bilik rawatan

Upload: muhammad-reza

Post on 16-Jul-2015

94 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SYARAT- SYARAT PENGGUNAAN BILIK RAWATAN SMKSJ 20121. Pengguna bilik rawatan hanya dihadkan kepada warga sekolah SMKSJ. 2. Pengguna bilik rawatan hanyalah untuk kecederaan/ sakit yang ringan seperti demam, pitam dsb. Sebarang kesakitan/ kecederaan berat yang memerlukan perhatian daripada doktor haruslah diberitahu kepada guru bertugas untuk dihubungi ibu bapa atau dibawa ke klinik/hospital. 3. Pelajar perlu mendapatkan kunci daripada guru Bilik Rawatan 4. Pelajar tidak dibenarkan memegang kunci Bilik Rawatan. 5. Penggunaan bilik rawatan haruslah direkod dalam buku penggunaan Bilik Rawatan 6. AJK bilik rawatan harus memastikan keselamatan bilik sebelum pesakit dibenarkan masuk ke dalam Bilik Rawatan 7. Hanya seorang pelajar yang sama jantina dibenarkan menemani pelajar yang sakit. Guru kelas dan ketua kelas pelajar tersebut haruslah dimaklumkan tentang pesakit serta rakan yang menemani mereka serta direkodkan nama mereka dalam buku kawalan kelas. 8. Pesakit harus ditanya sekiranya mereka mempunyai alahan terhadap manamana ubatan. 9. Ubat yang diambil dari peti rawatan kecemasan mestilah direkodkan dalam buku log peti ubat keselamatan. 10. Sekiranya sakit semakin serius, guru harus dimaklumkan agar dapat mengambil tindakan yang selanjutnya. 11. Pengguna pada setiap masa harus menjaga kebersihan, kekemasan bilik rawatan serta perabot dan barangan dalam bilik tersebut. 12. Pengguna dilarang merosakkan sebarang benda dalam Bilik Rawatan. Sekiranya berlaku kerosakan, pengguna akan diminta menggantikan barangan tersebut. 13. Pengguna harus mengemaskan / menutup suis elektrik bilik tersebut selepas menggunakannya.

CARTA ORGANISASI BILIK RAWATAN SMKSJ 2012PENGETUA SEKOLAH PN HAMIZAN A. HAMID

TIMBALAN PENGERUSI PK HEM EN KHOO KONG MENG

GURU BILIK RAWATAN PN SURAIYA KHADIRI 019 262 2929

PETUGAS PELAJAR BSM NG JIA PING 5 SETIA

CARTA ALIRAN PENGURUSAN BILIK RAWATAN SMKSJ 2012

`

Membuka pintu bilik rawatan Memastikan keselamatan dan kebersihan dalam Bilik Rawatan Menilai keadaan pesakit atau alahan terhadap sebarang ubatan Pesakit diberi rawatan kecemasan/ ringkas Merekod penggunaan Bilik Rawatan/ ubatan dalam Buku Penggunaan bilik Rawatan Guru kelas/ Ketua kelas dimaklumkan serta direkod dalam buku kawalan kelas pesakit tersebut Sekiranya keadaan pesakit semakin serius, guru perlu dimaklumkan Pesakit berehat/ sihat

Memastikan kekemasan/ kebersihan semula Bilik Rawatan

Menutup suis elektik/ kipas

Mengunci Pintu