bersyukur

2
Bersyukur Maksud bersyukur ialah berterima kasih kepada Allah. In English, grateful, thankful. Bersyukur kepada Allah SWT terdapat tiga tingkat iaitu : Pertama : Syukur dengan lidah. Kedua : Syukur dengan anggota . Ketiga : Syukur dengan hati. Huraiannya : Pertama : Syukur dengan lidah. Orang mukmin sentiasa lidahnya mengucapkan syukur kepada Allah SWT dengan mengucapkan "alhamdulillah". Mengucapkan syukur dengan memuji dan memuja Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa diseluruh alam semesta tanda kita berterima kasih kepada-Nya yang telah memberikan rezeki dan nikmatnya yang banyak dan kita tidak akan mampu membalasnya. Kedua : Syukur dengan anggota . Tanda seseorang itu bersyukur dengan anggota adalah melahirkan rasa terima kasih kepada Allah SWT dengan menggunakan anggota (kesemua sekali) ke arah kebaikan. Bersyukur dengan tubuh badan, yakni menbelanjakan rezeki yang Allah berikan untuk keperluan diri, keluarga dan agama. Sentiasa mencegah daripadaa menggunakan nikmat Allah SWT untuk berbuat perkara yang mungkar dan ditegah oleh Allah SWT. Ketiga : Syukur dengan hati. Syukur dengan hati adalah tahap syukur yang paling susah untuk dicapai kecuali dengan cara belajar dan mendalami ilmu (pengetahuan agama dan iman). Iaitu hati sentiasa ingat kepada Allah SWT dan merasakan bahawa segala taat yang dilakukan ini adalah semata-mata kerana Allah SWT untuk melakukan taat itu. Bersyukur dengan hati, yakni bahawa segala nikmat itu

Upload: nurul-jannah-binti-jamaludin

Post on 20-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

THEME

TRANSCRIPT

Page 1: Bersyukur

Bersyukur

Maksud bersyukur ialah berterima kasih kepada Allah. In English, grateful, thankful.

Bersyukur kepada Allah SWT terdapat tiga tingkat iaitu :

 

Pertama : Syukur dengan lidah.

 

Kedua : Syukur dengan anggota .

 

Ketiga : Syukur dengan hati.

 

Huraiannya :

 

Pertama : Syukur dengan lidah.

 

Orang mukmin sentiasa lidahnya mengucapkan syukur kepada Allah SWT dengan mengucapkan

"alhamdulillah". Mengucapkan syukur dengan memuji dan memuja Allah SWT sebagai Tuhan Yang

Maha Berkuasa diseluruh alam semesta tanda kita berterima kasih kepada-Nya yang telah

memberikan rezeki dan nikmatnya yang banyak dan kita tidak akan mampu membalasnya.

 

Kedua : Syukur dengan anggota .

 

Tanda seseorang itu bersyukur dengan anggota adalah melahirkan rasa terima kasih kepada Allah

SWT dengan menggunakan anggota (kesemua sekali) ke arah kebaikan.

 

Bersyukur dengan tubuh badan, yakni menbelanjakan rezeki yang Allah berikan untuk keperluan

diri, keluarga dan agama. Sentiasa  mencegah daripadaa menggunakan nikmat Allah SWT untuk

berbuat perkara yang mungkar dan ditegah oleh Allah SWT.

 

Ketiga : Syukur dengan hati.

 

Syukur dengan hati  adalah tahap syukur yang paling susah untuk dicapai kecuali dengan cara

belajar dan mendalami ilmu (pengetahuan agama dan iman). Iaitu hati sentiasa ingat kepada Allah

SWT dan merasakan bahawa segala taat yang dilakukan ini adalah semata-mata kerana Allah SWT

untuk melakukan taat itu. Bersyukur dengan hati, yakni bahawa segala nikmat itu

datangnya daripada Allah  SWT.

 

Hati perlu dididik dengan didikan iman dan banyakkan berzikir kepada Allah SWT supaya hati itu

hidup, bersih dan sejahtera. Apabila hati itu telah diproses dengan tarbiah imaniah maka akan

lahirlah hati yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.