini menyebabkan kumbang jalur merah sukar untuk dikawal dan pokok kelapa yang diserang biasanya gagal untuk diselamatkan. Sekiranya tiada kawalan yang rapi serta menyeluruh dilaksanakan, perosak tanaman palma ini berpotensi untuk merebak dan mengancam industri kelapa sawit negara yang

1990 1993 1996 1999 2002 2005 2008 2011Tahun

12001000

800600400200

0

Tan

met

rik (1

03 )

Rajah 1. Pengeluaran kelapa di Malaysia (FAOSTAT 2012)

Page 2: Biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/Kumbang jalur merah.pdf · Ukuran kepala dan muncung mulutnya ialah satu pertiga ... yang

152

menyumbang RM65.2 bilion setahun kepada ekonomi negara. Oleh itu, pengetahuan mengenai biologi kumbang jalur merah adalah amat penting bagi merangka kaedah kawalan yang sesuai untuk mengawal perosak invasif kelapa ini secara bersepadu dan berkesan.

Perumah dan taburanKumbang jalur merah atau nama Inggerisnya, red palm weevil ialah serangga daripada keluarga Curculionidae bawah order Coleoptera. Kumbang jalur merah dilaporkan telah menyerang 17 spesies pokok palma di seluruh dunia. Pokok kurma, kelapa, kelapa sawit, sagu, nipah, manila dan pinang merupakan antara perumah pilihan utama kumbang jalur merah. Taburan asal serangga perosak ini adalah di Asia Tenggara sebagai perosak tanaman kelapa. Ia kemudiannya telah dilaporkan mula merebak ke beberapa kawasan penanaman kurma di negara Timur Tengah lebih dua dekad yang lalu, dan sejak itu berkembang ke Afrika dan Mediterranean Eropah. Kini, serangan kumbang jalur merah telah meliputi hampir 15% kawasan di negara-negara pengeluar kelapa dan hampir 50% kawasan di negara-negara yang menanam pokok kurma (Rajah 2).

Kitar hidupTelurKumbang betina bertelur di umbut pokok kelapa, pangkal pelepah atau bahagian luka yang terdapat pada pokok, 2–3 hari selepas mengawan. Sebelum bertelur, kumbang betina selalunya akan membuat lubang pada tisu pokok menggunakan rostrum (muncung mulut). Serangga betina mampu bertelur purata sebanyak 250 biji telur dalam keadaan yang sesuai terutama pada musim panas yang panjang. Telur kumbang jalur merah berbentuk silinder, berwarna krim atau kuning terang, berkilat, licin, lebih kurang 0.9–2.8 mm panjang dan mengambil masa 2–5 hari untuk menetas (Gambar 1a).

Rajah 2. Taburan kumbang jalur merah di dunia

Page 3: Biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/Kumbang jalur merah.pdf · Ukuran kepala dan muncung mulutnya ialah satu pertiga ... yang

153

LarvaLarva yang baru menetas berbentuk kon melengkung, bersegmen, berwarna putih kekuningan dan mempunyai bahagian kepala berkitin yang berwarna coklat gelap (Gambar 1b). Bahagian mulutnya keras dan dilengkapi dengan rahang berbentuk kon yang kuat yang membolehkan larva memakan tisu pokok dan mengorek ke dalam batang. Larva mempunyai 3–9 instar dengan panjang dan lebar instar terakhir masing-masing 35–50 mm dan 15–20 mm. Tempoh larva secara puratanya ialah 30–70 hari.

PupaSelepas larva mencapai tahap matang, ia akan membentuk kokun daripada serat tisu pokok yang musnah. Kokun berbentuk bujur dengan panjang purata 60 mm dan lebar 30 mm. Pupa yang berada di dalam kokun pada awalnya berwarna krim dan kemudian bertukar kepada warna coklat. Permukaan pupa biasanya berkilat dan 35 mm panjang serta 15 mm lebar (Gambar  1c). Tempoh pupa ke dewasa ialah 15–25 hari.

DewasaKumbang jalur merah dewasa kekal berada di dalam kokun selama beberapa hari sehingga sistem pembiakan serangga dewasa ini matang sepenuhnya. Kumbang dewasa berwarna perang kemerahan dan berbentuk silinder dengan muncung mulut yang panjang melengkung. Saiznya berbeza dari segi umur dan jantina iaitu kira-kira 19–42 mm panjang dan 8–16 mm lebar. Ukuran kepala dan muncung mulutnya ialah satu pertiga daripada keseluruhan saiz badan kumbang tersebut. Mata kumbang dewasa berwarna hitam berkedudukan di kedua-dua sisi muncung mulut. Bahagian atas pronotum berwarna perang kemerahan dan mempunyai beberapa bintik hitam (Gambar 1d). Bentuk, saiz dan bilangan bintik hitam berubah-ubah mengikut morfologi kumbang jalur merah. Kumbang dewasa mempunyai sayap belakang berwarna perang yang dilitupi oleh sayap hadapan keras (elytra) yang berwarna merah gelap. Sayap hadapan biasanya tidak sepenuhnya melitupi abdomen. Kumbang jantan mempunyai muncung mulut yang pendek dengan satu lapisan rerambut berwarna perang kehitaman manakala muncung mulut kumbang betina agak panjang dan tiada lapisan rerambut (Gambar  2). Kumbang dewasa hidup kira-kira 2–3 bulan dan secara keseluruhannya, jangka hayat kumbang jalur merah adalah selama 4–5 bulan.

Sifat dan kelakuanKumbang jalur merah biasanya tertarik pada pokok kelapa yang cedera atau mati. Walau bagaimanapun, kumbang ini juga dilaporkan tertarik pada pokok kelapa yang sihat. Kumbang ini biasanya menyerang pokok kelapa di bahagian umbut dan di bahagian pangkal pelepah. Kajian juga mendapati bahawa kumbang jalur merah merupakan perosak sekunder yang akan

Page 4: Biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/Kumbang jalur merah.pdf · Ukuran kepala dan muncung mulutnya ialah satu pertiga ... yang

154

Gambar 5. Kawalan serangan kumbang jalur merah melalui kaedaha) pemasangan perangkap feromon dan b) suntikan racun serangga

Gambar 6. Feromon a) FerrolureTM (Costa Rica) dan b) RPW LureTM (India) yang biasa digunakan untuk mengawal populasi kumbang jalur merah

Gambar 1. Peringkat pertumbuhan kumbang jalur merah bermula dari a) telur, b) larva,c) pupa dan d) dewasa

Gambar 2. Perbezaan muncung mulut antara kumbang jantan dan betina

Gambar 3. Simptom serangan kumbang jalur merah pada batang pokok, a) pangkal batang berlubang dan b) batang menjadi lompong

Gambar 4. a) Kesan gigitan bergeriji pada daun muda merupakan simptom-simptom serangan kumbang jalur merah, b) dahan pokok berbentuk payung dan c) pangkal pelepah daun berlubang 

a

a b

b

dc

a

a a

b

b b

c

Page 5: Biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/Kumbang jalur merah.pdf · Ukuran kepala dan muncung mulutnya ialah satu pertiga ... yang

155

menyerang pokok yang telah cedera atau rosak akibat serangan kumbang tanduk (Oryctes rhinoceros). Kumbang dewasa sangat aktif pada waktu siang dan boleh terbang sejauh 900 m untuk mencari perumah atau tempat untuk pembiakan. Kajian juga menunjukkan bahawa kumbang jalur merah berupaya untuk berhijrah lebih daripada 7 km dalam tempoh 3–5 hari. Kumbang jantan menghasilkan sejenis isyarat kimia yang dipanggil feromon seks untuk menarik perhatian kumbang betina untuk membiak. Kemusnahan disebabkan oleh larva bermula dari bahagian atas pokok dan bergerak ke dalam batang pokok dengan membuat terowong atau rongga besar sehingga ke bahagian pangkal pokok. Keseluruhan pusingan hidup kumbang jalur merah berlaku di dalam batang pokok dan kumbang dewasa hanya akan bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain apabila pokok yang terdahulu musnah secara keseluruhannya.

Simptom seranganPokok yang telah diserang oleh kumbang jalur merah agak sukar dikesan pada peringkat awal. Biasanya, serangan hanya dapat dikesan setelah pokok menunjukkan tanda kemusnahan yang teruk. Kesan kerosakan yang ketara ini disebabkan oleh beratus ekor larva yang terdapat di dalam batang pokok kelapa tersebut. Simptom kehadiran kumbang ini juga sukar dikenal pasti kerana tempat yang diserang agak terlindung. Biasanya, peringkat awal serangan boleh dikesan apabila terdapat cecair likat bewarna perang meleleh keluar dari tempat yang diserang. Cecair likat tersebut akan membeku apabila terdedah pada udara dan kepingan perang dapat dilihat. Selain itu, terdapat juga lubang kecil di pangkal pokok dengan sisa sabut yang berbau busuk dan masam (Gambar 3a) atau ruang di dalam batang menjadi lompong seperti terowong (Gambar 3b). Kumbang jalur merah juga sering menyerang bahagian daun muda. Simptom serangan ini memperlihatkan kesan gigitan bergeriji pada daun (Gambar 4a). Larva biasanya memusnahkan kawasan apikal pokok dan menyebabkan kematian pokok. Kehadiran kumbang jalur merah juga dapat dikesan dengan jelas apabila pokok menjadi layu, berbentuk seperti payung (Gambar 4b) dan tembusan lubang kecil pada pangkal pelepah daun (Gambar 4c).

Pengurusan dan kawalanMARDI telah menjalankan beberapa kajian untuk mengawal populasi kumbang jalur merah ini daripada terus meningkat sehingga boleh mendatangkan kerugian hasil. Bentuk kawalan yang disyorkan adalah bersepadu dan terdiri daripada beberapa kaedah seperti melaksanakan aktiviti pemantauan, pemasangan perangkap feromon, kawalan kimia, kawalan kultur dan juga kawalan biologi. Salah satu kaedah pengurusan yang disyorkan untuk mengawal perosak invasif ini adalah dengan memasang perangkap feromon (1–2 perangkap sehektar) di ladang kelapa (Gambar 5a). Dua jenis feromon yang biasa digunakan iaitu RPW

Page 6: Biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/Kumbang jalur merah.pdf · Ukuran kepala dan muncung mulutnya ialah satu pertiga ... yang

156

LureTM (India) dan FerrolureTM (Costa Rica) untuk menarik kumbang dewasa bagi tujuan pemantauan dan tangkapan (Gambar 6). Perangkap feromon perlu dibersihkan setiap 10 hari dengan menggantikan racun serangga, umpan dan menghapuskan kumbang yang terperangkap di dalamnya. Kaedah kawalan kimia seperti menyuntik batang kelapa dengan racun monocrotophos atau methamidophos dengan kadar 5–10 ml/pokok (Gambar 5b), meletakkan 3–4 butiran carbofuran pada pucuk pokok yang rendah dan menyembur imidacloprid melalui sistem pengairan di bawah tanah boleh dipraktikkan untuk mengawal serangan kumbang jalur merah. Selain itu, pokok yang diserang oleh perosak ini perlu ditebang dan dibakar agar tempat pembiakannya dihapuskan serta mengelakkan serangan merebak ke pokok yang lain. Aluminium fosfida boleh digunakan untuk menutup bahagian pokok yang cedera yang menjadi tapak untuk kumbang betina bertelur. Terdapat pelbagai agen kawalan biologi yang berkesan untuk mengawal kumbang jalur merah. Antaranya ialah entomopatogenik nematoda, kulat seperti Metarhizium anisopliae dan Beauveria bassiana dan bakteria seperti Bacillus sp. dan Pseudomonas aeruginosa.

KesimpulanKawalan kumbang jalur merah pada tanaman kelapa merupakan satu tugas rumit yang memerlukan kefahaman dan kesedaran mengenai perosak, perumah, ekosistem dan kaedah kawalan secara bersepadu. Gabungan pelbagai kaedah pengurusan perlu diamalkan berasaskan keperluan setempat dan kemampuan petani atau pengusaha ladang dengan mengambil kira impak terhadap ekonomi, kesihatan dan keselamatan manusia dan kesannya terhadap alam sekitar. Namun yang lebih utama, kerjasama daripada pelbagai pihak atau agensi berkaitan dan para petani atau pengusaha ladang amat perlu untuk memastikan pelaksanaan pengurusan yang menyeluruh, cekap dan efektif.

PenghargaanPenulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Sivapragasam Annamalai, En. Badrulhadza Amzah dan En. Abd Sani Sukaime yang telah memberi maklumat mengenai kajian-kajian yang berkaitan.

BibliografiFaleiro, J.R. (2006). A review of the issues and management of the red palm

weevil Rhynchophorus ferrugineus (Coleoptera: Rhynchophoridae) in coconut and date palm during the last one hundred years. International Journal of Tropical Insect Science 26: 135–154

FAOSTAT (2012). Production of commodity in selected country. Diperoleh dari http://faostat3.fao.org/home/index.html#VISUALIZE_BY_DOMAIN

Murphy, S.T. dan Briscoe, B.R. (1999). The red palm weevil as an alien invasive: biology and the prospects for biological control as a component of IPM. Biocontrol News and Information 20: 35–46

Page 7: Biologi dan pengurusan kumbang jalur merah – perosak ...ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/Kumbang jalur merah.pdf · Ukuran kepala dan muncung mulutnya ialah satu pertiga ... yang

157

OEPP/EPPO (2008). Data sheets on quarantine pests Rhynchophorus ferrugineus. Bulletin OEPP/EPPO 38: 55–59

Salama, H.S., Zaki, R.N. dan Abdel-Razek, A.S. (2009). Ecological and biological studies on the red palm weevil Rhynchophorus ferrugineus (Olivier). Archives of Phytopathology and Plant Protection 42: 392–399

Sivapragasam, A., Ngalim, A., Razali, B. dan Sukaime, M.S. (2010). Field trapping of the adult red stripe weevil, Rhynchophorus vulneratus (Panzer) with an aggregation pheromone in a coconut ecosystem. The Planter 86: 173–180

RingkasanRhynchophorus  ferrugineus atau lebih dikenali sebagai kumbang jalur merah merupakan perosak invasif tanaman kelapa yang sangat berbahaya. Kumbang betina bertelur pada umbut pokok, pangkal pelepah atau luka-luka yang terdapat di dalam pokok. Larva yang menetas mengorek ke dalam batang dan memakan tisu-tisu pokok sehingga pokok menjadi layu dan mati. Serangannya juga akan cepat merebak ke pokok-pokok lain yang berdekatan jika perosak ini tidak dikawal serta-merta. Walaupun terdapat pelbagai kaedah untuk mengawal ancaman kumbang jalur merah, pengetahuan asas mengenai biologi perosak invasif ini amat penting untuk membangunkan pakej pengurusan perosak bersepadu (PPB) yang berkesan. Maklumat mengenai perumah dan taburan, kitar hidup, sifat dan kelakuan, simptom serangan, dan pengurusan serta kawalan berdasarkan pengalaman MARDI dibincangkan dalam artikel ini.

SummaryRhynchophorus  ferrugineus, or well known as red palm weevil is a very dangerous invasive pest of coconut palm. Females lay their eggs on the shoots, base of the fronds or wounds in the tree. Hatched larvae bore into the stem and feed on plant tissues until the tree shrivelled and die. Infection will also quickly spread to other nearby trees if they are not controlled immediately. Although there are many ways to control red palm weevil, knowledge of the basic biology of this invasive pest is very important for developing an effective integrated pest management (IPM) package. Information about the hosts and distribution, life cycle, characteristics and behaviour, symptoms of the attacks, and management and control based on MARDI’s experiences is discussed in this article.

PengarangDilipkumar MasilamanyPusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Stesen MARDI Telong,16310 Bachok, KelantanE-mel: [email protected] Khairul Anuar Wan Ali dan Razali BakiPusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Ibu Pejabat MARDI, Serdang,Peti Surat 12301, 59774 Kuala Lumpur