bh2saster~ brat larikan khazanah · 4 bh2saster~ ® rabu 19 ogos 20is » manuskrip, artifak kembali...

1
4 ® RABU 19 OGOS 20IS » Manuskrip, artifak kembali kepada pemilik asal dalam bentuk digital Brat larikan khazanah Oleh Nazmi Yaakub [email protected] P enjajahan dan imperialisme Barat tidak hanya me- munggah kekayaan hasil bumi tanah jajahannya di Timur, bahkan 'melarikan' khazanah kepustakaan dan ke- ilmuan peradaban yang pernah dimiliki. Manuskrip daripada alam Mela- yu umpamanya tidak terkecuali menerima nasib itu sehingga sebahagian besar naskhah warisan kita berada di seluruh dunia ter- masuk Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (AS), London, Laiden dan Paris. I Ketika mengikuti program Kembara Laluan Sutera 2015 yang merangkumi destinasi Xi'an, Jaiyuguan dan Dunhuang di China, baru-baru ini, penulis menyedari nasib sarna turut menimpa kha- zanah kepustakaan tamadun di . negara Tembok Besar itu. Delegasi Kembara Laluan Sutera 2015 yang disertai wakil media Malaysia dan DBP. Sejarah 'pemunggahan' kha- zanah kepustakaan bangs a itu berlaku di Mogao Grottoes yang turut dikenali sebagai Seribu Gua Buddha yang terletak sejauh 25 kilometer (km) dari Dunhuang, Wilayah Gansu di barat China. Mogao Grottoes dibina sejak tahun 366 selepas Masihi (SM) sehingga kini memiliki 735 gua yang dihiasi mural lukisan dan patung bercirikan agama itu dengan luas keseluruhannya 45,000 meter persegi. Pada umumnya, rangkaian gua itu menjadi tempat meditasi dan upacara agama kepada sami Buddha dengan setiap gua memiliki ciri serta hiasan yang mewakili dinasti yang menjadi latar zaman kepada pembinaannya. Manuskrip, skrol disimpan di gua Bagaimanapun, salah satu gua digunakan sebagai ruang seum- pama stor atau arkib untuk me- nyimpan koleksi skrol, manuskrip dan tulisan yang berusia seawal abad kelima hingga ke-ll. Gua Perpustakaan itu menyim- pan koleksi bukan saja mengenai agama Buddha, bahkan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sains, sastera, seni, sejarah dan geografi serta maklumat mengenai 5,000 tinggalan budaya dalam tulisan Cina, selain Sanskrit, Tibet dan Hebrew. Dipercayai Gua Perpustakaan itu menyimpan koleksi berjumlah lebih 50,000 manuskrip termasuk komentar kanun atau daftar karya Buddha, Confucius dan Taoisme, dokumen kerajaan dinasti di China, buku kerja, kamus serta tulisan kaligrafi. Gua itu sebenarnya dikhaskan untuk memperingati sami, Hong- bian yang meninggal dunia pada tahun 862 dan berasal daripada keluarga yang kava serta turut ber- tanggungjawab terhadap pem- binaan gua ke-16. Menariknya, kewujudan Gua Perpustakaan itu tidak diketahui oleh masyarakat tempatan Pemandangan Mogao Grottoes dari luar. sendiri sehinggalah sami Taoisme, Wang Yuanlu menemukan koleksi manuskrip dalam gua yangtertutup selepas memecahkan dindingnya pada tahun 1900. SE3arawan, pengkC\ii Barattenga Berita penemuan itu tersebar sehinggalah diketahui sejarawan Hungary, Aurel Stein yang mewakili Inggeris dan India, sekali gus berjaya memujuk Yuanlu untuk menjual kira-kira 10,000 ma- nuskrip dan skrol lukisan kepa- danya, sebelum menimbulkan keterujaan kepada ramai arkeologi dan sejarawan Eropah. Antara yang berjaya 'me- munggah' koleksi itu ialah ahli kaji China dari Perancis, Paul Pelliot yang memujuk Yuanlu untuk membenarkannya bermalam dalam gua itu, sebelum membawa pulang sebahagian khazanah yang sangat penting. Pengkaji Jepun dan Russia juga tidak melepaskan peluang itu, malah ahli arkeologi dan sejarawan seni dari AS, Langdon Warner yang mendapati tidak ada manuskrip yang bagus untuk diambil, bertindak menanggalkan mural yang berasal daripada Dinasti Tang dengan meng- gunakan bahan kimia khas. Keghairahan memunggah khazanah ke luar hanya diha- lang hampir empat dekad ke- mudiannya tetapi hanya dapat menyelamatkan kira-kira satu perlima saja selepas Institut Penyelidikan Seni Dunhuang ditubuhkan pada tahun 1944 dan mendapat perhatian daripada bekas Perdana Menteri China Binaan Gua Perpustakaan. pertama, Zhou Enlai pada 1956. Selain itu, koleksi dalam Gua Perpustakaan turut terselamat daripada dimusnahkan ketika Re- volusi Budaya antara tahun 1966 hingga tahun 1976 bukan saja kerana Dunhuang terlalu jauh dari ibu negara, bahkan sebahagian pemimpin kanannya menyedari nilainya kepada peradaban. Sisi positif 'pemunggahan' Sebahagian pihak menganggap 'pemunggahan' khazanah itu ada sisi positif kerana koleksi itu lebih terjaga di institusi di Barat yang memang memiliki teknologi pemeliharaan dan pemuliharaan yang maju berbanding kekal di tempat asal yang terdedah kepada kerosakan serta kemusnahan. Bagaimanapun, ia tidak me- ,. nafikan sarna sekali sejarah hitam yang menimpa khazanah kepustakaan dan peradab an Timur yang memerlukan bangsa asalnya 'mengambil kembali' hak merekaitu. Sudah tentu perjuangan me- nuntut kembali hak itu sukar dan mahal harganya tetapi sekurang- kurangnya ia dilakukan dengan memanfaatkan teknologi digital seperti yang dibuat melalui Projek Dunhuang Antarabangsa (IDP ). Melalui IDP yang membabitkan pelbagai institusi pada peringkat antarabangsa, khazanah peradaban seperti manuskrip, skrol, lukisan dan artifak dipindahkan ke dalam bentuk digital sehingga kini pangkalan datanya mengandungi 33,688 manuskrip; 136, 797 data entri dan 471,353 gambar yang boleh dicapai melalui http://idp.bl. uk. Kembara Laluan Sutera tajaan Radio China Antarabangsa (CRI) dan Kedutaan China di Malaysia yang disertai wakil media negara ini serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), menunjukkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dalam bentuk digital itu boleh mengembalikan khazanah yang pernah hilang daripada milik sesuatu bangsa. Malah, lebih penting, doku- mentasi digital itu memberi peluang kepada generasi masa kini untuk mengkajinya sebingga mengetahui makna diri dan hakikat sejarah bangsanya, selain menggali kearifan tempatan serta keilmuan peradabannya.

Upload: others

Post on 12-Jan-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

4 BH2 SASTER~ ® RABU 19 OGOS 20IS

» Manuskrip, artifak

kembali kepada pemilik asal

dalam bentuk digital

Brat larikan khazanah

Oleh Nazmi Yaakub [email protected]

Penjajahan dan imperialisme Barat tidak hanya me­munggah kekayaan hasil bumi tanah jajahannya di Timur, bahkan 'melarikan'

khazanah kepustakaan dan ke­ilmuan peradaban yang pernah dimiliki.

Manuskrip daripada alam Mela­yu umpamanya tidak terkecuali menerima nasib itu sehingga sebahagian besar naskhah warisan kita berada di seluruh dunia ter­masuk Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (AS), London, Laiden dan Paris. I

Ketika mengikuti program Kembara Laluan Sutera 2015 yang merangkumi destinasi Xi'an, Jaiyuguan dan Dunhuang di China, baru-baru ini, penulis menyedari nasib sarna turut menimpa kha­zanah kepustakaan tamadun di

. negara Tembok Besar itu. Delegasi Kembara Laluan Sutera 2015 yang disertai wakil media Malaysia dan DBP. Sejarah 'pemunggahan' kha­

zanah kepustakaan bangs a itu berlaku di Mogao Grottoes yang turut dikenali sebagai Seribu Gua Buddha yang terletak sejauh 25 kilometer (km) dari Dunhuang, Wilayah Gansu di barat China.

Mogao Grottoes dibina sejak tahun 366 selepas Masihi (SM) sehingga kini memiliki 735 gua yang dihiasi mural lukisan dan patung bercirikan agama itu dengan luas keseluruhannya 45,000 meter persegi.

Pada umumnya, rangkaian gua itu menjadi tempat meditasi dan upacara agama kepada sami Buddha dengan setiap gua memiliki ciri serta hiasan yang mewakili dinasti yang menjadi latar zaman kepada pembinaannya.

Manuskrip, skrol disimpan di gua Bagaimanapun, salah satu gua digunakan sebagai ruang seum­pama stor atau arkib untuk me­nyimpan koleksi skrol, manuskrip dan tulisan yang berusia seawal

abad kelima hingga ke-ll. Gua Perpustakaan itu menyim­

pan koleksi bukan saja mengenai agama Buddha, bahkan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sains, sastera, seni, sejarah dan geografi serta maklumat mengenai 5,000 tinggalan budaya dalam tulisan Cina, selain Sanskrit, Tibet dan Hebrew.

Dipercayai Gua Perpustakaan itu menyimpan koleksi berjumlah lebih 50,000 manuskrip termasuk komentar kanun atau daftar karya Buddha, Confucius dan Taoisme, dokumen kerajaan dinasti di China, buku kerja, kamus serta tulisan kaligrafi.

Gua itu sebenarnya dikhaskan untuk memperingati sami, Hong­bian yang meninggal dunia pada tahun 862 dan berasal daripada keluarga yang kava serta turut ber­tanggungjawab terhadap pem­binaan gua ke-16.

Menariknya, kewujudan Gua Perpustakaan itu tidak diketahui oleh masyarakat tempatan

Pemandangan Mogao Grottoes dari luar.

sendiri sehinggalah sami Taoisme, Wang Yuanlu menemukan koleksi manuskrip dalam gua yangtertutup selepas memecahkan dindingnya pada tahun 1900.

SE3arawan, pengkC\ii Barattenga Berita penemuan itu tersebar sehinggalah diketahui sejarawan Hungary, Aurel Stein yang mewakili Inggeris dan India, sekali gus berjaya memujuk Yuanlu untuk menjual kira-kira 10,000 ma­nuskrip dan skrol lukisan kepa­danya, sebelum menimbulkan keterujaan kepada ramai arkeologi dan sejarawan Eropah.

Antara yang berjaya 'me­munggah' koleksi itu ialah ahli kaji China dari Perancis, Paul Pelliot yang memujuk Yuanlu untuk membenarkannya bermalam dalam gua itu, sebelum membawa pulang sebahagian khazanah yang sangat penting.

Pengkaji Jepun dan Russia juga tidak melepaskan peluang

itu, malah ahli arkeologi dan sejarawan seni dari AS, Langdon Warner yang mendapati tidak ada manuskrip yang bagus untuk diambil, bertindak menanggalkan mural yang berasal daripada Dinasti Tang dengan meng­gunakan bahan kimia khas.

Keghairahan memunggah khazanah ke luar hanya diha­lang hampir empat dekad ke­mudiannya tetapi hanya dapat menyelamatkan kira-kira satu perlima saja selepas Institut Penyelidikan Seni Dunhuang ditubuhkan pada tahun 1944 dan mendapat perhatian daripada bekas Perdana Menteri China

Binaan Gua Perpustakaan.

pertama, Zhou Enlai pada 1956. Selain itu, koleksi dalam Gua

Perpustakaan turut terselamat daripada dimusnahkan ketika Re­volusi Budaya antara tahun 1966 hingga tahun 1976 bukan saja kerana Dunhuang terlalu jauh dari ibu negara, bahkan sebahagian pemimpin kanannya menyedari nilainya kepada peradaban.

Sisi positif 'pemunggahan' Sebahagian pihak menganggap 'pemunggahan' khazanah itu ada sisi positif kerana koleksi itu lebih terjaga di institusi di Barat yang memang memiliki teknologi pemeliharaan dan pemuliharaan

yang maju berbanding kekal di tempat asal yang terdedah kepada kerosakan serta kemusnahan.

Bagaimanapun, ia tidak me-,. nafikan sarna sekali sejarah

hitam yang menimpa khazanah kepustakaan dan peradaban Timur yang memerlukan bangsa asalnya 'mengambil kembali' hak merekaitu.

Sudah tentu perjuangan me­nuntut kembali hak itu sukar dan mahal harganya tetapi sekurang­kurangnya ia dilakukan dengan memanfaatkan teknologi digital seperti yang dibuat melalui Projek Dunhuang Antarabangsa (IDP).

Melalui IDP yang membabitkan pelbagai institusi pada peringkat antarabangsa, khazanah peradaban seperti manuskrip, skrol, lukisan dan artifak dipindahkan ke dalam bentuk digital sehingga kini pangkalan datanya mengandungi 33,688 manuskrip; 136,797 data entri dan 471,353 gambar yang boleh dicapai melalui http://idp.bl.uk.

Kembara Laluan Sutera tajaan Radio China Antarabangsa (CRI) dan Kedutaan China di Malaysia yang disertai wakil media negara ini serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), menunjukkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dalam bentuk digital itu boleh mengembalikan khazanah yang pernah hilang daripada milik sesuatu bangsa.

Malah, lebih penting, doku­mentasi digital itu memberi peluang kepada generasi masa kini untuk mengkajinya sebingga mengetahui makna diri dan hakikat sejarah bangsanya, selain menggali kearifan tempatan serta keilmuan peradabannya.