surat pekeliling perkhidmatan mara bil. 7/2008 … · surat pekeliling perkhidmatan mara bil....

22
1 Bahagian Sumber Manusia, Bil. MARA : 96/1-26Klt.21 (7) Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA, Bil. Pend : SUM/SPP/007 21, Jalan Raja Laut, Tarikh : 19 Februari 2008 50609 Kuala Lumpur. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 PINDAAN KUASA MELULUS BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG MENGAJAR SUBJEK SAINS, MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ATAU MENGAJAR SUBJEK BAHASA INGGERIS DI BAWAH SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 11/2006 DAN DASAR PELAKSANAANNYA 1. TUJUAN 1.1 Adalah dimaklumkan bahawa MARA telah memutuskan untuk meminda kuasa melulus Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) seperti mana yang telah ditetapkan dalam Lampiran A Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 11/2006.

Upload: phungnhan

Post on 03-Mar-2019

287 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

1

Bahagian Sumber Manusia, Bil. MARA : 96/1-26Klt.21 (7) Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA, Bil. Pend : SUM/SPP/007 21, Jalan Raja Laut, Tarikh : 19 Februari 2008 50609 Kuala Lumpur.

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008

PINDAAN KUASA MELULUS BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN

PENDIDIKAN (PPP) YANG MENGAJAR SUBJEK SAINS, MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ATAU MENGAJAR SUBJEK BAHASA INGGERIS DI BAWAH SURAT PEKELILING

PERKHIDMATAN MARA BIL. 11/2006 DAN DASAR PELAKSANAANNYA

1. TUJUAN

1.1 Adalah dimaklumkan bahawa MARA telah memutuskan untuk

meminda kuasa melulus Bayaran Insentif Subjek Pendidikan

(BISP) seperti mana yang telah ditetapkan dalam Lampiran A

Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 11/2006.

Page 2: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

2

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pelaksanaan pembayaran BISP sebelum ini diuruskan oleh

Bahagian Sumber Manusia yang mana proses tersebut

melibatkan peringkat perakuan, kelulusan dan arahan

pembayaran. Proses yang mengambil masa ini dilihat menjadi

salah satu faktor kekangan dalam kelancaran pembayaran elaun

tersebut. Selaras dengan usaha memantap dan memperbaiki

sistem pembayaran elaun BISP, maka MARA telah memutuskan

agar pelaksanaan di peringkat perakuan dan kelulusan dilakukan

di pusat pentadbiran MARA manakala pembayaran dilaksanakan

seperti pelaksanaan sedia ada. Dengan keputusan ini maka

secara langsung ia akan memberikan kesan perubahan kepada

kuasa-kuasa melulus BISP sedia ada.

3. PELAKSANAAN

3.1 Pemberian BISP kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang meliputi dua (2) aspek

iaitu kelayakan subjek dan kelayakan anggota yang terlibat.

3.2 Kelayakan Subjek

3.2.1 Dari aspek subjek adalah ditetapkan bahawa anggota yang

mengajar subjek Sains atau Matematik dalam Bahasa

Inggeris atau komponen subjek-subjek tersebut dalam

Bahasa Inggeris atau mengajar Subjek Bahasa Inggeris

boleh dipertimbangkan untuk menikmati faedah ini.

Komponen subjek Sains dan Matematik adalah merangkumi

subjek Sains Tulen dan Teknologi Maklumat. Sehubungan

Page 3: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

3

itu, pemberian BISP bagi Pengajaran dan Pembelajaran

Sains dan Matematik mengikut peringkat adalah seperti

berikut:

(a) Pendidikan Menengah iaitu Subjek Sains, Matematik,

Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Matematik

Tambahan dan Teknologi Maklumat;

(b) Program ‘A’ Level, International Baccalaureate dan

Matrikulasi di Kolej MARA (KM) iaitu subjek Biologi,

Fizik, Kimia, Matematik dan Sains Informatik;

(c) Program di Institut Kemahiran MARA (IKM) iaitu

subjek Matematik dan Teknologi Maklumat;

(d) Program di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

iaitu subjek Matematik dan Teknologi Maklumat;

(e) Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

subjek Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat.

3.2.2 Kelayakan subjek seperti di para 3.2.1(a) hingga 3.2.1(e)

adalah komponen subjek Sains dan Matematik yang perlu

diajar dalam Bahasa Inggeris.

3.3 Kelayakan Anggota 3.3.1 Adalah ditetapkan bahawa PPP yang layak dipertimbangkan

untuk BISP adalah PPP yang mengajar subjek Sains atau

Matematik dalam Bahasa Inggeris atau komponen subjek-

Page 4: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

4

subjek tersebut dalam Bahasa Inggeris atau mengajar

subjek Bahasa Inggeris.

3.4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

3.4.1 PPP yang mengajar di Maktab Rendah Sains MARA, perlu

memenuhi syarat-syarat di (a), (b) dan (c) seperti berikut

bagi membolehkan mereka layak dipertimbangkan BISP.

(a) Syarat Kelayakan Opsyen

(i) mempunyai opsyen salah satu subjek seperti

di para 3.2.1(a) atau Bahasa Inggeris; atau

(ii) jika tidak mempunyai opsyen subjek tetapi

mengajar subjek tersebut hendaklah telah

mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun

secara berterusan; atau

(iii) PPP yang diperakui oleh Pegawai Mengawal

Pusat yang beliau mempunyai kemahiran dan

berkemampuan untuk mengajar subjek

tersebut serta telah menghadiri kursus

berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran

subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris atau Bahasa Inggeris yang dianjurkan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, MARA

atau institusi lain yang diiktiraf oleh MARA.

Page 5: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

5

(b) Syarat Kelayakan Mengajar (i) Mengajar salah satu subjek di para 3.2.1(a)

dalam Bahasa Inggeris atau mengajar subjek

Bahasa Inggeris minimum 15 waktu seminggu.

(c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris melalui;

(i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

(ii) disahkan oleh Pegawai Mengawal Pusat telah

melalui dan menamatkan pendidikan

menengah atau pendidikan tertiari dalam

Bahasa Inggeris; atau

(iii) mendapat kepujian bagi mata pelajaran

Bahasa Inggeris dalam SPM atau MCE atau

yang setaraf dengannya; atau

(iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dari mana-

mana Kursus Bahasa Inggeris di peringkat

antarabangsa / dalam negeri / lain-lain institusi

yang berkaitan dengan Pengajaran dan

Pembelajaran. Sijil tersebut hendaklah

diperakui dan disahkan oleh Pegawai

Mengawal Pusat; atau

Page 6: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

6

(v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sains

dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang

dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia, MARA atau institusi lain yang diiktiraf

oleh MARA.

3.4.2 Pengetua, Penolong Pengetua dan Ketua Jabatan di Maktab Rendah Sains MARA

PPP yang menyandang jawatan Pengetua, Penolong

Pengetua dan Ketua Jabatan perlu memenuhi syarat-syarat

di (a), (b) dan (c) seperti berikut bagi membolehkan mereka

layak dipertimbangkan BISP.

(a) Syarat Kelayakan Opsyen

(i) mempunyai opsyen subjek Sains atau

Matematik atau Bahasa Inggeris.

(b) Syarat Kelayakan Mengajar

(i) mengajar salah satu subjek di para 3.2.1(a)

dalam Bahasa Inggeris atau mengajar subjek

Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya 6 waktu seminggu.

Page 7: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

7

(c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris melalui:

(i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

(ii) disahkan oleh Pengawal Program telah melalui

dan menamatkan pendidikan menengah atau

pendidikan tertiari dalam bahasa penghantar

Bahasa Inggeris; atau

(iii) mendapat kepujian bagi mata pelajaran

Bahasa Inggeris dalam SPM atau MCE atau

yang setaraf dengannya; atau

(iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dari mana-

mana Kursus Bahasa Inggeris di peringkat

antarabangsa / dalam negeri / lain-lain institusi

yang berkaitan dengan Pengajaran dan

Pembelajaran. Sijil tersebut hendaklah

diperakui dan disahkan oleh Pengawal

Program; atau

(v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris yang

dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia atau MARA atau institusi lain yang

diiktiraf oleh MARA.

Page 8: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

8

3.5 Kolej MARA, Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Kolej Profesional MARA. 3.5.1 PPP yang mengajar Kolej MARA, Institut Kemahiran MARA,

Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Kolej Profesional MARA

perlu memenuhi syarat-syarat di (a), (b) dan (c) seperti

berikut bagi membolehkan mereka layak dipertimbangkan

BISP.

(a) Syarat Kelayakan Opsyen

(i) mempunyai opsyen salah satu subjek seperti

di para 3.2.1(b) bagi Kolej MARA, di para

3.2.1(c) bagi Institut Kemahiran MARA, di para

3.2.1(d) bagi Kolej Kemahiran Tinggi MARA

dan di para 3.2.1(e) bagi Kolej Profesional

MARA atau mempunyai opsyen Bahasa

Inggeris; atau

(ii) jika tidak mempunyai opsyen subjek tersebut

tetapi telah mengajar subjek berkenaan

sekurang-kurangnya tiga tahun secara

berterusan; atau

(iii) PPP yang diperakui oleh Pegawai Mengawal

Pusat yang beliau mempunyai kemahiran dan

berkemampuan untuk mengajar subjek

tersebut serta telah menghadiri kursus

berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran

subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris atau subjek Bahasa Inggeris yang

dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan

Page 9: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

9

Malaysia, MARA atau institusi lain yang diiktiraf

oleh MARA.

(b) Syarat Kelayakan Mengajar (i) mengajar salah satu subjek di para 3.2.1(b)

bagi Kolej MARA, di para 3.2.1(c) bagi Institut

Kemahiran MARA, di para 3.2.1(d) bagi Kolej

Kemahiran Tinggi MARA dan di para 3.2.1(e)

bagi Kolej Profesional MARA dalam Bahasa

Inggeris atau mengajar subjek Bahasa Inggeris

minimum 15 waktu seminggu.

(c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris melalui:

(i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

(ii) disahkan oleh Pegawai Mengawal Pusat telah

melalui dan menamatkan pendidikan

menengah atau pendidikan tertiari dalam

bahasa penghantar Bahasa Inggeris; atau

(iii) mendapat kepujian bagi mata pelajaran

Bahasa Inggeris dalam SPM atau MCE atau

yang setaraf dengannya; atau

(iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dari mana-

mana Kursus Bahasa Inggeris di peringkat

antarabangsa / dalam negeri / lain-lain institusi

yang berkaitan dengan Pengajaran dan

Page 10: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

10

Pembelajaran. Sijil tersebut hendaklah

diperakui dan disahkan oleh Pegawai

Mengawal Pusat; atau

(v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris yang

dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia atau MARA atau institusi lain yang

diiktiraf oleh MARA.

3.5.2 Pengarah / Pengetua, Timbalan Pengarah / Penolong Pengetua, Ketua Jabatan KKTM, KM, IKM dan KPM Yang Mengajar.

(a) Syarat Kelayakan Opsyen

(i) mempunyai opsyen salah satu subjek seperti

di para 3.2.1(b) bagi Kolej MARA, di para

3.2.1(c) bagi Institut Kemahiran MARA, di para

3.2.1(d) bagi Kolej Kemahiran Tinggi MARA

dan di para 3.2.1(e) bagi Kolej Profesional

MARA atau mempunyai opsyen Bahasa

Inggeris.

(b) Syarat Kelayakan Mengajar

(i) mengajar salah satu subjek di para 3.2.1(b)

bagi Kolej MARA, di para 3.2.1(c) bagi Institut

Kemahiran MARA, di para 3.2.1(d) bagi Kolej

Kemahiran Tinggi MARA dan di para 3.2.1(e)

bagi Kolej Profesional MARA dalam Bahasa

Page 11: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

11

Inggeris atau mengajar subjek Bahasa Inggeris

sekurang-kurangnya 6 waktu seminggu.

(c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris melalui;

(i) mempunyai opsyen Bahasa Inggeris; atau

(ii) disahkan oleh Pengawal Program telah melalui

dan menamatkan pendidikan menengah atau

pendidikan tertiari dalam bahasa penghantar

Bahasa Inggeris; atau

(iii) mendapat kepujian bagi mata pelajaran

Bahasa Inggeris dalam SPM atau MCE atau

yang setaraf dengannya; atau

(iv) telah menghadiri dan memiliki sijil dari mana-

mana Kursus Bahasa Inggeris di peringkat

antarabangsa / dalam negeri / lain-lain institusi

yang berkaitan dengan Pengajaran dan

Pembelajaran. Sijil tersebut hendaklah

diperakui dan disahkan oleh Pengawal

Program; atau

Page 12: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

12

(v) telah menghadiri kursus dan memperolehi sijil

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris yang

dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia atau MARA atau institusi lain yang

diiktiraf oleh MARA.

3.6 Kadar dan Kriteria Pembayaran

3.6.1 Kadar Bayaran Insentif Subjek Pendidikan yang ditetapkan

untuk PPP yang mengajar subjek Sains atau Matematik

dalam Bahasa Inggeris atau mengajar subjek Bahasa

Inggeris adalah seperti berikut:

(a) 5% daripada gaji pokok bagi Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan Siswazah;

(b) 10% daripada gaji pokok bagi Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan Lepasan Diploma.

3.6.2 Semua PPP yang dilantik secara tetap / sementara / kontrak

(termasuk pegawai bertaraf kontrak dari luar negara) layak

dibayar insentif ini setelah memenuhi syarat-syarat yang

ditetapkan di atas.

3.6.3 PPP hanya layak mendapat satu bayaran BISP sahaja sama

ada bagi pengajaran subjek Sains atau Matematik atau

Bahasa Inggeris. PPP yang layak menerima Bayaran

Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) tidak layak dibayar

BISP.

Page 13: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

13

3.6.4 Anggota yang memenuhi semua syarat yang dinyatakan

akan terus layak menerima Bayaran Insentif Subjek

Pendidikan kecuali dalam keadaan-keadaan seperti jadual di

muka surat sebelah.

KEADAAN KENYATAAN

a. Bercuti tanpa gaji (termasuk Cuti

Belajar Tanpa Gaji)

Bayaran dihentikan bagi tempoh Cuti

Tanpa Gaji

b. Bercuti separuh gaji (termasuk Cuti

Belajar Separuh Gaji)

Bayaran dihentikan bagi tempoh Cuti

Separuh Gaji

c. Berkursus atau belajar dengan

bergaji penuh melebihi 3 bulan

Bayaran dihentikan bagi tempoh cuti

tersebut

d. Bercuti rehat melebihi 28 hari

berturut-turut.

Bayaran dihentikan bagi tempoh cuti

tersebut

e. Cuti Haji, Cuti Bersalin dan Cuti

Sakit yang melebhi 28 hari berturut-

turut.

Bayaran dihentikan bagi tempoh cuti

tersebut

f. Anggota Gred DG54 dalam

kumpulan Pengurusan dan

Profesional yang memangku

jawatan Gred Utama.

Bayaran dihentikan bagi tempoh

pemangkuan

Page 14: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

14

4. PELAKSANAAN

4.1 Proses pelaksanaan pembayaran BISP adalah seperti berikut:

Cadangan Pelaksanaan Baru

4.1 Proses pelaksanaan di peringkat Pusat Pentadbiran (IPMA)

(i) PPP perlu memohon secara tahunan atau mengikut

semester yang mana berkaitan kepada Pegawai Mengawal

Pusat (PMP) atau kepada Pengawal Program (PP) bagi

permohonan Pengetua merujuk kepada senarai kuasa

Page 15: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

15

melulus seperti di Lampiran A. PMP perlu memastikan

permohonan yang diterima lengkap dan memenuhi semua

syarat yang ditetapkan.

(ii) Borang di Lampiran B boleh digunakan untuk memastikan

kelayakan PPP yang memohon bagi kali pertama dan

borang di Lampiran C boleh digunakan bagi PPP yang telah

diluluskan permohonan pada tahun atau semester

sebelumnya;

(iii) Permohonan yang lengkap perlu diproses di peringkat pusat

dengan menyediakan jadual pembayaran seperti di

Lampiran D dan diperaku serta diluluskan seperti mana

yang ditetapkan dalam senarai kuasa melulus;

(iv) PMP dan PP hanya perlu menghantar jadual pembayaran

bagi semua permohonan PPP yang telah diluluskan kepada

Unit Laporan Perubahan Gaji Bahagian Sumber Manusia

untuk tujuan semakan dan pembayaran. Bagi mengelakkan

kes-kes keciciran dan kehilangan permohonan, maka PMP

dan PP adalah diminta supaya memaklumkan kepada BSM

sama ada melalui email atau telefon berhubung

penghantaran permohonan tersebut.

(v) PMP dan PP juga adalah bertanggungjawab untuk

melaporkan sebarang perubahan dalam kelayakan PPP

sebagai contoh PPP mengambil sebarang jenis cuti seperti

senarai dalam jadual di perenggan 3.6.4 dengan

menyediakan jadual pembayaran seperti di Lampiran D dan

menyerahkannya kepada Bahagian Sumber Manusia.

Page 16: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

16

5. TARIKH KUAT KUASA 5.1 Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari

2008.

6. PEMBATALAN 6.1 Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling ini, maka Surat

Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 11/2006 adalah dibatalkan.

7. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MENGAWAL PUSAT

7.1 Pegawai Mengawal Pusat adalah diminta untuk mengedarkan

Surat Pekeliling ini bagi makluman semua pegawai perkhidmatan

MARA di bawah seliaan masing-masing.

Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG” DATUK NAM BIN MARTHININ Ketua Pengarah MARA

“MARA terus mara”

“KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN”

Page 17: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

Bil.

Bahagian-Bahagian

Pegawai

Memperaku

Pegawai Melulus

1

PPP di Maktab Rendah Sains

MARA (MRSM)

Penolong Pengetua

Pengetua

2

PPP di Kolej MARA, Institut

Kemahiran MARA, Kolej

Kemahiran Tinggi MARA, Kolej

Profesional MARA

Penolong Pengetua / Timbalan Pengarah

Pengetua / Pengarah

3

Ketua Jabatan

Penolong Pengetua / Timbalan Pengarah

Pengetua / Pengarah

4

Penolong Pengetua / Timbalan

Pengarah

-

Pengetua / Pengarah

5

Pengetua / Pengarah

Pengawal

Program (BPT/ BPLK / BPLM)

LAMPIRAN A

Page 18: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

PERMOHONAN BISP

BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP) DALAM BIDANG SAINS, MATEMATIK DAN BAHASA INGGERIS

A. MAKLUMAT PEGAWAI

1. Nama: 2. No Gaji: 3. *Pengetua / Pengarah / Penolong Pengetua / Timbalan Pengarah / Ketua Jabatan /

PPP 4. Gred: Tanggagaji: Jumlah: RM 5. *Tarikh Lantikan Tetap/Sementara/Kontrak: 6. Tempat Bertugas: 7. Tarikh Mula Bertugas Di Tempat Bertugas Sekarang: 8. Cuti Dalam Tempoh Yang Dimohon:

(Sila rujuk senarai cuti di Lampiran B1) B. MAKLUMAT KELAYAKAN BAGI PPP YANG MENGAJAR DI SEKOLAH

1. KELAYAKAN SUBJEK.

i) Nyatakan subjek yang di ajar mulai tarikh yang dipohon

ii) Tingkatan/Semester:

2. KELAYAKAN ANGGOTA.

Sila isikan para i) atau ii) atau iii) yang mana bersesuaian. a) Syarat Kelayakan Opsyen i) Nyatakan opsyen Sains/Matematik/Bahasa Inggeris melalui kelulusan

ikhtisas/akademik atau

ii) Pengalaman telah mengajar subjek Sains/Matematik/Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya 3 tahun secara berterusan

LAMPIRAN B

Page 19: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

Nama Institusi Tahun Subjek Tingkatan/Semester

iii) Sertakan perakuan syarat kelayakan opsyen para (2.a) dan salinan sijil kursus yang telah disahkan (sekiranya perlu)

b) Syarat Kelayakan Mengajar.

i) Nyatakan jumlah peruntukan waktu pengajaran seminggu dalam subjek Sains/Matematik dalam Bahasa Inggeris atau subjek Bahasa Inggeris. (sila lampirkan jadual waktu mengajar/senarai tugas terkini)

c) Syarat Mencapai Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris

Sila sertakan salinan sijil-sijil berikut yang telah disahkan oleh Ketua jabatan dan tandakan (/) pada ruangan berkenaan. i) Sijil opsyen Bahasa Inggeris; atau ( ) ii) Sijil tamat pendidikan menengah dan pendidikan tertiari dalam bahasa penghantar Bahasa Inggeris; atau ( ) iii) Sijil SPM/MCE; atau ( ) iv) Sijil Kursus bahasa Inggeris yang berkaitan dengan Pengajaran & Pembelajaran; atau ( ) iv) Sijil Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris. ( ) C. PENGAKUAN PEGAWAI Saya mengaku butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar. Tarikh: (Tandatangan Pegawai) Nama Pegawai: *Potong yang mana tidak berkenaan.

Page 20: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

PERMOHONAN BISP BAGI PPP YANG TELAH DILULUSKAN BAGI SEMESTER ATAU

TAHUN-TAHUN SEBELUM

A. MAKLUMAT PEGAWAI

1. Nama: 2. No Gaji: 3. *Pengetua / Pengarah / Penolong Pengetua / Timbalan Pengarah / Ketua Jabatan /

PPP 4. Gred: Tanggagaji: Jumlah: RM 5. *Tarikh Lantikan Tetap/Sementara/Kontrak: 6. Tempat Bertugas: 7. Tarikh Mula Bertugas Di Tempat Bertugas Sekarang: 8. Cuti Dalam Tempoh Yang Dimohon:

(Sila rujuk senarai cuti di Lampiran B1) B. MAKLUMAT KELAYAKAN BAGI PPP

i) Nyatakan subjek yang di ajar mulai tarikh yang dipohon

ii) Tingkatan/Semester:

iii) Nyatakan jumlah peruntukan waktu pengajaran seminggu dalam subjek Sains/Matematik dalam Bahasa Inggeris atau subjek Bahasa Inggeris. (sila lampirkan jadual waktu mengajar/senarai tugas terkini)

C. PENGAKUAN PEGAWAI Saya mengaku butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar. Tarikh: (Tandatangan Pegawai) Nama Pegawai:

LAMPIRAN C

*Potong yang mana tidak berkenaan.

Page 21: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

Bagi Kegunaan BSM & BKWGred Jaw :

BEZA AT KOD AT KOD

Sila rujuk senarai kuasa melulus seperti di Perenggan 4.1

Tarikh : Tarikh : Tarikh : Tarikh : Tarikh :

Tarikh : Tarikh :

MAJLIS AMANAH RAKYAT LAMPIRAN DPENYATA PERUBAHAN GAJI

BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN

Nama :

No. Gaji: Pusat :

RUJUKAN = Surat Perakuan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 7/2008 bertarikh 19/2/2008.

Jawatan: No. Jawatan :

RT3

Kenaikan Gaji Tahunan TEMPOH

UNTUK TINDAKAN BAHAGIAN KEWANGAN SAHAJART5

HENDAK TELAH

RT2TARIKH PERKARA PERKIRAAN BAYARAN

KOD

Diluluskan( )

---------------------------------

( ) Tarikh :

( )

---------------------------------

( )( )

UNTUK TINDAKAN PUSAT UNTUK TINDAKAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

Disediakan Disemak----------------------------------

Disemak---------------------------------- ---------------------------------- -------------------------------

Diluluskan-------------------------

Diluluskan( )

UNTUK TINDAKAN BAHAGIAN KEWANGAN

-------------------------Disediakan

( ) Disemak

( )

Page 22: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 … · SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 7/2008 ... (BISP) seperti mana yang ... Program di Kolej Profesional MARA (KPM) iaitu

: 44444

: ABU BIN IBRAHIMBagi Kegunaan BSM & BKW

: KETUA JABATAN MATEMATIK Gred Jaw :

BEZA AT KOD AT KOD

X 5 % 224.29

Kenaikan gaji X 5 % 231.80Tahunan 2008

Cuti Tanpa Gaji

X 5 % 239.32

Sila rujuk senarai kuasa melulus seperti di Perenggan 4.1

Tarikh : Tarikh : Tarikh : Tarikh : Tarikh :

Tarikh : Tarikh :

MAJLIS AMANAH RAKYAT CONTOH LAMPIRAN DPENYATA PERUBAHAN GAJI

BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN

Nama

No. Gaji Pusat :

Jawatan No. Jawatan : 11354

MRSM TERENDAK

RUJUKAN = Surat Perakuan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil. 7/2008 bertarikh 19/2/2008.

Kenaikan Gaji Tahunan TEMPOHAPRIL 01/01/2008 - 31/12/2008

HENDAK TELAH

UNTUK TINDAKAN BAHAGIAN KEWANGAN SAHAJART2 RT3 RT5

TARIKH PERKARA PERKIRAAN BAYARAN

224.29 0.0001/01/2008 Jan- Mac 2008 4485.79 116KOD

Hingga (P1 T11)31/03/2008

4786.35 116 239.32 0.00

231.80 0.00

(P1T13)31/12/2008

UNTUK TINDAKAN PUSAT UNTUK TINDAKAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNTUK TINDAKAN BAHAGIAN KEWANGAN

------------------------- -------------------------Disediakan Disemak

---------------------------------- ----------------------------------Disediakan Disemak Disemak Diluluskan

---------------------------------- -------------------------------

( ) ( ) Tarikh :

-------------------------------- --------------------------------

( ) ( ) ( ) ( )

Diluluskan Diluluskan( ) ( )

DG44

01/04/2008Hingga30/06/2008

(P1 T12)4636.07 116

Hingga

Hingga

Tiada

Berterusan

01/07/2008

29/07/2008

28/07/2008