biodata penulis.pdf

2
Biodata Penulis | ii BIODATA PENULIS Mazlini Adnan Mazlini Adnan ialah seorang pensyarah kanan di Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Matematik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Matematik) dari Universiti Malaya. Beliau juga mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Menengah hampir 4 tahun dalam bidang Matematik dan Matematik Tambahan sebelum menyertai UPSI sebagai tutor pada tahun 2003. Kepakaran beliau adalah dalam bidang kepercayaan dan pengetahuan konseptual dalam matematik. Azhar Ahmad Azhar Ahmad merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Matematik, Fakulti Sains Dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Memperolehi Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Matematik Gunaan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Sebelum itu, telah dianugerahkan Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Pendidikan (Matematik) daripada Universiti Malaya (UM). Beliau mempunyai pengalaman selama 13 tahun sebagai guru sekolah menengah, pensyarah kolej matrikulasi serta pensyarah institut perguruan sebelum menyertai UPSI pada tahun 2003. Norhayati Ahmat Norhayati Ahmat merupakan seorang pensyarah kanan Matematik di Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Matematik Industri dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2002. Seterusnya pada tahun 2004, beliau telah melanjutkan pelajarannya di Brunel University, United Kingdom dan menerima MSc in Computational Mathematics with Modelling. Beliau telah dianugerahkan

Upload: ires

Post on 12-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Biodata Penulis.pdf

B i o d a t a P e n u l i s | ii

BIODATA PENULIS

■ Mazlini Adnan

Mazlini Adnan ialah seorang pensyarah kanan di Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan

Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Memiliki Ijazah

Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Matematik dari Universiti

Kebangsaan Malaysia, Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Matematik) dari Universiti Malaya.

Beliau juga mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Menengah hampir 4 tahun dalam

bidang Matematik dan Matematik Tambahan sebelum menyertai UPSI sebagai tutor pada tahun

2003. Kepakaran beliau adalah dalam bidang kepercayaan dan pengetahuan konseptual dalam

matematik.

■ Azhar Ahmad

Azhar Ahmad merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Matematik, Fakulti Sains Dan

Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Memperolehi Ijazah Sarjana dan Ijazah

Doktor Falsafah dalam bidang Matematik Gunaan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Sebelum

itu, telah dianugerahkan Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Pendidikan (Matematik) daripada

Universiti Malaya (UM). Beliau mempunyai pengalaman selama 13 tahun sebagai guru sekolah

menengah, pensyarah kolej matrikulasi serta pensyarah institut perguruan sebelum menyertai

UPSI pada tahun 2003.

■ Norhayati Ahmat

Norhayati Ahmat merupakan seorang pensyarah kanan Matematik di Fakulti Sains dan

Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda

dalam bidang Matematik Industri dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2002. Seterusnya

pada tahun 2004, beliau telah melanjutkan pelajarannya di Brunel University, United Kingdom

dan menerima MSc in Computational Mathematics with Modelling. Beliau telah dianugerahkan

Page 2: Biodata Penulis.pdf

Doktor Falsafah dari University of Bradford, United Kingdom pada tahun 2012. Kepakaran beliau

adalah dalam bidang matematik gunaan yang lebih tertumpu kepada permodelan geometri.

■Nor Aida Zuraimi Md Noar

Nor Aida Zuraimi Md Noar merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Matematik, Fakulti

Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Memiliki

Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Matematik Gunaan dari Brunel

University, London, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda (Matematik Industri) dari Universiti

Teknologi Malaysia. Beliau menyertai UPSI sejak tahun 2002 bermula sebagai tutor. Kepakaran

beliau adalah dalam bidang pengaturcaraan dinamik bendalir.

■ Norsida Hasan

Norsida Hasan ialah seorang pensyarah di Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik,

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Sains

(Matematik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan

(Pengiraan Matematik dan Rekabentuk Geometri Berbantu Komputer) dari Universiti Sains

Malaysia. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai tutor sambilan di Universiti Terbuka

Malaysia (OUM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang perlombongan data.