bil. 49 hiburan melampau petanda kejatuhanjamiyah.org.my/wp-content/uploads/suarajamiyah.pdfmengikut...

32
BIL. 49 RABIULAWAL - RABIUL AKHIR 1435H / JANUARI - FEBRUARI 2014 HIBURAN MELAMPAU PETANDA KEJATUHAN... - Isemaail Basri Muzik pada dasarnya merupakan makanan rohani, tetapi jika tersalah makan atau terlebih makan, muzik juga boleh membawa kepada kebobrokan rohani dan kebejatan moral. Justeru dalam melayan selera rohani ( yang dahagakan muzik ) jangan sampai manjadi hamba kepada hiburan sehingga melupakan batas-batas dan keperluan rohani yang lain.” Demikian wacana YDP Jam’iyah Tuan Haji Isemaail Basri melalui wawancara singkat bersama wakil Suara Jam’iyah baru-baru ini. Menurutnya trend kegilaan terhadap muzik perlu ada batas. Jangan jadikan musik sebagai budaya sehingga setiap segmen hidup termasuk dakwah juga perlu diselingi dengan muzik dan nyanyian. Selanjutnya beliau memberitahu bahawa budaya hedonism yang mementingkan hiburan dan keseronokan adalah pertanda kepada kejatuhan sesebuah tamadun, seperti mana yang pernah terjadi kepada khalifah-khalifah mutakhir kerajaan Umawi yang gemar kepada hiburan malahi wal ma’asyi dengan menghidangkan arak, wanita-wanita penghibur dan tarian di istana. Tuan Haji Isemaail Basri YDP Jam’iyah. Dalam menghadapi dunia hiburan melampau yang menerjah secara pakej ketika ini (termasuk modul pengisian, rentak dan gaya persembahan, fesyen pakaian dan gaya hidup artis) perlu ada golongan yang memandu arah bagi membatasi batas-batas hiburan, agar setiap yang datang dari Barat tidak terus menjadi ikutan. Haji Isemaail mengakui bahawa melalui muzik dapat menjinakkan golongan remaja yang brutal beralih kepada meminati seni; namun setiap penyiar dan penerbit hiburan perlu diberi pendekatan ‘wasatiah dan keserdahanaan’ dengan mengikut acuan Malaysia agar seni budaya kita tidak terhakis dan hilang ditelan muzik bingit dan rentak meracau. “Contohnya, rentak-rentak yang bingit, ganas dan meracau, tiba-tiba saja menjadi kesukaan ramai kerana saban hari diasak masuk ke dalam telinga generasi. Sebaliknya irama nasyid yang suatu ketika dianggap sebagai musik alternatif kepada kegilaan rock dan dangdut, tiba-tiba saja menurun popularitinya kerana stesyen-stesyen radio dan tv mulai mengurangkan kekerapannya. - SS INJIL ASLI DITEMUI DI TURKI Menarik Didalam:

Upload: lamkien

Post on 06-Jul-2019

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

BIL. 49 RABIULAWAL - RABIUL AKHIR 1435H / JANUARI - FEBRUARI 2014

“HIBURAN MELAMPAU PETANDA KEJATUHAN...”

- Isemaail Basri

Muzik pada dasarnya merupakan makanan rohani, tetapi jika tersalah makan atau terlebih makan, muzik juga boleh membawa kepada kebobrokan rohani dan kebejatan moral.

Justeru dalam melayan selera rohani ( yang dahagakan muzik ) jangan sampai manjadi hamba kepada hiburan sehingga melupakan batas-batas dan keperluan rohani yang lain.”

Demikian wacana YDP Jam’iyah Tuan Haji Isemaail Basri melalui wawancara singkat bersama wakil Suara Jam’iyah baru-baru ini. Menurutnya trend kegilaan terhadap muzik perlu ada batas. Jangan jadikan musik sebagai budaya sehingga setiap segmen hidup termasuk dakwah juga perlu diselingi dengan muzik dan nyanyian.

Selanjutnya beliau memberitahu bahawa budaya hedonism yang mementingkan hiburan dan keseronokan adalah pertanda kepada kejatuhan sesebuah tamadun, seperti mana yang pernah terjadi kepada khalifah-khalifah mutakhir kerajaan Umawi yang gemar kepada hiburan malahi wal ma’asyi dengan menghidangkan arak, wanita-wanita penghibur dan tarian di istana.

Tuan Haji Isemaail Basri YDP Jam’iyah.

Dalam menghadapi dunia hiburan melampau yang menerjah secara pakej ketika ini

(termasuk modul pengisian, rentak dan gaya persembahan, fesyen pakaian dan gaya hidup artis)

perlu ada golongan yang memandu arah bagi membatasi batas-batas hiburan, agar setiap yang datang dari Barat tidak terus menjadi ikutan.

Haji Isemaail mengakui bahawa melalui muzik dapat menjinakkan golongan remaja yang brutal beralih kepada meminati seni; namun setiap penyiar dan penerbit hiburan perlu diberi pendekatan ‘wasatiah dan keserdahanaan’ dengan mengikut acuan Malaysia agar seni budaya kita tidak terhakis dan hilang ditelan muzik bingit dan rentak meracau.

“Contohnya, rentak-rentak yang bingit, ganas dan meracau, tiba-tiba saja menjadi kesukaan ramai kerana saban hari diasak masuk ke dalam telinga generasi. Sebaliknya irama nasyid yang suatu ketika dianggap sebagai musik alternatif kepada kegilaan rock dan dangdut, tiba-tiba saja menurun popularitinya kerana stesyen-stesyen radio dan tv mulai mengurangkan kekerapannya. - SS

INJIL ASLI DITEMUI DI TURKIMenarik Didalam:

Hari ini ibu bapa semakin sukar membendung anak-anak dari meminati hiburan kerana segmen yang seumpamanya terus diasak saban hari melalui televisyen dan akhbar dengan contoh-contoh kehidupan glamur. Bermula dari segmen mencari bintang cilik, bintang remaja sehingga ada segmen tambahan bagi mengembalikan nostalgia untuk orang-orang dewasa yang kesemuanya diminati oleh segenap lapisan; sehingga program dakwah yang sepatutnya murni telah diselitkan dengan lagu-lagu P. Ramlee dan lagu-lagu klasik nostalgia. Sesungguhnya dakwah ialah amalan pertama dan yang utama baginda Rasul dan ia merupakan amalan murni dan terpuji di sisi llahi kerana dakwah ialah ucapan-ucapan kalimah toyyibah yang semata-mata hanya membesarkan Alah s.w.t. Justeru jika kita mahu meniru dakwah Nabi dan menjadikan dakwah sebagai kerja hakiki jangan ada unsur-unsur lagho diselitkan di dalam kerja-kerja dakwah yang murni. Sebab itu, setiap kali baginda keluar untuk berdakwah baginda akan mentazkiah jamaahnya dengan ‘bayan hidayat’ memohon keberkatan dari Allah s.w.t. dan mohon perlindungan dari fitnah manusia dan syaitan. Walau pun di dalam filem dan sebarang kerja seni boleh diselitkan unsur-unsur dakwah, tetapi di dalam kerja dakwah jangan ada unsur nyanyian, lawak atau ‘lakonan semula’ anasir malahi wal ma’asi (hiburan dan maksiat) kerana yang demikian itu memberi kesan kelalaian yang melebihi dari pengajaran yang disampaikan. Begitu juga dalam mengisi berbagai rancangan di televisyen – walau pun semua segmen boleh diselitkan unsur-unsur nasihat ke arah amal jariah, namun di dalam rancangan khas untuk dakwah sepatutnya jangan ada unsur-unsur hiburan. Kafa yakfi …cukuplah dengan peranan para pemuka hiburan yang sememangnya ‘dizahirkan’ untuk beraksi menghibur, memenuhi slot-slot hiburan yang kian melampau; sementara di pihak ulamak seharusnya menegur dan menasihati aspek-aspek yang ditegah dan yang dibolehkan dalam agama, dan bukannya turut serta dalam program-program malahi wal ma’asi… Dari ‘Urs bin Amirah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: apabila sesuatu dosa dilakukan dimuka bumi, maka yang melihat dan membencinya adalah terselamat dari beban dosa itu seperti orang yang tidak berada ditempat berlakunya dosa-dosa itu. Dan sesiapa yang tiada ditempat berlakunya dosa itu dan tidak membencinya, dia terlibat di dalam dosa itu seperti orang yang berada di tempat berlakunya dosa itu. (Hadis riwayat Abu Daud) – nas asal lihat Muntakhab Ahadith hal. 697. Para ulamak tidak menegah secara mutlak perlakuan berhibur-hibur (nyanyian dan penggunaan peralatan musik) kerana di sana terdapat nas-nas lain yang menyebutkan adanya beberapa taqlid yang boleh memberi erti kepada keharusannya; namun kelonggran itu tidak harus diambil mudah kerana setiap nas yang menerangkan hiburan, kesemuanya dijejerkan dengan kesan arak yang amat sedikit manfaatnya… “Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dan kamu umpama orang yang menyalakan api, lalu datang kelkatu menjatuhkan diri ke dalamnya. Aku memegang pinggang-pinggang kamu (untuk) menyelamatkan kamu dari api neraka, akan tetapi kamu terlepas dari tanganku…” (Hadis riwayat Muslim) – nas asal lihat Muntakhab Ahadith hal. 697) - SS

PERCUMA UNTUK AHLI SAHAJA

Yang DipertuaHaji Isemaail Basri

Tim. Yang DipertuaProf. Madya Datuk Haji Mohamad Ali Hassan

Naib Yang Dipertua IDato’ Seri Indah Diraja Dato’ Haji Abu Bakar Haji

Abdul Hamid, JP

Naib Yang Dipertua IIHaji Hishamuddin Tan Sri S.O.K. Ubaidullah

Haji Zakariah Isa

Dato’ Seri Haji Mustapa Kamal Maulut

Mohd Rizal A. Harris

BendahariHaji Shaari Ahmad Junid

Penolong BendahariHaji Fathil Haji Gzali

Ahli-Ahli Jawatan KuasaDra. Hajjah Hafsah Haji Abd. Rahman

(Ketua Wanita)Drs. Haji R.S.Sofyan

Haji Milatusamsi Haji HassanHajah Zainab AhmadHaji Abdullah Osman

Dr. Ann Wan SengHaji Salleh Jaafar

Hajah Rokiah MohaimidinEncik Nong Abdul Karim

Haji Mohamad Ruslan Mat JelasHaji Minhat Dasmat

Haji Sujaidi Dasuki @ Sabda S.

Encik Nor Izham Ismail

RekabentukMohd Hafiz Rahmatullah

SUARA JAM’IYAH diterbitkan olehPersekutuan Seruan Islam Selangor

dan Wilayah PersekutuanDarul Jam’iyah No. 25, Lot 203, Jalan Rahmat,

off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.Tel: 03-4441950/1951 Faks: 03-40441952

www.jamiyah.org.my

Pengerusi PenerbitanHaji Milatusamsi Haji Hassan

Sidang PengarangSabda S, Kamaluddin Mat Lela, Abu Bakar Ali,

Jamaryah Yaacob, Nurul Azalea Azarae, Haji Shaari Ahmad Junid

Sumbangan rencana dan pandangan mengenai Suara Jam’iyah alamatkan kepada:

[email protected]

PengedaranStaf Pentadbiran Jam’iyah

Langganan percuma alamatkan kepada: E-mel: [email protected]

AHLI - AHLI JAWATANKUASA AGUNG JAM’IYAHSESI 2013 - 2015 KELKATU YANG

MEMBAKAR DIRI...

Fikrah

2

SENI MUZIK DALAM ISLAM

Mukadimah

Muzik ialah kombinasi berbagai peralatan bunyi-bunyian yang diadun mengikut irama dan rentak sesebuah lagu. Lagu akan menjadi lebih harmoni dengan memasukkan lirik-lirik yang dinyanyikan oleh biduan hingga menzahirkan sebuah nyanyian. Dengan rentak dan lagu yang dinyanyikan oleh seorang biduan atau lebih boleh membangkit semangat juang dan jiwa perang; namun melalui rentak juga boleh melemahkan semangat untuk berusaha, malas tberkarya dan seterusnya boleh mematikan daya intelek.

Umpamanya - irama azan membangkitkan ghairah manusia untuk berdatang ke rumah-rumah Allah. Alunan irama dalam bacaan al Quran berdaya menggetarkan rohani membangkitkan rasa gerun kepada Allah. Begitu juga dengan irama sentimental dan irama bingit berupaya mengulit perasaan dan menggegarkan jiwa manusia untuk melupakan segalanya (semangat untuk berusaha serta berkaya dan kesedaran beragama). Sejarah Muzik Islam

Sejarah muzik mencatatkan bahawa orang yang pertama mencipta nota-nota muzik yang hingga kini digunakan sebagai nada antarabangsa ialah Safi al Din Abd al Mu’min yang hidup sekitar abad ke 13. Beliau mempunyai sekolah muzik yang dianggap oleh Dr. Helmholtz (Jerman) sebagai pemimpin dunia muzik. Kemudian usaha itu diteruskan oleh anaknya Shams al Din Muhammad yang wafat pada tahun 1329.

Sebelum keluarga Safi al Din, tedapat ahli-ahli muzik yang hidup dalam abad ke 12 seperti Ibnu al Naqqash (wafat 1178), al Bahili, Abd. Al Majid (wafat 1180), Ibn Man’a (wafat 1178) dan lain-lain; namun jangan dilupa bahawa Ibnu Sina (Avicenna) yang terkenal dalam ilmu kedoktoran juga merupakan seorang pencinta muzik yang telah menulis sebuah buku mengenai musik yang berjodol: Syifa’ wa Najat.

Hukum Seni Muzik

Hukum bermain muzik, menyanyi ,mendengar dan menajanya – sebagai yang sebutkan di dalam kebanyakan hadis adalah dilarang; namun keharusannya bergantung kepada beberapa faktor.

Ibn Hajar dalam kitabnya Al-Zawajir menyebutkan: “Telah berkata Abu ‘Abbas Al-Qurthubi: Ada pun alat-alat musik yang ditiup (al-mazamir), alat

muzik yang bertali (al-awtar), alat muzik yang digendang (kubah) maka tiada perselisihan ulamak pada mengharamkan mendengarnya dan aku tidak dengar seorang pun daripada ulamak salaf dan juga khalaf yang berpendapat mengharuskannya. Bagaimanalah tidak haram, sedangkan yang demikian itu adalah syiar (lambang) bagi penggemar-penggemar arak dan (syiar) penyokong-penyokong perbuatan fasiq, pendorong kepada syahwat dan kerosakan serta (menjadi syiar) kepada orang-orang yang tidak waras. Dengan hal yang demikian tidak lagi menjadi syak pada mengharamkannya dan tidak syak lagi tentang fasiq dan berdosanya orang yang melakukannya.”

Firman Allah s.w.t. yang mafhumnya: “Sebahagian manusia ada yang membeli kelalaian untuk menyesatkan (orang lain) dari jalan Allah (tanpa mempedulikan akibat pekerjaannya) dan mereka

menjadikan agama sebagai permainan. Mereka itu akan memperoleh azab yang hina.” (Luqman ayat 6).

Tafsir at Thabari menukilkan tidak kurang dari 26 hadis dari Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud dan lain-lainnya mengenai perkataan lagho atau ‘lahwal hadis’ (perlakuan yang melalaikan) sebagai yang disebutkan di dalam surah Luqman ayat 6 di atas. Antaranya seperti berikut:

- 4 riwayat merujuk kepada nyanyian dan sebagainya; - 4 riwayat merujuk kepada nyanyian dan mendengarkannya; - 1 riwayat merujuk kepada

nyanyian dan semua peralatan muzik; - 3 riwayat merujuk kepada penyanyi; - 2 riwayat merujuk kepada gendang; - 1 riwayat merujuk kepada syirik; - 1 riwayat merujuk kepada kufur.

Ada pun bagi at Thabari sendiri berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan ‘lahwal hadis’ di dalam ayat 6 itu ialah semua perkataan yang melalaikan orang dari mengingati Allah. Ia termasuk semua jenis hiburan, termasuk lelucon, wayang dan semua jenis pertunjukan pentas walaupun atas nama seni dan budaya.

Salah satu nota lagu karya pemuzik Islam di abad 19

3

Menghibur Sambil Beramal

Para penggemar muzik dan pemuka hiburan boleh menghujah bahawa, mereka juga melakukan solat dan puasa di bulan Ramadan; malahan ada yang membuat amal jariah sambil menghiburkan para peminat; namun suatu hal yang harus kita sedari bahawa amalan-amalan wajib (seperti solat, puasa, zakat dan haji) hanya ‘melayakkan’ kita memasuki ujian pada hari ‘penghisaban di padang mahsyar’ kerana mereka yang tidak melakuan ‘ibadat yang wajib’ tidak layak dihisab.

Ironinya, di dalam proses penghisaban itu (perkiraan mengenai perbuatan/ amalan yang mendatangkan pahala dan dosa yang melayakkan kita memasuki syurga atau neraka terlebih dahulu) di sana terdapat ribuan peminat hiburan yang tidak solat, meminum arak dan terlajak berzina yang berpunca dari menghadiri program hiburan, yang kesemuanya itu tidak terlepas dari dikaitkan dengan si penyanyi, si penari, si penerbit, si penaja dan si pemegang polisi termasuk para kru dan pembantu.

“Syedatina ‘Aisyah r.ah. berkata: Aku mendengar Nabi membaca doa: “Ya Allah, permudahkanlah hisabku…” dan selepas baginda selesai solat saya pun

bertanya; wahai Nabi Allah, apakah hisab yang mudah itu? Baginda Rasul menjawab: (hisab yang mudah) diperhatikan pada buku

amalan seseorang hamba kemudian dimaafkan. Wahai ‘Aisyah, sesiapa yang

menghadapi soal jawab dalam penghisaban (nescaya) binasalah dia.” (hadis musnad Ahmad)

Memang boleh dihujah bahawa hiburan dihalayak boleh mengalihkan generasi dari melakukan perbuatan ganas (seperti protes terhadap sesuatu ketidak adilan dan sebagainya), tetapi hiburan yang dilakukan secara bebas dimana lelaki dan wanita bercampur gaul (walau di dewan) sementara yang di tanah lapang pula berteleku dibahu, beriba dan berpaut pinggang; justeru mereka sebenarnya tidak terhibur, kerana yang terhibur hanyalah nafsunya.

Nah, selepas pertunjukan itu selesai yang kebiasaannya sehingga larut malam, apakah yang terjadi pada pasangan yang mulai berahi diulitan lagu-lagu cinta-cintan? Kemana mereka pergi?

Yang mempunyai wang akan menyewa bilik-bilik bajet dan yang kurang berkemampuan mungkin akan meneruskan berahinya di bawah-bawah pokok dan ditempat-tempat yang sunyi. Jika perbuatan maksiat ini terjadi, para pemuka hiburan (yang menjadi asbab kepada terjadinya perbuatan maksiat) juga akan dipertanggungjawabkan di mahsyar.

Taufik dan Hidayah Menurut para ulamak, Allah s.w.t. tidak zalim menjuruskan seseorang dalam industri hiburan untuk kemudiannya diberi dosa dan diseksa. Justeru atas Rahim dan Rahmat-Nya Allah juga berhak membersihkan segala dosa, sama ada yang melibatkan dosa-dosa kecil dan besar, yang sengaja dan tidak disengajakan, termasuk dosa-dosa yang berhubung kait dengan dunia profesionalisme dan para pembekal khidmat sokongannya (hingga menyebabkan orang lain melakukan dosa). Allah datangkan golongan profesi yang berpotensi mendatang kelalaian kepada orang lain (seperti artis, ahli sukan dan lain-lain selebriti), sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman. Tegasnya, Allah ‘pinjam perlakuan’ mereka itu buat sementara dan diberi hidayah semula bagi menjadi tauladan kepada orang lain supaya kembali kepada kebenaran dan agama sebelum didatangkan bala dan musibah.

Ulamak juga memberitahu, apabila Allah mengubah seseorang yang fasiq kembali kepada fitrah agama, Allah memberi signal melalui tauladan dari orang lain; seperti sakit dan musibah atau pengajaran langsung kepada individu berkenaan bagi menyedarkan dirinya dan para pelaku kefasikan supaya kembali kepada kebenaran. Namun demikian, jika ada yang terus berkeras hati dengan kefasikannya, maka Allah akan biarkan mereka sesat selamanya atau ‘dipanggil pulang’ tanpa diberi amaran.

Namun begitu ada juga yang menolak ‘peringatan Allah’ dengan cara yang melampau batas (Lihat mafhum surah al ‘Alaq ayat 6 – 7). Mereka bukan setakat memalingkan muka malah ada yang melahirkan rasa mual mendengar cerita-cerita agama dan amaran Allah bagi yang engkar (lihat al-Ghasyiah ayat 17 – 24).

“Tinggallah orang-orang yang menjadikan agama sebagai mainan dan gurau senda dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia.” (Mafhum al-An’am ayat 79)

Teruja dengan SYIAR, rakyat dari berbagai kepercayaan turut serta dalam perarakan Selawat Maulidurrasul

4

Taufik dan Hidayah Menurut para ulamak, Allah s.w.t. tidak zalim menjuruskan seseorang dalam industri hiburan untuk kemudiannya diberi dosa dan diseksa. Justeru atas Rahim dan Rahmat-Nya Allah juga berhak membersihkan segala dosa, sama ada yang melibatkan dosa-dosa kecil dan besar, yang sengaja dan tidak disengajakan, termasuk dosa-dosa yang berhubung kait dengan dunia profesionalisme dan para pembekal khidmat sokongannya (hingga menyebabkan orang lain melakukan dosa). Allah datangkan golongan profesi yang berpotensi mendatang kelalaian kepada orang lain (seperti artis, ahli sukan dan lain-lain selebriti), sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman. Tegasnya, Allah ‘pinjam perlakuan’ mereka itu buat sementara dan diberi hidayah semula bagi menjadi tauladan kepada orang lain supaya kembali kepada kebenaran dan agama sebelum didatangkan bala dan musibah.

Ulamak juga memberitahu, apabila Allah mengubah seseorang yang fasiq kembali kepada fitrah agama, Allah memberi signal melalui tauladan dari orang lain; seperti sakit dan musibah atau pengajaran langsung kepada individu berkenaan bagi menyedarkan dirinya dan para pelaku kefasikan supaya kembali kepada kebenaran. Namun demikian, jika ada yang terus berkeras hati dengan kefasikannya, maka Allah akan biarkan mereka sesat selamanya atau ‘dipanggil pulang’ tanpa diberi amaran.

Namun begitu ada juga yang menolak ‘peringatan Allah’ dengan cara yang melampau batas (Lihat mafhum surah al ‘Alaq ayat 6 – 7). Mereka bukan setakat memalingkan muka malah ada yang melahirkan rasa mual mendengar cerita-cerita agama dan amaran Allah bagi yang engkar (lihat al-Ghasyiah ayat 17 – 24).

“Tinggallah orang-orang yang menjadikan agama sebagai mainan dan gurau senda dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia.” (Mafhum al-An’am ayat 79)

Muzik Sufi

Musik tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Sebab itulah golongan sufi walau pun sebahagiannya juga menggemari musik, namun mereka mempunyai disiplin dan kaedah yang ketat dalam memenuhi naluri seni, tanpa melibatkan penonton yang berpotensi mendakwanya diakhirat jika ada yang terjebak melakukan maksiat bersabit dari pertunjukan mereka.

Mereka dikatakan melakukannya di kawasan yang terpencil seperti di tengah padang pasir di waktu malam. Mereka menyanyikan lagu pujian-pujian dan berzikir sambil menari-nari ditengah padang pasir dengan iringan paluan kubat atau tabl (gendang kecil seperti kumpang).

Hal yang sedemikian itu sememangnya berlaku dan biasanya diamalkan oleh kumpulan tarikat yang hanya dianggotai kaum lelaki. Mereka melakukannya semata-mata untuk menzahirkan ‘zauq’ kecintaan terhadap Allah dan Rasul secara qulli (total - sepenuh hati) tanpa mengganggu masyarakat sekeliling (yang boleh menimbulkan fitnah).

Meraka lari dari masyarakat semata-mata untuk menghiburkan diri tanpa melibatkan kehadiran penonton lelaki dan wanita yang bukan muhrim berdatang serta bercampur gaul menonton kelakuan mereka. Ia suatu ekspresi ‘seni untuk illahi’ yang jauh sekali dari niat mencari populariti dan peminat. Mereka ‘bernyanyi’ semata-mata untuk ‘peminat utama’ yang dapat menaungi mereka di hari pembalasan!

Suasana Yang Dibolehkan

Terdapat kelonggaran-kelonggaran yang dibolehkan seperti untuk menghebahkan perkahwinan agar tidak menjadi fitnah sebaik pasangan baru hadir dalam masyarakat. Begitu juga ketika menyambut hariraya bagi melahirkan kegembiraan di samping kesyukuran dan membesarkan nikmat yang diberikan. Termasuk yang diharuskan ialah bernyanyi menyambut kedatangan pemimpin sebagaimana kaum Najjar menyambut kedatangan baginda Rasul.

Selanjutnya hiburan yang dibenarkan dalam Islam ialah lagu-lagu yang berirama kerohanian yang dilagukan bersama kelurga yang muhrim dan yang diadakan secara tertutup dan tidak melekakan dari tanggungjawab solat dan lain-lain ibadah. Perlakuannya juga tidak melibatkan penonton kerana hiburan dalam Islam bukan untuk tontonan.

1) Walimatul ‘urus

“Dari Aisyah ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Umumkanlah olehmu akan perkahwinan dan pukullah olehmu rebana untuk itu.” (Riwayat Tarmizi) dari Subulussalam jilid III.“Dari Aisyah sesungguhnya ia mengahwinkan seorang wanita kepada lelaki, maka Nabi s.a.w. bersabda: Hai Aisyah, tidak adakah padamu permainan, kerana sesungguhnya orang-orang Ansar gemar terhadap permainan.” (Riwayat Ahmad dan Bukhari)

2) Menyambut Kedatangan Pemipin

“Dari Anas ia berkata: Tatkala Rasulullah datang ke Madinah, orang-orang Habsyah bermain dengan gembiranya menyambut kedatangannya dengan memainkan alat senjata mereka.” (Riwayat Abi daud) dalam Sunan Abi Daud jilid IV.

“Dari Anas bin Malik berkata bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui beberapa tempat di Madinah; tiba-tiba bertemu dengan beberapa jariah yang sedang memukul rebana sambil berkata: Kami jariah bani Najjar, alangkah bahagianya bertemu dengan Nabi besar…maka Nabi pun bersabda: Allah mengetahui bahawa aku menyayangi kamu.” (Riwayat Ibnu Majah) alam Sunan Mustafa

3) Hari Raya

“Daripada Aisyah r.ah bahawa Abu Bakar pernah masuk menemuinya, sedang di sampingnya dua anak perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang pada Hari Mina (‘Idul Adha), sedangkan Nabi s.a.w. menutup wajah baginda dengan pakaiannya. Abu Bakar menengking kedua anak perempuan itu. Lalu baginda membuka wajahnya dan bersabda: Biarkan mereka wahai Abu Bakar, kerana hari ini adalah hari raya.” (muttafakun ‘alaih)

4) Maulidurasul

Para ahli sejarah menyebutkan bahawa orang pertama yang menyambut kelahiran seorang bayi yang kemudiannya dinamai Muhammad al-Amin ialah Abu Lahab dan Abu Jahal yang merupakan bapa saudara Rasulullah sendiri.

Keduanya menyambut kelahiran bayi yang mulia itu dengan nyanyian dan pukulan gedang (hanya setelah keduanya mendengar yang baginda menerima wahyu dari Allah keduanya berubah menjadi penentang yang paling tegar). Namun begitu, amalan masyarakat menyambut maulidurrasul bukanlah meniru apa yang dilakukan oleh Abu Lahab dan Abu Jahal; bahkan ianya suatu manifestasi kecintaan terhadap Rasul pilihan yang bakal memberi syafaat kepada semua umat termasuk para nabi.

“Tinggallah orang-orang yang menjadikan agama

sebagai mainan dan gurau senda dan

mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia.”

(Mafhum al-An’am ayat 79)

5

INJIL ASLI DITEMUI DI TURKI

Taufik dan Hidayah Menurut para ulamak, Allah s.w.t. tidak zalim menjuruskan seseorang dalam industri hiburan untuk kemudiannya diberi dosa dan diseksa. Justeru atas Rahim dan Rahmat-Nya Allah juga berhak membersihkan segala dosa, sama ada yang melibatkan dosa-dosa kecil dan besar, yang sengaja dan tidak disengajakan, termasuk dosa-dosa yang berhubung kait dengan dunia profesionalisme dan para pembekal khidmat sokongannya (hingga menyebabkan orang lain melakukan dosa). Allah datangkan golongan profesi yang berpotensi mendatang kelalaian kepada orang lain (seperti artis, ahli sukan dan lain-lain selebriti), sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman. Tegasnya, Allah ‘pinjam perlakuan’ mereka itu buat sementara dan diberi hidayah semula bagi menjadi tauladan kepada orang lain supaya kembali kepada kebenaran dan agama sebelum didatangkan bala dan musibah.

Ulamak juga memberitahu, apabila Allah mengubah seseorang yang fasiq kembali kepada fitrah agama, Allah memberi signal melalui tauladan dari orang lain; seperti sakit dan musibah atau pengajaran langsung kepada individu berkenaan bagi menyedarkan dirinya dan para pelaku kefasikan supaya kembali kepada kebenaran. Namun demikian, jika ada yang terus berkeras hati dengan kefasikannya, maka Allah akan biarkan mereka sesat selamanya atau ‘dipanggil pulang’ tanpa diberi amaran.

Namun begitu ada juga yang menolak ‘peringatan Allah’ dengan cara yang melampau batas (Lihat mafhum surah al ‘Alaq ayat 6 – 7). Mereka bukan setakat memalingkan muka malah ada yang melahirkan rasa mual mendengar cerita-cerita agama dan amaran Allah bagi yang engkar (lihat al-Ghasyiah ayat 17 – 24).

“Tinggallah orang-orang yang menjadikan agama sebagai mainan dan gurau senda dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia.” (Mafhum al-An’am ayat 79)

Walau pun terdapat ulamak yang mengatakan bidaah (pembaharuan) namun sambutan maulid memperingati kelahiran baginda boleh dianggap sebagai bidaah hasanah (pembaharuan yang ada kebaikan) kerana ia dapat memupuk muhibah dan memperlihatkan syiar (keagungan) baginda sebagai pemimpin umat sejagat.

Pengisian didalam acara sambutan itu biasanya diisi dengan selawat dan pukulan rebana bagi mengiringi selawat dan lagu puji-pujian yang secara langsung memperlihat syiar dan perpaduan umat sejagat.

Terdapat beberapa hadis yang menyebutkan betapa baginda gemar diingati dan disayangi. Antaranya menyebutkan bahawa….barang siapa yang mempunyai kesempatan (harta dan aman dalam perjalanan) tetapi tidak menziarahi kubur baginda, bererti mereka tidak sayang kepada baginda.

Justeru bagi mereka yang tidak berkemampuan berziarah memadai dengan berselawat; dan bagi melahir zauq kecintaan terhadap baginda dilakukan beramai-ramai dengan rentak dan nada kerohanian yang sesuai dan tidak membangkitkan nafsu imarah yang boleh mengalihkan tumpuan selain dari mencintai baginda.

Kesimpulan

Setiap ‘kalimah toyyibah’ dan puji-pujian yang dimasukkan dalam bait - bait lagu adalah zikir (peringatan) yang bertujuan menyeru manusia kepada agama; dan yang demikian itu tetap diberi ganjaran (sebagaimana janji-Nya, bahawa setiap kebaikan dan kejahatan akan dibalas walau sebesar biji sawi); namun jika penyanyi, pemain dan penerbit lebih berminat untuk memikat lebih ramai peminat dalam memburu keuntungan dunia dan kemasyhuran, maka Allah akan berikan hasrat dan kemahuan niatnya tanpa diberi kenikmatan akhirat; kecuali mereka yang mencipta, dan menyanyi kerana Allah, sementara keuntungan dunia diserahkan kepada-Nya menentukan.

Para komposer yang lebih mengutamakan melodi (irama lagu) dari sebutan ‘kalimah toyyibah’ atau selawat hingga syiarnya tenggelam dalam bingit peralatan muzik akan hilanglah ghairatnya; sementara dipihak penonton dan penggemar yang lebih meminati alunan suara penyanyi dan penampilannya (termasuk fesyen pakaian yang diperagakan dan gaya persembahan) dari memasukkan kebesaran Allah ke dalam hati; maka mereka juga tidak mendapat ganjaran akhirat.

Begitu juga apabila lagu-lagu kerohanian yang berunsur dakwah dijadikan produk industri yang beroreintasikan perniagaan, maka Allah akan beri keuntungan dunia sebagaimana niat dan tujuannya. Namun begitu, jika ada pendengar yang hatinya berubah menjadi lebih insaf dan taqwa, asbab dari mendegar lagu-lagu dakwah, maka ia akan dicatatkan sebagai amal bagi penyanyi dan penciptanya.

Demikianlah juga jika nasyid kerohanian dijadikan produk industri yang lebih memetingkan jualan dari keberkatan; ia juga akan menerima nasib sebagaimana irama bingit dan melankolik.

Sebuah mashaf purba yang dikatakan sebagai ‘Kitab Injil’ telah ditemui di Turki pada tahun 2012.Pemerintah Turki mengumumkan bahawa kitab itu telah ditemui pada tahun 2000 tetapi sengaja disembunyikan atas sebab-sebab tertentu.

Keterangan dari ‘syeikh google’ menyebutkan bahawa mashaf ditulis dalam huruf Syriac dengan dialek bahasa Aram dan ditulis di atas kulit haiwan dengan menggunakan bahasa yang sama seperti bahasa yang pernah digunakan semasa zaman Jesus Almasih.

Pemerintah Turki yakin bahawa ia kitab Injil yang asli. Perkara yang menarik di dalam kitab tersebut ialah terdapat keterangan-keterangan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama yang sebenar dan juga menyebutkan akan lahir seorang nabi di akhir zaman bernama Muhammad. Salah satu dari kandungannya (sebagai yang diangkat dari syeikh google) menyebutkan seperti berikut:

“….maka berlarilah Adam dan Hawa dari syurga (dan) ketika Adam berpaling dia melihat bahawa di atas pintu gerbang syurga tertulis kalimah: “Laailahaillallah Muhammad Rasulullah”. Kitab yang masih menjadi perdebatan itu kini tersimpan di Justice Palace, Ankara, Turki dengan kawalan yang amat ketat.

Dikatakan juga pihak Vatikan telah membuat permohonan untuk membaca dan menganalisa kitab berkenaan termasuk dari segi keasliannya. Sementara itu para pengakaji berpendapat jika kitab tersebut terbukti asli ia boleh menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan gereja selama ini dan boleh menimbulkan revolusi agama Nasrani secara besar-besaran diseluruh dunia.

6

Mukadimah

A nasir lagho seperti nyanyian, jenaka dan lelucon serta ungkapan-ungkapan semi porno kini menjadi selingan di dalam arena dakwah yang sepatutnya murni. Kekerapan dalam menyelitkan unsur-unsur malahi itu menjadikan sesetengah segmen yang sepatutnya murni itu menjadi seperti potongan drama-drama pendek yang menarik lebih dari pengajaran.

Dengan trend sedemikian, sama ada ceramah di masjid, didataran atau di studio televisyen menjadikan para penceramah sentiasa berusaha mencari berbagai idea bagi menarik tumpuan ramai supaya audiens tidak mengantuk dan hilang fokus dan sekaligus menarik minat pihak penaja dan penerbit supaya diundang lagi dan lagi.

Pengertian Lagho

Ibn Mas’ud, dan Jabir, dan Ibn ‘Abbas, dan Al-Hassan dan Nakha’i mentafsirkan perkataan Lagho atau lahwa al-hadith (sebagai yang difirmankan di dalam al Quran) ialah sebarang bentuk nyanyian dan perlakuan yang melalaikan manusia dari mengingati Allah. Maka setiap yang lagha ijmak ulamak menetapkan hukumnya sebagai haram.

“Apabila mereka (yang beriman kepada Allah dan Rasul) mendengar perkataan melalaikan (lagho), maka (hendaklah) mereka berpaling daripadanya seraya berkata; amal kami untuk kami dan amal kamu untuk kamu. Selamat tinggallah, kerana

kami tidak mahu (bersyubhat) dengan orang-orang yang jahil.”

(al Qasyasy ayat 55)

Namun begitu terdapat juga sabdaan yang memberi keringanan hukum (yang sudah muktamad) bergantung kepada niat yang tersirat, muslihat yang tersembunyi disebalik segmen dan pengisian rancangan yang dipersembahkan, iaitu antara adunan ma’asyi dan malahi (maksiat dan kelalaian) dan seruan bilhikmah wal maui’zotil hasanah (yang menyeru dengan bijaksana dan nasihat yang baik).

Rencana ini cuba membuka minda pembaca dengan menjadikan segmen dakwah yang diterbitkan dibeberapa buah saluran televisyen sebagai teras perbincangan; kerana ‘ingat mengingatkan’ amat digalakkan dalam agama.

“Berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada

orang-orang yang beriman.” – (az-Zariyat ayat 55)

‘Bil Hikmah’

Al-Quran menyarankan: “Serulah jalan Tuhan kamu dengan bijaksana (bil hikmah) dan nasihatilah mereka dengan cara yang baik.” – al-Nahl ayat 125.

Para penggemar hiburan (termasuk pendakwah) bertaklid bahawa dengan memasukkan unsur-unsur hiburan di dalam program dakwah merupakan hikmah bagi menarik dan menjinakkan penonton agar setia bersama pengacara supaya “jangan kemana-mana….”

Memang diakui bahawa menyampaikan ilmu dan pengajaran dengan sulaman berbagai cara dan gaya berdaya menarik lebih lama tumpuan pendengar dan penonton. Suasana majlis jadi bertambah ceria dengan hilai ketawa serta tidak membosankan; namun ia boleh menghilangkan keberkatan; dimana jika tanpa catatan dan ingatan yang kuat segalanya akan hilang sebaik keluar dari dewan syarahan.

Dakwah Tradisi

Para ulamak yang mursyid tidak pernah menyanyi atau melawak di dalam menyampaikan dakwah. Sebab itulah ilmu yang mereka sampaikan terus meresap ke lubuk hati pendengar dan melekat hingga keakhir hayat anak-anak muridnya.

Tidak ada kitab yang menyatakan seorang pendakwah perlu menyanyi, walaupun dalam irama padang pasir atau nasyid. Bahkan di dalam kitab-kitab yang muktabar seperti Hidayatussalikin (Syed Samad al-Falambani), Bidayatul Hidayah (Imam al Ghazali), dan kitab-kitab muktabar yang terdahulu banyak yang menyatakan bahawa seseorang ulamak atau daie perlu menyampaikan ilmu Allah secara serius dan jangan menjadikan hukum sebagai gurauan dan hiburan…

“Dan ada di antara manusia yang membelanjakan hartanya kepada perkara yang menyesatkan

dirinya dan orang ramai dari agama Allah dengan tidak berdasarkan ilmu dan setengahnya

menjadikan agama Allah sebagai gurauan, mereka akan beroleh azab yang hina.”

(Lukman ayat 6)

Nilai Rancangan

Populariti sesebuah rancangan dinilai oleh agansi yang menilai mengikut jumlah penonton yang meminati sesuatu rancangan. Ia dinilai mengikut rasio berbagai peringkat usia dan golongan masyarakat, dan bukannya mengikut keberkesanan, kesan serta sebab dan akibat. Rancangan yang popular dan diminati ramai berpotensi untuk disambung dan ditambah episod demi

ANASIR LAGHO DALAM PROGRAM DAKWAH

7

episod yang sekaligus memudahkan pihak penerbit mencari penaja.

Walau pun ia bukanlah segmen kemungkaran; tetapi asbab dari membanyakkan lagho dalam dakwah, nantinya hanya pendakwah yang boleh menyanyi dan melawak sahaja yang berpeluang muncul di kaca tv termasuk program-program tazkirah di masjid. Dewasa ini pun semakin ketara – di mana pendakwah yang pandai menimbulkan suasana ceria dan gelak ketawa berpotensi mengekalkan lebih ramai jamaah yang menunggu di dewan solat; berbanding yang hanya membaca kitab.

Hari ini orang ajam lebih peka mengenai dakwah murni berbanding degan mereka yang mendapat didikan agama secara formal yang seolah-olah terperangkap dalam kata-kata: “Agama itu akal..” yang mementingkan lojik. Hal ini menepati dengan sebuah hadis yang mafhumnya: “Dizaman fasad dan mungkar, apabila ulamak meninggalkan sunahku, aku serahkan kepada orang ajam.”

Dilema Pendakwah

Kemunculan banyaknya stesyen tv merupakan peluang kepada para penceramah untuk berperanan menyampaikan kuliah, tazkirah, taklim dan bayan, kudwah dan berbagai bimbingan pencetus umah bagi mengimbangi kebanjiran program hiburan yang seolah-olah tidak ada segmen tv yang tidak diselitkan dengan hiburan termasuk rancangan dakwah.

Justeru dalam usaha menarik lebih banyak penaja dan sekaligus untuk menarik lebih ramai penonton dan peminat rancangan agama, pendakwah terpaksa akur dengan kehendak penerbit yang dikatakan lebih memahami kehendak penonton.

Persaingan dalam menerbitkan program-program dakwah juga membuatkan para penerbit berlumba-lumba memenuhi kehendak penonton yang gemar berhibur-hibur. Namun tertib atau tradisi dakwah ialah bermujahadah (bersusah payah) termasuk kesukaran mendapat pengikut, penonton dan penaja.

Kerananya para penerbit berusaha mendatangkan penceramah-penceramah yang dikenalpasti diminati ramai bagi menarik lebih banyak penaja. Dan dengan situasi demikian telah meletakkan para penceramah dalam keadaan dilema; antara memenuhi kehendak penerbit dan tuntutan sunah (mujahadah).

Justeru mana-mana penutur, pembicara, penceramah, pendakwah dan moderator atau pengerusi yang bijak mencetuskan suasana yang boleh menyebabkan audiens tidak kering gusi akan kekal untuk beberapa ketika. Di sinilah (sekali lagi) timbulnya dilema bagi si pengacara pula.

(Bagi menjaga kelancaran, program dakwah juga dirancang sebelum siaran, termasuk soalan dan jawapan menjadi terlalu kaku dan stereotaip serta tidak realistik. Perancangan sedemikian tidak salah kerana ia termasuk dalam tatacara bagi memudahkan penyertaan penonon). Seorang lelaki penduduk Madinah memberitahu, Mu’awiyah telah menulis surat kepada Syedatina ‘Aisyah r.ah. untuk menasihati. (Lelaki itu berkata) Tulislah untukku nasihat yang ringkas. (Kemudian) ‘Aisyah menulis (menjawab) mendahului dengan puji-pujian kepada Allah: Sesugguhnya aku mendengar Rasulullah berkata: Sesiapa yang mencari keredaan Allah s.w.t. tanpa menghiraukan kemarahan manusia maka Allah akan melindunginya daripada kejahatan manusia dan sesiapa yang mencari keredaan manusia tanpa menghiraukan kemurkaan Allah maka Allah akan menyerahkannya kepada manusia. Wassalam. (hadis riwayat Tirmizi)

Antara Hikmah dan Lagho Tidak cukup dengan nyanyian dan lelucon, sesetengah penerbit menghadirkan selebriti bagi menilai tahap kebolehan para pendakwah. Kehadiran mereka di dalam majlis murni dan kudus itu tidak boleh disalahkan pihak selebriti (kerana mereka diundang); sebaliknya pihak ulamak yang kemungkinannya terhijab oleh lagho kelalaian. Sepatutnya ulamak menasihati selebriti dan bukan sebaliknya.

CERIA DAN MENGHIBURKAN:

Salah satu program dakwah murni di televisyen yang disertai oleh beberapa orang artis dan selebriti yang mengundang lebih ramai penonton dan peminat hiburan.

8

Dengan mengambil contoh Mimbar Pencetus Umah kelihatannya seperti segmen dakwah tulin, kerana disertai oleh para ulamak serta menghadirkan lebai-lebai dan para pelajar hufaz sebagai penonton khas (didalam dewan) sedang pada hakikatnya lebih kepada hiburan. Formatnya bermula dengan Akademi Fantasia, yang merupakan adaptasi dari program ‘Pop Idol’ dan ‘American Idol’ ciptaan Simon Cowell, seorang keturunan Yahudi yang menetap di Baritan yang juga seorang anggota freemanson yang aktif dalam mencipta program-program hiburan bagi tujuan melalaikan generasi muda. Program itu telah ditiru oleh 42 buah negara termasuk Indonesia. Seorang penulis blog dalam FBnya pernah menulis: “Tangan yang sepatutnya membasuh kekotoran umat turut bergelumang dengan lagho, semata-mata untuk meraih sebanyak mungkin peminat dan sekaligus menarik minat penaja dan penerbit rancangan…”

Kerananya, segmen kudus seperti mimbar dakwah, qudwah, hidayah, tausiyah, muzakarah, kuliyah dan yang semaksud dengannya tidak meriah tanpa menyelitkan elemen hiburan yang seolah-olah menjadi zat penyegar buat yang sakit iman…”

Lalu seorang admin memberi respon: “Sakit bukan kerana jangkitan jin dan syaitan; bahkan rohaninya yang tergila-gila dengan hiburan yang melampaui batas waktu sehingga tidak ada segmen yang tidak disisipi dengan nyanyian, tarian dan lawakan, walaupun sekadar untuk diketawakan sendiri…” Selanjutnya penulis blog itu membalas: “ profesional sepatutnya mencipta sesuatu yang baru bukannya meniru…”

“Tangan yang sepatutnya membasuh kekotoran umat turut bergelumang dengan lagho, semata-mata untuk meraih sebanyak mungkin

peminat dan sekaligus menarik minat penaja dan

penerbit rancangan…”

Daya Tarikan Tujuan nyanyi-nyanyi dan membawa selebriti ke dalam program itu (barangkali) untuk menarik minat generasi muda yang liar dari agama; malangnya yang menonton segmen itu kebanyakan mereka yang sudah terdorong kepada agama dan para pelajar tahfiz.

Dengan menghadirkan mereka di dalam program-program semurni itu hanya mendedahkan mereka kapada hiburan; dimana golongan veteran yang sudah terarah kepada agama juga boleh ‘beralih’ tawajuhnya kepada hiburan; sementara para hufaz ‘terputar’ tumpuan hafazan mereka kepada selebriti.

Selingan hiburan sepatutnya hanya sebagai umpan atau ‘daya penarik’ penggemar tegar (hiburan) agar tertarik kepada agama dan dakwah; namun jangan sampai umpan yang dihulurkan terlajak banyak dari tangkapan yang diperoleh, sehingga ada pengail yang terjerumus ke dalam lubuk jadi santapan ikan dan buaya.

Jaminan Kepada Pemuka Hiburan

Para pemuka hiburan usah gusar dengan teguran dan kritikan terhadap rancangan yang diterbitkan; anda tetap akan mendapat ganjaran pahala (selain ganjaran wang ringgit dan glamur) selagi ada manfaat yang tersirat dan ada pihak yang mengambil manfaat darinya! Sesungguhnya setiap kebaikan dan keburukan (walau sebesar biji sawi) akan menerima balasan (pahla dan dosa).

Allah tidak zalim menjuruskan seseorang kelapangan hiburan, semata-mata untuk memenuhi ruang-ruang di neraka jahanam; melainkan ada agenda-Nya untuk menjadikan seseorang itu popular dan kemudiannya dikembalikan kepada jalan kebenaran supaya menjadi teladan seluruh alam.-SS

USTAZ DON salah seorang pendakwah muda yang terus istiqamah mengekalkan serban dan

jubah dalam setiap segmen dakwahnya di televisyen.

9

Syeikh Yusuf Qardhawi

Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya yang bertajuk ‘Halal dan Haram’ menyebutkan bahawa hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menyenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Dan hiburan yang diharuskan oleh Islam ialah yang tidak mencampur adukkan dengan kata-kata kotor atau cabul atau yang boleh memberangsangkan kepada dosa. Justeru nyanyian yang disertai peralatan muzik selagi tidak membangkitkan nafsu adalah ‘tidak mengapa’.

Dalam mengulas lebih lanjut, penulis nukilkan pendapat Dr. Yusuf sebagai yang terkandung di dalam buku ‘Keharusan Musik’ terbitan Jabatan Agama Islam Brunei Darussalam yang antara lain menyebutkan sebagai berikut: “Adapun hadis-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya itu cacat, tidak ada satu pun yang selamat daripada celaan di sisi ulamak hadis. Berkata Qadhi Abu Bakar bin ‘Arabi: Tidak ada satu pun yang sah dalam perkara pengharaman nyanyian.” Ibnu Hazm pula berkata: “Semua hadis yang menerangkan tentang haram nyanyian itu adalah batil dan palsu. (Dr. Yusuf Qardhawi dalam ‘Halal dan Haram’ halaman 293)”

PANDANGANULAMAK DAN

IMAM TERSOHOR

PENGARUH MUZIK KEPADA OTAK MANUSIA Menurut para pakar bunyi, bahawa alunan suara yang membentuk rentak dan irama merupakan rangkaian halus yang diperlukan didalam gerak hidup manusia dan haiwan.

Binatang ternak (bahimah) dan haiwan liar - sama ada yang melata dibelantara dan yang terampai di samudera juga menggunakan getaran nada-nada seni dalam hubungan berkumpulan mereka bagi menzahirkan kasih sayang dan berkomunikasi.

Justeru kehidupan manusia dan haiwan dijalin dengan nada-nada seni yang tersendiri mengikut tabiat semula jadi. Bezanya irama komunikasi haiwan malar turun temurun generasi; sedang irama

Muzik ialah makanan rohani sebagaimana tumbuhan dan bijirin diperlukan oleh tubuh badan dan menjadi tenaga fisikal untuk gerak kerja; namun di dalam mengisi keperluan rohani, empunya tubuh harus bijak memilik ‘makanan roh’ yang sesuai dengan tuntutannya.

komunikasi manusia berubah mengikut peredaran masa; dimana nada-nada seni yang ada dikembangkan menjadi nada musik. Ia menepati dengan pendapat Ibn Khaldun yang menyebutkan: al Insan madaniyyun dittob’ie – kemajuan manusia berkembang (dalam segenap lapangan) mengikut tabi’i. (termasduk perkembangan nada bunyi dan muzik).

Ambil contoh otak manusia, terdiri daripada sel-sel saraf yang menurut pakar biologi beratnya sekira 1.4 kg bagi lelaki dan 0.9 kg bagi seorang wanita. Otak dikatakan mengandungi lebih 10 billion sel yang hidup dan mati yang silih berganti bergantung kepada beberapa faktor dalaman dan luaran.

Pendapat Dr. Yusuf itu telah kritik oleh Syeikh ‘Umar Sulaiman Al-Asyqar (Pengarang kitab Nushil al-‘Uqala’ bima Ja’a fi Tahrim Alat al-Lahwa wal Ghina’) dengan sanggahan yang amat keras:

“Al-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, dengan keluasan ilmu, penyelidikan dan dakwahnya, namun beliau telah tersilap daripada kebenaran dalam perkara ini. Kata-katanya (pendapatnya) itu adalah taqlid jua, terikut-ikut dengan pendapat orang-orang sebelumnya, seperti Al-Imam Ibnu Hazm dan lain-lain. Ia sudah dibantah dengan k e t e r a n g a n - k e t e r a n g a n berdasarkan hadis-hadis Nabi yang wa’rid oleh ulamak-ulamak.” Namun Dr. Yusuf dalam menerangkan kembali akan hukum-hukum muzik dan nyanyian telah memberikan lima suasana sebagai yang diterangkan di dalam karyanya yang bertajuk, Malamih al-Mujtama’ al-Islami yang antara lain beliau menyebutkan:

Pertama: Bukan semua lagu harus. Kandungannya hendaklah mempunyai kesopanan Islam dan tidak dinyanyikan seumpama ungkapan Abu Nawas: “Biarkan aku mencala, sesungguhnya celaanku adalah rayuan dan ubatilah sebarang penyakitmu.”

Nyanyian yang menyanjung pemerintah yang zalim, taghut dan fasiq adalah bertentangan dengan ajaran Islam, apa lagi orang yang berdiam diri melihatnya.

Kedua: Bergantung kepada cara persembahan. Ada lagu yang tidak menjadi masalah, tetapi penampilan penyanyinya boleh menyebabkan hukumnya menjadi makruh, syubhat, malah menjadi haram; terutama jika disampaikan dengan gaya yang menghairahkan yang boleh merangsang gejala maksiat.

Ketiga: Tidak disertai dengan arak, mendedahkan aurat, pergaulan bebas lelaki dan wanita. (Dr. Yusuf menambah: kini seseorang boleh mendengar nyanyian dari jarak jauh tanpa adanya unsur-unsur tersebut, yang menjadi keringanan dan kelonggaran dalam masalah ini)

Keempat: Seperti perkara-perkara lain; nyanyian juga tidak boleh berlebihan, terutama lagu-lagu yang bertema percintaan dan kerinduan terhadap lelaki dan wanita, kerana ia boleh mengabaikan kewarasan akal.

Kelima: Menggunakan kewarasan akal. Setiap pendengar/peminat mestilah menggunakan kebijaksanaannya dalam menilai lagu-lagu yang boleh menaik dan merangsang nafsu, dan yang

10

1 – Lagu-lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat-tempat suci seperti Mekah dan Madinah;

2 – Lagu-lagu yang membangkitkan semangat untuk berjuang mempertahankan akidah dan negara;

3 – Lagu-lagu yang memperihalkan pertarungan dan sikap kelelakian yang pantang mengalah di saat-saat genting;

4 – Lagu-lagu mengenang peristiwa lampau yang menimbulkan kesedihan yang positif. Mengingatkan diri terhadap hakikat hidup yang sebenar;

5 – Lagu-lagu yang menyifatkan keadaan ketika rehlah dan sukacita untuk menghargai suasana tersebut dan menikmati kenangannya selama yang mungkin;

6 – Lagu-lagu bercorak ghazal yang sopan, memprihalkan kisah cinta dan membayangkan harapan untuk bertemu dan bertautan lebih erat di masa yang akan datang;

7 – Lagu-lagu yang memprihalkan keagungan sifat-sifat tuhan, memuji serta mentahmidkan kebesaran-Nya - (Seni Dalam Islam oleh Abdul Ghani Samsudin, Ishak Sulaiman & Engku Ibrahim) - dari Ihya’ Ulumuddin

PENGARUH MUZIK KEPADA OTAK MANUSIA Faktor dalaman - mati disebabkan punca makanan dan tahap kesihatan; sementara faktor luaran disebabkan kesan bunyi atau hentakan yang kuat akibat kemalangan dan sebagainya. Otak manusia juga dikatakan mengandungi unsur-unsur ‘replitian’ yang boleh menganalisa dan menilai sesuatu perkara melalui rentak, irama dan gendang. Lojiknya, jika ia boleh menerima dengan baik, maka ia juga boleh menolak dengan keras yang boleh menyebabkan sel-selnya cedera dan mati.

Suatu kajian yang dibuat oleh sekumpulan pengkaji ‘psychocybernetics’ dari serbuah syarikat perunding Turbo Development mendapati bahawa mereka yang berkerja di disko dan sering terdedah -

dengan musik keras dan bingit selalunya tidak dapat mengawal otaknya apabila menghadapi suasana yang kritikal, walau pun dalam keadaan biasa dimana dia tidak mabuk.

(Hanya segelintir sahaja yang mendapat faufik (hidayah Nur) sebagaimana yang terjadi kepada sebahagian penghibur bertaraf dunia seperti Yusuf Islam, Amir Junnaid, Muhammed Jaco, Mutah Wassin dan lain-lain; dimana Allah campakkan nur ke dalam hati mereka buat menyedarkan peminatnya di seluruh alam).

Pakar-pakar pengembangan minda menyarankan beberapa cara yang -

boleh dipraktikkan bagi menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru (selain makanan). Antaranya seperti mendengar bunyi-bunyian yang merdu, yang harmoni, yang kudus dan alunan irama suci; mendengar heningan air yang mengalir di kali, mendengar desiran bayu yang nyaman, kicauan burung-burung di dahan (bukan di dalam kurungan) dan mendengar alunan lagu-lagu sentimental lembut yang mengasyikkan atau mendengar rintik-rintik hujan didaunan dan lain-lain bunyi yang menenangkan.

Bersambungan ke halaman 18.

mendorong kearah kejahatan, yang melalai dan melekakan dari mengerjakan ibadah. Adalah menjadi kewajiban ke atas dirinya untuk menghendarinya dan menutup pintu fitnah.

Pendapat Imam Al-Ghazali

Imam al Ghazali menyebut bahawa ‘ghairat ketuhanan’ bisa diperoleh melalui mendengar muzik, namun apa yang dimaksudkan tentunya irama kerohanian yang murni dan bukannya musik bingit yang menggila; apa lagi yang mengulit perasaan dan yang mendorong kepada membangkitkan nafsu berahi dan yang sekalikgus melalaikan manusia dari mengingati-Nya.

Menurut Imam Al-Ghazali lagi, sebahagian instrumen muzik mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih seperti kemerduan burung. Seni musik yang dilarang dalam Islam ialah sekiranya berada di dalam keadaan bersekongkol dengan kumpulan peminum arak, perzinahan dan lain-lain perbuatan dosa.

Ghairat Ketuhanan

Orang terlajak tafsir dalam memahami kenyataan Imam Ghazali yang mengatakan ‘ghairat ketuhanan’ boleh diperoleh melalui mendengar muzik…! Lebih selesa lagi apabila dipadankan dengan pendapat ahli-ahli fikir seperti Ibnu Khaldun dan juga Ibnu Sina yang mengatakan bahawa dakwah juga boleh disalurkan melalui berbagai bidang seni (termasuk musik).

Walau pun kenyataan - kenyataan itu membawa maksud ‘kelonggran’ namun dalam pelaksanaannya memerlukan tertib yang keras tapisannya serta dengan penerapan yang halus agar mudaratnya dapat disaring; semantara manfaatnya diperoleh dalam jangka panjang serta berkekalan. Apa yang dimaksudnya dengan ‘ghairat ketuhanan’ ialah musik sufi atau muzik puji-pujian yang meruntun manusia kearah mengingatkan kebesaran Allah s.w.t. bukannya muzik yang melekakan manusia dari mengingati-Nya. Imam A-Ghazali mengklasifikasikan lagu - lagu kepada tujuh jenis:

“Pendapat Dr. Yusuf adalah taqlid jua beliau terikut ikut dengan pendapat Imam Ibnu Hazan

yang sudah dibantah dengan keterangan

keterangan yang berdasarkan Hadis yang wa’rid

oleh ulamak - ulamak

- Syeikh ‘Umar

Sulaiman Al - Asyqar”

11

Antara nama besar dalam dunia muzik yang sudah mendapat hidayah ialah Chauncey Lamont Haawkins atau lebih dikenali sebagai Loon. Beliau sebelum ini dikenali sebagai remaja berimej jahat melalui penampilannya yang ganas ketika beraksi di atas pentas maupun foto-fotonya yang tertera pada kulit-kulit albumnya.

Dia bernasib baik kerana mendapat taufik. Sebaik memeluk Islam Loon meninggalkan dunia muzik dan imej jahat yang sinonim dengannya. Menggunakan nama Amir Junaid Muhadith sebagai nama barunya, dan telah menunaikan umrah pada tahun 2010.

Beliau kini menumpukan tugas sepenuh masa sebagai pendakwah dengan menggunakan kisah silamnya yang sesat sebagai pengajaran untuk dikongsi bersama.

Selain Loon, ramai lagi penyanyi Amerika yang terkenal dengan rentak ganas telah memeluk Islam. Antaranya ialah Lupe Fiasco atau nama Islamnya Muhammad Jaco, Q-Tip atau Kamaal John Fareed.

Turut mendapat hidayah ialah Busta Rhymes, anggota kumpulan Wu Tang Clan, Ghosta Killah, Ice Cube, Rhymefes, Beanie Sigel dan Freeway yang nama-nama Islam mereka tidak dinyatakan. Setengahnya ada yang terus dengan nama asal bagi -

Yusuf Islam umpamanya, yang pernah berada dikemuncak dunia hiburan dalam tahun-tahun 70an pernah mencari kebenaran melalui beberapa fahaman seperti Zen Budisme dan beberapa kepercayaan lain namun akhirnya terpikat dengan Islam ketika telinganya mencerap seruan azan sewaktu melawat Maghribi. Ketika itu beliau merasakan laongan azan seperti muzik dari Tuhan yang terus meresap ke lubuk hatinya. Hal itu diperkuatkan lagi dengan pemberian senaskhah al Quran terjemahan dari abangnya lantas dia memeluk -

tujuan sosial tetapi menjalani kehidupan hijrah sambil mempelajari Islam. Tidak ketinggalan juga seorang rapper kulit putih yang telah menganut Islam pada tahun 1990, iaitu Everlast.

Di antara mereka ada yang masih mengekalkan karier menyanyi dan berlakon tetapi pada masa yang -

sama berubah menjadi lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. Mereka juga mencipta lagu-lagu baru dengan memasukkan lirik-lirik yang memuji kebesaran Tuhan dan ada yang memprotes keras tindakan Israel terhadap Palestin melalui lirik-lirik lagu mereka.

Namun majoritinya meninggalkan terus dunia nyanyian dan hiburan seperti Napolean dan Yusuf Islam.

PEMUZIK PEMUZIK YANGHIJRAH KEPADA Islam

Frank Ribery bersama rakan seIslam

Yusuf IslamNepolean

Loon (Dulu dan kini)

12

Islam pada 23 Disember 1977. Beliau meninggalkan dunia muzik sebaik memeluk Islam tetapi kemudiannya bergiat semula melalui muzik dakwah mulai tahun 90an. Napolean pula – yang merupakan sahabat baik kepada legenda rap, Tupac Shakur dan Kaddafi adalah pengasas kumpulan muzik The Outlaws yang juga berirama bingit dan ganas. Walau pun kedua ibu bapanya penganut Islam dia dibesarkan oleh neneknya yang beragama Kristian. Kehidupan dunia yang mewah yang memungkin dia boleh memiliki apa saja, namun dirasakan tidak mendapat ketenangan, apa lagi hidup dipersekitaran masyarakat yang rosak dan bejat. Napolean yang nama Islamnya Mutah Wassin Shabazz Beale mendapat hidayah apabila salah seorang kawannya yang beragama Islam mengajaknya ke masjid mendengar syarahan agama. Sejak itu beliau berazam meninggalkan dunia muzik dan bergiat cergas dalam bidang agama dengan penumpuannya di kalangan para remaja.

Seorang lagi penyanyi dan pelakon Amerika yang memeluk Islam ialah vokalis Dante Terrell Smith yang menukar namanya kepada Mos Def. Mendapat hidayah dalam usia 19 tahun dan telah membintangi beberapa buah filem, antaranya The Italian Job, The Hiotchhiker’s Guide tothe Galaxy dan 16 Blocks bersama Bruce Willis. Lagunya berjodol Ben Laden pernah menimbulkan kontroversi kerana mengkritik pentadbiran George W. Bush dengan peristiwa serangan 11 September 2001. Tidak ketinggalan juga pemain gitar terbaik dunia, Richard Thompson yang memeluk Islam pada tahun 1970.

Seperti mana Yusuf Islam, Richard telah memasukkan irama harmoni dan muzik sufi dalam lagu-lagu ciptaannya sebaik dia memeluk Islam. Pernah menulis dan mencipta beberapa lagu kontroversi seperti Dad’s Gonna Kill Me yang mengkritik penghantaran tentera ke Iraq.

Baginya muzik adalah satu bentuk seni yang tinggi nilainya. Beliau percaya bahawa agama Islam telah mengajar manusia bertoleransi terhadap semua bangsa.

Demikianlah - sekadar menyebut beberapa nama besar dalam dunia muzik antarabangsa yang dalam sekelip mata berubah menjadi ‘duta khaliq’ (pendakwah) justeru kerana Allah S.W.T. telah campakkan ‘hidayatunnur’ ke dalam hati-hati mereka. Insan-insan yang dulunya ‘membenci agama’ yang hidup dalam watak-watak brutal dan ganas telah berubah dengan imej Islam sejati yang senentiasa mengekalkan jubah dan janggut serta menutup ubun-ubun walau terpaksa beraksi semula di atas pentas! Nota: gambar-gambar dengan ihsan Mingguan Malaysia. - SS

Seorang ahli politik Amerika ditahun 70an, Jerry Rubin mengulas mengenai musik bingit menyebutkan: “Rock n Roll adalah pertanda satu revolusi…suatu kerakusan haiwan yang kuat merangsang ke dalam diri; iramanya mendorong membangkitkan emosi yang terpendam…Kita telah meleburkan semangat muda, muzik, seks, dadah, memberontak dan pengkhianat – itulah gabungan yang sukar dikalahkan.”

Kenyataan berkenaan dimuatkan di dalam bukunya yang berjodol ‘Do It’ dimana beliau juga menyebutkan bahawa; “Muzik popular hari ini meningkatkan penyebaran apa yang dikatakan ‘moral baru’ yang menggalakkan kebebasan penuh seks. Tangan yang tersembunyi menganjurkan ‘moral baru’ tetapi ini adalah suatu istilah yang sebenarnya yang bermaksud memberi kebebasan seks menentang kewarasan golongan majoriti yang bertoleransi dan membisu. Kesan kebebasan seks akhirnya mempengaruhi struktur asas keluarga dan nilai-nilai.” Seterusnya Jerry Rubin menulis:

“Banyak tamadun masa silam yang binasa kerana keruntuhan struktur keluarga. Sebab itulah Pengerusi Komunis China Mao Tse Tung tidak mahu musik rock dipopularkan di China tetapi dia mahu supaya ia diperluas di negara-negara yang dimusuhi. Menurutnya lagi: “Bunyi-bunyian dari seribu musik yang anih merupakan lembaran berita bagi revolusi muda-mudi. Ia adalah suara yang menggerakkan perubahan.” (Sulaiman Noordin dalam “Muzik Rock Dan Nilai Moralnya” – Pusat Pengajian Umum UKM, 1993)

Muzik bingit seperti rentak pop, rock dan rap tidak dapat merehatkan otak. Jeritan suara penyanyi dan kombinasi peralatan muzik yang tidak harmoni boleh mematikan sel-sel otak orang yang mendengar dan yang memainkannya.

Pendengar dan pemain hanya akan terhibur melalui perasaan, emosi dan khayalan yang menjadikan rentak-tentak itu suatu pelarian dari tekanan hidup. Sebab itu mereka yang meminati rentak-rentak keras dan bingit

sukar untuk beralih kepada hal-hal yang positif, harmoni, murni, suci dan kudus kerana mereka telah kehilangan banyak sel kebijaksanaan.

Kajian kes:

Satu kajian dibuat ke atas dua benih kekacang yang sudah mulai tumbuh diletakkan di dalam dua bilik yang berasingan dan keduanya dibekalkan dengan udara dan cahaya yang secukupnya. Sebuah bilik dipasang dengan lagu bingit tanpa henti; dan sebuah bilik lagi dimainkan lagu-lagu sentimental lembut sepanjang masa. Selang dua minggu didapati benih yang dipasang dengan lagu bingit telah mati sementara yang dipasang dengan lagu-lagu sentimental lembut hidup subur dan menjalar kearah punca bunyi.

Richard Thompson

MUSNAHNYA GENERASIDENGAN SEKS,

DADAH DAN PEMBERONTAKAN

13

Sambungan dari muka 12

Usaha menghasilkan lagu-lagu bercorak ketuhanan dan keislaman di Malaysia telah dimulakan oleh P. Ramlee melalui lagu-lagu Rukun Islam, Alhamdullillah, Suara Takbir dan beberapa buah lagu lagi. Hanya sekitar 80an barulah muncul lagu-lagu yang bercorak ketuhanan daripada M. Nasir, Zubir Ali, Kopratasa dan Ramli Sarip. `

Bagaimana pun irama yang mereka hidangkan bukanlah konsep nasyid. Sebahagiannya mempunyai lirik yang berat dan perlu kepada penelitian untuk mencari makna yang tersembunyi. Sebelumnya telah muncul El-Suraya dari Indonesia dengan membawa Selimut Putih dan Lambaian Kaabah sekitar tahun 70an memenuhi kekosongan; yang kemudian menyusul lagu-lagu dari kumpulan Al-Mizan dan Al Jawahir memenuhi rancangan lagu-lagu nasyid di radio.

Setelah hampir dua dekad lagu-lagu yang bercorak keislaman dari negara jiran berkumandang di corong radio (80an – 90an), tiba-tiba menyerlah sebuah kumpulan nasyid tempatan yang dianggotai oleh kira-kira 20 orang anak muda dengan menamakan diri mereka sebagai Nada Murni yang kebanyakan anggotanya terdiri dari jamaah Arqam, Sungai Pencala. Mereka sering membuat persembahan dihalayak serta mendapat liputan media yang menggalakkan. Mereka juga mendapat tempat yang istimewa di Hotel Singgahsana, PJ (yang dulunya dikenali dengan Hotel Dayang) terutamanya pada bulan Ramadan. Melihat populariti Nada Murni, timbullah keinginan beberapa orang rakannya yang juga anggota jamaah Arqam (ketika itu) untuk jadi sepertinya. Mereka ialah Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris, Amran Ibrahim, Nazrey Johani dan Azhari Ahmad yang antaranya (kalau tidak silap penulis) merupakan anggota simpanan Nada Murni. Mereka menubuhkan kumpulan sendiri dan menamakan grup mereka The Zikr, namun para pemimpin tertinggi Arqam ketika itu lebih cenderung memberi perhatian kepada Nada Murni yang mulai menempa nama dipersada lagu-lagu nasyid.

The Zikr berlatih ‘ala kadar’ dengan persiapan dan peralatan yang amat sederhana. Mereka berlatih diruang pejabat ESKOM, sebuah syarikat penerbitan di Taman Tun Dr. Ismail, dimana Azhari dan Abu Bakar merupakan pelukis dan designer di syarikat berkenaan; sementara anggota yang lain juga bertugas di tempat yang sama. Tempoh latihannya juga terhad; yang biasanya dilakukan diwaktu dinihari kerana disebelah siang terlalu banyak tugas yang urgent!.

Dengan komposisi bunyi dan peralatan yang amat sederhana mereka kemudiannya telah diberi peluang merakamkan album sulungnya di studio amatur di Sungai Pencala pada tahun 1990. Edarannya juga terhad, malahan lebih banyak komplimentari dari jualan.

Apa yang menarik dalam proses penciptaan untuk lagu-lagu album The Zikr – mereka sering melakukan ‘solat malam’ sebelum berlatih. (Pengalaman penulis yang pernah berurusan mengenai penerbitan dengan mereka; dan seterusnya ingin menyaksikan mereka berlagu ada kalanya menunggu hingga jam 1.00 pagi kerana mereka mengerjakan ‘solat malam’ sebelum berlatih).

Apabila Arqam dibubarkan, kumpulan Nada Murni juga turut terjejas dan mereka berpecah dua. Sebahagian membentuk kumpulan Rabbani yang diurus oleh Sohibul Fadzil Sodikin dan sebahagian lagi membentuk kumpulan Hijaz dengan dinaungi oleh Haji Abd. Waharp Yusoff (Telaga Biru).

Sementara The Zikr pula yang sudah mempunyai album/kaset ketika itu segera mendapat sentuhan Farihin Abdul Fattah lalu membawanya ke Warna Music dengan jenama baru Raihan.

Raihan sebenarnya merupakan jaket kepada The Zikr yang lahir dalam tahun 1996 di tengah-tengah kebingitan rock dan irama dangdut yang sedang menggila ketika itu; namun dengan berkat ‘solat malam’ dan ketulusan mereka dalam berkarya telah jatuh ke laut menjadi pulau! -SS

MENYINGKAPKEBERKATAN

THE ZIKR

Diperingkat awal mereka kurang mendapat perhatian dari ‘pimpinan tertinggi’ kerana tumpuan diberikan kepada kumpulan Nada Murni yang sedang menempa nama

di persada hiburan.

14

Dalam usaha mengisi fikrah para ahli Jam’iyah, pihak pentadbiran telah mengadakan siri usrah setiap bulan yang diadakan di Ibu pejabat Jam’iyah Jalan Ipoh selepas solat maghrib. Ahli-ahli digalakkan datang lebih awal untuk solat maghrib berjamaah. Usrah dimulai dengan membaca ‘Zikir Maathurat’ dan membaca beberapa surah dari al Quran.

Selain itu – jika ada isu-isu semasa yang menyangkut maslahat umat juga akan dibincangkan dan diberi penerangan oleh mereka yang ahli bagi menyelaraskan kefahaman para ahli dan sekaligus menjadi pendirian Jam’iyah.

Berikut ialah intipati dan pengajaran dari usrah yang diadakan pada 20 Nov, 2013. Seperti biasa, usrah dimulai dengan membaca ‘Zikir Maathurat’ dan diikuti membaca surah ad Dhuha.

1. Wahyu adalah dari Allah, dan diturunkan dengan kehendakNya mengikut keadaan, bukan dengan kehendak Nabi atau Rasul. Lantaran itu ada ketikanya jarak turunnya wahyu agak lama hingga orang kafir menuduh bahawa Allah sudah meninggalkan RasulNya (Nabi Muhammad S.A.W.), lalu ada ayat/wahyu yang turun menafikan tuduhan itu.

2. Sejarah awal perjuangan Rasulullah S.A.W. penuh dengan ujian, kesulitan dan kepayahan. Tetapi kemudiannya diikuti dengan kejayaan dan kesenangan dengan pembukaan Mekah. Turut diterangkan ialah hakikat kehidupan akhirat yang lebih kekal dari kehidupan alam dunia.

3. Allah menunjukkan kasih sayangNya kepada nabi Muhammad S.A.W. apabila menyatakan bahawa keadaan beliau yang menjadi yatim sejak dilahirkan, dan dalam keadaan kemiskinan harta Allah telah memberi pembelaan, anugerah kepimpinan dan hidayat kepada baginda serta menjadi rahmat untuk umat sekelian alam.

4. Allah mengajar adab berinteraksi dengan anak-anak yatim, golongan fakir miskin yang meminta-minta supaya menyantuni dan membantu mereka dengan beradab sopan.

5. Segala nikmat anugerah Ilahi hendaklah di manfaatkan dan dikembangkan. Nikmat paling besar adalah Islam, iman, hidayat dan al Quran serta kenabian yang membawa rahmat kepada sekelian alam. Lantaran itu nikmat ini hendaklah dikembang dan disebarkan.

‘Kalimah Allah’

Dalam majlis usrah kali ini juga ditimbulkan isu mengenai ‘Penggunaan Kalimah Allah’ sebagai info tambahan dalam majlis ilmu berkenaan.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh seorang sahabat perundangan Jam’iyah mengenai intisari penghakiman oleh para hakim yang membuat keputusan berkaitan rayuan larangan penggunaan kalimat Allah dalam terbitan the herald, versi bahasa Melayu.

Larangan penggunaan ini adalah bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan penganut Islam, mengelakkan keadaan tidak puas hati, penentangan dan yang boleh menimbulkan keadaan tidak aman dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Ini selaras dengan peruntukan perlembagaan Persekutuan perkara 3, yang menetapkan bahawa ‘Islam adalah agama persekutuan sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan’.

Maka larangan itu (penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama lain) adalah sah dari segi pentadbiran bagi mengelakkan terhakisnya unsur aman dan damai dalam masyarakat.

Larangan itu juga selaras dengan perkara 4.11 perlembagaan yang melarang penyebaran agama lain kepada penganut Islam apabila terbitan itu dalam bahasa melayu. Penggunan kalimat Allah bukan menjadi asas dalam agama Kristian sementara kalimat itu adalah menjadi asas akidah, anutan, keimanan dan pegangan orang Islam.

CATATAN DARI USRAH QIYADI 4:

Oleh YDP, Haji Isemaail Basri

Salah sebuah gereja yang terdapat di Sarawak.

15

1. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar baginda ;2. Dada baginda dibelah oleh malaikat ;3. Peristiwa Israk dan Mikraj yang tidak berlaku kepada para nabi sebelumnya ;4. Jawapan mengenai Baitul Maqdis (ketika ditanya selepas Israk dan Mikraj) ;5. Bulan terbelah dua ;6. ‘Tidak kelihatan’ ketika baginda keluar untuk berpindah ke Madinah, sedang kaum Musyrikin Quraisy mengepung rumah baginda untuk membunuhnya. 7. Dalam Perang Badar, baginda telah mengambil segenggam pasir lalu dilimparkan ke arah pasukan musuh. Setiap musuh yang kena butiran pasir jatuh dan mati ;8. Dalam Perang Hunain, Allah s.w.t. telah menghancurkan tentera kafir setelah Nabi melemparkan pasir ke muka mereka ;9. Peristiwa Suraqah bin Malik yang mengejar nabi ketika hijrah, di mana kudanya terperosok ke dalam pasir beberapa kali dan dia sendiri jatuh dan tidak dapat mengejarnya ;10. Anak kambing betina yang belum ‘disentuk’ kambing jantang mengeluarkan susu yang banyak setelah puting susunya diusap oleh baginda ;11. Kambing Ummu Ma’bad yang tidak ada air susu, tiba-tiba mengeluarkan susu yang banyak setelah puting susunya diusap oleh baginda ;12. Doa baginda supaya Islam lebih kuat dengan Islamnya Umar Bin al-Khatab dimakbulkan ;13. Doa baginda supaya Ali bin Abi Thalib tidak dimudaratkan oleh panas dan sejuk dimakbulkan Allah. (Ketika panas, beliau menggunakan pakaian musim sejuk dan ketika musim sejuk, beliau menggunakan pakaian musim panas. Kedua-duanya tidak memudaratkannya). ;

14. Doa Rasulullah S.A.W. supaya Ali disembuhkan daripada sakit mata dimakbulkan dan selepas itu Ali tidak terkena sakit mata untuk selama hayatnya ;15. Baginda mengembalikan biji mata Qatadah bin Nu’man yang tersembul keluar, dan selepas itu matanya menjadi lebih terang dari sebelumnya ;16. Doa baginda supaya Abdullah bin al-Abbas dikurniakan kecerdasan untuk mentakwil dan memahami ilmu-ilmu agama dimakbulkan Allah s.w.t. (Abdullah bin al-Abbas selepas itu mendapat gelaran al-Hibr (lautan ilmu) dan Terjemahan al-Quran (yang manafsirkan al-Quran) kerana kedalaman ilmunya tentang al-Quran ;17. Doa baginda untuk kemenangan unta kepunyaan Jabir yang kalah pada awal perlumbaan dimakbulkan Allah s.w.t. ;18. Doa baginda supaya Anas dikurniakan umur panjang, harta yang banyak dan anak yang ramai dimakbulkan Allah s.w.t. ;19. Doa baginda untuk pokok kurma kepunyaan Jabir dimakbulkan Allah. (Kabun kurma Jabir pada mulanya tidak menjadi ; namun setelah didoakan pokok-pokok di kebunnya telah berbuah dengan lebat sehingga dia dapat melunaskan semua hutangnya ; 20. Baginda memohon supaya Allah menurunkan hujan. Selepas berdoa, hujan pun turun selama seminggu ; dan selepas itu baginda memohon supaya hujan berhenti, lalu awan berarak ketampat lain dan cuaca kembali cerah ;21. Doa baginda supaya ‘Utaibah bin Abu Lahab, orang yang memusuhi Allah s.w.t. dan Rasul-Nya mati dimakbulkan Allah. Dia akhirnya mati diterkam singa di az-Zarqa’, Syam ;22. Pada malam baginda dibangkitkan jadi Rasul, batu dan pokok mengucapkan salam dengan : «Assalamu’alaika ya Rasulallah. » Baginda -Tapak bangunan yang dikatakan

bilik Baginda Rasulullah

Baju yang dikatakan milik baginda Rasulullah.

ANTARA MUKJIZAT RASULULLAH S.A.W

16

mengatakan : « Aku tahu ada batu di Makah yang mengucapkan salam kepadaku beberapa ketika sebelum aku diangkat menjadi nabi dan rasul. »;23. Sebatang pokok kurma menangis kerana rindu kepada Baginda ;24. Batu yang digenggam baginda mengucapkan tasbih 25. Makanan yang diberikan oleh seorang perempuan Yahudi ‘memberitahu’ yang ia telah dibubuh racun oleh perempuan tersebut ; 26. Seekor unta telah mengandu kepada baginda kerana diberi sedikit makanan, tetapi disuruh bekerja berat ;27. Baginda memberi tahu sahabat, tiada seorang pun wakil Musyrikin yang menang dalam Perang Badar. Ia benar-benar terjadi ;28. Baginda pernah memberitahu sahabat, akan ada sekumpulan umatnya yang meredah lautan di mana terdapat seorang perempuan bernama Ummu Haram binti Milhan turut serta bersama mereka. Ia benar-benar berlaku ;29. Baginda pernah berkata kepada Usman : « Kamu akan diuji dengan musibah yang besar. » Ia benar berlaku dan Usman mati dibunuh30. Baginda pernah berkata kepada kaum Ansar : « Setelah aku wafat, kamu akan mengutamakan kaum kamu sendiri. » Ia benar-benar terbukti ;31. Baginda pernah berkata mengenai cucunya, Hasan Bin Ali : « Anakku ini (Hasan) seorang sayyid. Allah s.w.t akan mendamaikan dua kumpulan besar orang Islam melaluinya. » Ini terbukti di mana para pengikut Ali bin Abi Thalib dan pengikut Mu’awiyah bin ‘Abi Sufyan telah berdamai walaupun sebelumnya hampir - hampir berperang ;32. Baginda pernah memberitahu al-‘Unsi al-Kazzab akan terbunuh dan orang yang membunuhnya turut

terbunuh sedangkan pada malam terjadinya pembunuhan itu, al-‘Unsi berada di Sana’a, Yaman dan baginda berada di Madinah ;33. Baginda pernah berkata kepada Tsabit bin Qais : «Kamu akan hidup mulia dan akan mati syahid.» Beliau akhirnya mati syahid dalam Perang Yamamah.34. Seorang lelaki telah murtad dan bergabung semula dengan Musyrikin. Ketika Rasulullah S.A.W. mendengar berita kematiannya, Baginda berkata : «Bumi tidak sudi menerimanya.» Ia terbukti apabil mayatnya dibuang ke laut.35. Rasulullah pernah menyuruh seorang lelaki dengan katanya : «Makanlah dengan tangan kananmu.» Lelaki itu menjawab : « Aku tidak boleh (sedangkan dia boleh).» Baginda berkata : « Kamu memang tidak akan boleh. » Sejak peristiwa itu lelaki berkenaan tidak boleh sama sekali mengangkat tangannya ke mulut.36. Pada hari jatuhnya Mekah ke tangan tentera Islam, banyak berhala bertenggek di sekitar Kaabah. Rasulullah menunjukkan dengan qadhib (tongkat pendek) baginda ke arah berhala-berhala itu sambil berkata : « Kebenaran terlah muncul dan kebatilan pasti lenyap. » pada ketika itu juga berhala-berhala itu rebah ke tanah ;37. Dalam Perang Khandak, Rasulullah s.a.w. memberi makan pasukan Muslimin dengan secupak gandum. Semua mereka makan hingga kenyang dan makanan itu masih banyak berbaki selepas itu ;38. Rasulullah pernah memberi makan dengan sedikit kurma. Baginda menyuruh para sahabat mengumpul

Awan yang membentuk nama baginda.

Bekas tapak kaki yang mulia Baginda Rasulullah.

ANTARA MUKJIZAT RASULULLAH S.A.W

17

baki kurma yang jatuh di atas hamparan, kemudian baginda berdoa ; baki kurma yang terkumpul itu menjadi banyak sehingga cukup untuk dimakan oleh semua tentera ;39 – Abu Hurairah datang kepada rasulullah S.A.W. membawa sedikit kurma dan berkata : « Wahai Rasulullah, doakan ia supaya diberi keberkatan. » Baginda pun berdoa : Abu Hurairah menceritakan : Aku mengeluarkan sejumlah sukatan kurma itu untuk perjuangan di jalan Allah. Kami sendiri makan kurma itu dan ia baru habis pada masa khalifah Usman bin Affan. » ;40 – Abu Hurairah menyebutkan, pernah pada suatu hari beliau meminta Rasulullah S.A.W. berdoa supaya tharid yang ada di dalam piring besar cukup dimakan oleh beberapa orang sahabat. Setelah berdoa, Baginda memgambil sejemput tharid yang ada di tepi piring dengan jari-jarinya yang mulia, kemudian baginda berkata : « Silakan makan, Bismillah. » Abu Hurairah berkata : « Demi Allah yang nyawaku berada di dalam kekuasaan-Nya, baru sedikit sahaja makan, aku sudah kenyang. » ;41 – Air memancut keluar dari jari-jari Rasulullah S.A.W. yang mulia sehingga semua rombongan Bagida seramai 1,400 orang dapat minum sepuas-puasnya dan berwuduk dengannya ;42 –Ketika musim kemarau di dalam suatu perjalanan yang disertai rombongan sahabat, Rasulullah menyuruh seorang sahabat mencari semangkuk air. Baginda kemudiannya memasukkan jari-jarinya yang mulia ke dalam air itu dan berkata : « Silalah kamu datang ke sini. » Semuanya datang kepada baginda dan berwuduk . Air di dalam mangkuk itu tidak habis sedangkan mereka ketika itu seramai 70 sehingga 80 orang. ;43 – Dalam Perang Tabuk, tiada seorang pun tentera Islam yang menemui air untuk diminum. Oleh kerana tidak sanggup menahan haus, mereka memberitahu perkara itu kepada Rasulullah S.A.W. lalu baginda mengambil anak panah dari Kinanah dan kemudian memacaknya ke bumi. Seketika itu juga air memancut dengan derasnya sehingga semua tenterta yang -

seramai 30,000 orang dapat minum sepuas-puasnya ;44 – Rasulullah pernah singgah di suatu tempat. Penduduknya mengadu tentang air yang kotor dan tidak boleh diminum. Baginda bersama beberapa orang sahabat pergi ke sebuah perigi lalu baginda meludah ke dalam perigi itu. Seketika itu juga airnya membuak-buak, dan semakin bertambah penuh serta sejuk dan jernih ;45 – Seorang perempuan berjumpa Rasulullah S.A.W. membawa seorang budak kecil yang botak kepalanya kerana sejenis penyakit. Baginda telah mengusap-usap kepala budak itu dan seketika itu juga rambtnya tumbuh dan penyakitnya juga sembuh. Ketika penduduk Yamamah mendengar kejadian itu, seorang perempuan datang kepada Musailamah al-Kazzab membawa budak kecil yang botak. Musailamah mengusap-usap kepalanya berulang-ulang kali, tetapi kepala anak itu tetap botak ;46 – Dalam Perang Badar, pedang Ukasyah patah. Rasullullah S.A.W. memberinya sebatang kayu sebagai pengganti. Kayu yang berada di tangan Ukasyah berubah menjadi pedang. Selepas habis perang, kayu itu masih dipegang oleh Ukasyah.47 – Dalam Perang Khandak (Perang Ahzab) tentera Islam telah menggali parit untuk dijadikan pertahanan. Terdapat seketul batu besar yang susah untuk memecahkan. Para sahabat telah berusaha memecahkannya dengan pemukul yang besar tetapi tidak berjaya ; akhir baginda sendiri telah memukul dengan tangannya yang mulia dan batu besar itu pun pecah berkecai. ;48 – Rasulullah S.A.W. telah mengusap kaki yang patah dan ia sembuh seketika itu juga sehingga orang yang sakit itu seolah-olah tidak pernah merasa sakit sebelumnya. - Dipetik dari BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH (Galeri Ilmu)

Tapak rumah kelahiran Rasulullah S.A.W, yang kini dijadikan perpustakaan.

18

Turut dicadang-kan oleh pakar berke-naan ialah mendengar bacaan al-Quran, mendengar suara azan, mendengar lagu-lagu jazz, ghazal dan irama keroncong. (Mengenai irama

keroncong dan ghazal perunding yang terlibat di dalam program pengembangan minda (dimana penulis turut serta) memberitahu bahawa kom-binasi iramanya amat harmoni di mana setiap bunyi perlatan muziknya dapat didengar dalam satu masa berbanding dengan irama yang bingit) - SS

PENGARUH MUZIK KEPADA

OTAK MANUSIA

Sambungan dari halaman 11

Oleh Dr. Haji Jahid Haji SidekMantan Prof Madya, Universiti Malaya(Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah)

(Bahagian Pertama)

Pendahuluan

Di akhir-akhir ini pusat-pusat Rawatan Spiritual Islam (RSI) tumbuh macam cendawan selepas hujan. Berbagai cerita sensasi mengenai RSI memenuhi dada akhbar dan majalah. Slot-slot mengenai RSI juga mengisi ruang kaca TV.

RSI terus memainkan peranan penting di samping perubatan allopathy. Dalam keghairahan masyuarakat memberi sambutan terhadap RSI, majoriti mereka tidak sedar telah terlibat dengan amalan yang sangat bercanggah dengan lunas-lunas Islam, akidah dan syariat hingga menjerumuskan mereka ke lembah perkara-perkara yang sangat diharamkan dan syirik.

Antara unsur-unsur yang terpenting ialah penggunaan jin, syaitan, berbagai jenis sihir termasuklah pukau, hipnosis, kaedah-kaedah perbomohan seperti pengeras, pantang larang yang pelik, mengalin, merambas, puja hajat, membuang ancak, simah-menyimah, penggunaan tenaga dalaman, tenaga aura, reiki, berbagai macam tilikan, air jampi, tangkal azimat, benda-benda yang najis lagi diharamkan dan sebagainya.

Kaedah Perbomohan

Sesetengah perawat yang bergelar ustaz atau ustazah sememangnya mempelajari kaedah rawatannya daripada bomoh atau pawang yang terkenal, khasnya dalam famili masing-masing seperti ibu bapa atau datuk nenek. Berbagai kaedah perbomohan yang dipelajari dan diwarisi itu seolah-olah dilupakan oleh masyarakat kerana ditutupi oleh keterampilan dan ketokohan ustaz dan uztazah tersebut. Masyarakat yakin RSI yang ditawarkan itu adalah benar-benar tulin mengikut lunas-lunas Islam. Bila ada orang yang menyedari latar belakang sejarah rawatan mereka, maka sesetangahnya segera melontarkakn jawapan dengan mengakui bahawa kaedah-kaedah rawatannya memang dipelajari daripada bomoh atau pawang. Kononnya syaitan atau jin pawang itu telah dipisahkan dengan cara bersumpah oleh kedua-dua pihak. Jadi, yang dipelajari hanya kaedah rawatan tanpa jin dan syaitan.

Kita juga boleh memastikan kaedah rawatan RSI yang ditawarkan oleh seseorang adalah salah dan mengandungi unsur perbomohan, apabila ianya dipelajari menerusi cara-cara berikut:

1. Tiba-tiba pandai merawat berbagai penyakit tanpa belajar. 2. Pandai merawat setelah didatangi oleh orang yang tidak dikenali ketika beribadat atau berdoa yang mengaku sebagai wali Allah atau tokoh-tokoh agama yang terkenal seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jilani atau seorang nenek tua atau seorang panglima atau sebagainya. 3. Pandai merawat penyakit kerana diajar seseorang di dalam mimpi. 4. Dapat kaedah rawatan menerusi suara. 5. Pandai merawat setelah mendapat benda-benda ganjil seperti besi kuning, batu permata, keris, badik, buluh tumpat dan sebagainya. 6. Rawatan yang ditawarkan kononnya didasarkan kepada kekuatan tenaga dalaman, tenaga aura, tenaga reiki, jurus, jabat dan lain-lain. 7. Kaedah rawatan dipelajari dari kuil-kuil hindu, gereja, pagoda dan lain-lain.

Penggunaan Jin dan Syaitan

Islam melarang keras penggunaan jin dan syaitan dalam rawatan dan apa jua bidang kehidupan. Penggunaan jin dan syaitan begitu meluas dan popular di kalangan perawat dizaman jahiliah. Mereka dikenali dengan kahin (jika lelaki) dan kahinah (jika perempuan). Tukang-tukang tilik yang dikenali dengan al-munajjim atau al-‘arraf juga menggunakan khidmat syaitan dan jin. Rasulullah pernah dituduh oleh pemimpin-pemimpin Quraisy sebagai seorang kahin yang sentiasa didampingi oleh jin atau syaitan. Allah nafikan tuduhan tersebut dengan firmannya yang bermaksud:

“Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran al-Quran) kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu bukanlah seorang kahin (pawing, bomoh, dukun) dan bukan pula seorang gila (dirasuk jin).” Al-Thur ayat 29. Allah memberi amaran yang sangat keras bagi golongan manusia yang tersebut dengan firmannya yang bermaksad:

“Dan (ingatlah) di hari kiamat yang padanya Allah akan himpunkan mereka semua (manusia, jin dan syaitan), (lalu berfirman): “Wahai sekalian jin dan manusia! Sesungguhnya kamu telah menyesatkan ramai manusia.” Dan berkatalah pula manusia yang menjadi rakan kongsi jin dan syaitan: “Wahai Tuhan kami, ketika kami di dunia, kami tolong menolong, bantu membantu. Sebahagian kami telah mendapat berbagai kesenangan begitu juga jin dan syaitan yang menjadi rakan kongsi kami, mereka mendapat berbagai kesenangan. Dalam keadaan demikian tiba-tiba ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa bertaubat). (Allah berfirman): “Nerakalah tempat kediaman kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah.” (al-An’am ayat 128.)

KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAMRAWATAN SPIRITUAL ISLAM

19

Mengenal Penggunaan Jin dan Syaitan

Masyarakat tidak tahu sama ada rawatan yang diterima melibatkan khidmat syaitan atau jin. Ada beberapa cara yang mudah digunakan untuk mengetahui secara pasti adanya penggunaan makhluk halus itu. Antaranya adalah seperti berikut:

Pertama: Penggunaan berbagai jenis sihir, termasuklah pukau dan hipnosis. Unsur-unsur sihir boleh kita ketahui dengan mudah dengan melihat berlakunya perkara-perkara yang luar biasa seperti kebolehan merawat, mengeluarkan berbagai benda dari tubuh pesakit seperti batu, kaca, jarum, rambut, dawai, boleh mengambil alat-alat sihir seperti patung yang dicucuk dari jarak jauh, pembedahan batin dan sebagainya. Semua perkara yang luar biasa dan mernakjubkan yang dilakukan oleh perawat bukanlah karamah atau ma’unah.

Perbezaan Sihir Dengan Karamah atau Ma’unah

1. Dari sudut kekerapan atau tidaknya kejadian itu sendiri. Jika kerap atau selalu atau sentiasa berlaku hingga menjadi sifat dan kebolehan seseorang maka itu adalah sihir atau istidraj.

2. Sihir boleh diprogramkan. Karamah atau Ma’unah tidak boleh diprogramkan kerana datangnya daripada Allah.

3. Sihir boleh hilang dengan sesuatu sebab. Karamah atau Ma’unah tidak boleh hilang dengan sesuatu sebab. Pantang larang dalam perbomohan ada kaitannya dengan masalah ini.

4. Sihir berlaku satu macam sahaja atau sama sahaja. Misalnya barang yang keluar dari tubuh pesakit serbuk kaca atau dawai atau paku tidak boleh bertukar benda lain.

5. Ada sihir yang hanya boleh berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja, oleh sebab itu khidmat rawatan yang diberikan pada waktu tertentu sahaja.

Kedua: Pengeras yang dianggap oleh masyarakat sebagai suatu amalan adat kebiasaan berubat sahaja tidak ada maksud-maksud tersembunyi dan tidak menyalahi akidah dan syariat. Sebenarnya pengeras adalah haram dilakukan kerana boleh menyebabkan seseorang syirik. Pengeras pada hakikatnya adalah syarat yang ditetapkan oleh syaitan atau jin. Rasulullah bersabda yang maksudnya:

“Rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang (mukmin) masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang (mukmin) yang lain masuk neraka kerena seekor lalat. Para sahabat bertanya: bagaimana boleh begitu ya Rasulullah. Baginda menjawab dengan sabdanya: Dua orang (mukmin) lalu dikawasan yang didiami oleh satu kaum yang menyembah sebuah berhala, sesiapa pun tidak dibenarkan melintasi kawasan mereka itu tanpa membuat sesuatu pemujaan atau menyembahan (terhadap berhala). Mereka berkata kepada salah seorang: Buatlah suatu penyembahan. Orang itu menjawab dengan katanya: Aku tidak mempunyai apa-apa untuk aku persembahkan. Mereka berkata: Buatlah persembahan walaupun dengan seekor lalat.

Lalu dia meletakkan bangkai seekor lalat. Lalu dia dibenarkan untuk melintasi kawasan itu. Orang itu akhirnya masuk ke neraka. Mereka berkata kepada seorang yang lain: Buatlah persembahan. Orang yang kedua berkata: Aku tidak akan membuat persembahan kepada sesiapa selain kepada Allah Azza Wajalla. Mereka pun memenggal lehernya. Maka lelaki kedua itu pun masuk ke dalam syurga.”

Ketiga: Tilikan. Amalan tilik menilik adalah dilarang keras di dalam Islam. Tiada siapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Allah berfirman yang maksudnya:

“Katakanlah (Ya Muhammad) Tiada siapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” (al-Naml ayat 65)

Rasulullah S.A.W. pun tidak tahu yang ghaib. Allah berfirman yang maksudnya:

“Katakan (ya Muhammad): Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku boleh membuat banyak kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa keburukan.” (al-A’raf ayat 188)

Nabi bersabda yang bermaksud:

“Bohonglah tukang-tukang tilik walau pun kata-katanya benar.”

Berbagai cara tilikan telah digunakan oleh perawat. Antaranya ialah:

1. Dengan cara memandang muka pesakit atau mana-mana bahagian tubuh badan, lalu disebutkan: “Awak ini kena sihir.” Atau “Dalam badan awak ini ada 60 ekor jin dan dalam rumah awak pun ada 150 ekor jin.” Atau “Awak ini tak kena apa-apa, sakit biasa sahaja.” 2. Dengan mengira huruf nama pesakit dan ibunya lalu dikatakan: “Awak kena sihir santau.” 3. Dengan cara sembahyang hajat serta berdoa. Selepas itu diberitahu: “Awak kena sihir.” 4. Dengan memejamkan mata dan tafakkur dan kemudian disebutkan: Awak ni kena sihir sudah lama tetapi awak tak sedar.” 5. Dengan cara memotong limau, mencalitkan kapur di dahi, dengan melihat menerusi daun sirih yang dijampi atau daun sirih yang dilekatkan di dahi. 6. Dengan cara melihat garis-garis pada tapak tangan. 7. Dengan menggunakan batang mancis yang ditabur, lalu dipilih satu dua oleh pesakit lalu disebutkan: “Awak kena sihir, yang sihirkan bukan orang lain, adik awak sendiri.” 8. Dengan menggunakan tasbih yang berpusing-pusing. 9. Dengan menggunakan al-Quran.

20

10. Dengan menggunakan jari telunjuk untuk mencari penyakit dan ayat-ayat al-Quran yang sesuai digunakan bagi merawat persakit. 11. Dengan menggunakan bisikan di telinga. 12. Dengan menggunakan asap rokok. 13. Dengan menggunakan cara menurun. 14. Dengan menggunakan keris atau apa-apa senjata. 15. Dengan cara membakar kemenyan. 16. Dengan cara puja hajat. 17. Dengan cara alin telur dan sebagainya.

Keempat: Tangkal azimat. Penggunaannya begitu meluas di dalam RSI. Biasanya tangkal azimat dibuat oleh pawang, bomoh, dukun dan mereka yang seumpamanya. Yang lebih mengelirukan masyarakat, orang alim seperti ustaz dan ustazah, tuan-tuan guru dan kiyai terlibat juga dalam kegiatan membuat tangkal azimat.

Untuk meyakinkan orang ramai mereka mendakwa apa yang mereka buat itu bukan tangkal azimat tetapi ta’widh, wafa’, istighathah, isti’anah dan sebagainya yang dibuat daripada ayat al-Quran semata-mata. Kononnya semua itu sebagai suatu ikhtiar sahaja dan bertujuan untuk mendapat keberkatan dan perlindungan daripada ayat-ayat al-Quran yang ditulis. Kononnya khalifah Umar al-Khatab pernah menulis ayat al-Quran digantung dileher kanak-kanak sebagai ta’widh (pelindung). Sebenarnya beliau bertujuan supaya kanak-kanak yang lemah hafalannya segera dapat menghafal. Lagi pun perbuatan membuat ta’widh tidak layak dihubungkan dengan seorang khalifah seperti beliau.

Berbagai jenis tangkal dengan seribu satu tujuan digunakan dalam RSI. Ada yang bertujuan untuk menjaga dari serangan sihir, jin, syaitan dan berbagai penyakit. Ada yang bertujuan untuk mengekalkan kesihatan, mengelakkan mimpi yang mengerikan, menjaga dari jangkitan penyakit di kalangan anggota keluarga dan sebagainya.

Yang lebih menakjubkkan ialah apa yang mereka istilahkan sebagai pagar rumah yang kononnya boleh menjaga keselamatan rumah dari berbagai bahaya. Berbagai bahan yang digunakan untuk memagar rumah. Ada yang menggunakan paku yang dipaku disekeliling rumah; ada yang menggunakan serbuk emas yang dimasukkan ke dalam buluh kemudian ditanam di empat penjuru rumah; tahi besi, telur itik, telur angsa, cabang buluh, daun-daun yang berduri, kemenyan, kacang hijau yang dimasukkan ke dalam botol kemudian ditanam di empat penjuru rumah; jarum, cebisan kelambu kakabah, Quran kecil, kulit kijang putih dan lain-lain lagi.

Kadang-kadang pagar rumah dibuat oleh beberapa orang bomoh berlapis-lapis. Pagar rumah seperti ini dianggap lebih kebal dan lebih power.Memakai tangkal azimat bukan sahaja haram, bahkan menyekutukan Allah. Nabi bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang memakai tangkal azimat sesungguhnya dia telah menyekutukan Allah.” Pada hakikatnya, tangkal azmiat adalah merupakan simpulan sihir (al-‘Uqad). Allah berfirman yang maksudnya: (Kami juga berlindung dengan Engkau ya, Allah) daripada kejahatan tiupan-tiupan ahli sihir pada simpulan sihir.” (al-Falaq ayat 4)

Oleh yang demikian, sesiapa yang memakai tangkal azimat maka dia telah sihirkan dirinya sendiri. Sesiapa yang membuat pagar-pagar rumah bererti dia telah sihirkan semua anggota keluarganya. Kesan buruknya akan dirasakan dalam jangka panjang.

Kelima: Air jampi juga memainkan peranan penting di dalam RSI yang mengelirukan masyarakat. Ia dibuat oleh pawang atau bomoh sebagai ubat yang kononnya dapat menyembuhkan penyakit. Masyarakat juga terkeliru di antara air jampi yang dibuat oleh pawang atau bomoh atau dukun dengan air penawar yang dibuat oleh orang-orang alim sebenar yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa ma’thurat.

‘Kalimah Allah’

Dalam majlis usrah kali ini juga ditimbulkan isu mengenai ‘Penggunaan Kalimah Allah’ sebagai info tambahan dalam majlis ilmu berkenaan.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh seorang sahabat perundangan Jam’iyah mengenai intisari penghakiman oleh para hakim yang membuat keputusan berkaitan rayuan larangan penggunaan kalimat Allah dalam terbitan the herald, versi bahasa Melayu.

Larangan penggunaan ini adalah bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan penganut Islam, mengelakkan keadaan tidak puas hati, penentangan dan yang boleh menimbulkan keadaan tidak aman dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Ini selaras dengan peruntukan perlembagaan Persekutuan perkara 3, yang menetapkan bahawa ‘Islam adalah agama persekutuan sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan’.

Maka larangan itu (penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama lain) adalah sah dari segi pentadbiran bagi mengelakkan terhakisnya unsur aman dan damai dalam masyarakat.

Larangan itu juga selaras dengan perkara 4.11 perlembagaan yang melarang penyebaran agama lain kepada penganut Islam apabila terbitan itu dalam bahasa melayu. Penggunan kalimat Allah bukan menjadi asas dalam agama Kristian sementara kalimat itu adalah menjadi asas akidah, anutan, keimanan dan pegangan orang Islam.

Selain dari yang disebutkan di dalam ‘bahagian tilikan’ di dalam rencana di atas,

bejana tembaga yang berukir dengan ayat-ayat Al-Quran juga sering digunakan

di dalam perubatan tradisi.

21

Air jampi ialah air sihir, malahan ia boleh dikategorikan sebagai salah satu simpulan sihir, kerana ada unsur pertolongan jin dan syaitan dalam usaha membuat air jampi tersebut. Bila pawang atau bomoh atau dukun menjampi sebotol atau segelas air lalu ditiupkan ke air tersebut adalah termasuk di dalam simpulan sihir sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“(Kami juga berlindung dengan Engkau ya Allah) daripada kejahatan tiupan-tiupan ahli sihir pada simpulan sihir.” ( al-Falaq ayat 4)

...apabila air itu ditiup, jin dan syaitan akan

masuk kedalam air itu dan apabila diminum

maka masuklah makhluk halus itu ke dalam perut pesakit...

Air jampi berbeza dengan air jampi ruqyah yang dibuat oleh orang alim lagi soleh yang tidak ada unsur sihir. Air jampi yang diminum oleh pesakit terutama pesakit teruma dalam jangka panjang.

Sebenarnya bila air itu ditiup, bermakna ada jin dan syaitan yang masuk ke dalam air itu. Apabila air itu diminum maka yang masuk ke dalam perut bukan sahaja air tetapi jin dan syaitan.

Keenam: Tangkap jin. Sesetengah pusat RSI menawarkan khidmat menangkap jin dan dimasukkan ke dalam botol. Penulis pernah menemui seorang hamba Allah yang terkenal pandai menangkap jin tetapi telah bertaubat tidak mahu melakukannya lagi, disebabkan tidak pasti tertangkap atau tidak jin-jin itu. Malahan beliau merasa lebih banyak berbohong, tetapi masyarakat yakin beliau adalah penangkap jin yang bijak. Pembohongan yang lebih besar dalam masalah ini ialah seorang perawat yang mendakwa kononnya dia boleh menangkap jin dari jarak jauh pada bila-bila masa. Konsep penangkapan jin seperti ini adalah berasal dari sami-sami Hindu ketika mereka mengubat pesakit yang biasanya dilakukan di kuil-kuil.

Bila jin sudah ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol maka botol itu akan dimasukkan ke dalam sebuah lubang yang telah disediakan di belakang kuil. Bayangkan bagaimana seseorang boleh menangkap jin yang bertubuh seperti angina. Kita cuba menangkap lipas yang lari pun tidak tertangkap.

Ketujuh: Khidmat rawatan dari jarak jauh. Konsepnya, pesakit tidak perlu menemui perawat kerana rawatan akan dibuaut secara ghaib dari jarak jauh. Rawatan akan melibatkan berbagai dakwaan oleh perawat. Antaranya, kononnya ia akan dapat mengetahui apakah jenis penyakit, faktor yang menyebabkan sakit dan rawatan yang sesuai dan berkesan. Masyarakat menganggp perawatan ini sebagai wali Allah yang merawat dengan kekeramatannya. Sebenarnya bukan keramat tetapi istidraj pertolongan syaitan dan jin.

Kelapan: Hipnosis juga kadang-kadang digunakan dalam RSI. Sebenarnya ianya adalah sejenis sihir pukau. Ianya sudah lama diamalkan oleh sami Hindu dan Budha terutamanaya mereka yang menhgamalkan meditasi yoga. Di Barat hipnosis digunakan oleh pakar ilmu jiwa bagi rawatan pesakit jiwa dengan menguasai minda bawah sedar (subconscious mind).

Kita pasti ianya sejenis sihir kerana kebolehan menguasai minda bawah sedar yang boleh dianggap luar biasa telah menjadi kebolehan dan sifat ahli hipnosis itu sendiri. Ini hanya boleh dilakukan ke atas orang yang lemah iman dan yang tidak saleh. Sebaliknya orang yang teguh iman dan sentiasa berada dalam zikrullah, hipnosis tidak mampu menguasai minda bawah sedarnya. (Bersambung pada keluaran akan datang)

Kajian saintifik menunjukkan molekul air yang dibacakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

22

Kajian saintifik menunjukkan molekul air yang terdapat didalam air Zam Zam.

mengatakan : « Aku tahu ada batu di Makah yang mengucapkan salam kepadaku beberapa ketika sebelum aku diangkat menjadi nabi dan rasul. »;23. Sebatang pokok kurma menangis kerana rindu kepada Baginda ;24. Batu yang digenggam baginda mengucapkan tasbih 25. Makanan yang diberikan oleh seorang perempuan Yahudi ‘memberitahu’ yang ia telah dibubuh racun oleh perempuan tersebut ; 26. Seekor unta telah mengandu kepada baginda kerana diberi sedikit makanan, tetapi disuruh bekerja berat ;27. Baginda memberi tahu sahabat, tiada seorang pun wakil Musyrikin yang menang dalam Perang Badar. Ia benar-benar terjadi ;28. Baginda pernah memberitahu sahabat, akan ada sekumpulan umatnya yang meredah lautan di mana terdapat seorang perempuan bernama Ummu Haram binti Milhan turut serta bersama mereka. Ia benar-benar berlaku ;29. Baginda pernah berkata kepada Usman : « Kamu akan diuji dengan musibah yang besar. » Ia benar berlaku dan Usman mati dibunuh30. Baginda pernah berkata kepada kaum Ansar : « Setelah aku wafat, kamu akan mengutamakan kaum kamu sendiri. » Ia benar-benar terbukti ;31. Baginda pernah berkata mengenai cucunya, Hasan Bin Ali : « Anakku ini (Hasan) seorang sayyid. Allah s.w.t akan mendamaikan dua kumpulan besar orang Islam melaluinya. » Ini terbukti di mana para pengikut Ali bin Abi Thalib dan pengikut Mu’awiyah bin ‘Abi Sufyan telah berdamai walaupun sebelumnya hampir - hampir berperang ;32. Baginda pernah memberitahu al-‘Unsi al-Kazzab akan terbunuh dan orang yang membunuhnya turut

AWAS! KASUTBERTULIS

ALLAHDAN SEJADAH

KEPALA BABI!!! Dalam keluaran yang lalu saya telah menulis tentang kecenderungan masyarakat kita yang ketagih ‘dapur nyonya’ sehingga tidak menyempat untuk membuat pemerhatian sebelum membawa keluarga atau sahabat handai mamasuki kedai (yang mempamerkan logo halal) sedang-kan masakan yang dihidangkan belum tentu halalnya.

Kita seharusnya menyim-pan rasa curiga terhadap bahan makanan, pakaian dan segala pera-latan dan keperluan harian yang disediakan oleh orang-orang bukan Islam. Ini kerana mereka tidak mempunyai tanggungjawab syariah sebagaimana yang dibimbangi oleh peniaga - peniaga Islam sendiri.

Peniaga mukmin akan merasa bersalah jika membekalkan makanan dan barang-barang keper-luan harian yang najis kepada mas-yarakat Islam; kerana mereka percaya bahawa perbuatan sede-mikian merupakan suatu perbuatan terkutuk di sisi Allah S.W.T. dan akan dipertanggungjawabkan di mahsyar kelak.

Tetapi bagi peniaga-penia-ga kafir tidak mempunyai tanggung-jawab itu, kerana bagi mereka “peduli apa dengan halal dan haram…” kerana yang penting bagi mereka ialah keuntungan dengan modal yang murah dan mudah.

Malahan, bagi mereka (orang-orang kafir) menganggap perbuatan ‘meracuni’ orang-orang Islam dengan unsur-unsur tidak halal merupakan satu ‘jihad’ dan menjadi kebangaan jika dapat dilakukan sepanjang masa. Hal ini jelas dinyatakan di dalam al Quran bahawa orang-orang kafir adalah “musuh yang nyata bagi kamu…” Sebab itu, untuk melemahkan orang-orang Islam tidak perlu kepada senjata canggih dan racun

...perjuangan melemahkan orang-orang

Islam menjadi bertambah

mudah dengan adanya golongan yang tidak dapat

membezakan antara kari ayam yang disembelih secara syarak dengan yang mati menjadi

bangkai...

yang berbisa; tetapi cukup dengan membekalkan zat haram ke dalam darah dan daging setiap orang Islam.

Justeru perjuangan melemahkan orang-orang Islam menjadi bertambah mudah dengan adanya golongan yang tidak dapat membezakan antara kari ayam yang disembelih secara syarak dengan yang mati menjadi bangkai. Antara kari ikan yang diberi makan perut babi dengan ikan yang ditangkap dari sungai atau yang dipancing sendiri. Antara tauhu yang diperbuat di pinggir kandang babi dengan tauhu keluaran usahawan-usahawan kecil muslim.

Begitu juga - ada golongan masyarakat Islam yang tidak mempedulikan proses pembuatan belacan yang dijemur di kawasan anjing-anjing kurap berkeliaran dan mengawan; dengan belacan buatan nelayan-nelayan kecil diperkam-pungan Melayu yang dijemur dalam nyiru-nyiru kecil dan hamparan bambu. (Bagi mereka asal bau bela-can, sudah…) Justeru bagi menge-lak dari terus menerus memakan bahan-bahan yang kotor dan jelek,

UstazMilatusamsiMenulisLagi ...

23Gambar dipetik dari internet.

setiap umat Islam mestilah berha-ti-hati dalam memilih sumber makanan yang bakal menjadi darah daging; dan di masa yang sama; sama-sama bertanggungjawab menyedia, membantu, menyokong dan memberi galakan kepada peru-sahaan orang-orang Islam yang jelas halalnya dari segi syarak; agar setiap daging yang tumbuh dan darah yang mengalir di dalam tubuh tidak menjadi bahan bakar di dalam neraka kelak. Tegasnya, untuk memupuk ketaqwaan dan menjamin kekebal-an iman; “makanlah ikut syarak jangan ikut tekak!”

Pakaian dan barangan keperluan Selain bahan makanan, terdapat banyak lagi barang keper-luan harian yang menjadi medan dan sasaran usahawan bukan Islam untuk ‘berjihad’ merosakkan kemur-nian Islam.

Sebagai contoh – baru-baru ini telah ditemui berbagai jenama kasut yang tapaknya mengandungi nama-nama Allah, nama Nabi Muhammad S.A.W. dan tulisan Islam sekaligus.

Bayangkan kita yang men-gaku bertaqwa kepada Allah S.W.T.

dan sayangkan Nabi Muhammad sebagai pesuruhNya, tetapi pada masa yang sama menginjak - injak nama yang mulia dan suci itu.

Dengan adanya jenama dan reka bentuk kasut yang sede-mikian rupa di pasaran, ia terang-terangan menghina Allah S.W.T. dan menghina Nabi Muham-mad S.A.W. dan sekaligus menghi-na agama Islam.

Ia bukan direka atas nama seni dan kebebasan reka cipta; tetapi jelas dicipta untuk tujuan menghina dan untuk diketawakan sesama puak kufar; betapa bodohnya orang-orang Islam yang memakainya.

Selain kasut terdapat juga corak-corak pada pakaian yang mengandungi nama-nama suci yang sengaja dicipta untuk nantinya dibuang merata-rata dan dipijak - pijak setelah ianya lusuh dan buruk.

Perbuatan menghina Islam tidak terhenti setakat itu. Mereka (puak kufar) juga membekalkan sejadah-sejadah yang mempunyai gambar hidung babi dan ada yang menyelitkan lambang-lambang salib pada bahagian-bahagian yang amat seni, yang hanya dapat dikesan oleh mereka yang tajam

penglihatan dan renungannya saja yang dapat mengesan gambar berkenaan.

Dari satu segi mereka menjalankan perniagaan dan mendapat keuntungan dan dimasa yang sama mereka memperbodohkan masyarakat Islam.

Malangnya – terdapat orang-orang Islam sendiri yang apabila diajukan dan diperingatkan adanya sejadah-sejadah yang mempunyai gambar-gambar sedemikian, lalu dengan sombong mereka menempelak kembali dengan nada angkuh: “Apa yang susah sangat! Lapik saja dengan kain putih, habis cerita….” Tanpa sedikit pun merasa yang Allah dan Nabinya sedang terhina!

24

Gambar dari internet menunjukan reka bentuk ‘kalimah Allah’ pada tapak kasut.

Terima kasih atas penerbitan rencana saya dalam Suara Jam’iyah bil. 48 yang saya kira satu penghormatan dan sekaligus menghargai pandangan saya walau pun mungkin perlaksanaannya bergantung kepada sikon dan gaya kepimpinan yang ada dan penggantinya selepas ini.

Secara jujur saya terlepas pandang banyak penerbitan Suara Jam’iyah; antaranya yang memuatkan foto dua pemimpin Selangor yang amat berpengaruh itu. Saya menyedari adanya foto intim itu (Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Noah Omar) dalam Suara Jam’iyah (keluaran khas sempena pelancaran Dana Sekolah Integrasi Jam’iyah) melalui pautan FB yang dimuat turun oleh sdra sabda s sujaidi di dalam wall temannya.

Walau pun Jami’yah bukan badan politik namun wajar juga sekali sekala memberi pandangan atas kapasitinya sebagai badan dakwah tertua untuk kepentingan dakwah, khususnya jika timbul sesuatu polimik yang boleh menjejaskan keharmonian suasana oleh kalangan pemimpin yang berbeza pandangan siasah. Saya amat senang dengan foto itu.

Jam’iyah sebagai badan dakwah yang tertua di Selangor (negeri yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Malaysia) harus turut ambil peduli siasah dan jangan membiarkan perbezaan politik menjadi lebih sulit seperti benang yang bersimpul ruwet. Jam’iyah harus juga ambil berat pola dan kelakuan politik yang boleh menimbulkan kebimbangnan rakyat akibat perbezaan partai. Di Indonesia sendiri umpamanya orang lebih gemar membaca pandangan NGO apabila timbul sebarang masalah (isu) berbanding kenyataan yang diterbitkan oleh koran yang menjadi suara rasmi partai siasah, kerana itu lebih menjurus kepada kepentingan partai dan tokoh yang dipuja.

Walau pun foto orang poilitik boleh ditafsirkan sebagai sandewara; namun dari sekian banyak lakonan mungkin ada yang dikabulkan Allah – Insya Allah.

Pemerhatian terhadap orang- orang politik yang dulunya berbalah – selalunya akan bersatu dalam satu wadah apabila masing-masing sudah bersara; lantas bersatu dalam NGO atau pertubuhan dakwah; walaupun hal yang sedemikian amat jarang jumlahnya berbanding yang terus bersara menikmati kehidupan mewah.

Justeru melalui telahan redaksinya (barangkali) kita berharap akan berlaku keharmonian politik di kalangan pemimpin yang berbeza partai dan pendapat agar rakyat terus menikmati kedamaian suasana berbanding jika terus-terusan bercakaran; apa lagi jika suasana yang keruh diadu-domba melalui koran dan laman sosial yang sememangnya bebas meluahkan kata-kata tanpa punya tanggungjawab sosial! Sekian mugi pandangan ini diterima redaksi.

Huda Hadi, Jakarta3 Januari 2014

Wajarkah JAM’IYAH Mencampuri Siasah?

WarkahdariJakarta

WarkahdariJakarta

25

Terjemahannya diusahakan oleh salah seorang AJK Jam’iyah Ustaz Haji Azhar Yahya yang juga Pengerusi Faza Publication dengan dibantu oleh rakan-rakannya telah sempat menterjemahkan sebanyak empat jilid setakat ini (jilid 7,8,9 dan 10). Keempat-empat jilid ini diberi keutamaan penerbitannya kerana ia mengandungi permasalahan penting, sesuai dengan masalah yang sering timbul di kalangan masyarakat Islam kini.

Jam’iyah sedar bahawa kitab ini juga telah diterjemah secara keseluruhannya dalam bahasa Indonesia dan diterbitkan di Indonesia, namun Jam’iyah memikirkan perlunya ada edisi bahasa Melayu bagi memudahkan masyarakat tempatan memahami masalah dan persoalan yang ditimbulkan.

Umpamanya jilid 7 memberi tumpuan kepada permasalahan ‘iddah, nafkah, talaq, iila’ dan qazaf. Jilid 8 mengandungi permasalahan hadhanah, penyusuan, perwarisan dan wasiat. Jilid 9 membicarakan masalah ghanimah, jizyah, tawanan, keamanan dan perdamaian dan juga hudud, zina, qazaf dan pencurian. Sementara jilid 10 pula merupakan sambungan dalam membicarakan masalah janayah seperti hirobah, syurb, riddah dan bughah. Termasuk dalam jilid ini ialah masalah qisas dan takzir, kehakiman, pengadilan, dakwaan dan hukum serta pembuktian.

Isi kandungannya telah ditashih oleh Sohibus Sa’adah Prof. Dr. Abdul Aziz Mohd. Zin, mantan dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya dan Sohibus Sa’adah Dr. Zulkifli Muhammad Al Bakri, Ahli Majlis Fatwa bagi Negeri Sembilan dan Terengganu.

Penterjemahan ini merupakan usaha penyebaran ilmu dan sebahagian dari agenda mengukuhkan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam mengambil ketetapan hukum dengan berdasarakan mazhab Syafie.

Al MuktamadKitab

Sesuai untuk rujukan mufti dan kadi

26

Penterjemah, Ustaz Azhar Yahya (kanan) bersama Sohibus Sa’adah

Dr. Zulkifli Muhammad Al Bakri.

Al Muktamad ialah sebuah kitab panduan hukum (berdasarkan mazhab Asy Syafie) yang ditulis oleh Prof. Dr. Muhammad Mustafa Al-Zuhaily, seorang prof. fiqh perbandingan yang juga mantan Dekan Fakulti Syariah & Pengajian Islam, Universiti Sharjah, Arab Saudi . Berasal dari keluarga ulamak di Syria dan merupakan saudara kandung kepada tokoh ulamak terkenal iaitu Prof. Dr. Wahbah Az Zuhaily, pengarang Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu yang tersohor diseluruh dunia Islam.

Kitab asalnya dalam bahasa Arab diterbitkan sebanyak lima jilid oleh Darul Qalam, Syria dan Muassasah Darul Basyir, Arab Saudi pada tahun 2007 yang mengandungi 3,477 halaman yang mungkin sukar difahami oleh mereka yang tidak mempunyai asas dalam bahasa Arab. Memandangkan kandungan yang menyeluruh dan mencakupi seluruh permasalahan umat, maka Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (Jam’iyah) telah mengambil daya usaha untuk menerbitkan kitab ini dalam bahasa Melayu.

Penterjemah kitab ini Ustaz Azhar Yahya telah mendapat keizinan bertulis dari penulils sendiri yang juga merupakan guru kepada penterjemah. Beliau berpengalaman sebagai penterjemah di Unit Berita Al-Jazeera ASTRO sebagai penterjemah bahasa Arab. Dengan terbitnya kitab ini beberapa faedah boleh didapati yang antaranya ialah:-

- Memperkaya perbendaharaan fiqh dari karya asal bahasa Arab; - Memberi panduan (hukum) yang muktamad; bersabit timbulnya masalah-masalah baru dalam dunia yang serba moden; - Mengukuhkan pegangan dari sudut hukum fiqh tanpa was-was; - Memperkaya bahan rujukan fiqh (berlandaskan Mazhab Syafie) dari sumber yang berautoriti; - Memudahkan masyarakat Malaysia mengambil sikap (mengenai hukum) melalui frasa bahasa yang mudah.

Keisitimewaan Al Muktamad

Keistimewaan kitab ini ialah mengutamakan pendapat-pendapat yang kuat, rajih dan muktamad yang diambil dari pendapat para ulamak Mazhab Syafie yang patut dipegang dan amat sesuai dengan aliran masyarakat Melayu Islam di Malasyia dalam masalah fiqh.

Al- Muktamad menghimpunkan hukum hakam fiqh dengan perbahasan terperinci dan mendalam; di mana ia boleh dijadikan rujukan para mufti, kadhi dan institusi-institusi agama Islam dalam membuat fatwa.

Pengarangnya merujuk kepada kitab-kitab mazhab Syafie yang dikarang oleh ulamak-ulamak silam seperti al-Umm, al-Majmuk, Mughnil Muhtaj, Roudhatu Tolibin, al-Hawi al-Kabir, al-Muhazzab, Minhaj Tolibin dan lain-lain kitab yang muktabar.-SS

Harga : RM50.00 setiap jilid

Sebarang pesanan sila hubungi Jam’iyah di talian 03-40441950/51 atau email:

Jamiyah @streamyx.com

27

INTRODUCTION

We cannot see Iman. But once we start talking about the greatness of Allah and the characters of Prophet Muhammad then we start feeling Iman. When we talk and think about the ‘unseen,’ that categorise Iman, we feel the superiority of having Iman. The more we talk and ponder over the qualities that describe Iman the stronger we strive to safeguard our Iman. Taqwa too, is something that we cannot see. Only when we strive to avoid shirk with Allah and work in His obedience; fear His punishment; and hope in His Mercy by believing in what He revealed, then we realise the level of Taqwa that we possess.

The Importance of Da’wah

Da’wahis the act of conveying the call to remind people so as to observe in worshipping and having the Yaqin that only Allah can give benefit and har, none can harm or give benegit except with the consent of Allah. By delivering the reminders it is hope that Muslims maintain the faith and ensure that theirIman are not eroded, corroded or derailed due to external (environmental)and internal influences. And Da’wah too ensures that the process of reminding continues regardless of changes in time.

Da’wahis also likened to serving the soul with the rightful sustenance. People engaging in Da’wah will get their hearts filled with the best of sustenance. By making Da’wah, the soul of the person engaging in the work will always be reminded to observe righteousness, although the reminders are targeted to other people.

Perhaps there are many avenues to deliver the message of Da’wah. With the advent of modern technologies people also deliver the message of Da’wah via the Internet and mobile phones. Traditional and primitive in its nature, the method (Sunna) made by Prophet Muhammad is still the best and cheapest form to deliver the message of Iman.

“Abu Abbas narrated, the Messenger of Allah said: “Whosoever’s feet beome dusty in the Path of Allah, Allah will prohibit those feet from Hell Fire. (Musnad Ahmad) (Muntakahab Hadith).

Abu Hurairah narrated, the Messenger of Allah said: “The dust of the Path of Allah and the smoke of Hell can never be together in the nostrils of any Muslim.” (Nasai). (Muntakahab Hadith) “The higher rank with Allah is for those who believed and migrated and strove in His cause with their belongings and their persons. It is they who are triumphant.Their Lord gives them glad tidings of mercy from Him and of His good pleasure. For them await Gardens of eternal bliss. ” –at Tauba9: 20 – 21.

To Please Allah and His Messenger

There is a responsibility behind every profession. We usually call a person by his profession. A person is -

called a medical doctor because of his profession as a doctor at the hospital; an engineer, because of his profession; a policeman, because of his duty and the uniform he wears.Likewise a faithful, is called a Mukmin because of the dutybound responsibility entrusted to him by Allah and His Messenger.

Allah says: “You are now the best people brought forth for (the guidance and reform of) mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong…” (Ali‘Imran 3: 110).

We are what we do. Without executing the responsibility entrusted to us, then we are not what we are supposed to be as mentioned in the verse. In other words, our existence does not fulfil the nature wanted by Allah.

THE DA’WAH LIFESTYLE:TO PLEASE ALLAH AND HIS MESSENGER

28

29Blessing tree

the creations of Allah. Thence they strive in Allah’s cause to tell people of their experiences of obtaining Hidayah. These people are often those who are steadfast in their five Amals due to obtaining the personal Tarbiyah from Allah; possess confidence that Allah alone will fulfi all their worldly needs; and Allah alone will correct them for their past wrongdoings to other people.

“OAllah, please accept me, my wife, my offsprings, my family, my friends and the whole Ummat for this work that emulates Prophet Muhammad, until our last day. O Allah please spread Your Hidayah to the entire world …”

We need to strengthen our relationship with Allah, continuously, by fulfilling the five Amals regularly with full sincerity, attention and humility. We also need to extend services with love and respect to fellow members. When all Amals are done together with one heart then surely Allah will extend His help.

Area of Work

The area and target of work is wide. Beginning from one individual, the work is spread to the family members, neighbours and the local community and to people around the world; but Malaysia is a comfortable area to work and the effort of Da’wah is highly needed here.

Malaysians are inclined to accept the work of Da’wah that -

emulates the way of Prophet Muhammad. Although there are many factors that attempt to disrupt it from many angles there are still many positive and motivating factors that are encouraging the work of Da’wahto flourish in Malaysia.

People in Malaysia are more aware of the adverse effects if Da’wah is neglected. News about people leaving the religion in many parts of the world like in Lebanon, the turmoil in many parts of the Muslim world like Turkey, Syria, Egypt and Bosnia Herzegovina, have very much influences Malaysian Muslims to accept the work of Da’wah.

Entitlement for Hisab Performing and observing all obligatory deeds is key for one to obtain the pleasure of Allah and also the criteria that award the entitlement for Hisab. The unfaithfuls are not entitled for Hisab, whereby there is no reckoning for neither the good nor the bad deeds. To enable easy reckoning during the attendance at the Mahshar the best way is to obtain Prophet Muhammad’s intercession which can be obtained by people who live the life in the world by emulating his ways.

On the day of resurrection (Mahshar) there will be no safety other than the safety provided by Allah. Every single person will have to answer to all his deeds during the life in the world. The book of deeds, which were recorded by the Malaikahs are testimony to their deeds and Prophet Muhammad will have to intercede to ensure that his Ummah will undergo the reckoning with ease.

His intercession will be directed to those who observe the Sunnah (Surah, Sirah and Sarirah) and will act as assurance that they enter Jannah without reckoning. For Muslims who despise the Sunnah they will be reckoned as stated in many authectic writings; the non-believers and apostates, they do not deserve the Hisab and they destination is straight to Hell.

Thus to obtain Allah’s pleasure, our hearts need to always connect to Allah. We are also required to remind other people to always remember about the greatness of Allah so that more and more people will be safe from the Fire. And this is the noblest of all deeds. The heart and soul that is disconnected to Allah will be ruined like the young fruits that are separated from the stalk. The young -

Allah likes us to do whatever that He commands us to do and evade from doing things that He forbids. Allah likes us to grlorify Him. Allah likes us to be righteous solely because we fear of His punishment in the hereafter.

To please Allah is to follow the footsteps of Prophet Muhammad. The intention to please Allah will have to follow the right path, in the fulfilment of responsibilities as well as performing of all Ibadah. In other words to please Allah is to first follow the way how Prophet Muhammad served Allah. It is not enough to say that we want to please Allah if we do not follow the way shown by His Messenger. Scholars say, to please Allah, is to please Allah’s Messenger.

The Tarbiyah from Allah

Maulana Zubir ofNizamuddin said, the work ofDa’wahneeds strength. There are people who suddenly join in the Da’wah effort without strong foundation in religion; whence after obtaining guidance they start to acquire knowledge and learn from teachers as well as from senior people. They stand up for Tahajud and supplicate to Allah, in tears they seek Allah’s assistance so that Allah may correct them. Constantly they seek from Allah to quash away all the wrong Yakin and Sirk they had in the past, and to rely only to Allah’s supreme power and take no effect from things (Ghairullah) other than Allah.They lament in their precious supplication and seek forgiveness from Allah from all the bad deedd they did in the past against -

30

stalk of fruit or flower will fall to the ground and will wither in due time or eaten by ants and perish. On the other hand the buds that cling to the stalk will continue to ripe and benefit mankind

Building Taqwa

A person who intends to become a doctor or an engineeris required to follow the path of academical route and courses in medicine and engineering and study in an atmosphere suitable with their courses for period of a few years before graduating and earn a career in either as a doctor or an engineer.

A mechanic knows what glitches there are in an engine by simply listening to the roar of the engine. A fisherman knows where to fish by simply observing at the ripples of water in the ocean. They get the expertise in their very own profession because they have spent a substantial number of years studying and experiencing in their line of professions.

Although we listen to the Friday sermons every week which called for the congregation to observe Taqwa, there ara still people who regarded the call forittaqullahby the Khatib as the title of the said Khutbah! This also explains that the 50 sermons delivered throughout the year are insufficient to detect the real source of ailments that are affectiong our Iman.

The only way for us to diagnose the real cause of the aiments affecting our Iman is by making efforts to educate our soul in an environment that activates and propagates Iman by observing Iktikap at the many mosques.

The righteous-prone environment in a mosque with activities conducted that promote elements for the building of Taqwa will lead to the favourable result of a stronger Iman. The Main Enemy ofIman

Shaitaan is the main enemy of Iman. Shaitaan uses a myriad of ways and tricks to cause the deterioration of Iman.

Everyone of us is bestowed with desires (Nafs). But Shaitaan uses Nafs to aggravate our Iman. Thus, it is important that we work hard to protect and rectify our Iman from time to time in order to ensure that we are on track to Jannah as promised by Allah. It is also important to note that human’s desires can exceed extents unimaginable due to sumitting to woos of Shaitaan.

Scholars explain that human’snafsu amarahcould turn worse than that of lions and wolves. Even if a lion attacks a herd of sheeps it would only overpower one sheep at a time to eat. But if human’s desire is not contained and controlled, human will cause the lives of many people in one given time.

That is the reason why we need to ‘imprison’ the nafs in the confinement of a mosque to perfom as much Iktifkaf and Zikrullah as possible as a means of moulding the Nafs to prohibit it from acting violently! - SS

In the mean time, there came someone yo Imam Hassan, carrying a tray which was covered but contained some food. “Sir…the food is a gift from my master…” said the servant.

Imam Hassan Basri uncovered the tray and he saw 18 pieces of bread whereupon he asked the servant: “Oh these are not for me…maybe you have come to the wrong house.”

The young man became restless and asked: “Would you kindly answer my question…? What is the meaning of Iman and Yaqin?”

“Be patient…do eat the bread first…” Hassan Basri invited the man again. Not long after that the servant came again with a covered tray.

“Sir, these are really a gift from my master.”

One day a young man met with and asked Imam Hassan Basri: “What is the meaning of Iman and Yaqin?” Hassan Basri did not answer to this question but invited the man to take a seat.

“I really need to know sir…” the young man insisted.

“Just be seated for a while…” while he served the young man with a drink and two pieces of bread. Upon taking a sip from the drink, the young man asked, “When will you give me the answer?”

“Take a bite first…” insisted Imam Hassan Basri.

Then Hassan Basri uncovered the tray to find 20 pieces of breat in it. “Yes, correct…the numbers is correct, and it is really for me,” Hassan Basri said.

(It is said that the servanthad actually eated two pieces of the brad which were sent in the first time and he had thought that Hassaan Basri did not know of it).

“How did you know that the servant should be serving you with 20 oieces of bread?” The young man asked. “Because I have full Yaqin of what Allah promises for ever one Sedqah, will be rewarded with 10 times…”

Iman & Yaqin

31

32