bertanggungjawab

Upload: amirrudin-ismail

Post on 15-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tanggungjawab murid terhadap kesejahteraan hidupnya dan peranan tanggungjawab dalam melahirkan murid yang cemerlang

TRANSCRIPT

Bertanggungjawab berasal daripada perkataan tanggung dan jawab. Ertinya, setiap kita perlu menanggung akibat bagi setiap pilihan dan tindakan yang kita buat dalam hidup. Ianya boleh juga didefinisikan sebagai kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan yang diberi dengan sempurna.Tanggung jawab bukanlah sikap bawaan sejak lahir. Tanggung jawab dibentuk dari waktu ke waktu. Orang yang bertanggung jawab mampu berbuat baik walaupun tidak ada yang melihat, karena mereka memiliki pemahaman tentang kebenaran, memiliki keberanian dan pengendalian diri untuk berbuat baik, bahkan ketika ada godaan untuk berbuat tidak baik. Belajar untuk bertanggung jawab termasuk juga belajar untuk :

Sebagai seorang murid, terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul termasuklah tanggungjawab terhadap diri sendiri, guru, negara, ibu bapa dan sebagainya. Mari kita kongsi beberapa tanggungjawab yang harus dipegang oleh seorang murid.

1)TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP DIRI SENDIRI.- Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani.- Bersopan,jujur dan amanah.- Menghargai masa dan menepati masa.- Berjimat cermat.- Bersifat sederhana dan tidak sombong.- Sabar dan bertolakansur.- Menghormati hak asasi orang lain.- Berani dan cekal hati.- Berdedikasi dan berdikasi.- Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

2)TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP AGAMA.- Taat kepada perintah Tuhan.- Mempertahankan kesucian agama.- Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian.- Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama.- Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat.

3)TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP KELUARGA.- Menghormati orang-orangtua dan ibu-bapa.- Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga.- Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang berpendidikan dan bermoral tinggi.- Menjaga nama baik keluarga.

4)TANGUNGGJAWAB PELAJAR TERHADAP MASYARKAT.- Tolong menolong dan bekerjasama dalam melakukan kebaikan.- Menghormati orang-orang yang lebih tua.- Bertolak ansur, dan memahami pantang larang dan adat resam suku bangsa lain.- Bersefahaman dan sabar.- Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat / kebajikan.- Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar.- Memelihara kerukunan hidup berjiran.- Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya.

5)TANGGUNGJAWAB MURID TERHADAP SEKOLAH.- Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah.- Menghormati guru-guru kakitangan.- Belajar bersungguh-sungguh.- Menaikkan imej sekolah dalam semua bidang.- Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral tinggi.- Bekerjasama dan bersatupadu.- Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh sekolah.- Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh sekolah dengan baik.

6)TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP GURU:- Menghormati guru sebagai sumber pengetahuan.- Bersopan terhadap guru.- Bersedia memberi kerjasama dan bantuan.- Mematuhi arahan guru - Menjaga perasaan guru.- Menerima teguran guru dengan positif.

Demikian adalah beberapa sikap tanggungjawab yang perlu ada bagi setiap murid. Sekarang marilah kita bersama menanam azam untuk menjadi murid yang lebih bertanggungjawab.