biografi unit audit dalam, universiti sains malaysia

Download Biografi Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia

If you can't read please download the document

Upload: abdul-hafiizd-ibrahim

Post on 03-Jan-2016

45 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Biografi ini diterbitkan bersempena sambutan 30 tahun Unit Audit Dalam, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2012. Telah dilancarkan oleh Tan Sri Mustafa Mansor pada bulan November tahun 2012.

TRANSCRIPT

  • http://audit.usm.my

    PEMBUKA KATA

    4 Bicara Pengerusi

    Jawatankuasa Audit

    BERMULANYA PERJUANGAN

    6 Penubuhan Audit Dalam

    7 Audit Dalam Dahulu & Kini

    CHECK & BALANCE

    10 Jawatankuasa Audit

    12 Mesyuarat Ketua

    Audit Dalam IPTA

    14 Program Latihan UAD

    YANG TERISTIMEWA

    16 Hj Salim Bin Mohd Yunos

    19 Hj Mohamed Noor Bin

    Nasuruddin

    20 Hjh Salmiah Binti Che Puteh

    22 Hj Md Salleh Malim

    Merican

    26 Talib Mohamed Kasim

    28 Haslina Binti Ismail

    PENZAHIRAN AUDIT DALAM

    30 Persidangan Pengguna ACL

    31 Pengauditan Yang Telah

    Dilaksanakan

    32 Apa Kata Mereka

    34 Bicara Ketua Audit IPTA

    36 Juruaudit Bercerita

    39 Lawatan Kerja: Hong Kong

    40 Lawatan Kerja: Australia

    42 Kunjungan Staf Audit:

    Universiti Sultan Zainal Abidin

    43 Kunjungan Staf Audit:

    Universiti Kebangsaan

    Malaysia

    KENANGAN TERINDAH

    44 Bekas Staf Audit Dalam

    Kedudukan Unit Audit Dalam

    Universiti Sains Malaysia

    Pentadbiran

    Pengauditan

  • Indah kemboja ciptaan Tuhan sekalian alam

    Menggoda lebah mencari manisan

    Cantik sudah perlaksanaan Unit Audit Dalam

    Membantu USM bergerak maju ke depan

    3

  • Bismillahirrahmanirrahim

    dan salam sejahtera.

    Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan

    kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya

    saya dapat merakamkan sepatah dua kata di dalam

    buku Biografi Audit Dalam Meniti Perjalanan 30 Tahun.

    Tahniah kepada semua warga Audit Dalam USM.

    Selama 12 tahun penglibatan saya sebagai ahli dan

    pengerusi Jawatankuasa Audit Universiti, Audit Dalam

    telah melalui satu transformasi yang besar.

    Peranan dan tanggungjawab Audit Dalam telah dipertingkatkan seiring dengan keperluan universiti

    daripada peranan yang accounting -oriented kepada management -oriented dan sebagai business

    consultant untuk pihak pengurusan. Jika dahulu, pengauditan yang dijalankan hanya berfokus kepada

    compliance audit , tapi kini skop pengauditan telah diperluaskan kepada performance audit dan juga

    pengauditan ICT.

    Status USM sebagai Universiti Penyelidikan dan APEX memerlukan akauntabiliti, peranan dan tanggung-

    jawab yang lebih mencabar dan tinggi berbanding dengan IPTA lain. Ini adalah selaras dengan hala

    tuju Universiti dalam mencapai aspirasi negara dan falsafah pendidikan menerusi Pelan Strategik

    Pengajian Tinggi Negara. Audit Dalam juga sudah pastinya perlu memantapkan serta memperkasakan

    fungsi dan peranannya dalam membantu pihak pengurusan Universiti dalam mengukuhkan

    transformasi dalaman, menstrukturkan semula sistem pentadbiran/kewangan Universiti dan

    memantapkan proses pengukuhan dalaman bagi memastikan pencapaian visi dan misi universiti

    direalisasikan dalam mentransformasi kelestarian sistem pendidikan pada masa hadapan.

    Dalam usaha untuk meningkatkan kawalan dalaman dan selaras dengan tuntutan Standard for the

    Professional Practice of Internal Auditing serta bagi menjamin Audit Dalam dapat memberi nilai tambah

    (add value) kepada Universiti, aktiviti Audit Dalam sedia ada yang hanya tertakluk kepada tugas

    pengauditan sahaja perlu diperluaskan dalam meningkatkan keupayaan menjana kecemerlangan,

    rasionalisasi kos dan pengurusan risiko Universiti.

    Saya berharap agar Audit Dalam dapat melaksanakan strategi -strategi yang lebih berkesan

    bersesuaian dengan status Universiti APEX dan cogankata Kami Memimpin. Pegawai -pegawai audit

    perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan secara kreatif

    bersesuaian dengan perubahan dan cabaran semasa serta meneruskan strategi lautan biru dalam

    mencari dan menerokai inovasi sebagai usaha penambahbaikkan berterusan (continous

    improvement ) bagi meningkatkan kepentingan fungsi Audit Dalam kepada universiti.

    Akhir sekali, setinggi -tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

    langsung atas sumbangan yang telah diberikan selama ini kepada Audit Dalam. Sokongan dan

    kerjasama daripada semua pihak diharap akan berterusan untuk kebaikan kita bersama.

    Sekian, wassalam.

    Tan Sri Datuk Mustafa Mansur

    Pengerusi Jawatankuasa Audit

    4

  • Pada peringkat awal penubuhan (1982), Audit Dalam hanya mempunyai seramai 7 orang

    pegawai yang diketuai oleh seorang Pegawai Kewangan. Tetapi kini, Alhamdulillah

    jawatan Ketua Audit Dalam telah diiktiraf dan diletakkan sebaris dengan Pegawai Utama

    Universiti. Dengan perubahan -perubahan dinamik di Universiti, peranan dan

    tanggungjawab Audit Dalam juga telah dipertingkatkan daripada fungsi semasa kepada

    fungsi -fungsi yang lebih mencabar melibatkan dasar dan perancangan Universiti. Audit

    Dalam perlu memainkan peranan lebih penting dalam meningkatkan sistem

    penyampaian perkhidmatan bagi menjamin kecemerlangan tadbir urus Universiti,

    pemantapan integriti serta dapat mengurangkan karenah birokrasi.

    Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi -tinggi penghargaan dan ucapan

    terima kasih tidak terhingga kepada Naib Canselor dan Ahli -ahli Jawatankuasa Audit

    Universiti di atas keprihatinan, dorongan dan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi

    terhadap semua aktiviti di Audit Dalam. Tidak lupa juga kepada Pihak Pengurusan

    Universiti dan Ketua -Ketua Jabatan yang banyak membantu.

    Ucapan terima kasih kepada semua warga staf Audit Dalam atas sikap profesionalisme,

    kerjasama, semangat kerja berpasukan dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi

    dalam menggalas amanah yang diberikan. Teruskan usaha anda.

    Sekian, wassalam.

    AUDIT BERKUALITI MELESTARIKAN UNIVERSITI

    Ibrahim Rapie

    Ketua Pengarang

    Bismillahirrahmanirrahim

    dan salam sejahtera.

    Alhamdulillah dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi

    kerana telah memberi kekuatan dan semangat

    kepada semua warga staf Audit Dalam untuk

    menzahirkan penerbitan buku

    Biografi Audit Dalam Meniti Perjalanan 30 Tahun .

    Izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada

    semua mantan Ketua Audit Dalam dan warga staf

    Audit Dalam yang telah berusaha dan berkerja keras

    selama 30 tahun untuk menggalas tanggungjawab

    dan amanah yang amat besar untuk

    Membetulkan Yang Biasa Dan Membiasakan Yang

    Betul.

    Biografi ini diterbitkan adalah sebagai satu usaha untuk

    mengimbau kembali sejarah penubuhan Audit Dalam

    disamping menjalinkan hubungan dengan warga staf

    USM serta cuba menterjemahkan bidang tugas dan

    peranan Audit Dalam agar pihak auditee senantiasa

    berfikiran lebih positif terhadap Audit Dalam.

    5

  • Perlaksanaan Audit Dalam

    di Universiti adalah

    berdasarkan kepada Surat

    Pekeliling Am Bilangan 3

    Tahun 1998, dikeluarkan

    oleh Jabatan Perdana

    M e n t e r i y a n g

    be rkuatkuasa mula i

    21 Julai 1998

    Unit Audit Dalam (UAD) Universiti Sains Malaysia (USM) telah ditubuhkan pada tahun 1982 dengan

    berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil

    2 Tahun 1979 (dibatalkan) dan

    kemudian digantikan dengan

    Surat Pekeliling Am Bil 2 Tahun

    1993 (juga dibatalkan). Pada

    masa ini pelaksanaan Audit

    Dalam adalah berdasarkan

    kepada Surat Pekeliling Am Bil 3

    Tahun 1998 yang berkuatkuasa

    mulai 21 Julai 1998.

    Pekeliling Perbendaharaan

    Bilangan 2 Tahun 1979 yang

    Dalam Di Agensi -Agensi

    Kerajaan Persekutuan antara

    lain menyatakan bahawa

    sebuah sistem pengawasan

    y a n g b e r k e s a n p e r l u

    diwujudkan bagi memastikan

    semua dasar, undang -undang

    dan peraturan -peraturan yang

    ditetapkan oleh Kerajaan

    adalah dipatuhi.

    U A D s e c a r a p e n t a d b i r a n n y a

    bertanggungjawab kepada Naib Canselor di

    bawah Jabatan Canselori . Walau

    bagaimanapun, UAD adalah sebuah entiti

    y a n g b e b a s d i U n i v e r s i t i d a n

    bertanggungjawab secara langsung kepada

    Lembaga Gabenor Universiti (LGU) melalui

    Jawatankuasa Audit Universiti (JKA).

    Kedudukan Unit Audit Dalam

    Universiti Sains Malaysia

    Pentadbiran

    Pengauditan

  • Unit Audit Dalam Suatu Ketika Dahulu

    Pada tahun 1982, Naib Canselor Universiti Sains

    Malaysia yang ke -3 pada ketika itu iaitu Y.Bhg. Tan

    Sri Musa Mohamad, melalui suratnya bertarikh 23

    Disember 1982 kepada Ketua -Ketua Jabatan, telah

    memaklumkan bahawa Unit Audit Dalam (UAD)

    telah ditubuhkan di peringkat Universiti. Pada ketika

    itu, UAD adalah dikenali dengan nama Unit Odit

    Dalam .

    Naib Canselor telah menyatakan dengan jelas

    kedudukan UAD iaitu berada di bawah Jabatan

    Canselori dan bertanggungjawab terus kepada

    Naib Canselor. Penubuhan awal UAD adalah

    dengan tujuan membantu pentadbiran Universiti

    dalam menentukan kecekapan dan prestasi

    program dan operasi yang dijalankan oleh Universi-

    ti. Tujuan perlaksanaan UAD ini masih lagi relevan

    walaupun sudah 30 tahun ianya berlalu.

    UAD ketika itu adalah bertanggungjawab

    mengkaji, meneliti dan menilai perkara atau

    faktor -faktor yang menjejaskan prestasi

    pegawai dan kakitangan Universiti di semua

    peringkat, dalam melaksanakan tugas

    dan tanggungjawab yang diamanahkan.

    Selain itu, UAD juga bertanggungjawab

    untuk mengkaji, meneliti dan menilai

    perkara -perkara seperti berikut:

    Kesempurnaan, keutuhan dan

    kebergunaan kawalan pengurusan

    ke atas program dan operasi;

    Kekesanan dan ekonominya

    kawalan tersebut; dan

    Sejauh manakah bahan -bahan

    dan harta Univeristi digunakan

    bagi mencapai objektif aktiviti

    dan program Universiti

    keseluruhannya.

    7

  • Unit Audit Dalam Kini

    Wawasan Dan Objektif Bagi membantu Universiti mencapai puncak

    kejayaan, UAD menetapkan wawasannya iaitu

    untuk meningkatkan akauntabiliti dan integriti

    dengan mengkaji penggunaan sumber secara

    ekonomik, efisien melalui perkhidmatan audit yang

    bebas, profesional dan berkualiti. Di samping itu,

    UAD telah meletakkan beberapa objektif dalam

    menzahirkan hala tujunya iaitu;

    1)Membantu Universiti mencapai matlamatnya

    melalui pendekatan yang sistematik dan

    berdisiplin untuk menilai dan mengkaji

    keberkesanan sistem kawalan dalaman dan

    tadbir urus;

    2)Mengkaji tahap pematuhan Universiti kepada

    segala dasar, undang - undang, peraturan dan

    arahan yang berkuatkuasa;

    3)Memberi nasihat/ pandangan berkaitan aspek

    pengurusan dan kewangan supaya dapat diurus

    secara berhemah, cekap dan berkesan

    4)Menyediakan laporan audit yang berkualiti,

    bebas dan seimbang untuk dikemukakan

    kepada Jawatankuasa Audit, Lembaga

    Pengarah Universiti dan Naib Canselor.

    Fungsi Unit Audit Dalam Selaras dengan penubuhannya yang berlandaskan

    kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998,

    UAD telah dipertanggungjawabkan untuk

    membantu pihak pengurusan Universiti bagi

    mengkaji sama ada sumber yang diperolehi

    adalah diuruskan dan ditadbir dengan wajar. Ianya

    juga hendaklah diuruskan dengan mengikut

    peraturan -peraturan yang dikeluarkan oleh

    Universiti dan Kerajaan.

    Menjalankan fungsi utama UAD, program auditan

    atau Program Audit Tahunan, dirancang dan

    dilaksanakan meliputi Audit Kewangan, Audit

    Pengurusan, Audit Prestasi dan Audit Khas.

    Audit Kewangan adalah menekankan perkara -

    perkara yang berkaitan dengan peraturan

    kewangan. Ini adalah bagi mengkaji serta menilai

    samada semua PTJ mematuhi dan melaksanakan

    peraturan -peraturan yang sepatutnya dipatuhi

    bagi perakaunan dan kawalan dalaman. Audit ini

    juga memberi penekanan sama ada sistem

    perakaunan dan rekod -rekod kewangan

    diselenggarakan dengan lengkap dan kemaskini.

    Audit Pengurusan pula menekankan aspek -aspek

    yang berkaitan dengan tanggungjawab

    pengurusan dalam hal -hal penggunaan wang

    awam, harta benda, kakitangan dan sumber -

    sumber lain. Auditan ini merupakan pemeriksaan

    yang objektif dan analitikal terhadap kecekapan

    dan keberkesanan dalam menguruskan semua

    sumber yang ada.

    Pengauditan Prestasi pula merangkumi penilaian

    terhadap aktiviti/ program sesebuah organisasi

    untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan

    sumber digunakan secara ekonomi, cekap dan

    berkesan. Aspek yang dikaji adalah dari peringkat

    perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan

    penilaian.

    Manakala, Audit Khas merupakan aktiviti

    pengauditan yang merangkumi audit kewangan

    dan pengurusan yang bertujuan untuk

    mengendalikan sesuatu kes tertentu dan

    menyelesaikan masalah -masalah khusus (khas)

    bagi sesebuah jabatan/PTJ. Ia juga berkaitan

    dengan siasatan yang dilakukan berdasarkan

    aduan dan arahan daripada Naib Canselor,

    Jawatankuasa Audit atau Lembaga Gabenor

    Universiti yang diterima dari semasa ke semasa.

    Bagi mencapai objektif, program audit disusun

    setiap tahun. Strategi yang dilaksanakan bagi

    pengauditan pengurusan kewangan ialah

    pengauditan dilakukan secara ulangan bagi

    semua PTJ berasaskan sumber yang ada.

    Manakala bagi pengauditan prestasi, tumpuan

    diberikan kepada program/aktiviti yang

    memerlukan perhatian, mempunyai isu sama ada

    yang dibangkitkan oleh pihak pengurusan atau isu

    semasa.

    8

  • Ketika penubuhan Unit Audit Dalam

    pada tahun 1982, Pejabat UAD terletak

    di sebuah bangunan di Jalan Ilmu.

    Bangunan bersebelahan dengan

    pejabat UAD adalah Pusat Penyelidikan

    Dasar. Disebabkan jumlah staf yang

    sedikit iaitu sebanyak 7 orang,

    bangunan tersebut turut dikongsi

    bersama Bahagian Penyelidikan &

    Pembangunan (sekarang dikenali

    sebagai Research Creativity And

    Management Office (RCMO)).

    Bangunan tersebut didiami oleh UAD selama hampir 8 tahun iaitu semenjak

    tahun 1982 hingga tahun 1990 sebelum diambil alih oleh Bahagian Hal Ehwal

    & Pembangunan Pelajar. Bangunan berkenaan sekarang ini telah diduduki

    oleh Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan semenjak Januari 2012.

    Disebabkan penambahan staf pada tahun 1990, UAD telah berpindah

    ke Aras 5, Bangunan Canselori. Perpindahan ini telah menyebabkan UAD

    lebih dikenali kerana terdapat pelbagai Jabatan dan Unit yang berada

    di bangunan yang sama.

    N a m u n p a d a

    September 2009 setelah

    hampir 20 tahun berada

    d i B a n g u n a n

    Canselori, UAD sekali lagi

    berpindah dan pejabat

    tersebut telah diambil

    alih oleh Bahagian

    Jaringan Industri dan

    Masyarakat (BJIM).

    Buat sekian kalinya, Unit Audit Dalam telah diberikan

    bangunannya sendiri setelah 27 tahun berkhidmat bersama

    Universiti. Bangunan C15 yang sebelum ini adalah pusat

    tumpuan iaitu lokasi Pusat Kesihatan (kini dikenali sebagai

    Pusat Sejahtera) sememangnya luas dan memberi keselesaan

    kepada staf UAD.

    Kelulusan menduduki dan mengubahsuai bangunan tersebut

    telah diberikan oleh Naib Canselor ketika itu iaitu Y.Bhg. Tan Sri

    yang bertambah ramai iaitu sebanyak 18 orang, bangunan

    tersebut menempatkan ruang -ruang seperti bilik Ketua

    Jabatan, bilik pegawai, pejabat am, bilik mesyuarat dan

    surau.

  • Jawatankuasa Audit (JKA) Universiti Sains Malaysia ditubuhkan dengan tujuan meneliti

    laporan pengauditan yang telah dijalankan oleh

    Unit Audit Dalam. Mengikut Surat Pekeliling Am

    Bilangan 3 Tahun 1998, Jawatankuasa Audit

    hendaklah di -tubuhkan melalui resolusi Lembaga

    Pengarah yang menggariskan objektif, tanggung-

    jawab dan keahliannya. Sehubungan dengan itu,

    Jawatankuasa Audit Universiti Sains Malaysia telah

    ditubuhkan melalui resolusi Lembaga Pengarah

    Universiti pada tahun 1998. Jawatankuasa ini boleh

    dianggotai oleh 3 hingga 5 orang ahli terdiri

    daripada Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif.

    Mengikut Terma Dan Syarat Jawatankuasa Audit,

    mesyuarat hendaklah diadakan sekurang -

    kurangnya 4 kali setahun.

    Fungsi dan tugas JKA adalah seperti berikut;

    a )Mengkaji keperluan Audit Dalam termasuk

    piagamnya;

    b )Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Audit

    Dalam yang meliputi skop kerja, jadual,

    keanggotaaan, serta penyelarasan di antara

    Audit Dalam dan Luar;

    c) Mengkaji laporan daripada Audit Dalam dan Luar

    dan memperakukan tindakan susulan yang perlu

    kepada Lembaga Pengarah;

    d )Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah

    berhubung dengan penyata kewangan dan

    laporan -laporan kewangan lain yang dikeluarkan;

    e)Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah

    berhubung dengan maklumat prestasi secara

    kuantitatif di atas aktiviti yang tertakluk kepada

    auditan dan perkara lain yang melibatkan

    tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan

    oleh Lembaga Pengarah;

    f)Mengesan pematuhan kepada peraturan yang

    ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta

    tatakelakuan pegawai/staf dan mengambil daya

    usaha menyiasat sebarang pertelingkahan yang

    berlaku dalam Universiti;

    g )Memastikan bahawa Universiti sentiasa

    mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan

    perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang

    perakaunan seperti pengisytiharan oleh Institut

    Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian

    Perakaunan Antarabangsa;

    h)Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai

    staf yang didapati telah melakukan sebarang

    penyelewengan, untuk tindakan yang sesuai.

    i)Melaksanakan fungsi -fungsi yang ditetapkan oleh

    Lembaga Pengarah Universiti dari semasa ke

    semasa.

  • Ahli Jawatankuasa Audit USM kini.

    Pengerusi JKA USM ketika ini ialah Y. Bhg. Tan Sri

    Datuk Mustafa Mansur. Beliau telah dilantik sebagai

    Ahli Lembaga Gabenor USM sebelum dilantik

    menjadi Pengerusi JKA USM. Di samping itu, beliau

    juga memegang jawatan sebagai Presiden

    Persekutuan Pekilang -Pekilang Malaysia (FMM).

    Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi JKA

    menjangkau 12 tahun semenjak 14 Mac 2000

    sehingga sekarang.

    Manakala Ahli -Ahli JKA yang lain ialah Y. Bhg.

    Datuk Abdullah Abdul Wahab (mulai 16 Julai 2008

    Rujhan Mustafa (mulai 15 Mac 2011 hingga 14 Mac

    2014).

    Seperti yang termaktub di dalam Surat Pekeliling

    Am Bilangan 3 Tahun 1998, Ketua Audit Dalam

    adalah secara automatik menjadi Setiausaha yang

    akan mengendalikan Mesyuarat JKA.

    Mantan Ahli Jawatankuasa Audit USM

    Semenjak JKA USM ditubuhkan, sebanyak tiga

    orang Pengerusi JKA telah dilantik iaitu;

    1)

    Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

    Mulai 1 April 1998 hingga 31 Mac 2000

    2)

    Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

    Mulai 26 Mac 2000 hingga 16 Sept 2001

    3)

    Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    Mulai 16 Sept 2001 hingga 15 Sept 2003

    Manakala Ahli -Ahli JKA yang pernah dilantik

    adalah sebanyak 6 orang seperti berikut;

    1)

    Ketua Eksekutif

    Kumpulan Pinang Usahasama Sdn. Bhd.

    1 April 1998 31 Mac 2000

    2)Puan Hajah Halimah Haji Ismail

    Timbalan Peguamcara Perbendaharaan

    Perbendaharaan Malaysia

    1 Oktober 1999 31 Mac 2000

    3)

    Pengarah

    Kah Motor Company Sdn. Bhd.

    15 Mac 2000 14 Mac 2008

    4)Y.Bhg. Datuk Abdul Rafie Mahat

    Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    1 September 2003 31 Ogos 2005

    5)Y.Bhg. Datuk Prof. Mohd. Yusof Kasim

    Timbalan Ketua Pengarah

    Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

    1 September 2005 31 Ogos 2007

    6)Y. Bhg. Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan

    Ketua Setiausaha

    Kementerian Pengajian Tinggi

    1 April 2010 31 Mac 2012

    11

  • Portfolio Ketua Audit Dalam Pertama telah disandang oleh Hj

    Salim Mohd Yunos dari tahun 1982 hingga 1986. Bertentang mata

    buat pertama kalinya dengan anak kelahiran Johor Bahru ini,

    jelas terlihat ketrampilan seorang tokoh yang penuh dinamik dan

    keterujaan tatkala beliau mula berbicara tentang pengalaman

    menerajui Audit Dalam di awal penubuhannya. Beliau dilahirkan

    pada 09 Mei 1947 dan pernah bertugas di Jabatan Hasil Dalam

    Negeri, Cawangan Pulau Pinang selama tiga tahun sebelum

    menyertai USM. Beliau mula bertugas di USM pada 01 Mac 1973

    di Jabatan Bendahari sebagai Pegawai Tadbir (Kewangan).

    Menjangkau usia 30 tahun UAD, bersilih ganti staf -staf termasuk penerajunya iaitu Ketua Audit Dalam.

    Tahun demi tahun, wajah -wajah baru akan menggantikan pucuk pimpinan yang akan membimbing staf -

    staf UAD bagi merealisasikan tugas Audit Dalam.

    Di awal penubuhan UAD, ia telah diterajui oleh Tn Hj Mohd Salim Mohd Yunos iaitu Ketua Audit Dalam

    yang pertama dari tahun 1982 hingga 1986. Kemudian pucuk pimpinan UAD diambil alih oleh

    Hj Mohamed Noor Ahmad Nasaruddin hingga tahun 2002. Buat julung kalinya, UAD telah diketuai oleh

    seorang wanita iaitu Hjh Salmiah Che Puteh selama 3 tahun sebelum diganti oleh Tn Hj Md Salleh Malim

    Merican hingga tahun 2012.

    Tertubuhnya Unit Odit Dalam bagi membantu pengurusan

    Universiti pada bulan Ogos 1982, Hj Salim pada ketika itu

    merupakan Penolong Bendahari (Kanan) di Jabatan Bendahari

    telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai

    Ketua Audit Dalam pertama USM.

    Menyedari segala apa yang bakal

    beliau dan laksanakan akan

    menjadi bagi

    legasi Audit USM, beliau menyusun teliti dan

    kemas strategi -strategi yang perlu diambil

    dalam menggerakkan Unit Odit ketika itu.

    Selain Audit Khas yang diarahkan oleh Naib

    Canselor, beliau bertanggungjawab

    sepenuhnya dalam pemilihan program dan

    tajuk auditan yang dijalankan lantaran

    Jawatankuasa Audit belum lagi diwujudkan

    seperti sekarang.

    Beliau mengambil inisiatif meneroka ilmu

    audit dengan berulang alik selama 3 bulan

    menghadiri training & development di

    Jabatan Audit Negara.

  • -

    Beliau mengorak langkah lebih jauh setelah Tan Sri Musa (mantan Naib Canselor) mencadangkan agar

    beliau menimba dan berkongsi ilmu di The University of New South Wales di bumi Australia selama hampir

    satu bulan bagi tujuan pendedahan dunia audit dari perspektif negara luar.

    Diajak mengimbau kembali kenangan - kenangan manis yang tidak mungkin beliau lupakan sehingga kini,

    beliau terdiam sejenak lantas tersenyum sambil berkata:

    Dari riak wajah beliau jelas menunjukkan beliau begitu berbangga dengan penjenamaan Audit Dalam.

    Beliau yang juga merupakan ahli Institute of Internal Auditors World, Malaysian Chapter menekankan

    beberapa aspek yang sentiasa dititikberatkan dalam dunia pengauditan. Antaranya:

    elak persepsi negatif terhadap Audit

    Teliti dan beri penekananterhadap terma/ prosa perkataan/ ayat yang digunapakai dalam

    laporan audit

    Beliau tidak menafikan harus sentiasa bersedia dengan pelbagai respons dari auditee malah

    mengambilnya sebagai satu cabaran untuk mengukuhkan lagi peranan Audit di Universiti. Bagi beliau,

    peranan audit dalam memberi teguran

    terhadap auditee adalah bertujuan membantu

    dan memperbaiki prestasi auditee dan

    Universiti secara keseluruhannya. Penerimaan

    auditee amat penting dalam menjamin

    keberkesanan impak dari hasil auditan agar

    ianya berterusan dan relevan sejajar dengan

    perkembangan Universiti.

    Selain itu, Graduan Diploma

    Pengurusan Perniagaan (DBS)

    Maktab MARA (sekarang dikenali

    sebagai Universiti Teknologi Mara

    (UiTM)) Tahun 1966 ini dilihat

    sebagai seorang yang amat

    m e m i n a t i b i d a n g s u k a n

    terutamanya tenis dan golf.

    17

  • -

    Bertindak sebagai Tennis Convenor USM selama

    hampir 10 tahun, beliau bukan sahaja merupakan

    Setiausaha Persatuan Tenis Melayu Pulau Pinang

    malah berpengalaman menganjurkan

    pertandingan - pertandingan besar di bawah

    Persatuan Tenis ini.

    Atas dasar kenaikan pangkat, beliau kemudiannya

    meninggalkan Audit untuk menjawat jawatan

    Penolong Bendahari (Kanan) di Bahagian Akaun

    Pelajar seterusnya Timbalan Bendahari sehingga

    bersara wajib pada tanggal 8 Mei 2003.

    Mengakhiri pertemuan selama hampir dua jam

    pada petang itu, beliau mengharapkan agar UAD

    sentiasa berusaha memberikan yang lebih baik dari

    masa ke semasa dan menjadi satu Unit yang

    sentiasa dihormati ramai.

    Sidang Redaksi merakamkan setinggi -tinggi

    penghargaan dan Jutaan Terima Kasih pada

    Hj Salim atas kesudian dan kerjasama beliau dalam

    memenuhi permintaan kami untuk sesi temuramah

    ini.

    Pihak UAD juga amat berbesar hati dengan

    kesudian Hj Salim mengunjungi UAD sekaligus

    memberi peluang warga UAD berkenalan dan

    beramah mesra dengan mantan Ketua Audit

    Dalam Pertama ini. Terima Kasih Hj Salim.

  • Tn Hj Mohamed Noor Bin Ahmad Nasuruddin dilahirkan pada

    tanggal 29 Oktober 1947 dan telah memulakan tugas di USM

    pada 02 Ogos 1971. Beliau memegang jawatan Ketua Audit

    Dalam Ke-2 pada tahun 1987 sehingga beliau bersara pada

    tahun 2002 di dalam jawatan yang sama. Beliau kini menetap di

    Taman Lip Sin, Pulau Pinang bersama keluarga.

    Teliti dalam menjalankan tugas, beliau juga dipotretkan sebagai

    seorang ketua yang tegas, peramah dan mesra dengan

    pegawai bawahan beliau. Rata -rata staf amat berpuas hati

    dengan kepimpinan yang telah beliau pegang selama 15 tahun

    di Unit Audit Dalam. -

    seorang ketua yang sangat

    tegas ketika menjalankan tu-

    gas tetapi beliau sangat rapat

    dengan staf. Sepanjang

    saya bekerja bersama be-

    liau, banyak ilmu yang diajar

    oleh beliau kepada saya

    dan semuanya masih saya in-

    gat sehingga kini. Terima kasih

    Tn Haji Mohamed Noor.

    Jasamu akan dikenang sehing-

    - Haslina Binti Ismail -

    (Pembantu Tadbir)

    19

  • Berasal dari Pulau Pinang dan telah

    mendirikan rumahtangga bersama

    pasangan beliau iaitu En Yusuff

    Yaakob, Pn Hjh Salmiah Che Puteh

    yang kini merupakan Bendahari

    Universiti Sains Malaysia telah

    menabur khidmat sebagai Ketua

    Audit Dalam Yang Ke-3 bagi

    tempoh 17 Disember 2002 hingga 31

    Disember 2004.

    Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)

    dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980, dan

    pemegang Sarjana Pengurusan Perniagaan ( MBA) dari

    Universiti Sains Malaysia pada tahun 2004.

    Perjalanan kerjaya beliau bermula seawal tahun 1980 di

    mana beliau mula bertugas sebagai Pegawai Tadbir

    Universiti pada 15 April 1980. Beliau merupakan wanita

    pertama memegang tampuk utama sebagai Ketua Audit

    Dalam. Pn Hjh Salmiah dilihat sebagai ikon yang tidak

    mudah goyah malah kelantangan beliau ketika menerajui

    Audit Dalam memang tidak dapat disangkal lagi.

    Pengalaman 3 tahun bersama UAD telah meninggalkan kenangan

    yang tidak dapat beliau lupakan antaranya mentransformasikan,

    memaknakan serta meletakkan UAD untuk berfungsi sewajarnya.

    Inisiatif beliau juga telah mengaktifkan kembali peranan

    Jawatankuasa Audit Universiti sejajar dengan tuntutan perkembangan

    Universiti.

    20

  • Di kesempatan ini saya dengan rasa amat bersyukur merakamkan setinggi -tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ketua Audit Dalam yang mengenali saya terutama rakan -rakan sejawatan yang banyak membantu dan berkongsi pengalaman mereka. Tidak dilupakan juga kepada semua pegawai dan staf UAD USM yang sentiasa memberi sokongan padu kepada saya sewaktu saya

    -Pn Hjh Salmiah Binti Che Puteh -

    Universiti Sains Malaysia telah menganugerahi

    beliau Sijil Penghargaan Perkhidmatan pada

    tahun 1990; Sijil Khidmat Lama Dan Cenderahati

    pada tahun 2005, seterusnya Sijil Perkhidmatan

    Cemerlang & Hadiah Prestasi pada tahun 2006.

    Kesinambungan kecemerlangan komitmen,

    beliau kemudiannya dianugerahi Bintang

    Cemerlang Negeri oleh Kerajaan Negeri Pulau

    Pinang pada tahun 2009.

    Prinsip hidup beliau adalah berani untuk

    melakukan pembaharuan .

    Selain itu beliau berpegang pada sikap tekun,

    berdisiplin, fokus dan berserah kepada Yang Maha

    Berkuasa dalam setiap langkah yang diambil.

    Beliau berharap agar UAD terus diperkasakan dan

    terus gemilang menuju masa hadapan yang masih

    panjang dengan cabaran - cabaran yang semakin

    hebat dari semasa ke semasa.

  • Anugerah & Sijil Perhargaan

    yang diterima beliau dari USM:

    1) Anugerah Perkhidmatan

    Cemerlang Tahun 2007

    2) Sijil Perkhidmatan Lama &

    Cenderahati 25 Tahun USM

    Tahun 2004

    Jawatan / Gred Tarikh

    Pegawai Tadbir A22 : 02 Jan 1979 - 30 Jun 1982

    Penolong Bendahari A20 : 01 Jul 1982- 31 Jul 1986

    Pegawai Kewangan A20 : 01 Ogos 1986 -31 Dis 1991

    Pegawai Kewangan W3 : 01 Jan 1992 - 15 Ogos 1999

    Pegawai Kewangan W2 : 16 Ogos 1999 - 31 Okt 2002

    Pegawai Kewangan W48 : 01 Nov 2002 - 31 Okt 2005

    Pegawai Kewangan W52 (Ketua Audit Dalam )

    : 01 Nov 2005 - 31 Mac 2012

    Beliau kemudiannya menyumbang khidmat bakti di

    USM melalui jawatan - jawatan yang pernah

    disandang seperti berikut:

    d ilahirkan pada tanggal 28 Ogos 1952 , Tn Hj Md Salleh kini menetap di Minden, Pulau Pinang

    bersama isteri, Pn Adelina Mohamed serta anak

    dan menantu beliau. Berkelulusan Sarjana Muda

    Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan

    Malaysia, beliau pernah berkhidmat sebagai

    Pegawai Bank di United Asian Bank dari 01 Mei 1978

    hingga 31 Disember 1978.

  • Jika dihitung tempoh 33 tahun di USM, terlalu

    banyak pengalaman mahupun cabaran yang

    telah beliau lalui dan tempuhi.

    Dengan kapasiti Ketua Audit Dalam, beliau sering

    diundang sebagai penceramah mahupun

    pemudahcara bagi kursus -kursus berkaitan

    kewangan dan pengauditan di peringkat Universiti,

    Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain malah

    Badan -Badan Berkanun anjuran Kementerian

    Pengajian Tinggi. Selain itu beliau juga dilantik

    sebagai panel penilaian sukatan peperiksaan

    Universiti, penggubal soalan -soalan peperiksaan,

    panel temuduga jawatan bagi skim W dan juga

    ahli jawatankuasa Siasatan Khas untuk tindakan

    surcaj.

    Kepimpinan beliau menampakkan beberapa

    penambahbaikan dan pembaharuan di UAD.

    Paling asas, beliau telah berjaya memupuk

    semangat kerja berpasukan yang tinggi seperti satu

    keluarga yang mantap di UAD. Beliau berjaya

    mengalihkan tanggapan sesetengah pihak,

    daripada UAD merupakan cold storage kepada

    tempat kerja yang lebih menarik dan dapat

    bersama menyumbang kepada perkembangan

    Universiti. Beliau juga berjaya mengalih persepsi

    kerja Audit Dalam daripada hanya mencari salah

    auditee kepada khidmat yang dihargai kerana

    dapat membantu menambahbaik pengurusan

    dan kewangan PTJ juga Universiti secara khidmat

    nasihat yang berterusan berdasarkan penemuan -

    penemuan audit yang dilaksanakan. Hasilnya,

    beliau berjaya meletakkan nama UAD, USM di tem-

    pat yang tinggi dan dihormati lagi disegani di ka-

    langan UAD, IPTA Malaysia.

    Beliau berpegang kepada prinsip setiap pekerjaan

    yang hendak dilakukan harus dimulai dengan doa

    dan memohon pertolongan dari ALLAH SWT. Se-

    terusnya melaksanakan setiap aktiviti kerja sebagai

    ibadah agar mendapat keredhaan ALLAH SWT.

    Beliau mahu setiap staf Audit wajib mempunyai

    tahap integriti yang tinggi dan komited dalam

    menjalankan tugasan.

    B e l i a u s e r i n g

    berpesan kepada

    staf agar jangan

    sekali- kali berlagak

    a n g k u h d a n

    sombong di atas

    muka bumi ini;

    sentiasa patuh pada

    perintah ALLAH SWT

    d a n j a u h i

    laranganNYA. Begitu

    juga hubungan baik

    sesama manusia agar

    saling menghormati

    t i d a k m e n g i r a

    pangkat dan darjat

    serta sentiasa

    mengamalkan nilai -nilai murni dalam hidup.

    Mengharapkan agar semangat kekeluargaan dan

    kerja berpasukan yang telah dipupuk dapat

    diteruskan, beliau juga mahu melihat pendekatan

    Audit dilakukan secara professional selaras dengan

    transformasi semasa. Selain itu beliau juga berharap

    agar Audit Dalam berjaya dalam mendidik pihak

    PTJ membudayakan konsep dan amalan

    self-auditing yang baru diperkenalkan kepada PTJ.

    Doa beliau mengiringi Unit Audit Dalam agar

    sentiasa terus maju dengan CEMERLANG.

  • T alib B. Mohamed Kasim

    kerana ALLAH SWT dan

    sentiasalah Ikhlas dalam

    melakukannya

    - Mamu Talib

    Sejajar dengan pengalaman beliau, lantikan

    seterusnya sebagai Pembantu Tadbir Kanan N22

    KUP telah beliau sandang sejak 1 Julai 2009

    sehingga kini.

    Sepanjang tempoh hampir 27 tahun di UAD,

    banyak pengalaman yang diperolehi terutama

    dari skop audit. Walaupun beliau bukannya

    seorang Juruaudit, namun beliau mahir dan

    mampu melakukan kerja - kerja pengauditan malah

    telah melibatkan diri dalam pengauditan di

    Kampus Induk mahupun di Kampus Cawangan.

    Beliau juga berpengetahuan luas tentang teknik

    menganalisa maklumat pengauditan. Selain

    d i p e r t a n g g u n g j a w a b k a n m e n j a l a n k a n

    pengauditan, antara cabaran lain ialah

    menghadapi pelbagai karenah staf semasa

    menjalankan pengauditan namun semua itu

    berjaya beliau hadapi dengan pengalaman di

    dada. Dari sinilah beliau mempunyai ramai kenalan

    dari kalangan Ketua -Ketua Jabatan mahupun staf -

    staf yang lain.

    Memulakan perkhidmatan seawal tahun 1986, Encik Talib Mohamed Kasim atau mesra disapa

    Mamu dikalangan rakan sekerja, banyak

    menyimpan seribu satu pengalaman mahupun

    kenangan sepanjang berada dalam keluarga Unit

    Audit Dalam USM. Beliau telah sudi meluangkan

    sedikit masa berkongsi cerita seiring dengan

    perkembangan UAD sehingga sekarang.

    Mamu Talib merupakan seorang anak jati Pulau

    Pinang yang begitu pekat loghat utaranya telah

    mendirikan rumahtangga dengan Puan Zainah bt

    Ahmed dan dikurniakan 3 orang cahaya mata

    penyeri keluarga. Berbekalkan Sijil Pelajaran

    Malaysia (SPM), beliau pernah berkhidmat dengan

    Syarikat Perkapalan juga Syarikat Perhotelan di

    Pulau Pinang sebelum menjejakkan kaki ke USM.

    Tanggal 5 Februari 1986 menyaksikan beliau buat

    pertama kalinya melaporkan diri di USM sebagai

    kerani di UAD; manakala lantikan kedua sebagai

    Pembantu Tadbir (P/O) pada tanggal 30 April 1992.

  • Mengakui pernah dimarahi oleh Ketua Jabatan

    atas kesilapan dalam melakukan kerja, semua itu

    merupakan satu cabaran untuk beliau

    meningkatkan lagi proses kerja dan kemahiran

    beliau.

    Seiring dengan kecemerlangan dalam

    perkhidmatan, beliau telah dianugerahi Anugerah

    Perkhidmatan Cemerlang pada tanggal 30 Mac

    2010. Setahun kemudian beliau memperolehi

    Anugerah Sanjungan Budi pada tanggal 11 Mei

    2011 menyaksikan perkhidmatan beliau yang telah

    menjangkau 25 tahun sebagai warga USM.

    Sebagai orang paling lama di UAD, pastinya beliau

    melihat perubahan demi perubahan yang berlaku

    di UAD. Bermula dengan hanya 7 orang staf,

    pertukaran masuk dan keluar pegawai mahupun

    staf mengikut perjawatan, kini UAD telah meningkat

    angka kepada 18 orang staf kesemuanya. Malah,

    UAD kini mempunyai bangunannya sendiri iaitu di

    Bangunan C15, berbeza dengan ruang pejabat

    lama yang perlu dikongsi dengan jabatan lain.

    Ditanya kenangan - kenangan manis beliau

    sepanjang berada di UAD, pantas beliau mengakui

    saat yang tidak dapat dilupakan adalah semasa

    berada di pentas yang menjulang nama beliau

    sewaktu penganugerahan APC. Selain itu, beliau

    juga mengakui mempunyai ramai rakan sekerja

    yang sporting , pengalaman menjalankan pengau-

    ditan adalah antara kenangan - kenangan indah

    yang masih segar dalam kotak ingatan beliau.

    kata - kata semangat beliau dalam melaksanakan

    tanggungjawab terhadap kerja. Beliau berpegang

    kepada prinsip bahawa solat lima waktu itu wajib

    dilaksanakan, jangan ditinggalkan walau apa pun

    rintangan dan cabaran yang mendatang. Juga,

    sentiasa mengukir senyuman walau dalam

    keadaan suka atau pun tidak kerana senyuman itu

    adalah satu sedekah.

    Sebagai penutup bicara, beliau mengharapkan

    semua staf di UAD sentiasa bersatu, bersemangat

    kental dan tidak mudah putus asa walau apa

    sekalipun cabaran mahu pun rintangan yang bakal

    ditempuhi. Beliau mahukan UAD sentiasa

    melakukan yang terbaik untuk yang terbaik!

    27

  • puan Haslina Ismail atau lebih dikenali Kak Ina , seorang lagi senior staf yang mempunyai banyak

    pengalaman bekerja sejak memulakan tugas pada

    tahun 1985 di Unit Audit Dalam (UAD). Berasal dari

    Kulim, Kedah dan kini beliau menetap di Taman

    Selaseh, Kulim bersama suami, En Mustafa Abdul

    Aziz beserta 2 orang cahaya mata.

    Sebelum berkhidmat di USM, beliau pernah bekerja

    di Syarikat Koperasi Kerajaan Kulim. Memegang

    jawatan Jurutaip di awal kerjaya, beliau

    kemudiannya menjawat jawatan Pembantu Tadbir

    (P/O) N17 KUP pada tahun 2009 sehingga kini.

    Menerima Anugerah Sanjungan Budi pada 31 Mei

    2011, beliau mempunyai secebis kisah menarik

    untuk dikongsikan bersama di sini.

    Ikuti bual bicara Sidang Redaksi dengan beliau:

    Boleh Kak Ina ceritakan serba sedikit pengalaman

    sepanjang berkhidmat di UAD?

    Antara pengalaman sepanjang 27 tahun di UAD,

    saya berkesempatan berkhidmat dengan empat

    orang Ketua Jabatan. Saya pernah dimarahi oleh

    Ketua Jabatan atas kecuaian menaip surat. Selain

    itu saya juga telah diberi kepercayaan untuk

    menjalankan pengauditan membantu para

    Juruaudit ketika itu.

    Dari situ, banyak maklumat pengauditan yang saya

    perolehi namun tidak boleh didedahkan kepada

    umum. Melibatkan diri dalam kerja pengauditan

    juga menambahkan ramai kenalan saya tidak kira

    lelaki atau perempuan.

    Sebagai orang lama, boleh Kak Ina kongsikan an-

    tara cabaran - cabaran yang dihadapi selama di

    sini?

    Antara cabaran yang tidak dapat saya lupakan

    ialah apabila diberi kepercayaan menjadi urusetia

    dalam menjayakan Bengkel Pengurusan Risiko

    Kebangsaan Pertama Antara Institusi - Institusi

    Pengajian Tinggi, Mesyuarat Ketua - Ketua Audit

    Dalam IPTA . Merupakan satu acara yang besar,

    namun saya berjaya menggalasnya sebaik

    mungkin. Cabaran lain adalah seperti urusan

    mendapatkan maklumat melalui telefon antara

    Kampus di mana ada ketikanya berlaku kesukaran

    mendapatkan kerjasama dari pihak auditee pada

    ketika itu.

    Apakah pandangan Kak Ina mengenai UAD dulu

    dan sekarang?

    Saya melihat dari sudut perkembangan staf audit

    yang dulunya bermula dengan 7 orang kini telah

    meningkat kepada 18 orang. Lebih banyak kerja -

    kerja pengauditan dapat dijalankan dalam

    membantu perjalanan Universiti ke arah Universiti

    APEX.

  • Antara kenangan manis yang tidak dapat Kak Ina

    lupakan sehingga kini?

    Salah satunya adalah apabila saya mendapat

    kenaikan pangkat juga kenaikan gaji. Selain itu,

    saya dikelilingi sekumpulan rakan sekerja yang baik,

    peramah, ceria, lucu dan juga Ketua Jabatan

    yang sering mengambil berat tentang kebajikan

    staf. Lain -lain adalah seperti melibatkan diri dalam

    lawatan kerja di Universiti Malaysia Terengganu

    sambil berkesempatan beriadah di Pulau Redang

    dan Pulau Bidong. Selain itu, menghadiri bengkel di

    Pulau Jerejak dan Bengkel Pengurusan Risiko di

    Langkawi juga meninggalkan banyak kenangan

    manis buat saya di mana saya berpeluang

    beriadah di Kilim Geoforest Park dan sekitarnya

    bersama rakan sekerja.

    Apakah kata - kata semangat/ prinsip yang

    menjadi pendorong Kak Ina dalam menjalankan

    tanggungjawab sebagai staf UAD?

    Satu saja yang saya pegang sehingga kini iaitu:

    Apakah harapan Kak Ina terhadap UAD di masa

    akan datang?

    Harapan saya agar semua staf UAD bekerja

    dengan Ikhlas, Amanah, Tekun dan Cekap .

    Sentiasalah merendah diri dalam apa jua keadaan

    sekalipun. Selain itu, pupuklah sikap saling

    menghormati dan sentiasa peka dengan keadaan

    sekeliling. Jangan lupa untuk sentiasa tersenyum

    dan jangan mudah putus asa dalam mengejar cita

    - cita.

    Sidang Redaksi mengucapkan ribuan Terima Kasih

    di atas kesudian Kak Ina berkongsi cerita yang

    pastinya meninggalkan seribu satu kenangan buat

    Kak Ina juga UAD amnya.

    29