bersama abdul jalil haji anuar abjad ca [ ] · dalam ayat ini, terdapat dua objek, iaitu adik...

1
Ketiga, apabila abjad ca [ ] berada pada posisi akhir kata, abjad ini boleh disambungkan dengan semua abjad kecuali alif [ ], dal [ ], zal [ ], ra [ ], zai [ ], wau [ ] dan va [ ] yang mendahuluinya. Contohnya: Halaman Empat BERITA HARIAN Isnin, 20 Mac 2006 PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim B ANYAK orang agak keliru tentang penggunaan kedua- dua pasangan perkataan ini. Pertama, bolehkah tentang dan mengenai bertukar ganti seperti yang terdapat di dalam ayat: Mereka berbincang tentang perkara itu dan “Mereka berbin- cang mengenai perkara itu”. Perlu disedari bahawa kedua- dua perkataan ini mempunyai lebih daripada satu makna. Namun, untuk menjawab soa- lan ini, kita hanya menumpu- kan perhatian kepada 'tentang' dan 'mengenai' yang digunakan sebagai kata sendi nama. Contoh penggunaan 'tentang' sebagai kata sendi nama adalah seperti yang terdapat di atas, iaitu Mereka berbincang tentang hal itu. Dalam ayat ini tentang bererti 'berkenaan dengan'. Perkataan mengenai pula berasal daripada kata dasar kena. Perkataan kena meneri- ma awalan meN- untuk meng- hasilkan 'mengenai'. Sekurang- kurangnya terdapat tiga makna 'mengenai', iaitu: Pertama, 'mengenai' berfungsi sebagai kata kerja transitif de- ngan maksud 'kena pada'. Contoh dalam ayat: Peluru itu mengenai sasarannya. Kedua, 'mengenai' juga ber- fungsi sebagai kata kerja tran- sitif, dengan maksud 'menimpa' se-perti dalam ayat: Penyakit campak ini lebih kerap mengenai kanak-kanak daripada orang dewasa. Ketiga, 'mengenai' boleh digu- nakan sebagai kata sendi nama, dengan membawa erti 'ber- kenaan dengan' atau 'tentang'. Dengan makna ini, perkataan 'mengenai' boleh bertukar ganti dengan 'tentang', seperti yang terdapat dalam ayat: Mereka berbincang mengenai perkara itu atau mereka berbincang tentang perkara itu. Di samping 'tentang' dan 'me- ngenai', penggunaan dua kata kerja iaitu, 'menghadiahkan' dan 'menghadiahi' sering juga menja- di persoalan. Bilakah digunakan 'menghadiahkan' dan bila pula 'menghadiahi'? Pertama, perlu diingatkan bahawa kedua-dua kata kerja ini berasal daripada kata dasar 'ha- diah', iaitu kata nama. Apabila 'hadiah' menerima apitan meng- ... -kan dan meng- ... -i, maka terhasillah kata kerja transitif 'menghadiahkan' dan 'menghadiahi'. Sebagai kata kerja transitif, kedua-duanya menerima objek. Perbezaan terletak pada beberapa objek yang boleh hadir. Bagi kata kerja 'menghadiahkan', hanya satu objek yang diperlukan, se- perti dalam ayat ini: Ayah meng- hadiahkan sebuah basikal kepa- da adik. Dalam ayat ini, terdapat hanya satu objek, iaitu sebuah basikal. Dalam ayat yang sama, 'kepada adik' bukan objek tetapi ialah frasa sendi nama. Sekarang mari kita lihat ayat dengan penggunaan menghadi- ahi pula: Ayah menghadiahi adik sebuah basikal. Dalam ayat ini, terdapat dua objek, iaitu adik (objek tepat) dan sebuah basikal (objek sipi). Itulah perbe- zaan penggunaan dua kata kerja ini. Jikalau hendak dipasifkan kedua-dua ayat ini, objek yang paling dekat dengan kata kerja menjadi subjek ayat pasif. Per- hatikan ayat-ayat berikut: Aktif : Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada adik. Pasif : Sebuah basikal dihadi- ahkan oleh ayah kepada adik. Aktif: Ayah menghadiahi adik sebuah basikal. Pasif : Adik dihadiahi sebuah basikal oleh ayah. Antara "Tentang" dengan "Mengenai", "Menghadiahkan" dengan "Menghadiahi" KOSA KATA BAHARU Probet a. Proses membuktikan secara rasmi kesahihan atau kesahan sesuatu wasiat. b. Sijil pengesahan wasiat. Protektorat Negara yang mendapat perlin- dungan daripada negara asing dan tidak mempunyai raja berdaulat. Timbang tara Cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah. Tort Salah laku (yang tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yang boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi. Oleh Zaiton Nasir GLOSARI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Penentuan keputusan (Decision Making) Pemilihan terhadap tindakan yang diambil daripada pelbagai alternatif yang sedia ada untuk mendapatkan satu alternatif yang diharapkan. Fasal kenaikan (Escalator Clause) Peruntukan dalam tawar-mena- war kolektif yang membenarkan penyesuaian gaji berkala berdasar- kan perubahan kos sara hidup yang ditentukan oleh indeks harga kos. Keperluan pengiktirafan (Esteem Needs) Keperluan penonjolan dan penampil- an diri bagi memperoleh perhatian dan pengiktirafan daripada diri sen- diri dan orang lain. Kepimpinan Beretika (Ethical Leadership) Gaya kepimpinan yang menonjolkan ketatasusilaan yang positif. Oleh Azizul Ismail BAHASA SUKUAN Ampul A MPUL ialah kosa kata suku kaum Bajau Sama, Sabah. Ampul ialah kata sifat yang bermaksud ringan serta dapat tera- pung di permukaan air (berkenaan papan, gabus dan sebagainya). Contoh penggunaannya: Oleh sebab tidak ada pelampung, adik berenang sambil memegang papan yang ampul. Oleh Noorzanani Kata KOSA KATA KLASIK Syahadan T akrif : Kata yang biasa dipakai pada permulaan cerita atau bab, selanjutnya atau sesung- guhnya. Contoh ayat : Syahadan, termasy- hurlah pada segala negeri bahawa Demang Lebar Daun mendapat anak raja tiga bersaudara dari Bukit Si Guntang. Oleh Wahyunah Abd. Gani PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Abdul Jalil Haji Anuar Abjad Ca [ ] P ADA keluaran bulan ini kita akan memperkenalkan abjad ca [ ] yang merupakan abjad ketujuh dalam urutan abjad Jawi. Padanan abjad ini dalam abjad Rumi ialah abjad [ c ]. Dalam sistem ejaan Jawi abjad ca [ ] dapat menempati semua posisi. Contohnya: Cara penulisan abjad ca [ ] adalah seperti yang berikut: Pertama, apabila abjad ca [ ] berada pada posisi awal kata, abjad ini dapat disambungkan dengan abjad yang mengikutinya. Contohnya: Kedua, apabila abjad ca [ ] berada pada posisi tengah kata, ia boleh disambungkan dengan semua abjad kecuali alif [ ], dal [ ], zal [ ],ra [ ], zai [ ], wau [ ] dan va [ ] yang mendahuluinya. Abjad ca [ ] juga dapat disambungkan dengan semua abjad yang didahuluinya. Contoh: ( Bersambung pada bulan hadapan) R R R

Upload: others

Post on 12-Aug-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bersama Abdul Jalil Haji Anuar Abjad Ca [ ] · Dalam ayat ini, terdapat dua objek, iaitu adik (objek tepat) dan sebuah basikal (objek sipi). Itulah perbe-zaan penggunaan dua kata

Ketiga, apabila abjad ca [ ] berada pada posisi akhir kata, abjad ini boleh disambungkan dengan semua abjad kecuali alif [ ], dal [ ], zal [ ], ra [ ], zai [ ], wau [ ] dan va [ ] yang mendahuluinya. Contohnya:

Halaman Empat BERITA HARIAN Isnin, 20 Mac 2006

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

BANYAK orang agak keliru tentang penggunaan kedua-dua pasangan perkataan

ini. Pertama, bolehkah tentang dan mengenai bertukar ganti seperti yang terdapat di dalam ayat: Mereka berbincang tentang perkara itu dan “Mereka berbin-cang mengenai perkara itu”.

Perlu disedari bahawa kedua-dua perkataan ini mempunyai lebih daripada satu makna. Namun, untuk menjawab soa-lan ini, kita hanya menumpu-kan perhatian kepada 'tentang' dan 'mengenai' yang digunakan sebagai kata sendi nama.

Contoh penggunaan 'tentang' sebagai kata sendi nama adalah seperti yang terdapat di atas, iaitu Mereka berbincang tentang hal itu. Dalam ayat ini tentang bererti 'berkenaan dengan'.

Perkataan mengenai pula berasal daripada kata dasar kena. Perkataan kena meneri-

ma awalan meN- untuk meng-hasilkan 'mengenai'. Sekurang-kurangnya terdapat tiga makna 'mengenai', iaitu:

Pertama, 'mengenai' berfungsi sebagai kata kerja transitif de-ngan maksud 'kena pada'. Contoh dalam ayat: Peluru itu mengenai sasarannya.

Kedua, 'mengenai' juga ber-fungsi sebagai kata kerja tran-sitif, dengan maksud 'menimpa' se-perti dalam ayat: Penyakit campak ini lebih kerap mengenai kanak-kanak daripada orang dewasa.

Ketiga, 'mengenai' boleh digu-nakan sebagai kata sendi nama, dengan membawa erti 'ber-kenaan dengan' atau 'tentang'. Dengan makna ini, perkataan 'mengenai' boleh bertukar ganti dengan 'tentang', seperti yang terdapat dalam ayat: Mereka berbincang mengenai perkara itu atau mereka berbincang tentang

perkara itu. Di samping 'tentang' dan 'me-

ngenai', penggunaan dua kata kerja iaitu, 'menghadiahkan' dan 'menghadiahi' sering juga menja-di persoalan. Bilakah digunakan 'menghadiahkan' dan bila pula 'menghadiahi'?

Pertama, perlu diingatkan bahawa kedua-dua kata kerja ini berasal daripada kata dasar 'ha-diah', iaitu kata nama. Apabila 'hadiah' meneri ma apitan meng- ... -kan dan meng- ... -i, maka terhasillah kata kerja transitif 'menghadiahkan' dan 'menghadiahi'.

Sebagai kata kerja transitif, kedua-duanya menerima objek. Perbezaan terletak pada beberapa objek yang boleh hadir. Bagi kata kerja 'menghadiahkan', hanya satu objek yang diperlukan, se-perti dalam ayat ini: Ayah meng-hadiahkan sebuah basikal kepa-da adik. Dalam ayat ini, terdapat

hanya satu objek, iaitu sebuah basikal. Dalam ayat yang sama, 'kepada adik' bukan objek tetapi ialah frasa sendi nama.

Sekarang mari kita lihat ayat dengan penggunaan menghadi-ahi pula: Ayah menghadiahi adik sebuah basikal. Dalam ayat ini, terdapat dua objek, iaitu adik (objek tepat) dan sebuah basikal (objek sipi). Itulah perbe-zaan penggunaan dua kata kerja ini.

Jikalau hendak dipasifkan kedua-dua ayat ini, objek yang paling dekat dengan kata kerja menjadi subjek ayat pasif. Per-hatikan ayat-ayat berikut:

Aktif : Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada adik.

Pasif : Sebuah basikal dihadi-ahkan oleh ayah kepada adik.

Aktif: Ayah menghadiahi adik sebuah basikal.

Pasif : Adik dihadiahi sebuah basikal oleh ayah.

Antara "Tentang" dengan "Mengenai", "Menghadiahkan" dengan "Menghadiahi"

KOSA KATA BAHARU

Probet a. Proses membuktikan secara rasmi kesahihan atau kesahan sesuatu wasiat. b. Sijil pengesahan wasiat.

Protektorat Negara yang mendapat perlin­dungan daripada negara asing dan tidak mempunyai raja berdaulat.

Timbang tara Cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah.

Tort Salah laku (yang tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yang boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi.Oleh Zaiton Nasir

GLOSARI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Penentuan keputusan(Decision Making)Pemilihan terhadap tindakan yang diambil daripada pelbagai alternatif yang sedia ada untuk mendapatkan satu alternatif yang diharapkan.

Fasal kenaikan (Escalator Clause)Peruntukan dalam tawar­mena­war kolektif yang membenarkan penyesuaian gaji berkala berdasar­kan perubahan kos sara hidup yang ditentukan oleh indeks harga kos.

Keperluan pengiktirafan(Esteem Needs)Keperluan penonjolan dan penampil­an diri bagi memperoleh perhatian dan pengiktirafan daripada diri sen­diri dan orang lain.

Kepimpinan Beretika(Ethical Leadership)Gaya kepimpinan yang menonjolkan ketatasusilaan yang positif.

Oleh Azizul Ismail

BAHASA SUKUAN

Ampul

AMPUL ialah kosa kata suku kaum Bajau Sama, Sabah. Ampul ialah kata sifat yang

bermaksud ringan serta dapat tera­pung di permukaan air (berkenaan papan, gabus dan sebagainya). Contoh penggunaannya: Oleh sebab tidak ada pelampung, adik berenang sambil memegang papan yang ampul.

Oleh Noorzanani Kata

KOSA KATA KLASIK

Syahadan

Takrif : Kata yang biasa dipakai pada permulaan cerita atau bab, selanjutnya atau sesung­

guhnya.Contoh ayat : Syahadan, termasy-hurlah pada segala negeri bahawa Demang Lebar Daun mendapat anak raja tiga bersaudara dari Bukit Si Guntang.Oleh Wahyunah Abd. Gani

PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Abdul Jalil Haji Anuar

Abjad Ca [ ]PADA keluaran bulan ini kita akan memperkenalkan abjad ca

[ ] yang merupakan abjad ketujuh dalam urutan abjad Jawi. Padanan abjad ini dalam abjad Rumi ialah abjad [ c ].

Dalam sistem ejaan Jawi abjad ca [ ] dapat menempati semua posisi. Contohnya:

Cara penulisan abjad ca [ ] adalah seperti yang berikut:Pertama, apabila abjad ca [ ] berada pada posisi awal kata, abjad ini

dapat disambungkan dengan abjad yang mengikutinya.Contohnya:

Kedua, apabila abjad ca [ ] berada pada posisi tengah kata, ia boleh disambungkan dengan semua abjad kecuali alif [ ], dal [ ], zal [ ],ra [ ], zai [ ], wau [ ] dan va [ ] yang mendahuluinya. Abjad ca [ ] juga dapat disambungkan dengan semua abjad yang didahuluinya. Contoh:

( Bersambung pada bulan hadapan)

R

R R

R

R R