biasakan yang betul, betulkan yang biasa (bil....

29
1 BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1) BULETIN KPKK YANG SALAH YANG BETUL CATATAN Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah. Contoh lain: YAM, YAA, DYMM, YBhg. Di antaranya, Pengurus… Antaranya, Pengurus… Frasa sendi di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: Anak itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya. Lif itu terhenti di antara tingkat tiga dengan tingkat empat. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura NOTA: Padanan di antara/ antara ialah dengan bukan dan. Di antara buku yang telah … Antara buku yang telah Rujuk penjelasan di atas.

Upload: tranduong

Post on 10-Apr-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

1  

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)

BULETIN KPKK

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah. Contoh lain: YAM, YAA, DYMM, YBhg.

Di antaranya, Pengurus…

Antaranya, Pengurus…

Frasa sendi di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya:

Anak itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya.

Lif itu terhenti di

antara tingkat tiga dengan tingkat empat.

Tambak Johor

terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura

NOTA: Padanan di antara/ antara ialah dengan bukan dan.

Di antara buku yang telah …

Antara buku yang telah …

Rujuk penjelasan di atas.

Page 2: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

2  

Urusetia

Urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

di atas pelantikan…

atas pelantikan…

Kata sendi di atas digunakan untuk perkara yang boleh dipegang atau nampak fizikalnya. Contohnya:

di atas meja di atas pokok di atas bumbung di atas jalan di atas bahu

bekerja sama

bekerjasama

Kerjasama, antara beberapa kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan.

Selain daripada penganjuran…

Selain penganjuran…

Tidak perlu ada kata sendi, dari atau daripada selepas selain.

ke-Sepuluh

kesepuluh, ke-10

Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang. Contoh lain:

Keempat, ke-4 Kelapan, ke-8 Keseratus, ke-100

mensasarkan

menyasarkan

S-a-s-a-r bermula dengan konsonan s, dengan demikian menerima awalan ‘meny’ dan konsonan s gugur.

Page 3: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

3  

Contoh lain: Suka jadi menyukai Salah jadi

menyalahi/kan Suci jadi menyuci Satu jadi

menyatukan Pra Sekolah

prasekolah

Awalan asing anti, bio, dwi, eka, eko, juru, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio,sub, swa, tata, tri dan tuna - apabila bertemu dengan kata nama umum, dieja sebagai satu perkataan, tanpa tanda sempang. Contohnya:

antidadah antikomunis biologi bioteknologi dwibahasa dwicabang ekafungsi ekawarna ekosistem ekopelancongan juruaudit juruukur kokurikulum mahaguru maharani multimedia multinasional pascaijazah pascapenerbitan prasejarah pramoden proaktif prokemerdekaan sosiobudaya

Page 4: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

4  

sosioekonomi subkontraktor substandard swakarya swalayan tatanama tatarias trifungsi trilogi tunasusila tunakarya

Namun apabila awalan ini bertemu dengan kata nama khas, kita tulis dengan tanda sempang. Contohnya:

Anti-Rusia Pro-Barisan Nasional

Terdiri di kalangan

Terdiri daripada kalangan

Daripada, kata sendi yang lebih tepat.

Intan

INTAN

Akronim kepada Institut Tadbiran Awam Negara, dieja dengan huruf besar.

Yang Dipertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong

Ejaan yang digazetkan.

di wakili

diwakili

Imbuhan awalan di dan ke hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja. Contohnya:

dipenjarakan dipecat dimarahi diisi dilaporkan

Page 5: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

5  

Awalan ke bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Contohnya:

kehendak keluar pintu kerangka kesemua ketua

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya:

di angkasa di antara di atas di Johor di udara

digunapakai

diguna pakai

Kata majmuk dieja terpisah, kecuali beberapa perkataan yang ditetapkan oleh Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, seperti tanggungjawab, pesuruhjaya, olahraga, tandatangan, warganegara, antarabangsa, jawatankuasa, matahari, kerjasama dan beritahu. Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan

Page 6: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

6  

apabila menerima imbuhan awalan dan akhiran. Contohnya: Kuat kuasa Penguat kuasa Menguatkuasakan Penguatkuasaan Ambil alih Mengambil alih Pengambilan Latar belakang Berlatar belakang Berlatarbelakangkan Naik taraf Menaik taraf Menaiktarafkan

Ke 20

Ke-20

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

mengenengahkan

mengetengahkan

Kata akarnya, ketengah – menerima awalan meng, hanya konsonan k yang gugur. Konsonan t, kekal.

beserta

berserta

Awalan ber bukan be.

ialah untuk

adalah untuk

Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja. Contohnya:

Page 7: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

7  

Kursus ini adalah untuk …

Tarikh tutup kursus

adalah pada 31 Ogos 2009.

Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Contohnya:

Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas.

Sepak takraw ialah

sukan yang elok dipertandingkan.

GEMA MERDEKA

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

perlantikan

pelantikan

Pelantikan daripada proses melantik bukan berlantik. Contohnya:

Pelepasan daripada perbuatan melepaskan

Perlepasan daripada perbuatan berlepas

Page 8: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

8  

Perdana Menteri Malaysia ke-VI

Perdana Menteri Malaysia VI atau Perdana Menteri Malaysia Keenam atau Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Tidak perlu tanda sempang. Keenam, dieja sebagai satu perkataan. Dieja dengan tanda sempang

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

tauladan

teladan

Ejaan yang tepat ialah teladan.

dayafikir

daya fikir

Daya fikir, kata majmuk yang dieja terpisah.

jayadiri

jaya diri

Jaya diri, kata majmuk yang dieja terpisah.

teguhdiri

teguh diri

Teguh diri, kata majmuk yang dieja terpisah.

ulangtahun

ulang tahun

Ulang tahun, kata majmuk yang dieja terpisah.

jesteru

justeru

Ejaan yang tepat justeru.

mengenepikan

mengetepikan

Kata akar ketepi, jadi menerima awalan meng. Yang gugur hanya konsonan k. konsonan t kekal.

sosio ekonomi

sosioekonomi

Rujuk penjelasan di muka surat 3.

Page 9: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

9  

mengisahkan tentang kehidupan….

mengisahkan kehidupan…

Mengisahkan, kata kerja transitif mesti terus menerima objek, kehidupan (kata nama atau frasa nama) dan tidak boleh disisipkan dengan kata sendi tentang.

terlibat di dalam pelbagai program

terlibat dalam pelbagai program

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya:

di atas di Perlis di sana

Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Contohnya:

dalam hal ini… dalam bidang

penyiaran … dalam konteks

ini,… Kata sendi nama di dalam digunakan untuk

Page 10: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

10  

yang ada ruang. Contohnya:

di dalam bilik di dalam hutan di dalam kotak di dalam dewan

Benson Adversiting

Benson Advertising

Kesilapan menaip.

Lintas Adversiting

Lintas Advertising

Kesilapan menaip.

Ramai aktivitis-aktivitis

Ramai aktivis

Ramai, kata jamak – tidak perlu digandakan Contoh kata-kata lain yang membawa pengertian jamak: Orang, rakyat, mereka, maklumat, banyak, semua, senarai, pertubuhan, persatuan, kumpulan, gabungan

Dato’ Rahim Razali adalah seorang insan…

Dato’ Rahim Razali, insan… atau Dato’ Rahim Razali ialah insan… atau Dato’ Rahim Razali ialah seorang insan…

Tidak perlu ada kata pemeri adalah.

Di dalam dunia seni…

Dalam dunia seni…

Rujuk penjelasan di muka surat 8.

Page 11: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

11  

Tub Abdul Razak (2 kali)

Tun Abdul Razak

Kesilapan menaip.

Membincangkan mengenai isu

Membincangkan isu

Membincangkan, kata kerja transitif terus menerima objek,( isu), dan tidak boleh disisip dengan kata-kata lain (mengenai).

pilihanraya

pilihan raya

Pilihan raya, kata majmuk yang dieja terpisah.

disamping

di samping

Rujuk penjelasan di muka surat 8.

Sumbangan di dalam pembangunan…

Sumbangan dalam pembangunan…

Rujuk penjelasan di muka surat 8.

…di mana tarikh tutup…

…yang tarikh tutup…

di mana ialah kata tanya, dan tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

Selain daripada memperkasakan…

Selain memperkasakan…

Tidak perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain.

di atur

diatur

Diatur, kata kerja. Dengan demikian dieja sebagai satu perkataan.

Bandar DiRaja

Bandar Diraja

Ejaan yang tepat Diraja.

Page 12: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

12  

koreograger

koreografer

Kesilapan menaip.

Muzik Tun Razak

Muzikal Tun Razak

Kesilapan menaip.

DOKUMEN MESYUARAT JKPA PADA 3 OGOS

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah selepas Y.

Y.M.

YM

Tidak perlu tanda noktah.

urusetia

urus setia

Kesalahan lazim, terutama sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

minima

minimum

Ejaan yang tepat minimum.

disemua peringkat

di semua peringkat

Rujuk penjelasan di muka surat 8.

efisen

efisien

Ejaan yang tepat efisien.

ePerolehan

e-Perolehan

Dieja dengan tanda sempang.

ianya

ia

Tidak ada kata ganti

Page 13: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

13  

nama ianya dalam bahasa Melayu. Sekiranya ianya dianggap betul, maka kita juga harus menerima kata ganti nama akuku, kamumu sebagai betul.

adalah seperti berikut…

adalah seperti yang berikut…

Lebih tepat jika ada yang.

cop rasmi

cap rasmi

Ejaan yang tepat cap.

sepertimana

seperti mana

Lebih tepat sebagaimana atau seperti.

maklumbalas

maklum balas

Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.

dari jumlah tersebut…

daripada jumlah tersebut…

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa. Contoh yang menyatakan tempat atau arah:

Awak datang dari mana?

Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi.

Page 14: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

14  

Lori itu datang dari arah kiri.

Mereka baru sampai dari Kuching.

Contoh yang menyatakan waktu atau masa:

Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.

Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18.

Perkara itu diketahui dari waktu subuh lagi.

Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa.

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut:

Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak);

Sumber atau asal kejadian sesuatu benda;

Perbezaan atau perbandingan; dan

Page 15: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

15  

Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan.

Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan benda dan unsur mujarad

Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya.

Cadangan daripada persatuan telah kami terima.

Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

Encik Karim baru sahaja menerima arahan daripada ketuanya.

Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada pihak kerajaan.

Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda

Ahli persatuan terdiri daripada pelajar sekolah.

Air terdiri daripada gabungan hidrogen dan nitrogen.

Page 16: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

16  

Benang berasal daripada kapas.

Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya.

Saya sedia untuk meminta maaf sekiranya kesilapan itu berpunca daripada saya.

Menyatakan sebahagian daripada semua

Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

Kebanyakan

daripada rumah di kampung itu musnah dipukul ribut.

Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.

Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap.

Menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan

Ali lebih tinggi daripada Ahmad.

Kami tiba lewat

Page 17: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

17  

daripada mereka. Membaca buku

ilmiah lebih baik daripada membaca majalah hiburan.

Perangainya lain daripada yang lain.

rendah dari 24.4%

rendah daripada 24.4%

Kata sendi dari untuk masa dan tempat. Kata sendi daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian atau sumber.

berpuashati

berpuas hati

Puas hati, kata majmuk yang dieja terpisah.

dibawah

di bawah

Kata sendi di, dieja terpisah.

…mengambil maklum perkara-perkara berikut:

…mengambil maklum akan perkara-perkara yang berikut:

Perlu ada kata sendi akan.

diatas kerjasama

atas kerjasama

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

maklumbalas

maklum balas

Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.

minima

minimum

Ejaan yang tepat minimum.

Page 18: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

18  

Y. Bhg

YBhg.

Tidak perlu ada tanda noktah selepas Y.

tengahari

tengah hari

Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah.

ePerolehan

e-Perolehan

Perlu ada tanda sempang.

ianya

ia

Ianya tidak boleh dianggap sebagai kata ganti diri.

di antara terma rujukan

antara terma rujukan

Rujuk penjelasan di muka surat 1.

mempastikan

memastikan

Pasti, menerima awalan mem dan konsonan p digugurkan.

perolehi

peroleh

Perkataan yang tepat ialah peroleh

tv1

TV1

TV1, dieja dengan huruf besar.

tv2

TV2

TV2, dieja dengan huruf besar.

sebutharga

sebut harga

Sebut harga, kata majmuk yang dieja terpisah.

Page 19: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

19  

professional

profesional

Profesional, dieja dengan satu s. Jarang sekali terdapat gugusan konsonan dalam perkataan BM. Contoh lain:

Misi bukan missi Majalah bukan

majallah Muhibah bukan

muhibbah Sesi bukan sessi Hajah bukan

hajjah Gosip bukan

gossip Kecuali media massa untuk membezakannya daripada masa.

dari masa ke semasa

dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa

Gunakan perkataan yang sama, jangan disilangkan.

Laporan Tindakan ke atas kesalahan

Laporan Tindakan tentang /akan kesalahan

Kata sendi yang tepat ialah akan atau tentang.

hukuman ke atas kakitangan

hukuman kepada /terhadap kakitangan

Kata sendi yang tepat ialah kepada atau terhadap.

dikemaskini

dikemas kini

Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.

mengambil tindakan di atas perkara ini…

mengambil tindakan atas perkara ini…

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

Page 20: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

20  

urusetia

urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

menaiktaraf

menaik taraf

Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah.

kesemua 51 lokasi

ke semua 51 lokasi

Kata sendi ke, dieja terpisah.

pemerksaan

pemeriksaan

Kesilapan menaip.

utnuk

untuk

Kesilapan menaip.

sepertimana

Seperti mana

Lebih tepat sebagaimana atau seperti.

kraftangan

Kraf tangan

Kraf tangan, kata majmuk yang dieja terpisah. (kecuali kata nama khas yang digazetkan)

berpuashati

berpuas hati

Puas hati, kata majmuk yang dieja terpisah.

pernelanjaan

perbelanjaan

Kesilapan menaip

adalah sebanyak

ialah sebanyak

Rujuk penjelasan tentang kata pemeri ialah dan adalah

Page 21: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

21  

dari jumlah peruntukan yang diterima…

daripada jumlah peruntukan yang diterima…

Rujuk penjelasan di muka surat 10 – 13.

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

di atas nama…

atas nama…

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

telepon

telefon

Ejaan yang tepat ialah telefon.

sepertimana

Seperti mana

Lebih tepat seperti atau sebagaimana

e-mail

e-mel

Ejaan yang tepat ialah e-mel.

fax

faks

Ejaan penuh ialah faksimile dan singkatannya ialah faks.

Dewan Cendiakawan

Dewan Cendekiawan

Ejaan yang tepat ialah cendekiawan.

merekabentuk

mereka bentuk

Reka bentuk, kata majmuk yang dieja terpisah.

siaraya

siar raya

Siar raya, kata majmuk yang dieja terpisah.

Page 22: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

22  

Institut Penyiaran & penerangan

Institut Penyiaran dan Penerangan

Ejaan yang tepat ialah perkataan dan dieja, dan konsonan p dieja dengan huruf besar.

menaiktaraf

menaik taraf

Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah.

Komputer HP Laser Jet Dan samsung

Computer HP Laser Jet dan Samsung

Nama khas

perlanjutan

pelanjutan

Pelanjutan, daripada proses melanjutkan.

halatuju

hala tuju

Hala tuju, kata majmuk yang dieja terpisah.

Juru Perunding

Juruperunding

Juruperunding, dieja satu perkataan.

perlantikan

pelantikan

Pelantikan, daripada proses melantik.

BAKI BAWA KEHADAPAN

BAKI BAWA KE HADAPAN

Kata sendi ke, dieja terpisah.

HAPUSKIRA

HAPUS KIRA

Hapus kira, kata majmuk yang dieja terpisah.

DIKEMASKINI

DIKEMAS KINI

Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.

PANTRY

PANTRI

Ejaan dalam BM, dieja dengan vokal i.

Page 23: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

23  

diperolehi

diperoleh

Kata yang tepat ialah diperoleh.

senireka

seni reka

Seni reka, kata majmuk yang dieja terpisah.

BUKU KECIL 1MALAYSIA

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

…berdasarkan atas prinsip-prinsip…

…berdasarkan prinsip-prinsip…

Kata kerja transitif terus menerima objek, tidak boleh disisip dengan kata sendi atas.

e-mail

e-mel

Ejaan yang tepat ialah e-mel.

SURAT RASMI

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Institut Penyiaran Tun Razak

Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak

IPPTAR – Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak

Faks No.

No. Faks

Hukum D – M Yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh lain:

Page 24: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

24  

Pisang goreng Studio mini Hal-hal lain Kedai pajak gadai Kompleks sukan

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah selepas Y.

tengahari

tengah hari

(5 kali) Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah.

Dewan Banquet

Dewan Bankuet

(2 kali) Bankuet, dieja dengan konsonan k.

maklumbalas

maklum balas

(2 kali) maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.

urusetia

urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

faksemili

faksimile

Ejaan yang tepat ialah faksimile.

Sesungguhnya dengan kehadiran Tuan akan menyerikan majlis ini…

Sesungguhnya kehadiran Tuan akan menyerikan majlis ini…

Ayat asal tidak gramatis.

ATURCARA

ATUR CARA

Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah.

diatas

di atas

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

Page 25: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

25  

Adalah dimaklumkan…

Dengan ini dimaklumkan…

Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.

…disepanjang tempoh diatas…

…sepanjang tempoh di atas…

Ayat asal tidak gramatis.

staff

staf

Perkataan BM ialah staf.

Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah dihargai.

Kerjasama tuan dalam menjayakan acara ini amat dihargai.

Ayat asal tidak gramatis.

aturcara

atur cara

Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah.

Check in

Daftar masuk

Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.

vocal

vokal

Vokal, dieja dengan konsonan k.

tengahari

tengah hari

Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah.

Check out

Daftar keluar

Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.

perkara diatas.

perkara di atas.

Kata sendi di, dieja terpisah. Rujuk penjelasan di muka surat 2.

Page 26: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

26  

berkuatkuasa

berkuat kuasa

Kuat kuasa, kata majmuk yang dieja terpisah.

Disamping itu,

Di samping itu,

Kata sendi di, dieja terpisah.

di arahkan

diarahkan

Awalan di, dieja satu perkataan.

di sifatkan

disifatkan

Awalan di, dieja satu perkataan.

S.K

s.k.

Huruf kecil dan ada tanda noktah.

Y.Bhg.

YBhg.

Tidak perlu tanda noktah selepas Y.

Adalah saya dengan hormatnya merujuk…

Dengan hormatnya saya merujuk…

Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.

Diangkakan seramai 250 orang

Dijangkakan seramai 250 orang

Lebih tepat dijangkakan.

Hajjah

Hajah

Ejaan yang tepat ialah hajah.

Bilik-bilik yang diacadangkan adalah Bilik Cabaran…

Bilik-bilik yang dicadangkan ialah Bilik Cabaran…

Rujuk penjelasan di muka surat 6.

Jalan Pantai Baru

Jalan Pantai Baharu

Ejaan yang tepat ialah baharu.

Page 27: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

27  

Urusetia

Urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dijea terpisah.

BOLASEPAK

BOLA SEPAK

Bola sepak, kata majmuk yang dieja terpisah.

Di atas kerjasama tuan…

Atas kerjasama tuan…

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Ayat asal tidak gramatis.

keatas

ke atas

Kata sendi ke, dieja terpisah.

BUKU PROGRAM MALAM JASAMU DIKENANG

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Tidak perlu kata sendi atas.

Allah S.W.T.

Allah SWT

Tidak perlu tanda noktah.

limpahNya

limpah-Nya

Konsonan N dieja dengan huruf besar kerana Nya merujuk

Page 28: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

28  

kepada Allah. Perkataan dieja dengan tanda sempang.

Pada Kesempatan ini…

Pada kesempatan ini

Kesilapan menaip.

…berjaya di dalam apa jua bidang…

…berjaya dalam apa jua bidang…

Rujuk penjelasan di muka surat 8.

…di atas persaraan mereka…

…atas persaraan mereka…

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

…di atas sumbangan…

…atas sumbangan…

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

Jasa Mu Dikenang

Jasamu Dikenang

Mu tidak perlu dieja dengan huraf besar kerana bukan merujuk kepada Allah. Perkataan Jasamu dieja rapat.

Selain daripada menjadi medan…

Selain menjadi medan …

Tidak perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain.

…bertukar-tukar pengalaman di antara pesara dan warga Kementerian…

…bertukar-tukar pengalaman antara pesara dengan warga Kementerian…

Rujuk penjelasan di muka surat 1.

Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Dan, d dieja dengan huruf kecil.

Page 29: BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)pmr.penerangan.gov.my/images/stories/pdf/bil1.pdf · Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang

29  

NOTA: Saya memantau tegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan bahasa yang masih berlaku dalam kalangan warga kerja KPKK. Bukan niat saya untuk mengaibkan pesalah bahasa. Harapan saya, teguran ini boleh dijadikan panduan dalam kita menjalankan tugas seharian di pejabat. Alhamdulillah, kesalahan bahasa dan kesilapan ejaan semakin kurang. Sama-samalah kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Dipantau tegur oleh:

Dato’ Adilah binti Shek Omar Pengarah IPPTAR Tarikh: Dikemaskinikan pada 28 Februari 2011