biodata

1
Biodata SITI JASMINA IBRAHIM aktif dalam seni dan sastera sejak 1995. Kini sebagai penulis profesional sepenuh masa. Sepanjang 1998 2004, terlibat aktif dalam penerbitan teater dan pernah bertugas sebagai Pengurus Kreatif di SQ Production dan Pengurus Pemasaran di Uniputra Production. Lulusan graduan Diploma Penulisan Kreatif, Akademi Seni Kebangsaan dan mendapat anugerah graduan cemerlang ASWARA. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kelas Pertama Bacelor Komunikasi sesi 04/07 Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Sangat aktif dalam penulisan drama televisyen, novel, cerpan, puisi, skrip teater dan filem. Novel Trilogi Cinta memenangi Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan Melayu 2001 dan juga menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 Katerori Kesusasteraan Remaja. Beberapa pengiktirafan dan hadiah diperoleh dalam genre novel, cerpen, skrip TV pentas dan puisi. Mewakili Malaysia dalam program seni dan sastera di Filipina pada tahun 1998 dan di program MASTERA (Drama pentas) di Bogor, Indonesia tahun 2000. Mendapat Anugerah Tokoh Penulis Remaja, Anugerah Sasterawan & Ilmuwan Negeri Sembilan. Hadiah pertama skrip pentas Hikayat Qaziq Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2007, menerima Anugerah Sasterawan Kreatif Terbaik Negara Malaysia di Hadiah Sastera MASTERA 2008 oleh Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) Indonesia. Terkini, menerima Anugerah Seni Negara ke-8 kategori Anugerah Seni Teater (Penulis Bakat Muda Skrip) tahun 2009.

Upload: zoey

Post on 14-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

komsas form3 penang

TRANSCRIPT

Page 1: Biodata

Biodata

SITI JASMINA IBRAHIM aktif dalam seni dan sastera sejak 1995. Kini sebagai penulis profesional sepenuh masa. Sepanjang 1998 – 2004, terlibat aktif dalam penerbitan

teater dan pernah bertugas sebagai Pengurus Kreatif di SQ Production dan Pengurus Pemasaran di Uniputra Production.

Lulusan graduan Diploma Penulisan Kreatif, Akademi Seni Kebangsaan dan mendapat anugerah graduan cemerlang ASWARA. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kelas

Pertama Bacelor Komunikasi sesi 04/07 Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM.

Sangat aktif dalam penulisan drama televisyen, novel, cerpan, puisi, skrip teater dan filem. Novel Trilogi Cinta memenangi Tempat Pertama Hadiah Sastera Utusan Melayu

2001 dan juga menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 Katerori Kesusasteraan Remaja.

Beberapa pengiktirafan dan hadiah diperoleh dalam genre novel, cerpen, skrip TV pentas dan puisi. Mewakili Malaysia dalam program seni dan sastera di Filipina pada

tahun 1998 dan di program MASTERA (Drama pentas) di Bogor, Indonesia tahun 2000.

Mendapat Anugerah Tokoh Penulis Remaja, Anugerah Sasterawan & Ilmuwan Negeri Sembilan. Hadiah pertama skrip pentas “Hikayat Qaziq” Sayembara Mengarang

Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2007, menerima Anugerah Sasterawan Kreatif Terbaik Negara Malaysia di Hadiah Sastera MASTERA 2008 oleh Majlis Sastera Asia

Tenggara (Mastera) Indonesia. Terkini, menerima Anugerah Seni Negara ke-8 kategori Anugerah Seni Teater (Penulis Bakat Muda Skrip) tahun 2009.