biasakan yang betul bil - · pdf fileprasekolah awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka,...

26
1 BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1) BULETIN KPKK YANG SALAH YANG BETUL CATATAN Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah. Contoh lain: YAM, YAA, DYMM, YBhg. Y.Bhg. YBhg Rujuk penjelasan di atas. Di antaranya, Pengurus… Antaranya, Pengurus… Frasa sendi di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: Anak itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya. Lif itu terhenti di antara tingkat tiga dengan tingkat empat. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura NOTA: Padanan di antara/ antara ialah dengan bukan dan. Di antara buku yang telah … Antara buku yang telah … Rujuk penjelasan di atas. Urusetia Urus setia Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

Upload: vutram

Post on 31-Jan-2018

269 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

1

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL. 1)

BULETIN KPKK

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

Contoh lain: YAM, YAA,

DYMM, YBhg.

Y.Bhg.

YBhg

Rujuk penjelasan di atas.

Di antaranya, Pengurus…

Antaranya, Pengurus…

Frasa sendi di antara

digunakan untuk

menunjukkan kedudukan

fizikal atau tempat.

Contohnya:

• Anak itu duduk diam

di antara ibu dengan

bapanya.

• Lif itu terhenti di

antara tingkat tiga

dengan tingkat empat.

• Tambak Johor terletak

di antara Johor Bahru

dengan Singapura

NOTA: Padanan di antara/

antara ialah dengan bukan

dan.

Di antara buku yang telah …

Antara buku yang telah …

Rujuk penjelasan di atas.

Urusetia

Urus setia

Urus setia, kata majmuk yang

dieja terpisah.

Page 2: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

2

di atas pelantikan…

atas pelantikan…

Kata sendi di atas digunakan

untuk perkara yang boleh

dipegang atau nampak

fizikalnya.

Contohnya:

• di atas meja

• di atas pokok

• di atas bumbung

• di atas jalan

• di atas bahu

bekerja sama

bekerjasama

Kerjasama, antara beberapa

kata majmuk yang dieja

sebagai satu perkataan.

Selain daripada penganjuran…

Selain penganjuran…

Tidak perlu ada kata sendi,

dari atau daripada selepas

selain.

ke-Sepuluh

kesepuluh, ke-10

Jika huruf, dieja sebagai satu

perkataan.

Jika angka, dieja dengan

tanda sempang.

Contoh lain:

• Keempat, ke-4

• Kelapan, ke-8

• Keseratus, ke-100

mensasarkan

menyasarkan

S-a-s-a-r bermula dengan

konsonan s, dengan demikian

menerima awalan ‘meny’ dan

konsonan s gugur. Contoh

lain:

• Suka jadi menyukai

• Salah jadi

menyalahi/kan

• Suci jadi menyuci

• Satu jadi menyatukan

Page 3: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

3

Pra Sekolah

prasekolah

Awalan pra, pasca, pro, anti,

sosio, dwi, eka, tata, juru,

multi dan sub - apabila

bertemu dengan kata nama

umum, dieja sebagai satu

perkataan, tanpa tanda

sempang.

Contohnya:

• antidadah

• antikomunis

• dwibahasa

• dwicabang

• ekafungsi

• ekawarna

• juruaudit

• juruukur

• pascaijazah

• pascapenerbitan

• prasejarah

• pramoden

• proaktif

• prokemerdekaan

• sosiobudaya

• sosioekonomi

• subkontraktor

• substandard

• tatanama

• tatarias

Namun apabila awalan ini

bertemu dengan kata nama

khas, kita tulis dengan tanda

sempang.

Contohnya:

• Anti-Rusia

• Pro-Barisan Nasional

Terdiri di kalangan

Terdiri daripada kalangan

Daripada, kata sendi yang

lebih tepat.

Page 4: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

4

Intan

INTAN

Akronim kepada Institut

Tadbiran Awam Negara, dieja

dengan huruf besar.

Yang Dipertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong

Ejaan yang digazetkan.

di wakili

diwakili

Imbuhan awalan di dan ke

hendaklah dieja serangkai

dengan kata yang

menerimanya. Awalan di

membentuk kata kerja.

Contohnya:

• dipenjarakan

• dipecat

• dimarahi

• diisi

• dilaporkan

Awalan ke bergabung dengan

kata dasar untuk membentuk

kata terbitan.

Contohnya:

• kehendak

• keluar pintu

• kerangka

• kesemua

• ketua

Kata sendi nama di digunakan

khusus di hadapan kata nama

atau frasa nama yang

menunjukkan tempat dan

ditulis terpisah daripada kata

nama atau frasa nama yang

mengikutinya.

Contohnya:

• di angkasa

• di antara

• di atas

• di Johor

• di udara

Page 5: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

5

digunapakai

diguna pakai

Kata majmuk dieja terpisah,

kecuali beberapa perkataan

yang ditetapkan oleh

Tatabahasa Dewan Edisi

Baharu, seperti

tanggungjawab, pesuruhjaya,

olahraga, tandatangan,

warganegara, antarabangsa,

jawatankuasa, matahari,

kerjasama dan beritahu.

Kata majmuk dieja sebagai

satu perkataan apabila

menerima imbuhan awalan

dan akhiran.

Contohnya:

Kuat kuasa

Penguat kuasa

Menguatkuasakan

Penguatkuasaan

Ambil alih

Mengambil alih

Pengambilan

Latar belakang

Berlatar belakang

Berlatarbelakangkan

Naik taraf

Menaik taraf

Menaiktarafkan

Ke 20

Ke-20

Rujuk penjelasan di muka

surat 2.

mengenengahkan

mengetengahkan

Kata akarnya, ketengah –

menerima awalan meng,

hanya konsonan k yang gugur.

Konsonan t, kekal.

Page 6: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

6

beserta

berserta

Awalan ber bukan be.

ialah untuk

adalah untuk

Kata pemeri adalah hanya

boleh diikuti oleh kata sendi

nama dan kata adjektif yang

bersifat huraian sahaja.

Contohnya:

• Kursus ini adalah

untuk …

• Tarikh tutup kursus

adalah pada 31 Ogos

2009.

Kata pemeri ialah hanya boleh

diikuti oleh kata nama atau

frasa nama yang bersifat

persamaan sahaja.

Contohnya:

• Masalah yang kita

hadapi ialah

kekurangan pendapat

yang bernas.

• Sepak takraw ialah

sukan yang elok

dipertandingkan..

Page 7: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

7

GEMA MERDEKA

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

perlantikan

pelantikan

Pelantikan daripada proses

melantik bukan berlantik.

Contohnya:

• Pelepasan daripada

perbuatan melepaskan

• Perlepasan daripada

perbuatan berlepas

Perdana Menteri Malaysia ke-

VI

Perdana Menteri Malaysia VI

atau

Perdana Menteri Malaysia

Keenam

atau

Perdana Menteri Malaysia

Ke-6

Tidak perlu tanda sempang.

Keenam, dieja sebagai satu

perkataan.

Dieja dengan tanda sempang

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

tauladan

teladan

Ejaan yang tepat ialah

teladan.

dayafikir

daya fikir

Daya fikir, kata majmuk yang

dieja terpisah.

jayadiri

jaya diri

Jaya diri, kata majmuk yang

dieja terpisah.

teguhdiri

teguh diri

Teguh diri, kata majmuk yang

dieja terpisah.

Page 8: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

8

ulangtahun

ulang tahun

Ulang tahun, kata majmuk

yang dieja terpisah.

jesteru

justeru

Ejaan yang tepat justeru.

mengenepikan

mengetepikan

Kata akar ketepi, jadi

menerima awalan meng. Yang

gugur hanya konsonan k.

konsonan t kekal.

sosio ekonomi

sosioekonomi

Rujuk penjelasan di muka

surat 3.

mengisahkan tentang

kehidupan….

mengisahkan kehidupan…

Mengisahkan, kata kerja

transitif mesti terus

menerima objek, kehidupan

(kata nama atau frasa nama)

dan tidak boleh disisipkan

dengan kata sendi tentang.

terlibat di dalam pelbagai

program

terlibat dalam pelbagai

program

Kata sendi nama di digunakan

khusus di hadapan kata nama

atau frasa nama yang

menunjukkan tempat.

Contohnya:

• di atas

• di Perlis

• di sana

Kata sendi nama dalam pula

digunakan di hadapan kata

nama atau frasa nama yang

membawa pengertian

lingkungan yang tidak

mempunyai ruang atau jarak

seperti perkara, peristiwa, hal,

Page 9: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

9

urusan, bahasa, bidang,

masyarakat dan sebagainya.

Contohnya:

• dalam hal ini…

• dalam bidang

penyiaran …

• dalam konteks ini,…

Kata sendi nama di dalam

digunakan untuk yang ada

ruang.

Contohnya:

• di dalam bilik

• di dalam hutan

• di dalam kotak

• di dalam dewan

Benson Adversiting

Benson Advertising

Kesilapan menaip.

Lintas Adversiting

Lintas Advertising

Kesilapan menaip.

Ramai aktivitis-aktivitis

Ramai aktivis

Ramai, kata jamak – tidak

perlu digandakan

Contoh kata-kata lain yang

membawa pengertian jamak:

Orang, rakyat, mereka,

maklumat, banyak, semua,

senarai, pertubuhan,

persatuan, kumpulan,

gabungan

Dato’ Rahim Razali adalah

seorang insan…

Dato’ Rahim Razali, insan…

atau

Dato’ Rahim Razali ialah

insan…

Tidak perlu ada kata pemeri

adalah.

Page 10: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

10

atau

Dato’ Rahim Razali ialah

seorang insan…

Di dalam dunia seni…

Dalam dunia seni…

Rujuk penjelasan di muka

surat 8.

Tub Abdul Razak (2 kali)

Tun Abdul Razak

Kesilapan menaip.

Membincangkan mengenai

isu

Membincangkan isu

Membincangkan, kata kerja

transitif terus menerima

objek,( isu), dan tidak boleh

disisip dengan kata-kata lain

(mengenai).

pilihanraya

pilihan raya

Pilihan raya, kata majmuk

yang dieja terpisah.

disamping

di samping

Rujuk penjelasan di muka

surat 8.

Sumbangan di dalam

pembangunan…

Sumbangan dalam

pembangunan…

Rujuk penjelasan di muka

surat 8.

…di mana tarikh tutup…

…yang tarikh tutup…

di mana ialah kata tanya, dan

tidak boleh berfungsi sebagai

kata hubung.

Selain daripada

memperkasakan…

Selain memperkasakan…

Tidak perlu kata sendi dari

atau daripada selepas selain.

di atur

diatur

Diatur, kata kerja. Dengan

demikian dieja sebagai satu

perkataan.

Page 11: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

11

Bandar DiRaja

Bandar Diraja

Ejaan yang tepat Diraja.

koreograger

koreografer

Kesilapan menaip.

Muzik Tun Razak

Muzikal Tun Razak

Kesilapan menaip.

DOKUMEN MESYUARAT JKPA PADA 3 OGOS

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Y.Bhg.

YBhg

Tidak perlu tanda noktah.

Y.M.

YM

Tidak perlu tanda noktah.

urusetia

urus setia

Kesalahan lazim, terutama

sekali dalam minit mesyuarat.

Urus setia, kata majmuk yang

dieja terpisah.

minima

minimum

Ejaan yang tepat minimum.

disemua peringkat

di semua peringkat

Rujuk penjelasan di muka

surat 8.

efisen

efisien

Ejaan yang tepat efisien.

ePerolehan

e-Perolehan

Dieja dengan tanda sempang.

Page 12: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

12

ianya

ia

Tidak ada kata ganti nama

ianya dalam bahasa Melayu.

Sekiranya ianya dianggap

betul, maka kita juga harus

menerima kata ganti nama

akuku, kamumu sebagai

betul.

adalah seperti berikut…

adalah seperti yang berikut…

Lebih tepat jika ada yang.

cop rasmi

cap rasmi

Ejaan yang tepat cap.

sepertimana

seperti mana

Lebih tepat sebagaimana atau

seperti.

maklumbalas

maklum balas

Maklum balas, kata majmuk

yang dieja terpisah.

dari jumlah tersebut…

daripada jumlah tersebut…

Kata sendi nama dari

digunakan di hadapan kata

nama atau frasa nama yang

menyatakan arah, tempat,

waktu dan masa.

Contoh yang menyatakan

tempat atau arah:

• Awak datang dari

mana?

• Kajian itu dibuat dari

sudut ekonomi.

• Lori itu datang dari

arah kiri.

• Mereka baru sampai

dari Kuching.

Page 13: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

13

Contoh yang menyatakan

waktu atau masa:

• Keadaannya semakin

tenat dari sehari ke

sehari.

• Kerajaan itu terkenal

sejak dari kurun ke-18.

• Perkara itu diketahui

dari waktu subuh lagi.

• Persatuan itu sering

mengadakan

perjumpaan dari

semasa ke semasa.

Kata sendi nama daripada

hadir di hadapan kata nama

atau frasa nama yang

menyatakan perkara berikut:

• Punca bagi manusia

atau institusi, haiwan,

benda, dan unsur

mujarad (abstrak);

• Sumber atau asal

kejadian sesuatu

benda;

• Perbezaan atau

perbandingan; dan

• Menyatakan

sebahagian daripada

semua, perbezaan,

perubahan atau

perbandingan.

Menyatakan punca bagi

manusia, institusi, haiwan

benda dan unsur mujarad

• Ali menerima sepucuk

surat daripada ibunya.

Page 14: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

14

• Cadangan daripada

persatuan telah kami

terima.

• Dia menjauhkan diri

daripada bahaya

dadah.

• Encik Karim baru

sahaja menerima

arahan daripada

ketuanya.

• Mereka sudah pun

menerima sumbangan

daripada pihak

kerajaan.

Menyatakan maksud sumber

atau asal kejadian sesuatu

benda

• Ahli persatuan terdiri

daripada pelajar

sekolah.

• Air terdiri daripada

gabungan hidrogen

dan nitrogen.

• Benang berasal

daripada kapas.

• Kasut itu diperbuat

daripada kulit buaya.

• Saya sedia untuk

meminta maaf

sekiranya kesilapan itu

berpunca daripada

saya.

Menyatakan sebahagian

daripada semua

• Enam orang daripada

mereka mati disambar

petir.

Page 15: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

15

• Kebanyakan daripada

rumah di kampung itu

musnah dipukul ribut.

• Sebahagian daripada

pelajar sudah pulang

ke rumah masing-

masing.

• Seorang daripadanya

bertubuh tinggi dan

tegap.

Menyatakan perubahan,

perbezaan atau

perbandingan

• Ali lebih tinggi

daripada Ahmad.

• Kami tiba lewat

daripada mereka.

• Membaca buku ilmiah

lebih baik daripada

membaca majalah

hiburan.

• Perangainya lain

daripada yang lain.

rendah dari 24.4%

rendah daripada 24.4%

Kata sendi dari untuk masa

dan tempat.

Kata sendi daripada untuk

orang, perbandingan, asal

kejadian atau sumber.

berpuashati

berpuas hati

Puas hati, kata majmuk yang

dieja terpisah.

dibawah

di bawah

Kata sendi di, dieja terpisah.

Page 16: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

16

…mengambil maklum

perkara-perkara berikut:

…mengambil maklum akan

perkara-perkara yang berikut:

Perlu ada kata sendi akan.

diatas kerjasama

atas kerjasama

Rujuk penjelasan di muka

surat 2.

maklumbalas

maklum balas

Maklum balas, kata majmuk

yang dieja terpisah.

minima

minimum

Ejaan yang tepat minimum.

Y. Bhg

YBhg

Tidak perlu ada tanda

noktah.

tengahari

tengah hari

Tengah hari, kata majmuk

yang dieja terpisah.

ePerolehan

e-Perolehan

Perlu ada tanda sempang.

ianya

ia

Ianya tidak boleh dianggap

sebagai kata ganti diri.

di antara terma rujukan

antara terma rujukan

Rujuk penjelasan di muka

surat 1.

mempastikan

memastikan

Pasti, menerima awalan mem

dan konsonan p digugurkan.

perolehi

peroleh

Perkataan yang tepat ialah

peroleh

Page 17: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

17

tv1

TV1

TV1, dieja dengan huruf

besar.

tv2

TV2

TV2, dieja dengan huruf

besar.

sebutharga

sebut harga

Sebut harga, kata majmuk

yang dieja terpisah.

professional

profesional

Profesional, dieja dengan satu

s.

Jarang sekali terdapat

gugusan konsonan dalam

perkataan BM.

Contoh lain:

• Misi bukan missi

• Majalah bukan

majallah

• Muhibah bukan

muhibbah

• Sesi bukan sessi

• Hajah bukan hajjah

• Gosip bukan gossip

Kecuali media massa untuk

membezakannya daripada

masa.

dari masa ke semasa

dari masa ke masa atau

dari semasa ke semasa

Gunakan perkataan yang

sama, jangan disilangkan.

Laporan Tindakan ke atas

kesalahan

Laporan Tindakan tentang

/akan kesalahan

Kata sendi yang tepat ialah

akan atau tentang.

hukuman ke atas kakitangan

hukuman kepada /terhadap

kakitangan

Kata sendi yang tepat ialah

kepada atau terhadap.

Page 18: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

18

dikemaskini

dikemas kini

Kemas kini, kata majmuk

yang dieja terpisah.

mengambil tindakan di atas

perkara ini…

mengambil tindakan atas

perkara ini…

Rujuk penjelasan di muka

surat 2.

urusetia

urus setia

Urus setia, kata majmuk yang

dieja terpisah.

menaiktaraf

menaik taraf

Naik taraf, kata majmuk yang

dieja terpisah.

kesemua 51 lokasi

ke semua 51 lokasi

Kata sendi ke, dieja terpisah.

pemerksaan

pemeriksaan

Kesilapan menaip.

utnuk

untuk

Kesilapan menaip.

sepertimana

Seperti mana

Lebih tepat sebagaimana atau

seperti.

kraftangan

Kraf tangan

Kraf tangan, kata majmuk

yang dieja terpisah. (kecuali

kata nama khas yang

digazetkan)

berpuashati

berpuas hati

Puas hati, kata majmuk yang

dieja terpisah.

pernelanjaan

perbelanjaan

Kesilapan menaip

Page 19: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

19

adalah sebanyak

ialah sebanyak

Rujuk penjelasan tentang kata

pemeri ialah dan adalah

dari jumlah peruntukan yang

diterima…

daripada jumlah peruntukan

yang diterima…

Rujuk penjelasan di muka

surat 10 – 13.

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

di atas nama…

atas nama…

Rujuk penjelasan di muka

surat 2.

telepon

telefon

Ejaan yang tepat ialah

telefon.

sepertimana

Seperti mana

Lebih tepat seperti atau

sebagaimana

e-mail

e-mel

Ejaan yang tepat ialah e-mel.

fax

faks

Ejaan penuh ialah faksimile

dan singkatannya ialah faks.

Dewan Cendiakawan

Dewan Cendekiawan

Ejaan yang tepat ialah

cendekiawan.

merekabentuk

mereka bentuk

Reka bentuk, kata majmuk

yang dieja terpisah.

siaraya

siar raya

Siar raya, kata majmuk yang

dieja terpisah.

Page 20: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

20

Institut Penyiaran &

penerangan

Institut Penyiaran dan

Penerangan

Ejaan yang tepat ialah

perkataan dan dieja, dan

konsonan p dieja dengan

huruf besar.

menaiktaraf

menaik taraf

Naik taraf, kata majmuk yang

dieja terpisah.

Komputer HP Laser Jet Dan

samsung

Computer HP Laser Jet dan

Samsung

Nama khas

perlanjutan

pelanjutan

Pelanjutan, daripada proses

melanjutkan.

halatuju

hala tuju

Hala tuju, kata majmuk yang

dieja terpisah.

Juru Perunding

Juruperunding

Juruperunding, dieja satu

perkataan.

perlantikan

pelantikan

Pelantikan, daripada proses

melantik.

BAKI BAWA KEHADAPAN

BAKI BAWA KE HADAPAN

Kata sendi ke, dieja terpisah.

HAPUSKIRA

HAPUS KIRA

Hapus kira, kata majmuk

yang dieja terpisah.

DIKEMASKINI

DIKEMAS KINI

Kemas kini, kata majmuk

yang dieja terpisah.

PANTRY

PANTRI

Ejaan dalam BM, dieja dengan

vokal i.

Page 21: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

21

diperolehi

diperoleh

Kata yang tepat ialah

diperoleh.

senireka

seni reka

Seni reka, kata majmuk yang

dieja terpisah.

BUKU KECIL 1MALAYSIA

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

…berdasarkan atas prinsip-

prinsip…

…berdasarkan prinsip-

prinsip…

Kata kerja transitif terus

menerima objek, tidak boleh

disisip dengan kata sendi

atas.

e-mail

e-mel

Ejaan yang tepat ialah e-mel.

SURAT RASMI

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Institut Penyiaran Tun Razak

Institut Penyiaran dan

Penerangan Tun Abdul Razak

IPPTAR – Institut Penyiaran

dan Penerangan Tun Abdul

Razak

Faks No.

No. Faks

Hukum D – M

Yang diterangkan mendahului

yang menerangkan.

Page 22: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

22

Contoh lain:

• Pisang goreng

• Studio mini

• Hal-hal lain

• Kedai pajak gadai

• Kompleks sukan

Y.Bhg.

YBhg

(7 kali) Tidak perlu tanda

noktah.

tengahari

tengah hari

(5 kali) Tengah hari, kata

majmuk yang dieja terpisah.

Dewan Banquet

Dewan Bankuet

(2 kali) Bankuet, dieja dengan

konsonan k.

maklumbalas

maklum balas

(2 kali) maklum balas, kata

majmuk yang dieja terpisah.

urusetia

urus setia

Urus setia, kata majmuk yang

dieja terpisah.

faksemili

faksimile

Ejaan yang tepat ialah

faksimile.

Sesungguhnya dengan

kehadiran Tuan akan

menyerikan majlis ini…

Sesungguhnya kehadiran Tuan

akan menyerikan majlis ini…

Ayat asal tidak gramatis.

ATURCARA

ATUR CARA

Atur cara, kata majmuk yang

dieja terpisah.

Page 23: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

23

diatas

di atas

Rujuk penjelasan di muka

surat 2.

Adalah dimaklumkan…

Dengan ini dimaklumkan…

Tidak boleh memulakan ayat

dengan kata pemeri adalah.

…disepanjang tempoh

diatas…

…sepanjang tempoh di atas…

Ayat asal tidak gramatis.

staff

staf

Perkataan BM ialah staf.

Kerjasama tuan dalam

perkara ini adalah dihargai.

Kerjasama tuan dalam

menjayakan acara ini amat

dihargai.

Ayat asal tidak gramatis.

aturcara

atur cara

Atur cara, kata majmuk yang

dieja terpisah.

Check in

Daftar masuk

Jika ada istilah BM, eloklah

kita mempopularkannya.

vocal

vokal

Vokal, dieja dengan konsonan

k.

tengahari

tengah hari

Tengah hari, kata majmuk

yang dieja terpisah.

Check out

Daftar keluar

Jika ada istilah BM, eloklah

kita mempopularkannya.

perkara diatas.

perkara di atas.

Kata sendi di, dieja terpisah.

Rujuk penjelasan di muka

surat 2.

Page 24: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

24

berkuatkuasa

berkuat kuasa

Kuat kuasa, kata majmuk

yang dieja terpisah.

Disamping itu,

Di samping itu,

Kata sendi di, dieja terpisah.

di arahkan

diarahkan

Awalan di, dieja satu

perkataan.

di sifatkan

disifatkan

Awalan di, dieja satu

perkataan.

S.K

s.k.

Huruf kecil dan ada tanda

noktah.

Y.Bhg.

YBhg

Tidak perlu tanda noktah.

Adalah saya dengan

hormatnya merujuk…

Dengan hormatnya saya

merujuk…

Tidak boleh memulakan ayat

dengan kata pemeri adalah.

Diangkakan seramai 250

orang

Dijangkakan seramai 250

orang

Lebih tepat dijangkakan.

Hajjah

Hajah

Ejaan yang tepat ialah hajah.

Bilik-bilik yang diacadangkan

adalah Bilik Cabaran…

Bilik-bilik yang dicadangkan

ialah Bilik Cabaran…

Rujuk penjelasan di muka

surat 6.

Jalan Pantai Baru

Jalan Pantai Baharu

Ejaan yang tepat ialah

baharu.

Urusetia

Urus setia

Urus setia, kata majmuk yang

dijea terpisah.

Page 25: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

25

BOLASEPAK

BOLA SEPAK

Bola sepak, kata majmuk

yang dieja terpisah.

Di atas kerjasama tuan…

Atas kerjasama tuan…

Rujuk penjelasan di muka

surat 2.

Adalah saya dengan

hormatnya merujuk kepada

perkara tersebut di atas.

Dengan hormatnya saya

merujuk kepada perkara yang

tersebut di atas.

Ayat asal tidak gramatis.

keatas

ke atas

Kata sendi ke, dieja terpisah.

BUKU PROGRAM MALAM JASAMU DIKENANG

YANG SALAH

YANG BETUL

CATATAN

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

Berdasarkan atas prinsip-

prinsip yang berikut:

Berdasarkan prinsip-prinsip

yang berikut:

Tidak perlu kata sendi atas.

Allah S.W.T.

Allah SWT

Tidak perlu tanda noktah.

limpahNya

limpah-Nya

Konsonan N dieja dengan

huruf besar kerana Nya

merujuk kepada Allah.

Perkataan dieja dengan tanda

sempang.

Pada Kesempatan ini…

Pada kesempatan ini

Kesilapan menaip.

Page 26: BIASAKAN YANG BETUL BIL - · PDF fileprasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, ... sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia , kata majmuk yang dieja terpisah

26

…berjaya di dalam apa jua

bidang…

…berjaya dalam apa jua

bidang…

Rujuk penjelasan di muka

surat 8.

…di atas persaraan mereka…

…atas persaraan mereka…

Rujuk penjelasan di muka

surat 2.

…di atas sumbangan…

…atas sumbangan…

Rujuk penjelasan di muka

surat 2.

Jasa Mu Dikenang

Jasamu Dikenang

Mu tidak perlu dieja dengan

huraf besar kerana bukan

merujuk kepada Allah.

Perkataan Jasamu dieja rapat.

Selain daripada menjadi

medan…

Selain menjadi medan …

Tidak perlu kata sendi dari

atau daripada selepas selain.

…bertukar-tukar pengalaman

di antara pesara dan warga

Kementerian…

…bertukar-tukar pengalaman

antara pesara dengan warga

Kementerian…

Rujuk penjelasan di muka

surat 1.

Kementerian Penerangan

Komunikasi Dan Kebudayaan

Kementerian Penerangan

Komunikasi dan Kebudayaan

Dan, d dieja dengan huruf

kecil.

NOTA: Saya memantau tegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan bahasa yang masih

berlaku dalam kalangan warga kerja KPKK. Bukan niat saya untuk mengaibkan pesalah bahasa.

Harapan saya, teguran ini boleh dijadikan panduan dalam kita menjalankan tugas seharian di

pejabat. Alhamdulillah, kesalahan bahasa dan kesilapan ejaan semakin kurang. Sama-samalah

kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Dipantau tegur oleh:

Dato’ Adilah binti Shek Omar

Pengarah IPPTAR

Tarikh: Dikemaskinikan pada 25 Julai 2010