berita upsr

4
IPOH: Kecacatan pendengaran yang dialami Izzatul Husna Mohd Jaffri, 12, sejak lahir tidak menghalangnya untuk berjaya menjadi murid pertama memperolehi 1A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh, selepas 12 tahun. Pelajar perempuan sekolah itu membuktikan, dia juga mampu untuk mencipta kejayaan seperti rakan-rakan normal lain asalkan ada kesungguhan dan kegigihan. Izzatul Husna yang bercita-cita mahu menjadi seorang guru mencatatkan 1A bagi subjek Bahasa Melayu (penulisan), B bagi Matematik, Sains dan Bahasa Melayu (Pemahaman) serta C bagi subjek Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Melayu, Ahaniza Jaafar yang bercakap bagi pihak Izzatul berkata kekurangan yang ada pada anak muridnya menjadi faktor untuk berusaha lebih gigih berbanding orang lain. "Saya ingin buktikan orang kurang upaya (OKU) juga boleh berjaya. Di sekolah ada program-program tahun enam, di samping membentuk latihan bersama program yang boleh membantu meningkatkan pencapaian murid," katanya."Selalu berdoa kepada Allah supaya berjaya, berbuat baik dan sokongan daripada keluarga menjadikan kejayaan kepada apa yang saya capai hari ini. Malah berasa bangga dan gembira apabila menjadi murid pertama memecah rekod mendapat A di sekolah," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan peperiksaan UPSR 2014 di sini, Rabu.Ibu beliau, Marhamah Embon, 50, ketika ditemui pula berkata anak ketiga daripada lima beradik itu adalah seorang anak yang rajin mengulang kaji pelajaran. "Seorang anak yang baik dan suka mengulang kaji pelajaran. Walaupun pada kes bocor kertas UPSR, tetapi atas dorongan guru besar dan guru-guru lain memberi semangat kepada Izzatul untuk terus belajar," katanya sambil menambah kakak dan adik bongsu Izzatul Husna juga cacat pendengaran sejak lahir. Sementara itu, Zainab Karmilawati Karim, 12, murid Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, di sini yang berasal dari perkampungan Orang Asli Kampung Bukit Serok, Pahang, berazam untuk menjadi insan yang cemerlang dan dia yakin ia boleh dicapai melalui pendidikan.Zainab yang bercita-cita menjadi seorang doktor haiwan berkata beliau menyedari kepentingan pendidikan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menurut beliau yang agak kecewa apabila berlakunya kebocoran kertas peperiksaan UPSR pada Sept lepas, berkata ia bukan penghalang untuk dia terus berusaha untuk memperoleh 5A dalam UPSR."Masa itu saya tertekan sangat tapi atas dorongan guru dan ibu bapa, saya teruskan juga dengan membuat latihan dengan banyak," katanya yang tinggal bersama keluarganya di Kem Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Upload: misyajanah

Post on 01-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

motivation

TRANSCRIPT

IPOH:Kecacatan pendengaran yang dialami Izzatul Husna Mohd Jaffri, 12, sejak lahir tidak menghalangnya untuk berjaya menjadi murid pertama memperolehi 1A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh, selepas 12 tahun.Pelajar perempuan sekolah itu membuktikan, dia juga mampu untuk mencipta kejayaan seperti rakan-rakan normal lain asalkan ada kesungguhan dan kegigihan.Izzatul Husna yang bercita-cita mahu menjadi seorang guru mencatatkan 1A bagi subjek Bahasa Melayu (penulisan), B bagi Matematik, Sains dan Bahasa Melayu (Pemahaman) serta C bagi subjek Bahasa Inggeris.Guru Bahasa Melayu, Ahaniza Jaafar yang bercakap bagi pihak Izzatul berkata kekurangan yang ada pada anak muridnya menjadi faktor untuk berusaha lebih gigih berbanding orang lain."Saya ingin buktikan orang kurang upaya (OKU) juga boleh berjaya. Di sekolah ada program-program tahun enam, di samping membentuk latihan bersama program yang boleh membantu meningkatkan pencapaian murid," katanya."Selalu berdoa kepada Allah supaya berjaya, berbuat baik dan sokongan daripada keluarga menjadikan kejayaan kepada apa yang saya capai hari ini.Malah berasa bangga dan gembira apabila menjadi murid pertama memecah rekod mendapat A di sekolah," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan peperiksaan UPSR 2014 di sini, Rabu.Ibu beliau, Marhamah Embon, 50, ketika ditemui pula berkata anak ketiga daripada lima beradik itu adalah seorang anak yang rajin mengulang kaji pelajaran."Seorang anak yang baik dan suka mengulang kaji pelajaran. Walaupun pada kes bocor kertas UPSR, tetapi atas dorongan guru besar dan guru-guru lain memberi semangat kepada Izzatul untuk terus belajar," katanya sambil menambah kakak dan adik bongsu Izzatul Husna juga cacat pendengaran sejak lahir.Sementara itu, Zainab Karmilawati Karim, 12, murid Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, di sini yang berasal dari perkampungan Orang Asli Kampung Bukit Serok, Pahang, berazam untuk menjadi insan yang cemerlang dan dia yakin ia boleh dicapai melalui pendidikan.Zainab yang bercita-cita menjadi seorang doktor haiwan berkata beliau menyedari kepentingan pendidikan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Menurut beliau yang agak kecewa apabila berlakunya kebocoran kertas peperiksaan UPSR pada Sept lepas, berkata ia bukan penghalang untuk dia terus berusaha untuk memperoleh 5A dalam UPSR."Masa itu saya tertekan sangat tapi atas dorongan guru dan ibu bapa, saya teruskan juga dengan membuat latihan dengan banyak," katanya yang tinggal bersama keluarganya di Kem Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.Terdahulu, Pengarah Pendidikan Negeri Mohd Idris Ramli mengumumkan sebanyak 2,847 atau 7.6 peratus daripada 37,479 murid yang menduduki UPSR di negeri ini lulus cemerlang dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.Beliau berkata peratusan calon yang mencapai keputusan cemerlang itu bagaimanapun mengalami sedikit penurunan berbanding 8.49 peratus tahun lepas.

Pekerjaan ibu bapa bukan penghalang kejayaanPosted onNovember 27, 2014, ThursdayOleh Siti Aisyah Ramli //Anak tukang paip bangga cemerlang UPSR, ikrar belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi doktor

KESUSAHAN BUKAN PENGHALANG: Hazwani dikucup mesra oleh kedua-dua orang tuanya setelah berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2014, semalam.KUCHING: Sharifah Nur Hazwani Wan Alem, 12, membuktikan walau apapun pekerjaan ibu bapa, ia bukan penghalang untuk menempa kejayaan cemerlang apabila mencatat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang diumumkan, semalam.Merupakan anak tukang paip di Hospital Umum Sarawak (HUS), Hazwani berkata dia tidak menyangka sama sekali memperoleh keputusan cemerlang itu.Sumber inspirasi kejayaan saya ini datang daripada ibu bapa saya kerana mereka banyak memberi galakan dan dorongan sepanjang saya di sekolah.Tidak dilupakan juga abang saya yang kini menuntut di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dahulunya turut memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR, kata anak kedua daripada empat beradik itu.Mengimbau kembali rutin harian pembelajarannya sebelum menduduki UPSR, jelas Hazwani yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Jaya di sini, hubungan erat dengan ibu bapa serta menghormati guru menjadi rahsia kejayaannya.Malah, katanya, semangat dan dorongan ibu bapa serta guru yang tidak pernah jemu membantunya memahami pembelajaran menjadi penyuntik semangat Hazwani untuk melangkah menuju kejayaan.Saya tidak pernah malu walau apa jua pekerjaan ibu dan bapa saya. Ibu saya seorang jururawat, manakala ayah pula seorang tukang paip. Dan ini membantu menyuntik semangat saya untuk lebih berusaha sehingga apa yang telah saya kecapi hari ini.Selepas ini saya bercadang untuk memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Kuching Utara dan belajar bersungguh-sungguh agar menjadi seorang doktor suatu hari kelak, jelasnya.Selain Hazwani, dua pelajar istimewa di bawah kategori pelajar kelainan upaya (OKU) iaitu Kelvin Chai Jiun Hau dan Agsempher Manyud turut dirai kerana lulus dalam peperiksaan UPSR.Kelvin, pelajar cacat pendengaran dari SK Pendidikan Khas (Pekak) Kota Samarahan berkata, keputusan 1B 4C yang diperolehinya sudah cukup membanggakan.Saya sangat teruja dan gembira dengan pencapaian ini. Setiap hari saya mengulang kaji tiga kali dan juga menghadiri kelas tambahan, katanya kepada pemberita sambil dibantu Guru Besar sekolahnya, Salina Lisika menerusi bahasa isyarat.Sementara itu, calon OKU UPSR yang menghidap masalah rabun kritikal, Agsempher Manyud dari SK Pendidikan Khas (Buta) Batu Lintang turut berkongsi perasaan gembira bersama rakannya yang lain.Dia yang menggemari mata pelajaran Sains berpuas hati dengan keputusan 1A, 2B dan 2C yang diperolehinya dalam peperiksaan itu.Meskipun saya hanya memperolehi Gred C bagi mata pelajaran Sains yang paling saya gemari, saya sudah bersyukur dan berpuas hati, malah terkejut kerana memperolehi Gred A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.Saya berharap kejayaan yang saya tempa hari ini dapat menjadi contoh kepada pelajar yang kurang upaya seperti saya agar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, ujarnya.Semalam, Pengarah Pendidikan Negeri Serina Sauni mengumumkan, Sarawak memperoleh keputusan UPSR terbaik dalam tempoh sebelas tahun apabila mencatat gred purata yang mengekalkan keputusan cemerlang seperti tahun lalu dengan catatan Gred Purata Negeri (GPN) 2.52.

Kanak-kanak cacat penglihatan terima hadiah insentif UPSRPosted onApril 10, 2013, WednesdayTERUSKAN USAHA: Sia (kiri) menyampaikan hadiah insentif kepada Yak (dua kanan) sambil diperhatikan ibu bapa Yak di Pusat Agape Sibu.SIBU:Kanak-kanak istimewa, Yak Fang Ling, 14, yang mengalami cacat penglihatan menerima hadiah insentif atas kejayaan memperolehi keputusan cemerlang 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.Yak, merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perbandaran No.3 memper-olehi keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Penulisan, Bahasa Malaysia Pemahaman, Sains, Matematik dan B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.Ketika ditemui, Yak yang gemar meluangkan masa bermain piano memberitahu, keputusan diperolehinya merupakan sesuatu yang dijangka dan berharap dapat mencapai cita-citanya menjadi seorang peguam.Majlis penyampaian insentif itu disempurnakan oleh wakil Presiden Persatuan Kanak-kanak Istimewa Sibu Kapitan Datuk Janet Lau, Peter Sia manakala Yak ditemani bapanya, Yak Bee Ming dan ibunya, Tang Chui King di Pusat Agape Sibu.Hadir sama Pediatrik dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sibu Dr Toh Teck Hock.Dr Toh memberitahu, beliau berbangga atas kejayaan yang dikecapi oleh Yak meskipun mengalami cacat penglihatan dan berharap kejayaannya dapat dijadikan sumber inspirasi kepada pelajar lain.Kejayaan yang diperolehi Yak bukan sesuatu yang mudah dikecapi oleh kanak-kanak cacat penglihatan. Yang penting sokongan semua pihak membantu mereka mencapai kejayaan itu, katanya.

JIKA MEREKA YANG ADA KECACATAN INI BOLEH CEMERLANG DALAM UPSR, KENAPA PULA SAYA YANG SERBA SEMPURNA INI TIDAK BOLEH CEMERLANG SEPERTI MEREKA?